You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/284139326

Kelebihan dan Manfaat Tadbir Urus Baik serta Perkhidmatan Berkualiti kepada
Strategi Pemasaran Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI)

Article · December 2014

CITATIONS READS

0 6,243

1 author:

Mokthar Hj. Ismail


International Islamic University College Selangor
8 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mokthar Hj. Ismail on 18 November 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KELEBIHAN DAN MANFAAT TADBIR URUS BAIK SERTA PERKHIDMATAN
BERKUALITI KEPADA STRATEGI PEMASARAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ISLAM (IPTI)

Oleh:
Mokthar Hj. Ismail

Abstrak

Penulisan ini membincangkan kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi oleh institusi
pengajian tinggi Islam (IPTI) dari tadbir urus baik serta perkhidmatan berkualiti kepada semua
pihak yang berkepentingan. Metodologi yang digunakan ialah pemerhatian terhadap amalan
dan pengalaman IPTI dalam mengurus tadbir organisasi pendidikan Islam dan menyampaikan
perkhidmatan berkualiti terutamanya kepada pelajar dan alumni. Matlamat utama penulisan ini
ialah untuk berkongsi pandangan dan cadangan bagaimana IPTI boleh mewujudkan tadbir urus
baik dan memastikan perkhidmatannya berkualiti tinggi. Matlamat kedua ialah untuk
menerangkan kelebihan mempunyai tadbir urus baik dan perkhidmatan berkualiti. Manfaat yang
boleh diperolehi IPTI ialah lahirnya pelajar dan alumni yang setia, sedia memberikan syor
positif mengenai IPTI kepada masyarakat secara sukarela dan seterusnya mampu memberikan
sumbangan kepada IPTI dalam bentuk kewangan dan kepakaran pada masa depan.

Kata kunci; Institusi Pengajian Tinggi Islam, tadbir urus, Perkhidmatan Berkualiti & Manfaat

PENDAHULUAN

Keperibadian manusia sangat berkait rapat dengan keberkesanan meningkatkan keilmuan diri
melalui pendidikan berkualiti (Chapra, 2009). Ia mampu memberi kesedaran kepada manusia
mengenai pandangan Islam terhadap alam ini, sistem nilai, akhlak dan juga tanggungjawab
manusia sebagai khalifah Allah S.W.T. Dalam perkataan lain, peranan pendidikan berkualiti
yang paling utama ialah menyediakan manusia dengan segala ilmu sewajarnya demi memenuhi
tugas dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. di atas muka bumi.
Disamping itu, pendidikan berkualiti turut membantu persediaan emosi, mental dan fizikal
manusia untuk bekerja secara bersih, cekap dan amanah. Peranan pendidikan berkualiti juga
mencakupi keperluan pengembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan teknologi dalam
masyarakat.

Pendidikan berkualiti merupakan agenda utama kerajaan dan rakyat Malaysia. Buktinya,
peruntukan belanjawan atau bajet Malaysia berkaitan pendidikan sentiasa meningkat saban tahun
(Mokthar Ismail, 2013). Antara matlamat terkini industri pendidikan Malaysia ialah untuk
melahirkan potensi insan yang mahir, kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan
pembangunan negara (Ishak Yussof, Mohd. Shukri Hajinoor & Zulkifly Osman, 2009).

Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah RM 54.6 bilion atau 21% dari keseluruhan
peruntukan dalam Bajet 2014 untuk pendidikan (Jabatan Perdana Menteri, 2013), berbanding
RM 38.7 bilion dalam Bajet 2013 (Berita Harian, 2012). Program Transformasi Kerajaan atau
Government Transformation Program (GTP) yang diperkenalkan pada 2010 juga telah
mengiktiraf kepentingan pendidikan kepada rakyat Malaysia (Performance Management and
Delivery Unit, 2011). Pendidikan dijadikan sebagai salah satu bidang keberhasilan utama negara
dimana prestasi kerajaan Malaysia diukur antara lainnya berdasarkan kepada kejayaan
meluaskan capaian rakyat Malaysia kepada pendidikan berkualiti serta penambahbaikan prestasi
dan pencapaian pelajar.

Penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti pendidikan juga bertambah dari semasa ke semasa.
Terdapat seramai 5.2 juta orang pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta
415 ribu orang guru direkodkan pada Jun 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Manakala, sejumlah 358 ribu orang pelajar pengajian tinggi direkodkan mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej
komuniti seluruh Malaysia pada Ogos 2013 (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2013).

Industri pendidikan Malaysia merangkumi pendidikan formal dan tidak formal. Bagi pendidikan
formal, terdapat lima peringkat umum iaitu pendidikan pra-sekolah, pendidikan rendah (Darjah 1
hingga 6), pendidikan menengah (Tingkatan 1 hingga 5), pendidikan menengah tinggi
(Tingkatan 6 atau Pra-universiti/ Asasi/ Matrikulasi) dan pendidikan tinggi (Diploma, Sarjana
Muda, Sarjana, PhD). Pendidikan tidak formal pula menjurus kepada pendidikan keagamaan,
moral dan etika yang dilaksanakan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan orang
perseorangan. Penulisan ini memberikan tumpuan kepada pendidikan formal peringkat tinggi
memandangkan kesan ekonomi yang dimilikinya sangat meluas dan meliputi pelbagai industri
yang lain. Tambahan pula, pendidikan tinggi mempunyai kepentingan dan pengaruh yang amat
kuat terhadap gaya kehidupan dan jatidiri setiap rakyat Malaysia.

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM (IPTI) DI MALAYSIA

Pendidikan tinggi merupakan agenda utama dan sebuah “projek mega” bagi setiap rakyat
Malaysia. Ia juga berkait rapat dengan Maqasid Syariah ataupun objektif hukum hakam dalam
Islam. Pendidikan tinggi menyumbang kepada kematangan fikiran dan kebijaksanaan semasa
membuat keputusan sekaligus dapat membantu seseorang muslim untuk menjaga perkara-
perkara dharuriyyat iaitu agama, jiwa dan nyawa, akal, keturunan dan maruah serta harta benda
agar sentiasa tetap dilandasan Islam. Pendidikan tinggi juga mampu memberi panduan kepada
seseorang muslim dalam mempertimbangkan secara wajar perkara-perkara hajiyyat dan
tahsiniyyat (Wan Mohd. Nasir, 2012).

Perancangan untuk menjayakan agenda dan projek pendidikan tinggi ini seharusnya bermula dari
peringkat umur muda sehinggalah dewasa. Saranan ini bertepatan dengan keputusan Kerajaan
Malaysia menjadikan agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) sebagai tunggak ketiga dalam
sistem pendidikan negara. PSH menyediakan dan memberikan peluang kepada rakyat negara ini
untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam jangka masa yang panjang (Khaled Nordin,
2013).

Terdapat pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak di
Malaysia bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi. Antara pihak yang telah menubuhkan IPT
di Malaysia ialah Kerajaan Malaysia sendiri (peringkat persekutuan), kerajaan negeri, majlis
agama Islam negeri (MAIN), parti politik, yayasan, syarikat swasta, IPT dari luar negara serta
orang perseorangan.

