You are on page 1of 165

Baca Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang 

tindakan mengatasi
masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk


memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan
menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat
melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kenal jati diri. Walau
bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan,
antaranya termasuklah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Untuk mengatasi masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas


Khas Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250
pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah
salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah
dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di
sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang
masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan
tentang masalah disiplin. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem
pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk
mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk
menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh
dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah
masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan
bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya sekolah yang berstatus elit,
cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.

Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang
sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang
sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah
disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil
kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-
mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui
bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem
pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan
Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan
tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada


 “Realiti Semasa Masalah Disiplin Pelajar”
 Oleh Noor Khairiyati Mohd. Ali
 Dewan Masyarakat, April 2005)
Contoh Jawapan.

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin di negara kita.

Langkah-langkahnya ialah Kementerian Pelajaran menubuhkan Jawatankuasa Petugas


Khas Menangani Gejala Disiplin.  Selain itu, Kementerian Pelajaran membuka talian penting dan
e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah .  Seterusnya, ibu bapa dan orang awam boleh
membuat aduan tentang masalah disiplin murid.  Selanjutnya,  sekolah dibenarkan mendapatkan
bantuan daripada pihak polis.  Selain itu, pihak polis dibenarkan menahan murid yang berada di
luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

Kesan masalah itu kepada negara ialah hasrat negara melahirkan warganegara yang baik
akan terjejas.  Selain itu, keyakinan orang ramai terhadap institusi pendidikan negara menjadi
luntur. Masalah ini juga akan menyebabkan kemajuan ekonomi dan pembangunan negara tidak
dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah disiplin


supaya kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera.

PERINGATAN DAN BANTUAN TERAKHIR SEBELUM ANDA MENJAWAB


SOALAN KARANGAN SERTA CONTOH-CONTOH KARANGAN TERBAIK
BAHAGIAN A (KARANGAN BERPANDU )DAN KARANGAN BAHAGIAN B
(DIMENSI)
Assalamualaukum, pelajar yang dihormati sekalian, dalam situasi sekarang, peperiksaan berbaki
lebih kurang dua hari, izinkan saya berkongsi maklumat ini. Mengarang memerlukan kaedah
atau acuan untuk  membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang. Saya sedar, pelbagai
kaedah atau acuan karangan yang didedahkan oleh guru-guru anda. Semua kaedah berkenaan
mengarahkan pelajar menghasilkan karangan cemerlang. Namun, saya akan mendedahkan
semula Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan
Penutup. Sekiranya pelajar mengarang tanpa ada hala tuju, dan kaedah, pelajar sukar untuk
menghasilkan karangan cemerlang.

KAEDAH PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN PERENGGAN PENGENALAN, ISI


DAN PERENGGAN PENUTUP. (SILA KLIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT)

INSYA-ALLAH SAYA AKAN MENYENARAI KARANGAN CEMERLANG YANG


PERNAH DISIARKAN DI DALAM BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI UNTUK
MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN KARANGAN SEMASA MENGHADAPI
PEPERIKSAN SPM PADA 13/11/2018. DOAKAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN
SAYA KEKUATAN DAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK SAYA MELAKUKAN
TUGASAN YANG MAMPU MEMBANTU ANAK DIDIK DAN PELAJAR MENGHADAPI
PEPERIKSAAN SPM 2018.

SEKALI LAGI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PELAJAR 5 ELIT, SMK SERI


LONDANG. ESOK SAYA AKAN MENGADAKAN KELAS TUSYEN DAN SENTUHAN
TERAKHIR (8.30 HINGGA 12.30 TGH DI BILIK TAYANGAN, SMK SERI LONDANG,
GELONG PEPUYU, SEBELUM SAYA KE HOSPITAL SELAYANG PADA HARI ANDA
MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1) DAN KERTAS BAHASA
MELAYU 2 (1103/2), JUSTERU, ESOK SAYA AKAN CUBA MENCURAHKAN SEGALA
ILMU YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA SAYA KEPADA ANDA. SAYA
BERHARAP, SAYA TENANG SEMASA PEMERGIAN SAYA UNTUK MENDAPAT
RAWATAN SUSULAN ATAU JANJI TEMU SAYA DENGAN DOKTOR PAKAR KANSER
USUS YANG SAYA HADAPI. DOAKAN SAYA SIHAT UNTUK TERUS BERSAMA-
SAMA ANDA. IKHLAS, CIKGU MOHD RAMSUL ABD RAHIMAN. SAYA AKAN CUBA
MEMBERI BEKALAN UNTUK KAMU MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018.
SEKALI LAGI DOAKAN KESIHATAN SAYA. AAMIIIN.

SOALAN : Penggunaan media sosial  amat popular di Malaysia. Media sosial seperti Facebook,
Twitter, WhatsApps dan My Space mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kecanggihan
teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif di sebaliknya.
Terangkan cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

Dalam meniti arus pemodenan yang mencabar akal dan minda,kita sering kali dikaitkan
dengan penggunaan media sosial yang kian meluas di segenap empat penjuru dunia yang juga
menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Blog,rangkaian sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram, WeChat, Skype, Viber dan WhatsApps adalah antara contoh medium penting
yang terdapat dalam aplikasi media sosial. Media sosial ini menjadi wahana bagi setiap lapisan
masyarakat dunia untuk kekal berhubung dengan kenalan, sahabat handai dan keluarga yang
berjauhan. Menurut Wikipedia, iaitu ensiklopedia bebas yang tersohor mentakrifkan media sosial
adalah sejenis wahana yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna
dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki,
forum dan dunia virtual. Menurut sumber yang dipetik daripada persatuan Digital Malaysia
( MDA ), pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa Facebook merupakan media
sosial paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia yang menggunakannya.
Anggota komuniti yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun. Belakangan ini, isu
membabitkan media sosial hebat diperkatakan apabila media sosial itu dilihat sebagai ancaman
keselamatan terhadap masyarakat dan negara. Hal ini disebabkan kewujudan golongan tidak
bertanggungjawab yang menjadikan media sosial  sebagai wadah untuk memfitnah, menipu,
menyamar menjadi individu tertentu bagi tujuan menjatuhkan reputasi seseorang dan menarik
perhatian dengan membangkitkan isu sensitif seperti agama, budaya dan kaum. Pelbagai
persoalan terus menghantui minda kita apabila berbicara tentang penyalahgunaan media sosial.
Persoalannya ialah apakah cara-cara untuk mengawal penyalahgunaan media sosial dalam
masyarakat? Siapakah yang sebenarnya wajar memikul dan menggalas tugas-tugas untuk
mengawal penyalahgunaan media sosial? Seharusnya media sosial dipantau oleh pelbagai pihak
daripada jari-jari yang tidak bertanggungjawab ini.

Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan untuk mengawal penggunaan media sosial
dalam kalangan masyarakat ialah peranan yang dimainkan oleh setiap individu. Dalam ilmu
sosial, individu bererti bagian terkecil dari kelompok masyarakat yang tidak dapat dipisahkan
lagi menjadi bagian yang lebih kecil. Persoalan yang menerawang dalam benak kita ialah
bagaimanakah individu itu boleh mengawal penggunaan media sosial? Pada zaman yang serba
canggih ini, keimanan dan jati diri perlu ada dalam diri setiap individu untuk mengawal
penggunaan media sosial. Jari jemari amat mudah untuk menari-nari pada papan kekunci menaip
apa-apa sahaja yang ada di fikiran, apatah lagi mudah sangat untuk mengetuk peranti pintar yang
dimiliki. Tanpa kita sedar ada kalanya bait-bait tulisan itu mengundang provokasi atau banyak
dusta daripada benarnya umpama baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa,
seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. Setiap individu
perlulah menggunakan media sosial dengan bijak sebagai penambah timbangan pahala agar tidak
menimbulkan perkara yang sensitif yang membawa kepada permusuhan. Seseorang individu itu
juga perlulah berdisiplin dalam melayari media sosial agar tidak terleka dengan keasyikan dunia
alam maya yang disajikan. Tugas hakiki seharian perlu dilunaskan terlebih dahulu seperti
mengulang kaji pelajaran bagi seorang yang bergelar murid dan melakukan tugas rutin seharian
bagi orang dewasa persis masa itu emas iaitu media sosial tidak seharusnya menjadi peneman
sepanjang 24 jam sehingga melupakan hubungan sosial secara bersemuka  bersama keluarga dan
teman-teman. Berdasarkan statistik terkini di laman Statistik menyatakan bahawa penggunaan
harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari
berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada 2016 pula, pengguna media sosial sedunia
dijangkakan mencecah dua bilion. Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan
Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web
paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia. Seseorang individu itu boleh
mengurangkan masa mengakses media sosial dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu
pekerjaan seperti melakukan aktiviti beriadah yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan
minda seperti bersukan, berkelah sambil merapatkan saf kekeluargaan dan bergotong-royong
sambil membasmi nyamuk Aedes dan mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga dan
mewujudkan perpaduan berbilang kaum ibarat bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Setiap
individu memikul amanah terhadap diri sendiri bersesuaian dengan kata-kata daripada Hamka 
iaitu seorang ulama, sasterawan, sejarawan dan ahli politik Indonesia yang mengungkapkan kata-
kata puitis untuk renungan kita bersama berbunyi kecantikan abadi terletak pada keelokan adab
dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tegasnya, tepuk dada
tanya selera masing-masing sama ada seseorang individu itu mahu menjadi seorang yang
berguna dengan mengaut ilmu sebanyak mungkin menggunakan media sosial atau sebaliknya
menyalahgunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik.
Kupasan dan huraian tentang  media sosial tidak harus ada titik noktahnya. Maka sebagai
meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek peranan ibu
bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan
anak-anak. Persoalan yang bermain dalam minda kita ialah bagaimanakah ibu bapa dapat
memainkan peranan untuk membendung penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak-
anak? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita, Profesor diraja Ungku
Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu
bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Nah, sudah terang lagi bersuluh fungsi
primer ibu bapa iaitu sebagai profesor pertama bagi anak-anak! Ibu bapa perlulah memantau
setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka mengakses media sosial.
Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu menggelakkan anak-anak daripada mengakses laman
sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak
rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Ibu bapa juga
boleh menjadi mata dan telinga umpama sambil menyelam minum air iaitu dengan menjadi
rakan dalam laman sesawang Facebook, WhatsApps, Instragram dan sebagainya bagi
mengetahui perjalanan pelayaran kembara anak-anak dalam media sosial. Ibu bapa yang menjadi
rakan dalam alam maya anak-anak akan dapat mengetahui 1001 rahsia anak-anak dari segi
emosi, perlakuan, kesukaan, perasaan, cita-cita dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu
bapa boleh menjadi rakan paling akrab dan mesra kepada anak-anak mereka apabila memahami
naluri anak-anak. Sudah pasti anak-anak yang tahu kasih sayang dan cakna orang tua mereka
tidak tergamak untuk menconteng arang ke muka ibu bapa mereka dengan melakukan
penyalahgunaan dalam media sosial. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlulah mengehadkan
masa penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh yang bersesuaian
dengan situasi di atas, anak-anak hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial dengan
pemantauan daripada ibu bapa selama satu jam sehari. Mungkin anak-anak ingin mendapatkan
info daripada guru, rakan-rakan atau mengakses Internet untuk bahan rujukan pembelajaran. Ibu
bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-
anak yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam
kancah negatif. Anak diibaratkan sehelai kain putih, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa
untuk mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap mendung awan di langit.
Ibu bapa harus mengambil alternatif yang lain persis meletakkan komputer di ruangan yang
terbuka sama ada di ruang tamu atau di sudut-sudut  yang boleh dilihat oleh ibu bapa. Ibu bapa 
tidak boleh terlepas pandang daripada memerhatikan anugerah terindah ini lagi-lagi di zaman
dunia tanpa sempadan dan segala maklumat baik buruk hanya di hujung jari sahaja. Setegas-
tegasnya dinyatakan bahawa ibu bapa seyogialah memainkan peranan yang dominan untuk
melahirkan anak-anak yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu
bapa mereka dan bukan anak-anak yang bobrok dan kaya dengan pidana termasuk jenayah di
media sosial.

Paparan demi paparan berita tentang penggunaan media sosial yang sering menjadi
hiasan media arus perdana, nyata perlu dijadikan agenda penting oleh pihak sekolah. Sekolah
diumpamakan sebagai gedung ilmu bagi insan-insan yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Mengambil sumber benar lagi tepat daripada Kamus Dewan (edisi keempat) mendefinisikan
sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.
Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah sekolah boleh menjadi institusi
yang mengawal penggunaan media sosial? Bertepatan dengan maksudnya, murid menerima
pelajaran secara formal meliputi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya seperti termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru di sekolah memainkan peranan penting dengan
menasihati murid agar menjadi insan yang bermoral dah bersahsiah terpuji dengan menjauhi
perkara-perkara mungkar bersangkut paut dengan penyalahgunaan media sosial. Guru mata
pelajaran Pendidikan Islam boleh membuktikan hukum penyalahgunaan media sosial dengan
dalil Al-Quran manakala guru mata pelajaran Pendidikan Moral boleh menyenaraikan beberapa
nilai seperti nilai amanah, harga diri, rasional dan bertanggungjawab. Timbalan Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata jumlah capaian Internet di negara ini
mencecah 70.2 peratus dengan purata seseorang melayari laman sesawang ialah empat jam 30
minit sehari. Tidak mustahil 70.2 peratus itu termasuk penggunaan Internet oleh mereka yang
masih memakai uniform sekolah. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah memang
bertepatan dengan peribahasa lama yang menyatakan ibarat orang mengantuk disorongkan
bantal. Budaya buli, gengsterisme dan perlakuan tidak senonoh yang menjadi tular dalam
kalangan murid sekolah begitu menyesakkan nafas pihak sekolah. Imej sekolah tercalar,apatah
lagi air muka ibu bapa mereka yang melakukan perkara mungkar dan tersebar dalam media
sosial yang boleh disaksikan seantero dunia. Pihak sekolah mengikut hukuman dalam Panduan
Tatacara Disiplin Sekolah selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959)
boleh mengambil tindakan dengan Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman
Dera (Corporal Punishment), Penahanan (detention) dan Amaran. Unit Kaunseling dan Unit
Disiplin di sekolah juga boleh berganding bahu mengadakan kem motivasi, pameran dan kempen
kesedaran untuk murid tentang penggunaan media sosial. Pendedahan dari segi rohani dan
jasmani boleh membentuk murid yang celik IT dan mengelakkan murid menjadi ketagihan media
sosial. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting
mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan murid-murid di sekolah agar tidak menjadi
kudis bernanah yang merosakkan masyarakat, bak peribahasa Melayu yang amat berharga iaitu
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum nasi menjadi bubur, ada
baiknya segala masalah media sosial dikekang sejak di bangku sekolah lagi sebelum membarah
dalam masyarakat.

Populariti media sosial ini tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana
pihak.Masyarakat sendiri perlu bertindak pantas untuk mengawal penggunaan media sosial
dalam kalangan mereka. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama
dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk mengawal penggunaan media sosial. Menurut
Kamus Dewan (edisi keempat) yang benar lagi sahih mendefinisikan masyarakat sebagai
kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Persoalan yang berlegar-legar dalam minda kita ialah bagaimanakah seluruh masyarakat
Malaysia dapat berganding bahu dan saling mendepani penggunaan media sosial bak peribahasa
Melayu yang tak jemu diucap selalu iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing?
Adakah masyarakat kita ambil peduli tentang permasalahan ini atau hanya menutup mata dan
memekakkan telinga masing-masing? Statistik yang diambil daripada akhbar arus perdana iaitu
Utusan Malaysia melaporkan bahawa menurut laman web Internet Lives Stars seramai tiga bilion
atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20
juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang mengakses
Facebook. Ayuh, bangkitlah semua! Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak
berkuasa dengan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat penyalahgunaan media sosial.
Masyarakat di kawasan komuniti masing-masing boleh mengadakan kempen kesedaran tentang
media sosial kepada remaja atau golongan belia. Kempen kesedaran ini boleh diadakan di dewan
serba guna yang gah tersergam dibina di setiap kawasan perumahan, di balai raya atau di rumah-
rumah ibadat seperti masjid. Forum atau tazkirah santai berkenaan cara penggunaan media sosial
yang betul pasti menarik perhatian golongan belia yang sinonim dengan minat mereka. Melalui
forum, bual bicara atau tazkirah santai tersebut boleh diselitkan dengan pengenalan aplikasi-
aplikasi canggih yang  secara tidak langsung masyarakat itu sendiri dapat membuka minda
golongan muda ini untuk menerokainya dan menjauhi jenayah siber. Masyarakat juga boleh
menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApps atau Instagram untuk mengajak setiap
ahli komuniti melakukan sesuatu yang memberi impak positif seperti berniaga dalam talian dan
bertukar-tukar idea atau info tentang resipi masakan bagi kaum ibu atau info pelajaran bagi
mereka yang bergelar pelajar . Setiap individu di muka bumi ini merupakan khalifah yang 
tugasnya menyeru semua orang berbuat kebaikan dan bukannya memukul canang menabur
fitnah dan menyebarkan berita palsu melalui media massa. Masyarakat juga hendaklah berfikir
sejenak dan tidak cepat melatah menerima sesuatu berita itu tanpa menganalisis dengan
bijaksana. .Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masyarakat berperanan penting dalam
mengawal penggunaan media sosial bersesuaian dengan peribahasa buat air kerana muafakat,
bulat manusia kerana muafakat. Maka masyarakat hendaklah saling menggembleng tenaga untuk
mengawal penggunaan media sosial.

Sebagai akhir kalam, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam mengawal


penggunaan media sosial. Statistik yang diambil daripada Koleksi Rencana Umum Untuk
Rujukan Karangan SPM & STPM yang ditulis oleh Hj. Samat bin Buang menyatakan bahawa
Malaysia mencatatkan sebagai 13 negara paling aktif dalam jenayah siber di seluruh dunia.
Sebenarnya dalam konteks jenayah siber, banyak sudah berlaku kes penipuan dalam talian sejak
lima hingga tujuh tahun kebelakangan ini apabila wujud kes-kes seperti “Love Scam, Parcel
Scam dan Online Scam yang menyaksikan penjenayah boleh mengakses akaun peribadi
seseorang mangsa. Modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber ini ialah menyamar
sebagai wakil Bank Negara kononnya akaun mereka dibekukan dan meminta mangsa
memindahkan wang ke dalam akaun lain yang lebih selamat. Pertanyaan yang muncul dalam
benak kita ialah bagaimanakah kerajaan dapat mengawal penyalahgunaan media sosial dalam
kalangan masyarakat? Pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih
hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber. Antara 
undang-undang yang sudah sedia wujud di Malaysia bagi mengawal selia segala yang berlaku
dalam dunia siber ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), dan Akta Jenayah
Komputer 1997 (Akta 563). PDRM boleh berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) yang diterajui oleh Datuk Sri Salleh Said Keruak untuk
mengambil tindakan tegas kepada seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial
untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung
perasaan, menganiaya, menggugat atau mengganggu orang lain. Mereka boleh dikenakan
tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati
bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya
sekali. Janganlah kita hanya bertindak setelah keadaan sudah menjadi parah. Portal-portal berita
yang merasakan mereka kebal dan bebas untuk melakukan fitnah dan tohmahan serta
memutarbelitkan sesuatu berita perlu diajar memahami undang-undang. Sekarang masa untuk
bertindak bagi mengelakkan yang benar dianggap batil, yang batil dianggap benar, fitnah
diiktiraf sebagai bukti dan tohmahan dijamah setiap hari. Rakyat semestinya tanpa ragu-ragu
menjunjung tinggi prinsip undang-undang negara di mana-mana sahaja mereka berada, bak kata
peribahasa Melayu zaman berzaman iaitu di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Tidak
manis kiranya tindakan undang-undang diambil sebelum diberikan penerangan dan kempen
kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan media sosial kepada masyarakat. Oleh itu
mengambil pendekatan pendidikan perlu sejak awal usia lagi, program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) merupakan suatu program yang bertepatan untuk menyemai jati diri, nilai murni yang
tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara selari dengan laungan slogan ‘Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Besarnya harapan menggunung terpikul di pundak muda-mudi
generasi pelapis memimpin negara tercinta. Oleh itu sudah semestinya mereka iaitu generasi
muda yang bakal menerajui negara sifar daripada penyalahgunaan media sosial. Jelaslah bahawa
pihak kerajaan merupakan peneraju gemilang terhadap sesebuah negara berperanan menjaga
keharmonian dan keamanan negara melalui kempen kesedaran dan undang-undang yang tegas
bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.

Sebagai melabuh tirai perbincangan tentang mauduk mengawal penggunaan media sosial
telah dikupas dengan mendalam. Hal ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada sokongan padu
daripada pelbagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bahu membahu dan
bergandingan tangan untuk merealisasikan mengawal penggunaan media sosial demi
keharmonian dan kemajuan negara serta membentuk masyarakat yang celik IT, berinovasi dan
bermaklumat seiring dengan lagu Keranamu Malaysia.
Alam siber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga.
Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan
bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan
juta rakyat Malaysia.

Amalan membaca belum dihayati sepenuhnya dalam kalangan remaja pada hari ini.
Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan
remaja. ( Karangan Dimensi Masyarakat)

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun
tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca ialah
suatu kewajipan yang penting. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada
sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya,
bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca
menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk
membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan
membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk
menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar
dengan matlamat membangunkan insan berminda kelas pertama melalui amalan membaca,
nescaya seluruh adiwangsa memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca
khususnya dalam kalangan remaja.
Kelompok sasar yang pertama untuk merancakkan budaya membaca ialah ibu bapa.
Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa,
segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap
yang positif daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik dan
melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak
juga. Tanamlah sifat positif dalam kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari
maklumat baru dengan cara membaca. Membaca juga boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti
penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka.
Sindrom ‘mabuk’ gajet yang tidak boleh lekang dengan budaya Whatsapp, Facebook, Twiter dan
Instagram yang mula menyerap ke dalam gaya hidup ibu bapa haruslah dikurangkan.
Sesungguhnya, inilah virus yang sedang bergerak aktif untuk meletakkan manusia
pascamilenium terperap dalam kopompong kebodohan ciptaan sendiri.

Institusi alma mater merupakan pusat kemenjadian manusia yang telah terserlah fungsinya
sejak zaman-berzaman. Di sinilah insan mula membina sahsiah, ilmu dan akal budi. Oleh sebab
itu, sekolah berperanan penting untuk melahirkan warga pelajar yang cinta akan ilmu melalui
kalam membaca. Ejen terpenting yang berfungsi menggerakkan insan pelajar yang gemar
membaca ialah para guru. Guru seharusnya membudayakan alma mater dengan menyuburkan
minat membaca dalam kalangan murid-murid. Cetusan daya berfikir seperti mencari maklumat
dan meneroka gaya berfikir seperti orang-orang bijaksana sewajarnya digalakkan sama ada di
dalam kelas mahupun di luar kelas. Dalam usaha mengaktifkan minat membaca, semua medium
maklumat hendaklah dimanfaatkan. Pihak sekolah haruslah boleh menganjak paradigma agar
bijak memanfaatkan peranti elektronik sebagai sumber baharu bahan bacaan. Dalam wacana
ilmu moden yang semakin berkembang, para guru seharusnya tidak terperap dalam gaya lama,
sebaliknya berani keluar daripada kepompong katak di bawah tempurung.
Masyarakat massa termasuk rakan sebaya hendaklah menjadi rakan penggalak agar budaya
membaca terus diperkasakan. Belakangan ini kita amat kecewa apabila pelbagai pegaruh negatif
begitu aktif menguasai minda dan sikap anak-anak muda. Gejala membuang masa seperti
berhibur, bergelandangan dan merempit yang menjadi kegilaan anak-anak muda hari ini akan
membawa kecelakaan kepada negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu, masyarakat hendaklah
menggempur habis-habisan gejala pagan ini daripada terus menular. Sebarang bentuk tindakan
sama ada melalui nasihat dan kaunseling mahupun penguatkuasaan undang-undang perlulah
dilakukan dengan segera. Sementara itu, anak-anak muda yang sedang memenuhi ujana ilmu
hendaklah kembali kepada matlamat asal yakni untuk membentuk insan kamil yang berbudaya
dan berilmu. Carilah rakan sebaya yang sealiran dan saling menyokong sebagai usaha
melahirkan generasi cendekia. Sesungguhnya, rakan yang baik itu ibarat cahaya sepanjang
kehidupan.

Agensi kerajaan dan swasta merupakan institusi masyarakat yang terpenting berperanan
untuk menyemarakkan budaya membaca sebagai suatu tingkah laku positif. Apabila agensi-
agensi berpengaruh ini mula menggerakkan inisiatif pardana amalan membaca, justeru
masyarakat massa dengan sendirinya akan membentuk jati diri membaca. Sudah tiba masanya
agensi seperti Jabatan Penerangan, Imigresen, hospital dan jabatan-jabatan lain menyediakan
brosur dan bahan bacaan berkala yang menarik untuk dibaca oleh pengunjung pada setiap kali
menanti giliran ketika berurusan dengan agensi berkenaan. Sementara itu, agensi swasta
terutama gedung-gedung perniagaan utama berpada-padalah menyajikan pengunjung dengan
sumber-sumber hiburan yang bermula daripada awal pagi hingga lewat malam. Langkah mundur
ke belakang seumpama itu hanya mengumpan masyarakat untuk menjadi warga hedonistik yang
pada akhirnya kokok berderai ekor bergelumang tahi.

Tuntasnya, insan yang membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke
seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang
insan bijaksana melalui aksara dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu,
masyarakat yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai masyarakat yang sedang
mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli
masyarakat dengan amalan membaca kerana membaca jambatan ilmu dan bangsa membaca
bangsa yang berjaya.

3. Slogan, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ merujuk kepada hubungan yang erat antara jiran
bagi 
mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita.

Pendahuluan: Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut
turut disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi
internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena tersebut amat
mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh semangat inkuiri menyebabkan
remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah
kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja
yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau
bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang boleh
memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu
diperkasakan oleh remaja demi berhadapan dengan ancaman yang berbahaya itu.

Isi 1 : Mendalami ilmu agama dan moral – agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak

faham akan konsep dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala
perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal
Isi 2 : Meletakkan keutamaan belajar dan mencari pengalaman demi masa depan – hanya ilmu
dan
pengalaman sebagai jaminan masa depan
Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran – rakan sebagai pewarna kehidupan – tersalah memilih rakan
boleh mengundang mudarat – mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4 : Membina motivasi – motivasi merupakan enjin yang menggerakkan individu untuk
mencari
kejayaan – tidak mudah terpedaya dan mengikut telunjuk rakan – mempunyai matlamat
masa 
depan yang terjamin
Isi 5 : Memahami dan mendalami dasar dan visi negara – faham akan hala tuju negara –
memahami
hasrat pemimpin – bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda
wawasan
negara - tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara

Kesimpulan : Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan
sesebuah negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang mewah, sebaliknya berada dalam
tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati kata-kata hebat tersebut,
saya begitu teruja untuk menjadi anak muda yang berwawasan. Saya beriltizam untuk membina
Malaysia yang tercinta ini menjadi negara yang bebas daripada ancaman parasit dan anasir
perosak khususnya daripada kalangan anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, saya dan rakan-rakan
hendaklah memilih jalan yang betul yang telah dirintis oleh generasi yang terdahulu.

Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Mantan Ketua Pengarah Institut Perhutanan Malaysia
(FRIM) semasa ditemurah oleh salah seorang pemberita Akhbar Metro berkata bahawa
hutan merupakan rumah kedua baginya. Begitu juga pemimpin tersohor India Mahatma
Ghandi pernah berkata dunia ini mencukupi untuk keperluan semua tetapi tidak bagi
mereka yang tamak.” Kedua-dua kenyataan pemimpin di atas ini amat berkait dengan
hutan yang amat bermakna kepada manusia.  Sebagaimana kita sedia maklum,hutan
merupakan salah satu sumber alam yang sangat bernilai dan memberi pelbagai
manfaat dan pulangan kepada manusia. Aktiviti pembangunan yang begitu pesat
menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Antara
aktiviti yang boleh memberikan impak kepada kesejahteraan biodeversiti adalah seperti
pembinaan kawasan perumahan, pembinaan kawasan perindustrian, pembinaan
kawasan pertanian dan  sebagainya. Kesemua aktiviti tersebut perlu dijalankan secara
prihatin diikuti dengan kawanan dan penguatkuasaan undang-undan oleh Jabatan
Hutan agar kawasan hutan tidak di teroka dengan begitu rakus dan sewenang-
wenangya oleh pihak tidak bertanggungjawab. Di samping itu, terdapat juga aktiviti
pembalakkan haram di jalankan di kawasan hutan simpan mengakibatkan kerajaan
kerugian berjuta-juta ringgit dan khazanah hutan berumur berjuta-juta tahun musnah
begitu saja akibat tangan-tangan yang rakus yang tidak mengenal hati budi dan natijah
yang diterima oleh orang lain. Aktiviti ini mereka jalankan lebih berfokus untuk mengaut
keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kepentingan hutan kepada
manusia sejagat ibarat perbuatan mereka bagi enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing. Menurut satu kajian hutan di dunia pada suatu ketika dahulu
meliputi 60% daripada kawasan dataran bumi tetapi kini hanya tinggal sesetengah
sahaja. Sudah pasti hasil kajian ini menakutkan kita. Persoalannya, apakah kesan-
kesan penerokaan hutan tidak terkawal kepada manusia sejagat?

        Sebagai pelajar berminda kelas pertama, izinkan saya membicarakan kesan-


kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal dengan kata kunci mauduk iaitu
berlakunya peningkatan suhu bumi yang mengancam manusia sejagat. Terdapat
pelbagai kesan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal dalam kehidupan seharian kita.
Antara kesan tersebut berlakunya peningkatan suhu bumi. Hal ini terjadi kerana cahaya
matahari yang terus-menerus jatuh ke permukaan bumi bumi akan menyebabkan
permukaan bumi cepat panas. Bahkan juga, akibat pembalakan tanpa kawalan
menyebabkan pokok gagal melakukan proses fotosintisis pada waktu siang dan
pernafasan  pada waktu malam dan akan menyebabkan kadar oksigen dalam udara
akan berkurang.  Seyogia, masyarakat perlu akur dengan ketiadaan hutan, mereka
bakal menerima pelbagai musibah yang tidak terduga sama ada disedari atau tidak.
Sebagai contoh, akibat hutan batu mengatasi hutan pokok di kawasan bandar
menyebabkan kawasan bandar lebih panas berbanding di petempatan masyarakat di
luar bandar. Sekiranya, pihak bertanggungjawab alpa dalam menjalankan tugas mereka
mengawal dan menguatkuasakan undang-undang terhadap manusia berhati rakus
menjalankan aktiviti pembalakan yang memusnahkan hutan sudah pasti natijahnya
akan dirasai oleh generasi yang akan datang kerana akibat nila setitik habis susu
sebelanga. Tegasnya, penerokaan hutan yang tidak terkawal dengan kata kunci
mauduk iaitu berlakunya peningkatan suhu bumi yang mengancam kesejahteraan
manusia sejagat.

        Lensa perbincangan akan saya teruskan dengan kata kunci mauduk selanjutnya
iaitu aktiviti pembalakan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan flora dan
fauna. Akibat aktiviti pembalakan flora dan fauna yang terdiri daripada pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan dan binatang yang menjadikan hutan sebagai habitatnya akan
terancam dan menghadapi kepupusan. Selain itu, flora dan fauna merupakan salah
satu aset terpenting kepada sesebuah negara terutamanya negara yang bergantung
harap kepada sektor pelancongan sebagai punca utama kepada pendapatan negara.
Bilangannya pelancong asing dan domestik semakin hari semakin berkurangan akibat
daripada aktiviti pembalakan yang mampu menjadi daya penarik utama kepada aktiviti
pelancongan ke nagara kita. Sekiranya flora dan fauna ini pupus maka tarikan
pelancong ke sesuatu tempat tersebut menjadi kurang kerana kehadiran mereka ibarat
ada gula adanya semut. Kedatangan pelancong asing ke sesuatu tempat itu secara
tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan hal ini juga
boleh menguntungkan negara kerana pengaliran mata wang asing di dalam negara.
Kepupusan flora dan fauna juga akan mengakibatkan generasi akan datang tidak
mengetahui dan mengenali tentang kewujudan flora dan fauna tersebut. Selain
itu,kepupusan flora menyembabkan sumber perubatan tradisional seperti kacip fatimah
dan tongkat ali akan musnah akibat daripada aktiviti pembalakan. Bagi orang-orang
yang tinggal di dalam kawasan hutan seperti orang asli sumber makanan dan
pendapatan mereka turut terjejas akibat kemusnahan hutan yang berleluasa sekarang.
Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan
kepupusan flora dan fauna.

       Seterusnya, saya menjurus perbincangan dengan memilih kata kunci mauduk iaitu
penerokaan hutan tanpa kawalan akan menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah
kepada pelbagai bencana alam.Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu
kawasan, air yang turun tersebut akan terus menghakis permukaan bumi yang gondol
lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat
misalnya pada kejadian tanah runtuh yang sering berlaku semasa musim tengkujuh.
Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah
terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai
akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir
kilat lebih mudah berlaku. Selain itu, tanah yang terdedah kepada pancaran cahaya
matahari akan menjadi kontang dan tidak subur untuk aktiviti pertanian. Keadaan dan
kejadian ini membuktikan bahawa penerokaan kawasan hutan menyebabkan manusia
terdedah kepada kejadian bencana alam yang sukar diramalkan oleh akan
manusia. Sekiranya pembalakan tanpa kawalan dilakukan sudah pasti masyarakat
akan sentiasa hidup di dalam ketakutan kerana pelbagai kejadian atau musibah yang
mengancam mereka kerana malang tidak berbau. Sudah terang lagi bersuluh,
penerokaan hutan tanpa kawalan akan menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah
kepada pelbagai bencana alam.

      Selain yang dinyatakan di atas, kesan yang seterusnya berlaku apabila penerokaan
kawasan dijalankan secara tidak terkawal menyebabkan kawasan tadahan air hujan
terjejas. Seperti yang diketahui umum air merupakan keperluan asas kepada kesemua
hidupan di muka bumi. Kandungan air bersih yang terkandung di permukaan bumi
adalan sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah air yang tidak bersih. Oleh
itu,takungan air hujan di bukit-bukit boleh menjadi sumber air bersih kepada penduduk-
penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Pada kebiasaanya aktiviti pembalakan
yang dijalankan di kawasan pendalaman mungkin meninggalkan kesan yang negatif
kepada penduduk setempat seperti pencemaran air yang disebabkan oleh aktiviti yang
dijalankan oleh  mereka yang tidak berhati perut di hulu sungai dan hal ini bertepatan
dengan peribahasa Melayu akibat nila setitik habis susu sebelanga. Secara lansung
aktiviti manusia tidak bertamadun ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada
penduduk yang tinggal di persekitaran kawasan tersebut. Sebagai contoh, apabila
musim tengkujuh berlaku air sungai akan tercemar dengan kelodak akibat aktiviti
pembalakan dan air sungai akan berwarna kuning dan tidak sesuai dijadikan sebagai
sumber minuman mahupun untuk membasuh pakaian. Akibatnya penduduk terpaksa
mencari alternatif untuk mendapat sumber air bersih sama ada menampung air hujan
atau menggali perigi. Sekiranya situasi seperti ini berlaku sudah pasti akan
menimbulkan masalah kepada mereka untuk meneruskan kehidupan secara lebih
kondusif. Tegasnya, penerokaan kawasan dijalankan secara tidak terkawal
menyebabkan kawasan tadahan air hujan terjejas.
                                          
       Kesimpulannya, kawasan hutan mempunyai pelbagai khazanah yang sangat
bernilai dan perlu dipelihara agar ianya terus berkekalan. Pihak Kerajaan harus
melakukan pemantauan dan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
dan tidak hangat-hangat tahi ayam sahaja agar isu pembalakan haram dapat diatasi
dengan sepenuhnya. Aktiviti Pembalakan secara  terancang harus diamalkan supaya
hutan tidak musnah dan semua kehidupan yang menghuninya tidak akan  pupus.
Kempen seperti antipengimportan kayu hutan tropika merupakan satu tindakan yang
bijak daripada negara-negara maju bagi membendung masalah ini. Oleh itu, negara-
negara maju harus bekerjasama dengan negara-negara yang ekonominya bergantung
pada aktiviti pembalakan. Dengan cara ini pembalakan terkawal dan aktiviti pertanian
terkawal dapat diperkenalkan dan diamalkan agar kehidupan masyarakat sejagat
kembali normal.

Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia, anda telah meyertai pertandingan


pertandingan syarahan peringkat daerah yang bertajuk "Faedah-faedah Melabur dalam
saham Amanah.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah Perak Tengah, Tuan Pengetua SMK Seri Londang, para hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1
Malaysia. Pada pagi yang cukup cerah ini, saya, akan menyampaikan syarahan saya
bertajuk “Faedah-faedah Melabur dalam Saham Amanah.

