You are on page 1of 10

The 2017 UMK Postgraduate Colloquium

Cultivating Excellence Through Research

Pendekatan Teknologi Maklumat Sebagai Elemen


Kemudahan Latihan Islam
Di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur
Mohd Saidi bin Ab Hamid1 dan Mohd Zain bin Mubarak1
1
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah,
Universiti Malaysia Kelantan,
Malaysia

Email: saidi_bakaipk@yahoo.com

Abstrak – Teknologi Maklumat merupakan elemen penting yang membantu kemahiran insan terhadap
penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data.. Teknologi maklumat terhasil
daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan
penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna
secara elektronik. Perkara ini banyak membantu dalam konteks kecekapan pengurusan dan
perkhidmatan sesebuah institusi. Namun begitu sukar menemukan kajian yang meneliti aspek ini secara
mendalam khususnya terhadap perkhidmatan hal ehwal islam di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah
Timur (ILTIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk
meneroka pendekatan teknologi maklumat dengan mengenal pasti apakah ciri-ciri berkaitan dan
kepentingannya yang membawa kepada kehidupan ke pengurusan latihan hal ehwal islam yang lebih
baik. Hasil kajian mendapati pendekatan teknologi maklumat mampu mempengaruhi kehidupan
perkhidmatan hal ehwal islam dapat memberi kemudahan dan kecekapan urusan latihan Islam,
berpegang kepada prinsip perkhidmatan yang cekap dan turut membantu kepada aspek pengurusan yang
lebih baik dan bertanggungjawab sehingga membawa kepada kejayaan perkhidmatan hal ehwal islam di
Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Besut Terengganu
dalam mengendalikan latihan. Kajian ini adalah berasaskan kepada analisis kandungan kualitatif yang
menggunakan dokumen sebagai sumber data. Data yang dikumpul dalam artikel ini dianalisis dan
--
diinterpretasikan dalam bentuk maklumat dengan menggunakan pendekatan deskriptif.

tambahkan permasalahan, metodologi kajian dan hasil


kajian.
Kata kunci : teknologi maklumat, latihan, Institut Latihan Islam Wilayah Timur

1. Pendahuluan

Pendekatan teknologi maklumat telah diberi perhatian di Institut Latihan Islam Wilayah
Timur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Besut Terengganu. Ianya berperanan dalam
usaha melahirkan perkhidmatan hal ehwal islam di Institut Latihan Islam Malaysia
Wilayah Timur yang mampu memberikan kemudahan kearah melahirkan insan yang
cekap dalam mengendalikan sesuatu latihan yang berkualiti dan dinamik. Eleman
kemudahan yang ingin dihasilkan adalah yang mampu mengendalikan latihan secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah (Marzita, 2006).
Pembinaan elemen kemudahan ini untuk membentuk tenaga kerja manusia yang
berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan amat diperlukan
dalam menghadapi cabaran semasa. Fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk

1
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

direalisasikan oleh semua pihak termasuk di Institut Latihan Islam Malysia Wilayah
Timur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Besut Terengganu. Acuan dan formula
negara maju yang ingin dicapai adalah negara yang makmur dan diredai Allah SWT.
Firman Allah dalam Surah al-A’raf (7):205 yang bermaksud:

“Dan Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut dan dengan
tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, janganlah kamu termasuk
orang-orang yang lengah “.

Konsep kehidupan masyarakat pada hari ini adalah masyarakat yang hidup dalam dunia
global. Kehidupan mereka yang berorientasikan materialistik telah menjadikan mereka
bersifat individualistik dan sangat mementingkan gaya hidup, kelas sosial dan
mementingkan diri sendiri. Menurut Siti Norlasiah (2014), generasi kini sedang
berhadapan dengan pelbagai perubahan begitu juga bagi mengendalikan latihan.Maka
disinilah peranan perkhidmatan hal ehwal islam di Institut Latihan Islam Malaysia
Wilayah Timur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Besut Terengganu bagi melahirkan
pegawai pengurusan hal ehwal islam dan penjawat awam yang bertaqwa, kompeten dan
cekal menghadapi cabaran.