IPT Malaysia terbahagi kepada dua kategori umum iaitu IPT awam yang dimiliki sepenuhnya
oleh Kerajaan Malaysia dan IPT swasta yang dimiliki oleh organisasi selain kerajaan Malaysia.
Disamping dua kategori umum tersebut, terdapat satu lagi kategori yang dinamakan “institusi
pengajian tinggi Islam” atau IPTI yang memberikan gambaran bahawa latar belakang penubuhan
IPT kategori ini adalah berasaskan niat memenuhi tuntutan syariah Islam berkaitan pendidikan
tinggi. Kurikulum IPTI dibangunkan dengan menggabung-jalinkan ilmu naqliah dengan ilmu
aqliah agar para pelajar dan graduan terdidik dengan nilai-nilai murni sepertimana dikehendaki
Islam.

Penghayatan ajaran Islam di kalangan kakitangan dan pelajar menjadi agenda utama dalam
merangka hala tuju dan gerak kerja IPTI di Malaysia. Penubuhannya adalah bertepatan dengan
firman Allah SWT agar insan ciptaanNya membaca dengan nama tuhan yang mencipta seluruh
alam ini (Al-Quran 96:1). Penubuhan IPTI juga mencontohi salah satu sifat semulajadi
Rasulullah S.A.W. iaitu tabligh atau menyampaikan ilmu, suruhan dan larangan Allah S.W.T.
dimana baginda merupakan seorang pendidik agung dan murabbi terulung kepada seluruh umat
manusia (Abdul Fattah Abu Ghuddah, 2009).

Semua IPTI di Malaysia mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri dari segi matlamat
penubuhannya, program akademik, kurikulum dan sistem pentarbiahan yang dilaksanakan. IPTI
menawarkan disiplin ilmu yang menyeluruh, bukan hanya meliputi pengajian Islam tetapi juga
pengajian muamalat, contohnya seperti kejuruteraan, sains computer, perubatan dan pergigian,
ekonomi dan kewangan, perakaunan, komunikasi serta pengurusan perniagaan. Malaysia
mempunyai banyak IPTI yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak, contohnya adalah seperti yang
tersenarai dalam Jadual 1.

Sebagai sebuah institusi, IPTI tetap mempunyai pelbagai isu yang perlu dihadapi dari semasa ke
semasa. Kadang kala, isu yang dihadapi mampu mencabar kelangsungan kewujudannya dalam
industri pendidikan tinggi negara. Antara isu yang paling mencabar ialah kemampuan IPTI untuk
mewujudkan tadbir urus baik dan menyediakan perkhidmatan berkualiti. Tadbir urus penting
demi kesinambungan IPTI dalam melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan yang
dikategorikan sebagai fardhu kifayah. Penyampaian perkhidmatan berkualiti pula penting untuk
membina kepercayaan masyarakat tempatan dan antarabangsa kepada IPTI. Sehubungan itu,
penulisan ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan tadbir urus dan perkhidmatan
berkualiti oleh IPTI di Malaysia agar kewujudannya terjamin dan warisannya berkekalan
sehingga ke generasi rakyat Malaysia yang seterusnya.

Jadual 1
Contoh IPTI dan Institusi atau Organisasi yang Menubuhkannya
Bil. Nama IPTI Ditubuhkan oleh
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kerajaan Persekutuan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kementerian Malaysia
Pendidikan Malaysia; Darul Quran (DQ), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
2. Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Kedah; Kolej Kerajaan Negeri
Universiti Islam Melaka (KUIM), Melaka; Kolej
Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Perak.
3. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Majlis Agama Islam
Majlis Agama Islam Selangor; Kolej Islam Teknologi Negeri (MAIN)
Antarabangsa (KITAB), Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang.
4. Kolej Islam Antarabanga Sultan Ismail Petra (KIAS), Yayasan dimiliki oleh
Yayasan Islam Kelantan (YIK), Kelantan. Kerajaan Negeri

5. Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), Angkatan Belia Islam Badan Bukan Kerajaan
Malaysia; Kolej Islam As-Sofa (KIS), Yayasan Sofa (NGO) dan Yayasan
Negeri Sembilan. dimiliki oleh NGO
6. Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Kedah; Kolej Universiti Parti Politik
Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Selangor.
7. Kolej Hafiz (HAFIZ), Kelang Selangor; Kolej Islam Sains Orang Perseorangan/
dan Teknologi (KIST), KIST Group Holdings Sdn. Bhd.; Badan Korporat
Al-Madinah International University (MEDIU), Al-
Madinah International (Malaysia) Sdn. Bhd.
8. International Islamic College (IIC), Gombak Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia

PIHAK BERKEPENTINGAN DENGAN IPTI

IPTI, sepertimana organisasi yang lain, ditubuhkan oleh gabungan kerjasama diantara beberapa
pihak yang berkepentingan. Secara umumnya, terdapat sepuluh pihak berkepentingan yang
bergabung mendirikan IPTI dan menjadi penentu kepada tadbir urus baik dan penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti. Fungsi dan operasi IPTI dapat dijayakan sepenuhnya apabila
kesemua pihak berkepentingan ini dapat berkomunikasi dan berupaya membentuk sinergi yang
dinamik. Setiap pihak berkepentingan mempunyai peranan masing-masing yang tertentu. Setiap
gerak kerja yang dilakukan mampu memberikan kesan dan juga sumbangan besar kepada tadbir
urus dan perkhidmatan IPTI. Ketiadaan salah satu pihak sudah cukup untuk mencacatkan
peranan IPTI.

Penerangan mengenai sepuluh pihak berkepentingan dalam mewujudkan tadbir urus baik dan
penyampaian perkhidmatan berkualiti di IPTI ialah seperti berikut:

a. Lembaga pengarah kepada organisasi yang memiliki IPTI.

Organisasi yang memiliki IPTI boleh terdiri daripada kerajaan persekutuan atau negeri, majlis
agama Islam negeri (MAIN), yayasan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan
lain-lain. Setiap organisasi ini mempunyai lembaga pengarahnya sendiri yang memainkan
peranan utama sebagai pemegang amanah (Abdul Murad, 1998). Peranan utama lembaga
pengarah ialah memantau hal ehwal organisasi dari semasa ke semasa dengan menentukan hala
tuju, matlamat jangka masa panjang dan pendek, dasar-dasar utama dan juga untung rugi
organisasi. Selain itu, lembaga pengarah berperanan memperkenalkan IPTI kepada bakal pelabur
dan pewakaf yang berminat melalui networking dalam dan luar negara bagi mendapatkan dana
pelaburan baharu.

