You are on page 1of 7

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

AMBILAN 2021
SEMESTER 2

EKONOMI
AE 025

TUGASAN INDIVIDU
‘ULASAN ARTIKEL

NAMA : MANUSREE A/P ANANDAN

NO. MATRIK : MA2114111462

TUTORAN : A4P4

NAMA PENSYARAH : NIK FADLI HASNEN BIN NIK MAHMOOD


PENILAIAN TUGASAN PELAJAR
TUGASAN PENULISAN ESEI
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: MANUSREE A/P ANANDAN NO.MATRIK: MA2114111462

TAHAP PENILAIAN PELAJAR


CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA

1.1 Mengingat 2.1.0,


2.2.0

CLO 1 Pengetahuan

1.2 Kefahaman 2.1.1,


2.2.1

Senarai
1.1
rujukan 4.0

Mencari &
1.2 Relevan 2.0
mengurus
CLO 3 pelbagai Optimum
1.3 2.0, 3.0
bentuk sumber
maklumat 1.4 Artikulasi 1.0, 2.0,
3.0, 4.0
Format
1.5 4.0
rujukan
JUMLAH 10%
1.0 Pendahuluan
Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang baik dalam tahun 2021. Merujuk kepada
laporan Harian Metro yang bertajuk ‘ Dasar Fiskal : Kerajaan focus pacu negara keluar
daripada pendemik.’, pertumbuhan ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan yang kukuh
iaitu 7.1 % pada separuh pertama tahun 2021. Pertumbuhan ini disokong oleh diskal fiskal
mengembang iaitu aktiviti ekonomi domestik dan pelbagai pakej bantuan yang dilancarkan
oleh kerajaan untuk mencapai matlamat makroekonomi iaitu meningkatkan pertumbuhan
ekonomi. Bukan itu sahaja, artikel kedua daripada Harian Metro juga melaporkan bahawa ‘
Ekonomi Malaysia meningkat 3.0 peratus.’ Melalui laporan ini, prestasti pelaburan telah
mendorong peningkatan ekonomi Malaysia pada tahun 2021 melalui dasar sebelah penawaran.

2.0 Ulasan Artikel

2.1.0 Dasar Makroekonomi 1

Bagi mencapai matlamat makroekonomi, kerajaan campurtangan dalam kegiatan ekonomi


dengan melaksanakan dasar-dasar makroekonomi. Antaranya ialah dasar sebelah permintaan.
Dasar ini bertujuan untuk mempengahruhi permintaan agregat . Dasar sebelah permintaan terdiri
daripada dasar fiskal, dasar kewangan dan kawalan langsung. Dasar fiskal ialah langkah-langkah
kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian bagi mempengahruhi tingkat
perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu dasar fiskal
mengembang dan dasar fiskal menguncup. Dasar fiskal mengembang dilancarkan melalui
pertambahan perbelanjaan kerajaan dan pengurangkan cukai apabila ekonomi menghadapi
kemelesetan manakala dasar fiskal menguncup dilancarkan dengan mengurangkan perbelanjaan
kerajaan serta meningkatkan cukai semasa ekonomi melambung.
2.1.1 Perkaitan dasar dengan artikel

Merujuk kepada laporan Harian Metro yang bertajuk ‘ Dasar Fiskal : Kerajaan focus pacu negara
keluar daripada pendemik.’, Malaysia menghadapi masalah pengangguran pada tahun 2020 akibat
pandemik COVID-19 dan telah memberi kesan negatf kepada ekonomi negara sepanjang tahun
2020. Pada tahun 2021, kerajaan menyediakan sokongan dasar fiskal yang besar untuk melawan
cabaran COVID-19 ini. Kerajaan melaksanakan dasar fiskal mengembang pada tahun 2021
melalui pakej bantuan dan rangsangan ekonomi tambahan bagi mengurangkan impak buruk
pandemik serta sebagai langkah kawalan. Kerajaan meningkatkan perbelanjaan dengan
menyediakan sebanyak lapan pakej bantuan yang bernilai RM530 bilion untuk membantu rakyat
Malaysia. Bantuan kewangan yang dilaksanakan bukan sahaja berjaya membantu taraf hidup
rakyat malah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Melalui artikel, langkah ini mampu
menyokong aktiviti ekonomi domestik, menjana pelaburan, merangsangkan perbelanjaan
pengguna dan terutamanya mewujudkan lebih peluang perkerjaan. Kesimpulannya, pakej bantuan
kerajaan berjaya mencapai salah satu matlamat makroekonomi pada tahun 2021 iaitu
meningkatkan pertumbuhan ekonomi walaupun dihadapi oleh pelbagai krisis COVID-19.