Kajian ini memfokuskan kepentingan kecekapan pengurusan bagi melahirkan


perkhidmatan hal ehwal islam di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Besut Terengganu. Berpotensi memberikan
perkhidmatan yang baik dalam mengendalikan program latihan dalam penerapan nilai-
nilai kerja yang bertqwa, intelektual dan profesional. Sebagaimana firman Allah SWT
dalam Surah Yunus (101) yang bermaksud:

Katakanlah:Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat


tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang
yang tidak beriman.

Manakala dalam Surah Ar-Rahman (33) yang bermaksud:

“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit
dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan
kekuatan.”

Kemajuan teknologi di era moden yang begitu pesat telah menciptakan produk-produk
berteknologi canggih seperti televisin, radio, internet, alat-alat komunikasi, pesawat,
mobil dan barang-barang mewah lainnya yang menawarkan kehidupan yang lebih baik
untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak. Alat-alat tersebut mungkin tidak mampu
dikawal tanpa mempunyai kemahiran dan kekuatan diri. Malahan di atas kebijaksanaan
dapat melahirkan perkhidmatan hal ehwal islam yang mampu menempuhi dunia global .
Media informasi dan alat-alat canggih yang dimiliki mempunyai kesan negatif dan
positif, bergantung kepada faktor manusianya yang menentukan kegunaannya.
Adakalanya dapat bermanfaat apabila menggunakan dengan baik dan tepat. Tetapi
dapat mendatangkan kemudaratan apabila menggunakannya untuk kepentingan hawa
nafsu dan kesenangan kepada perkara-perkara negatif.

Sebagaimana telah dikemukakan, Islam menempatkan manusia pada posisi yang unik,
sebagai khalifah dan hamba. Justeru itu, tujuan latihan yang paling mendasar dalam
2
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Islam adalah menyediakan pengisian seimbang antara jasmani,emosi,rohani dan intelek.


Proses ini memerlukan pendekatan yang cukup ampuh dan berkesan.Ini kerana,latihan
merupakan proses pembelajaran dan pemberian maklumat dalam tempoh yang terlalu
singkat dan pendek. Pihak pengurusan latihan,terpaksa memikul amanah berat, kerana
perlu memastikan diakhir sesi latihan yang singkat itu, bahawa peserta yang mengikuti
program kursus itu berpengetahuan dari sebelumnya.

Dalam erti kata lain,latihan tidak boleh semata-mata dihadkan hanya kepada
penerimaan maklumat atau data-data.Tetapi yang lebih penting ialah latihan yang boleh
memberi nilai-tambah ( value-added knowledge ) kepada keluaran dan perkhidmatan.
Ini akan mermbantu untuk bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang perubahan
yang mendatang.

Oleh itu, tujuan kajian ini untuk menghuraikan pendekatan teknologi maklumat sebagai
elemen kemudahan latihan islam di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Besut Terengganu.

2. Kajian Pendekatan Teknologi Maklumat Sebagai Elemen


Kemudahan Latihan
Kajian konseptual dan juga empirikal yang telah dijalankan mendapati dimensi
pendekatan teknologi maklumat sebagai elemen kemudahan latihan adalah pada
dasarnya mengikut arus kemodenan dunia pada masa kini, Teknologi maklumat telah
dianggap sebagai elemen penting bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial
sesebuah negara. Menyedari hal ini, banyak negara dunia telah melihat peluang yang
besar dalam melaksanakan inisiatif yang berteraskan teknologi maklumat untuk
pembangunan masyarakat di negara masing-masing (Edgar, 2009) dalam kajiannya
mendapati wujudnya berkaitan pembangunan sosial. Merujuk kamus dewan edisi kedua
kemudahan. Definisi : 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang
ramai, pekerja dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Namun sukar untuk menemui kajian yang melihat aspek pendekatan teknologi
maklumat sebagai elemen kemudahan latihan secara mendalam di Institut latihan Islam
Malaysia Wilayah Timur. Justeru, kajian mengenalpastidan mengkaji tahap
pengetahuan dan kemahiran serta masalah terhadap perkhidmatan hal ehwal islam di
Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur---
Masukkan dalam
bahagian permasalahan kajian dan perlu menambahkan
OBJEKTIF kajian (tiada objektif kajian).
3. PERMASALAHAN DAN PERSOALAN KAJIAN

4. Metodologi
Kajian ini adalah merupakan satu kajian ilmiah yang berbentuk analisis dokumen dan
kajian lapangan. Perkara-perkara utama yang dihuraikan melalui bab ini ialah mengenai
jenis kajian, reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, alat (instrumen) kajian,
kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.
3
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Melalui kajian lapangan, penulis akan mendapatkan maklumat daripada pemerhatian


penulis sendiri dan melalui temubual dengan perkhidmatan hal ehwal Islam di Institut
Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur yang akan terlibat secara langsung.