Kekuatan yang perlu ada pada ahli lembaga pengarah ialah sifat kepimpinan dan kepengarahan
yang tinggi dan jitu dalam membawa organisasi mencapai matlamat penubuhannya. Manakala,
antara cabaran yang berkait rapat dengan lembaga pengarah ialah kebarangkalian tinggi
berlakunya pertembungan kepentingan diantara lembaga pengarah dan lembaga pengelola IPTI
disebabkan oleh perbezaan matlamat yang hendak dicapai.
Disamping itu, ahli lembaga pengarah yang bersifat “ceremonial” tanpa memberi sebarang
sumbangan bermakna kepada IPTI juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi
pemilik IPTI. Adalah menjadi amalan rutin bagi organisasi yang memiliki IPTI untuk
menyediakan sejumlah elaun dan lain-lain keistimewaan yang berkaitan untuk manfaat ahli
lembaga pengarah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh mereka.

b. Lembaga pengelola IPTI.

Lembaga ini berperanan untuk mengelola, membuat dan melaksanakan dasar-dasar bagi
mencapai matlamat penubuhan IPTI. Ia juga bertanggungjawab mengawasi perjalanan IPTI dari
semasa ke semasa bagi memastikan IPTI tidak terpesong dari matlamat asal penubuhannya.
Lembaga pengelola bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal IPTI dan perlu melapor
kepada lembaga pengarah organisasi yang memiliki IPTI.

Terdapat perbezaan diantara lembaga pengarah dan lembaga pengelola terutamanya dari segi
punca kuasa pelantikan dan skop tanggungjawab. Jika pemilik IPTI ialah sebuah syarikat
contohnya, punca kuasa menubuhkan dan melantik lembaga pengarah diperolehi dari
perlembagaan syarikat yang berkait rapat dengan Akta Syarikat 1965, manakala puncakuasa
menubuhkan dan melantik Lembaga pengelola IPTI datang dari perlembagaan IPTI yang berkait
rapat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) atau Akta Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Sepertimana pihak lembaga pengarah, ahli lembaga pengelola
juga menerima elaun dan lain-lain keistimewaan yang berkaitan.

c. Pengurusan tertinggi IPTI dan pegawai kanan

Pengurusan tertinggi IPTI merupakan kumpulan pegawai tertinggi yang dilantik oleh lembaga
pengarah untuk berkhidmat secara langsung dalam organisasi IPTI. Contohnya ialah ketua
eksekutif (sesetengah IPTI menggunapakai istilah “rektor”), timbalan ketua eksekutif (timbalan
rektor), pendaftar, bendahari, penasihat undang-undang serta ketua pustakawan. Peranan
pengurusan tertinggi IPTI ialah memastikan perkhidmatan berkaitan pengurusan dan pentadbiran
IPTI berjalan dengan lancar. Mesyuarat pengurusan tertinggi IPTI merupakan badan tertinggi
yang boleh membuat keputusan mengenai hal ehwal pengurusan dan pentadbiran IPTI. Dalam
ertikata lain, pengurusan tertinggi IPTI bertanggungjawab keatas perkara-perkara selain
akademik yang telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada majlis senat.

Manakala, lapisan kedua pengurusan IPTI yang menyokong fungsi pengurusan tertinggi IPTI
ialah pegawai-pegawai kanan yang terdiri daripada dekan, timbalan dekan, pengarah, ketua
bahagian, ketua jabatan akademik dan sebagainya. Lantikan pegawai kanan dilakukan oleh pihak
pengurusan tertinggi IPTI. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kumpulan ini
merupakan tulang belakang kepada operasi harian IPTI. Gaji, elaun dan lain-lain perbelanjaan
yang berkaitan; perlindungan takaful; manafaat perubatan dan pergigian; kos meningkatkan
kelayakan akademik, latihan dan pembangunan kepakaran adalah sebahagian daripada hak dan
keistimewaan yang disediakan oleh IPTI untuk kumpulan ini.

d. Majlis senat IPTI

Majlis senat merupakan badan tertinggi yang menggubal dasar berkaitan akademik bagi semua
institusi pengajian tinggi (AUKU 1971, pindaan 2012). Senat bertanggungjawab mengurus tadbir
dan mengawal selia polisi dan hal ehwal akademik IPTI terutamanya berkaitan penubuhan
fakulti baharu; syarat masuk pelajar bagi mengikuti pengajian dalam program akademik;
pengajaran dan pembelajaran (P&P); peperiksaan; penyelidikan; penetapan, pengesahan dan
pengurniaan sijil serta ijazah (diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD) dan penganugerahan
kepujian akademik yang lain (Universiti Putra Malaysia, 2012). Senat juga berkuasa penuh untuk
menubuhkan atau membubarkan akademi, fakulti, pusat, institut dan lain-lain juzuk akademik
dalam IPTI. Disamping itu, senat berkuasa untuk menganugerahkan ijazah PhD kehormat kepada
mana-mana individu yang layak tertakluk kepada keizinan lembaga pengelola IPTI.

e. Ahli akademik yang berkhidmat dengan IPTI.

Ahli akademik bermaksud pegawai IPTI yang berkhidmat sebagai professor, professor madya,
pensyarah kanan, pensyarah, pensyarah muda dan tutor. Peranan utamanya ialah menyampaikan
perkhidmatan terpenting IPTI iaitu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diperlukan
oleh pelajar dengan baik sehingga menarik minat lebih ramai calon pelajar menyambung
pengajian di IPTI. Khidmat ahli akademik termasuk juga penyeliaan latihan ilmiah atau latihan
industri yang diikuti oleh pelajar. Begitu juga dengan aktiviti penyelidikan pra dan pasca
siswazah. Ahli akademik turut berperanan sebagai penyelidik dan perlu melakukan penyelidikan
bermutu dan berimpak tinggi dari semasa ke semasa.

Setiap ahli akademik dikehendaki mempunyai kualiti tertentu seperti berpengetahuan tinggi
dalam bidang kepakaran, mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
penyelidikan dengan cekap dan berkesan, mesra pelajar dan pegawai/ kakitangan pentadbiran
serta mampu menyumbang kepada usaha melahirkan da’i, ulama dan umara. IPTI
bertanggungjawab menyediakan gaji, elaun dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan,
perlindungan takaful, manfaat perubatan dan pergigian serta kos meningkatkan kelayakan
akademik, latihan dan pembangunan kepakaran kepada semua ahli akademiknya.

f. Pegawai dan kakitangan pentadbiran.

Pegawai dan kakitangan pentadbiran atau kumpulan sokongan adalah terdiri daripada ketua
jabatan pentadbiran, pegawai tadbir, penolong pegawai tadbir, pembantu am rendah dan
sebagainya. Peranan utama kumpulan ini ialah melaksanakan proses pentadbiran berkesan
sehingga IPTI mampu beroperasi dengan baik disemua peringkat berdasarkan peraturan sedia
ada yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi IPTI.

Selain itu, kumpulan ini bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan yang memuaskan hati
semua pelajar sehingga mampu menarik lebih ramai calon pelajar menyambung pengajian di
IPTI. Mereka juga berperanan menyelaras aktiviti pelajar serta membantu melancarkan proses
penyampaian khidmat P&P kepada pelajar. Antara kualiti yang perlu ada pada pegawai dan
kakitangan pentadbiran ialah mesra pelajar dan pensyarah, cekap melaksanakan tugasan dalam
tempoh masa ditentukan, pro-aktif dalam pelbagai perkara berkaitan tugasan serta menyediakan
dan melaksana pentadbiran terbaik melalui peraturan dan prosedur (standard operating procedure
- SOP) bagi mencapai matlamat IPTI.

g. Program-program akademik dan profesional.

