You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat


1. Objektif Kajian 2
2. Kajian Lepas
i. Artikel Kos Sara Hidup: Ubah Cara 3-4
Berbelanja
ii. Artikel Remaja dan Tabiat Berbelanja 5-6
iii. Artikel 23,484 Golongan Belia Muflis 7-8

3. Hasil Kajian
1. Demografi Responden
1.1 Jantina 9
1.2 Umur 10
1.3 Status Pekerjaan 10
1.4 Kaum 11

A. Analisa Tentang Pengajian Tahap Amalan 12-15


Boros Dalam Masyarakat Malaysia

B. Kesan Amalan Boros Rakyat Malaysia 16-18

C. Analisa Tentang Punca Amalan Boros 19-22


Masyarakat di Malaysia
4. Kesimpulan 23
5. Rujukan 24

1
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kami merangkumi objektif-objektif berikut:

1. Kajian ini dilakukan secara amnya untuk megenal pasti tahap amalan boros dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini dapat membantu kami untuk membuat satu
kajian ilmiah dengan tatacara yang tepat, benar dan jelas. Menguasai kemahiran
mencari, mengumpul, merekod dan menyelidik tentang isu amalan boros masyarakat
Malaysia.

2. Kajian ini dapat kami mengenali kesan amalan boros masyarakat Malaysia. Ini juga
memberi kami pendedahan lebih kepada kesan-kesan kepada isu boros agar kami
dapat simpulkan permasalahan masyarakat Malaysia dalam pengurusan wang.

3. Kajian ini dapat mengenal pasti punca amalan boros masyarakat malaysia. Dengan
ini, kami dapat selidik ke akar umbi bermulanya sikap dan amalan boros ini dalam
kalangan masyarakat Malaysia.

2
KAJIAN LEPAS

1. Artikel Kos Sara Hidup: Ubah Cara Berbelanja

Artikel tentang Kos Sara Hidup: Ubah Cara Berbelanja

Suatu artikel yang telah dipaparkan oleh sinarharian.com yang bertajuk “kos sara
hidup : ubah cara berbelanja” yang menyatakan bahawa “sehingga November tahun
lepas seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kaunseling dari Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7 peratus atau 99,347 orang
daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang. Dalam pada itu juga,
artikel itu menyatakan juga antara faktor utama masalah kewangan yang dihadapi
mereka ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9 peratus,
kos perubatan yang tinggi (18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan
(15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).”

Berdasarkan artikel diatas, kami merasakan bahawa sebilangan rakyat Malaysia


sememangnya suka berbelanja kerana bila kita melihatkan antara faktor utama masalah
kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia ialah perancangan kewangan dan hilang kawalan
dalam penggunaan kad kredit. Ini bermakna, sebilangan ini, sangat suka berbelanja dan
boleh dikategorikan sebagai manusia yang boros dalam berbelanja. Apabila seseorang itu di
dalam kategori boros, lebih-lebih lagi bagi sesetengah rakyat terutama apabila dia berada
dalam kelompok sederhana dan miskin, sudah tentulah mereka akan mengalami masalah
kewangan.

3
Dalam pada itu, artikel itu juga memaparkan nasihat dari Pengurus Besar Bahagian
Perkhidmatan Korporat (AKPK) Azman Hasim cara mengelak pembaziran ialah "Disiplin
dan fokus perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elektrik dan paip
air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah
pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan adalah cara berkesan yang boleh
membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos".

Maka, kami berpendapat bahawa dalam hal perbelanjaan, jika seseorang itu mampu
mendisplinkan diri dalam menguruskan kewangannya dan tidak berbelanja secara tidak
terkawal maka dia tidak akan mengalami masalah kewangan dan amalan menabung adalah
digalakkan bagi menampung kehidupan terutama apabila mengalami malapetaka atau
kesusahan terhadap diri.