Kajian ini juga merupakan kajian tinjauan (kajian tinjauan atau pengamatan merupakan
kaedah yang digunakan dalam kajian di lapangan), di mana ia merupakan teknik
pengumpulan data yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya
di bidang sosiologi dan bidang-bidang yang lain. Dalam kajian ini penulis akan
menyelidik dan meninjau sejauhmana pendekatan teknologi maklumat sebagai elemen
kemudahan latihan islam di Institut Latihan Islam Malysia Wilayah Timur, Jabatan
bahagian ini tidak jelas
Kemajuan Islam Malaysia, Besut Terengganu-
dan perlu diubahsuai. Mohon jelaskan lebih detail
bagaimana kaedah pengamatan akan dilakukan?

Analisis dokumen yang disebutkan dalam metodologi tidak


dijelaskan dalam bahagian metodologi ini. Perlu penjelasan detail
berhubung analisis dokumen.

5. Dapatan dan Perbincangan


Profil Informan (Bahagian ini sebaiknya diletakkan di bahagian metodologi kajian)

Informan kajian seramai 10 orang pegawai hal ehwal islam yang menjadi responden
kepada kajian ini, mereka terdiri dari Perkhidmatan Hal Ehwal Islam kumpulan
pengurusan dan profesional gred (41-44) dan kumpulan sokongan (19-38). Kajian ini
akan dilakukan di Institut Latihan Islam Malysia Wilayah Timur, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, Besut Terengganu. Maklumat akan diperolehi dengan mendapatkan
maklumbalas dari responden tersebut dengan menemu bual secara peribadi diantara
pengkaji dengan responden . Jumlah keseluruhan responden kajian ini adalah seramai
10 orang. Merujuk kepada Kredjie dan Morgan (1970), bilangan yang disyorkan bagi
sampel kajian ini adalah seramai 10 orang, manakala bilangan sampel telah ditetapkan
bagi kajian ini adalah seramai 10 orang.

Ciri-ciri dan Pendekatan Teknologi Maklumat (Bahagian ini sesuai diletakkan pada
bahagian 2 / sebelum bahagian metodologi)

Konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi  mempunyai kaitan antara satu sama
lain dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan
yang lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
mempunyai beberapa ciri tertentu.  Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu.
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan ialah satu set andaian
yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada
itu pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori latihan yang merangkumi
perkara berikut:

4
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

·       konkrit kepada abstrak

·       mudah kepada kompleks

·       keseluruhan kepada bahagian

·       umum kepada spesifik

·       spesifik kepada umum

·       dekat kepada jauh

·       diketahui kepada belum diketahui

              Siti Hajar (2016) mendapati bahawa penerimaan penggunaan teknologi


maklumat adalah positif dimana penerimaan dan penggunaan adalah sangat penting bagi
meningkatkan kerja yang lebih efektif dan bersesuian dengan peredaran semasa dimana
kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.  Teknik penggunaan teknologi
maklumat merupakan kemahiran dalam mengelola dan melaksanakan sesuatu aktiviti
kursus/program. Diantara teknik penggunaan teknologi yang digunakan
ialah    penggunaan sistem maklumat latihan (I-TIS) , penyaluran maklumat-maklumat
ILTIM melaui Web-Site, perbincangan dengan para peserta dan penceramah melaui
Email, taklimat kursus menggunakan powerpoint,  pengajaran dan pembelajaran dan
mengisi borang penilaian kursus melalui sistem maklumat. Tujuan menggunakan
pelbagai teknik penggunaan teknologi maklumat ialah untuk menarik minat peserta
kursus, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu peserta kursus
supaya mencapai objektif melahirkan pegawai pengurusan hal ehwal islam dan
penjawat awam yang bertaqwa, kompeten dan cekal menghadapi cabaran. Pemilihan
teknik pendekatan teknologi maklumat perlulah berdasarkan kepada kecerdasan,
kebolehan dan minat  peserta kursus. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan urusetia memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu kursus/program
berdasarkan objektif latihan yang ditentukan.  Dalam sesuatu proses latihan dan
beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah;