Hadirin yang dihormati,

             Sebelum saya meneruskan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan


maksud melabur. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, melabur bermaksud membeli
saham (syer dan sebagainya) dalam sesuatu badan perniagaan untuk tujuan mendapat
keuntungan atau menanam modal. Oleh sebab itu, melabur, mereka yang terlibat
dengan aktiviti pelaburan dapat menabung wang sebagai simpanan dan pada masa
yang sama mereka akan menerima keuntungan aktiviti pelaburan yang dijalankan.
Slogan “ Menabunglah untuk masa depan anda” amat bertepatan dengan amalan
melabur tetapi pelaburan yang selamat seperti pelaburan Amanah  kerana pelaburan
seperti  dijamin oleh kerajaan berbanding melabur secara terbuka. Amalan melabur di
pelaburan amanah lebih baik berbanding melabur di pasaran terbuka kerana pengguna
yang melabur di pasaran terbuka seperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) berisiko
mengalami kerugian sekiranya mereka tidak arif soal pelaburan.  Hal ini kerana
pengguna yang melabur di pasaran terbuka ditentukan oleh turun naiknya pasar saham
dunia dan negara serta unit pelaburan yang kita laburkan di kaunter dan syarikat
pelaburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pada masa yang sama
suasana politik, isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara banyak
mempengaruhi saham pelaburan.. Silap langkah dan silap hari bulan, pelabur mungkin
akan menghadapi kerugian. Persoalannya, apakah faedah-faedah  melabur dalam
dalam saham amanah sebelum umur kita meningkat tua?

Hadirin yang dihormati.

                  Antara kepentingan melabur ialah pelabur dapat menyimpan wang untuk


kegunaan pada masa tua kerana peribahasa Melayu ada mengatakan sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit. Seyogia, apabila umur kita semakin  meningkat, kemampuan
untuk kita bekerja semakin berkurang. Tambahan pula orang di sekeling kita belum
tentu dapat menyara kehidupan kita ketika umur kita tua kerana beringat sebelum
kena dan berjimat sebelum habis. Oleh sebab itu, kita perlu melabur dan menabung
daripada sekarang sebelum umur kita meningkat tua kerana malang tidak berbau.
Kedatipun, kita mempunyai anak dan keluarga, situasi marcapada seperti keadaan
sosial masyarakat modenisasi banyak memberi impak kepada warga tua. Anak buang
ayah dan ibu , anak dera ayah dan ibu kerap terpapar di muka hadapan media masa.
Apatah lagi sekiranya ditakdirkan semasa tua kita mengalami masalah kesihatan
seperti masalah buah pinggang, kanser, menghadapi masalah jantung, menghadap
masalah paru-paru dan pelbagai lagi penyakit kronik bukahkah wang simpanan kita
akan memastikan kehidupan tua kita bahagia dan kita tidak perlu membebankan
kehidupan. Tambahan pula, anak-anak yang semakin membesar memerlukan biaya
yang semakin meningkat ditambah pula kos sara hidup keluarga semakin amat
membebankan pihak ibu bapa. Perlu diingat, anak-anak yang membesarkan
memerlukan ibu bapa mempunyai simpanan wang terutama apabila ada kalangan
anak-anak yang memerlukan wang untuk meneruskan pengajian mereka ke menara
gading atau ke asrama penuh, ibu bapa perlu mempunyai wang. Sekiranya ibu bapa
alpa dan tiada duit simpanan di mana sumber wang dicari untuk menampung kos
perbelanjaan untuk anak-anak kerana kawan ketika kita gembira senang dicari
tetapi kawan ketika kita menangis tiada siapa yang peduli.

Hadirin yang dihormati,

                 Seterusnya, pelaburan juga boleh memberi keuntungan tambahan selain


daripada pelabur  melaburkan atau menyimpan wang mereka ke dalam unit pelaburan.
Seyogia pelabur perlu faham melabur di unit Amanah, pelaburan wang mereka dijamin
oleh kerajaan tetapi tempoh masa yang diambil untuk mendapat keuntungah daripada
wang yang dilaburkan memakan masa  yang panjang. Berbanding pelaburan secara
terbuka contoh di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), pelabur mungkin akan
mendapat keuntungan dengan cepat sama ada sehari, seminggu, sebulan atau
berbulan-bulan kerana keuntungan pelabur diperoleh berdasarkan keuntungan atau
kerugian saham semasa. Namun begitu, pelabur saham secara terbuka mendedahkan
pelabur kepada keuntungan dan kerugian kaunter saham yang dipegang oleh mereka.
Sebagai contoh, sekiranya pelabur membeli saham syarikat Thheay dan didapati
bahawa saham berkenaan merunduh nilai asetnya di pasaran Bursa Saham Kuala
Lumpur maka pelabur akan mengalami kerugian dan wang peaburannya akan
merosot.  Sebaliknya melabur di saham amanah, wang pelaburan mereka diberikan
amanah kepada mereka yang arif  dan profesional berkaitan pelaburan kerana hanya
mutu mengenal manikam. Dalam erti kata yang lain, pelaburan dalam unit saham
amanah mempunyai kelebihan tambahan berbanding pelabur menjalankan pelaburan 
di pasaran terbuka kerana wang pelaburan yang mereka laburkan dikendalikan oleh
golongan profesional yang sentiasa membuat penyelidikan suasana pasaran saham
dan pelaburan mereka dijamin pula oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pelabur tidak perlu
risau wang pelaburan yang mereka laburkan kerana mereka akan menerima
keuntungan berbentuk dividen hasil keuntungan pelaburan mereka pada setiap tahun
dan boleh tidur lena dengan pelaburan mereka. Tegasnya, pelaburan juga boleh
memberi keuntungan tambahan selain daripada pelabur  melaburkan atau menyimpan
wang mereka ke dalam unit pelaburan

                 Selain itu, pelabur dalam unit saham amanah juga memberikan peluang


kepada pelabur runcit atau perseorangan yang mempunyai modal kecil untuk turut
terlibat melabur dalam sektor atau kelas aset yang memerlukan modal yang besar.
Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai RM100 , adalah mustahil utuk anda
melabur dalam operasi saham-saham yang harganya melebihi RM1.0000.000 bagi
setiap unit kerana ukur baju di badan sendiri sebelum melabur. Oleh sebab itu,
peraturan pembelian saham bagi pelabur runcit adalah minimum pembelian dan
pelabur hanya mampu untuk membeli saham yang kecil sahaja berbanding dengan
saham amanah yang membolehkan pelabur terlibat sama melabur dalam skala
pelaburan yang besar dengan asetnya bernilai juta atau bilion ringgit. Seyogia, pelabur
yang membeli unit saham amanah boleh melabur dalam syarikat gergasi kerana wang
pelaburan mereka akan digunakan bersama-sama wang pelaburan sama ada orang
perseorangan atau syarikat besar yang melabur dalam unit amanah seperti syarikat-
syarikat yang dipilih dari pelbagai sektor seperti sektor telekomukasi, syarikat minyak
dan gas, syarikat perladangan , syarikat pengeluar barangan pengguna, syarikat
teknologi maklumat dan pelabagai lagi. Sekiranya, pengguna melaburkan wang
pelaburan mereka dalam unit pelaburan saham amanah mereka mampu melabur
dengan syarikat gergasi negara yang selalunya mendapat keuntungan daripada aktivtiti
syarikat mereka.Sebaliknya pelabur yang melabur di pasaran terbuka hanya mampu
melabur unit saham berskala kecil dan sukar untuk mendapatkan keuntungan daripada
operasinya di pasaran seperti Bursa Kuala Lumpur. Sudah terang lagi bersuluh pelabur
dalam unit saham amanah juga memberikan peluang kepada pelabur runcit atau orang
perseorangan bermodal kecil untuk melabur dalam sektor atau kelas aset yang
memerlukan modal yang besar.

Hadirin sekalian,

                  Selanjutnya, pelaburan sama ada di unit amanah mahupun pelaburan


secara terbuka menggalakkan masyarakat membudayakan amalan menabung dalam
kehidupan mereka. Hal ini kerana masyarakat yang menabung bermula pada peringkat
umur muda amat digalakkan kerana secara langsung amalan menabung dan melabur
akan mengelakkan mereka daripada membazir kerana membazir amalan syaitan.
Sebagaimana kita sedia maklum dunia pascaglobalisasi dan pasca modenisasi
menyebabkan masyarakat perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai ranjau dan duri
dalam kehidupan mereka. Kos sara hidup semakin meningkat setiap saat dan minit,
kadar inflasi negara semakin parah iaitu kadar kemampuan pengguna untuk
mendapatkan barangan atau perkhidmatan semakin sukar apabila nilai wang ringgit
semakin mengecil menyebabkan masyarakat memerlukan wang yang lebih banyak
berbanding kehidupan mereka 20 tahun dahulu untuk meneruskan kehidupan semasa
agar kehidupan mereka lebih sempurna. Seyogia, masyarakat memerlukan wang pada
saat tertentu untuk memastikan setiap mereka mampu untuk meleraikan sebarang
masalah yang menghimpit kehidupan semasa. Contohnya, harga barangan sentisa
meningkat, kos untuk mendapatkan rawatan doktor semain tinggi, kos membayar api
dan elektrik semakin naik, kos minyak semakin hari semakin meningkat dan pelbagai
lagi masalah yang menghimpit masyarakat  dan semua masalah berkenaan akan dapat
diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai wang. Oleh sebab itu, apabila
masyarakat mempunyai wang dalam bentuk simpanan dan pelaburan, mereka akan
mudah untuk melayari kehidupan dengan lebih baik, berbanding dengan mereka yang
tidak mempunyai simpanan. Sekianya masyarakat membudayakan amalan menabung
mereka sudah pasti yang disimpan dalam bentuk simpanan dan pelaburan mampu
menjamin kehidupan masyarakat lebih sempurna pada masa mendatang
kerana malang tidak berbau dan langit tidak semestinya sentiasa cerah. Sudah
terang lagi pelaburan sama ada di unit amanah mahupun pelaburan secara terbuka
menggalakkan masyarakat membudayakan amalan menabung dalam kehidupan
mereka.

                  Sebagai pengakhiran syarahan saya ini, saya akan menumpukan perhatian


kepada tajuk melabur mampu mengurangkan inflasi dan memajukan ekonomi negara.
Hal kerana kenaikan dan penurunan harga barangan bergantung kepada penawaran
dan permintaan barangan yang ditawarkan oleh penjual. Seyogia, masyarakat sebagai
pengguna merupakan faktor penentu harga barangan kerana harga sesuatu barangan
ditentukan oleh keluk penawaran individu. Berdasarkan keluk penawaran kita boleh
membayangkan iaitu semakin banyak barangan berkenaan dibeli oleh pengguna
secara langsung akan menyebabkan harga barangan berkenaan akan meningkat tanpa
kawalan. Oleh sebab itu, pengguna atau pembeli merupakan raja yang akan
menentukan kenaikan atau penurunan barangan. Sekiranya seorang penguna dapat
mengawal pembelian sesuatu barangan maka secara automatik harga barangan akan
menurun dan sebaliknya jika pengguna membeli barangan dengan banyak maka harga
barangan akan meningkat, justeru dengan budaya menabung dan melaburkan wang di
pasaran amanah akan mampu mengawal harga barangan dan mengurangkan inflasi
negara. Bahkan, dengan menabung dan melaburkan wang ke dalam saham amanah,
pelabur dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara. Wang pelaburan yang
dilaburkan akan digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kemajuan sektor
perniagaan, sektor perladangan, sektor komunikasi, sektor pelancongan dan pelbagai
lagi. Hal ini kerana kerajaan sesebuah negara akan maju apabila wang pelaburan
berkenaan dapat digunakan untuk memajukan negara selain sistem cukai yang
dikenakan kepada sektor perbankan. Setiap sen wang pelabur dapat membantu untuk
membangun sebagai negara maju selaras dengan harapan negara untuk mencapai
negara maju pada tahun 2020. Dalam masa yang sama pelabur akan menerima
keuntungan hasil daripada pelaburan yang dibuat dalam bentuk dividen pada setiap
tahun dan situasi ini berkait dengan peribahasa Melayu,  sambil menyelam minum air.
Sekiranya  masyarakat  membudayakan amalan menabung sambil melabur sudah pasti
bukan sahaja mereka menerima keuntungan tetapi budaya berkenaan akan dapat
memajukan negara. Tegasnya, terbukti amalan menabung sambil melabur mampu
mengurangkan inflasi dan memajukan ekonomi ekonomi negara tercinta.

Hadirin sekalian.

Berdasarkan hujah-hujah saya di atas jelaslah kemaslahatan yang akan kita terima
sekiranya amalan menabung di unit amanah  dapat dibudayakan  daripada awal
kehidupan. Antara kemashalatannya ialah kita akan hidup bahagia semasa umur kita
tua, kita akan dapat menyediakan payung sebelum hujan apabila kita dilanda
bencana dan musibah, kita akan mendapat keuntungan dari wang yang kita tabung dan
laburkan, kita juga akan dapat mengawal harga barangan dan inflasi dan secara tidak
langsung dengan manabung dan melabur kita akan dapat memajukan negara tecinta.
 Marcapada, dunia dan negara pascaglobalisasi dan pascamodenisasi  memperlihatkan
perkembangan pesat penggunaan media sosial bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan terutama dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berasaskan
internet. Media sosial ini bukan sahaja berfungsi sebagai wahana mempercepatkan
penyebaran maklumat malah telah menjadi satu medium kepada ahli perniagaan untuk
memperagakan barangan jualan mereka sama ada berbentuk barangan hasil buatan
ataupun  perkhidmatan menggunakan Internet yang dikenali sebagai e-dagang. Hal ini
kerana dengan  aplikasi e-dagang, peniaga boleh melakukan urusan jual beli dengan
pengguna melalui Internet secara mudah kerana maklumat di hujung jari dan dunia tanpa
sempadan. Seyogia, marcapada aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan
mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan kemajuan pembangunan
dan ekonomi negara. Senario kewujudan pelbagai prakarsa laman sosial seperti facebook,
istagram, wiki, Myspace, blogger, friendster, twitter, You Tube, dan sebagainya telah
merancakkan lagi jualan barangan dan perkhidmatan menggunakan Internet. Di samping
itu, perniagaan Internet bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah
terdapat juga syarikat kecil yang mengambil kesempatan  menceburi perniagaan Internet
atas dasar perniagaan berkenaan mampu menambah pendapatan syarikat mereka. Bahkan
juga, ada kalangan peniaga di Internet melibatkan orang perseorangan, walaupun mereka
sudah mempunyai pekerjaan tetap tetapi akibat kos sara hidup yang semakin meningkat
saban hari mereka mengharapkan berniaga di Internet mampu mengurangkan bebanan
mereka terutama untuk menanggung keperluan seharian ahli keluarga. Dalam laporan
Wave 5 oleh Universal MacCann pada Oktober 2010, seramai 1.  5 juta orang melawat
laman sosial dalam talian setiap hari. Hal ini membuktikan perniagaan di Internet kini
semakin mendapat sambutan hangat daripada kalangan peniaga mahupun pengguna yang
mengambil kesempatan atas kemudahan membeli terus secara atas talian. Persoalannya
yang perlu dibicarakan ialah apakah kelebihan perniagaan secara atas talian kepada
pengguna dan peniaga?

       Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya akan membicarakan kelebihan aplikasi
perniagaan atas talian menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci
mauduk, aplikasi perniagaan di Internet menjimatkan masa dan kos. Sebagaimana kita
sedia maklum, penggunaan e-dagang berpaksikan penggunaan aplikasi dan gajet
berasaskan Internet sama ada dengan menggunakan komputer riba dan terkini dengan
menggunakan telefon pintar. Seyogia, gajet teknologi maklumat dan komunikasi atau
dalam bahasa Inggerisnya disebut “information and communication teknology” atau
akronimya ICT merupakan perniagaan yang tidak memerlukan ruang atau tempat
contohnya seperti kebiasaan perniagaan lain yang memerlukan kedai atau pasar raya
untuk menjalankan proses jual beli. Sebagai contoh premis peniagaan yang menawarkan
jual beli atas talian seperti Lazada, Shoppe, mudah.my, Lazada.com.my dan sebagainya.
Proses jual beli menggunakan e-dagang boleh berlaku di skrin komputer atau telefon
bimbit sahaja.dan jual beli boleh berlaku apabila pengguna menekan papan kekunci
komputer riba atau telefon pintar, justeru, pembelian secara internet akan menguntungkan
kedua belah pihak sama ada pengguna atau peniaga dengan istilah “menang menang”.
Bagi pihak peniaga mereka tidak perlu menggunakan kos untuk menyewa tepat
perniagaan atau pekerja dan bagi pihak pengguna mereka tidak perlu menghabiskan masa
berjam-jam kerana masa itu emas hanya untuk membeli dan membayar barangan
keperluan di kedai atau pasar raya. Bahkan juga pengguna tidak perlu membuang duit
untuk membayar kos petrol untuk mengerakkan kenderaan malah tidak perlu untuk
membayar parkir kereta. Besar kemungkinan mereka hanya perlu membayar kos
penghataran dan adakalanya peniaga akan menyerap kos penghantaran tanpa memerlukan
pengguna untuk membayarnya. Sekiranya, pengguna dan peniaga menggunakan e-
dagang sebagai aktiviti pembelian atau jualann sudah pasti kos sara hidup yang
ditanggung penguna akan berkurang dan peniaga akan mendapat keuntungan yang lebih
baik berbanding menjual barangan secara kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga lain.
Tegasnya, sudah terang lagi bersuluh aplikasi perniagaan di Internet dapat menjimatkan
masa dan kos kepada pengguna dan peniaga.

             Seterusnya, saya akan melebarkan lensa perbincangan dengan kata kunci aplikasi
perniagaan secara atas talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan
produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga. Sebagaimana kita sedia maklum antara
premis maya yang menawarkan pembelian atas talian seperti Zalora, Lazada, Shopee,
mudah.my, dan sebagainya. Pelbagai barangan yang ditawarkan oleh setiap premis maya
ini dengan cara mengiklankan produk keluaran mereka seperti baju, seluar, beg. tali
pinggang, cermin mata, sehinggalah kereta semuanya ada di dalam laman sesawang
premis maya mereka, namun begitu elakkan membeli barangan yang membazir kerana
peribahasa Melayu ada mengatakan ikut hati mati, ikut rasa binasa.  Premis maya
memudahkan pelanggannya memilih barang secara alternatif  dan pengguna hanya perlu
mengklik pada papan kekunci atau menggunakan mengklik tetikus untuk memilih
pelbagai barangan ditawarkan di skrin komputer riba atau telefon pintar dan bebas
memilih barangan yang berkenan di hati mereka serta sesuai dengan harga barangan yang
ditawarkan kerana alah membeli, menang memakai. Namun untuk masuk ke laman
sesawang premis maya ini, pengguna boleh menggunakan enjin carian seperti google, 
Opera Browser, Firefox, Internet Explorer, Dolphin Browser dan sebagainya. Setiap
proses pembelian akan berlaku sekiranya, pengguna bersetuju dengan syarat pembelian
dan bayaran boleh dilakukan dengan mengguna kad debit, kad visa, atau "mastercard"
tanpa memerlukan pengguna membayar di premis maya. Pelbagai barangan yang dipilih
oleh pengguna pokoknya pengguna perlu bijak berbelanja. Sekiranya pengguna
merupakan pengguna yang bijak, mereka akan mendapat pelbagai kemudahan dan
kelebihan dengan membeli barangan atas talian. Sebaliknya pengguna yang boros
berbelanja mereka akan menerima kesan dengan membeli barangan atas talian secara
berlebihan kerana sebelum membeli ukur baju di badan sendiri dan berbelanja
berlebihan amalan syaitan. Tegasnya, perniagaan secara atas talian membolehkan pihak
pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga.

                Berdasarkan akliah pelajar berminda kelas pertama saya meneruskan


perbincangan dengan menggunakan kata kunci mauduk iaitu perniagaan atas talian
mampu meluaskan pasaran produk syarikat besar ke pasaran global atau antarabangsa.
Hal ini kerana dengan menggunakan e-dagang syarikat besar boleh melebarkan sayap
pasaran mereka ke segenap penjuru alam kerana dengan Internet dunia tanpa sempadan.
Seyogia, peniaga yang ingin memacu perniagaan secara global memerlukan mereka
menyediakan aset yang cukup dan bukan sekadar indah khabar dari rupa, maksudnya
syarikat perniagaan berkenaan perlu menerima hakikat bahawa pasaran sebegini
memerlukan mereka bersiap siaga dari segi aset dan kewangan yang melibatkan jutaan
ringgit malah mungkin bilion ringgit untuk memberi kepercayaan kepada pengguna sama
ada mereka dari kalangan syarikat asing atau penguna antarabangsa. Sebagai contoh,
pengusaha pelancongan yang mengiklankan syarikat mereka bukan saya di e-dagang
malah di bloger , facebook, istagram dan pelbagai lagi laman sosial yang lain perlu
mempunyai aset seperti kenderaan untuk urusan pergerakan pelancong, hotel atau chalet
bertaraf mewah, penyediaan makanan yang sistematik, pemandu pelancong yang
profesional yang akan memandu pelancong asingsepanjang keberadaan mereka di
Malaysia, malah penguasa pelancongan berkenaan juga perlu mempunyai jaringan dan
kolaborasi dengan pengusaha kawasan pelacongan tempatan agar pelancong antarabangsa
yang inginkan suasana santai, eksotik, dan yang menepati cita rasa mereka. Pada masa
yang sama, kedatangan pelancong asing ini akan meningkatkan periuk nasi pengusaha
pelancongan yang lain malah akan meningkat pendapatan negara apabila berlakunya
pengaliran wang asing ke nagara kita tercinta.

                  Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya akan memperluas lensa


perbincangan dengan mengemukakan isi keempat dengan kata kunci mauduk iaitu
perniagaan atas talian juga memudahkan pelancong asing atau pelancong tempatan
memilih hotel yang sama taraf mutu perkhidmatanya tetapi kos yang perlu dikeluarkan
lebih murah kerana alah membeli menang memakai. Hal ini dapat kita saksikan dengan
kewujudan laman sesawang seperti Trivago, Agoda, TripAdvisor, Expedia, Hotels,
Booking, merupakan antara laman sesawang yang banyak membantu pelacong untuk
membuat pemilihan hotel yang perlu ditempah secara bijak kerana laman sesawang
berkenaan membolehkan pelancong memilih hotel yang menawarkan perkhidmatan
terbaik dengan kadar sewa yang murah. Sebagai contoh, dua hotel menawar ruang bilik
dengan kemudahan dan perkhidmatan tambahan yang sama seperti Hotel Angsana dan
Hotel Seri Malaysia di dapati Hotel Angsana mengenakan bayaran RM 500.00 sehari
semalam sedangkan Hotel Seri Malaysia menawarkan bayaran yang sama untuk ruang
tamu yang sama dan perkhidmatan yang sama, sudah pasti pelancong yang bijak
bebelanjan akan menempah Hotel Seri Malaysia untuk program pelancongan mereka.
Sekiranya pelancong menggunakan laman sesawang yang tertera di atas sebagai wahana
penentu hotel yang ingin disewa, sudah pasti kos pelancongan mereka akan menajdi lebih
murah kerana hanya mutu yang mengnal manikam. Sebaliknya pelancong yang tidak
menggunakan laman sesawang berkenaan untuk menentukan hotel yang mereka pilih,
sudah pasti mereka akan membazirkan wang kerana membazir amalan syaitan. Sudah
terang lagi bersuluh, perniagaan atas talian juga memudahkan pelancong asing atau
pelancong tempatan memilih hotel yang sama taraf mutu perkhidmatanya tetapi kos yang
perlu dikeluarkan lebih murah.

       Intihanya, perkhidmatan dan juga perkembangan media sosial negara sememangnya


sudah berada pada tahap yang semakin maju dari semasa ke semasa. Dengan kemodenan
bidang teknologi telekomunikasi pelbagai usaha dalam bidang perniagaan dapat
berkembang pesat ditambah pula dengan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk
memastikan media sosial ini diimplimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia
untuk memacu negara ke arah negara maju pada tahun 2020 . Pelbagai pelan dan juga
pembinaan infrastruktur ICT telah dibangunkan dan akan dibangunkan oleh kerajaan
pada masa akan datang dengan inisiatif Jalur Lebar Negara atau "National Broadband
Initiative" (NBI) telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk
Sri Najib Tun Razak pada 24 Mac 2010. Inisiatif yang didokongi oleh Kerajaan Malaysia
menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM - MCMC) ini
merupakan suatu pelan "Strategi bagi Pengimplementasian Jalur Lebar Nasional" . Hal
ini sejajar dengan perkembangan pesat sistem media sosial yang telah diterapkan oleh
beberapa negara maju dan negara lain yang sedang membangun untuk memacu
pertumbuhan ekonomi masing-masing. Pihak kerajaan juga telah menyediakan
peruntukan yang besar untuk memastikan segala kelengkapan dan juga keperluan dalam
sektor yang berkaitan dengan ICT ini dapat dibangunkan dan dapat memberi manfaat
yang berguna kepada masyarakat pengguna media sosial di Malaysia khususnya.Semoga
Malaysia mampu bersaing dengan negara luar agar Malaysia mampu duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.
         
 Marcapada, tugas membentuk kalangan pelajar bermoral, bersahsiah dan berdisiplin tinggi amat
mencabar minda pentadbiran sekolah akibat pelbagai kerenah dan masalah pelajar yang timbul
sekarang. Selalunya masyarakat terutama ibu bapa beranggapan tugas membentuk sikap dan
altitud moral dan sahsiah pelajar terletak di pundak pentadbir sekolah dan juga guru-guru.
Seyogia,  tugasan membentuk kemenjadian pelajar juga harus digalas oleh ibu bapa dan
pemimpin sekolah sebagai pembantu serta pelengkap usaha membentuk disiplin dan sahsiah
terpuji pelajar. Kebejatan  isu salah laku disiplin dalam kalangan pelajar sering menjadi buah
mulut orang ramai malah sudah menjadi isu basi yang meniti daripada mulut ke mulut jagatraya
ini. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 53 peratus remaja Malaysia mengalami
kebejatan moral yang kritikal dan kerap kali menyumbang kepada peratus salah laku yang kian
meningkat dari hari ke hari. Tambahan pula, dengan kehadiran gajet atau peranti moden seperti
telefon pintar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan melitupi minda pelajar kerana secara
langsung dunia tanpa sempadan mempengaruhi akhlak mereka dan meningkatkan lagi pidana
salah laku dalam kalangan pelajar. Kesedaran tentang peranan- peranan penting yang perlu
digemblengkan oleh pihak sekolah dan guru-guru, menyebabkan peranan pemimpin sekolah
amat ditagih kerana tanpa kolaborasi mereka, objektif utama pihak sekolah untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang tidak akan kesampaian. Tambahan pula, remaja
sekolah kini masih leka dengan fantasi dunia modenisasi mereka sehingga mengabaikan nilai 
moral yang positif dan mengutamakan nilai hedonisma dan terdapat juga segelintir pelajar
melakukan vandalisme dalam kehidupan mereka. Seyogia, peranan pemimpin sekolah seperti
pengawas sekolah memang diperlukan untuk membantu pihak sekolah dalam membanteras salah
laku disiplin rakan- rakan sebaya di sekolah. Persoalannya, apakah peranan pemimpin sekolah
atau pengawas di sekolah mayapada?

                Pengawas sekolah berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru- guru
memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa
dalam keadaan yang terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah. Pengawas
sekolah kebiasaanya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi,
bertanggungjawab dan dihormati dalam kalangan pelajar sekolah. Pada masa yang sama, mereka
perlu mengungguli setiap kecemerlangan di sekolah, sama ada dalam kurikulum, mahupun
kokurikulum dan yang paling penting pengawas sekolah perlu menjalankan tugasan mereka
penuh amanah dan bertanggungjawap. Dengan cara ini, pemimpin sekolah iaitu barisan
pengawas sekolah dapat membantu pihak sekolah mengurangkan salah laku disiplin dan
seterusnya melaksanakan setiap arahan sekolah agar keadaan sekolah sentiasa kondusif dan
terkawal serta pembelajaran pelajar di sekolah akan sentiasa berlaku dalam keadaan ceria.
Contohnya, jika  keadaan kelas tidak bersih, sampah sarap berteraburan sama ada di dalam atau
luar kelas, pengawas sekolah boleh melaporkan situasi berkenaan kepada pihak pentadbir
sekolah agar tindakan yang setimpal dapat diambil kepada kelas berkenaan atau jika ada terdapat
dalam kalangan pelajar yang terlibat menyebabkan situasi berkenaan berlaku. Hal ini mampu
untuk memudahkan guru dan pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih sempurna dan kondusif. Sekiranya, pengawas sekolah mampu memainkan peranan mereka
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah sudah pasti disiplin pelajar terkawal dan
pelajar akan dapat menumpukan tanggungjawab mereka memastikan kebersihan kelas sentiasa
ceria dan paling utama tanggungjawab mereka terhadap keluarga untuk menjadi pelajar
cemerlang dalam pelajaran. Sebaliknya, pengawas yang gagal menjalankan peranan mereka
sebagai wahana dan pemangkin untuk melahirkan pelajar cemerlang,gemilang dan terbilang,
sudas pasti keadaan sekolah akan huru hara dan objektif sekolah untuk melahirkan kemenjadian
pelajar  cemerlang, gemilang dan terbilang tidak akan kesampaian. Tegasnya, pengawas sekolah
berfungsi untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan peraturan dan
undang-undang sekolah agar disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan yang terkawal

                Selain itu, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola  yang membawa
pengaruh positif kepada rakan sekolah sebaya kerana gerak geri atau perbuatan mereka sama ada
cara percakapan, cara berpakaian, cara belajar dan apa sahaja tingkah laku mereka menjadi
ikutan pelajar. Hal ini demikian kerana rakan pelajar amat teruja dengan sifat kepimpinan positif
yang diperaga oleh mereka dalam kehidupan.  Menurut kata Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang
motivator yang berasal dari Indonesia dalam salah satu programnya, “salah satu faktor menjadi
ketua dan menghapuskan yang bathil ialah seseorang itu haruslah berpengaruh”. Berdasarkan
ungkapan beliau berkenaan terbukti bahawa sifat keyakinan diri serta sifat terpuji pengawas
sekolah mampu membawa pengaruh positif kepada rakan pelajar terutama dalam kalangan
pelajar yang nakal atau rosak akhlaknya sekali gus mendorong mereka  berubah menjadi pelajar
yang mampu menjadi benih yang baik dicampak ke angkasa menjadi kejora, dicampak ke laut
menjadi pulau, dicampak ke daratan menjadi penawar. Walaupun begitu bukan mudah untuk
melaksanakan usaha dan tugasan membentuk kemenjadian pelajar cemerlang, namun sehari
selembar benang lama- lama menjadi kain. Sekiranya sifat terpuji pengawas sekolah menjadi
ikon, dan idola pelajar sudah pasti impian pentadbir sekolah dan guru-guru untuk melahirkan
pelajar sebagai insan berguna dalam kalangan masyarakat akan menjadi kenyataan. Sebaliknya,
pengawas yang tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diharapkan dan diteladani oleh
para pelajar, sudah pasti kehadiran mereka tidak memberi apa-apa kesan kepada rakan pelajar
dan menghampakan pihak pentadbir dan guru-guru. Sudah terang lagi bersuluh, pengawas
sekolah berperanan sebagai ikon atau idola  yang membawa pengaruh positif kepada rakan
sebaya.

                Di samping itu, saya juga keberadaan pengawas sekolah mampu menurunkan bilangan
kes salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya. Hal ini kerana sebagai pengawas sekolah
yang berkaliber dan bertanggungjawab serta berpengaruh, mereka seharusnya mampu
mendekatkan diri dan menasihati rakan pelajar yang bergelumang dengan kebejatan moral
marcapada seperti ponteng sekolah, merokok, membuli rakan pelajar yang lemah, melakukan
vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Menurut hadis Rasulullah
S.A.W. , “nasihat- menasihati akan menjadi kurang pada akhir zaman”. Oleh sebab itu, sebagai
pengawas sekolah yang prihatin dan bertanggungjawab mereka perlu menegakkan yang hak dan
menghapuskan yang bathil melalui peranan dan tanggunjawab mereka menasihati menasihati
rakan sebaya rosak akhlaknya. Sebagai contoh, apabila terdapat dalam kalangan pelajar sekolah
merosakkan harta benda sekolah seperti menconteng dinding bangunan sekolah, merosakkan
tandas sekolah sekolah, merosakkan paip air sekolah dan pengawas  sekolah perlu menasihati
mereka dengan menjelaskan bahawa perbuatan mereka tersebut telah memburukkan imej sekolah
serta merugikan mereka sendiri dan orang lain sebagai pengguna kerana kemudahan yang
disediakan adalah untuk kemudahan mereka gunakan seharian.  Pabila kemudahan awam yang
disediakan rosak sudah pasti mereka sendiri dan rakan pelajar yang lain memerlukan kemudahan
berkenaan akan menghadapi masalah sekali gus  kehidupan mereka sebagai pelajar akan
terganggu dan pembelajaran kondusif tidak akan berlaku. Sekiranya, pengawas sekolah berjaya
membanteras tingkah laku negatif segelintir rakan sebaya yang melakukan perbuatan vandalisme
berkenaan, sudah pasti  pelajar akan dapat belajar dengan kondusif dan imej sekolah akan
dipandang tinggi oleh masyarakat. Tegasnya, keberadaan pengawas sekolah mampu menurunkan
bilangan kes salah laku disiplin dalam kalangan rakan sebaya.

                Bukan itu sahaja, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan
membantu program sekolah yang dianjurkan oleh guru kaunselor untuk membentuk tingkah laku
terpuji dalam kalangan rakan sebaya. Segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin  berpunca
daripada permasalahan keluarga, permasalahan hubungan dengan rakan-rakan dan ada juga
akibat masalah peribadi. Hal- hal sedemikian telah memberi tekanan kepada mereka dan
akhirnya mereka melakukan kesalahan disiplin dan melanggar peraturan sekolah kerana budaya
hendonisme dan vandalisme yang melingkari kehidupan mereka. Seyogia, pengawas sekolah
yang prihatin dan bertanggungjawab perlu menawar diri untuk membantu guru kaunselor
berbekalkan simpati yang mengusik sanubari. Kolaborasi pengawas dan guru kaunseling
membanteras dan menasihati rakan sebaya merupakan contoh yang terbaik untuk membantu
rakan sebaya untuk tidak terus bergelumang dengan budaya hedonisme dan vandalisme yang
akhirnya menyebabkan kes salah laku dan disiplin  meningkat. Contohnya, rakan sebaya yang
melakukan vandalisme seperti menconteng sekolah, merosakkan kemudahan sekolah, dan
merosakkan paip air sekolah. Perbuatan yang mereka lakukan hanya untuk keseronokkan yang
tidak bertempat akibat budaya hendonisme dan vandalisme mencemari akhlak dan budi
kehidupan mereka tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku selepas perbuatan tersebut
dilakukan, dan impaknya kepada pengguna yang lain yang akan menghadapi masalah. Pabila
pengawas dengan bantuan guru kaunselor menasihati golongan pelajar yang melakukan
perbuatan tidak senonoh ini diharapkan mereka tidak mengulanginya lagi demi kesejanteraan
pelajar-pelajar yang lain. Tegasnya, pengawas sekolah yang bertanggungjawab juga berperanan
membantu guru kaunselor membentuk tingkah laku terpuji dalam kalangan rakan sebaya

                Akhir sekali, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan  pentadbir sekolah
agar undang- undang sekolah boleh diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Undang- undang
yang luwes dan tidak dikuatkuasakan sepenuhnya tidak akan dapat mengurangkan kesalahan
disiplin pelajar, malah penguatkuasaan yang tidak dijalankan secara berterusan atau dalam erti
kata lain tidak dikuatkuasakan hanya akan menyumbang kepada peratusan salah laku pelajar
yang meningkat naik saban tahun. Sekolah yang terbilang diukur pada undang- undangnya yang
ketat dan sentiasa dikuatkuasakan. Tamsilannya, pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti
membuli, dan merokok di kawasan sekolah dan kesalahan berat yang lain, haruslah dikenakan
tindakan buang sekolah. Seyogia,  kaedah perdana ini mampu mengurangkan salah laku pelajar
kerana dengan tindakan seperti demikian akan menyebabkan pelajar akan berfikir dua kali
sebelum melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan. Sekiranya pihak pentadbir sekolah tidak
ambil pusing permasalahan pelajar dan tidak menguatkuasakan undang-undang atau peraturan
sekolah, sudah pasti para pelajar yang rosak akhlaknya akan terus bermahajarela dan akan
mengulangi perbuatan terkutuk mereka tanpa menghiraukan kesan akibat perbuatan mereka yang
tidak bertanggungjawab bagai duri dalam daging yang akhirnya menimbulkan beban kepada
pentadbir sekolah dan kepada pelajar-pelajar lain. Sebaliknya, dengan adanya penguatkuasaan
undang-undang secara berterusan sudah pasti keadaan disiplin pelajar akan terkawal dan
peratusan salah laku di sekolah akan dapat dikurangkan. Sudah terang lagi bersuluh, pengawas
sekolah perlu sentiasa berbincang dengan  pentadbir sekolah agar undang- undang sekolah
diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya.