Program akademik dan profesional bermaksud pelbagai disiplin ilmu yang ditawarkan mengikut
tahap kesarjanaan yang bersesuaian kepada pelajar dalam bentuk doktor falsafah (PhD), sarjana,
sarjana muda, diploma, matrikulasi atau asasi dan sijil. IPTI yang mempunyai pelbagai jenis
program akademik dan professional mampu menarik minat ramai pelajar untuk mendapatkan
perkhidmatan P&P dan penyelidikan, sekaligus memberi kesan positif keatas prestasi ekonomi
dan kewangan IPTI. Lebih banyak program akademik dan professional bermakna lebih ramai
pelajar menyertai IPTI dan sumber pendapatan berbentuk yuran pengajian bertambah.
Bagaimanapun, IPTI perlu mempertimbangkan kos pembangunan program dan kurikulum
baharu; khidmat kepakaran penasihat akademik; khidmat kepakaran penasihat industri, kos
dokumentasi serta yuran MQA sebelum mengambil keputusan untuk perkenalkan program
akademik dan professional baharu.

Program akademik dan professional boleh disifatkan sebagai berkualiti jika ianya mempunyai
kurikulum yang terkini, lengkap, mantap dari segi keilmuan dan sesuai dengan keperluan
semasa. Program yang berkualiti juga seharusnya mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dari
sudut pandangan majikan serta mampu diperanankan sebagai wadah utama untuk melahirkan
da’i, ulama dan umara.

h. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Mahasiswa/ siswi IPTI

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta siswa dan siswi merupakan denyut nadi kepada IPTI.
MPP bermaksud sekumpulan pelajar yang dipilih melalui pilihanraya kampus untuk menjadi
pemimpin kepada semua pelajar dalam sesebuah IPTI. MPP berperanan memberi ruang kepada
pelajar mengasah bakat semulajadi dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, keusahawanan,
kesenian dan sebagainya. Siswa dan siswi pula ialah pelajar yang mengikuti pelbagai peringkat
pengajian, antaranya seperti pasca siswazah, sarjana muda, diploma dan matrikulasi atau asasi.
Tanggungjawab utama pelajar ialah menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mampu. Pelajar
yang berpotensi tinggi ialah mereka yang berdisiplin, mampu berdikari, mempunyai daya saing
yang tinggi serta sentiasa tekun berusaha demi mencapai prestasi akademik dan sahsiah diri yang
terbaik.

Dari sudut pandangan ekonomi dan kewangan, pelajar merupakan penyumbang utama kepada
pendapatan IPTI melalui bayaran yuran akademik, yuran peperiksaan, yuran asrama dan
sebagainya. Pelajar bertanggungjawab untuk menjelaskan semua yuran akademik, peperiksaan,
asrama serta kemudahan lain (ICT, perpustakaan dan sebagainya) mengikut masa yang
ditetapkan. Jumlah pelajar yang ramai amat membantu dalam mengukuhkan ekonomi dan
kewangan IPTI. Aliran tunai yang diperolehi dari pelbagai bentuk yuran pelajar boleh
digunapakai oleh IPTI untuk menyokong perbelanjaan operasinya dari semasa ke semasa.
Sungguhpun begitu, kos pengurusan pelajar seperti aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum,
perlindungan takaful, rawatan kesihatan serta keselamatan pelajar turut meningkat dengan
bertambahnya jumlah pelajar.

i. Ahli alumni IPTI

Ahli alumni IPTI merupakan graduan yang telah menamatkan pengajian dan bekerja disektor
awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) atau bekerja sendiri. Sebahagian lagi ialah graduan
yang masih meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi di IPTI yang sama atau yang lain.
Alumni juga boleh terdiri daripada graduan yang kembali ke IPTI asal mereka dan mencurahkan
khidmat bakti sebagai pegawai atau kakitangan.

Secara ringkas, peranan utama alumni dari perspektif ekonomi dan kewangan ialah menjadi
penyumbang utama kearah kesejahteraan IPTI melalui bayaran zakat, sumbangan dana untuk
yayasan dan juga wakaf. Mereka diharapkan dapat memberi sumbangan infak dan wakaf
berbentuk kewangan dan hartanah, memberi khidmat nasihat dan kepakaran mengenai industri/
hal ehwal ekonomi semasa kepada IPTI dan membantu menarik lebih ramai calon pelajar
menyertai IPTI.
Alumni juga berperanan untuk menyebarluaskan maklumat tepat mengenai IPTI dan
perkhidmatan P&P serta penyelidikan yang disediakan kepada segenap lapisan masyarakat.
Mereka juga berperanan besar dalam usaha promosi dan pemasaran bagi meningkatkan jumlah
penyertaan pelajar baharu ke IPTI.

j. Kemudahan infrastruktur fizikal, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan lain-
lain

Kemudahan infrastruktur merupakan salah satu “input” yang mampu menjadikan perkhidmatan
P&P, penyeliaan dan penyelidikan yang ditawarkan oleh IPTI menjadi antara yang terbaik
dikalangan yang terbaik. Contoh kemudahan infrastruktur yang wujud di IPTI ialah masjid
institusi, bangunan akademik (kuliah/ tutorial), perpustakaan dan pusat sumber, makmal
komputer, bangunan pentadbiran, dewan konvokesyen dan peperiksaan, asrama pelajar serta
pusat aktiviti pelajar (persatuan, kelab, sukan, rekreasi dan lain-lain) termasuk juga jaringan
Intranet dan Internet.

Peranan utama kemudahan infrastruktur ialah menyokong segala perkhidmatan yang ditawarkan
oleh IPTI kepada pelajar dan orang ramai. Dari perspektif ekonomi dan kewangan, kemudahan
infrastruktur mampu menjana pendapatan sampingan kepada IPTI melalui hasil sewa
infrastruktur atau fasiliti kepada orang ramai. Namun, kewujudan infrastruktur amat
mempengaruhi saiz untung rugi operasi IPTI kerana ia melibatkan isu penyelenggaraan, kos
utiliti yang semakin meningkat (contohnya bil bekalan air dan elektrik, telefon dan Internet) serta
kos pembiayaan perlindungan takaful.

Sepuluh perkara atau pihak berkepentingan yang dibincangkan di atas menjadi tiang seri atau
tunjang utama yang saling sokong menyokong dan mengukuhkan antara satu sama lain.
Kewujudannya dapat memantapkan organisasi pendidikan dan pembelajaran IPTI secara
keseluruhan. Harus diakui, matlamat melahirkan seorang pelajar dan graduan IPTI yang
mempunyai kualiti da’i, ulama dan umara lagi beradab serta patuh kepada suruhan Allah S.W.T.
dan Rasulullah S.A.W. amat memerlukan komitmen yang tinggi daripada para pensyarah juga
sokongan yang tidak berbelah bahagi dari lembaga pengarah, lembaga pengelola IPTI,
pengurusan tertinggi, senat, kakitangan pentadbiran termasuk alumni IPTI sendiri (Sekretariat
Induk Pelaksana Transformation of IPTI [ToK], 2011).

