You are on page 1of 3

KOD KURSUS

PPSU3343 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ZAKAT, WAKAF DAN BAITULMAL

SEMESTER 2 2022/2023

TAJUK ULASAN ARTIKAL

PROSPEK PENGURUSAN MODAL MAMPU MENINGKATKAN PRESTASI BAITULMAL


DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH

DR. NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN

NAMAAHLI KUMPULAN

NUR IZZAH SOLEHA BINTI ROSLAN (A184087)


Mohd Farihal Osman, Mahamad Tayib, Nor Hayati Ahmad dan Muhmaad Ahmad telah
menjalankan kajian terhadap prospek pengurusan modal mampu meningkatkan prestasi Baitulmal
di Malaysia. Pada bahagian permulaan artikal, pengarang menyatakan permasalahan yang
dihadapi oleh Baitulmal di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti profil pihak
berkuasa Agama Islam yang menguruskan Baitulmal di Malaysia. Objektif kedua adalah
mengenalpasti faktor-faktor yang menpengaruhi prestasi Baitulmal. Hasil kajian mendapati
golongan muda yang mempunyai kelayakkan akademik dapat menguasai pengurusan Baitulmal
dengan menjalani latihan dan kemahiran modal insan. Disamping itu, terdapat peningkatan
pendapatan Baitulmal di negeri-negeri pada setiap tahun dan hasil gabungan pendapatan Baitulmal
dari setiap Negeri mampu meningkatkan prestasi Baitulmal.

Seterusnya, kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kajian berbentuk empirikal
keatas pretasi Baitulmal. Selain itu, kajian ini menggunakan kajian kuantitatif yang dijalankan
dalam bentuk deskriptif. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik dan terdapat seramai 318
orang responden yang terdiri daripada lima buah Baitulmal yang berbeza dalam kajian ini.
Pengarang juga menganalisis data menggunakan perisian SPSS versi 19.0 dengan menjalankan
enam peringkat ujian iaitu ujian kualiti faktor-faktor pengurusan dan ujian deskriptif. Disamping
itu, pengarang melakukan pemerhatian dan temubual kepada kumpulan focus dan diperbincangkan
pada persidangan Mufti di Malaysia.

Terdapat pelbagai isu permasalahan yang dihadapi oleh Baitulmal pada masa kini.
Antaranya ialah peranan Baitulmal diperkecilkan serta dipinggirkan fungsinya dalam unit-unit
kecil di Majlis Agama Islam Negeri. Baitulmal merupakan perbendaharaan negara yang
memainkan peranan penting dalam membangunkan sosio-ekonomi Islam seharusnya dimasukkan
dalam struktur perdana Negara. Disamping itu, terdapat juga kewujudan beberepa institusi yang
menyerupai peranan Baitulmal. Hal ini menyebabkan masyarakat keliru dan kurang memahami
peranan sebenar Baitulmal malah lebih mengenali Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Unit
Perancangan Ekonomi (EPU) dan seumpamanya. Akibat kurangnya pendedahan pada masyarakat,
sumber dan dana yang sepatutnya yang merupakan milik Baitulmal disekat dan dipindahkan ke
tempat lain seperti NGO, persatuan dan Badan Kebajikan. Justeru itu, sumber Baitulmal tidak
dapat diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan keperluan masyarakat tidak dapat dipenuhi
dengan berkesan.
Seterusnya, isu yang dinyatakan adalah ketidakselarasan struktur organisasi pengurusan
Baitulmal di setiap negeri Malaysia. Hal ini menyebabkan kepelbagian peranan dan perbezaan
amalan pengurusan Baitulmal di setiap Negeri. Kesan daripada itu, menampakkan perbezaan yang
jelas di dalam prestasi Baitulmal di setiap negeri. Sebagai contoh, Baitulmal Wilayah Persekutan
mencatatkan kemajuan yang cemerlang dari sudut pembangunan dan mobilasi dana berbanding
Baitulmal negeri Kedah.

Hasil kajian yang ditemui menunjukkan golongan muda mampu menguasai pengurusan
Baitulmal. Golongan ini boleh dimbing mengikut acuan sebenar Baitulmal dengan mengikuti
latihan dan kemahiran modal insan. Golongan belia ini mampu meningkatkan pengurusan
Baitulmal dengan lebih cekap dan efisen pada masa akan datang. Pengurusan modal yang baik
mampu meningkatkan prestasi baitulmal di Malaysia. Selain itu, terdapat pertambahan dan
peningkatan pendapatan Baitulmal di setiap negeri pada setiap tahun. Jika digabungkan
pendapatan Baitulmal di setiap negeri, membolehkan pegurusan modal (dana)tersebut
digemblengkan demi manfaat masyarakat asnaf khususnya. Pengarang mencadangkan dan
menyarankan agar ditubuhkan sebuah Baitulmal pusat yang dikenali sebagai Baitulmal Negara
yang berperanan sebagai penyelaras pengurusan Baitulmal di setiap negeri di Malaysia.

Pada pandangan penulis, pengarang artikel telah mengupas dan menjelaskan dapatan
kajian secara mendalam dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh
institusi Baitulmal dan cadangan penambahbaikan agar dapat meningkatkan kualiti Baitulmal pada
masa akan datang.

You might also like