4
2. Artikel Remaja dan Tabiat Berbelanja

Berdasarkan artikel daripada akhbar Utusan Melayu yang ditulis oleh Nurul Izzah Sidek
berkenaan Remaja dan Tabiat Berbelanja, terdapat beberapa hasil kajian lepas daripada
beberapa sumber iaitu:

“Mengikut laporan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
pada tahun 2007, pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia meningkat
kepada RM3,686 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,249 sebulan pada tahun
2004. Pendapatan isi rumah di kawasan bandar pula naik kepada RM4,356 sebulan
pada tahun 2007 berbanding RM3,956 sebulan pada tahun 2004, manakala
pendapatan isi rumah di luar bandar bertambah kepada RM2,283 sebulan berbanding
RM1,875 sebulan. (Utusan Malaysia, 6 Mac 2008)

Walaubagaimanapun akibat daripada isu kenaikan harga makanan, harga bahan api
petrol dan diesel serta kenaikan harga barang yang lain, rakyat Malaysia masih
berdepan dengan masalah kewangan yang tidak dapat dibendung. Perangkaan yang
dikeluarkan oleh JPM menyatakan kebanyakan kes bankrap pada tahun 2006 adalah
disebabkan pinjaman peribadi termasuk pembelian secara kredit dan sewa beli. Bagi
hutang kad kredit, ia menyumbang sebanyak 2.10 peratus daripada 13,590 kes yang
dicatatkan 2006.”

Hasil daripada kajian tersebut dapat dilihat dengan jelas bahawa kos sara hidup semakin
meningkat tetapi tiada langkah berjaga-jaga serta pengurusan kewangan yang baik
daripada masyarakat serndiri untuk membendung masalah tersebut daripada berlaku dalam
hidup mereka. Turut dinyatakan di dalam artikel tersebut bahawa pelbagai inisiatif turut
diambil oleh kerajaan untuk memberikan pendedahan tentang cara perbelanjaan yang
berhemah tetapi matlamat tersebut tidak dapat dicapai kerana tiada kerjasama yang padu
daripada setiap golongan masyarakat.

Di samping itu, dengan gaya hidup pada masa kini yang penuh dengan hiburan dan
teknologi yang canggih telah menyebabkan banyak duit dilaburkan dengan perkara-perkara
yang tidak bermanfaat. Hal ini ditekankan terutamanya bagi golongan remaja yang banyak
menggunakan wang semata-mata untuk membeli sesuatu yang mengikut perkembangan
semasa. Apa yang lebih membimbangkan apabila wang itu dikeluarkan dengan sangat
banyak untuk perkara yang tidak elok seperti membeli rokok, permainan video dan hiburan-
hiburan yang melalaikan.

Di dalam artikel juga disenaraikan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk
mengubah cara berbelanja masyarakat. Bermula dengan cadangan seperti perancangan

5
yang teliti dalam perbelanjaan beserta dengan perancangan sebelum membelanjakan wang
untuk membeli sesuatu sehinggalah peranan ibu bapa dalam mendidik remaja untuk
merancang perbelanjaan harian. Secara ringkasnya ibu bapa perlu sentiasa mendedahkan
anak-anak mereka tentang kos sara hidup pada masa sekarang serta turut melibatkan
mereka di dalam perancangan perbelanjaan agar mereka dengan sendiri dapat melihat dan
memahami situasi yang dihadapi.

Artikel Remaja dan Tabiat Berbelanja daripada UtusanOnline

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang lepas sudah terdapat pelbagai jawapan terhadap
punca serta langkah terhadap amalan boros berbelanja ini. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa perkara yang boleh dibaikpulih terhadap langkah-langkah yang boleh diambil
terutamanya dalam perbelanjaan teknologi canggih. Memang tidak dinafikan pembelian
gadjet-gadjet seperti telefon boleh menjadi satu pembaziran, namun begitu ternyata pada
zaman ini telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan yang banyak membantu remaja
terutamanya dalam pembelajaran. Disebabkan itu, daripada tidak menggalakkan seseorang
untuk memiliki teknologi canggih, adalah lebih baik agar inisiatif diambil untuk mendidik
mereka untuk membeli gadjet yang memenuhi keperluan serta boleh dimanfaatkan pada
jangka masa yang panjang.