Rajah 1 memberikan gambaran tepat mengenai IPTI yang tertubuh berasaskan sepuluh pihak
berkepentingan atau perkara yang telah dibincangkan. Kesepaduan IPTI digambarkan sebagai
sebuah binaan berbentuk oktagon yang mempunyai sepuluh sisi, bersifat teguh dan stabil.

Lembaga
Pengarah
MPP,
Ahli
Siswa &
Akademik
Siswi

Program Akademik & Infrastruktur Fizikal &


Infrastruktur
Lembaga Program
Profesional (dari sijil Majlis ICT (termasuk
Fizikal &
Pengelola Akademik
hingga PhD) Senat Masjid/ Pusat
ICT Islam)

Pegawai &
Ahli
Kakitangan Oktagon – bentuk binaan
Alumni
Pentadbiran yang mempunyai 10 sisi,
Pengurusan padu, berdiri teguh dan
Kanan stabil.
KELEBIHAN TADBIR URUS BAIK DAN PERKHIDMATAN BERKUALITI KEPADA
STRATEGI PEMASARAN IPTI

a. Definisi Tadbir Urus

Tadbir urus bermaksud semua proses berkaitan membuat keputusan dan melaksanakan atau tidak
melaksanakan keputusan tersebut. Istilah ini boleh digunakan dalam pelbagai konteks, contohnya
tadbir urus korporat, tadbir urus antarabangsa, tadbir urus kebangsaan dan sebagainya (Yap, n.d).
Tadbir urus baik mempunyai lapan sifat utama iaitu penuh rasa amanah dan bertanggungjawab
(accountable), telus (transparent), sedia memberi maklum balas (responsive), adil dan meliputi
semua pihak (equitable and inclusive), berkesan dan cekap (effective and efficient), mematuhi
kedaulatan undang-undang (follows the rule of law), mudah disertai dengan rela hati
(participatory) dan berteraskan rundingan dan muafakat (consensus oriented) (Municipal
Association of Victoria et. al., 2014).

Istilah tadbir urus telah banyak dibincangkan oleh ahli akademik dan golongan profesional di
Malaysia. Antara tajuk yang menjadi tumpuan perbincangan ialah kesesuaian penggunaan istilah
ini dalam amalan pengurusan berteraskan syariah Islam. Begitu juga dengan maksud yang
tersurat dan tersirat bagi tadbir urus insan (human governance) berbanding tadbir urus korporat
(corporate governance). Perbincangan mengenai kelebihan dan kekurangan diantara kedua-dua
jenis tadbir urus ini boleh diteliti antaranya dalam hasil kajian Arfah Salleh dan Aziuddin Ahmad
(2008, 2009), Aziuddin Ahmad (2010), Dzulkifle Abdul Razak (2013) serta Intan Fadzliana dan
Mohd. Izham (2014) yang berpendapat tadbir urus insan lebih dekat dengan fitrah manusia dan
menepati kehendak organisasi berteraskan syariah Islam.

Tadbir urus insan merupakan suatu bentuk kawalan dalaman yang lahir dari iman yang tebal dan
dapat menjadi panduan kepada individu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh kebijaksanaan sesuai dengan tuntutan Maqasid Syariah. Manakala tadbir urus korporat
merupakan suatu bentuk kawalan luaran yang dizahirkan dalam bentuk peraturan, undang-
undang, kod etika dan sebagainya bertujuan memastikan sasaran organisasi korporat tercapai.

Ringkasnya, tadbir urus insan menjurus kepada pengolahan individu atau insan yang menjadi
sebahagian daripada jemaah atau organisasi. Sementara itu, tadbir urus korporat lebih menjurus
kepada pengolahan organisasi atau syarikat (yang merupakan entiti sah dari pandangan undang-
undang dan berasingan dari manusia yang menubuhkannya) bagi mencapai matlamat jangka
masa pendek, sederhana dan panjang.

b. Persaingan dan Strategi Pemasaran IPTI

Persaingan di antara institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia untuk mendapatkan pelajar adalah
sangat sengit. Pelbagai kaedah pemasaran dan komunikasi diguna pakai oleh semua IPT untuk
menyampaikan maklumat kepada calon pelajar mengenai peluang pengajian tinggi yang terdapat
di institusi masing-masing. Usaha ini dilakukan bagi memastikan calon pelajar mempunyai
maklumat tepat sebelum memilih IPT yang sesuai. IPTI juga tidak terkecuali dalam perkara ini.

Calon pelajar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar baharu dan pelajar sedia ada.
Pelajar baharu merupakan individu yang belum pernah mengikuti pengajian di IPTI yang
berkenaan. Rekod mereka belum wujud dalam sistem pendidikan IPTI tersebut. Manakala,
pelajar sedia ada merujuk kepada pelajar semasa yang sedang mengikuti pengajian di IPTI yang
berkenaan. Alumni atau pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka dengan sempurna juga
termasuk dalam kumpulan ini. Mereka telah wujud dalam sistem pendidikan IPTI tersebut.

IPTI menggunakan pelbagai strategi pemasaran bagi mempengaruhi kecenderungan calon pelajar
yang terdiri dari pelajar baharu dan pelajar sedia ada serta alumni untuk mengikuti pengajian
yang ditawarkan. Namun begitu, kebanyakan strategi pemasaran yang dipilih oleh IPTI lebih
tertumpu kepada usaha mendapatkan calon pelajar baharu. Antaranya ialah menyertai pameran
pendidikan dan kerjaya, menyiarkan iklan dalam media cetak dan elektronik serta meningkatkan
aktiviti pemasaran secara maya melalui Internet. Strategi pemasaran kepada pelajar sedia ada dan
juga alumni tidak diberikan perhatian sewajarnya memandangkan kumpulan ini telah wujud
dalam sistem pendidikan IPTI.

c. Bagaimana Tadbir Urus Baik dan Perkhidmatan Berkualiti membantu Pemasaran


IPTI?

IPTI yang berhasrat untuk berkembang pesat dan berwawasan mencapai taraf universiti penuh
pada masa depan perlu meluaskan strategi pemasarannya mencakupi kedua-dua kumpulan iaitu
pelajar baharu dan pelajar sedia ada yang sedang mengikuti pengajian di kampus. Begitu juga
strategi pemasaran kepada alumni yang telah menamatkan pengajian dan kini sedang membina
kerjaya dalam industri yang diceburi mereka. IPTI perlu berusaha mewujudkan tadbir urus baik
dan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelajar dan alumni sebagai salah satu kaedah
pemasaran secara tidak langsung (indirect marketing).

Tadbir urus baik dalam konteks pendidikan tinggi pastinya melibatkan tadbir urus organisasi
korporat, tadbir urus pegawai dan kakitangan serta tadbir urus kerjasama dan pengiktirafan
terhadap institusi juga program akademik yang ditawarkannya. Bagi perkhidmatan berkualiti
pula, ia melibatkan kualiti program akademik dan profesional yang ditawarkan kepada
masyarakat umum, kualiti pengisian dalam aktiviti pembangunan sahsiah diri dan ketrampilan
pelajar serta kualiti infrastruktur dan fasiliti yang disediakan untuk manfaat semua pihak yang
berkepentingan.