-       Mengenalpasti tahap kemahiran kakitangan ILTIM terhadap pendekatan


teknologi maklumat
-       Untuk mengetahui sikap kakitangan ILTIM terhadap pendekatan teknologi
Maklumat
- Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan ILTIM.

6. Kepentingan Teknologi Maklumat Sebagai Elemen Kemudahan


Latihan
Informan mempunyai keyakinan tinggi bahawa dalam era ledakan maklumat ini,
teknologi maklumat amat penting dan telah menguasai global secara berleluasa. Hampir
setiap saat orang menggunakan teknologi dan dengan teknologi jugalah menyebabkan
boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.
5
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta
keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan
kepada pengguna.Begitu jugalah dengan teknologi maklumat. Kemajuan teknologi
maklumat telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara
ke arah lebih sistematilk dan teratur.

Kewujudan teknologi maklumat turut membantu dalam sistem maklumat pusat latihan.
Sistem maklumat ini dimajukan oleh teknologi maklumat sekaligus mewujudkan pusat
latihan bertaraf global. Peserta mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui
Internet untuk mendapatkan maklumat serta perkara-perkara berkaitan pusat latihan
Islam dan sebagainya. Peserta kursus akan menggunakan teknologi tersebut bagi
memudahkan urusan yang berkaitan serta melahirkan generasi yang celik komputer.

Bertitik tolah dari sini, bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) begitujugalah pusat latihan islam Jabatan
Kemajuan Islam, Wilayah Timur. Langkah kerajaan untuk melancarkan Koridor Raya
Multimedia(MSC) sememangnya tepat pada masanya.. Teknologi maklumat
memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan pusat latihan islam di
Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun
swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama bagi melonjakkan nama negara
Malaysia terutama sekali menjadikan peneraju latihan islam bertaraf global. (Bahagian
ini lebih sesuai diletakkan di bahagian 2/sebelum metodologi penelitian).

Pencapaian-- tajuk kurang sesuai

Informan kajian membuktikan bahawa pendekatan teknolgi maklumat sebagai elemen


kemudahan latihan merupakan suatu yang jelas yang akan menjadikan perkhidmatan hal
ehwal islam di institut latihan islam Malaysia Wilayah Timur benar-benar mampu
bersama dengan masyarakat bagi membangunkan pusat latihan yang bertaraf dunia.
Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) ialah sebuah pusat latihan
islam yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan
Perdana Menteri, yang bertindak sebagai urus setia berkaitan dengan agama islam bagi
kerajaan persekutuan. Seiring dengan pembangunan negara Institut Latihan Islam
Malaysia mengorat langkah menyahut seruan dalam melaksanakan hasrat kerajaan.
Nyatanya, evolusi ini telah mempamerkan satu perkembangan yang positif dalam
pembangunan islam di Malaysia. Beroperasi dengan mesra rakyat dalam menyampaikan
ilmu-ilmu islam khususnya kepada penjawat awam di pantai timur.
Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur telah memulakan operasi pada
11 Februari 2010, JPA telah meluluskan 22 jawatan yang meliputi semua gred jawatan
dan pelbagai skim perkhidmatan, terdapat tiga pusat yang diwujudkan iaitu Pusat
Pengurusan Islam (PPI), pusat pembangunan insan (PBI) dan pusat pengurusan sains
dakwah (PPSD). Visi ILTIM menjadi peneraju latihan Iislam bertaraf global, misi
beriltizam membangun kopentensi dan kepakaran berteraskan prinsip Islam manakala
nilai bersama adalah bertaqwa, intektual dan professional. Objektif ILTIM adalah
memantapkan pegawai hal ehwal Islam dan penjawat awam yang bertaqwa, kompeten
dan cekal menghadapi cabaran, slogan menjana kecemerlangan. Kursus-kursus yang
dilaksanakan oleh ILTIM ini berdasarkan kepada modul-modul kursus yang dibuat oleh
bahagian pembangunan insan JAKIM sepertimana berikut:
6
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Aktiviti yang dijalankan oleh kluster/pusat ialah:


1. Kursus
2. Syarahan Perdana
3. Seminar (Bahagian ini sesuai diletakkan di bahagian metodologi).

PROGRAM ILIM WILAYAH TIMUR 2012 (Bahagian ini sesuai diletakkan di


bahagian metodologi). Dalam hasil kajian perlu dimasukkan kesan daripada program
yang dilaksanakan. Hubungkan dengan tajuk kajian.

BIL AKTIVITI TARIKH PUSAT


Kursus Pengucapan Awam dan Pidato
1. 17 – 19 Januari 2012 PPSD
Profesional
2. Kursus Penyampaian Khutbah Berkualiti 17 – 19 Januari 2012 PPI
3. Syarahan Perdana 1 9 Februari 2012 PBI
4. Kursus Bina Insan Siri 1 21 – 23 Februari 2012 PBI
5. Kursus Pengurusan Dakwah 14 – 16 Februari 2012 PPSD
6. Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod 27 - 29 Februari 2012 PPI
7. Kursus Bina Insan Siri 2 20 – 22 Mac 2012 PBI
Kursus Pengajaran dan Pembelajaran
8. 20 – 22 Mac 2012 PPSD
(P&P) Siri 1
Kursus Pengurusan Dan Pengimarahan
9. 26 – 28 Mac 2012 PPI
Masjid
Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling
10. 24 – 26 April 2012 PBI
Keluarga
11. Kursus Metodologi Dakwah 17 – 19 April 2012 PPSD
*12. Kursus Penterjemahan B. Arab - Melayu 24 – 26 April 2012 PPI
*13. Kursus Bina Insan Team Building Siri 1 22 – 24 Mei 2012 PBI
14. Kursus Pengurusan Dakwah 8 – 10 Mei 2012 PPSD
15. Kursus Kepimpinan Islam 28 – 30 Mei 2012 PPI
*16. Kursus Bina Insan Team Building Siri 2 19 – 21 Jun 2012 PBI
17. Kursus Komunikasi Dakwah 12 – 14 Jun 2012 PPSD
Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo
18. 26 – 28 Jun 2012 PPI
Berkualiti
19. Kursus Tahsin Qiraat 10 – 12 Julai 2012 PBI
20. Kursus Panduan Membaca Doa 10 – 12 Julai 2012 PPSD
21.
Syarahan Perdana 2 (Ambang Ramadhan) 16 Julai 2012 PPI

22. Kursus Bina Taqwa 18 – 20 September 2012 PBI


23. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran 11 – 13 September 2012 PPSD
7
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

BIL AKTIVITI TARIKH PUSAT


(P&P) Siri 2
24. Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti 25 – 27 September 2012 PPI
25. Kursus Tasawwur Islam 16 – 18 Oktober 2012 PBI
26. Kursus Kesedaran Halal 9 – 11 Oktober 2012 PPSD
27. Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit 15 – 17 Oktober 2012 PPI
28. Kursus Pengurusan Keluarga 6 – 8 November 2012 PBI
29.. Kursus Pengurusan Jenazah 5 – 7 November 2012 PPI
Kursus Pengajaran dan Pembelajaran
30. 13 – 15 November 2012 PPSD
(P&P) Siri 3
31. Kursus Profesionalisme Imam 26 – 28 November 2012 PPI
32. Seminar Isu – Isu Semasa 29 November 2012 PPSD

PETUNJUK
PPI Pusat Pengurusan Islam 11 Program
PBI Pusat Pembangunan Insan 10 Program
PPSD Pusat Pengajian Sains Dakwah 11 Program
(*) Program Baru 3 Program

7. Data kajian dimasukkan. Dapatan kajian perlu ditulis dan disusun


semula.