6
3. Artikel 23,484 Golongan Belia Muflis

Definisi bankrap menurut laman web rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia ialah merujuk
kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah
mahkamah. Pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebrankapan terhadap mereka
yang berkenaan sekiranya keberhutangan melebihi RM 30,000.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan muflis terjadi dalam kalangan belia muda.
Antara puncanya adalah sikap boros seseorang individu itu sendiri. Berdasarkan artikel
daripada Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2015 yang bertajuk “23,484 Golongan Belia
Muflis”, mendapati masalah muflis banyak berlaku dalam kalangan belia. Melalui artikel
tersebut, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, statistik sejak tahun
2010 hingga April lalu menunjukkan daripada 107,000 individu yang diisytihar muflis, 23,484
daripadanya adalah golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun. Pengurusan
kewangan yang lemah, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit dan kegagalan
membayar pelbagai pinjam menjadi punca ramai golongan belia diisytiharkan muflis
sebelum berumur 35 tahun.

Berdasarkan satu lagi artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 19 Januari 2012, bertajuk
“Berstatus Muflis di Usia Muda” oleh Noor Fazrina Kamal, menyimpulkan bahawa sikap
boros seseorang individu yang baru mendapat pekerjaan menjadi sebab kepada kejatuhan
kewangan mereka sendiri. Mereka tidak merancang kewangan mereka apabila berbelanja
dan dengan mudah membelanjakan wang mengikut kemahuan. Kemudian hari, mereka
sendiri yang terbeban menanggung hutang yang tertunggak setiap bulan.

Kebiasaannya pengguna sering leka apabila menggunakan kad kredit kerana mereka tidak
berurusniaga dengan wang tunai. Mereka merasakan apabila berbelanja menggunakan kad
kredit mereka menjadi orang kaya yang palsu. Hakikatnya, mereka hanyalah menggali
lubang yang lebih dalam dan mencari hutang yang lebih banyak untuk dibayar. Tambahan
lagi, masyarakat kini lebih suka meminjam apabila membeli. Sebagai contoh pinjaman
pembelian kereta serta pinjaman-pinjaman peribadi inilah yang menyebabkan mereka
terbeban dengan hutang yang sangat banyak di usia yang muda.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian lepas ini, didapati bahawa sikap boros membawa
padah yang sangat besar kepada seseorang individu. Namun, sikap boros ini diambil mudah
oleh sesetengah masyarakat. Mereka mengetahui bahawa sikap itu buruk tetapi masih lagi
ramai yang mengamalkannya kerana untuk memuaskan nafsu sendiri. Golongan belia
merupakan tunjang dalam pembangunan Negara. Oleh itu, diharapkan daripada kajian ini,
golongan belia akan datang lebih berwaspada dalam beberlanja serta merancang

7
perbelanjaan mereka ke arah yang betul. Semua pihak juga bertanggungjawab dalam
menangani masalah ini termasuk belia, kerajaan, agensi-agensi yang berkaitan dan lain-lain.

8
HASIL KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil kajian yang telah dilaksanakan daripada soal selidik yang telah diisi oleh
responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi memperoleh statistik seperti nilai
peratusan.

1. Demografi Responden
Untuk mengkaji tahap amalan boros di Malaysia, seramai 106 orang yang terdiri daripada
masyarakat tempatan elah mengambil bahagian. Huraian analisis latar belakang melibatkan
jantina, umur, status pekerjaan dan kaum telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
carta pai.

1.1. Jantina

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 108 responden, seramai 80orang(75.5%)


adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala selebihnya seramai 26 orang
(24.5%) adalah terdiri daripada responden lelaki. Disini dapat dilihat akan jurang perbezaan
yang agak besar dalam bilangan responden yang mengambil bahagian soal selidik ini
kerana soal selidik ini dilakukan secara atas talian.

JANTINA BILANGAN PERATUS (%)

PEREMPUAN 80 75.5

LELAKI 26 24.5

9
1.2. Umur

Berdasarkan hasil kajian, daripada 106 orang responden yang melibatkan diri dalam soal
selidik yang dijalan, umur antara 20 hingga 30 tahun mempunyai peratusan tertinggi iaitu
sebanyak 67.9 %. Diikuti dengan responden yang berumur19 tahun kebawah (24.5%) dan
30 tahun keatas (7.5%).