                Deduksinya, kesemua peranan pengawas sekolah seperti pengawas sekolah berfungsi
untuk membantu pihak sekolah serta guru-guru menguatkuasakan peraturan dan undang-undang
yang  dilaksanakan di sekolah, pengawas sekolah berperanan sebagai ikon atau idola  yang
membawa pengaruh positif kepada rakan sekolah sebaya, pengawas sekolah yang
bertanggungjawab juga berperanan membantu program sekolah yang dianjurkan oleh guru
kaunselor, pengawas sekolah perlu sentiasa berbincang dengan  pentadbir sekolah agar undang-
undang sekolah diperketat dan dikuatkuasakan sepenuhnya antara prakarsa yang perlu diambil
kira dan diaplikasikan agar disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan mampu
membantu pihak sekolah dalam menangani kes salah laku disiplin pelajar sekolah dan seterusnya
mampu menjadikan sekolah- sekolah di Malaysia menjadi cemerlang, gemilang terbilang. Semua
pihak hendaklah bahu-membahu agar masalah ini dapat kita bendung bersama supaya aspirasi
negara dan harapan pemimpin untuk mengejar kemajuan dan ketamadunan negara tidaklah
sekadar angan- angan Mat Jenin.

1.    Dalam menghadapi dunia semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam pelbagai        
bidang  penting dalam kehidupan seseorang. 
             Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu                      
pengetahuan.
      ** Karangan di atas merupakan karangan dimensi diri dan ada perlu menulis
karangan di atas mengunakan ganti nama diri pertama iaitu saya.

  
                         "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan
Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting
dalam kehidupan saya sebagai manusia yang ingin berjaya dalam kehidupan.
Marcapada, jika saya  tidak mempunyai ilmu, saya akan ketinggalan dan  akan
mengalami kesusahan dalam kehidupan ketika saya dewasa nanti. Jika saya tidak
berilmu, saya boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung akan sentiasa
ketinggalan dalam pelbagai aspek dalam kehidupan sama ada aspek sosioekonomi,
mahupun sosiobudaya. . Untuk mendalami ilmu, saya perlu berusaha dengan gigih
kerana ilmu tidak datang sendiri melainkan dengan usaha yang berterusan. Bak kata
peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak
datang melayang. Menurut Hadis, Rasululah pernah meriwayatkan tuntutlah ilmu
sehingga ke nagara China. Berdasarkan kenyataan di atas, sudah terang lagi
bersuluh, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan dan saya perlu berusaha
untuk menggapainya, bak kata peribahasa Melayu genggam api biarlah jadi
arang, menjeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan, begitulah konsep
sepatutnya menjadi pegangan saya lakukan untuk mengembangkan ilmu di dada.
Bahkan juga, ilmu pengetahuan mampu mengubah kehidupan keluarga saya terutama
untuk memecah kepompong kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga
saya mayapada. Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan mengubah kehidupan
keluarga saya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan
keluarga saya tidak akan berubah dan berada pada takuk yang lama. Persoalannya,
bagaimanakah saya mampu untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang demi menyediakan kehidupan saya dan keluarga cemerlang pada masa akan
datang.

             Mari kita bersama-sama mengupas isi pertama saya iaitu cara saya
memperoleh ilmu pengetahuan iaitu melalui pembacaan. Hal ini kerana ayat pertama
yang diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad ialah surah Al-
Alaq...Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibrail dengan berkata, 'Bacalah
wahai Muhammad! ' Beliau bersabda: "Aku tidak pandai membaca."  Sabda Rasulullah
lagi, lalu malaikat memegang dan memelukku erat-erat, ketika aku merasakan
kepayahan ia pun melepasku. Sudah terang lagi bersuluh betapa dalam Islam konsep
membaca amat diutamakan selaras dengan Surah Al-Alaq di atas, Malaikat Jibrail
meminta Rasululah membaca walaupun beberapa kali Rasulullah menyatakan bahawa
beliau tidak tahu membaca. Oleh sebab itu, sebagai khalifah di muka bumi saya
sebagai generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharusnya
membudaya membaca dalam kehidupan seharian saya. Sebagai khalifah pada zaman
moden pelbagai cara membolehkan saya memperoleh ilmu dengan membaca kerana
membaca gedung ilmu . Kita boleh membaca secara konvensional dengan membaca
buku pelbagai aspek ilmuan seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya.
Seyogia, pada zaman moden ini, maklumat di hujung jari, dan dunia tanpa
sempadan kerana saya boleh melayari pelbagai sumber ilmu menggunakan pelbagai
peranti sama ada dengan komputer riba atau gadjet terkini telefon pintar, dan cara
pembacaan ini bukan sahaja pantas dan murah tetapi bahan pembacaan boleh
diperoleh dengan pelbagai pendekatan sama ada melalui video dengan melayari laman
sesawang Youtube, atau melalui bahan berbentuk bahan bertulis sam ada berbentuk
powerpoint, atau melalui teks. Sekiranya saya cakna dengan maklumat berkenaan
sudah pasti saya menjadi orang berilmu kerana orang berilmu diperlukan dalam
kalangan masyarakat kotemporori dan saya akan dihormati. Kesimpulannya, ilmu
pengetahuan membolehkan saya meningkatkan ilmu pengetahuan terutama melalui
pembacaan sama ada secara konvensional iatu yang boleh saya dapati daripada buku,
mahupun menggunakan teknologi terkini menggunakan telefon pintar arau komputer
riba.

              Mari kita selusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan minda


pelajar kelas pertama dengan kata kunci isi kedua iaitu cara saya menuntut ilmu
pengetahuan dengan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam kelas. Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi kehidupan
pelajar, justeru adalah sangat malang jika saya tidak mengambil pusing dengan tidak
menumpu perhatian kepada proses pengajaran guru. Selain itu, amalkan bertanya
sekiranya kita tidak memahami penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan
dan malu biarlah bertempat. Oleh sebab itu, saya sebagai pelajar
yang proaktif memerlukan saya sentiasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana dengan langkah sedemikian rupa saya akan menjadi  pelajar
yang berjaya dan disayangi guru. Selalunya pelajar dalam kategori ini akan sentiasa
mengungguli tempat pertama dalam peperiksaan, sama dijalankan oleh pihak sekolah
atau peperiksaan umum yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia .
Bahkan konsep mencatat setiap penerangan guru juga merupakan amalan terpuji
kerana adakalanya penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi keluar secara spontan
semasa pengajaran guru kerana proses mengunakan deria telinga untuk mendengar,
deria mata untuk melihat dan angota tangan dan jari jemari mencatat akan
memudahkan proses memantapkan ingatan saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran guru semasa di dalam kelas. Menurut seorang pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan
kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Selain itu, saya juga  perlu mengelakkan diri saya
daripada melakukan perbuatan yang menimbul kemarahan guru seperti bersembang,
dan mengganggu proses guru semasa beliau mengajar kerana konsentrasi guru akan
hilang semasa mengajar apabila situasi berkenaan berlaku, dan selalunya pelajar
dalam kategori ini akan berada di belakang pelajar yang berjaya. Kesimpulannya, Jika
saya tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat
yang membusukkan ikan.” Maksud peribahasa berkenaan ialah kita harus tidak
menimbulkan masalah kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat merugikan. Jika
saya selalu fokus pengajaran guru di dalam kelas dan sentiasa menjaga hubungan
dengan guru sudah pasti saya akan berjaya dalam pelajaran. Tegasnya, sebagai
seorang pelajar yang ingin berjaya, saya perlu memberi tumpuan kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dan menjaga hubungan baik saya
dengan guru.

                       Seterusnya saya akan membincangkan isi ketiga di bawah kata kunci


membentuk kumpulan belajar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu
pengetahuan, terutama mata pelajaran yang saya tidak kuasai. Sebagai seorang
pelajar yang mendambakan kecemerlangan saya perlu memilih anggota kumpulan
yang akan membatu saya menguasai  mata pelajaran yang sukar untuk saya kuasai
kerana berkawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Antara faktor pemilihan rakan
untuk menjadi ahli kumpulan belajar saya ialah mereka perlu sealiran dengan jiwa saya,
supaya saya boleh berbincang dengan mereka dengan kondusif, maksudnya biarlah
rakan  kumpulan studi saya ini terdiri daripada rakan yang boleh membantu saya
berbincang berkaitan pelajaran di luar waktu persekolahan. Seterusnya, rakan yang
saya pilih perlu bervariasi kemahiran kerana impaknya kami boleh saling membantu
untuk menguasai setiap mata pelajaran yang tidak kami kuasai. Apabila semua faktor
pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti proses pembelajaran berkumpulan kami
akan memberi impak maksima. Contohnya rakan pertama saya mahir dalam mata
pelajaran bahasa Inggeris, dan saya pula mahir mata pelajaran Bahasa Melayu, rakan
kedua saya pula mahir mata pelajaran matematik, sementara rakan ketiga saya mahir
mata pelajaran matematik tambahan, dan rakan kelima mahir mata pelajaran
Biologi. Tepuk dada tanya selera, jika semua faktor pemilihan di atas lengkap sudah
pasti aktiviti pembelajaran saya secara kumpulan akan ceria, di samping perkongsian
ilmu akan berkonsep menang menang dan semua ahli kumpulan akan menerima
kesan terutama untuk menguasai pelbagai mata pelajaran. Peribahasa Melayu ada
mengatakan "Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis
sukar dicari." Sekiranya saya mampu membentuk kumpulan belajar yang ideal seperti
saya nyatakan di atas, saya akan mampu berjaya dalam pelajaran. Konklusinya, saya
akan cuba membentuk kumpulan belajar sealiran dengan jiwa saya agar mampu
meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran
yang saya tidak kuasai.

            Seterusnya, saya akan membicarakan isi keempat saya di bawah tajuk


pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih
pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan
mereka memperoleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Hali ini kerana mereka telah
menerbitkan karya ilmiah yang mampu meningkatkan minat dan kesungguhan
pembaca untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan untuk menerangi kehidupan serta
kesejahteraan masyarakat serata alam. Antara nama pengarang tersohor Islam yang
perlu kita contohi seperti  Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad Abduh, Syed
Tahir Jalaluddin, HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul
Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah. Ketekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut
ilmu perlu perlu saya jadikan budaya dalam kehidupan sayaa. Contohnya Ibnu Sina
seorang ulama tersohor Islam malah pakar dalam bidang perubatan sehingga hasil
karya beliau diterjemahkan dalam bahasa latin, Hebrew dan bahasa Inggeris. Oleh
sebab itu, bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Antara hasil penemuan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah beliau telah menemui
pengaruh kuman dalam penyakit seperti  penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa,
dan menghasilkan ubatan dan preskripsi ubat yang mujarab untuk digunakan sebagai
penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor Islam yang menguasai
pelbagai ilmu untuk kegunaan manusia sehingga ke zaman moden ini. Intihanya,
pemilihan buku bacaan terutama hasil karya ilmuan Islam tersohor mampu meningkat
usaha saya untuk menghasilkan penemuan baru dalam apa juga bidang ilmu terutama
untuk kejahteraan masyarakat negara malah untuk masyarakat dunia amnya.

                    Selanjutnya, perbicaraan saya menjurus kepada membicarakan isi kelima


iaitu untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu mengikuti kelas tuisyen atau
program kecemerlangan anjuran sekolah. Sebagaimana kita sedia maklum, pusat
tuisyen boleh menjadi medan untuk saya meningkatkan pengetahuan ke arah
menjadikan seorang pelajar berjaya dalam pelajaran. Setiap tahun, pusat
tuisyen tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan di situ saya boleh menimba
pelbagai ilmu tambahan terutama untuk meningkatkan kemahiran saya terhadap mata
pelajaran tertentu yang sukar saya fahami. Kenapa situasi ini berlaku? Antaranya, ibu
bapa dan pelajar sedia maklum, tenaga pengajar yang mengajar di pusat tuisyen
adalah dalam kalangan guru-guru berpengalaman mengajar dan kebanyakan mereka
menjadi penyemak kertas peperiksaan berdasarkan bidang ilmu mereka, justeru ibu
bapa berusaha untuk melaburkan duit mereka untuk kecemerlangan anak-anak mereka
dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Tindakan ibu bapa
ini umpama di mana ada gula, di situ ada semut. Kebiasaannya guru-guru
berpengalaman di pusat tuisyen akan mempermudah dan mendedahkan cara-cara
untuk saya menjawab soalan, terutama item-item soalan sukar untuk saya fahami. Oleh
sebab itu, kebanyakan pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang adalah
dalam kalangan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen. Selain itu, budaya sekolah
cemerlang, sentiasa mengadakan program kecemerlangan dengan menjemput guru-
guru cemerlang, sama ada dalam daerah malah ada yang menjemput guru-guru
cemerlang dari luar daerah dan antara kriteria guru-guru yang dipilih untuk menjadi
tenaga penceramah berkenaan adalah kalangan guru berpengalaman terutama
menjadi penyemak kertas mata pelajaran berkenaan. Dalam kalangan ibu bapa pula,
mereka sentiasa menyokong sebarang usaha pihak pentadbir sekolah untuk
mengadakan program kecemerlangan untuk anak-anak mereka. Sokongan ibarat aur
dengan tebing, antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta bantuan Persatuan Ibu
Bapa Guru, apatah lagi jika ada usaha secara kolaborasi dengan Ahli Dewan Undangan
Negeri setempat sudah pasti usaha tersebut akan membuahkan impak yang maksimun.
Kesimpulannya, untuk menambah ilmu pengetahuan saya akan sedaya upaya akan
mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah untuk
kecemerlangan saya dalam pelajaran.

                 Kesimpulannya, pelbagai kaedah, pendekatan boleh saya lakukan


untuk menambahkan ilmu  pengetahuan. Sebagai mana perbicaraan di atas, ilmu
pengetahuan boleh diperkembangkan antaranya saya perlu membudayakan membaca
dalam kehidupan seharian saya, di samping itu, saya perlumemberi tumpuan kepada
sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, membentuk kumpulan belajar
yang mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama
mata pelajaran yang saya tidak kuasai,  pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor
amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam
kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh kejayaan dengan ilmu pengetahuan,
dan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar, saya perlu mengikuti
kelas tuisyen atau program kecemerlangan anjuran sekolah. Sudah terang lagi
bersuluh, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan
datang bergolek, menjolok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan untuk
menggapai kecemerlangan ilmu pengetahuan, justeru untuk menambah ilmu
pengetahuan saya perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha tangga
kejayaan.

KEPENTINGAN MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR.

BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIPERLUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK


MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBACA.

          Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun
tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca
adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap
kepada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab
untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun
demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia
khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada pada peringkat masyarakat umum ataupun pada
peringkat mahasiswa yang menuntut di pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal
dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberikan untuk menyemarakkan amalan
tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu amalan
itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk
semula amalan membaca. Persoalan yang bermain di gawang minda kita ialah apakah langkah-
langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membudayakan
membaca.

      Berpandukan peribahasa, cahaya yang cerah bermula daripada lampu di tengah rumah
membuktikan semua amalan yang baik hendaklah bermula daripada keluarga. Demikianlah
dengan budaya membaca, keluargalah yang perlu membudayakan amalan tersebut. Amalan
membaca perlu dibudayakan dan bukan sekadar dibiasakan. Apabila sudah menjadi
budaya,membaca akan menjadi keperluan yang perlu dilakukan pada setiap masa. Untuk
mengasimilasi budaya membaca dalam kalangan anak-anak, setiap ahli keluarga terutama ibu
bapa harus menjadikan diri mereka umpama lampu yang menyinari kehidupan keluarga. Lampu
tersebut sudah tentulah sikap yang gemar akan tradisi membaca. Dalam tradisi Islam, setiap anak
perlu dididik dengan amalan membaca Al Quran sejak berumur lima tahun lagi. Oleh itu, amalan
ini haruslah diperluas kepada bidang pengetahuan yang lain melalui amalan membaca.
Seandainya aktiviti lain seperti menonton televisyen, beriadah dan makan bersama boleh
dibudayakan, masakan amalan membaca tidak boleh dilaksanakan? Untuk menjawab soalan ini,
hanya ibu bapa yang dapat menjawabnya. Tegasnya, budaya membaca mestilah bermula
daripada organisai rumah tangga dengan ahli-ahlinya melibatkan ibu bapa, dan anak-anak
mereka.

            Peribahasa yang menyatakan  ‘getah daun akan mengalir ke perdu juga’ menunjukkan
bahawa segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa  akan menjadi turutan anak-anak. Al
hasil, sikap yang positif daripada ibu bapa seperti gemar mambaca, bercakap perkara yang baik
dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-
anak juga. Tanamlah sifat positif dalam kalangan anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari
maklumat baharu dengan membaca dan melayari maklumat di internet kerana maklumat di
hujung jari.. Membaca buku, majalah, dan melayari internet juga boleh dijadikan sebagai suatu
aktiviti penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia
mereka. Malang sekali, belakangan ini akibat tekanan kerja dan masa yang terhad minat
membaca dalam kalangan ibu bapa sendiri pun amat rendah. Masing-masing lebih
mengutamakan kerjaya mereka daripada pembentukan nilai membaca dalam kalangan anak-
anak. Sesungguhnya, inilah virus yang boleh merosakkan hubungan mereka dengan anak-anak
pascamilenium kini, terperap dalam kopompong kebodohan sendiri atas desakan hidup yang
mengutamakan materialistik daripada pembetukan minda anak-anak. Sekiranya, sindrom
mengutamakan kerjaya daripada usaha membentuk nilai murni budaya membaca dalam kalangan
anak-anak merebak disanubari  ibu bapa sudah pasti anak-anak akan kurang membaca dan minda
mereka akan jumud. Tegasnya, tingkah laku yang baik daripada ibu bapa  akan menjadi turutan
anak-anak.

          Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup
kepada anak-anak. Hal ini amatlah mustahak kerana kebanyakan ibu bapa masa kini cukup serius
dalam menyediakan keselesaan fizikal kepada anak-anak seperti bilik tidur berhawa dingin,
peranti elektronik dan peti televisyen. Akhirnya, semua kemudahan tersebut akan melalaikan
anak-anak daripada membaca. Tidak salah kepada ibu bapa untuk melengkapi anak-anak
mengikut kemampuan mereka, namun tugas yang paling utama untuk mempertajam minda anak-
anak tidak boleh diabaikan. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan kemudahan pembacaan
dan mempelbagaikan bahan bacaan mengikut minat dan tahap. Dalam pemilihan bahan bacaan
pula, ibu bapa tidak akur dengan permintaan anak-anak kerana minat dan bakat sememangnya
tidak pernah sama dengan ibu bapa. Dengan sebab itu, kenalilah minat anak-anak serta didiklah
mereka menjadi insan yang berjaya menyelak jendela ilmu dengan gemar membaca dan
meneroka perkara-perkara yang baharu. Sekiranya, ibu bapa dapat mengenali minat dan tahap
pembacaan anak-anak mereka, sudah pasti amalan membaca akan dapat disemai dalam diri anak-
anak. Tegasnya, Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan prasarana dan sumber bacaan
yang cukup kepada anak-anak

        Langkah yang paling proaktif ialah ibu bapa perlu meluangkan masa  mengadakan rutin
tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku. Aktiviti
sambil menyelam minum air ini akan memberikan suntikan baharu kepada anak-anak untuk
gemar membuat koleksi bahan bacaan. Anak-anak akan terasa diri mereka dihargai atas kesudian
ibu dan ayah membawa mereka bersiar-siar dan bersantai di samping memberi mereka ‘baja’
minda dengan berkunjung ke premis-premis bacaan untuk memberikan inovasi dan perspektif
baharu kepada anak-anak tentang perkembangan dunia buku. Sekiranya usaha ini diperkasakan
oleh setiap keluarga di Malaysia, nescaya dalam satu dekad lagi kita akan dapat melihat rakyat
Malaysia akan bergulat dengan buku sama ada di dalam bas, LRT dan di mana-mana sahaja
tempat yang masanya terluang. Sekiranya anak-anak sering didedahkan dan dibawa ke premis-
premis buku bacaan sudah pasti anak-anak akan menjadi ulat buku kerana menjadi ulat buku
lebih baik daripada menjadi lalat yang mersokkan makanan. Tegasnya, Langkah yang paling
proaktif ialah ibu bapa perlu meluangkan masa  mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan
untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku.

         Hidup dengan mengutamakan budaya membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk
meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan
seseorang insan bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu,
keluarga yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh
polosok alam kerana jauh perjalanan luas pandangan. Dengan hal yang demikian, pupuklah
budaya membaca dalam kalangan ahli keluarga kerana banyak kemaslahatan yang boleh kita
peroleh dengan amalan membaca.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN

CONTOH KARANGAN

Belakangan ini, soal pembinaan modal insan cemerlang adalah antara perkara
yang menjadi agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan
untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020, pembangunan modal insan cemerlang menerusi bidang pendidikan
telah diberi penekanan.  Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan sejumlah besar
golongan pelajar cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat
global. Sehubungan dengan itu, kejayaan pelajar dalam pelajaran menjadi agenda
perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu
negara agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor  yang dapat dikenal pasti mampu
mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Persoalannya, apakah
faktor yang mempengaruhi kejayaan murid dalam pelajaran.

Faktor pertama menentukan kejayaan pelajar dalam pelajaran ialah proses guru
mengajar di dalam kelas. Oleh sebab itu,  kecemerlangan seseorang guru mengajar di
dalam kelas menjadi faktor perdana yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid
dalam pelajaran. Hal ini berlaku demikian kerana guru yang mahir mengajar mengatur
pengajarannya mengikut pendekatan dan kaedah pengajaran terkini yang sesuai
dengan kehendak pelajar, justeru, dengan cara itu pelajar  akan mudah  memahami
ilmu yang hendak disampaikan oleh seseorang guru dan cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, guru cemerlang juga akan sentiasa menggunapakai pelbagai bahan bantu
mengajar berdasarkan teknologi terkini untuk menarik perhatian pelajar mengikuti
pengajarannya. Contohnya, seorang guru cemerlang akan menggunakan peralatan
mengajar seperti komputer riba,  Liquid Crystal Display Projektor (LCD Projektor),
bijak mengakses bahan pengajaran menggunakan internet dan alatan bantu mengajar
lain sebagai usaha untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di
dalam kelas. Tambahan pula, banyak bahan yang mudah dicapai dengan melayari
internet kerana dunia tanpa sempadan dan maklumat berada di hujung jari. Sekiranya
seseorang guru mengajar hanya menggunakan "calk and talk" sahaja, pelajar akan
kurang memberi perhatian kepada pengajaran guru dan mereka akan ketinggalan
dalam pelajaran. Sebaliknya penggunaan teknologi maklumat serta penggunaan alat
teknologi terkini akan menambat hati mereka kepada pengajaran guru dan mereka
akan berjaya dalam pelajaran. Sudah terang lagi bersuluh faktor utama kejayaan
pelajar terletak  pada proses guru mengajar di dalam kelas.

Seterusnya faktor kedua penentu kejayaan seseorang pelajar berjaya dalam pelajaran
ialah pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik
darjah . Bilik darjah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur
peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih
dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan selesa.
Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.  Oleh sebab itu, apabila
murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari oleh
mereka akan dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan
seseorang pelajar adalah kerana  memberi mereka memberi penumpuan penuh di
dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus adalah
inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat
dirumuskan   bahawa proses pembelajaran dan pengajaran secara kondusif di dalam
bilik darjah mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Sekiranya,
suasana dalam kelas panas akibat sistem pengudaraan tidak sistematik, susun atur
kerusi tidak teratur, keadaan kelas tidak bersih, sudah pasti pelajar tidak akan dapat
belajar secara kondusif dan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini dapat
dilihat dikebanyakan kelas, terutama kelas hujung yang dihuni oleh pelajar yang
kurang memberangsankan pelajaran mereka. Tegasnya, faktor pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah penentu kejayaan
pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu


mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang
dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada
di dalam  atau di luar sekolah berupaya mencemerlangkan pelajar. Program-program
seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan,
Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi  dan sebagainya mampu meningkatkan
keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini
membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya
menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah
menghadapi soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan telah berbincang 
dengan guru dalam program yang dianjurkan.  Tambahan pula, sepanjang program
seperti teknik menjawab soalan, pihak pengurusan sekolah sekarang berlumba-lumba
menjemput guru pakar ke sekolah untuk menyampaikan ceramah dan membantu
pelajar menjawab soalan bertepatan dengan kehendak skema pemarkahan sesuatu
mata pelajaran. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan
bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka
mereka mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya
sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak
sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran mereka.
Tegasnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi
kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu


berjaya dalam pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke
kelas-kelas tuisyen berbayar pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan
pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka tidak
menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen kerana mereka
mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-
kelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan
kemahiran murid untuk siap siaga menghadapi peperiksaan. Sebagai mana kita sedia
maklum, pusat tuisyen menyediakan guru yang pakar untuk membantu pelajar
menjawab soalan peperiksaan dan kebanyakan guru berkenaan mahir dalam mata
pelajaran yang diajar dan ada juga dalam kalangan mereka terlibat memeriksa kertas
peperiksaan. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-
teknik menjawab yang betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-
murid akan mendapat pendedahan tersebut secara terus berbanding guru-guru di
sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam setiap mata pelajaran
yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan
cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa. Sekiranya,
pelajar mendapat bimbingan tambahan di pusat tuisyen, mereka mempunyai banyak
kelebihan berbanding pelajar yang hanya mendapat bimbingan daripada guru-guru
sekolah. Jelas, pelajar yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya dalam
pelajaran mereka.

Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan


seseorang murid dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat
dengan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya
dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang  mahu melihat anak-anak mereka gagal
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan melakukan apa-apa
sahaja bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada
mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan
dan kata-kata motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh
supaya kejayaan dapat digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar
anak-anak mereka dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka
mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila menduduki peperiksaan dan
dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri mereka
dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa
dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu
bapa sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Sebaliknya,
pelajar yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat motivasi
untuk berjaya dalam pelajara akan terus tertinggal dalam pelajaran, Sudah terang lagi
bersuluh menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang
murid dalam pelajaran.

Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya.
Modal insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk
menjana pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi
keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang
cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar
bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-
anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada
sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
Tambahan pula, peperiksaan awam cuma dilalui oleh anak-anak sekali dalam seumur
hidup, sekiranya mereka gagal menyumbang kejayaan dan kecemerlangan bukan
sahaja anak-anak yang rugi tetapi ibu bapa ibu bapa yang akan menyesal dikemudian
hari kerana " sudah terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Sesal dulu
pendapatan, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak
baik kepada generasi akan datang.  

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada

Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic


saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu
yang menyuntik semanagat ini menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan
sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing .
Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi
serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada
keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan
Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada
pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau
desakan daripada rakan  sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik
pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di
dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit
sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita.  Remaja yang rata-ratanya mempunyai
semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya
upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri
sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah
yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya
menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang
mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta
berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita
jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang
melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia
remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang
bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir dengan
saya memandangkan saya juga  seorang insan yang bergelar remaja justeru saya
mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-
ciri remaja cemerlang dambaan negara. 

 Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan
mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang
mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang
lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang
syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh
ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  (walaupun beliau tidak beragama
Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama
adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait
yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau
berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt.
Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami  Al-Quran,
mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah
yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya
akan menjadi sumber  primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang
kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui
pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang
berguna seperti memahami nilai  yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari
. Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia .
Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya
yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang
positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis,
saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang
luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi
ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya
yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan
mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji
kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata
dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang
berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Jelasnya, saya akan terhalang daripada
menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.

             Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah
dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa
merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya
dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka.
Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang
mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari
ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara
keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang
dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang
atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan
taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan
mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju
sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan
pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa
buang yang keruh ambil yang jernih.  Allah telah memberikan kedudukan tinggi
kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini
jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh
kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan
bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui
perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada
perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa
adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik
mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-
Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw.
yang bermaksud  : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah
rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali
silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu
yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-
perkara yang merosakkan moral.

            Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan
adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun
saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda
terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar
sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang
sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan
banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan
mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah
membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan
Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi
bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya
berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja
guru ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing
malahan guru adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang
ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai
kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang
tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi
makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka
bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa
hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para
nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan
bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
            Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-
rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa
yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal
ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan
tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya
akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada
rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai
sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama.
Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah
mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan
memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia
merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam
kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan
bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata
pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan
menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan
sebagainya kepada orang lain.  Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila
berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila
saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak
akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja
yang mempunyai sahsiah terpuji.

            Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh


untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak
bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu  keruntuhan akhlak lantas
menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah
terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak
Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan
menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari
syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati
syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah.
Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral
dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas
nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba
‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang
Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan,
Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus
diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak
yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Akhlak yang
baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya
hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di
sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari
situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.

            Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan


meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab
besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang
berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin
berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat
membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  ini saya yakin akan
membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam
yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi
ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan
saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat
orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya,
memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi
tidak akalnya.”  Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan
saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak,
ilmu dan  akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu
kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada
generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat
melalui internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam
kalangan masyarakat kini.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita.
Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas
hujankerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di
kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita
disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan
Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh
negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak,
penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi
‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah
rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang
lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet
dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era
teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.

        Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet
dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam
memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk mencari
dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.  Hal ini kerana dalam era globalisasi ini
segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet
oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar. 
Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian
enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer.
Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang
boleh dipercayai keesahannya.  Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan
berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar
telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan
News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini
berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara
tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga
akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum
disiarkan.  Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah
berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada
zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya
mereka malas berbuat demikian mereka boleh  diibarat seperti  katak di bawah tempurung. Oleh
itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan
menggunakan  kemudahan internet.

    Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan
jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan
perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk
dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari pejabat. 
Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak menguruskan
hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di
bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka
seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah
disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan
bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa
akan memotong kita.  Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam
kehidupan seharian adalah dengan  penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan
perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual
bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak
bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara
‘online’ di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan
menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil
elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui
laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan
urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.

           Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita
berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini
kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Malah,
syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk
memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja
melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan
atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta
tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada
ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di
Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang
jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi
‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga
yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan
telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah
komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat
bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh. 
         Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan  dengan memperkenal
pelbagai kemudahan seperti  Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu
bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui keputusan ujian
bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat keputusan
peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah
susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka
dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang
diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk
berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle
merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran
sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa
boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan
kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini
boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan
memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif.
Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan
Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian
Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan
bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
pendidikan negara maju di dunia.

         Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci
bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran
mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab,
berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata
pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar
untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan
sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh
sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai.
Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk
tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan
tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan,
setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud
sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima
hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar
yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

         Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada


masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet  kerana
melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang pasti, internet
mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika digunakan sebaiknya.
Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan
kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan
internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju
lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu
mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi
pelbagai faedah kepada kita.

Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum
lelaki untuk menceburi diri dalam pelbagai bidang.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

         “Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?”  “ Kaum wanita hanya
sesuai di dapur, mengemas rumah dan menjaga anak” “ Bolehkah wanita menjadi
seorang pemimpin?” Persoalan sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi
perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan kaum adam yang
sering memandang rendah akan kemampuan kaum hawa.  Namun, tohmahan dan
pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita sudah
membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan
sekaligus membuktikan mereka mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum
lelaki. Hal ini terbukti terbukti sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman
Rasulullah sendiri nama wanita seperti Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan
Zainab Al Ghazali memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan Islam.
Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka seperti Dr. Zeti Akhtar
Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor  Bank Negara Malaysia,  Aireen Omar
wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia, Datuk Dr. Maznah
Hamid bekerjaya  dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah, Kadijah Abdullah
Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan pelbagai lagi nama wanita berjaya di Malaysia,
sudah pasti menutup pandangan serong golongan adam akan kebolehan kaum hawa.
Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.
Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk
menceburi pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.

        Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas
pertama dengan kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan
negara. Nama yang tidak asing dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti
Akhtar Aziz iaitu anak kepada pasangan Profesor Diraja  Ungku  Abdul Aziz Ungku
Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof merupakan Tokoh Budayawan Negara.  Dr.
Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor Bank
Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan  Doktor
Falsafah dalam Jurusan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa Universiti
Pennyslvania pada tahun 1978. Atas sumbangan  dan kejayaannya dalam mentadbir
kewangan negara,  beliau telah terpilih sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia
oleh Majalah Global Finance.  Beliau menerima anugerah berprestij tersebut bersama-
sama tokoh kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia, Gabenor Bank Israel,
dan tokoh kewangan dari Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama wanita
berjaya dalam bidang ekonomi seperti nama yang disebut di bahagian pengenalan
iaitu Aireen Omar, Datuk Maznah, begitu juga Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd. 
iaitu Faiza Bawurni Sayed Ahmad terkenan dengan pengedar beras basmathi.  Justeru,
terbukti bahawa golongan wanita mampu untuk mentadbir kewangan dan ekonomi
negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar telah
diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.

         Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar
sikap dan prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah
malah boleh berjaya seperti  peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk
berjaya seperti kaum lelaki dalam acara sukan sekiranya diberi ruang dan peluang
untuk menunjukkan kebolehan mereka. Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat
kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat global apabila mampu menunduk
pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan wanita berjaya dalam
karear mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David dan  Pandela
Rinong berjaya dalam acara sukan yang mereka tandingi di peringkat dunia iaitu
dalam acara skuasy dan acara terjun. Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering
memberi kejutan demi kejutan apabila berjaya meneruskan gelaran sebagai pemain
skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan dalam pelbagai kejohanan skuasy
di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa dalam acara
terjunan di  Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan rakyat
Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta sukan pertama negara yang
berjaya mencapai kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik.
Tegasnya, kaum hawa juga mampu menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk
menyertainya.

        Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam
aktiviti ekstrim atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan
kejayaan wanita negara luar. Sebagai warganegara Malaysia,  kita amat berbangga
dengan semangat patriotik golongan hawa yang sanggup menggadai nyawa untuk
memartabatkan nama negara kita sebaris dengan negara maju yang lain agar kita dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Nama kaum
hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah  Datin Paduka Sharifah
Mazlina Syed Abdul Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan
Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah mengambil risiko untuk
menjelajah kawasan paling sejuk di dunia iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara
walaupun beliau sedar kemungkinan nyawa beliau boleh melayang dalam menjayakan
usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab semangatnya yang
membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya berjaya
melaksanakan ekspedisinya  pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai
wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Semangat dan keazaman penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini
seharusnya dijadikan iltizam buat generasi masa hadapan untuk terus mengorak
langkah merintis kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu untuk berjaya
sekiranya mempunyai semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam
menghadapi cabaran mengharungi kawasan paling sejuk dan paling mencabar di
dunia.

         Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia


menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum
hawa dengan kata kunci mereka juga boleh berjaya dalam bidang politik terutama
membantu barisan kabinet menerajui kepimpinan negara.  Kini terdapat ramai wanita
yang menyandang jawatan menteri, senator, ahli parlimen, ahli  EXCO, ADUN dan
sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri Rafidah
Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat yang berusaha gigih menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan
senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk Rohani Abdul Karim merupakan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengganti  Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah
Ghani yang telah banyak berjasa kepada negara dan  pertama di Malaysia yang
dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari
Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada
tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang
jawatan tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa mereka terhadap
masyarakat amat dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita
agar sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga
memainkan peranan membantu barisan kabinet negara menerajui kepimpinan negara
Malaysia.

         Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan
membantu barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita
menelesuri pula peranan wanita dalam dalam membantu kebajikan masyarakat
peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk mencari seorang budiman seperti Tan Sri
Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup meninggalkan kesenangan dan kemewahan demi
untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas MERCY
Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan
perubatan sukarela yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di
Kosovo. Beliau sendiri selalu mengetuai misi membantu penduduk di negara-negara
yang menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah
yang bergolak akibat perang. Baginya apa yang dilakukannya itu adalah lebih
berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr. Jemilah merupakan
salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan penasihat Pusat
Tindakan Tabung Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang wanita dan atas
jasanya tersebut pelbagai penghargaan telah diterimanya seperti anugerah  Dato’
Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada
tahun 2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan Panglima
Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang
membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita
yang Pertama di Asia Timur (Kategori Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila.
Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan kepada Presiden Filipina
Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan bergelar kaum
hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia atas jasa
mereka tidak pernah kenal sempadan.

      Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman
Rasulullah lagi dan seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang
hebatnya. Mereka sentiasa mewarnai senario di tanah tumpah darah mereka dalam
pelbagai bidang , sama ada di bidang politik, sukan, ekonomi, berusaha
memartabatkan nama negara di mata dunia, membantu kepimpinan negara dan
membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai warganegara
Malaysia kita harus berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana keberadaan
mereka membantu kaum adam untuk memantapkan segala kekurangan yang ada pada
mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita memang perlu diberi ruang untuk menceburi
pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun yang mampu membunuh kaum
adam malah boleh diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kaum
adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk berpasangan dengan kaum
hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum hawa
perlu dihapuskan agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara
merdeka dan perkasa dalam pelbagai bidang agar mampu untuk menyinar di mata
dunia.

Soalan : Dalam karangan masyarakat Malaysia, pantun merupakan puisi tradisional


yang masih kekal sehingga ke hari ini. Bincangkan keistimewaan pantun dan
peranannya dalam masyarakat Melayu.

Busana indah bertata suasa,


Menari puteri di dalam taman,
Pantun lambang budaya bangsa,
Takkan hilang ditelan zaman.

       Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang


keistimewaan mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah
diperturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini.
Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus dan irama yang indah turut
melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam bidang
berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan
oleh golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang
rakus menelan budaya Melayu dari bangsanya.  Justeru, komponen sastera yang
diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan usaha bijak
pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu memupuk kecintaan
pelajar atau generasi muda terhadap  kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran
berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi sekarang juga diharapkan
mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang kita sebelumnya.
Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya masyarakat
bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara umum
ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai wahana
komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.

       Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda
pelajar kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun
sebagai wahana penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang.
Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan
berterima kasih atas sumbangan dan jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi
terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar melalui pantun
seperti di bawah,
            Pisang emas dibawa belayar,
            Masak sebiji di atas peti,
            Hutang emas boleh dibayar,
             Hutang budi dibawa mati.
Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan
ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan
budi bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan
belang, manusia matiu meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan
pantun yang selalunya digunakan dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam
perbualan seorang rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang besar
kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila
seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha
membantu orang lain dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam
menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan sebagainya. Secara langsung,
penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan terima kasih ini dapat melahir
dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau penutur bahasa.
Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan rasa
penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.

      Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda


pelajar kelas pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata
kunci kedua iaitu pantun juga boleh diguna pakai sebagai medan media
berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai
contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca televisyen menggunakan
pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa menggunakan
pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan
aplikasi pantun berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan
masyarakat terhadap fungsi pantun dalam kehidupan dan secara langsung mereka
tidak akan lupa akan peranan pantun dalam kehidupan seharian serta tidak melupakan
identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi tidak kira media cetak
ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat mengaplikasi pantun
dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau berhubung melalui
komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media massa  seperti
radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada secara tertutup
mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini juga patut
dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan remaja
dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga,
penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka
kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama
dalam rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak, 
Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan
masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti ini mereka
akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang
dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri
pantun sebagai puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan
keunikan berbahasa yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya,
masayarakat tidak perlu memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka
kerana pantun berperanan sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan
yang mengasyikkan.
  
        Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana
meminggir dan tidak menghargai tradisi  pantun sebagai satu medium atau wahana
untuk menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar.
Kita sedia maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan
sentiasa menjaga akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal
lari daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga
menggores perasaan orang di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada
generasi nenek moyang kita dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam
menyindir atau menempelak sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang
yang dilawan bercakap tidak akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika
disampaikan dengan cara terus terang. Contohnya boleh kita lihat melalui pantun
berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah,  buluh pecah terbelah dua, orang tua
jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas 
menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering
menempelak golongan tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi nasihat
kerana orang tua lebih banyak makan garam. Berbanding sekiranya dalam
menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan melawan cakap orang
tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap dengan
orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang
mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka
akan menjadi renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana
golongan remaja sekarang lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-
rakan sebaya, dan sudah pasti ada kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti
berlakunya pertengkaran dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat terutama golongan
remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk menempelak atau menyindir
rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud teguran
berbanding jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.

         Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun
dalam adat istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan
sikap mengutamakan adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan
perkahwinan. Dalam majlis seperti rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga
akan memilih golongan tua daripada keluarga mereka menjadi orang utama dalam
majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara
seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata dan kaya
dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah
atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya
dijalankan semasa upacara merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun
kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk menyampaikan hasrat rombongan
keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang menjadi pilihan ahli keluarga
lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh keluarga gadis. Sebagai
contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-

            Tok Sami ke teluk Lipat,


             Kain batik dibawa Salma,
             Datang kami membawa hajat,
             Kalau sudi minta diterima.

             Dari Pauh singgah Permatang,


             Singgah merapat papan kemudi,
             Dari jauh saya datang,
             Kerana tuan yang baik budi.

Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau
perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan
dalam acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya
dengan kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.

            Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk
ajar atau nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan
kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu,
orang tua-tua sering mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar
dan nasihat kepada anak-anak atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut
teguran dan nasihat yang hendak disampaikan secara lebih bersopan.  bahkan juga,
dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan tanpa
menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat
seperti di bawah:-

        Pergi ke pantai berkereta coklat,


        berdayung sampan hingga ke malam,
        Firman Tuhan tutuplah aurat,
        Menjadi kewajipan wanita Islam.

Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar


sentiasa menutup aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan
kaum wanita di sisi Tuhan. Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang
disampaikan secara lembut dan tidak berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun
perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan kaum perempuan. Berbanding dengan
situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran secara terus terang sehingga
menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara
teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang malah ada
juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat
adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan
teguran kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.
      Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak
kelabihan dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan,
berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai
penerus generasi terdahulu, kita bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan
kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu mempertahan dan seterusnya
membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan
kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu
bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun
sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang
terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan
peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang
karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat,
faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan
pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah
wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira
usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi  dan  kencing manis merupakan
penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-
kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang
menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang  pesakit
melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan
masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan
prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik
desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat
mendapat kemudahan rawatan kesihatan.  Persoalannya, mengapakah kadar
pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman
sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada
jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat
sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah
caranya  untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

         Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di
bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia
mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan
masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali. Hal ini kerana
pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang
individu yang mengandungi semua nutrien dan multivitamin yang diperlukan oleh
tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian
pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan
berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan
kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan
yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang
mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan
mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna
dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali,
seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil
dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam
kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk
menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah
Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Sekiranya kita mengutamakan pemakanan yang sihat sudah pasti tubuh badan kita
akan kekal sihat. Sebaliknya, mereka yang mengambil mudah soal pemakanan sudah
pasti mereka akan mudah ditimpa penyakit." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya
hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

           Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan


gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia
maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi
masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan
badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air,
alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja
boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program
yang dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle
tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh
badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti
berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh
sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan
aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan
badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta
melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina
akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada
badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti
patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan
kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga
keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang
kemalangan atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan
payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa
melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi
merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

                Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas


pertama dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat.
Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam
kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar
sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian
Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan
pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun,
pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih
belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam
aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya.
Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat
masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan
mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain
menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini
kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat
dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran
oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan
bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk
menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka
tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan
bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Sekiranya kita mengamalkan
gaya hidup sihat dengan menyertai aktivti bersukan sudah pasti tubuh badan kita akan
sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti
bersukan.

              Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di
bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan
terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil
berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihatan perkhidmatan bertaraf
dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama
ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka
untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka.
Tambahan pula Kilink 1 Malaysai menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana
perkhidmatan yang kesihatan yang disediakan pada setiap masa kecuali cuti umum. 
Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan
universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap
masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang
doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital
besar sahaja. Oleh sebab itu, rawatan kesihatan amat penting supaya setiap
warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa.
Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga
bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan
atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan
penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya.
Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala
penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi,
kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami
penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit
mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalami masalah
diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan supaya dapat mengawal paras
gula dalam badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat."
Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam
memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

          Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri.
Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti
pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan
dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong
kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap
kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang
sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu
menggapai cita-cita pemimpin  untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan
merupakan aset paling penting kepada kita sebagai warganegara Malaysia kerana bak
kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan amalan
menabung dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

KEBAIKAN AMALAN MENABUNG DALAM KALANGAN MASYARAKAT


 Dapat digunakan semasa                                                                 Dapat membantu keluarga
             kecemasan                                                                                    ditimpa kesusahan

Mengamalkan sikap berjimat-                                                     Dapat membeli apa-apa yang


                 cermat                                                                                                  diingini

   Pada zaman globalisasi kini, masyarakat lebih bersifat materialistik dan individualistik kerana


menganggap wang sebagai punca kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun,
sebagai manusia kita perlu akur dengan ketentuan Tuhan kerana Allah menentukan segala-
galanya. Peribahasa Melayu ada mengatakan "malang tidak berbau”, dan sediakan payung
sebelum hujan, mengambarkan peri penting wang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku
kepada kita, dan keluarga seperti kemalangan, melanjutkan pelajaran, mahupun untuk membeli
sesuatu keperluan untuk seseorang meneruskan kelangsungan kehidupannya dengan sempurna.
Namun perlu kita beringat bahawa jauhkan sifat fasiq dengan beranggapan wang sebagai raja
dan dengan wang kita mampu memperoleh segala-galanya. Ada kalanya qada dan qadar Tuhan
mengatasi segala-galanya kerana kesihatan, kematian, untung baik dan untung jahat hanya Allah
sahaja yang mengetahuinya. Namun sebagai insan yang sentiasa bersedia dengan ketentuan
Tuhan realitinya kita memerlukan wang untuk memastikan kehidupan kita akan sentiasa
sempurna. Sekiranya, budaya menabung menjadi keutamaan dalam kehidupan sudah pasti
individu mahupun keluarga mampu menghadapi sebarang musibah yang mungkin menimpa
mereka.  Persoalannya, apakah kemaslahatanya amalan menabung dalam kehidupan kita sebagai
manusia.

       Marcapada dunia globalisasi tanpa limitasi memberikan pelbagai cabaran dan manusia tidak
lari daripada menghadapi duri ranjau untuk mengecapi sempurnaan hidup yang azali. Oleh sebab
itu, untuk meneruskan kehidupan yang mendatang dengan lebih sempurna, kita perlu menabung
wang daripada awal kehidupan demi masa depan yang lebih cemerlang. Apabila kita
mendisiplinkan diri dengan menabung, prinsip “sedikit-sedikt, lama-lama menjadi bukit” sudah
kehidupan kita pada masa depan akan lebih cerah. Bahkan juga, menabung mampu
membudayakan amalan berjimat cermat dan mengelakkan kita daripada sikap boros berbelanja
kerana boros amalan syaitan. Sekiranya, amalan menabung diamalkan dalam kehidupan, kita
mampu memperoleh kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Sebaliknya, jika amalan menabung
tidak menjadi amalan kita semasa muda sudah pasti kehidupan tua kita akan sengsara. Sebagai
contoh, seorang penoreh getah, Abdul Rahman Omar, 60 berasal dari Kampung Sawa Besar,
Pendang Kedah berjaya menunaikan haji hanya dengan menabung hasil jualan getahnya. Namun,
bukan semua orang berharta dapat mengerjakan tuntutan agama kelima ini. Banyak lagi kejayaan
manusia atas dasar menabung pada masa muda. Tegasnya, dengan menabung kita mampu
mengotakan impian sesiapa sahaja pada masa mereka tua.
       Walakin begitu, amalan menabung amat dituntut agama apabila manusia dapat
mengapresiasikan usaha mencari wang untuk keperluan keluarga. Ibu bapa kita berkerja daripada
mentari menjalankan tugasannya pada siang hari dan menamatkan tugasannya apabila tiba waktu
senja ”bagaikan lebah mengumpul madu’ demi menampung kos sara hidup yang semakin
menghimpit. Wang hasil titik peluh mereka ini akan disimpan sebagai tabungan sebagai
persediaan untuk menghadapi waktu kecemasan atau pada ketika ahli keluarga menagih
pertolongan kerana hari tidak semestinya sentiasa cerah. Apabila berlaku kecemasan, terutama
pada hujung bulan, wang tabungan menjadi sandaran untuk mereka menyelesaikan permasalahan
ahli keluarga sama ada ketika berlaku kecemasan seperti kemalangan dan ahli keluarga sakit
yang memerlukan kewangan untuk mengatasi masalah mereka. Sekiranya, ibu bapa tidak
menabung sudah pasti mereka akan pasrah tanpa dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan
masalah ahli keluarga mereka kecuali ada pihak yang prihatin membantu sama ada daripada
pertolongan ahli keluarga terdekat atau pertolongan masyarakat. Sebaliknya, jika ibu bapa
mempunyai wang tabungan, mereka akan mampu mengatasi sebarang masalah dengan segera.
Tegasnya, amalan menabung amat dituntut agama apabila manusia dapat mengapresiasikan
usaha mencari wang untuk keperluan keluarga kerana setiap sen disimpan setiap sen merupakan
hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

       Bahkan juga, amalan menabung mampu membantu kita membeli barangan dan keperluan
yang kita hajatkan. Sebagaimana kita sedia maklum, ibu bapa membanting tulang dari pagi ke
petang untuk mencari nafkah untuk ahli keluarga. Adakala dan waktunya, anak-anak sukar untuk
memperoleh apa yang mereka perlukan terutama sekiranya ketika itu ibu bapa menghadapi
masalah kewangan. Walaupun ibu bapa mampu memperoleh barangan yang kita hajati tetapi
dengan menggunakan wang yang kita ditabung, sekurang-kurangnya wang yang kita tabung itu
mampu untuk mengurangkan sedikit tanggungan ibu bapa. Pada masa yang sama, anak-anak
perlu faham dan cakna barangan yang dibeli perlu berdasarkan kepentingannya. Contoh, pastikan
barangan yang dibeli mestilah barangan keperluan sahaja dan barangan berkenaan mendatangkan
manfaat kepada mereka seperti buku, beg sekolah, dan peralatan tulis. Hal ini kerana ada
kalangan anak-anak yang membeli barangan tidak penting dan menguntungkan mereka seperti
membeli telefon bimbit dan majalah yang tidak sesuai dibaca kerana budaya hedonisma ini
merugikan kita dan keluarga. Sudah pasti membeli barangan berkenaan meyemai sikap boros
berbelanja, terutama barangan yang menyubang kepada keruntuhan akhlak remaja. Sekiranya,
anak-anak membeli barangan keperluan sahaja dengan wang tabungan mereka, sudah pasti
mereka dapat mengelakkan amalan boros semasa berbelanja. Perlu diingat amalan boros
berbelanja amalan syaitan. Sudah terang lagi bersuluh, amalan menabung mampu membantu kita
membeli barangan dan keperluan yang kita hajatkan tanpa menyusahkan ibu bapa yang selama
ini menyara kita sekeluarga.

      Selain itu, dengan amalan menabung juga anak-anak boleh meringankan bebanan ibu bapa 
apabila salah seorang  ahli keluarga menghadapi masalah. Langit tidak selalunya cerah, begitu
juga dengan ibu bapa kita, adakalanya  diri mereka terbeban apabila ada ahli keluarga yang
memerlukan bantuan kewangan secara mendesak. Hal ini juga mungkin berlaku contohnya
apabila anak-anak ada menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke sekolah
berasrama penuh. Sekiranya anak-anak menabung semenjak kecil lagi, wang tabungan boleh
digunakan untuk tujuan meringankan bebanan ibu bapa untuk persediaan berkenaan. Sebagai
seorang anak yang baik biarlah kita menjadi benih yang baik dicampak ke langit menjadi kejora,
dicampak ke laut menjadi pulau, dan dicampak ke daratan menjadi penawar. Namun pada
zahirnya, ibu bapa tidak akan tergamak menyusahkan anak-anak mereka tetapi memang tugas
seorang anak yang baik  tidak membebankan ibu bapa mereka. Sekiranya, anak-anak
membudayakan amalan menabung daripada kecil lagi, banyak maslahat yang mereka terima.
Sebaliknya, anak-anak yang tidak menabung mereka mungkin sedikit sebanyak akan
membebankan ibu bapa mereka. Kesimpulannya, jelas engan menabung juga anak-anak boleh
meringankan bebanan ibu bapa  apabila salah seorang  ahli keluarga menghadapi masalah.

       Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal


insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung
sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” merupakan kata-kata
mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik akan dapat
kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi
pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang
lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk
diri justeru kepada seantero jagatraya terutama semasa keadaan mendesak.

Pada pendapat soalan ini agak sukar kerana memerlukan pelajar menjelaskan peranan anda untuk
membantu golongan rakan sebaya kurang upaya. Penulisan anda perlu menggunakan kata ganti
nama saya.

Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan
bantuan berterusan daripada pelbagai pihak supaya mereka turut memberi sumbangan
berkesan kepada negara.
Sebagai seorang pelajar, apakah peranan yang dapat anda mainkan untuk membantu atau
menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?

Takrif  orang kurang upaya (OKU) ialah insan yang kurang bernasib baik kerana
mengalami kecacatan kekal sama ada dalam bentuk kecacatan fizikal atau mental. Kecacatan
fizikal seperti buta, pekak, cacat anggota, manakala cacat mental seperti ‘sindrom down’ dan
tergencat akal. Mereka terpaksa mengharung suatu perjalanan sukar untuk hidup sempurna
seperti golongan normal dek kecacatan yang dialami. Mereka mengalami perasaan rendah diri,
tersisih daripada arus perdana masyarakat, dan sukar menghadapi kehidupan hari-hari mendatang
tanpa sokongan ahli keluarga terdekat. Pada hari ini jumlah OKU di negara ini dalam semua
kategori telah meningkat sehingga 4000 orang. Hal yang demikian, menunjukkan golongan
tersebut tidak boleh dibiarkan meneruskan kehidupan dalam kedaifan. Mereka sepatutnya
diberikan peluang untuk meneruskan hidup atas kudrat yang ada pada mereka atau dengan
perkataan lain mereka harus berdikari.

Sebagai seorang insan yang sempurna fizikal dan mental saya haruslah bersukur kepada
Allah kerana mengurniakan kesempurnaan anggota badan. Namun begitu, saya akan menghargai
keberadaan insan orang kurang keupayaan yang hidup bersama-sama saya.  Saya akan cuba
untuk memotivasi mereka agar mereka meneruskan usaha sehingga berjaya dalam kehidupan
mereka. Hal ini kerana orang kurang upaya juga mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.
Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat orang kurang upaya yang berjaya di negara kita,
antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi
orang cacat pertama memperoleh ijazah kedoktoran, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D
Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malaysia, dan pernah memenangi anugerah OKU
Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam
dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Oleh sebab itu, saya akan memberikan
motivasi kepada rakan-rakan OKU yang berada di sisi saya untuk meneruskan kecemerlangan
yang mereka ada berdasarkan kecemerlangan orang kurang upaya seperti saya nyatakan di atas.
Sekiranya saya mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU, saya yakin mereka
mampu berjaya dalam kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Mereka juga
boleh berjaya seperti orang lain sekiranya ada usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Tegasnya,
saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.

Selain itu,  saya juga akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-
mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan. Hal ini
kerana melalui persatuan seperti ini, golongan sahabat OKU akan dapat bertemu dengan rakan-
rakan seperti mereka. Di tempat sebegini juga mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan
pengalaman sebagai orang kurang upaya terutama berkongsi pengalaman kejayaan mereka dala
kehidupan. Selain itu, di tempat-tempat sebegini juga mereka sedar bahawa mereka bukan
keseorangan dan mereka mempunyai sahabat yang berusaha untuk terus berjaya dalam suasana
negara yang sedang membangun. Bahkan juga, dengan adanya persatuan seperti ini, mereka akan
mendapat banyak info berkaitan golongan orang kurang upaya malah mereka juga akan tahu
bantuan-bantuan yang boleh mereka dapati sekarang sama ada melalui bantuan badan bukan
kerajaan dan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Sesunggunhya, dengan
menyertai badan-badan atau persatuan OKU, sahabat-sahabat OKU akan dapat memotivasikan
diri mereka untuk berjaya sebagaimana kejayaan sahabat OKU lain. Bahkan juga mereka akan
berasa diri mereka tidak dipinggir oleh masyarakat dan mereka juga boleh berjaya seperti orang
lain. Sekiranya, sahabat OKU dapat menyertai persatuan OKU, mereka akan mampu berjaya
seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai hak untuk berjaya. Tegasnya, sebagai rakan
saya akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU
yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan.

Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan menggalakkan mereka untuk mendaftar
diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar
OKU. Selain itu, saya akan cuba menyedarkan rakan-rakan OKU betapa pentingnya mereka
mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas ini. Sebagaimana kita sedia maklum
Kementerian Pendidikan Malasyia telah mewujudkan sekolah pendidikan khas untuk
mengelakkan pelajar OKU tercicir dari aliran pendidikan perdana. Di sekolah pendidikan khas,
pelajar OKU akan mendapat pendidikan sejajar dengan kebolehan mereka, di samping mereka
akan didedahkan kepada kemahiran sama ada teknik atau vokasional untuk mereka dapat
meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, objektif sekolah pendidikan khas adalah untuk
mendedahkan mereka kepada pembelajaran mengikut kebolehan agar pendidikan yang mereka
terima dapat mendedahkan mereka untuk berdikari apabila dewasa nanti tanpa memerlukan
bantuan daripada ibu bapa. Sekiranya, sahabat-sahabat OKU saya dapat mengikuti pendidikan di
sekolah pendidikan khas ini, mereka akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti rakan-
rakan mereka yang lain. Tegasnya, Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan cuba
menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti
pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU.
Selain itu, sebagai seorang rakan OKU, saya akan cuba untuk memberi penerangan yang
jelas kepada ibu bapa rakan OKU  supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah
pendidikan khas. Hal ini kerana ada sebilangan ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka digelar
sebagai OKU kerana mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka perlu menerima
pembelajaran seperti pelajar-pelajar yang lain. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk menjelaskan
betapa ruginya ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan aliran
perdana. Namun, saya bukan bertujuan untuk memperlekeh sahabat OKU atas kekurangan yang
mereka alami tetapi saya cuma perlu meyakinkan ibu bapa OKU bahawa kerajaan amat prihtain
dan cuba sedaya upaya membantu golongan OKU. Sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-
anak mereka mengikuti pendidikan aliran perdana, sudah pasti anak-anak mereka akan tercicir
berbanding pelajar-pelajar lain bukan OKU. Tambahan pula, sekiranya anak-anak mereka dapat
menerima pembelajaran di sekolah berpendidikan khas banyak agensi kerajaan akan memberikan
bantuan kepada mereka setelah mereka menamatkan pengajian di sekolah aliran pendidikan
khas. Bahkan juga, anak-anak mereka akan dapat bersaing dengan rakan-rakan OKU yang lain
untuk mendapat tempat dalam peperiksaan antara pelajar OKU. Tegasnya, sebagai seorang rakan
pelajar OKU, saya saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan
OKU  supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas.

Akhirnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan
pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid bekerperluan khas terutama apabila
program pemerkasaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dijalankan oleh pihak
kerajaan. Sebanyak 23 program khusus boleh disertai rakan-rakan pelajar OKU
seperti kemahiran yang ditawarkan antaranya penyediaan dan pembuatan makanan, operator
pengeluaran pemprosesan makanan dan proses kimpalan arka kepingan logam dan sebagainya.
Dengan ada pendidikan khas seperti di atas, murid berkeperluan khas akan dapat menimba ilmu
untuk mereka gunakan apabila mereka dewasa nanti. Sekiranya, rakan-rakan OKU, dapat
meneruskan pelajaran di Sekolah Vokasional mereka akan dapat menimba ilmu dan
menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan mereka apabila dewasa nanti. Perlu diingat,
sebagaimana saya nyatakan di atas banyak golongan OKU berjaya d Malaysia seperti antaranya
Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat
pertama menerima memperoleh ijazah kedoktoan, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D
Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malasyia, dan pernah memenangi anugerah OKU
Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam
dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia. Tegasnya, sebagai rakan OKU, saya akan
memotivasikan mereka untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk
murid berkerperluan khas.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa  sebagai rakan pelajar


OKU saya perlu memainkan peranan untuk membantu mereka untuk berjaya seperti
orang lain.  Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa Melayu  berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan
OKU. Mereka juga berhak untuk berjaya seperti rakan-rakan mereka di aliran perdana
tetapi perlu betul caranya. Diharapkkan dengan usaha-usaha yang saya lakukan di atas
saya akan dapat membantu rakan OKU untuk berjaya. Semoga mereka akan berjaya
seperti rakan-rakan seangkatan dengan mereka.

BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA .


Ulaskan pernyataan tersebut

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di
situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak
sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan
peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian
tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus
berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh
kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya,
apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru
sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang
mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda
saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk 
menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar  aktif dan terlibat dalam setiap sesi soal jawab
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang
ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam
peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu
bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat
jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas,
sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya,
saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya
menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar
dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya
dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan  jadual waktu
saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk
berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah  untuk menjaga fizikal dan
emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat
mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna.
Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya
akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya
sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat
keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan
sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum
hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya
biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum
peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana
mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan
“masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk
sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap
akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal
kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru
berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara
menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya
tidak akan segan silu  bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan  topik-topik pelajaran yang kurang
saya fahami semasa belajar di sekolah  bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu
hanyut” , “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar
dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti
program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini  membantu saya untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik
menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis
soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya
dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk
berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-
rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab
ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan mendapat
wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan
bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu
saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi
oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif.
Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan
masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada
masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan
mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak
langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan
dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan
mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan
diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam
menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang
baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam
hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan
dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar
saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan
membuat latihan setiap masa di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa
mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu 
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan
ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi
kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan
ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya
selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji
setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya  sempurnakan
semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh
mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di
tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal
ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip
peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu
membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar.  Sebagai mana yang kita sedia maklum,
soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan
pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada bertanya topik yang sama saya
pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya
dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku
soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti.
Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat
latihan setiap masa di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka
dengan belajar bersungguh-sungguh.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat
persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti
langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas
tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama
rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan
mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan
setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan
berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara
api biar sampai jadi arang.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

PETALING JAYA, Selasa - Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting (KMB)
Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir (gambar) yang berusia 18 tahun menjadi bualan netizen
apabila dia bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang diumumkan minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester di kolejnya.

Berita di atas amat mengembirakan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan. Memang sudah
menjadi lumrah kehidupan, kajayaan seorang anak dalam pendidikan akan mengembirakan insan
yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit tidak kira sama ada mereka daripada
golongan berwang apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil. Sebagai anak, mereka
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar
terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-
anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial
yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan
anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang
dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah
tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.
Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan
sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada
masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah.
Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat
menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh
tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan
yang berat. Sekiranya, ibu bapa dapat mewujudkan situasi aman bahagia dalam kehidupan
rumahtangga mereka sudah pasti kejayaan dan kecemerlangan anak-anaknya yang menjadi
impian keluarga akan menjadi kenyataa, Sebalikya, kegagalan ibu bapa membina keluarga
bahagia, anak-anak akan menerima natijahnya kerana anak-anak gagal menyediakan diri untuk
berjaya dalam pendidikan akibat kebejatan rumahtangga. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab
memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini
demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan
atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak
lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk
membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan
rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan
mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu
bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti
perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak
lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak
dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. 
Sekiranya, ibu bapa tidak alpa dan sering memantau pergerakan dan perkembangan dan
pergaulan anak-anak sudah pasti anak-anak akan sentiasa dipeduli dan mereka akan berjaya
memilih rakan yang boleh membantu kejayaan mereka dalam setiap aspek sama ada pendidikan
dan pembinaan personaliti mereka agar kecelaruan personality tidak berlaku. Sebaliknya, 
kegagalan ibu bapa mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan
sebaya, sudah pasti anak-anak mudah terjebak dengan pengaruh negatif rakan sebaya yang
mengarahkan mereka melakukan aktiviti tidak bermoral.  Tegasnya, ibu bapa perlulah
mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-
anak yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan
agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama
dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang
berlaku dalam kalangan anak-anak. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan
yang buruk sebelum bertindak melakukan setiap perbuatan. Mereka juga akan menjadi anak-
anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan
tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini
dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Sekiranya, ibu bapa gagal memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang 
secukupnya, dikuatiri anak-anak akan salah membuat keputusan dan mereka mudah terjebak
dengan kegiatan tidak bermoral akibat pengaruh rakan sebaya. Lambat laun dikuatiri kehidupan
anak-anak akan musnah. Sebelum kudis menjadi tokak, ibu bapa sebagai orang yang paling
hampir dengan anak-anak perlu bijak mengatasi masalah berkenaan. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-
anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
Seyogia, ibu bapa perlu menyediakan bilik khas untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran serta
menyediakan rak-rak untuk tempat simpanan buku, majalah, dan surat khabar. Selain itu, jika ibu
bapa berkemampuan, bilik khas untuk anak-anak belajar perlu disediakan alat pendingin hawa
agar anak-anak boleh belajar secara kondusif. Bahkan juga, ibu bapa boleh melanggan majalah-
majalah seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, serta akhbar-akhbar tempatan yang ada
menyisipkan ruangan pendidikan seperti TUTOR oleh Surat Khabar Utusan Melayu dan Akhbar 
Didik untuk akhbar Berita Harian. Tambahan pula, akhbar-akhbar tempatan ini menyediakan
ruangan nota dan latihan setiap mata pelajaran untuk membantu anak-anak membuat latihan dan
membaca nota sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan sama Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan (PT3) serta Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Bahkan juga, ibu bapa boleh membelikan komputer bimbit untuk diletakkan di
rungan kerana gajet ini amat penting untuk membantu anak-anak membuat rujukan atas talian
sama ada untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran, untuk meluaskan kosa kata terutama
untuk mendapat maksud istilah atau istilah sama maksud melalui Pusat Rujukan Bahasa Melayu
atas talian yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Anak-anak juga boleh melayari
pelbagai kemaslahatan pelajaran di laman sesawang seperti “blogger” yang disediakan oleh
guru-guru berpengalaman mata pelajaran secara percuma, mendapatkan kertas soalan
peperiksaan sebenar, atau kertas peperiksaan percubaan negeri-negeri untuk sebagai persediaan
untuk menghadapi peperiksaan kerana maklumat di hujung jari dan langit terbuka. Sekiranya, ibu
bapa dapat menyediakan kemudahan sedemikian rupa, anak-anak akan dapat belajar secara
kondusif, Cuma ibu bapa perlu membuat pemantauan agar anak-anak tidak menyalahgunakan
gajet berkenaan untuk tujuan hiburan berlebihan dan melayari laman-laman porno yang boleh
merosakkan moral mereka. Tegasnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang
lengkap untuk anak-anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan
terhadap pelajaran.

Selain itu, ibu bapa yang berkemampuan mereka boleh menghantar anak-anak mereka
mengikuti kelas tambahan atau tuisyen yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagaimana kita sedia maklum pusat-pusat tuisyen menyediakan tenaga pengajar yang
berpengalaman, tenaga pengajar yang terlibat dengan pemeriksaan kertas peperiksaan yang pakar
untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dengan kehendak skema
pemarkahan jawapan. Tambahan pula, bilangan pelajar yang kecil di pusat tuisyen memudahkan
interaksi pelajar dengan guru sama ada untuk bertanya hal ehwal pelajaran yang masih kabur dan
selalunya semakan guru di pusat tuisyen berkualiti dan cepat. Sedangkan bilangan pelajar di
sekolah biasa agak banyak menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran agak kurang
sempurna. Seyogia, pelajar yang mendapat didikan di pusat tuisyen selalunya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Selain itu, ruangan yang belajar yang kondusif
dengan adanya pendingin hawa akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran guru. Sekiranya, ibu bapa dapat menghatar anak-anak mengikuti
kelas tuisyen, anak-anak akan mendapat bimbingan yang lebih efisien dan anak-anak akan
mudah menghadapi dan menjawap soalan peperiksaan dengan baik untuk mendapat keputusan
yang cemerlang. Tegasnya, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak mereka
mengikuti kelas tambahan atau tuisyen untuk mendapat bimbingan yang lebih efisien.

Sebagai ibu bapa mithali, mereka juga perlu menjadi idola atau model terbaik kepada
anak-anak untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan bermula dari saat mereka
setahun jagung kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Seyogia, ibu bapa hendaklah
sentiasa membaca buku pabila ada masa senggang di hadapan anak-anak kerana setiap gerak geri
dan perbuatan ibu bapa menjadi perhatian serta mereka menjadi contoh kepada anak-anak kerana
bagaimana acuan begitulah juga kuihnya. Di samping itu, sikap mengarah anak-anak membaca
pada waktu senggang sedangkan ibu bapa tidak melakukannya ibarat ketam mengajar anaknya
berjalan lurus dan akibat sampai bila-bila budaya membaca tidak akan lekat di hati anak-anak. 
Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab  perlu cakna dan membantu  aktiviti Nadi Ilmu Amalan
Membaca (NILAM) yang wajib dijalankan di setiap sekolah agar anak sentiasa membaca dan
mencatat setiap buku yang dibaca oleh mereka ke dalam buku NILAM. Situasi ini boleh
menimbulkan persaingan bersih dalam diri anak-anak untuk meningkatkan bilangan buku yang
dibaca pada setiap masa. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan
betapa pentingnya pengetahuan dan maslahat membaca untuk mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, ibu bapa perlu memberi kata-kata positif atau pujian
setiap kali anak-anak menerima sijil nilam sama ada gangsa, perak, emas dan sijl NILAM agar
usaha mereka berkenaan dihargai. Bahkan juga ibu bapa yang perihatin terhadap budaya
membaca boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan daerah mahu pun perpustakaan
negeri sekali sekala sekirannya mereka mempunyai masa senggang terutama pada hujung
minggu cuti persekolahan. Sekiranya, aktiviti ini menjadi kebiasaan, anak-anak juga akan
sentiasa mengunjungi pusat sumber sekolah untuk membaca buku-buku, majalah dan akhbar
pada waktu senggang kerana pusat sumber Gedung ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai ibu
bapa mithali, mereka perlu menjadi idola atau model terbaik kepada anak-anak untuk
membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka.

Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak
sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang perkembangan pendidikan
anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu
bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin.
Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah
disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-
anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain
itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak
walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik
kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan
anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan
menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan,
pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran
dalam pelajaran. Tambahan pula pada tahap umur remaja, anak-anak mudah menghadapi
kecelaruan personaliti dan jika tidak ditangani secara bijak oleh ibu bapa masalah ini akan
menghantui psikologi mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang
masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar
anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan


peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi
menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-
anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam
masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tambahan pula, anak-anak pada lingkungan
umur remaja memang mudah menghadapi sindrom kecelaruan personaliti dan memerlukan
pertolongan serta bimbingan daripada ibu bapa untuk memastikan mereka dapat menentukan
tingkah laku dan cara berfikir mereka. Kegagalan ibu bapa menyelesaikan masalah kecelaruan
personaliti ini akan memudahkan anak-anak terjebak dengan perlakuan negatif akibat pengaruh
rakan sebaya Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa
depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan dan
pelajaran mereka.

KARANGAN UMUM DIMENSI KELUARGA

Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan
mereka untuk ke arah melahirkan anak-anak sebagai insan berguna  tercapai.

Ibu mengandung sembilan bulan,


Lebih dan kurang tak ditentukan,
Melahirkan dikau berapa kesakitan,
Berpatang pula minum dan makan,

Setelah kamu sudahlah ada,


Siang dan malam ibumu jaga,
Tidurpun tidak barang seketika,
Makan dan minum tidak terasa.

Kasihnya ayah, rela berkorban,

Badan dan nyawa jadi taruhan

          Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Berdasarkan


sedutan lagu Roslan Madun bertajuk “Nazam Ibu dan ayah”, senikatanya amat   menusuk kalbu
pendengar kerana keseluruhan lagu berkenaan mengambarkan kasih sayang ibu bapa terhadap
anak kesayangan mereka. Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anak mereka.
Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa selamat
dan sihat, serta membesar dalam suasana kondusif.. Bagi ibu bapa, tiada detik yang paling
menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak mereka membesar sebagai
seorang insan yang berguna dan berjaya dalam pendidikan. Sesungguhnya, ibu bapa merupakan
insan mulia yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang bagai
menatang minyak yang penuh. Mereka merupakan orang yang paling banyak berkorban demi
kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,”Tiada anugerah yang lebih
berharga yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-naknyanya kecuali tunjuk ajar dan budi
pekerti yang mulia”. Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi nahkhoda rumah tangga dan berjaya
mendidik anak-anak mereka sudah pasti ibu bapa orang yang paling gembira melihatkan
kejayaan anak-anak mereka. Sebaliknya, jika anak-anak gagal dalam pendidikan sudah pasti ibu
bapa menangisi kegagalan mereka mendidik anak-anak tercinta. Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang perlu diambil ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam
pelajaran?

        Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna adalah dengan mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling
berkasih sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan
kasih sayang mereka. Ibu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata
dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat
dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada anak-
anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan mengucapkan kata-kata positif
apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata
yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta
motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan seterunya kerana pepatah
menyatakan rajin dan usaha, tangga kejayaan. Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan
anak-anak menjadi sampah masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda
di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan kerjaya mereka sahaja. Sebagai
contohnya, banyak kalangan ibu bapa pada zaman mileneum ini  menyerahkan bulat-bulat
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan
anak-anak berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif seperti berpoya-
poya, merokok, menyertai golongan rakan-rakan yang buruk ahklaknya. Tambahan pula pada
saat ini anak-anak peringkat remaja sering mengalami sindrom kecelaruan personaliti untuk
menempatkan diri mereka  dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan rakan sebaya.
Sekiranya, ibu bapa gagal membantu anak-anak menempatkan diri mereka dalam kalangan
rakan-rakan atau tidak memantau pergaulan anak-anak mereka, alamatnya anak-anak mereka
akan terjerumus ke dalam kancah aktiviti remaja yang tidak bermoral kerana apabila nasi telah
menjadi bubur tidak berguna lagi.Tegasnya,anak-anak akan menjadi insan yang berguna kepada
keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika lahirnya keluarga yang saling berkasih sayang
kerana “Rumahku, Syurgaku”.

Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-
anak. Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak
berasa tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan dan
pertengkaran di hadapan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-
lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi
mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang
lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar
dan bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti bahawa
anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan
sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini sebati dengan diri anak-anak akan
mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif seperti merokok, menagih dadah
dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar, khususnya di kawasan-kawasan
setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selesa untuk
anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna dan menyayangi keluarganya. Sebaliknya, kegagalan ibu bapa menyediakan kediaman
yang menepati konsep “Rumahku,Syurgaku” sudah pasti situasi berkenaan akan menyebabkan
anak-anak tidak selesa berada di rumah dan sebagai langkah pelarian atau alternatifnya, mereka
akan keluar rumah untuk mencari ketenangan yang mempunyai kesan negatif apabila terjebak
dengan kalangan rakan-rakn runtuh akhlaknya. Tegasnya, ibu bapa perlu menyediakan kediaman
yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak.

Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu
bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil
lagi kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
dan asas pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk
akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka mengetahui batas
hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan baik
atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran agama. Sebagai
contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik, kebiasaannya keturunannya akan
baik kerana kalau asal benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi
kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.  Jika ibu bapa mempunyai pegangan dan didikan
agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu
satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan
kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat
seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya. Sekiranya, ibu bapa memberikan didikan agama
yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi sudah pasti kehidupan anak-anak
mereka akan sempurna dan mereka akan menjadi insan yang amat diperlukan dalam kalangan
masyarakat. Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa
untuk memiliki anak-anak yang berguna.

Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”.
Ibu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan
contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan.
Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik” sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak
tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya meniru tingkah
laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah didikan ibu bapa yang
berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab.
Sebagai contohnya, jika anak-anak melihat ibu bapanya mendirikan solat dan mengamalkan
sikap suka membaca, anak-anak sudah pasti akan mencontohi setiap perbuatan dan perlakuan ibu
bapa mereka. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan
penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana
keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Sekiranya,
ibu bapa menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak  sudah pasti kehidupan anak-anak
akan sentisa sempurna dan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat. Jelasnya, ibu
bapa harus menjadi contoh teladan yang baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik
dan berguna.

Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada
orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna,
ibu bapa tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran.
Hal ini demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak
mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam
konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain orang lain” dalam masyarakat adalah untuk kebaikan
bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan,
ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat
kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ibu bapa
janganlah mudah melenting apabila terdapat jiran-jiran atau guru-guru memberitahu tentang
perangai anak-anak kita kerana sebagai manusia yang bukan bersifat sempurna, kadang-kadang
kita sendiri sebagai ibu bapa tidak pernah mengambil tahu kekurangan dan kelemahan anak-anak
kita. Hal ini demikian kerana kita sibuk dengan urusan dan kerjaya masing-masing. Oleh itu, kita
perlu menganggap setiap kritikan yang diterima sebagai satu teguran yang membina. Jadi, untuk
membentuk anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran
orang lain dengan hati yang terbuka. Sekiranya ibu bapa sentiasa sensitif dan peka dengan
teguran ahli masyarakat sudah pasti natijahnya teguran berkenaan sebagai kunci untuk
pembentukan sebuah keluarga cemerlang, gemilang dan terbilang, Peribahasa “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru terngadah” sewajarnya
menjadi panduan kepada ibu bapa. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlulah bersedia untuk
menerima sebarang teguran daripada orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka
dengan hati terbuka untuk melahirkan keluarga sakinah, mawadah, wa rahmah.

Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak
sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil
berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak
mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada
dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah
juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin, guru kelas atau
guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti
perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin
sekolah berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu
mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa
juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang
lewat. Sekiranya ibu bapa sering mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada aspek
kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah anak-anak natijahnya pembentukan diri anak-anak akan
menjurus ke arah kesempurnaan. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan pendidikan
dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk


anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa
kerana  tugasan berkenaan bukan mudah seperti disangkakan. Antaranya, ibu bapa
perlu mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang, menyediakan kediaman
yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku, memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak sejak mereka kecil lagi, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik kepada
anak-anak dan ibu bapa juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama
ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Semua ini perlu dilakukan
melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu,
perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk
mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak
mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta mempertahankan
maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka jadi sampah
masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada masyarakat dan
negara malah membawa masalah serta menjatuhkan maruah keluarga kita.
Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

            Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Apabila tiba sahaja musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina
dan Hari Krismas, masyarakat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah
terbuka yang diadakan oleh jiran tetangga, pihak kerajaan tempatan, mahupun mengunjungi
rumah terbuka yang diadakan di peringkat negara atau peringkat kebangsaan. Bermula pada
tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama
di Malaysia dianggap sebagai perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat
nasional iaitu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari
Krismas, Perayaan Deepavali, Perayaan Hari Gawai dan juga Perayaan Hari keamatan. Oleh
sebab itu, semenjak tarikh berkenaan perayaan-perayaan kaum utama masyarakat berkenaan
diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri pada
setiap tahun. Sekiranya, amalan menyambut perayaan-perayaan berkenaan berterusan sudah pasti
keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan terus mampan.  Menyedari
kesungguhan kerajaan menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional sudah pasti
sambutan perayaan berkenaan ada kemaslahatannya kepada negara dan masyarakat. Persoalan
yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan
amalan rumah terbuka?

            Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan


terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di
negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau
misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu,
amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai
perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis terhadap keharmonian
kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan masyarakat yang melupakan
pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti
politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Pada sambutan hari perayaan utama berkenaan
semua masyarakat Malysia tidak kira warna kulit, agama, dan kaum akan mengambil
kesempatan Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Oleh sebab
itu, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke
rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Sekiranya, amalan
murni ini tetap kukuh dalam kalangan masyarakat Malaysia, sudah pasti ukhuwah dalam
kalangan masyarakat Malaysia akan kekal akrab. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama
lain dapat mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih harmoni dan dapat mengelakkan
polemik yang mampu mencentus perbalahan antara kaum. Tegasnya, konsep penyatuan antara
kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

            Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama
walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan
setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan
pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai
contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan
tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sebaliknya, jika amalan rumah terbuka ini pudar,
sudah pasti hubungan antara masyarakat yang terdiri daripada pellbagai kaum akan terhakis.
Impaknya, usaha kerajaan untuk mengekalkan keharmonina masyarakat mungkin terhakis.
Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini dan
masyarakat Malaysia akan memahami budaya kaum lain melalui amalan kunjung mengunjung
semasa rumah terbuka diadakan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
           
            Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan
kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke
Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat
mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini
semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata
mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan
melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-
kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan
Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia
akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka
ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Sekiranya
situasi ini berlaku, sudah pasti budaya dan keharmonian masyarakat negara akan disanjung oleh
masyarakat global dan akan meningkatkan minat pelancong asing untuk melancong ke negara
kita. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata
pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung
keharmonian.
           
            Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah
terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan
silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem
kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar.
Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi
sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak
mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah
mesra dan dapat melepaskan kerinduan  di samping mendapat perkembangan terkini antara satu
sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam
pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda
disayangi. Jika amalan rumah terbuka di peringkat keluarga diadakan, sudah pasti setiap unit
keluarga asas dan keluarag terbuka akan terpahat. Hal ini akan mempertautkan hubungan
keluarga daripada pelbagai lapisan generasi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat
diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan pada hari
perayaan.
Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan
silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan
rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali
disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang
bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput
menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya
tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan
hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta
perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti
pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi
dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih
erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri
2018 seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Tun Dr. Mahathir
Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke-8. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu
mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. 

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat
serta merasai kepelbagaian masakan masyarakat Malaysia.  Rumah terbuka yang dianjurkan
di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan
mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula
diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat
dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula
menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah
terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula
mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai
juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme
Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyarakat
dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang
berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh. Sekiranya amalan ini seperti ini
berterusan pada setiap tahun, natijah positifnya bukan sahaja keakraban masyarakat pelbagai
kaum terjalin malah masyarakat Malaysia dapat menikmati kepelbagaian juadah makanan kaum
lain. Sudah terang lagi berusuluh  amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi
melihat serta merasai kepelbagaian masakan

               Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri
pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita
kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan
Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1
peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat
menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu,
sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah
menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh
masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini
belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan
dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-
masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat
Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini
dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada
pelancong. Jika rakyat Malaysia tidak mengambil kesempatan dengan keunikan dan
kepelbagaian etnik luar biasa yang hanya boleh ditemui di negara kita, sudah pasti kita juga yang
akan rugi. Natijahnya, pelancong asing akan teruja dengan kepelbagaian budaya dan jenis
makanan yang disajikan dan akan terus mengunjungi negara sebagai destinasi pelancongan
utama mereka. Tegasnya, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri
pelancongan di negara kita semakin maju.

            Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti
Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep
seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-
masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini
bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala-Malaysia. Pertembungan budaya antara dua
atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya,
masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu
dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan
menjaga perasaan sahabat handai pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan penghormatan
itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup masyarakat Malsysia.
Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa bangga
dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Sekiranya rumah terbuka pelbagai kaum dikunjungi pelbagai kaum di Malaysia, sudah pasti
kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti
rakyat Malaysia.Kesimpulannya, amalan rumah terbuka menyumbang kepada pembentukan
identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional.

            Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka
memang banyak membawa  manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah
terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami
dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja
untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi 
apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat
negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan
Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha
kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada
negara-negara di dunia.Semoga dengan kekuatan iltizam masyarakat Malaysia, kita akan dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain seperti Singapura,
Amerika Syarikat, China, Britain dan negara-negara besar dunia yang lain.
 Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita
kini jelas menekankan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang yang sememangnya
penting serta perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan
zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuanlah yang akan menetukan kejayaan
seseorang seandainya dimanfaatkan dengan baik. Oleh itu, setiap orang seyogianya
berusaha mencari seberapa banyak ilmu demi kesejahteraan kehidupan di dunia
mahupun di akhirat. Ilmu Pelita hidup, demikianlah kata-kata hikmat yang
menggambarkan pada kita manfaat yang diperoleh seandainya kita berilmu. Sekiranya
pelajar alpa, dan mengganggap penguasaan ilmu tidak penting dalam kehidupan
mereka mereka bagaikan menongkah arus globalisasi dan mereka sentiasa dalam
kerugian. Sebaliknya, murid yang memberikan penguasaan ilmu dalam budaya
kehidupan mereka, sudah pasti mereka akan menjadi insan yang berjaya. Oleh sebab
itu, semua anggota masyarakat hendaklah menggunakan masa untuk memenuhkan
ilmu di dada. Apabila seseorang itu berilmu, sudah tentulahlah pelbagai maslahat akan
diperoleh terutama. Persoalannya, apakah faedah yang diperoleh apabila kita
menuntut ilmu ?

          Terdapat banyak maslahat ataupun kebaikan menuntut ilmu, antaranya ilmu
membolehkan kita memperoleh kerja yang lebih baik. Dengan pelbagai ilmu yang
dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan seseorang itu lebih mudah
untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi.
Dengan jawatan dan gaji yang lumayan, seseorang itu mampu membantu kedua-dua
ibu bapa dan memberikan kesenangan kepada mereka. InsyaAllah, hasrat dan impian
yang terpendam selama ini akan direalisasikan jika kita mempunyai ilmu sebagaimana
yang disabdakan oleh Nabi Muhammad yang bermaksud “barangsiapa yang mahu
kehidupan di dunia, maka bagi mereka ilmu sandarannya” . Oleh itu, terbuktilah
bahawa jika kita mempunyai ilmu, maka kita mampu meneruskan kehidupan dengan
ilmu yang dimiliki. Kerja seperti doktor, peguam, jurutera, guru, akauntan dan
sebagainya memerlukan mereka menguasai ilmu pengetahuan. Ingatlah, kuat ketam
kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya. Sekiranya kita tidak memiliki
ilmu, sudah tentulah kita tidak akan mendapat kerja yang kita idam-idamkan.
Sebaliknya, mereka yang berilmu sentiasa menjadi iddola rujukan masayarakat.
Tegasnya, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan terbuka
sekiranya mereka mempunyai ilmu pengetahuan.

           Selain itu, kelebihan menuntut ilmu akan dapat melahirkan individu yang
memiliki minda kelas pertama. Masyarakat minda kelas pertama ini ialah masyarakat
yang mampu berdaya saing kerana sudah tentu masyarakat yang sebegini memiliki
jati diri dan akhlak yang terpuji berkat daripada ilmu yang dimiliki. Seandainya kita
tidak mempunyai ilmu, maka kita tentu tidak mampu bersaing dengan orang yang
lebih berjaya kerana tidak mempunyai kemahiran untuk mengahadapi cabaran.
Masyarakat minda kelas pertama yang disegani dan dihormati lahir daripada
masyarakat yang sentiasa mengutamakan aspek tarbiah yang berterusan sebagai
pemacu pembentukan insan yang berguna. Hal ini demikian kerana mereka
mengganggap bahawa ilmu itu adalah harta yang paling bernilai berbanding harta
yang lain. Dengan ilmu yang kita miliki, kita boleh diangkat menjadi pemimpin yang
berketerampilan serta peneraju dan pengganti kepimpinan negara.  Bahkan juga, insan
yang berilmu tidak mudah ditipu oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil
kesempatan atas kelemahan diri kita dek kurangnya ilmu di dada. Golongan yang
terpedaya dengan tipu helah golongan yang berkepentingan ialah golongan yang tidak
berfikir panjang kerana mereka tidak boleh membezakan antara hak dan batil.
Sekiranya, kita berilmu kita akan sentiasa dihormati masyarakat dan menjadi rujukan
serta menjadi teladan. Sebaliknya, insan yang tidak berilmu bagaikan melukut di tepi
gantang. Tegasnya, kelebihan menuntut ilmu akan dapat melahirkan individu yang
memiliki minda kelas pertama. Hal ini selaras dengan gurindam Melayu yang
berbunyi:

Kalau kamu rajin mengaji,


Tentu kamu akan dipuji.

         
          Akhir sekali, apabila seseorang itu menuntut ilmu, dia boleh mencipta pelbagai
peralatan berasaskan keperluan semasa. Seseorang yang memilih bidang Teknik dan
Vokasional umtuk melanjutkan pelajaran, sudah pasti didedahkan dengan kemahiran
dan latihan dalam bidang-bidang tertentu. Latihan dan kepakaran yang dimiliki ini
membolehkan seseorang itu untuk mencipta pelbagai peralatan berasaskan keperluan
semasa. Ketika menuntut ilmu sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi
pengajian tinggi, pelajar-pelajar telah diajar dan diterapkan dengan unsur inovasi dan
kreativiti. Keadaaan ini membolehkan pelajar  mencipta sesuatu yang lebih kreatif dan
inovasi bagi meningkatkan penguasaan diri. Selain itu, seseorang yang memilih untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains dan Teknologi sudah pasti dapat
menyumbang idea dan kepakaran mereka dengan mencipta teknologi yang lebih
tinggi untuk memajukan negara seperti mencipta mesin-mesin dan peralatan
berteknologi tinggi dalam bidang pertanian dan perindustrian.  Sebagai contoh, En.
Zulkefli  Haron, 56 tahun, pemilik Syarikat Zull Design Autotronic merupakan salah
seorang masyarakat Malaysia yang telah menghasilkan 1000 produk inovasi bagi
memenuhi keperluan peniaga terutamanya melibatkan usahawan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) dan peniaga kecil yang mahu memulakan perniagaan.  Sudah terang
lagi bersuluh, apabila individu mempunyai ilmu pengetahuan, mereka boleh menghasilkan
pelbagai produk inovatif  untuk kemudahan orang lain kerana jika kita dapat menjadi garam
yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang
boleh membusukkan daging. Bahkan masyarakat berilmu dapat membantu negara kita duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sains
dan Teknologi.

          Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam kehidupan dan memiliki ilmu banyak
kebaikan dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari mestilah mencakupi ilmu
dunia dan ilmu akhirat. Kedua-dua ilmu ini mestilah seimbang demi menjamin hidup
yang bahagia di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita janganlah membuang masa dengan
melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Gunakanlah masa yang ada untuk
menuntut ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya bidang teknologi maklumat dan
komunikasi yang sentiasa berubah dari masa ke masa. Akhirulkalam, janganlah kita
persia-siakan masa yang ada dengan menjadi manusia yang lalai tanpa melakukan
aktiviti yang berfaedah. 

Insya-Allah saya cuba menyenaraikan lebih banyak karangan terbaik selepas ini.
Namun, untuk karangan pelajar yang pernah saya siarkan di dalam blog ini , untuk
menyiakan semula agak sukar kerana saya perlu mengambil masa yang lama kerana
saya perlu memasukkan karangan berkenaan mengunakan gambar jpg. Harap
maklum. Semoga bahan di atas dapat membantu pelajar membuat persiapan untuk
menghadapi SPM 2018 terutama kertas Bahasa Melayu (1103).

Namun, pelajar boleh merujuk terus karangan pelajar saya terbaik berkenaan terus ke
galeri bahan yang telah saya terbitkan di bahagian kanan blog saya.

HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK


MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di
situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak
sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan
peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian
tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus
berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh
kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya,
apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru
sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang
mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda
saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk 
menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar  aktif dan terlibat dalam setiap sesi soal jawab
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang
ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam
peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu
bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat
jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas,
sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya,
saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya
menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar
dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya
dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan  jadual waktu
saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk
berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah  untuk menjaga fizikal dan
emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat
mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna.
Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya
akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya
sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat
keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan
sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum
hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya
biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum
peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana
mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan
“masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk
sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap
akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal
kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru
berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara
menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya
tidak akan segan silu bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan  topik-topik pelajaran yang kurang
saya fahami semasa belajar di sekolah  bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu
hanyut” , dan “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu
diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh
mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini  membantu saya untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik
menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis
soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya
dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk
berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-
rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab
ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan mendapat
wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan
bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu
saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi
oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif.
Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan
masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada
masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan
mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak
langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan
dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan
mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan
diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam
menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang
baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam
hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan
dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar
saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.

Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan
membuat latihan setiap masa di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa
mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu 
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan
ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi
kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan
ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya
selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji
setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya  sempurnakan
semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh
mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di
tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal
ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip
peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu
membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar.  Sebagai mana yang kita sedia maklum,
soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan
pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada bertanya topik yang sama saya
pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya
dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku
soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti.
Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat
latihan setiap masa di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka
dengan belajar bersungguh-sungguh.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat
persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti
langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas
tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama
rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan
mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan
setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan
berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara
api biar sampai jadi arang.

BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA .


Ulaskan pernyataan tersebut

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di
situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak
sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan
peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian
tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus
berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh
kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya,
apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru
sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang
mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda
saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk 
menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar  aktif dan terlibat dalam setiap sesi soal jawab
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang
ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam
peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu
bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat
jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas,
sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya,
saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya
menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar
dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya
dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan  jadual waktu
saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk
berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah  untuk menjaga fizikal dan
emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat
mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna.
Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya
akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya
sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat
keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan
sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum
hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya
biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum
peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana
mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan
“masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk
sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap
akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal
kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru
berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara
menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya
tidak akan segan silu  bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan  topik-topik pelajaran yang kurang
saya fahami semasa belajar di sekolah  bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu
hanyut” , “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar
dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti
program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini  membantu saya untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik
menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis
soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya
dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk
berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-
rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab
ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak wangi saya akan mendapat
wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan
bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu
saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi
oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif.
Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan
masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada
masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan
mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak
langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan
dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan
mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan
diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam
menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang
baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam
hidup. Mereka tentu  akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan
dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar
saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan
membuat latihan setiap masa di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa
mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu 
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan
ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi
kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan
ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya
selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji
setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya  sempurnakan
semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh
mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di
tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal
ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip
peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu
membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar.  Sebagai mana yang kita sedia maklum,
soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan
pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripada bertanya topik yang sama saya
pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya saya
dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku
soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti.
Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat
latihan setiap masa di samping  berdoa kepada Tuhan agar saya  dapat membalas jasa mereka
dengan belajar bersungguh-sungguh.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat
persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti
langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru
mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas
tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama
rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan
mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan
setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan
berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara
api biar sampai jadi arang.
Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat
menjamin masa hadapan mereka.
Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan
di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam
tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini,
pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?”   Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan
minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah
hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya
telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka
ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali  dan tidak menyesal
dengan keputusan yang diambil dikemudian hari. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah
doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor
yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?  

Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-cita pelajar semasa
di bangku sekolah terutama dalam kalangan pelajar SPM. Minat dan cita-cita merupakan dua
perkara saling berkait dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi pemilihan kerjaya
seseorang pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).   
Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu menentukan aliran yang
mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera. Bertitik tolak daripada itu, pelajar akan belajar
dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang ke semua pakej mata pelajaran yang
ditawarkan dalam jurusan yang diambil. Hal ini kerana kecemerlangan mereka tersebut
membolehkan mereka meneruskan pengajian di menara gading untuk menggapai cita-cita
mereka. Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba ilmu berdasarkan kerjaya yang
mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi golongan pekerja profesional seperti doktor,
peguam, pendidik, pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar berusaha sudah pasti mereka
akan menggapai kerjaya yang mereka impikan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita merupakan dua aspek penentu utama kejayaan
pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.

Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata pelajaran yang ada
kaitan dengan kerjaya yang mereka pilih. Umumnya kita mengetahui bahawa semasa di alam
persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan
diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir
dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat
persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain,
pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa
mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang serba canggih ini, bukan
sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek
yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan kerana hanya jauhari sahaja
yang mengenali manikam. Contohnya, jika pelajar  memilih kerjaya sebagai seorang jurutera,
subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan. Jikalau pelajar berjaya menguasai
mata pelajaran berkenaan sudah pasti mereka ada kelebihan untuk menggapai kerjaya yang
diidam-idamkan. Sekiranya, pelajar dapat menentukan minat mereka daripada awal, sudah
pasti minat berkenaan akan dapat membantu pelajar untuk menumpukan perhatian kepada
mata pelajaran di sekolah dan memilih jurusan yang perlu diambil dan diberi perhatian sebagai
persediaan untuk ke Menara gading.  Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pemilihan
mata pelajaran juga penting untuk menentukan kejayaan pelajar merealisasikan kerjaya yang
mereka minati.

          Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu mempunyai tokoh
atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah seorang
yang unik, seorang yang tabah, dan berjaya dalam bidang kerjayanya. Sebagai contoh Hijjaz
Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara, mendapat pendidikan di  Adelaide University dan
seterusnya ke Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun 1967, beliau
telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara. Beliau telah
memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji dan menara
Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri keIslaman hingga ke hari ini
sehingga namanya tersohor di Persada dunia. Sekiranya pelajar mempunyai idola sendiri,
sudah pasti kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan dapat direalisasikan kerana
setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti ketekunan, kegigihan dan kekreatifan idola
mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja di Malaysia malah keseluruh
dunia. Jika seorang pelajar mampu memilih ikon atau idola mereka, sudah pasti tindakan yang
diambil oleh pelajar berkenaan akan dapat memotivasikan mereka berjaya dalam pendidikan
dan kerjaya mereka. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya menggapai kerjaya
idamannya memerlukan idola agar dapat mempengaruhi minda dan semangat mereka untuk
berjaya.
     
Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk memastikan kerjaya idaman
remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan
daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka.  Hal ini bermakna,
seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu
bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat
awal lagi.  Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak
walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu bapa.  Bagi
menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan segala
keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang diperlukan.  Sebagai buktinya, ibu bapa
bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam
bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya, ibu bapa tidak turut serta membantu usaha anak
mereka untuk menggapai kerjaya idaman mereka sudah pasti usaha berkenaan tidak akan
kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak mereka
dalam merealisasikan kerjaya masa depan  anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat menjadi
prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-
anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek
mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah
ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek fizikal
pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan
menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi
orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka menetapkan
sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju
yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan  dan tidak
ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat
termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa
nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara
efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan
bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi. 

Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda
yang tidak baik kepada generasi akan datang. 

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang
terpuji.
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic


saya petik untuk menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu
yang menyuntik semanagat ini menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan
sebaiknya dan mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing .
Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi
serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang berguna kepada
keluarga, masyarakat dan nusa. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat
inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya
sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri
sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah
yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya
menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang
mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta
berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita
jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan pelbagai isu moral yang amat
kronik dan membimbangkan kalangan ibu bapa, masyarakat dan juga kepimpinan
negara. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang
dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada
generasi akan datang bak kata peribahasa Melayu, air perabung mengalir ke cucur
atap. Perkara ini diakui oleh Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, dari firma Hushim
Motivational & Counselling apabila kes keruntuhan moral remaja Melayu seperti
penzinaan, mengandung anak luar nikah dan membuang anak kini berada pada tahap
yang serius. Isu ini begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga  seorang
insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk
sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.
Sekiranya saya mampu memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai nilai mandiri dan
jati diri terpuji sudah pasti saya dapat menyediakan benteng untuk menghalang
sebarang unsur negatif yang merosakkan prinsip dan menghancurkan moral saya
sebagai remaja Islam. Persoalannya, apakah prakarsa yang perlu saya lakukan untuk
membentuk sahsiah terpuji diri yang terpuji.

  Sebagai seorang remaja, usaha saya membentuk sahsiah diri yang terpuji
adalah dengan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan
ilmu yang akan mendekatkan diri saya kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada
ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan
Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang
disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  (walaupun beliau
tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu
tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai
hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak
berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah swt.  Saya akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan
memahami  Al-Quran,  mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para
sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-
Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber  primer saya bagi membina
pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang
terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini
mampu memberi input yang berguna kepada saya seperti memahami nilai  yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran,
kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri untuk menjadi
insan berperibadi mulia. Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merubah
mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang
memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami
kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah
yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya
akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama
kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan
mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu
membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan
berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran
dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw.
Tegasnya, saya akan cuba membentuk sahsiah diri yang terpuji dengan mendalami
ilmu agama dan mencintai Allah.

              Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan ke
arah pembentukan sahsiah terpuji  dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada
ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya
kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini meraka menatang saya bagai
minyak. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan ibu yang
mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari
ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara
keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang
dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang
atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan
taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan
mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju
sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan
pendapat malah saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa
buang yang keruh ambil yang jernih.  Allah telah memberikan kedudukan tinggi
kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini
jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh
kita berbakti kepada ibu bapa. Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan
bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui
perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada
perilaku yang boleh menyakiti hati kedua-dua ibu bapa. Taat kepada ibu bapa adalah
amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan
diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga.
Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang
bermaksud  : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya,
maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim."
Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang
mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-
perkara yang merosakkan moral.  
         
   Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan
adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun
saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda
terima kasih kepada mereka. Hal ini demikian kerana guru-guru telah bersungguh-
sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata
menjadi insan yang sebaiknya dan berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.
Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula
daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah
mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu
daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah
merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang
lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar
daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna
yang mampu mendaki menara gading . Tugas guru bukan sahaja sebagai pengajar
tetapi ibu bapa kedua saya. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik
anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah
seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan
akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah
swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan
tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap
penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati
guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri
yang terpuji. 
           
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-
rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa
yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal
ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, manakala rakan
merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan
itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira
sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang
mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu
agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah
mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan
memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia
merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam
kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan
bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata
pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan
menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan
sebagainya kepada orang lain.  Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila
berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila
saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak
akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja
yang mempunyai sahsiah terpuji.           
   Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak
bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa
melakukan perkara yang negatif yang mampu  keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan
imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh
hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’ kepada anak Adam agar
melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan
umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga
kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan
dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan
syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan
perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata
dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba ‘menyesakkan
nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang
cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’
Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapatnya  bahawa , “Para belia harus
diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak
yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. Saya pasti
akhlak dan sahsiah terpuji berpaksikan syariah Islam mampu menghindarkan diri
daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat
dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’
orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai
diri kita yang sebenar”.        
    
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan
meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab
besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang
berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin
berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat
membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  ini saya yakin akan
membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam
yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi
ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan
saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat
orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya,
memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi
tidak akalnya.”  Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan
saya daripada landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak,
ilmu dan  akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu
kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada
generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

PETALING JAYA, Selasa - Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting (KMB)
Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir (gambar) yang berusia 18 tahun menjadi bualan netizen
apabila dia bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang diumumkan minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester di kolejnya.

Berita di atas amat mengembirakan kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan. Memang sudah
menjadi lumrah kehidupan, kajayaan seorang anak dalam pendidikan akan mengembirakan insan
yang banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit tidak kira sama ada mereka daripada
golongan berwang apatah lagi mereka yang berpendapatan kecil. Sebagai anak, mereka
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar
terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-
anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial
yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan
anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran?

Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang
dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah
tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.
Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan
sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada
masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah.
Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat
menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh
tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan
yang berat. Sekiranya, ibu bapa dapat mewujudkan situasi aman bahagia dalam kehidupan
rumahtangga mereka sudah pasti kejayaan dan kecemerlangan anak-anaknya yang menjadi
impian keluarga akan menjadi kenyataa, Sebalikya, kegagalan ibu bapa membina keluarga
bahagia, anak-anak akan menerima natijahnya kerana anak-anak gagal menyediakan diri untuk
berjaya dalam pendidikan akibat kebejatan rumahtangga. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab
memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini
demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan
atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak
lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk
membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan
rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan
mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu
bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti
perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak
lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak
dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. 
Sekiranya, ibu bapa tidak alpa dan sering memantau pergerakan dan perkembangan dan
pergaulan anak-anak sudah pasti anak-anak akan sentiasa dipeduli dan mereka akan berjaya
memilih rakan yang boleh membantu kejayaan mereka dalam setiap aspek sama ada pendidikan
dan pembinaan personaliti mereka agar kecelaruan personality tidak berlaku. Sebaliknya, 
kegagalan ibu bapa mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan
sebaya, sudah pasti anak-anak mudah terjebak dengan pengaruh negatif rakan sebaya yang
mengarahkan mereka melakukan aktiviti tidak bermoral.  Tegasnya, ibu bapa perlulah
mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-
anak yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan
agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama
dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang
berlaku dalam kalangan anak-anak. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan
yang buruk sebelum bertindak melakukan setiap perbuatan. Mereka juga akan menjadi anak-
anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan
tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini
dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Sekiranya, ibu bapa gagal memastikan anak-anak mendapat didikan agama dan moral yang 
secukupnya, dikuatiri anak-anak akan salah membuat keputusan dan mereka mudah terjebak
dengan kegiatan tidak bermoral akibat pengaruh rakan sebaya. Lambat laun dikuatiri kehidupan
anak-anak akan musnah. Sebelum kudis menjadi tokak, ibu bapa sebagai orang yang paling
hampir dengan anak-anak perlu bijak mengatasi masalah berkenaan. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-
anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
Seyogia, ibu bapa perlu menyediakan bilik khas untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran serta
menyediakan rak-rak untuk tempat simpanan buku, majalah, dan surat khabar. Selain itu, jika ibu
bapa berkemampuan, bilik khas untuk anak-anak belajar perlu disediakan alat pendingin hawa
agar anak-anak boleh belajar secara kondusif. Bahkan juga, ibu bapa boleh melanggan majalah-
majalah seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, serta akhbar-akhbar tempatan yang ada
menyisipkan ruangan pendidikan seperti TUTOR oleh Surat Khabar Utusan Melayu dan Akhbar 
Didik untuk akhbar Berita Harian. Tambahan pula, akhbar-akhbar tempatan ini menyediakan
ruangan nota dan latihan setiap mata pelajaran untuk membantu anak-anak membuat latihan dan
membaca nota sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan sama Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan (PT3) serta Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Bahkan juga, ibu bapa boleh membelikan komputer bimbit untuk diletakkan di
rungan kerana gajet ini amat penting untuk membantu anak-anak membuat rujukan atas talian
sama ada untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran, untuk meluaskan kosa kata terutama
untuk mendapat maksud istilah atau istilah sama maksud melalui Pusat Rujukan Bahasa Melayu
atas talian yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Anak-anak juga boleh melayari
pelbagai kemaslahatan pelajaran di laman sesawang seperti “blogger” yang disediakan oleh
guru-guru berpengalaman mata pelajaran secara percuma, mendapatkan kertas soalan
peperiksaan sebenar, atau kertas peperiksaan percubaan negeri-negeri untuk sebagai persediaan
untuk menghadapi peperiksaan kerana maklumat di hujung jari dan langit terbuka. Sekiranya, ibu
bapa dapat menyediakan kemudahan sedemikian rupa, anak-anak akan dapat belajar secara
kondusif, Cuma ibu bapa perlu membuat pemantauan agar anak-anak tidak menyalahgunakan
gajet berkenaan untuk tujuan hiburan berlebihan dan melayari laman-laman porno yang boleh
merosakkan moral mereka. Tegasnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang
lengkap untuk anak-anak belajar di rumah supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan
terhadap pelajaran.

Selain itu, ibu bapa yang berkemampuan mereka boleh menghantar anak-anak mereka
mengikuti kelas tambahan atau tuisyen yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagaimana kita sedia maklum pusat-pusat tuisyen menyediakan tenaga pengajar yang
berpengalaman, tenaga pengajar yang terlibat dengan pemeriksaan kertas peperiksaan yang pakar
untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dengan kehendak skema
pemarkahan jawapan. Tambahan pula, bilangan pelajar yang kecil di pusat tuisyen memudahkan
interaksi pelajar dengan guru sama ada untuk bertanya hal ehwal pelajaran yang masih kabur dan
selalunya semakan guru di pusat tuisyen berkualiti dan cepat. Sedangkan bilangan pelajar di
sekolah biasa agak banyak menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran agak kurang
sempurna. Seyogia, pelajar yang mendapat didikan di pusat tuisyen selalunya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Selain itu, ruangan yang belajar yang kondusif
dengan adanya pendingin hawa akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran guru. Sekiranya, ibu bapa dapat menghatar anak-anak mengikuti
kelas tuisyen, anak-anak akan mendapat bimbingan yang lebih efisien dan anak-anak akan
mudah menghadapi dan menjawap soalan peperiksaan dengan baik untuk mendapat keputusan
yang cemerlang. Tegasnya, ibu bapa yang berkemampuan boleh menghantar anak-anak mereka
mengikuti kelas tambahan atau tuisyen untuk mendapat bimbingan yang lebih efisien.