Kualiti perkhidmatan yang disediakan IPTI memainkan peranan paling penting dalam usaha
memastikan manfaat pemasaran kepada pelajar dan alumni tercapai. Perkara pertama yang
memerlukan kualiti terbaik ialah program akademik yang ditawarkan oleh IPTI. Tadbir urus
organisasi korporat serta pegawai dan kakitangan saling berkait rapat dengan perkhidmatan
berkualiti yang disediakan oleh IPTI melibatkan program akademik dan professional serta
aktiviti pembangunan pelajar. Dalam perkataan lain, faktor tenaga dan kemahiran manusia amat
mempengaruhi tadbir urus baik dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh IPTI.

Sebagai contoh, kualiti program akademik yang ditawarkan oleh fakulti amat berkait rapat
dengan kualiti serta kepakaran pensyarahnya. Pensyarah yang ikhlas dan bersungguh-sungguh
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, pegawai pentadbiran yang melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah serta kakitangan bawahan yang
menyokong urusan pentadbiran akademi, fakulti, pusat, bahagian atau jabatan merupakan
ramuan penting dalam usaha memberikan perkhidmatan berkualiti. Begitu juga halnya dengan
pengisian aktiviti pembangunan pelajar.

Seperkara lagi yang amat penting dalam usaha mewujudkan tadbir urus baik dan perkhidmatan
berkualiti ialah memastikan jaringan kerjasama dan pengiktirafan yang diperolehi dari institusi
dalam dan luar negara sentiasa terurus dengan baik. Lebih banyak kerjasama dan pengiktirafan
diterima oleh IPTI, lebih meluas kepercayaan masyarakat kepada IPTI. Jaringan akademik dan
ko-kurikulum yang merentas sempadan negara melalui kerjasama dipelbagai peringkat sangat
membantu IPTI untuk maju kehadapan. Ia sangat berkait rapat dengan proses
pengantarabangsaan yang merupakan usaha mendapatkan pengiktirafan dan akreditasi dari
negara luar kepada sistem pendidikan IPTI sehingga mampu menarik lebih ramai pelajar
antarabangsa mengikuti pengajian di kampus ini.

Begitu juga dengan infrastruktur yang disediakan oleh IPTI seperti masjid, perpustakaan,
bangunan akademik dilengkapi dewan dan bilik kuliah, bangunan pentadbiran, kompleks sukan
dan rekreasi dan sebagainya. Kualiti infrastruktur yang terdapat dalam kampus turut
mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh pegawai dan kakitangan IPTI.
Disamping itu, kemudahan lain seperti khidmat pembangunan mahasiswa, kemudahan sukan dan
rekreasi pelajar, kemudahan penjagaan kesihatan, keselamatan pelajar dan sebagainya turut
menyumbang kepada kualiti perkhidmatan IPTI.

d. Kesan Langsung Tabdir Urus Baik dan Perkhidmatan Berkualiti

Tadbir urus baik dan perkhidmatan berkualiti amat mempengaruhi imej dan reputasi IPTI
diperingkat tempatan dan antarabangsa, lebih-lebih lagi jika hubungannya dengan semua agensi
kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sekeliling adalah baik dan harmoni.
Hubungan baik ini menyumbang kepada pembentukan sinergi yang meningkatkan lagi pengaruh
IPTI pada pandangan Ummah. Apa yang perlu dilakukan seluruh warga kerja IPTI ialah sentiasa
memelihara dan memperkasakan lagi tadbir urus dan kualiti perkhidmatan sesuai dengan
statusnya sebagai gudang ilmu yang berupaya melahirkan da’i, ulama dan umara.

Antara pendekatan terkini untuk meningkatkan imej dan reputasi institusi ialah dengan cara
mewujudkan perjawatan baharu seperti Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity
Officer (CeIO) yang memantau proses penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh agar
perkhidmatan yang disampaikan adalah telus dan berintegriti. Program CeIO ditawarkan oleh
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia – sebuah institusi dibawah kelolaan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). IPTI boleh menghantar beberapa pegawai kanan untuk
mengikuti program ini sebagai mesej kepada masyarakat umum bahawa IPTI amat prihatin
kepada isu-isu berkaitan integriti organisasi dan individu.

Begitu juga halnya dengan imej dan reputasi para pensyarah dan kakitangan pentadbiran yang
bernaung dibawah IPTI. Setiap individu berperanan untuk membentuk imej dan reputasi yang
positif pada pandangan pelajar, alumni dan masyarakat umum. Hubungan warga IPTI dengan
pelajar dan alumni IPTI seharusnya berteraskan perasaan ikhlas, sedia bekerjasama, saling
hormat menghormati dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Program Pembangunan Infrastruktur
Akademik Pelajar & Fasiliti

Perkhidmata
n Berkualiti
Setia/ Kekal
dengan
Perkhidmatan
disediakan IPTI

Imej & Reputasi Kepuasan


IPTI diperingkat Pelajar/ Kesetiaa Syor Positif
Alumni n kepada
Tempatan &
terhadap Pelajar/ Masyarakat
Antarabangsa Proses & Hasil

Sumbangan
(Wakaf/ Zakat/
Penajaan dan
Tadbir Urus lain-lain)
Baik

Organisasi Pegawai & Kerjasama &


Korporat Kakitangan Pengiktirafan

Rajah 2: Model Kelebihan, Kesan dan Manfaat Tadbir Urus Baik serta Perkhidmatan
Berkualiti kepada Strategi Pemasaran IPTI. Penglibatan menyeluruh dari semua warga IPTI
amat diperlukan. Setiap individu yang berkhidmat di IPTI mempunyai peranan masing-masing
untuk menjayakan model ini.
Nota: Model adaptasi dari Zainudin Awang (2014).

Gabungan diantara tiga pembolehubah iaitu tadbir urus baik, perkhidmatan berkualiti serta imej
dan reputasi positif yang dimiliki oleh IPTI mampu memberi kesan kepada tahap kepuasan
semua pihak yang berkepentingan terhadap proses dan hasil perkhidmatan yang disediakan IPTI.
Tahap kepuasan yang tinggi mampu melahirkan pelajar dan alumni yang setia kepada institusi.
Setia bermaksud pelajar dan alumni sentiasa berpandangan positif kepada IPTI serta sedia
bekerjasama dan membantu dalam jihad melahirkan lebih ramai insan da’i, ulama dan umara.
Rajah 2 menjelaskan kelebihan tadbir urus baik dan perkhidmatan berkualiti serta kesannya
kepada strategi pemasaran IPTI.