UMUR BILANGAN PERATUS (%)

< 19 TAHUN 26 24.5

20 TAHUN -30 TAHUN 72 67.9

>30 TAHUN 8 7.5

1.3. Status Pekerjaan

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, sejumlah 88 orang (83%) adalah berstatus
pelajar. Manakala sejumlah 18 orang (17%) adalah berstatus sudah bekerja. Hal ini

disebabkan soal selidik dilakukan dalam bentuk kecilan sahaja dikalangan pelajar dan orang
berdekatan.

10
STATUS PEKERJAAN BILANGAN PERATUS(%)

PELAJAR 88 83

BEKERJA 18 17

1.4. Kaum

Dalam hasil kajian yang telah dilaksanakan, kajian menunjukkan bahawa 85 orang (80%)
adalah berbangsa Melayu. Manakala seramai 4 orang responden(3.8%) adalah berbangsa
Cina, 2 orang(1.9%) adalah berbangsa India dan seramai 15 orang (14.2%) berada dalam
kelompok lain-lain seperti bumiputra Sabah dan Sarawak.

KAUM BILANGAN PERATUS (%)


MELAYU 85 80
CINA 4 3.8
INDIA 2 1.9
LAIN-LAIN 15 14.2

11
A. Analisa Tentang Pengajian Tahap Amalan Boros Dalam Kalangan Rakyat
Malaysia

Dalam bahagian ini, responden telah diminta untuk menjawab 5 soalan berdasarkan situasi
dan memberikan jawapan samada sangat tidak bersetuju, tidak setuju, agak setuju, setuju,
dan sangat setuju.

i. Mempertimbangkan Tag Harga Pembelian Sebelum Membeli

Dalam soalan pertama, responden telah diajukan soalan samada mereka akan
mempertimbangkan harga pada tag barang sebelum melakukan proses pembelian. Bagi
soalan ini seramai 61 orang (57.5%) sangat bersetuju menjadikan ia sebagai peratusan
tertinggi dikuti dengan 33 orang (31.1%) menjawab agak setuju, 10 orang (9.4%) setuju 2
orang (1.9%) tidak setuju menjadiakan ia peratus yang terendah dan tiada yang menjawab
sangat tidak setuju.

12
ii. Membandingkan Harga Sesebuah Produk di Kawasan Pasaran Lain

Dalam soalan kedua ini, responden telah diajukan soalan samada mereka akan
membanding harga sesuatu barang yang sama di kawasan pasaran yang berlainan sebelum
membuat keputuan untuk membeli. Seramai 44 (41.5%) orang sangat bersetuju menjadikan
ia peratus tertinggi diikuti 38 (35.8%) orang agak setuju, 20 (18.9%) setuju dan 4 (3.8%)
tidak setuju. Membandingkan harga sesuatu barang yang sama di kedai berbeza adalah
sangat penting bagi kita untuk berjimat cermat kerana dengan itu kita dapat mengurangkan
kos perbelanjaan kita pada hari atau bulan tersebut.

13
iii. Mudah Terpengaruh dengan Pendapat Orang Lain dalam Membeli Produk

Dalam soalan ketiga ini, responden telah diajukan soalan samada mereka mudah
terpengaruh dengan pendapat orang lain dalam membeli sesuatu produk. Seramai 33
(31.1%) orang setuju menjadikan ia peratus tertinggi diikuti 22 (20.8%) orang agak setuju,
20 (18.9%) sangat setuju, 20(18.9%) orang tidak setuju dan 11 (10.4%) sangat tidak setuju
menjadikan ia peratusan yang terendah. Peratusan setuju merupakan peratusan tertinggi
menunjukkan sebilangan besar responden yang berasa mereka mudah terpengaruh dengan
pendapat orang lain dalam menbeli sesuatu produk. Perkara ini sebernya perlulah dielak
kerana kerana tidak semua orang mampu untuk membeli sesuatu produk atau barang yang
pada orang lain dianggap murah.