8. Penutup Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dalam artikel ini, perbincangan telah menyentuh mengenai pelbagai
dapatan awal berkaitan dengan rangka utama penyelidikan ini iaitu berkenaan dengan
pendekatan teknologi maklumat sebagai elemen kemudahan latihan yang dikatakan
mampu untuk membantu meningkatkan pengetahuan berkaitan teknologi maklumat
khususnya di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, Besut Terengganu. Bermula dengan kajian pendekatan teknologi maklumat,
metodologi, dapatan dan perbincangan dan kepentingan teknologi maklumat sehingga
terbentuknya beberapa persoalan kajian iaitu apakah petunjuk penggunaan teknologi
maklumat, apakah kaedah penggunaan teknologi maklumat, bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk meningkatkan pengurusan latihan dan juga apakah panduan
serta pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam kalangan perkhidmatan hal ehwal
islam di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur. Ke semua persoalan kajian ini
dibentuk untuk menjawab objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pengkaji
turut menyenaraikan andaian awal kajian iaitu melihat hubung kait penggunaan
teknologi maklumat dengan aktiviti kursus/program, kekangan dan masalah penggunaan
teknologi maklumat dalam kalangan perkhidmatan hal ehwal islam di Institut Latihan
Islam Malaysia Wilayah Timur serta melihat hubung kait penggunaan teknologi
8
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

maklumat dengan kelancaran kursus/program. Andaian ini dibentuk untuk dilihat sama
ada ianya boleh diguna pakai atau berlainan dengan hasil penemuan yang diperolehi.
Seterusnya, kajian turut membincangkan mengenai fokus pemilihan responden dalam
kajian ini berdasarkan skop dan juga batasan kajian mengenai pemilihan sampel,
pemilihan kawasan kajian, dan juga penetapan jumlah sampel. Di samping itu pengkaji
turut membincangkan berkaitan dengan kepentingan kajian di mana hasil kajian akan
memberi gambaran tentang trend dan corak serta tahap penggunaan teknologi
maklumat, membentuk indeks kesedaran dan indeks penggunaan teknologi maklumat
dan juga melalui pembentukan garis panduan serta pendekatan penggunaan teknologi
maklumat dalam 10 kalangan perkhidmatan hal ehwal islam di Institut Latihan Islam
Malaysia Wilayah Timur. Justeru melalui keseluruhan perbincangan artikel ini,
diharapkan gambaran awal mengenai rangka utama kajian. ---Bahagian ini perlu
ditulis semula untuk lebih jelas menjawab objektif kajian dan dihubungkan dengan tajuk
kajian. Bahagian ini tidak menjelaskan tajuk kajian dengan jelas.

SENARAI RUJUKAN

bu bakar Abdul Majid, Sarina Othman, 1998. Cabaran Teknologi Maklumat dan
Internet: agenda Umat Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman
Islam Malaysia

Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik 2014. Prosiding Konvensyen Latihan
Islam Peringkat Kebangsaan Kali ke-3.Institut Latihan Islam Malaysia
(ILIM).Bangi Selangor

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose alinda Alias, 1996. Pengajaran Bantuan
Komputer . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Ibrahim Mamat 2001, Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Khairuneezam Mohd Noor, Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu dan


Berakhlak, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,Nilai:USIM.

Ramli Mohamad. 1998. Teknologi dan Masyarakat; Satu Kaedah Pengembangan


Melalui Komunikasi . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia

Rusli Haji Abdullah, Noraini Che Pa, Noorsalwati Nordin. 2003. Teknologi Maklumat
dan Penggunaannya. Petaling Jaya : Prentice Hall

Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul 2002, Pengurusan Organisasi, Kuala
Lumpur:McGraw-Hill

Rose Alinda. 2000.Teknologi dan Sistem Maklumat. [S.I]. Mc Graw Hill (Malaysia)
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/373/bab-05-
mengarusperdanakan-teknologi-maklumat-dan- komunikasi

9
The 2017 UMK Postgraduate Colloquium
Cultivating Excellence Through Research

Mumtaz Begam Abdul Kadir,et.al.2002, Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia.


Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/DZUL/telefarmasi.html
http://pengajianam900.forumotion.com/penulisan-esei-secara-berpasukan-
teamwork-f19/esei-minggu-ke-4-kemajuan-sains-dan-teknologi-t191.htm

Kemp, Jennold E .1987. Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk


menggubal Unit Dan Kursus. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. ---
Tulis semula mengikut gaya APA.

10

You might also like