MANFAAT TADBIR URUS BAIK DAN PERKHIDMATAN BERKUALITI KEPADA


IPTI

Manfaat atau kesan pemasaran kepada pelajar dan alumni adalah sangat besar terutamanya
keatas jumlah keseluruhan pelajar dan pendapatan IPTI. Berikut ialah tiga bentuk manfaat yang
bakal diperolehi oleh IPTI:
a. Setia atau kekal dengan perkhidmatan disediakan IPTI

Manfaat pertama ialah pelajar dan alumni kekal setia dengan perkhidmatan lanjutan yang
disediakan IPTI, dimana mereka mendapatkan perkhidmatan pendidikan tinggi yang seterusnya
daripada institusi pengajian yang sama. Manfaat ini bermaksud pelajar sedia ada atau alumni
IPTI menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di IPTI. Sebagai contoh, jumlah
keseluruhan pelajar pasti meningkat dengan mendadak sekiranya nisbah atau peratusan pelajar
lulusan diploma IPTI yang mendaftar sebagai pelajar baharu bagi program ijazah sarjana muda
IPTI dapat ditingkatkan melalui strategi pemasaran yang berkesan. Kesudian pelajar untuk
menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi di IPTI juga sebenarnya merupakan
testimoni kepada keupayaan institusi ini memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajarnya.

b. Syor positif berkaitan IPTI kepada masyarakat

Manfaat kedua ialah pelajar dan alumni sudi memberikan pandangan positif dan cadangan
kepada rakan-rakan di luar sana supaya turut menyambung pengajian di institusi pengajian yang
sama dengannya. Manfaat ini bermaksud pelajar dan alumni telah menjadi jurucakap paling
berkesan bagi pihak IPTI. Sebagai contoh, pelajar dan alumni menceritakan pengalaman menarik
yang dilalui semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di IPTI kepada rakan-
rakan laman Facebook. Seterusnya, pelajar dan alumni mengesyorkan agar rakan-rakannya turut
menyertai IPTI untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Maklumat yang dikongsi pastinya
mampu menarik minat ramai calon pelajar baharu untuk menyambung pengajian di IPTI. Begitu
juga keadaannya apabila semua pelajar sedia ada melibatkan diri dalam usaha pemasaran dan
berjaya mendaftarkan seorang pelajar baharu. Jumlah keseluruhan pelajar akan meningkat
sebanyak 100%!

c. Sumbangan kewangan dan kepakaran kepada IPTI

Manfaat ketiga ialah pelajar dan alumni menyumbang kembali kepada IPTI secara positif,
antaranya dengan melibatkan diri dengan aktif dalam usaha membangunkan IPTI melalui
sumbangan wakaf, zakat, penajaan dan sebagainya. Sumbangan yang diberikan oleh pelajar
amnya dan alumni khususnya amat diperlukan oleh IPTI dalam memastikan kelestarian institusi
ini agar dapat diwarisi oleh generasi masa depan. Sebagai contoh, alumni IPTI yang bekerja
dalam industri memilih untuk membuat potongan bulanan bayaran zakat pendapatan di Pusat
Zakat IPTI. Sumbangan juga boleh diberikan oleh alumni dalam bentuk bimbingan dan
perkongsian pengalaman bagi memperkasakan lagi keyakinan diri, kualiti kepimpinan dan
ketrampilan pelajar.

IPTI pastinya mampu berkembang pesat seandainya tiga manfaat pemasaran yang tersenarai di
atas dapat direalisasikan. Tambahan pula, aktiviti pemasaran kepada pelajar dan alumni IPTI
tidak memerlukan peruntukan kewangan yang besar berbanding dengan aktiviti pemasaran
kepada bakal pelajar baharu. Semua warga IPTI hanya perlu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin mengikut spesifikasi kerja dan petunjuk prestasi
utama (KPI) yang telah ditetapkan. Disamping itu, semua warga IPTI perlu memberikan
perkhidmatan dengan ikhlas dan mesra kepada pelajar dan alumni IPTI. Penyampaian
perkhidmatan berkualiti, mesra dan ikhlas pastinya menyumbang kepada peningkatan tahap
kepuasan pelajar dan alumni terhadap proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
perkhidmatan sampingan yang diperolehi dari IPTI.
KESIMPULAN

Penulisan ini membincangkan peranan semua pihak yang berkepentingan dalam menjayakan
agenda mewujudkan tadbir urus baik dan penyampaian perkhidmatan berkualiti oleh IPTI.
Manfaat yang bakal diperolehi hasil dari tadbir urus baik dan perkhidmatan berkualiti kepada
pelajar dan alumni juga dikupas. Adalah diharapkan penulisan ini dapat memberikan gambaran
mengenai tindakan yang sewajarnya diambil oleh IPTI untuk memperkasakan tadbir urus dan
sistem pengurusan kualiti agar matlamat jangka panjang untuk menjadi organisasi pengajian
tinggi Islam yang unggul tercapai.

Sungguhpun begitu, masih terdapat banyak ruang yang boleh diterokai untuk mewujudkan
sistem tadbir urus dan pengurusan kualiti terbaik. Antaranya ialah memperkenalkan ciri-ciri
tadbir urus insan dalam operasi harian IPTI. Tadbir urus insan mempunyai falsafahnya yang
tersendiri dan memerlukan kefahaman yang baik terutamanya kepada falsafah pendidikan Islam.
Nilai-nilai murni dan etika dalam pengurusan patuh syariah Islam juga perlu diterapkan dalam
amalan pengurusan harian IPTI. Dengan cara ini, semua pihak berkepentingan dapat bersama-
sama berganding bahu menghidupkan biah solehah iaitu persekitaran yang memenuhi kehendak
syariat Islam. Semua cadangan ini boleh dimanafaatkan dalam kajian atau penulisan oleh
penyelidik pada masa depan.

Sebagai penutup, usaha mewujudkan sistem tadbir urus dan perkhidmatan berkualiti kepada
pelajar dan alumni menuntut komitmen yang padu daripada setiap warga IPTI. Semua pihak,
tanpa mengira pangkat atau jawatan samada pensyarah, pegawai atau kakitangan pentadbiran,
harus berusaha meningkatkan reputasi organisasi dan kakitangan di mata para pelajar, alumni
dan masyarakat umum. Keazaman untuk memberikan perkhidmatan paling berkualiti kepada
pelajar dan alumni mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing perlu membara dalam diri
setiap warga IPTI. Begitu juga dengan iltizam untuk memastikan imej organisasi sentiasa positif
dan harum kepada pelajar, alumni dan juga masyarakat setempat dan antarabangsa.