iv. Mudah Terpengaruh dengan Promosi Jualan yang Ada Dari Semasa ke Semasa

Dalam soalan keempat ini, responden telah diajukan soalan samada mereka mudah
terpengaruh dengan promosi jualan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Seramai 39
(36.8%) orang agak setuju menjadikan ia peratus tertinggi diikuti 26 (24.5%) orang setuju,
24 (22.6%) orang sangat setuju, 12(11.3%) orang tidak setuju dan 5 (4.7%) sangat tidak
setuju menjadikan ia peratusan yang terendah. Ini menunjukkan bahawa kita perlulah
berhati-hati dengan promosi jualan yang dilakukan kerana ini adalah taktik bagi syarikat
untuk melariskan jualan mereka dan mengaut keuntungan.

14
v. Menyenaraikan Barang yang Perlu Dibeli Sebelum Membeli

Dalam soalan kelima ini, responden telah diajukan soalan samada mereka akan
menyenaraikan barang yang hendak atau perlu mereka beli sebelum keluar untuk membeli-
belah. Seramai 393(31.1%) orang sangat setuju menjadikan ia peratus tertinggi diikuti 28
(26.4%) orang setuju, 27 (25.5%) orang agak setuju, 10(9.4%) orang tidak setuju dan 8
(7.5%) sangat tidak setuju menjadikan ia peratusan yang terendah. Peratusan tertinggi
menunjukkan ramai yang sangat bersutuju akan menyenaraikan barang-barang yang perlu
dibeli sebelum keluar membeli-belah menunjukkan pentingya kita membuat senarai barang.
Ini adalah untuk mengelakkan kita dari membeli barang sesuka hati tanpa menikut bajet dan
mengelakkan kita dari berboros.

15
B. Kesan Amalan Boros Rakyat Malaysia

Soalan pada bahagian B adalah untuk mengkaji kesan amalan boros rakyat Malaysia.
Terdapat 5 soalan pada bahagian ini.

Soalan pertama yang disoal kepada responden ialah sama ada mereka mempunyai duit
lebihan dalam perbelanjaan seharian mereka. Bagi soalan ini, terdapat 21 orang sangat
bersetuju bersamaan dengan 19.8%, 29 orang agak setuju bersamaan dengan 27.4%, 36
orang setuju bersamaan dengan 34%, 11 orang tidak setuju bersamaan dengan 10.4% dan
hanya 9 orang yang sangat tidak setuju. Min purata bagi soalan ini adalah 3.33. Majoriti
responden hanya bersetuju bahawa mereka mempunyai wang lebihan dalam perbelanjaan
seharian mereka dan berdasarkan pada jawapan responden, cuma sebahagian kecil yang
tidak mempunyai wang lebihan dalam perbelanjaan harian mereka.

Soalan kedua yang disoal dalam bahagian ialah untuk mengetahui sama ada
responden mengalami kegawatan wang perbelanjaan pada akhir bulan. Sebanyak 20 orang
sangat setuju bersamaan dengan 18.9%, 22 orang tidak setuju bersamaan 20.8%, 25 orang
setuju bersamaan 23.6%, 22 orang kurang setuju bersamaan 20.8% dan akhir sekali 17
orang sangat tidak bersetuju bersamaan dengan 16%. Min soalan bagi soalan ini ialah 3.0.
Majoriti responden cuma bersetuju dengan soalan ini. Sebahagian daripada responden
mengalami masalah kewangan pada akhir bulan dan sanggup mengikat perut untuk
mengelakkan daripada menggunakan wang ataupun sememangnya telah kehabisan wang
saku. Hasil kajian ini diselarikan dengan pemerhatian terhadap orang sekeliling. Pada
pengakhiran bulan kebanyakkan masyarakat mengambil keputusan untuk tidak melakukan
aktiviti membeli-belah atau apa-apa aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan wang
tetapi sebaliknya, hanya duduk di rumah sahaja.