2.2.0 Dasar Makroekonomi 2

Bagi mencapai matlamat makroekonomi, kerajaan campurtangan dalam kegiatan ekonomi


dengan melaksanakan dasar-dasar makroekonomi. Antaranya ialah dasar sebelah penawaran.
Dasar sebelah penawaran dijalankan oleh kerajaan untuk mempengahruhi penawaran agregat
dalam negara. Dasar sebelah penawaran dijalankan dengan bertujuan menambahkan keluaran
negara untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Antara langkah-langkah yang dijalankan
melalui dasar sebelah penawaran ialah mengubah cukai pendapatan, mengubah cukai faktor yang
diimport, mengalakkan fiskal atau insentif pelaburan serta mengalakkan menjalankan
penyeledikan dan pembangunan. Dasar sebelah penawaran akan menyebabkan peningkatan
tingkat pendapatan negara dan menurunkan tingkat harga umum.
2.2.1 Perkaitan dasar dengan artikel

Pada tahun 2020, Malaysia menghadapi krisis pandemik COVID -19 menyebabkan prestasi
pelaburan Malaysia turun secara drastik serta memberi impak buruk terhadap imbangan
pembayaran. Walaubagaimanapun berdasarkan artikel ‘ Ekonomi Malaysia meningkat 3%.’ ,
laporan menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat 3.0 peratus bagi tempoh
Sembilan bulan dari Januari hingga September 2021 berbanding negatif 6.4 peratus tahun lalu.
Antara aktiviti ekonomi yang mendominasikan ialah aktiviti pelaburan negara. Dari segi prestasi
pelaburan, pelaburan langsung asing Malaysia mencatatkan aliran masuk RM12.8 bilion daripada
RM8.2 bilion manakala pelaburan langsung Malaysia di luar negara berubah kepada aliran masuk
bersih RM4.7 bilion berbanding aliran keluar bersih RM4.0 bilion pada suku sebelumnya. Ketua
Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi dagangan Malaysia pada suku
ketiga 2021 meningkat 18.1 peratus kepada RM456.2 bilion berbanding suku yang sama tahun
sebelumnya. Pertumbuhan yang kukuh ini disumbangkan kerana dasar sebelah penawaran melalui
galakan menjalankan pembangunan serta galakan insentif pelaburan. Pembukaan semula aktiviti
ekonomi domestik dan permintaan luaran yang berterusan akibat langkah yang diambil
menyebabkan prestasi pelaburan meningkat. Konklusinya, pelaksanaan dasar sebelah penawaran
berjaya meningkatkan tingkat pendapatan negara serta pada masa yang sama dapat mencapai
matlamat makroekonomi iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta memperbaiki imbangan
pembayaran.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, keadaan ekonomi Malaysia berjaya bertambah pulih daripada semua impak
buruk COVID-19 pada tahun 2021. Malaysia juga dapat mencapai matlamat makroekonomi
walaupun terdapat ruang penambahbaikan. Kesimpulannya, Malaysia berjaya mencatatkan
pertunbuhan yang stabil dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kadar pengangguran serta
inflasi dalam tahun 2021. Oleh itu, dasar makroekonomi akan pasti membantu ekonomi negara
berkembang.
4.0 Senarai Rujukan

Harian Metro. (2021, November 27). Ekonomi Malaysia meningkat 3.0 %. Dicapai dari
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/11/782015/ekonomi-malaysia-meningkat-30

Harian Metro. (2021, Oktober 29). Dasar Fiskal : Kerajaan fokus pacu negara keluar daripada
pandemic. Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/771710/dasar-fiskal-
kerajaan-fokus-pacu-negara-keluar-daripada-pandemik

Kolej Matrikulasi Perlis.(2021/2022). Matrikulasi Makroekonomi

Abror.R.(2020, November 4). Ekonomi Kelas X : Masalah Ekonomi Dalam Sistem Ekonomi.
Dicapai dari https://pahamify.com/blog/masalah-ekonomi-dalam-sistem-ekonomi/

Putri.V.K.M.(2021, Oktober 18). 5 Permasalahan Ekonomi Makro dan Penyelesaiannya.


Dicapai dari https://www.kompas.com/skola/read/2021/10/18/130000669/5-permasalahan-
ekonomi-makro-dan-penyelesaiannya?page=all

You might also like