Sebagai ibu bapa mithali, mereka juga perlu menjadi idola atau model terbaik kepada
anak-anak untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan bermula dari saat mereka
setahun jagung kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Seyogia, ibu bapa hendaklah
sentiasa membaca buku pabila ada masa senggang di hadapan anak-anak kerana setiap gerak geri
dan perbuatan ibu bapa menjadi perhatian serta mereka menjadi contoh kepada anak-anak kerana
bagaimana acuan begitulah juga kuihnya. Di samping itu, sikap mengarah anak-anak membaca
pada waktu senggang sedangkan ibu bapa tidak melakukannya ibarat ketam mengajar anaknya
berjalan lurus dan akibat sampai bila-bila budaya membaca tidak akan lekat di hati anak-anak. 
Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab  perlu cakna dan membantu  aktiviti Nadi Ilmu Amalan
Membaca (NILAM) yang wajib dijalankan di setiap sekolah agar anak sentiasa membaca dan
mencatat setiap buku yang dibaca oleh mereka ke dalam buku NILAM. Situasi ini boleh
menimbulkan persaingan bersih dalam diri anak-anak untuk meningkatkan bilangan buku yang
dibaca pada setiap masa. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan
betapa pentingnya pengetahuan dan maslahat membaca untuk mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu, ibu bapa perlu memberi kata-kata positif atau pujian
setiap kali anak-anak menerima sijil nilam sama ada gangsa, perak, emas dan sijl NILAM agar
usaha mereka berkenaan dihargai. Bahkan juga ibu bapa yang perihatin terhadap budaya
membaca boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan daerah mahu pun perpustakaan
negeri sekali sekala sekirannya mereka mempunyai masa senggang terutama pada hujung
minggu cuti persekolahan. Sekiranya, aktiviti ini menjadi kebiasaan, anak-anak juga akan
sentiasa mengunjungi pusat sumber sekolah untuk membaca buku-buku, majalah dan akhbar
pada waktu senggang kerana pusat sumber Gedung ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai ibu
bapa mithali, mereka perlu menjadi idola atau model terbaik kepada anak-anak untuk
membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka.

Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak
sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang perkembangan pendidikan
anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu
bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin.
Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah
disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-
anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain
itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak
walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik
kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan
anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan
menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan,
pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran
dalam pelajaran. Tambahan pula pada tahap umur remaja, anak-anak mudah menghadapi
kecelaruan personaliti dan jika tidak ditangani secara bijak oleh ibu bapa masalah ini akan
menghantui psikologi mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang
masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar
anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan


peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi
menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-
anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam
masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tambahan pula, anak-anak pada lingkungan
umur remaja memang mudah menghadapi sindrom kecelaruan personaliti dan memerlukan
pertolongan serta bimbingan daripada ibu bapa untuk memastikan mereka dapat menentukan
tingkah laku dan cara berfikir mereka. Kegagalan ibu bapa menyelesaikan masalah kecelaruan
personaliti ini akan memudahkan anak-anak terjebak dengan perlakuan negatif akibat pengaruh
rakan sebaya Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa
depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan dan
pelajaran mereka.

Aktiviti masa lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan


menyertai perkhemahan memberikan manfaat kepada remaja.

Jelaskan manfaat-manfaat yang anda peroleh daripada aktiviti tersebut.

Dalam Surah al-Asr, Allah SWT berfirman bahawa, “Demi Masa.


Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.” Hal ini membuktikan bahawa masa
itu amat penting dalam kehidupan manusia sesuai dengan peribahasa Melayu yang
berbunyi, masa itu emas. Oleh hal yang demikian, remaja sering diingatkan agar
memanfaatkan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti
bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan mahupun menyertai perkhemahan kerana
aktiviti ini membawa pelbagai manfaat. Kendatipun demikian, remaja marcapada
lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan melayari laman sosial, berpelesiran di
kompleks beli-belah atau berlumba haram. Sebenarnya, hal ini telah mendorong
mereka terlibat dalam kancah masalah sosial seperti pergaulan bebas, merokok
gengsterisme dan vandalisme. Sesungguhnya, gejala yang tidak sihat ini disebabkan
oleh pengaruh rakan sebaya yang negatif lantaran usia remaja yang setahun jagung,
darah setampuk pinang. Tambahan pula, golongan remaja mengalami tekanan emosi
bagi mencapai kejayaan dalam akademik sehingga menganggap masa lapang perlu
dipenuhi oleh aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membebani fikiran. Sekiranya
saya dapat memanfaat masa lapang dengan sebaik-baiknya, sudah pasti saya mampu
mengelakkan aktiviti sosial kurang sihat, dan mengelakkan diri saya terjebak dengan
kegiatan remaja seangkatan yang tidak bermoral. Sebaliknya, jika saya alpa, saya
mungkin akan mencoreng arang ke muka ibu bapa saya yang telah bersusah paya
mendidik saya menjadi insan berguna semenjak saya kecil lagi. Persoalannya, apakah
manfaat yang saya peroleh apabila melakukan aktiviti masa lapang seperti bersukan,
menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai perkhemahan?

Pada waktu lapang seperti waktu petang, saya gemar bersukan. Antara sukan
yang saya gemari ialah sukan bola sepak, badminton atau berbasikal. Sungguhpun
begitu, tidak ramai remaja yang gemar bersukan kerana mereka lebih gemar
menghabiskan masa dengan tidur di rumah dan menghabiskan masa senggang dengan
bermain “game” di gajet seperti yang terdapat dalam perisian telefon pintar dan “play
store”sahaja. Bukan itu sahaja, alasan bersukan akan menyebabkan badan berbau
busuk dan tidak selesa kerana berpeluh juga sering didengari menyebabkan remaja
menjauhi aktiviti riadah berkenaan. Sebenarnya, bersukan dapat menyihatkan tubuh
badan saya. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sukan seperti bermain bola
sepak dan badminton menyebabkan pergerakan badan yang aktif. Oleh itu, aktiviti ini
akan menyebabkan saya mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam
tubuh. Penyingkiran ini juga menyebabkan asid laktik dikeluarkan hingga
menyebabkan saya tidak berasa lesu dan lebih cergas kerana badan sihat, otak cerdas.
Pada masa yang sama, kolesterol dalam tubuh saya dapat dibakar jika berbasikal
hingga menyebabkan masalah obesiti dapat dicegah. Dalam jangka masa yang
panjang, saya dapat melancarkan pengaliran darah seterusnya mengelakkan penyakit
kronik seperti serangan jantung dan strok. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa
yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekiranya saya dapat menjalani aktviti
senggang yang bermanfaat berkenaan, saya mampu menjadi seorang pelajar aktif,
cergas dan dapat menjalankan tugasan saya sebagai seorang pelajar di sekolah.
Pendek kata, aktiviti bersukan dapat menyihatkan tubuh badan saya dan dapat
menjalankan tugasan saya sebagai pelajar yang proaktif dalam atau di luar kelas.

Di samping itu, pada masa lapang seperti musim cuti sekolah juga saya gemar
menyertai aktiviti kemasyarakatan. Antara aktiviti kemasyarakatan yang pernah saya
sertai ialah aktiviti ke rumah warga emas, menemui gelandangan sekitar ibu kota
Kuala Lumpur dan melawat ke rumah anak yatim. Semasa tiba di tempat terbabit,
saya mendengar kisah warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak, mengedarkan
makanan kepada warga geladangan, dan bergotong-royong membersihkan dan
menceriakan rumah anak yatim. Oleh hal yang demikian, aktiviti ini dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri saya. Misalnya, aktiviti mendengar kisah orang tua yang
ditinggalkan oleh anak-anak dapat memberikan nilai keinsafan dan kasih sayang
kepada saya kerana lebih menyayangi dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa yang
telah membesarkan saya seterusnya mengelakkan diri saya daripada menjadi seorang
anak yang tidak mengenang jasa kedua-dua penjaga saya seperti kacang melupakan
kulitnya. Aktiviti memberikan makan kepada gelandangan pula dapat menyemai nilai
keprihatinan dan tanggungjawab terhadap orang yang kurang bernasib baik. Aktiviti
melawat anak-anak yatim pula dapat memupuk nilai kerjasama kerana saya
membersihkan kawasan rumah anak-anak yatim bersama-sama selain dapat memupuk
nilai kebersihan. Jika saya dapat melibatkan diri serta menyertai aktiviti
kemasyarakat, aktiviti senggang saya dapat saya isi dengan aktiviti bermanfaat, di
samping saya dapat menyelami kesusahan masyarakat serta bersyukur kerana saya
masih ada orang yang menyanyagi diri saya di dunia yang fana ini. Sesungguhnya,
menyertai aktiviti kemasyarakatan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya.

Selain bersukan dan menyertai aktiviti kemasyarakatan, saya juga gemar


menghabiskan musim cuti sekolah dengan berkhemah. Saya gemar melakukan aktiviti
perkhemahan di hutan lipur seperti Hutan Simpan Belum di Perak atau Hutan Lipur
Sungai Tua di Selangor. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa saya
berkhemah seperti mendirikan khemah, menyediakan hidangan, mencari kayu api,
mengambil air atau meneroka hutan. Oleh sebab itu, saya akan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Apabila saya terlibat dalam pendirian khemah, saya akan dapat
menambahkan ilmu dari segi pembinaan struktur khemah dan ikatan yang paling
sesuai. Manakala apabila saya meneroka hutan, saya dapat menambahkan ilmu
tentang spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dimakan atau beracun.
Daripada aktiviti ini juga, saya dapat mengetahui cara keluar dari hutan jika tersesat,
iaitu dengan mengikut arah air sungai mengalir ke hilir. Impaknya, saya dapat
mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Tambahan pula, saya
dapat menggunakan ilmu tersebut sebagai panduan dalam hidup sesuai dengan
peribahasa, ilmu itu pelita hati. Secara tidak langsung, saya dapat mengelakkan diri
daripada dikatakan seperti katak di bawah tempurung. Jika saya tidak menyertai
aktiviti mencabar dan penuh dugaan ini sudah pasti saya akan sukar melayari
kehidupan pada zaman mencabar yang penuh ranjau dan duri. Secara ringkasnya,
dengan menyertai aktiviti berkhemah saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan
yang cetek di dada serta saya bersedia menongkah arus yang penuh dengan cabaran
dan halangan untuk merealisasikan kemenjadian diri saya sebagai insan berguna
kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.

                    Bahkan juga, aktiviti riadah, aktiviti kemasyarakat dan perkhemahan


berkenaan banyak kemaslahatannya kepada kepada saya sebagai seorang pelajar dan
remaja. Hal ini demikan kerana sepanjang aktiviti berkenaan diadakan saya dapat
mengenali dan berkolaboratif dengan pelbagai golongan pelajar berfikiran positif, dan
golongan pelajar yang mempunyai misi dan misi ke arah pembentukan masyarakat
ideal yang diiltizamkan oleh setiap kerajaan dunia. Saya berkata demikian kerana
dengan aktiviti-aktiviti riadah dan kemasyarakatan berkenaan saya akan bertemu
dengan pelbagai golongan remaja sama ada pemimpin belia, golongan remaja yang
mempunyai visi dan untuk pembentukan masyarakat belia dan ketika ini saya mampu
berkongsi maklumat berkaitan program yang perlu diberi penekanan serta
bekerjasama secara langsung dengan organisasi kemasyarakatan yang mereka
anggotai. Sebagai contoh, saya boleh merancang aktiviti pertukaran belia dan pada
masa yang sama setiap anggota daripada organisasi belia ini akan dapat bertukar-tukar
pandangan untuk memantapkan pergerakan organisasi belia masing-masing kerana
bak kata peribahasa Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Jika saya dapat
melakukan perkara sedemikian rupa saya pasti pelbagai inisiatif baru akan dapat saya
panjangkan kepada organisasi belia yang saya anggotai dan sudah pasti tindakan saya
itu mampu mewujudkan organisasi belia yang mampu untuk membantu kerajaan
melahirkan insan remaja proaktif yang boleh membantu kerajaan melahirkan lebih
ramai kepimpinan negara dalam kalangan belia untuk menggantikan kepipimpinan
negara pada masa akan datang bak kata peribahasa patah tumbuh, hilang berganti.
Tegasnya, banyak maslahat yang dapat saya peroleh dengan menyertai ativiti sukan,
aktiviti kemasyarakatan dan perkhemahan.

Intihanya, terdapat seribu satu manfaat yang boleh saya peroleh daripada
aktiviti seperti bersukan, menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan menyertai
perkhemahan semasa masa lapang. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah
bekerjasama dalam meletakkan tanggungjawab ini di atas bahu masing-masing kerana
peribahasa ada menyatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Benarlah seperti yang dinukilkan Saidina Ali, “Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak
memotongnya, maka pedang itu akan memotong kita”. Oleh itu, pihak sekolah
perlulah menyusun dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan pada
musim cuti sekolah seperti perkhemahan unit beruniform dan mengadakan lawatan ke
rumah orang tua. Dalam pada itu, kerajaan hendaklah memperbanyakkan penganjuran
karnival untuk remaja terutamanya pada masa cuti sekolah demi mengisi masa lapang
remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Ibu bapa juga tidak boleh melepaskan
tanggungjawab kerana mereka boleh mendidik anak-anak sejak kecil dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Moga-moga dengan usaha yang bersepadu ini, impian kudus untuk melahirkan
generasi yang bijak memanfaatkan masa lapang dapat direalisasikan dengan jayanya.
Akhir kata, tepuk tanya tanya selera kerana tanpa kesedaran dalam diri, segala usaha
yang direncanakan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

Sila tambah satu isi lagi. Cadangan isi dan fikirkan isi yang sesuai dengan tugasan
karangan.

Berdasarkan sedutan lagu Roslan Madun bertajuk Nazam Ibu dan ayah, senikatanya amat   
menusuk kalbu pendengar kerana keseluruhan lagu berkenaan mengambarkan kasih sayang ibu
bapa terhadap anak kesayangan mereka. Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan
anak mereka. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak sentiasa
selamat dan sihat, serta membesar dalam suasana kondusif. Ibu bapa juga sanggup berkorban dan
bersengkang mata berjaga siang dan malam semata-mata untuk menjaga saya sebagai seorang
anak  terutama apabil asaya menghadapi kesakitan. Bagi ibu bapa, tiada detik yang paling
menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak mereka membesar sebagai
seorang insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan di dunia. Sebagai seorang anak yang
bertanggungjawab, saya perlu sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa saya dan sebaik
mungkin saya akan cuba membalas jasa mereka walaupun mereka tidak pernah mengharapkan
sebarang balasan daripada saya sebagai seorang anak. Sebagai seorang anak, saya juga
bertanggungjawab menggembirakan kehidupan ibu bapa saya dan akan sentiasa menjaga nama
baik mereka kerana saya sedar tanpa ibu bapa, saya tidak akan berada di dunia ini. Seyogia,
sebagai seorang anak saya akan berusaha membalas jasa mereka dan memastikan mereka
sentiasa berbangga mempunyai anak seperti saya. Namun, saya sedar jasa mereka tidak boleh
dibayar walaupun harta saya berjuta. Sekiranya saya gagal menjalankan tanggungjawab saya
sebagai seorang anak penyesalannya akan saya rasai sepanjang kehidupan saya terutama jika
ayah dan ibu sudah tiada di alam nyata. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus saya
lakukan untuk memastikan mereka bangga saya sebagai anak mereka.

     Langkah utama yang akan saya lakukan untuk memastikan ibu bapa saya bangga saya sebagai
anak mereka adalah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang. Ibu bapa saya pasti akan gembira apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan dalaman sekolah atau dalam peperiksaan awam. Untuk mencapai kejayaan
dalam peperiksaan , saya akan menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru sedang
mengajar. Sekiranya saya tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tertentu, saya tidak
akan malu bertanya kepada guru saya kerana pepatah menyatakan bahawa malas berkayuh
perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Selain itu , saya akan mengulangkaji pelajaran
secara berkumpulan bersama-sama rakan sekelas ketika ada masa yang terluang. Saya juga akan
menyediakan jadual belajar secara sistematik dan efisyen. Semua kerja rumah yang diberikan
oleh guru akan saya siapkan mengikut ketetapan masa  yang diberi oleh guru. Saya juga akan
sentiasa membuat persediaan lebih awal dengan mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi
peperiksaan yang sebenar kerana pepatah menyatakan sediakan payung sebelum hujan.
Kejayaan yang akan saya peroleh hasil usaha saya yang bersungguh-sungguh ini dan sudah
tentulah saya  akan menaikkan nama baik ibu bapa saya dan saya akan menjadi kebanggaan
mereka. Bahkan juga reputasi ibu bapa saya akan dihargai dan menjadi contoh dalam kalangan
masyarakat. Jika saya gagal menjadi seorang insan yang berjaya pabila saya dewasa, sudah pasti
ibu bapa saya akan sedih dan beranggapan diri mereka gagal menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai seorang penjaga mendidik saya sebagai seorang anak. Jelasnya, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang untuk menjaga nama baik
ibu bapa saya.

     Selain itu, untuk memastikan ibu bapa saya bangga saya sebagai seorang anak mereka adalah
dengan bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang baik dan dapat membimbing saya
menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Hal ini demikian
kerana, saya akan memastikan diri saya tidak terlibat dengan rakan-rakan yang bermasalah yang
boleh mempengaruhi saya terjebak dalam kancah gejala sosial seperti merempit, melepak ,
ponteng sekolah ,melakukan vandalime dan mempengaruhi melibatkan diri dalam aktiviti
penagihan najis dadah. Saya akan sentiasa berpegang pada kata bijak pandai Islam yang
menyatakan bahawa “jika kita berkawan dengan seorang tukang besi, baju kita akan
tercarik kerana terkena percikan api, tetapi jika kita berkawan dengan seorang penjual
minyak wangi, tubuh badan kita akan turut berbau harum”. Saya juga akan membezakan
antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik.  Saya akan berkawan dengan rakan-rakan
yang mengutamakan pelajaran agar saya dapat bertukar-tukar pandangan dan ilmu dengan
mereka. Hal ini penting bagi menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya, agar saya
mempunyai semangat dan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa saya pasti
bersyukur sekiranya sebagai seorang anak saya tidak melakukan sesuatu yang boleh menconteng
arang ke muka mereka. Apabila saya dan rakan-rakan berjaya dalam pendidikan bukan sahaja
ibu bapa saya dan ibu bapa rakan-rakan saya sahaja gembira tetapi masyarakarak setempat juga
tutur gembira dan beranggapan kami sebagai model dan idola kepada anak-anak mereka.
Jelasnya , jika saya bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia dan mempunyai visi dan
misi berjaya dalam pelajaran akan memandu kami berjaya di dunia dan akhirat  sebagaimana
yang diharapkan setiap ibu bapa.

     Di samping itu , bagi memastikan saya menjadi anak kebanggan mereka, saya akan menjaga
akhlak dan tingkah laku saya sendiri agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya. Setiap ibu
bapa pasti berasa bangga seandainya anak-anak yang lahir mengamalkan nilai-nilai murni dan
berbudi bahasa dalam kehidupan. Kecemerlangan yang dicapai oleh anak-anak dalam bidang
akademik bukan jaminan untuk ibu bapa gembira sekiranya anak-anak yang cemerlang ini tidak
memiliki akhlak yang terpuji dan berbudi bahasa. Sebagai seorang anak, saya akan sentiasa
menghormati ibu bapa dan bercakap dengan lemah lembut terhadap mereka. Saya juga akan
sentiasa mendengar nasihat mereka dan tidak sekali-kali menjadi anak derhaka seperti cerita si
Tanggang. Akhlak akan seiring dengan kejayaan yang saya miliki . Sebagai seorang murid
sekolah pula, saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya
akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng kelas , tidak
menghormati guru dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Saya sedar sekiranya saya melanggar
peraturan sekolah dan terlibat dengan salah laku di sekolah, ibu bapa saya akan di panggil dan
mereka akan berasa malu akibat perbuatan saya ini. Oleh itu, saya akan sentiasa menghormati
guru-guru di sekolah dan menghormati orang yang lebih tua daripada saya apabila berjumpa
dengan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana masyarakat pasti bertanya “Anak
siapakah yang berbudi bahasa itu?” Secara tidak langsung, ibu bapa saya akan dipandang
tinggi oleh masyarakat kerana mendidik anaknya dengan baik. Hadis Riwayat Al-Tarmizi
menyatakan bahawa ibu bapa yang baik terdiri daripada ibu bapa yang melahirkan anak-anak
yang berakhlak mulia. Sekiranya saya bersikap hidung tinggi, kasar budi bahasa sudah pasti ibu
bapa saya dipandang serong kerana tidak pandai mendidik saya sebagai insan mulia. Sudah
terang lagi bersuluh tanggungjawab saya menjaga akhlak dan tingkah laku saya sendiri agar
tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya. 

     Tambahan lagi , saya akan mamastikan ibu bapa saya bangga saya sebagai seorang anak
adalah dengan manjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga , jiran tetangga dan
masyarakat setempat. Sebagai seorang anak yang baik, saya sentiasa menjalinkan hubungan
dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat sama ada di sebelah ibu mahupun di
sebelah bapa walaupun mereka telah meninggal dunia. Saya akan meneruskan jalinan kasih
sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu saya termasuklah mereka yang mempunyai
hubungan bau-bau bacang dengan saya. Hubungan yang terjalin ini dapat mengeratkan ikatan
kekeluaargaan dan tali persaudaraan yang mungkin hampir terputus kerana tinggal berjauhan
serta tidak mengenali antara satu sama lain. Sebagai contohnya, saya akan membawa ibu bapa
saya menziarahi sanak saudara dan kaum kerabat saya pada musim perayaan atau majlis kenduri-
kendara. Saya yakin hubungan saya ini dapat menjaga nama baik ibu bapa saya kerana
menjalinkan hubungan baik dalam kalangan keluarga. Selain itu, saya juga akan menjaga
hubungan baik dengan jiran tetangga seperti selalu bertegur sapa dengan mereka, menziarahi
mereka sekiranya mereka sakit , membantu mereka apabila mereka memerlukan bantuan  dan
mengunjungi rumah mereka pada hari perayaan. Sebagai seorang anggota masyarakat, saya akan
menyertai setiap program kemasyarakatan yang dianjukan oleh masyarakat di kawasan tempat
tinggal saya. Ibu bapa saya pasti gembira apabila saya melibatkan diri dalam program
kemasyarakatan kerana mereka tidak perlu berasa bimbang sekiranya saya akan bergaul dengan
rakan-rakan yang tidak baik. Penglibatan saya dalam program kemasyarakatan juga
membuktikan saya menjadi lebih matang dan berminda terbuka dan tidaklah seperti katak di
bawah tempurung. Jika saya gagal menjalin hubungan baik dan berkomunikasi dengan
masyarakat sudah pasti saya dianggap sebagai sampah masyarakat. Tegasnya, nama baik
ibu bapa dapat dijaga dan dapat dipelihara sekiranya saya menjalinkan hubungan yang baik
dengan masyarakat setempat. Bak kata pepatah,  “hidup kayu biar berbuah, hidup manusia
biar berjasa.”

     Akhir sekali, saya akan sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi arag mereka
bangga saya sebagai anak mereka. Sebagai anak yang baik, saya akan sentiasa mengamalkan
ajaran agama dalam kehidupan saya agar saya mempunyai benteng keimanan yang kukuh dan
ampuh serta dapat mengelakkan diri daripada terjebak dan terpengaruh oleh perkara-perkara
yang tidak baik. Sekiranya saya berpegang teguh pada ajaran agama, saya dapat membezakan
perkara yang salah dan benar. Hal ini amat penting untuk menentukan kejayaan saya pada masa
hadapan. Saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan tidak menghampakan harapan
mereka terhadap saya , kerana saya sedar, “siapalah saya tanpa ibu bapa”. Saya akan
mempraktikkan didikan agama yang saya terima agar saya mempunyai matlamat hidup yang
jelas. Saya sedar akan kepentingan masa hadapan saya. Untuk meningkatkan nilai kerohanian
dalam diri , saya akan menghadiri kelas-kelas agama atau kelas fardhu ain serta majlis-majlis
ilmu agar dapat membentuk jiwa saya ke arah melakukan perkara-perkara baik. Hal ini penting
untuk melawan serangan pemikiran yang boleh menjerumuskan saya untuk melakukan perkara
yang tidak baik kerana agama merupakan pendinding diri saya daripada melakukan
kemungkaran yang ditegah agama. Jika saya tidak mempunyai pengetahuan agama yang jitu,
sudah pasti saya akan hampir dengan aktiviti kemungkaran yang dicela agama dan masyarakat.
Tegasnya, didikan agama yang saya terima hasil asuhan ibu bapa akan saya praktikkan dalam
kehidupan saya supaya saya  dapat membentuk keperibadian yang baik dalam diri saya sekali
gus dapat menjaga nama baik ibu bapa saya.

            Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan saya menjadi faktor utama untuk
memastikan saya sebagai anak kebanggan mereka. Hal ini demikian kerana menjaga nama baik
ibu bapa atau menggembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang anak.  Oleh
itu, saya ingin menyeru agar semua remaja dan anak-anak sentiasa menjaga nama baik masing-
masing dan jangan sesekali melukakan perasaan ibu bapa mereka atau melakukan sesuatu yang
boleh menjatuhkan imej mereka. Kita perlu ingat bahawa harta benda boleh dicari tetapi ibu
bapa tiada galang gantinya. Tegasnya, berbuat baiklah kepada ibu bapa selagi hayat mereka
masih ada dan sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
 Kemajuan negara hasil keringat pemimpin hari ini dan pada masa lalu turut dirasai oleh rakyat.
Seiring dengan kemajuan negara, peningkatan pendapatan penduduk membolehkan rakyat
mampu memiliki kenderaan sendiri. Kita dapat melihat sendiri hampir setiap keluarga
mempunyai kenderaan. Selaras dengan peningkatan jumlah kenderaan ini, kadar kesesakan di
jalan raya turut semakin meningkat dan menjadi masalah utama kepada semua rakyat. Walaupun
ada usaha daripada pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
memperbaik sistem pengangkutan awam dengan memperkenal perkhidmatan rel bandar,
pekhidmatan Tren Elektrik (ETS), perkhidmatan bas menghubungi bandar dan antara bandar,
perkhidmatan Teksi 1Malaysia, dan pengenalan kereta sewa persendirian "GrabTaxi" dan
"GrabCar" tetapi masalah kesesakan jalan taya masih tetap berlaku. Sekiranya, permasalahan
perkhidmatan pengangkutan ini terus berleluasa, dan tidak diselesaikan hingga ke akar umbi
sudah pasti pengguna jalan raya akan terus menghadapi dilema kerana terpaksa mengharungi
kesesakan jalan raya setiap hari. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengurangkan kesesakan
jalan raya?

Antara cara untuk menangani masalah ini termasuklah pihak kerajaan harus
menambahkan rangkaian lebuh raya dengan membina lebih banyak jaringan pengangkutan
terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Lebuh raya yang sedia
ada perlu dinaikkan tarafnya. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperlebar jalan raya yang
sempit. Langkah ini membolehkan jalan raya menampung bilangan kenderaan yang lebih
banyak. Pembinaan jalan raya bertingkat turut harus dilaksanakan agar kesesakan dapat
dikurangkan. Kerajaan juga perlu menambah dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam
bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Contohnya, perkhidmatan bas perlu dinaik
taraf daripada bas mini kepada bas yang lebih selesa. Perkhidmatan komuter, LRT , dan monorel
harus dimajukan dari semasa ke semasa bagi menarik minat orang ramai menaikinya. Jika
penyediaan sistem pengangkutan  negara lebih kondusif pengguna dan dirangka secara efisien
sudah pasti masalah kesesakan jalan raya tidak akan terus berlaku sehingga mengancam
kehidupan pengguna jalan raya. Jelasnya, pihak kerajaan berperanan penting dalam menyediakan
pelbagai kemudahan dan pembinaan jalan raya dalam menangani masalah ini.

Selain itu, polis trafik perlu mengawal lalu lintas terutama ketika waktu kesesakan . Polis
trafik perlu bertugas di laluan yang sentiasa mengalami masalah kesesakan khususnya pada
waktu balik kerja dari pejabat. Dengan adanya pengawalan lalu lintas oleh pihak trafik, masalah
seperti kegagalan fungsi lampu isyarat tidak lagi menjadi punca kesesakan lalu lintas. Bukan itu
sahaja, kesesakan jalan raya akibat kemalangan jalan raya turut dapat dikendalikan dengan cepat
dan efektif kerana polis trafik telah sedia ada bertugas di jalan raya tertentu. Polis trafik turut
dapat membantu memastikan kelicinan pengguna jalan raya dan seterusnya mengelakkan
berlakunya kesesakan lalu lintas berlaku ketika waktu puncak. Sekiranya pihak berkuasa hanya
bergantung seratus peratus kepada sistem manual dengan mengharapkan lampu isyarat
mengawal aliran kenderaan pada setiap masa, sudah pasti kesesakan jalan raya tidak akan dapat
diselesaikan.  Tegasnya, polis trafik menggalas tanggungjawab yang berat dalam mengurangkan
masalah kesesakan di jalan raya.

Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan masyarakat berkongsi kereta ke tempat
kerja. Berkongsi kereta merupakan saranan yang ideal dalam usaha mengatasi masalah
kesesakan jalan raya. Hal ini berkaku demikian kerana apabila masyarakat berkongsi kereta ke
tempat kerja, sudah tentu bilangan kereta di atas jalan raya dapat dikurangkan. Namun demikian,
langkah ini juga mempunyai masalahnya yang tersendiri kerana melibatkan perubahan sikap
pengguna yang bersikap indivualistik ibarat enau dalam belukar melepasi pucuk masing-masing
dalam kehidupan seharian mereka.  Mereka tidak rela berkongsi kereta dengan pihak lain. Ada
juga ramai yang tidak menyahut seruan kerajaan berkongsi kereta untuk memudahkan diri ke
sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain. Jika perubahan sikap ini tidak dibanteras dari
awal terutama dalam kalangan kanak-kanak sudah pasti usaha untuk berkongsi kereta yang
diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kerana peribahasa Melayu ada mengatakan ”melentur
buluh, biarlah daripada rebungnya. Jelasnya, masyarakat kini perlulah menghakis sikap tersebut
dan mengambil langkah yang proaktif seperti rela berkongsi kereta agar kesesakan di jalan raya
dapat dikurangkan.

Di samping itu, pihak berkuasa juga perlu melarang kenderaan berat memasuki laluan
utama dalam tempoh tertentu. Kenderaan berat hanya dibenarkan mengguna laluan utama pada
masa-masa yang tertentu untuk memastikan kelicinan lalu lintas pada waktu puncak seperti
waktu pagi dan waktu malam. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat keluar pada waktu ini atas
urusan ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. Dalam hal ini, pihak polis trafik
haruslah sentiasa meronda di laluan utama agar tiada kenderaan berat yang berada di jalan raya
yang biasanya sesak. Sekiranya sesebuah kenderaan berat telah rosak di tengah- tengah jalan,
kenderaan tersebut akan mengganggu pergerakan lalu lintas kerana saiznya yang besar akan
menghalang kenderaan yang lain. Pada masa yang sama penguatkuasaan terhadap kenderaan
berat berada di jalan raya pada waktu puncak perlu dijalankan secara berterusan dan tidak
sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja agar ketegasan ini akan memberi pengajaran bukan
sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengusaha kenderaan berat berkenaan. Sekiranya
penguatkuasaan berkenaan hanya dijalankan secara bermusim sahaja, sudah pasti objektif utama
untuk tidak membenarkan kenderaan berada di jalan raya pada waktu puncak akan gagal dan
kesesakan jalan raya akan sentiasa berlaku. Sudah terang lagi bersuluh, pihak berkuasa perlu
melarang kenderaan berat dari  memasuki laluan utama terutamanya pada waktu puncak untuk
mengelakkan kesesakan di jalan raya.

Kesimpulannya, kesesakan di jalan raya mendatangkan banyak kerugian terhadap


masyarakat dari segi masa, tenaga dan kewangan. Bahkan juga, bilangan pengguna jalan raya
menghadapi masalah stres semakin meningkat dan ini memberi impak kepada  keselesaan hidup
mereka. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa haruslah berganding bahu dengan
menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Selain itu, usaha mendidik masyarakat untuk
berkongsi kereta ke pejabat perlu diberi keutamaan bermula daripada sekolah lagi, selain media
arus perdana perlu cakna dengan menyiarkan rencana dan kempen berkongsi kereta setiap masa
di media-media mereka sama ada media bercetak atau media elektronik. Bagi masyarakat pula,
sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri mestilah dihakis dan sedia menerima
perubahan untuk kebaikan bersama kerana muafakat membawa berkat.

Contoh Penulisan Karangan Menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan.

Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air berlaku


di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan
pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.Berikan komen
anda.

Kebanyakan murid kelas 5 Sains mengeluh kerana soalan yang saya berikan sukar.
Sememangnya soalan di atas sukar sekiranya muird tidak meneroka alam siber untuk
mencari maklumat. Maklumat yang saya paparkan merupakan di atas  hanya fakta
asas, dan pelajar perlu mencari banyak lagi untuk menghasilkan karangan yang
bermutu.

Penulisan karangan di atas, mengkehendaki anda menyatakan aktiviti


manusia menyebabkan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara
kita sehingga mendatangkan pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.

SILA RUJUK BAHAN MAKLUMAT PADA CORETAN SEBELUMNYA

CONTOH PENGENALAN BERDASARKAN KATA-KATA PEMIMPIN 

PERKARA PENERANGAN
PENGENALAN "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita,
JENIS KATA- sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu,
KATA PEMIMPIN jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya."
Kata-kata Mahatma Gandhi.
AYAT Berdasarkan kata-kata Mahatma Gandhi di atas, jelas menunjukkan
RANGSANGAN  1 alam sekitar amat penting kepada generasi akan datang terutama
kelestarian sungai sebagai sumber air minuman dan sumber makanan
kepada masyarakat.
AYAT Namun, akibat daripada sikap manusia yang mementingkan diri
RANGSANGAN  2 sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
mengakibatkan pencemaran sungai yang berfungsi sebagai sumber air
bersih untuk minuman berlaku dengan berluas-luasa.
AYAT Seyogia, sebagai insan yang mempunyai akal fikiran dan faham akan
RANGSANGAN  3 kepentingan sungai seharusnya bertanggungjawab menjaga khazanah
alam semulajadi kurniaan Tuhan.
FRASA MENARIK Sudah terhantuk baru tergadah, begitulah situasinya akan berlaku
sekiranya sungai-sungai di negara kita tercemar kerana untuk
mengembalikan kelestariannya amat sukar malah memerlukan kos
yang tinggi.
UNSUR KBAT Sekiranya sikap dan budaya masyarakat yang cakna akan kepentingan
sungai tidak tersemat di jiwa, sudah pasti sungai-sungai  di Malaysia
akan terus tercemar.
AYAT ARAHAN Persoalannya, apakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya
masalah bekalan air sehingga menyebabkan berlakunya kesusahan
kepada banyak pihak?