Soalan 3 yang disoal kepada responden adalah untuk mengetahui sama ada responden
kerap meminta wang perbelanjaan daripada ibu bapa atau penjaga. Seramai 19 orang yang
sangat bersetuju bersamaan dengan 17.9%, 11 orang agak bersetuju bersamaan dengan
10.4%, 20 orang yang setuju bersamaan dengan 18.9%, 28 orang yang tidak setuju
bersamaan dengan 26.4% dan 28 orang sangat tidak setuju bersamaan dengan 26.4%.
Purata min bagi penyataan ini ialah 1.97 dimana menunjukkan bahawa ramai antara
responden tidak kerap meminta wang perbelanjaan daripada ibu bapa atau penjaga. Namun
ada sebahagian daripada responden sangat bersetuju dengan penyataan ini yang mana
menunjukkan tahap boros mereka pada tahap membahayakan.

16
Soalan 4 yang disoal adalah untuk mengetahui adakah kekurangan wang faktor utama
berkurangnya aktiviti bersama rakan-rakan. Hasil dapatan daripada kaji selidik ini mendapati
19 orang sangat bersetuju dengan bersamaan 17.9%, 22 orang agak bersetuju bersamaan
dengan 20.8%, 33 orang setuju dengan peratus 31.1%, 16 orang tidak setuju bersamaan
dengan 15.1% dan 16 orang sangat tidak setuju dengan peratus 15.1%. Min purata bagi
penyataan ini ialah 3.06 dimana kebanyakkan responden bersetuju bahawa masalah
kewangan adalah faktor utama mereka kurang melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan
penyataan ini.

Soalan 5 yang diajukan kepada responden adalah untuk mengetahui sama ada
responden lebih selesa menggunakan pengangkutan awam untuk menjimatkan
perbelanjaan ataupun lebih selesa dengan kenderaan sendiri. Hasil dapatan kajian
mendapati 27 orang sangat bersetuju bersamaan dengan 25.5%, 21 orang agak setuju
dengan peratus 19.8%, 27 orang setuju bersamaan dengan 25.5%, 14 orang tidak setuju
bersamaan 13.2% dan 17 orang sangat tidak setuju dengan peratus 16%. Min purata bagi
penyataan ini ialah 3.19 dimana ramai yang hanya bersetuju bahawa mereka lebih
bergantung pada pengangkutan awam. Hasil pemerhatian juga boleh diselarikan dengan
hasil kajian ini dimana pengguna pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu(KTM)
yang dilihat tidak pernah putus dan sentiasa sesak dan padat. Terdapat juga masyarakat
yang lebih rela berkongsi kereta dengan orang lain demi menjimatkan kos pengangkutan. Ini
banyak terjadi dalam kalangan pelajar sekolah mahupun universiti.

Secara kesimpulannya, kesan sikap boros dalam kalangan masyarakat Malaysia ini ialah
pada tahap yang agak merisaukan.

BIL Penyata Sangat Tidak Setuju Agak setuju Sangat Min


an tidak setuju setuju setuju

1 Soalan 1 9 8.5% 11 10.4% 36 34% 29 27.4% 21 19.8% 3.33

2 Soalan 2 17 16% 22 20.8% 25 23.8% 22 20.8% 20 18.9% 3.00

3 Soalan 3 28 26.4% 28 26.4% 20 18.9% 11 10.4% 19 17.9% 1.97

4 Soalan 4 16 15.1% 16 15.1% 33 31.1% 22 20.8% 19 17.9% 3.06

5 Soalan 5 17 16% 14 13.2% 27 25.5% 21 19.8% 27 25.5% 3.19

Jadual Kesan Amalan Boros Rakyat Malaysia

17
Kesan Amalan Boros Rakyat Malaysia
40

35 34
31.1
30
27.4
2626.4 25.5 25.5
25 23.8
Peratus(%)