Dengan tadbir urus baik dan perkhidmatan yang berkualiti, reputasi IPTI akan terus meningkat.
Perkara ini mampu memberi kesan kepada tahap kepuasan pelajar dan alumni terhadap semua
perkhidmatan yang disediakan. Pelajar dan alumni yang setia hanya akan wujud setelah semua
perkara yang dibincangkan berjaya dipenuhi. Tadbir urus baik dan perkhidmatan berkualiti
kepada pelajar dan alumni ini akan membolehkan IPTI mendapat manfaat dalam bentuk pelajar
dan alumni yang setia, sentiasa memberikan syor positif kepada bakal atau calon pelajar baharu
dan berkeupayaan pula memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan serta perkongsian
pengalaman demi kesinambungan IPTI bagi generasi akan datang.
RUJUKAN

Al-Quran al-Karim
Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2009). Rasulullah pendidik terulung: 40 teknik Rasulullah
mengajar (Shuhadak Mahmud, Trans.). Seremban, Negeri Sembilan: Al-Azhar Media.
Abdullaah Jalil & Asharaf Mohd. Ramli. (2011). Waqf instruments for construction contract: An
analysis of structure. In Monzer Kahf & Siti Mashitoh Mahamood. (Eds.). (2011).
Essential readings in contemporary waqf issues (pp.399-416). Kuala Lumpur: CERT
Publications.
Abdul Murad Ahmad. (1998). Ikhtisar peranan pengarah. Batu Caves, Selangor: Pustaka Ilmi.
Adiwarman A. Karim. (2007). Ekonomi mikro Islam (3rd Ed.). Jakarta: PT RajaGrafindo
Persada.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [AUKU, Akta 30]. (2012). (Malaysia).
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [AIPTS, Akta 555]. (2013). (Malaysia).
Arfah Salleh & Aziuddin Ahmad. (2008). Human Governance: A Paradigm Shift in Governing
Corporation. Kuala Lumpur. MPH Group Publishing.
Arfah Salleh & Aziuddin Ahmad. (2009). Molding Human Business Leaders – What Business
School Instructors Can Learn from Quantum Physics. Journal of Islamic Economics,
Banking and Finance, Volumen 5(2), 23-43.
Aziuddin Ahmad. (2010). Administration and Management in Islamic Education: Good
Governance. Paper presented at the 1st. International Conference on Islamic Education
(ICiED), Malaysia.
Berita Harian. (2012). Teks Ucapan Bajet 2013. Retrieved from http://www.bharian.com.my
Chapra, M. Umer. (2009). The Islamic of development in the light of the Maqasid al-Shariah.
Proceedings of the 1st. Insaniah-IRTI International Conference on Islamic Economics,
Banking and Finance, Langkawi, Malaysia, August 18-19, 2009 (pp.1-52). Langkawi:
University College Insaniah.
Cizakca, M. (2011). Waqf in history and its implications for modern Islamic economies. In
Monzer Kahf & Siti Mashitoh Mahamood. (Eds.). (2011). Essential readings in
contemporary waqf issues (pp.3-42). Kuala Lumpur: CERT Publications.
Dzulkifli Abdul Razak. (2013). Exploring New Possibilities in the Era of Sustainabilities: A Post
2015 Perspective. Paper presented at the 3rd. Regional Conference on Educational
Leadership and Management, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.
Financial Planning Association of Malaysia [FPAM] & Islamic Banking and Finance Institute
Malaysia [IBFIM]. (2009). Islamic financial planning: a brief introduction. Kuala
Lumpur: Author.
French, J. R. P., Jr., & Raven, B. H. (1959). The bases of social power. In D. Cartwright (Ed.),
Studies in Social Power (pp. 150–167). Ann Arbor, MI: Institute for Social Research.
Intan Fadzliana Ahmad dan Mohd. Izham Mohd. Hamzah. (2014). Tadbir Urus Korporat lawan
Tadbir Urus Insan: Kekeliruan Peranan Pentadbir Institusi Pengajian Tinggi Islam
terhadap Peranan Universiti. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 1, 84-96
Ishak Yussof, Mohd. Shukri Hajinoor & Zulkifly Osman. (2009). Globalisation and Malaysia’s
Economy. In Ishak Yussof. (Ed.). (2011). Malaysia’s economy: Past, present & future
(pp.243-269). Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM]. 2009. Himpunan keputusan muzakarah
jawatankuasa fatwa kebangsaan berhubung dengan isu-isu muamalat. Putrajaya: Author.
Jabatan Perdana Menteri. (2013). 2014 Budget Speech. Retrieved from http://www.pmo.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Retrieved from http://emisportal.moe.gov.my
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (2013). Retrieved from
http://mohe.gov.my/web_statistik
Khaled Nordin. (2013). Dinamika Pengajian Tinggi (2nd Ed.). Putrajaya: Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.
Mokthar Ismail. (2013). An insight to Malaysian economy (1st Ed.). Bangi, Malaysia: Pusat
Pembangunan Penyelidikan [PPP] KUIS. Retrieved from
https://www.academia.edu/4370167/An_Insight_to_Malaysian_Economy_1st_Edition_I
mproved_Version_Aug_2013_
Muhammad Ali Hashim. (2011). Khalifah ganti superman. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Muhammad Hasan al-Basri. (2013). Nikmatnya bersedekah. Batu Caves, Selangor: PTS
Millennia.
Municipal Association of Victoria, Victorian Local Government Association, Local Government
Victoria and Local Government Professionals. (2014). Good Governance Guide.
Retrieved from http://www.goodgovernance.org.au/about-good-governance/what-is-
good-governance/
Performance Management and Delivery Unit. (2011). On Track: Government and Economic
Transformation Update. Retrieved from http://www.pemandu.gov.my/etp
Raven, B. H. (1965). Social influence and power. In I. D. Steiner, ed. & M. Fishbein (Eds.),
Current Studies in Social Psychology. New York: Holt, Rinehart, Winston.
Sekretariat Induk Pelaksana Transformation of IPTI [ToK]. (2011). Transformation of IPTI Buku
Panduan. Kajang, Selangor: Pusat Pembangunan Penyelidikan.
Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri [JPN] Pahang. (2013). Perancangan
strategik. Retrieved May 16, 2014, from http://www.slideshare.net/spajpnp/perancangan-
strategik-15864743#btnNext
Stevenson, W. (2010, November 15). Recognizing and avoiding conflict of interest [Web log
message]. Retrieved May 26, 2014, from http://www.enago.com/blog/recognizing-and-
avoiding-conflicts-of-interest/
Sudin Haron & Wan Nursofiza Wan Azmi. (2009). Islamic finance and banking system:
philosophies, principles and practices. Shah Alam, Selangor: McGraw Hill Education.
Surtahman Kastin Hasan. (2011). Ekonomi Islam – Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Syahnaz Sulaiman. (2008). Hukum pembangunan tanah wakaf khas menurut perspektif syarak.
Jurnal Muamalat, 1(1), 45-64.
Universiti Putra Malaysia [UPM]. (2012). Garis panduan pengurusan senat (Document code:
PU/PS/GP001). Serdang, Malaysia: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa). Retrieved from http://reg.upm.edu.my/spk_upm/PU-PS-
web/dok_pu_ps_9.5.12/PR_AK_GP/PU.PS.GP001.pdf
Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahad. (2012). Pengenalan asas kepada Maqasid Syariah: objektif
hukum-hakam Islam. Shah Alam, Selangor: PSN Publications.
Yap Kioe Sheng. (n.d.). What is Good Governance? United Nations Economic and Social
Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP). Retrieved 7 Nov 2014 from
http://www.unescap.org/sites/default/files/good-governance.pdf
Zainudin Awang. (2014). A Handbook on SEM for Academicians and Practitioners. Bandar
Baru Bangi: MPWS Rich Publication.

View publication stats

You might also like