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN


PERENGGAN ISI  PERTAMA:-

TEMA KECIL/ Sebagai permulaan, saya ingin menyelongkar permasalahan


KATA KUNCI ISI pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di bandar-bandar
besar sebagai punca utama masalah bekalan air sehingga menyusahkan
pihak tertentu.
AYAT HURAIAN 1 Mengikut kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan setiap individu membuang sisa pepejal 1 kilogram setiap
hari (Jaringan Kerajaan Tempatan,1999) Jika semua sampah yang
dihasilkan oleh seluruh penduduk dikumpulkan selama 1 bulan sahaja,
sampah berkenaan akan memenuhi kira-kira empat buah Menara
Kuala Lumpur!
AYAT HURAIAN 2 Oleh sebab itu, kenyataan di atas amat memeranjat dan menakutkan,
masyarakat, sedangkan sampah buangan berkenaan  dikendalikan oleh
pihak kementerian yang bertanggungjawab belum lagi sampah yang
dibuang warganegara tanpa rasa bertanggungjawab  ke dalam sungai.
AYAT CONTOH 1 Sebagai contoh, antara sungai yang paling tercemar di Malaysia ialah
Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang, dan
Sungai Pencala di Kuala Lumpur serta Sungai Segget di Johor.
AYAT CONTOH 2 Begitu juga pencemaran terkini yang berlaku di Sungai Semenyih
menyebakan bekalan air di negeri Selangor bermasalah sehingga
menyebabkan bekalan air untuk pengguna di sekitar negeri berkenaan
tergendala.
AYAT HURAIAN 3 Selain itu, akibat permasalahan air di Selangor yang berlaku baru-baru
ini bukan sahaja memberi impak kepada isi rumah tetapi juga
menjejaskan operasi premis penjualan makanan, dan kilang yang yang
amat bergantung kepada sumber air untuk meneruskan operasi mereka.
UNSUR KBAT Sekiranya, masalah pembuangan sisa buangan manusia dapat dikawal
sudah pasti masalah pencemaran sungai di Malaysia dapat dikawal dan
bekalan air minuman terawat tidak akan berlaku serta premis yang
bergantung kepada air sebagai sumber operasi mereka tidak akan
terjejas.
FRASA MENARIK Peribahasa Melayu ada mengatakan,   "Oleh sebab nila setitik habis
susu sebelanga," begitulah keadaannya dengan permasalahan air yang
berlaku di negara kita.
AYAT  PENEGAS Sudah terang lagi bersuluh, antara punca pemasalahan air di negara
kita berlaku adalah kerana pembuangan sampah sarap dalam kalangan
penghuni di bandar-bandar besar tanpa kawalan sehingga
mencemarkan sungai.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN


PERENGGAN ISI  KEDUA:-

TEMA KECIL/ Selanjutnya, saya akan mengulas dan memberi pendapat berkenaan
KATA KUNCI ISI permasalahan bekalan air berlaku di beberapa tempat di negara kita
sehingga menyusahkan pelbagai pihak dengan kata kunci sikap tidak 
bertanggungjawab pengusaha perindustrian sebagai faktor
permasalahan bekalan air.
AYAT HURAIAN 1 Sebagai sebuah negara maju, setiap pengusaha perindustrian domestik
mengambil kesempatan untuk menjalankan operasi mereka dan pada
masa yang sama mereka berusaha mengaut keuntungan tanpa
mengendahkan kelestarian sungai.
AYAT HURAIAN 2 Hal ini demikian berlaku kerana sikap pengusaha berkenaan untuk
mendapatkan keuntungan berlipat ganda dalam menjalankan operasi
mereka sehingga meninggalkan tanggungjawab sosial
AYAT HURAIAN 3 Berbalik semula kepada Sungai Semenyih yang didakwa sering
tercemar dan perkara ini bukan sahaja berlaku pada tahun 2017 tetapi
berlaku pada tahun 1980-an apabila didapati sumber air sungai
berkenaan menjadi tempat pembuangan najis khinzir.
AYAT HURAIAN 4 Oleh sebab pembangunan negara, kini pencemaran terkini akibat
daripada ledakan kemajuan industri, Sungai Semenyih dicemari
dengan bahan buangan industri seperti minyak, gris, hasil buangan
pepejal industri sehingga menyebabkan loji penapisan air terpaksa
ditutup.
AYAT CONTOH Akibat penutupan loji penapisan air berkenaan lebih kurang 450
kawasan terjejas kerana tidak mendapat bekalan air, contohnya
melibatkan Daerah Petaling Jaya, Puchong, Seri Kembangan,  Daerah
Hulu Langat di Bangi, Bandar Bukit Mahlota, Kajang Semenyih, dan
juga Kawasan sekitar Daerah Kuala Langat.
UNSUR KBAT Jika, masalah pencemaran berkenaan tidak dapat dielakkan sudah pasti
krisis air di sekitar kawasan yang dinyatakan di atas akan berterusan
dan akan melibatkan kesusahan kepada penduduk  serta akan
merugikan negara apabila operasi perindustrian di kawasan berkenaan
terjejas.
FRASA MENARIK Oleh sebab itu penguatkuasaan undang-undang dan penyitaan industri
yang tidak menjalankan operasi secara bertanggungjawab perlu
dilakukan kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga.
AYAT  ARAHAN Tegasnya, sikap tidak bertanggungjawab pihak pengusaha
perindustrian merupakan faktor berlakunya masalah penyaluran
bekalan air kepada pengguna.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN


PERENGGAN ISI  KETIGA:-

TEMA KECIL/ Seterusnya, saya akan terus menyelongkar faktor  permasalahan


KATA KUNCI ISI bekalan air dengan kata kunci pembalakan secara tidak terkawal
antara punca masalah penyaluran air kepada pengguna.
AYAT HURAIAN 1 Sebagaimana kita sedia maklum, hutan  berfungsi
sebagai ekologi kerana fungsinya sebagai “Peparu Bumi” kerana
peranannya  sebagai tadahan air hujan.

AYAT HURAIAN 2 Oleh sebab itu, aktiviti pembalakan tanpa kawalan dan pembalakan
haram akan membinasakan hutan semulajadi anugerah Tuhan dan
menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak .

AYAT HURAIAN 3 Seyogia, pembalakan yang dijalankan di kawasan berhampiran dengan


sungai yang menjadi sumber bekalan air utama perlu dibanteras
kerana impaknya boleh menyebabkan kuantiti air akan berkurangan.
AYAT HURAIAN 4 Tambahan pula dengan pertambahan penduduk yang semakin ketara
dan mengikut  Bancian Penduduk pada tahun 2017 jumlah penduduk
Malaysia seramai 32 juta memerlukan pihak kerajaan mencari sumber
bekalan air baru untuk kegunaan generasi pada masa akan datang.
AYAT CONTOH Sebagai contoh negara dikejutkan dengan aktiviti pembalakan haram
dan pembalakan tidak terkawal seperti di Sungai Benus di Hutan
Lipur Lentang, Pahang, Kampung Binjai Manis, Terengganu, dan juga
Kawasan hutan di Kuala Krai, Kelantan.
UNSUR KBAT Jika pembalakan tidak terkawal dan pembalakan haram terus-menerus
menelanjangi muka bumi negara serta pertambahan penduduk
semakin meningkat, sudah pasti kawasan tadahan hujan dan
empangan air yang menampung bekalan air negara akan terancam.
FRASA MENARIK Sudah pasti, peristiwa krisis air yang berlaku di Klang pada tahun
1998 dan di Durian Tunggal Melaka pada tahun 1991 menjadi
pengajaran kerana apabila nasi sudah menjadi bubur sudah pasti tidak
ada berguna lagi.
AYAT PENEGAS Sudah terang lagi bersuluh, pembalakan secara tidak terkawal antara
punca masalah penyaluran air kepada pengguna.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN


PERENGGAN ISI  KEEMPAT:-

TEMA KECIL/ Tidak dapat disangkal, vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak
KATA KUNCI ISI bertanggungjawab juga merupakan punca bekalan air terawat tidak
dapat disalurkan kepada pihak pengguna.
AYAT HURAIAN 1 Sebagaimana kita sedia maklum, kawasan punca air bersih, dan
kawasan empangan air merupakan kawasan larangan kerana kawasan
berkenaan penyumbang utama air bersih untuk rawatan di loji
pembersihan air sebelum disalurkan kepada pengguna.
AYAT HURAIAN 2 Pihak pengedalian pembersihan air terawat seperti  Syarikat Bekalan
Air Selangor  Sdn. Bhd (Syabas ) menyatakan vandalisme antara punca
bekalan air bersih terawat gagal disalurkan kepada orang ramai.
AYAT CONTOH Sebagai contoh pada tahun 2013, loji rawatan air (LRA) Sungai
Selangor Fasa 1 dan Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang terpaksa ditutup
kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel.
AYAT HURAIAN 3 Selain itu, penutupan LRA juga berlaku akibat kecurian dan
vandalisme injap pam rawatan air dan juga komponen peralatan
penting loji rawatan air.
AYAT HURAIAN 2 Sebagai langkah berjaga-jaga pihak syarikat air berkenaan terpaksa
memasang Sistem Pemantauan Air Mentah untuk mengelak
pencemaran berulang pada masa akan datang.
UNSUR KBAT Sekiranya, pihak pengendalian air terawat berkenaan tidak cakna dan
gagal mengesan pencemaran dan perbuatan tidak bertanggungjawab
mencemarkan loji rawatan sudah pasti bukan sahaja syarikat berkenaan
mengalami kerugian besar malah masyarakat pengguna air juga akan
menerima impaknya di samping kerugian kepada pengusaha industri
yang bergantung harap kepada bekalan air terawat.
FRASA MENARIK Oleh sebab itu, kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing amat perlu
dalam kalangan pekerja syarikat air berkenaan serta bantuan
masyarakat setempat untuk mengatasi masalah vandalisme.
AYAT PENEGAS Kesimpulannya, vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab juga merupakan punca bekalan air terawat tidak
dapat disalurkan kepada pihak pengguna.

MODUL OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN


PERENGGAN ISI  KELIMA:-

TEMA KECIL/ Namun begitu, masalah bekalan air juga tertakluk kepada kejadian
KATA KUNCI ISI alam terutama faktor kemarau berpanjangan.
AYAT HURAIAN 1 Sebagaimana kita sedia maklum, keadaan cuaca negara akibat tempias
musim panas berkait rapat pembawaan fenomena El Nino yang berlaku
di beberapa negara Asia.
AYAT HURAIAN 2 Walaupun tempias fenomena El Nino tidak kritikal tetapi bahang
kepanasan tetap dirasai akibat kehadiran monson barat daya yang
membawa bahang kepanasan.
AYAT CONTOH Paling terkesan dengan bahan kepanasan dan penggunaan air pada
tahap puncak sudah pasti kawasan padat penduduk seperti di Lembah
Klang.
AYAT HURAIAN 3 Selain menerima penggunaan air yang maksima dalam kalangan isi
rumah, permintaan air yang tinggi dalam sektor industri pembuatan,
dan pembangunan industri pembinaan telah meningkatkan kuantiti
penggunaan air berganda setiap hari.
UNSUR KBAT Sekiranya, pembekalan air tidak dilakukan secara sistematik, dan pihak
pengguna air tidak cakna dengan sikap berjimat cermat menggunakan
air semasa waktu puncak, sudah pasti krisis bekalan air berlaku seperti
berlaku di Lembah Klang pada tahun 1998 sertakrisis air di Durian
Tunggal Melaka pada tahun 1991.
FRASA MENARIK Permasalahan air ini perlu diselesaikan secara kolaborasi pelbagai
pihak sama ada pembekal air, pengguna air terdiri daripada isi rumah
dan sektor perindustrian bagaikan menarik rambut di dalam tepung,
rambut tidak putus, tepung tidak berterabur.
AYAT PENEGAS Tegasnya, masalah bekalan air juga tertakluk kepada kejadian alam
terutama faktor kemarau berpanjangan.

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN 

Ayat Penyimpul Sebelum saya mengakhiri penulisan saya ini, saya ingin menegaskan
aktiviti manusia merupakan penyumbang utama permasalahan
pembekalan air kepada pengguna sehingga menimbulkan menimbulkan
pelbagai masalah kepada pelbagai banyak pihak.
Ayat cadangan Sebagaimana saya perkatakan di atas, tangan-tangan nakal masyarakat
seperti pembuangan sampah sarap dalam kalangan penghuni di bandar-
bandar besar, masalah sikap tidak  bertanggungjawab pengusaha
perindustrian, sikap pembalakan secara tidak terkawal,
masalah vandalisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,
dan tidak boleh disangkal faktor  cuaca iaitu kemarau berpanjangan juga
antara faktor berlakunya masalah pembekalan air kepada kepada
pengguna sehingga menimbulkan menimbulkan pelbagai masalah kepada
pelbagai banyak pihak.
Ayat huraian Berdasarkan faktor-faktor di atas, masalah pembekalan air akan berlaku
cadangan secara berterusan selagi sikap tidak bertanggungjawab segelintir
masyarakat tidak diubah.
Ayat huraian Oleh sebab itu, usaha berterusan bermula daripada akar umbi iaitu
mengapa institusi keluarga, diikuti kalangan masyarakat, badan-badan bukan
Cadangan kerajaan, serta pihak kerajaan untuk menyedarkan segelintir masyarakat
diutarakan yang lebih mengutamakan nilai indvidualistik sebagai keutamaan mereka.
Ayat cadangan Selain itu, saya juga ingin menyatakan punca masalah pembekalan air
tambahan jika berlaku bukan sahaja  faktor di atas, malah juga masalah kecurian air oleh
ada. pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan  masalah pertambahan penduduk
juga merupakan antara penyebab masalah berkenaan berlaku.
Unsur KBAT Jika masalah yang diperkatakan di atas tidak diambil peduli, sudah pasti
masalah pembekalan air terawat kepada pengguna yang terdiri daripada
isi rumah dan serta sektor industri tidak alan berlaku.
Frasa menarik Kita harus sedar masalah pembekalan air terawat bukan menjadi isu
setempat malah telah menjadi isu nasional dan perlu diambil tindakan
serta keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya ibarat menarik rambut
di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak bertarabur.
Ayat Harapan Konklusinya, sebagai warganegara yang prihatin, kita perlu melakukan
usaha berterusan untuk menangani masalah bekalan air terawat dengan
berkolaborasi dengan pihak berkuasa agar masalah berkenaan tidak terus
berleluasa.

ALHAMDULILLAH KARANGAN DI ATAS SUDAH SAYA LENGKAPKAN.


KESIMPULANNYA, UNTUK MENULIS KARANGAN DIMENSI NEGARA
MEMERLUKAN PELAJAR BANYAK MEMBACA DAN BIJAK MEMBINA
AYAT YANG GRAMATIS. KEMUNGKINAN AYAT YANG SAYA BINA
PANJANG TETAPI
PELAJAR TIDAK PERLU MENULIS AYAT SEPANJANG AYAT SAYA. CUMA,
SAYA MENGHARAPKAN PELAJAR DAPAT MELIHAT BAGAIMANA CARA
PENGOLAHAN DAN PENGEMBANGAN IDEA DAN HURAIAN SERTA
KEMATANGAN SEMASA MENGARANG.  PELAJAR PERLU BINJAK
MENGARANG MENGGUNAKAN KREATIVITI MASING-MASING.
Tahun Melawat Malaysia (TMM) pertama kali dilancarkan pada tahun 1990 dengan tema
"Mengagumkan Malaysia. Tahun Perayaan". Kempen ini merupakan satu kejayaan besar kepada
negara apabila kerajaan Malaysia berjaya  menarik 7.4 juta  pelancong ke Malaysia berbanding
4.8 juta pada tahun 1989. Oleh sebab itu, Tahun Melawat Malaysia berjaya menggamit
kedatangan ramai pelancong luar, kempen ini terus dijalankan pada tahun 1994, 2007,
dan 2014 dengan tema “Meraikan 1Malaysia Truly Asia untuk mengambarkan
kepelbagaian kaum dan perpaduan rakyat Malaysia. Paling menarik, berdasarkan
laporan ekonomi negara 2010/2011, menunjukkan jumlah pendapatan negara
melalui sektor pelancongan terus meningkat kepada RM59.2 bilion pada tahun
2010. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara?
Fokus pengenalan karangan biasa:-

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri
pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan
pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong, sama ada dari luar ataupun dalam
negara memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan mereka. Persoalannya, apakah
kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?

Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan
yang menarik di Malaysia. Hal ini demikan kerana, Malaysia mempunyai banyak tempat
bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. 
Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Sealain itu,
pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat bersejarah ini kerana kita
mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi
sesetengah pelancong. Oleh sebab itu, untuk memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan
bersejarah persembahan turut diadakan, seperti di Kota A – Famosa. Bahkan juga, di Kota A –
Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada
masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan
Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama
ada kanak – kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di negara kita.

Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita.
Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh
pelancong. Oleh sebab , negara kita unik dengan kepelbagaian kaum, sudah pasti masyarakatnya
mempunyai varieti  masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan
India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan
seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti,
pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah
masakan. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari
serata dunia seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan
nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak
kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak
pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka
untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor
pelancongan.

Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenal dan mengembangkan industri


kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu
bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia
yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi
reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli –
belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain
sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing
ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi
periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Sekiranya, sektor industri kraf tangan
berkenaan tidak dipromosikan, sudah pasti indutri ini ibarat hidup segan mati tak mahu. Jelasnya,
industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.

Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi
istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang
berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain.
Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan
istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan
warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong
yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian
tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka
juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang,
congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat
daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh
pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan
menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita.
Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor
pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat
penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara
kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di
dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri
daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta
kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.

Jenis-jenis pengenalan.

1.   Pengenalan jenis umum.


2.   Pengenalan jenis pendapat dan kata-kata pemimpin
3.   Pengenalan jenis definisi.
4.      Pengenalan jenis sejarah.
5.      Pengenalan jenis lagu.
6.      Pengenalan jenis puisi.
7.      Pengenalan jenis iklan.
8.      Pengenalan jenis cerita.
9.      Pengenalan jenis fakta.
10.     Pengenalan jenis cerita
11.   Pengenalan jenis persoalan.

1.   

      Penulisan pengenalan jenis umum memerlukan pelajar menulis


lima jenis ayat iaitu        
      a) Ayat tema               b)   ayat rangsangan      c) frasa menarik    
      d) Unsur KBAT           e)   ayat arahan.

         Ayat tema : Merujuk kepada soalan karangan.

      Ayat rangsangan  ialah ayat yang berfungsi untuk merangsang


pembaca untuk membaca karangan tersebut seterusnya dan
meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca atau
pemeriksa. Justeru, dalam penulisan perenggan pengenalan jenis
umum ini pelajar perlu mampu menulis ayat-ayat yang menarik,
merujuk kepada tema berdasarkan soalan karangan dan isu yang
dikaitkan seelok-eloknya berkaitan isu semasa yang hendak dikaitkan
secara umum. Sebaliknya, jika ayat yang dibina tidak merangsang
minat pembaca, situasi ini akan menyebabkan pengenalan anda biasa
sahaja dan tidak ada ciri keistimewaan untuk memikat pembaca atau
pemeriksa untuk menentukan slot markah sama ada markah
cemerlang, kepujian, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan
pencapaian minimum.

       Frasa menarik : merujuk kepada peribahasa/ hadis/ maksud


ayat Al Quran/
puisi/ kata-kata pemimpin/ stastitik dan sebagainya.

      Unsur KBAT:  Kesan dan akibat.

     Ayat arahan pula bermaksud ayat yang menjawab kata kunci


soalan karangan yang ditugaskan. Melalui ayat arahan ini pembaca
atau pemeriksa sudah tahu isi yang ingin anda tulis atau garap
dalam penulisan seterusnya. Kebiasaannya ayat arahan ditulis pada
bahagian akhir perenggan pengenalan.
** Perenggan pengenalan cemerlang dan sesuai dengan tahap pelajar
SPM, bilangan ayat dalam perenggan pengenalan mesti
mengandungi enam atau tujuh ayat.

Contoh soalan:
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah,
namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat
ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah
rasuah perlu dibendung?
Contoh
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya
sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta,
ahli politik, dan orang awam. (AR1) Keadaan ini membimbangkan kita
kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi
seperti api di dalam sekam. (AR2) Fenomena ini sekali gus akan
melahirkan masyarakat yang tiada integriti, dan boleh merosakkan
masyarakat dan ekonomi negara.(AR3) Bahkan juga, isu rasuah boleh
menyebabakan sesebuah kerajaan yang kukuh menjadi lemah, dan
tidak dipercayai oleh msyarakat. [ AR4 ] Sejarah telah menunjukkan
isu rasuah meruntuhkan sesebuah kerajaan seperti yang berlaku di 
negara Jepun,  dan Thailand. [ AR 4 ] [ Oleh sebab itu, semua pihak
samada ada kerajaan mahupun masyarakat sesebuah Negara harus
berusaha untuk membanteras gejala rasuah kerana rasuah
mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat, ekonomi, dan
maruah negara. ( AA)

Contoh soalan 2.
Di negara kita, kes kemalangan jalan raya berlaku hampir
setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan jalan
raya.

Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun
media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1)
Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan
raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat
terlibat dalam kemalangan. (AR2)  Dari segi stastik pula, kadar
kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang
tertinggi di dunia. (AR3) Menurut stastitik bagi tempoh perayaan Hari
Raya Aidilfitri 2015, sebanyak 20,458 kemalangan yang melibatkan
330 kematian telah direkodkan oleh Polis Di Raja Malaysia
(Stastitik). Justeru, stastitik berkenaan merupakan kejutan yang
menakutkan kita sebagai masyarakat Malaysia. ( AR4) Oleh itu, pihak
berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu
mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah
ini. (AA)
Dalam jawapan contoh pengenalan di atas ( AR1 ) ialah ayat
rangsangan 1, (AR2) ayat rangsangan 2, (AR3) ayat rangsangan 3,
(Ayat Contoh Statistik ) dan (AA) ayat arahan.

2. Pengenalan jenis definisi.


Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita
sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca
yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.

“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat


lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan
menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula
bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan
terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan
penderaan berbentuk mental. Bedasarkan keratin akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 15 April 2016, Sebanyak 1,531 kes penderaan
kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara dengan 46
daripadanya melibatkan kematian sejak 2011 sehingga Mac 2016.
Berdasarkan kajian, banyak faktor penyebab berlakunya gejalaini
berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.

3. Pengenalan jenis pendapat pemimpin.


    Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara.
Bincangkan.

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan


mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan
perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan
bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap
dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan
penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem
pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan
atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.
  4. Pengenalan jenis suasana atau situasi.
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumah
tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana
pada masa itu.
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan
manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan
kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan
dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat
masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk
melakukan sesuatu tindakan. Tambahan pula. tiada alat yang boleh
saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mangsa.
Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk
melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan
batu itu dapat diselamatkan.

  5. Pengenalan jenis persoalan.


Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir
setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang
menyebabkan kemalangan ini berlaku?

Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di


jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut
disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan?
Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan
ini berlaku?

  6. Pengenalan jenis sejarah.


Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak
di negara kita merosot.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya
melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di
Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila
pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada
akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan
pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan
pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-
punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita
sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan
negara-negara lain?
 7.  Pengenalan jenis berita .
Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang
amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini
pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi
kemudahan para pengguna.
Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di
negara ini.

‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita


yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17
Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan
Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban.
Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang
menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya
lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi
eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai
tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis
sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel,
keretapi LRT dan lain-lain lagi.

 8.  Pengenalan jenis peribahasa.


Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan
sebelum ini oleh masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi
bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula,
budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus
memupuknya.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.

‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi


maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era
globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi
paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak
mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah,
malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta
terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah
berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah.
Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakatan,
sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh masyarakat. Justeru,
kejadian yang menyedihkan seperti peristiwa di atas tidak akan
berlaku dalam kalangan masyarakat.  Hal ini tentu menggenapi
maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini.

9.   Pengenalan jenis dialog.     


      Ceritakan sebuah karangan yang berkait dengan peribahasa air
yang dicincang tidak  akan putus.

“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim.


“Pergi kataku!” kataku lagi.
“Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil
menangis teresak-esak menahan kesakitan.
“Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang
lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.
Namun, Aminah sedar, sekeras-keras batu akan lembut juga apabila
terkena titisan air. Aminah sedar akan sifat Pak Karim suaminya yang
kerap membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa . Aminah
juga sedar, sikap pemarah Pak Karim pada hari itu sungguh berbeza.
Kemungkinan juga,suaminya mempunyai masalah pada waktu
tersebut. Aminah tetap sabar dan terus mendiamkan diri selepas itu.
       Hatinya berkata-kata, “ Sabar separuh daripada iman, jika
aku terus melawan tindakaku  ibarat api dengan minyak akan terus
menyala.”

 10.  Pengenalan jenis puisi.


Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei
sempena
Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi
sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat
Cermat”.
Tulis esei anda itu selengkapnya.

Tikar pucuk tikar mengkuang,


Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu. 
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah
busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu
untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula
dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi
makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat
kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa
berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya.
Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran
pemboros ialah sahabat syaitan.

11.  Pengenalan jenis lagu.


Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan
sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan
petani.
Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap
ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

Burung yang berkicau


Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang 
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama
Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu
tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih
jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah
kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor
pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan
penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan
terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya
sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor
pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara.
Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi
memajukan sektor pertanian di negara ini?
12.  Pengenalan Jenis petikan Hadis dan Al Quran.
Tangungjawab pelajar menumpukan pelajaran amat penting kerana
hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan keluarga dan diri
mereka kelak. Bincangkan.
Allah berfirman dalam Surah Al-“Asr, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar.” Pengertian Surah Asr ini amat bermakna kepada seorang
pelajar, serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan
tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapa
mereka. Pelajar perlu belajar bersungguh dan berjaya dalam pelajaran untuk
memastikan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga dan untuk
kebahagian kehidupan mereka pada masa mendatang. Justeru, sebagai
seorang pelajar, mereka perlu tidak mengabaikan tanggung jawab mereka
sebagai seorang pelajar.

           Apabila kita merujuk, dan meneliti setiap pengenalan di atas,


pengenalan- pengenalan berkenaan mempunyai kekuatan dan  impaknya
tersendiri kepada pembaca atau kepada pemeriksa.
Namun,keberkesanan pengenalan bergantung kepada kebijaksanaan
pelajar semasa memilih dan menentukan pengenalan paling efektif dan
sesuai berdasarkan tema atau soalan yang dikemukan semasa
peperiksaan.

Insya Allah, pengenalan di atas akan dikemaskini dari semasa ke


semasa tetapi

pelajar perlu mengaitkan pengenalan dengan Kaedah Pengembangan


Idea Perenggan Pengenalan yang saya gunakan kerana setiap alemen
ayat yang diketengahkan perlu ada untuk memastikan pengenalan
yang dihasilkan mantap. Namun, pelajar perlu faham setiap guru
mempunyai kaedah menghasikan perenggan isi, pilihlah pengenalan
yang dianggap mudah dan sesuai.

CONTOH KEPENTINGAN RIADAH ATAU BERSUKAN


          BAHAGIAN A    
                              ( 30 MARKAH)                         
 (Masa dicadangkan : 45 minit)

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah bersukan
kepada masyarakat. Panjang huraian  hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

BERFAEDAH KEPADA KESIHATAN

MENGISI MASA LAPANG

SEBAGAI KERJAYA

MEGERATKAN HUBUNGAN

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang
atau sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes keluar bahan bahan kumuh
yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan
bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan
pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan professional
melalui pertubuhan bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai
hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi juga boleh menambah dan
menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga. Sekiranya aktiviti sukan menjadi
budaya dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja mereka dapat mengakrabkan hubungan
sesama masyarakat, malah kesihatan badan mereka juga sentiasa sihat serta kepada mereka yang
mempunyai kemahiran dalam bidang sukan mampu pula menjana ekonomi untuk membantu
mengurangkan kos sara hidup keluarga. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada
maasyarakat?
            Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan
kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga
dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional pada alaf baru sering
berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber ekonomi diri dan keluarga sehingga mengabaikan
kegiatan fizikal akibat kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan
masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan
kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan
pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal bak kata peribahasa
Melayu“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah
tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang
menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan juga penglibatan masyarakat dalam bidang
sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental terutama
kalangan pelajar yang . Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah,
mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan
dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan
menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat
dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang cerdas. Seyogia,
mencegah lebih baik daripada mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang
sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

            Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi  setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri
dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas ,
walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga . Masa lapang ini sangat
bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan
ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat
menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala
vandalism serta hedonisme  dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah
memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesannya amat jelas kerana dengan
bersukan sukan ahli sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah 
dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa  walaupun terpaksa melalui ranjau
pidana  dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk beriadah
sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia yang mampu
mengharumkan nama negara tercinta. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat
memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

            Di samping itu, bersukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk mengeratkan
hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian
kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih
kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan
kerana bulat air kerana pembentung, bulat  manusia kerana muafakat. Lantaran itu,
hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang
sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan
kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan
diri dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya masyarakat sudah
pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin dan masalah perkauman akan
dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu
serta mengeratkan hubungan antara mereka.

            Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara
individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan
sukan sebagai kerjaya dan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Penganjuran dan pengusaha
peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan
kegiatan sukan secara serius di peringkat  glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui
kadar tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama
perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju  anak muda yang
berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai  kerjaya masa depan
mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong
Wei  dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan  bowling sebagai
kerjaya. Apabila budaya bersukan menjadi budaya masyarakat  bukan sahaja tubuh badan
mereka sihat, malah mereka dapat  meningkat sara hidup yang kini kian meningkat serta
memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia. Jelaslah sukan juga dapat menjadi
kerjaya yang baru kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada
masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti
sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan
berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada
antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara
maju yang lain.  Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara.
Tegasnya,  kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan


pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber
Sekolah. Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. 
       
PUSAT SUMBER SEKOLAH
   LOKASI PUSAT SUMBER PERLULAH STRATEGIK

MENGHEBAHKAN      KEMUDAHAN PUSAT SUMBER KEPADA PELAJAR

MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA

GALAKAN TEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR

Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan,
buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini
adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik
audio visual, dan sebagainya. Pelajar yang bijak dan tahu erti kepentingan ilmu akan
memperoleh  pelbagai manfaat  jika memaksimum penggunaan  kemudahan pusat sumber
sekolah. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan  kemudahan Pusat Sumber Sekolah?

Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
adalah dengan  memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah
dikunjungi oleh pelajar kerana prasarana berkenaan merupakan gedung ilmu. Misalnya, lokasi
pusat sumber perlu terletak di bahagian bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar
memudahkan pengunjung. Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk
membolehkan pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu
terletak di tempat yang menjadi tumpuan semua orang.  Bangunan tersebut perlulah dicat dan
dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk  mengunjungi
dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, ’tak kenal maka
tak cinta’. Selain itu,  suasana di dalam pusat sumber perlulah kondusif seperti terdapat
penyaman udara, dan ruang membaca dan membuat rujukan yang selesa. Suasana di pusat
sumber juga perlu ceria, bersih dan senyap agar pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan
memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah
ditambah bilangannya dan yang terkini. Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan
murid-murid meminjam buku dan membaca atau membuat ulang kaji. Sekiranya PPS kondusif
serta mesra pelajar sudah pasti pelajar di sekolah berkenaan akan membudayakan
membaca sebagai amalan mereka, malah bilangan pelajar cemerlang dalam ujian malah
peperiksaan akan meningkat. Tegasnya, lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik dan
kondusif untuk kemudahan dan keselesaan pelajar.

Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah  perlu menghebahkan perkhidmatan
dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan tersebut boleh
dilakukan semasa perhimpunan mingguan atau melalui iklan di kawasan tumpuan pelajar seperti
di laluan utama, di papan kenyataan dan juga melalui guru mata pelajar. Melalui saluran ini,
murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di
pusat sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan
rangkaian internet dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi
buku cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik minat pelajar mengunjungi pusat
sumber. Maklumat-maklumat tentang buku dan bahan rujukan terkini perlu ditampalkan di papan
kenyataan pusat sumber dan kelas-kelas untuk rujukan murid. Jikalau, uasaha ini dijalankan
berterusan sudah pasti bilangan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah akan
meningkat, minat membaca dalam kalangan pelajar akan disemai dan kadar buta huru
dapat disifarkan. Jelasnya, melalui hebahan tersebut, murid-murid dapat maklumat tentang
penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber
Sekolah.

Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu
mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus
digiatkan lagi agar murid  akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan
membuat bacaan di pusat sumber.  Program NILAM merupakan satu pendekatan untuk
penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini menggalakkan usaha berkekalan
murid untuk menanamkan sifat membaca. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu
merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan
mengesahkan rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku
yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang dibaca agar
murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan yang dibaca bak
kata pepatah ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca, menambah pengetahuan’. Tempat
yang penuh dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak bukan tentulah di pusat sumber sekolah.
Hal ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah
dalam kalangan pelajar serta akan dapat meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat
penghargaan pogram NILAM di peringkat sekolah, daerah, negeri dalam program NILAM akan
meningkat. Jika usaha murni ini berkekalan bilangan pelajar cemerlang turut
meingkat. Tegasnya, menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS amat penting agar fungsi
PPS menyerlah di peringkat sekolah sterusnya melahirkan pelajar cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Bahkan juga, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan
pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak. Pengurusan PSS Sekolah
dan pentadbir sekolah perlu menjadikan PPS sebagai tempat guru untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran kerana PPS kondusif untuk tujuan berkenaan. Sebagai sebuah
gedung ilmu serta kemudahan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif
sudah pasti penyebaran dan pengaliran ilmu daripada guru kepada pelajar akan lebih mudah. Hal
ini kerana proses pengajaran guru akan lebih mudah dengan peralatan yang disediakan di PPS
seperti peralatan paparan hablur cecair (LCD), persekitaran bilik seperti bilik multimedia yang
kondusif  kepada pelajar, serta bahan rujukan seperti kamus rujukan serta buku melibatkan
pelbagai mata pelajaran, serta adanya pendingin hawa, kemudahan ’wireless fidelity’ ( wifi)
memudahkan guru melaksanakan Pengajaran Abad Ke-21 yang menyeronokkan pelajar
kerana usaha tangga kejayaan. Sekiranya, proses pengajaran dan pembelajaran cemerlang,
pelajar mudah menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru dan melahirkan
pengajaran dan pembelajaran berkesan. Sudah terang lagi bersuluh, galakan kepada guru
menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif penggunaan
bilik darjah amat bijak untuk melahirkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini dan
mengikut peredaran zaman agar pelajar tertarik dengan fungsi PPS sebagai penyebar ilmu.
Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan pelajar  dan menarik mereka untuk
menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber harus menjadi nadi utama murid dalam
proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya, ilmu yang kita miliki hanyalah setitik air
jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu, banyak manfaatkan masa dengan
membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih tambahan pula masa itu
emas.

Bahagian A
[30 markah]

(Masa dicadangkan : 45 minit)


Gambar di bawah menunjukkan iklan pelancongan di Malasyia. Huraikan pendapat anda
tentang kepentingan sektor industri pelancongan kepada rakysat dan negara . Panjangya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. 

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun


1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang
serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi
negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai
pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Kedatangan pelancong ke negara membawa seribu rahmat dapat
meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.
Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka
kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini Persoalannya,
apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?

            Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan


tempat pelancongan yang menarik di Malaysia kepada para pelancong. Malaysia
mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah
yang terletak di negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan
ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil
melawat tempat – tempat  bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya
cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah pelancong. Jadi,
bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan turut
diadakan seperti di Kota A – Famosa bertempat di Melaka Negeri Bersejarah. Di Kota A
– Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga
beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia
Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk
semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Sekiranya sektor
pelancongan menambat hati dan kedatangan para pelancong secara langsung negara
mendapat sumber pendapatan tambahan tanpa bergantung kepada sektor
perindustrian, pertanian, dan pembalakan sahaja.  Jelasnya, sektor pelancongan dapat
mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita serta meningkatkan
ekonomi negara.

            Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat


di negara kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh
pelancong. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan
yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara –
negara Barat seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti
kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti,
pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu
kaedah masakan sahaja. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai
kepelbagaian makanan berdasarkan kaum seperti yu sang, bau dan char kuey teow
daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati,
tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan
enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong
asing ini akan memberikan mereka kelainan rasa makanan yang mustahil dijumpai di
negara asal mereka dan ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi semula
Malaysia selepas lawatan pertama mereka. Sekiranya, masyarakat Malaysia cakna
dengan kepelbagaian masakan dan makanan tempatan serta mengambil kesempatan
dengan kelebihan berkenaan dengan menyajikan menu berkenaan di premis mereka
untuk dinikmati pelancong asing, sama ada di gerai-gerai makanan, restoran, dan hotel
sudah pasti mereka dapat meningkatkan pendapatan sambil memperkasa sektor
pelancongan. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor
pelancongan untuk menggamit kehadiran pelancong asing.

            Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan


mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat
tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik,
seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai
dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan
kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai
buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing
ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan
menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.  Sekiranya, promosi yang
hebat dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di samping  promosi agen-
agen pelancongan yang terdapat di negara kita, sudah pasti bukan sahaja pengusaha
pelancongan sahaja yang menerima kesan dari segi pertambahan pendapatan mereka
tetapi  juga penduduk tempatan yang menjalankan perusahaan kecil dan kraftangan
juga menerima tempiasnya. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui
sektor pelancongan.

            Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia


yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia
mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India,
Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat,
budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat
pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke
suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian
tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang.
Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga,
galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju
kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain sutera
boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman melancong di
Malaysia serta keunikan cenderamata yang dibawa pulang ke negara asal pelancong
akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke
negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi
melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara
Malaysia.
            Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber
ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan
kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat
menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan
ekonomi negara kita. Walaupun masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita
harus bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita
perlulah bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.

SEKIRANYA KARANGAN DI ATAS DIJAWAB UNTUK  SOALAN 


BAHAGIAN B DIMENSI MASYARAKAT  ATAU DIMENSI SESUAI TAMBAH
SATU ISI LAGI

( Soalan Bahagain B . Dimensi Diri)

Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat
anda lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.

            Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan
pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir ini isu
para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana para
pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada masa hadapan, bak kata peribahasa
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusat sumber sekolah perlu diurus secara
sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar agar menjadi
pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber
sekolah?

            Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya
lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah
satunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas dan
menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk mengemas kini
pusat sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber  akan diadakan secara berkala
agar pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan buku-buku
disusun atur dengan kemas  di atas rak-rak  buku mengikut kategori dan jenis buku. Dengan
tindakan yang saya lakukan ini keadaan harmoni dan kondusif  rakan-rakan dapat diwujudkan.
Situasi ini dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji pelajaran
di pusat sumber. Sekiranya suasana kondusif seperti ini dapat diwujudkan sudah pasti
bilangan rakan-rakan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah akan meningkat dan
peranan pusat sumber sebagai gedung dan penyebar ilmu akan tercapai.  Jelaslah, situasi
yang kemas, bersih dan menarik mampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.
            Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program Nilam
untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya boleh
membantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan para
pelajar semasa program Nilam. Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan. Hal ini dapat membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga
menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan amalan membaca dalam
kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan melambangkan ketinggian tamadun
sesuatu bangsa kerana banyak membaca luas pengetahuan. Dengan membaca, seseorang itu akan
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata peribahasa membaca
jambatan ilmu. Jikalau usaha saya ini berterusan, saya yakin bilangan ulat buku dalam
kalangan rakan-rakan akan bertambah dan budaya malas membaca dalam kalangan
pelajar akan dapat dibanteras. Selain itu, bilangan rakan-rakan miskin ilmu dapat
dikurangjan agar mereka terelak menjadi seperti katak di bawah tempurung.  Justeru,
pelaksanaan program Nilam yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk
mengunjungi pusat sumber.

            Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan
kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak pengurusan
agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber untuk kebaikan pelajar. Saya
akan meminta pihak pengurusan menyediakan  komputer yang boleh diguna pakai oleh pelajar
untuk melayari internet bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini.Saya akan membantu dari
segi  penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik serta memastikan keberadaan buku-buku
itu sentiasa terpulihara. Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa
untuk memberi keselesaan kepada para pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebih
mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan para pelajar berkunjung ke pusat sumber
sekolah.  Jika situasi pusat sumber eksklusif dan kondusif, saya pasti rakan-rakan akan
sentiasa berada di pusat sumber untuk mengaut khazanah ilmu untuk bersedia menjadi
pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Tegasnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak
sekolah agar menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber agar pusat sumber sekolah
saya menjadi sebuah Gudang ilmu yang eksklusif dan kondusif untuk keselasaan rakan-rakan
pelajar.
            Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan
budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti
mulia dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya
pengunjung menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi
bahasa budaya kita. Layanan mesra daripada  pengawas  menggembirakan para pengunjung dan
merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga
akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat dipinjam
oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas kepada semua pelanggan terutama sekiranya
mereka lewat atau sengaja  tidak memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh yang
ditetapkan. Sekiranya saya bersikap sedemikian rupa, tidak akan wujud perasaan kecil hati
berlaku dalam karangan rakan-rakan semasa menggunakan pusat sumber untuk
meluaskan ilmu dan mereka akan sentiasa berkunjung ke pusat sumber pada masa
senggang. Konklusinya, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya
mesra pelanggan semasa menjalankan tugas.

            Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak
sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICT khususnya
komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Penggunaan sistem berkod merupakan langkah bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku
akan direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan buku yang
dilakukan secara ‘ scaning’. Kaedah ini akan mewujudkan sistem pengurusan pusat sumber yang
sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu terlalu lama untuk urusan pinjaman dan
pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yang sistematik dan efektif  adalah penting untuk
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah agar perkhdmatannya mesra pelanggan serta
selari dengan peredaran zaman. Jelasnya, selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan
mencadangkan kepada pihak sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik
dan berkesan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah kerana pusat
sumber sekolahku syurgaku.

            Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber


pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi pengguna yang
bermaklumat dan pemikir  yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada pelajar sendiri sama
ada mahu menggunakan atau sebaliknya,  tepuk dada tanyalah minda. . Semua pihak perlulah
berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah bak kata
peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

(Dimensi Keluarga)
Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi


budaya                            masyarakat kita?

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia
dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum
arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu
berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan
menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa kerana kita situasi ekonomi negara dan
dunia sentiasa mencabar, sara hidup keluarga dan masyarakat semakin menghimpit, nilai
barangan sentiasa meningkat dan inflasi terus menghambat warga. Menabung merupakan tabiat
menyimpan wang sebagai persediaan untuk kebahagian pada masa mendatang dan merupakan
nilai murni yang perlu terpahat di minda masyarakat. Tanggungjawab untuk memupuk amalan
ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan
peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak
putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu
bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

              Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-
cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga.
Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk
keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal
mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama
berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu
bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu,
ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak dengan perkara
yang positif yang bermakna untuk mereka. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai
amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan
menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-
anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi
agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Sekiranya amalan menambung ini diterap dan
dibudayakan dalam kalangan anak-anak, mereka boleh berdikari di atas kaki sendiri tanpa
menyusahkan ibu bapa sekiranya ada keinginan anak-anak untuk mendapat sesuatu yang menjadi
keperluan mereka. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak
“sebelum kudis menjadi tokak”.

            Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak
bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu
anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu
bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka berkaitan amalan yang berunsur positif seperti
amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan
mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya
didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan
mempedulikan ibu bapa lagi  dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa
yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-
kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini
lagi?  Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak
sejak kecil kerana    sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sekiranya ibu bapa berjaya
menjadikan menambung amalan anak-anak mereka sudah pasti anak-anak akan membudayakan
amalan murni berkenaan sehingga mereka meningkat dewasa, pastika kehidupan mereka akan
bahagia di hari muka. Tegasnya, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-
anak sejak bangku prasekolah lagi agar mereka akan tidak dibebani masalah ekonomi ketika
mereka dewasa.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.
Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai
contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi
menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian
peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala,
terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang
bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun
hakikat sebenarnya mereka  tidak berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang pada prinsip
biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga,
diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan
amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak agar kehidupan mereka sempurna kelak. Sudah
terang lagi bersuluh, didikan ibu bapa agar anak-anak mengamalkan gaya hidup sederhana dan
tidak menunjuk-nunjuk akan memberi rahmat kepada mereka ketika dewasa.
            “Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan
harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang
dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara
penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat
menabung.  Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh
diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil
sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung
dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa
depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian
dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan
menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan
wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji
anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti
“murai berkicau hari siang”.
Pada hakikatnya,   ibu bapa  berperanan  untuk  menunjukkan  contoh  teladan yang baik
kepada anak-anak.  Ibu  bapa  sendiri   harus mengamalkan  sikap  menabung.  Mereka harus
menabung wang bersama dengan anak-anak.  Anak-anak  mudah  terikut-ikut  oleh  tingkah  laku
ibu  bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu
menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga.  Cuba  anda
bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka
sendiri seorang yang boros dan tidak  pandai  menguruskan  wang?  Jika ibu bapa mendidik
anak-anak mereka ke jalan yang betul didikan tersebut seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus sudah pasti mendidik anak-anak dalam situasi begini amat sukar kerana
ibu bapa suri teladan mereka. Hal  ini  jelas menunjukkan  betapa pentingnya  imej  yang
diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Kesimpulanhya, ibu bapa  berperanan  untuk  menunjukkan  contoh
teladan yang baik kepada anak-anak.  

            “Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena
percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau
harum”, kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruh anak-anak yang berusia
seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan
dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh
sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut
rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur
dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-
anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa
memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan
dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan
dengan mereka yang kurang bersahsiah.

      KARANGAN SOALAN 3 BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA


Peringatan. Karangan di bawah Cuma untuk membenih idea anda untuk
mengarang. Ubah suai jika perlu.

          Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita
yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa
ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada
kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong
dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan
sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita,
apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga
barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini
tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk
merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa,tak ada gunung yang tak dapat
didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. Persoalannya, mengapakan Berjimat
Cermat Amalan Mulia?

          Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil
inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan
konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di
tangga. Memetik kata-kata azimat Lao Tze, kehidupan membazir dan tamak haloba
mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah
menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan
amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat
sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur
baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara
berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana
peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang
dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei,
persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut.
Jikalau usaha seperti ini tidak dilakukan sudah pasti masyarakat akan menghadapi
masalah kewangan terutama untuk mengharungi keadaan inflasi  serta  peningkatan
kos sara hidup sekarang. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara
berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah
kenaikan harga barangan.

          “Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan
sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang.
Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu
penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang
telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander
Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa
setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai
kesinambungan idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-
hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di
pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa.
Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak
ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan
yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan
barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya.
Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi
oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini
haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak
serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita
tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi
mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan
harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi
bukan kerajaan atau NGO.

          Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah


yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah
kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu
berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan
minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa
seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa
memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga
haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara
mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para
peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah
darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab
yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya
menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi
peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan
harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di
mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali.
Jelaslah, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang
masalah kenaikan harga barangan di pasaran.
           Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan
menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan
bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang
bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas
kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan
merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu,
tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan
akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna yang
tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga
secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna
kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna
akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada
dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan
harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan
agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui
penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk
suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan
bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya
mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini. teganya, media massa
juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu
kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga
barang

          Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi


bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga
untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai
manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu
kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat
tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua anggota
komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk
membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan
Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi
menjadi angan-angan Mat Jenin

(Dimensi Keluarga)
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.        
. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga
menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak
ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati
jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih
sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran
kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu
dalam melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi
pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin
meluntur.  Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat


majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini
tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai  aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama.  Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Apabila  berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati
budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang
boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara
bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-
aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga
dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-
masing dalam sesuatu komuniti . Sekiranya amalan gotong-royong diamalkan anak-anak ketika
dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan
kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk
semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada
anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu
bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit  sama di daki,
ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai
keberkatan dalam hidup. Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti
mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka.. Apabila  mengambil
berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau
mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang
dihadapi oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang
ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga
pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan  dengan
bantuan orang lain.  Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital,
memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan
nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sekiranya amalan sikap keprihatinan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil
berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik,
sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah
terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam
majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih
dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya
khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan
lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.  Sebagai contoh,
majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari
Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama
ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak
mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-
menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-
majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam


kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan
dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-
anak  menziarahi jiran tetangga pada  masa-masa  yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita
akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh
diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni
walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa
anak-anak  berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke
hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat
membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap
mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata
memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh
pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-
kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak
langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut
mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu
bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk
semangat kejiranan.

Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam
aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga
untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan
sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak
bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu
bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam
masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau
pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini,
banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan Rukun Tetangga ,
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara
bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan
berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan
sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam
kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya
melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk  semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan


dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang prihatin dan
mmmembentuk perpaduan kaum.  Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal,
kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon
bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan
senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka
kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-
baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat
Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa
susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah
kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya
negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-
mengenali”.

(Dimensi Keluarga)
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup
sihat.  Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit
jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang
mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk
mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-
anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga
untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?

Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak
adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut
piramid makanan. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-
tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,
lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta
bernutrisi kepada anak-anak. Ibu bapa perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan
untuk mendapatkan gizi seimbang. Anak-anak digalakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-
buahan yang lebih kerana baik untuk  kesihatan mata, gusi, kulit serta mengekalkan kecergasan
tubuh badan.   Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan
tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan
memasak makanan untuk anak-anak dan mengelakkan  makan  di luar  rumah kerana makanan di
luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan, dibimbangi telah tercemar kerana
mungkin terdedah kepada habuk dan asap kenderaan serta banyak mengandungi perisa makanan
yang tidak baik untuk kesihatan.   Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman
berkarbonat dan makanan ringan  oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan
apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar
untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan
anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.

Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-
anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa
dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup
sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama
toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap
serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 30 minit sehari dan
tiga kali seminggu.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senam robik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja,
senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang
dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan
diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang
mengamalkan senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap
pelajaran di kelas semasa guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut
kajian, murid-murid yang tidak gemar bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk berkelakuan
pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan mengantuk ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung.  Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan
riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk bagi melahirkan otak
yang cerdas dan badan yang cergas.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk
membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali
ataupun dua kali setahun di hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran.  Pemeriksaan ini
meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat
agar ibu bapa dapat memastikan tahap kesihatan anak-anak berada dalam keadaan sihat dan baik.
Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu  mengesan sesuatu penyakit ketika masih
di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini.
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika ibu bapa mendapati anak-anak
mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segera membawa anak-anak berjumpa dengan doktor 
untuk mendapatkan rawatan dan  ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Hal ini
penting bagi membantu ibu bapa mengawal penyakit yang dihidapi anaknya daripada menjadi
lebih serius dan kronik, bak kata pepatah cegah sebelum parah. Seterusnya, ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang
ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk
amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka  mengutamakan kebersihan
diri dan kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa bagi memastikan mereka
terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian
bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, anak-anak diajar agar mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi  lalat mahupun memilih gerai atau
tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik
beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus
dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak  agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat
apabila mereka dewasa kelak. Pada masa yang sama,  selain mengutamakan kesihatan diri dan
makanan, ibu bapa  juga perlu mendidik  ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan
persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita
terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan
rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan
gotong royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan
kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan
agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat
pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat
takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat
melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka  sekaligus akan dapat menjauhkan
diri mereka daripada pelbagai penyakit.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak, ibu bapa
perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga
ataupun rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa
sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa
perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang
mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat
melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit  itu
untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan
sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama
anak-anak akan bersyukur atas kurniaan  badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa
kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan
perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak
mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar
anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu
direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan
mereka. Anak-anak yang mendapat tidur yang secukupnya berupaya menambah tenaga untuk
bergiat aktif ketika di sekolah. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka
memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Nik Nor Madihah,
pelajar cemerlang SPM 2008, menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya. Namun, ramai
dalam kalangan anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun
keesokannya merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan
badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga terganggu dan lama-
kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh
diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur
dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat,
ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan


peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak.. Amalan ini
adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam
keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang
menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti
kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam
jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan,
sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.

(KARANGAN DIMENSI KELUARGA)


Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet yang 
memberikan pelbagai kesan kepada mereka.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam
kalangan 
anak-anak.

Anak kecil main api,


            Terbakar hatinya yang sepi
                         Air mata darah bercampur keringat,
       Bumi dipijak milik orang.
          Lirik lagu Warisan di atas mengenai nasib anak bangsa pada masa akan
datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda kita dijajah oleh anasir luar. Umumnya
mengetahui bahawa penjajahan minda lebih berbahaya daripada penjajahan secara
fizikal kerana penjajahan minda ini bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding
dengan penjajahan Internet. Melalui Internet, penjajahan minda ini lebih  halus
dan  mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan Internet
sehingga terikut-ikut akan budaya kuning serta hedonisme yang dibawa oleh anasir
luar. Dakyah hendonisme amat dasyat sehingga remaja merupakan benteng
pertahanan negara dikongkong dan kehidupan mereka lebih mengutamakan hiburan
dan keseronokan sehinggakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar hapus daripada
minda. Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa orang yang paling hampir dengan remaja
perlu mengawasi anak-anak mereka agar budaya kuning serta hendonisme ini tidak
menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak?

          Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah
memberi didikan agama yang mantap kepada anak-anak sebagai pendinding kepada
anak-anak agar terelak daripada dakyah songsang Barat. Internet bukanlah sesuatu
yang mudah dikawal “programming”nya. Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang
mengandungi unsur-unsur negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan
pornografi tersebar dengan begitu pantas di Internet. Melalui didikan agama yang
mantap sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana perbuatan yang keji dan
yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW ‘akhlak yang buruk
merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya anak-anak melayari
laman-laman web yang berunsur negatif sudah pasti  pasti merosakkan minda mereka
dan menyebabkan mereka lalai untuk menyelesaikan tuntutan agama yang wajib
mereka tunaikan seperti sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan
tanggungjawab belajar kerana hanya dengan pendidikan mereka mampu
mengubah status ekonomi keluarga. Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan
agama yang mantap kepada anak-anak adalah penting bagi mengurangkan masalah
penyalahgunaan Internet.

Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak, ibu
bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak.
Memang tidak dinafikan bahawa Internet mempunyai pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa
perlulah sedar bahawa Internet juga boleh mendatangkan  pelbagai keburukan kepada
anak-anak. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan
masa penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa
hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan Internet  pada waktu-waktu tertentu
terutama jika mereka ingin mencari bahan ilmiah ataupun untuk menghilangkan stres.
Hal ini secara tidak langsung akan mengajar anak-anak agar menggunakan masa
dengan baik di samping bijak menggunakan Internet. Sekiranya anak bebas
menggunakan internet setiap masa, impaknya Internet mungkin akan melalaikan anak-
anak. Jadi, tegaslah bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet
oleh anak-anak agar anak-anak lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet.
          Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang Internet
kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan Internet ini adalah penting supaya anak-
anak mengetahui kebaikan dan keburukan Internet sewaktu akhlak mereka masih boleh
dibentuk seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan
menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati dalam menggunakan aplikasi-aplikasi
yang melibatkan penggunaan Internet. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang
positif ketika menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan mengajar mereka
tentang cara penggunaan Internet yang betul. Hal ini kerana tunjuk menjadi telaga budi,
ajar menjadi suluh hati. Cuba bayangkan sekiranya anak-anak tidak diberikan
pendedahan tentang Internet daripada kecil. Mungkin apabila dewasa kelak mereka
akan terikut-ikut budaya-budaya yang tidak bermoral yang telah dipelajarinya daripada
Internet. Natijahnya, pendedahan tentang Internet daripada ibu bapa kepada anak-anak
akan dapat membantu untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.

          Di samping itu, sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mereka
perlulah mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti pembelajaran
menggunakan internet. Pada masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah dengan
adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah diwujudkan bagi kemudah
pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap menggunakan Internet untuk menuntut ilmu,
ibu bapa perlulah menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya
anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka harus berbangga
kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam menggunakan
Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan pula, sebagai ibu bapa yang tahu
penggunaan internet, mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mengesan aktiviti
Internet anak-anak dengan memantau bahagian “history” atau sejarah penggunaan
enjin carian sama ada Google, Al-Tavista, Monzila Firefox, Yahoo atau MSN. Hanya
dengan cara ini ibu bapa akan tahu sama ada anak-anak mereka menggunakan
Internet untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa, mereka haruslah
menyokong tindakan anak-anak dalam proses meningkatkan IQ melalui penggunaan
Internet dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh memantau dan terlibat sama
semasa aktiviti Internet anak-anak.

          Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa


menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu mempercayai anak-anak kerana
sikap tersebut akan membawa masalah kepada ibu bapa pada masa akan datang. Hal
ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul ‘Anakku
Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang terlalu mempercayai anaknya sehingga
anaknya sanggup menipu dirinya. Pemantauan terhadap penggunaan Internet oleh
anak-anak mungkin sukar dilakukan kerana pada masa kini anak-anak telah
mempunyai gajet peribadi seperti telefon pintar dan komputer riba. Namun, sebagai ibu
bapa berminda kelas pertama dan arif berkaitan kemahiran Internet dan
bertanggungjawab, mereka mampu mengesan penyalahgunaan Internet  dalam
kalangan  anak-anak dengan memantau aktiviti penggunaan Internet. Sebagaimana
saya perkatakan sebelumnya iaitu ibu bapa boleh melihat aktiviti internet anak-anak
pada bahagian “history” atau sejarah enjin carian Internet, bukan sahaja dalam masa
sehari, malah sepanjang masa. Tegasnya, ibu bapa mestilah memantau anak-anak
semasa menggunakan kemudahan Internet untuk kebaikan anak-anak, keluarga dan
bangsa.

          Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa dalam


mengawal penggunaan Internet amatlah penting. Selain daripada ibu bapa dapat
mengelakkan anak-anak daripada penjajahan minda, ibu bapa juga dapat melahirkan
anak-anak yang celik dalam penggunaan Internet. Dengan adanya generasi yang bijak
dalam penggunaan Internet, sudah pasti negara kita akan bertambah maju setanding
dengan negara-negara lain. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab
dan peranan bagi melahirkan individu yang bijak, berakhlak serta dapat memajukan
bangsa, agama dan negara. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, nasihat saya
kepada ibu bapa yang bijak dan mahir dalam penggunaan Internet, kebijaksanaan ibu
bapa dalam aplkikasi Internet mempunyai banyak kelebihan,  ibarat anak seorang pelari
pecut sedang berada di garisan penamat dengan larian 50 km dan ibu bapa perlu
berlari lebih laju daripada pecutan anak mungkin 80 km. Barulah anak akan tahu
kehebatan seorang ayah kerana ayah borek anak rintik dan ayah suri teladan bagi
seorang anak.

NOTA GURINDAM DUA BELAS FASAL KETIGA

Puisi Tradisional (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

RANGKAP MAKSUD
Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya
Apabila terpelihara mata,
tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh
Sedikitlah cita-cita.
tuhan
Apabila terpelihara kuping, Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala
Khabar yang jahat tiadalah damping. hasutan dan kejian.

Apabila terpelihara lidah, Seseorang yang menjaga tutur kata akan


Nescaya dapat daripadanya faedah. mendapat banyak manfaatnya

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Tangan perlu dipelihara daripada mengambil


Daripada segala berat dan ringan. barang yang bukan hak kita.
Apabila perut terlalu penuh, Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak
Keluarlah fiil yang tidak senonoh. melakukan perbuatan yang dilarang.
Anggota tengah hendaklah ingat, Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan
Di situlah banyak orang yang hilang semangat. penuh semangat.
Hendaklah peliharakan kaki, Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah
Daripada berjalan yang membawa rugi. ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA      
Nasihat memelihara anggota diri.
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN

1. Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan.


2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
3. Persoalan pentingnya memelihara pendengaran. 
4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

BENTUK
 
1. Mempunyai 7 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan
4. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
5. Rima akhir aa

GAYA BAHASA
1. Kata ganda – cita-cita
2. Asonansi – pengulangan vokal a  -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     
3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

NILAI
 
1. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
2. Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
3. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.


2. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
4. Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Dicatat oleh MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN di 2:58 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Khamis, 11 April 2019
PENULISAN KARANGAN BERPANDU - PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
ALAM SEKITAR

 
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran di negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

        DALAM era globalisasi ini, setiap negara dunia berlumba-lumba untuk  mencapai
kemajuan sehingga sanggup menggadaikan kelesterian alam sekitar yang sangat
berharga. Pada tanggal 7 Mac 2019, negara digemparkan dengan tragedi hitam pabila
ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang hilang kewarasan akal dan kemurnian
intergiri dengan rakus membuang bahan buangan kimia terlarang di Sungai Kim-Kim di
Pasir Gudang Johor Bahru hingga mencemari sungai tersebut demi mengejar
kemajuan. Pencemaran sungai berkenaan mengakibatkan lebih 5,848 orang awam
menerima rawatan di hospital, dan menyebabkan 111 buah sekolah ditutup demi
keselamatan  pelajar. Impak daripada pencemaran Sungai Kim-Kim, Kerajaan negeri
Johor telah meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan
segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa dan
keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pencemaran” bererti perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya. Persoalannya yang
tergiang-ngiang di gawang minda kita ialah apakah punca-punca berlakunya
pencemaran di negara kita?

                    Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca


daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam
kalangan masyarakat yang sanggup menodai sungai yang tidak berdosa. Hal ini
demikian terjadi kerana ada segelintir pengusaha kilang penguraian tayar haram tiada
kesedaran sivik dalam diri mereka dan sering memandang enteng isu kelestarian alam
sekitar. Mereka hanya mengejar serta mementingkan kememawahan dan keuntungan
tanpa memikirkan kesannya perbuatan terkutuk yang dilakukan kepada masyarakat di
sekeliling mereka dengan membuang bahan kimia terlarang ke dalam Sungai Kim-Kim.
Antara bahan kimia yang disyakki dibuang di sungai Kim-Kim ialah mentana, hydrogen,
klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toluene, exylene, dan limonene. Paling
mengejutkan lemonene merupakan sebatian yang digunakan dalam proses paralisis
iaitu pengasingan atau menghancurkan elemen tayar untuk kitar semula dan juga
digunakan sebagai sebatian kimia yang digunakan sebagai pelarut organik. Menteri
Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan 300 metrik tan tanah dan enap
cemar serta 150 metrik tan air tercemar yang dikeluarkan akan diurus oleh syarikat
pembakaran di Pasir Gudang sebelum dihantar ke Seremban bagi tujuan pelupusan.
Kos pelupusan bahan pencemaran berkenaan memakan kos yang tinggi dan perlu
ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Sekiranya, semua pihak berkepentingan
mengikut peraturan dan tidak membuang bahan buangan industri sebarangan sudah
pasti tragedi hitam di Sungai Kim-Kim tidak akan berlaku kerana apabila sudah
terhantuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi. Tegasnya punca berlakunya
pencemaran akibat tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam
kalangan masyarakat mencemar sungai negara.

                    Bahkan juga, pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh


pihak kerajaan atau pihak swasta tanpa memikirkan secara terperinci kesan-kesan
negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar juga merupakan faktor
berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih teruk lagi, jika hal ini
dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.
Bermula dengan pembinasaan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang
turun tidak dapat diserap ke dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi
menyerap lebihan air yang mengalir. Tindakan ini akan menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar sehingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang
dihanyutkan bersama-sama air hujan ini seterusnya menyebabkan pencemaran sungai
dan mendapan lumpur yang dibawa menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek.
Kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang iaitu di George Town,  Paya Terubung, dan Balik
Pulau antara contoh kejadian tanah runtuh akibat pembangunan yang dilakukan secara
tidak sistematik yang melibatkan kematian dan kecederaan berlaku pada tahun 2018.
Selain itu, penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan
sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara
jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan.
Akibat daripada projek-projek pembangunan yang menolak natijah alam maka
terciptalah kemusnahan alam akibat corak yang dilukiskan oleh manusia yang tiada
pertimbangan dalam setiap keputusan yang diizharkan. Jika keduniaan dan keuntungan
bernoktah di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke tepi. Walau
bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian kepada
permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun.  Tegasnya,
pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak
swasta antara punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

                 Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda, justeru kurangnya
bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran lantaran
pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor
penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu dikekang.
Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai individu yang tidak
bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-undang yang
diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya
penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya
membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua
pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek
pembangunan yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya
melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil
daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah
organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan
juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-
tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan
kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat, maka
masalah pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan. Situasi
pencemaran yang berlaku di Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang, Johor contohnya,
sehingga kini masih tidak ada keputusan pendakwaan diputuskan terhadap penjenayah
yang melalukan pencemaran yang memberi kesan kepada lebih 5,848 orang awam
sedangkan jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang.  Perlukah sudah patah baru
hendak melantai? Tegasnya, pemantauan dan penguatkuasaan yang kurang konsisten
pihak berkuasa antara faktor membarahnya pencemaran alam sekitar di negara kita.

                    Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit


sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan
demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus
diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu yang merantai
permasalahan pencemaran clam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah dan
bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Namun, kejadian
demi kejadian pencemaran terus berlaku seperti lautan yang tidak ada penghujungnya.
Tragedi pencemaran Sungai Kim-Kim dan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Pulau
Pinang perlu diambil iktibar oleh masyarakat dan pihak berkuasa agar peristiwa tragis
berkenaan tidak berulang kembali kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diutamakan kerana setiap pesalah
yang terlibat menodai kelestarian alam sekitar ibarat enau dalam belukar melepas
pucuk masing-masing perlu diadili dan menerima hukuman sewajar dengan kesalahan
yang mereka lakukan. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora
dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai
tatapan generasi masa hadapan yang akan mendepani realiti dunia yang pantas
berubah dan berkembang

Dicatat oleh MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN di 11:45 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
DRAMA -BUKAN GILA KAJIAN KOMSAS ANTOLOGI SEJARAH RINDU
TINGKATAN LIMA

SINOPSIS

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan
kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan
membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka.
Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan
Azmir.

ADEGAN II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-
siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi
jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga
orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia.
( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat
bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat.
Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang
kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah
membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada
rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir
diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.

Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga
hari telah hilang.
ADEGAN IV

Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka
ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan
kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh
apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti.
Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia.
Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir
berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua
ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat.
Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya
dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V

Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga
bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan
keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup
bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

ADEGAN VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani
menyesal kerana meninggalkan Azmir

TEMA
Ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihidapi
PERSOALAN:-
1.         Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap
janggal oleh masyarakat sekeliling.
-Contoh:Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang 
hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.
2.         Kepentingan cinta dan kasih sayang
            Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan
3.         Rencah kehidupan
            Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
4.         Dunia ini ibarat pentas lakonan
            Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang
                            membawa pelbagai watak
5.         Kesakitan boleh membawa penderitaan
            Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.
6.         Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam
menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan
              kekasih hati.
7.         Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
             mengetahui latar belakang hidup Amir
8.         Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
               memicit-micit kepalanya
8.         Kekuasaan Tuhan
            Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan

9.         Sifat berterima kasih


Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain
              dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.
10.      Hikmah di sebalik sesuatu kejadian
            Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang
                           tersembunyi

Plot Binaan Plot (a) Plot drama ini disusun secara kronologi.
(b) Pengenalan
     Azmir berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada dalam
khayalan.
(c) Perkembangan
Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah
meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal akan kehadiran
ayahnya yang menziarahinya di wad. Azmir bertelingkah dengan ayahnya kerana dia
beranggapan ayahnya tidak sayangkannya. Kemudian, Azmir berkhayal pula tentang
Pak Haji melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan
sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Azmir kembali
berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya. Azmir mempertikaikan kata-kata cinta
Ani terhadap dirinya. Selepas itu, doktor melawat Azmir di wad. Doktor memeriksa
Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.
 (d) Perumitan
Arif dan pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama
mereka, iaitu Sasau. Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan pelakon-
pelakon lain membuat latihan drama. Azmir mempertikaikan dialog drama Sasau yang
mengagungkan kuasa. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah sistem yang
prorakyat. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tibatiba
Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.
 (e) Klimaks
Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai sehingga berdarah. Azmir berguling-
guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-
pelakon lain membantu Azmir. Selepas itu, doktor membawa Azmir ke hospital semula.
Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu
penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Doktor mengatakan bahawa orang gila
sememangnya pandai berkata-kata.
(f) Peleraian
Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu bapa Azmir di rumah. Mereka
menerangkan keadaan Azmir kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-
buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon 1 meminta ibu bapa
Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan
ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit
jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, Azmir semakin
lemah dan jatuh ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang
kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada penyakit barah
otak. Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir

Watak Utama : Azmir

1.       Azmir diletakkan di wad sakit jiwa kerana keluarganya menyangka bahawa dia tidak
siuman akibat sering terguling-guling dan menghantukkan kepada ke lantai.

2.      Dia suka berfalsafah dan bersyarah.

3.      Dia bijak kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan memberi pendapat
yang bernas.

4.      Menghidap penyakit barah yang kronik.

5.      Seorang yang berbudi bahasa kerana menyatakan penghargaan kepada mereka yang
berjasa dalam membangunkan negara.

6.      Seorang yang petah berkata-kata apabila menyuarakan pendapat.

7.      Seorang yang bijak menyatakan pendapat sewaktu menyertai drama ‘Sasau’ secara
spontan.

8.     Azmir seorang yang optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para pelakon
drama sebaliknya menerangkannya dengan baik.

Watak Sampingan dan Perwatakan

Bapa
1.       Bapa kepada Azmir
2.      Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3.      Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada
Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.

Ibu
1.       Ibu kepada Azmir
2.      Dia tidak prihatin terhadap anaknya.
3.      Mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja
buat-buat gila.
4.      Mudah putus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang
sengaja berbuat gila.
5.      Mudah percaya tuduhan orang yang menyatakan Azmir menjadi Orang Putih.

Arif
1.       Pengarah drama ‘Sasau’.
2.      Seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima komentar pelakon tentang Azmir.
3.      Mudah bersimpati – bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita
bukannya gila seperti dakwaan doktor.
4.      Seorang yang prihatin – berusaha menjejaki keluarga Azmir untuk mengetahui
kedudukan sebenar Azmir yang dikatakan gila.

Ani
1.       Kekasih Azmir.
2.      Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3.      Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.

Drama Bukan Gila : Latar Masa dan Latar Tempat (Komsas Tingkatan 5)
Latar Tempat
1.       Wad pesakit gila – tempat Azmir menjalani rawatan.
2.      Pentas – tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
3.      Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
4.      Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.
Latar Masa
1.       Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
2.      Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
3.      Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.
4.      21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.

Latar Masyarakat
1.       Golongan pesakit yang menderita penyakit kronik – Azmir mengalami sakit kepala
yang teruk kerana menghidap penyakit barah otak.

2.      Masyarakat golongan doktor yang kurang ilmu – Dr Razi tidak teliti ketika memeriksa
dan merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan mengatakan
Azmir gila.

3.      Masyarakat golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih sayang. –
Ibu bapa Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir. Mereka tidak
mengambil tahu tentang penderitaan Azmir yang menghidap barah otak.

4.      Masyarakat yang prihatin dan mengambil berat. – Arif dan rakan-rakannya prihatin
terhadap penderitaan Azmir. Mereka berkunjung ke rumah Azmir untuk melawatnya.

5.      Masyarakat yang bijak dan petah berkata-kata. – Azmir mampu berkata-kata dengan
petah dan hujah yang bernas.
6.      Masyarakat yang penyayang, – Bapa Azmir melawatnya di hospital.
7.      Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu.
– Ani mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan meninggalkannya
setelah mendengar khabar bahawa Azmir kurang siuman.

8.     Masyarakat yang menginsafi kesilapan. – Ani menginsafi kesilapannya kerana


meninggalkan Azmir. Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah
meninggal dunia.

9.      Masyarakat yang bertimbang rasa. Arif dan para pelakon memberi peluang kepada
Azmir berlakon dan mendudukkannya yang sakit apabila dipinta serta memicit-micit
kepalanya.

GAYA BAHASA
1.       Simile – mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.

2.      Anafora – HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamuialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.

3.      Repetisi –  ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh mencintai


abang.

4.      Metafora – kamus kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-pohon


jasa.

5.      Sinkope – kau, mu, tak.

6.      Kata ganda – daging-daging, saat-saat.

7.      Bahasa Arab – Assalamualaikum, Astaghfirullah.

NILAI
1.       Kasih sayang
Contoh– bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.

2.      Keprihatinan
Contoh– Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada diri Azmir.

3.      Rasional
Contoh– Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan apabila Azmir
menunjukkan rasa kurang senang.

4.      Kebijaksanaan
Contoh– Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa, wang, rakyat dan
manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.

5.      Bertanggungjawab
Contoh – Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’ bertanggungjawab menyampaikan
khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.

6.      Kebebasan
Contoh– Azmir berasa tertekan kerana terkurung di wad dan gembira apabila diberi
peluang untuk bersiar-siar.

7.      Belas kasihan


Contoh– Arif dan rakan-rakannya bersimpati dengan keadaan Azmir yang kesakitan.

8.     Kesihatan mental dan fizikal


Contoh– Azmir sering terguling-guling dan menghantukkan kepalanya ke lantai akibat
sakit tetapi pakar perubatan mengatakan bahawa dia gila.

PENGAJARAN
1.    Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita  dapat
membantu mereka.
        Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar
segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat.

2.      Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan       
khianat.          
     Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Ani
beranggapan bahawa Azmir gila.

3.     Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.


        Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir        
bersiar-siar di kawasan hospital.

4.     Kita hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak  berasa     
dipinggirkan.
   Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang
kepada kesejahteraan hidup.

5.      Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak.
Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila.

SOALAN:-
Cadangan Jawapan Soalan 2 (b)

I Faktor menyebabkan Azmi menderita kerana kurang:-


i)      perhatian dan kasih kedua-dua ibu bapanya
ii)     menerima kutukan dan cemuhan
iii)    menerima hukuman

ii Tindakan-tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah


tekanan emosi rakan saya seperti :-
    memberi nasihat dan motivasi kepadanya supaya masalah berkenaan
dapat diselesaikan.
    Memaklumkan kepada rakan paling rapatnya supaya rakannya berkenaan
mampu menyelesaikan masalah tekanan emosi berkenaan
iii)   memaklumkan kepada beliau supaya bertemu dengan kaunselor atau guru
untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
iv)   memaklumkan kepada ibu bapanya tentang masalah tekanan emosi yang
dihadapinya.
    menasihatkan beliau bertemu dengan doktor untuk menyelasikan masalah
tekanan emosi beliau.

iii Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan drama “Bukan Gila”  di atas
adalah :- (Nilai dalam petikan)
    nilai prihatin, contohnya rakan Azmir, Arif sanggup berjumpa ibu dan bapa
Azmir untuk menasihatkan mereka bertemu dengan Azmir di hospital
sebelum terlambat.
   nilai kasih sayang, contohnya, pentingnya ibu bapa Azmir memberi kasih
sayang kepada Azmir sebagaimana pandangan rakan Azmir iaitu Arif.
:- ( Nilai di luar petikan )
    Baik hati, Contohnya, Doktor Razi membenarkan Azmir bersiar-siar di
kawasan hospital.
    Bertanggungjawab, Contohnya, Doktor Razi bertanggungjawab
menjalankan tugasnya dengan membawa Azmir pulang ke wad.

You might also like