20.8 20.8 20.8


19.8 19.8
20 18.9 18.9
18 17.9 17.9
16 16
15.1
15.1
15 13.2
10.4 10.4
10

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Agak setuju Sangat setuju

Graf Kesan Amalan Boros Rakyat Malaysia

18
C. Analisa Terhadap Punca Amalan Boros Masyarakat di Malaysia

Pada bahagian ini, seramai 106 orang responden telah diutarakan 5 soalan yang berkaitan
dengan cara pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian mereka. Soalan-soalan ini
adalah bagi mengenal pasti punca amalan boros yang berlaku dalam kalangan masyarakat
di Malaysia. Setiap soalan dianalisa berdasarkan jawapan responden iaitu sangat tidak
setuju, tidak setuju, setuju, agak setuju dan sangat setuju.

i. Menetapkan Had Dalam Berbelanja

Soalan 1 yang disoal kepada responden ialah sama ada mereka merancang perbelanjaan
sebelum membeli apa jua barangan. Bagi soalan ini, seramai 36 orang bersamaan 34% iaitu
majoriti responden agak setuju dengan kenyataan bahawa mereka merancang perbelanjaan
sebelum membeli barangan. Manakala seramai 29 orang bersamaan 27.4% sangat setuju,
27 orang bersamaan 25.5% setuju, 11 orang bersamaan 10.4% tidak setuju dan 3 orang
bersamaan 2.8% iaitu minoriti responden berpendapat bahawa mereka tidak merancang
perbelanjaaan sebelum melakukan pembelian. Hal ini disebabkan oleh faktor usia dan
status yang mana majoriti responden adalah terdiri daripada belia yang berusia 20-30 tahun
dan tidak bekerja. Oleh itu, mereka kurang peka dengan aliran keluar masuk wang kerana
masih belum mempunyai tanggungjaawab sepenuhnya berkenaan hal itu.

ii. Perancangan Kewangan Sebelum Berbelanja

Soalan 2 menyoal responden sama ada mereka membuat senarai barang keperluan yang
perlu dibeli dan mematuhinya. Jawapan yang diperoleh memperlihatkan tahap kekuatan
perancangan kewangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Seramai 37 orang
bersamaan 34.9% iaitu majoriti responden agak setuju dengan kenyataan bahawa mereka
membuat senarai barang keperluan yang perlu dibeli dan mematuhinya. Manakala seramai

19
23 orang bersamaan 21.7% sangat setuju, 24 orang bersamaan 22.6% setuju, 12 orang
bersamaan 11.3% tidak setuju dan 10 orang bersamaan 9.4% iaitu minoriti responden
berpendapat bahawa mereka tidak membuat senarai barang keperluan yang perlu dibeli dan
mematuhinya. Keputusan yang diperoleh menunjukkan kematangan sebahagian
masyarakat dalam menguruskan perbelanjaan agar tidak melebihi had yang ditetapkan.

iii. Amalan Menabung dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Soalan seterusnya adalah berkaitan amalan menabung oleh individu. Berdasarkan


maklumat yang diperoleh, seramai 33 orang bersamaan 31.1% iaitu majoriti responden
setuju dengan kenyataan bahawa mereka mengamalkan amalan menabung. Manakala
seramai 29 orang bersamaan 27.4% sangat setuju, 19 orang bersamaan 17.9% agak setuju,
15 orang bersamaan 14.2% tidak setuju dan 10 orang bersamaan 9.4% iaitu minoriti
responden berpendapat bahawa mereka tidak sama sekali mengamalkan aktiviti menabung.
Hal ini agak merisaukan kerana terbukti masih kurang kesedaran dalam kalangan
masyarakat Malaysia tentang manfaat daripada aktiviti menabung, yang sewajarnya menjadi
didikan sejak kecil oleh golongan yang bergelar ibu bapa.

