You are on page 1of 6

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

SESI 2022/2023
SEMESTER 1

EKONOMI
AE 015

TUGASAN INDIVIDU
‘ULASAN ARTIKEL’

NAMA : SUHAINI BINTI MOHAMED ZAIDI

NO. MATRIK : MA2214301254

TUTORAN : A2T7

NAMA PENSYARAH : PN. SITI FATIMAH BT. YUSOF


PENILAIAN TUGASAN PELAJAR
TUGASAN ULASAN ARTIKEL
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: SUHAINI BINTI MOHAMED ZAIDI NO.MATRIK: MA2214301254

TAHAP PENILAIAN PELAJAR


CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA

Mengingat 2.0
1.1

Pengetahuan
CLO 1

1.2 Kefahaman 2.0

Senarai
1.1 4.0
Rujukan
Mencari dan
CLO 3 Mengurus
Pelbagai 1.2 Relevan 4.0
Bentuk
Maklumat Optimum
1.3 2.0, 3.0
Sumber
1.0, 2.0,
1.4 Artikulasi
3.0, 4.0
1.5 Rujukan 4.0

JUMLAH 15%
1.0 Pendahuluan

Tajuk artikel ialah masalah kekurangan makanan yang terburuk di Korea Utara. Korea
Utara menghadapi masalah kekurangan, keadaan yang berlaku dalam situasi terburuk ini dialami
sejak lebih sedekad, menurut satu laporan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber rujukan ulasan artikel ini diperolehi dari laporan dari Berita Harian oleh
BLOOMBERG, keratan akhbar, laporan ekonomi dan sumber daripada atas talian.
Tujuan ulasan art ikel ini dibuat untuk melihat sejauhmana Malaysia berjaya mencapai
matlamat makroekonomi yang telah ditetapkan.

2.0 Ulasan Artikel

2.1.0 Fakta Pertama ialah Sistem Ekonomi Sosialis

Sistem ekonomi sosialis atau sistem ekonomi perancangan pusat atau sistem
ekonomi arahan pusat ialah sistem ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi dikawal
sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
Dalam sistem ekonomi sosialis, masyarakat tidak mempunyai kebebasan untuk
menentukan corak kegiatan ekonomi yang dikehendaki. Ini adalah menjamin tingkat
kebajikan dan kesejahteraan masyarakat yang tinggi. Pengeluaran yang dihasilkan bukan
bertujuan keuntungan sebaliknya untuk kepentingan masyarakat keseluruhan.

2.1.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel

Sistem ekonomi yang diamalkan dalam artikel ialah sistem ekonomi sosialis.
Firma tidak dapat untuk mengeluarkan produk makanan kerana ianya dikawal oleh
kerajaan secara keseluruhannya. Namun begitu, ekoran bencana alam dan kelemahan
kerajaan dalam mengawal masalah tersebut, maka berlakulah krisis kekurangan makanan
yang terburuk dialami sejak sedekad. Pihak kerajaan seharusnya mengawal masalah ini
dengan lebih cekap agar dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat.
2.2.0 Fakta Kedua ialah Barang Ekonomi

Barang ekonomi ialah barang yang penawarannya adalah terhad berbanding


dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Barang ini mempunyai kos lepas dan harga
yang tertentu. Kebanyakan barang yang ada dalam dunia ini adalah barang ekonomi.
Contoh barang ekonomi ialah semua barang yang ada dalam pasaran seperti komputer,
pakaian dan makanan.

2.2.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel

Barang ekonomi dalam artikel ini ialah bekalan makanan. Pihak kerajaan tidak
mampu untuk mengeluarkan bekalan makanan yang mencukupi kepada masyarakat.
Kesan daripada bencana alam menyebabkan sumber ekonomi untuk mengeluarkan
makanan semakin terhad.
Menurut laporan, Pyongyang juga menyalahkan sekatan dikenakan Majlis
Keselamatan PBB dalam isu ujian senjata nuklear dan peluru berpandu sebagai punca
kepada masalah dihadapinya."Rintangan utama usaha pemerintah untuk mencapai
pembangunan negara yang mampan termasuk sekatan yang berterusan terhadap Korea
Utara," menurut laporan itu.
Kesimpulannya, makanan merupakan salah satu barang ekonomi kerana hanya
individu yang mempunyai kemampuan ekonomi yang mencukupi sahaja dapat membeli
makanan.

2.3.0 Fakta Ketiga ialah Unit Ekonomi – Kerajaan


Unit-unit ekonomi terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar
(antarabangsa). Dalam artikel ini, saya ingin menumpukan unit kerajaan. Kerajaan
memainkan peranan yang paling penting dalam sistem ekonomi sosialis ini kerana
merekalah yang menguruskan segala hal berkaitan ekonomi di negara tersebut.

2.3.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel


Dalam artikel ini kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan Korea Utara
yang diketuai oleh Kim Jong Un. Beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah
kekurangan bekalan makanan ini dengan segera.
3.0 Kesimpulan
Tajuk artikel saya ialah masalah kekurangan makanan terburuk telah berlaku di Korea
Utara. Sistem ekonomi yang diamalkan dalam artikel ialah sistem ekonomi sosialis. Firma tidak
dapat untuk mengeluarkan produk makanan kerana ianya dikawal oleh kerajaan secara
keseluruhannya. Namun begitu, ekoran bencana alam dan kelemahan kerajaan dalam mengawal
masalah tersebut, maka berlakulah krisis kekurangan makanan yang terburuk dialami sejak
sedekad. Pihak kerajaan seharusnya mengawal masalah ini dengan lebih cekap agar dapat
memaksimumkan kebajikan masyarakat.

Barang ekonomi dalam artikel ini ialah bekalan makanan. Pihak kerajaan tidak mampu
untuk mengeluarkan bekalan makanan yang mencukupi kepada masyarakat. Kesan daripada
bencana alam menyebabkan sumber ekonomi untuk mengeluarkan makanan semakin terhad.

Dalam artikel ini kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan Korea Utara yang
diketuai oleh Kim Jong Un. Beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah kekurangan
bekalan makanan ini dengan segera.
4.0 Senarai Rujukan
Buku

1) KMP, (2022/2023). Ekonomi 1


2) Danny Tan (2005), Nota Lengkap Makroekonomi STPM, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
3) Hock Kong,Y., (2022). Teks Rujukan Lengkap Matrikulasi Mikroekonomi (AE015).
Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn Bhd.

Internet

1) http://anyflip.com/bookcase/nqixw
2) https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/07/839382/korea-utara-berdepan-
masalah-kekurangan-makanan-terburuk
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Korea_Utara
4) https://money.kompas.com/read/2021/10/03/160226226/sistem-ekonomi-sosialis-
pengertian-sejarah-dan-ciri-cirinya?page=all

You might also like