20
iv. Berbelanja Mengikut Kemampuan atau Rakan

Bagi soalan 4, responden disoal sama ada mereka sentiasa bersetuju apabila rakan-rakan
mengajak untuk keluar, yang mana dengan kata lain adakah mereka mudah terpengaruh
dengan gaya hidup rakan-rakan yang lain tanpa mengambil kira soal kewangan. Bagi soalan
ini, 37 orang bersamaan 34.9% iaitu majoriti responden setuju dengan kenyataan bahawa
mereka sentiasa bersetuju apabila rakan-rakan mengajak untuk keluar. Manakala seramai
16 orang bersamaan 15.1% sangat setuju, 27 orang bersamaan 25.5% agak setuju, 20
orang bersamaan 18.9% tidak setuju dan 6 orang bersamaan 5.7% iaitu minoriti responden
sangat tidak sutuju dengan pernyataan ini. Respon yang diperoleh menunjukkan
perancangan kewangan yang lemah dalam kalangan masyarakat Malaysia akibat pengaruh
rakan-rakan. Bagi golongan yang miskin dan sederhana, hal ini boleh menyebabkan
berlakunya masalah kewangan yang lebih parah.

21
v. Memilih Barang Keperluan atau Kemahuan

Untuk soalan terakhir bagi mengenal pasti punca berlakunya amalan boros dalam kalangan
rakyat Malaysia ialah adakah responden sanggup menghabiskan wang untuk barang
kehendak mereka. Majoriti responden iaitu seramai 37 orang bersamaan 34.9% setuju
dengan kenyataan bahawa mereka sanggup menghabiskan wang untuk barang kehendak
mereka. Seramai 17 orang bersamaan 16% sangat setuju, 24 orang bersamaan 22.6% agak
setuju, 18 orang bersamaan 17% tidak setuju dan 13 orang bersamaan 12.3% iaitu minoriti
responden sangat tidak sutuju dengan pernyataan ini. Berdasarkan jawapan responden,
ternyata sebahagian masyarakat masih lemah dalam menguruskan perbelanjaan dan ini
boleh membawa kepada masalah lebih besar iaitu hilang kawalan dalam penggunaan kad
kredit.

22
KESIMPULAN

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Tahap amalan
boros masyarakat Malaysia dapat diklasifikasi dengan umur, jantina, status pekerjaan dan
kaum. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara
perkara-perkara tersebut.

Seterusnya, kajian ini dapat mengenal pasti kesan-kesan amalan boros dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Melalui kajian soal selidik, didapati pelbagai masalah yang timbul di
akhir bulan atas sikap amalan boros masyarakat Malaysia dalam berbelanja. Sikap boros ini
membawa banyak kesan negatif kepada semua orang tidak kira lapisan masyarakat.
Mereka tidak mempunyai aset atau simpanan bagi masa tua, kecemasan atau untuk acara-
acara penting di dalam kehidupan mereka. Mereka akan menjadi lebih mudah terdedah
kepada risiko adanya kemelesetan ekonomi dan dilanda kesukaran.

Di samping itu, punca amalan boros dapat disimpulkan dengan pelbagai faktor, antaranya
amalan menabung tidak di praktikkan, pembeli cuai dan mudah terpengaruh sewaktu
berbelanja dan pembeli tidak merancang dalam perbelanjaan. Masyarakat Malaysia harus
mengasingkan sikap ini daripada kehidupan harian mereka. Dengan berbelajar untuk
berjimat cermat, mereka akan menabung untuk keperluan masa hadapan mereka, jikalau
ada kecemasan atau sekadar simpanan pada hari tua. Orang ramai juga harus ada kawalan
diri yang ketat dan menjadi bertanggungjawab supaya tidak mudah terpengaruh oleh iklan-
iklan dan membazir wang begitu sahaja.

Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa kita haruslah bijak berbelanja dan
mempunyai disiplin yang tinggi dalam pengurusan wang agar kita tidak terbeban dengan
kesempitan wang.

23
Rujukan

1. Nurul Izzah Sidek. (2008). Utusan Online. Remaja dan Tabiat Berbelanja. Akhbar
Utusan Malaysia

2. Editor Sinar Harian. 5 Januari 2014. Sinar Online. Kos Sara Hidup: Ubah Cara
Berbelanja. Akhbar Sinar Harian

3. Editor Utusan Malaysia.26 Jun 2015. Utusan Online. 23,484 Golongan Belia Muflis.
Akhbar Utusan Malaysia

4. Kaji Selidik daripada 108 responden berumur 19 tahun dan ke atas.

24

You might also like