You are on page 1of 13

lOMoARcPSD|29076788

Ringkasan Artikel

Economy sem II (Kolej Matrikulasi Labuan)

Studocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)
lOMoARcPSD|29076788

TUGASAN INDIVIDU

MIKROEKONOMI ( AE015 )

SESI 2022/2023

ULASAN ARTIKEL

NAMA NURSHAHIERA BINTI ZAMBARI

KUMPULAN TUTORIAL A16

NO. KAD PENGENALAN 040816-12-0782

NO. MATRIK MA2215109245

NAMA PENSYARAH PUAN PULSINAH OGOH

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


MUKA HADAPAN 1
ISI KANDUNGAN TUGASAN 2
PENGENALAN KONSEP 3
SINOPSIS ARTIKEL 4
I. Fokus perbincangan utama dalam artikel
II. Isi perbincangan artikel dan penerangannya
KAITAN ARTIKEL DENGAN PDP MIKROEKONOMI 5-7
I. Kaitan isu artikel dengan PDP
II. Punca isu
III. Kesan isu
RUMUSAN KESELURUHAN 8-9
I. Kesimpulan
II. Kebaikan Isu
III. Keburukkan Isu
IV. Cadangan / langkah mengatasi isu
SUMBER RUJUKAN 10
LAMPIRAN ARTIKEL 11-12

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

PENGENALAN KONSEP

Artikel yang saya kaji adalah berkaitan dengan dengan tujuan campur tangan
kerajaan dalam sistem ekonomi dan usaha mempelbagaikan sumber ekonomi serta
kebaikan sistem ekonomi campuran yang diamalkan di negara kita, Malaysia.
Sumber ekonomi ialah factor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan. Sistem ekonomi campuran merupakan
gabungan unsur kapitalisme dan sosialisme. Tiada satu definisi untuk ekonomi
campuran tetapi aspek penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian
(termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi
terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam
sekitar, atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh negara). 1

Terdapat lima ciri sistem ekonomi campuran iaitu objektif pengeluaran dimana
campur tangan kerajaan demi membentuk sistem ekonomi yang lebih
mementingkan kebajikan sosial daripada keuntungan individu. Selain itu, ciri
pemilikan sumber sistem ekonomi campuran ialah dimiliki oleh pihak kerajaan dan
swasta, walau bagaimana pun kerajaan boleh mengambil alih hak milik swasta. Ciri
yang ketiga ialah persaingan dimana firma bebas bersaing tapi didalam kawalan
pihak kerajaan. Seterusnya, agihan pendapatan iaitu kerajaan menggunakan sistem
pencukaian dan subsidi bagi mengagihkan semula pendapatan. Ciri yang terakhir
ialah kaedah membuat keputusan dimana semua keputusan ekonomi ditentukan
melalui mekanisme harga.2

Maka, campur tangan kerajaan dalam dalam mempelbagaikan ekonomi bagi


mengatasi masalah lebihan tenaga kerja agar ketidakseimbangan tenaga buruh
antara sektor ekonomi dapat diatasi.

1https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_campuran terakhir kali disunting 20:44, 6


November 2013

2 Ekonomi 1 AE015 Edisi 2022/2023

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

SINOPSIS ARTIKEL

Berdasarkan artikel yang bertajuk “Pelbagai Ekonomi Serap Lebihan Tenaga


Kerja” yang diterbitkan oleh Berita Harian pada 17 April, 2020.

Di dalam artiklel ini, penulis membincangkan jumlah pengangguran yang kian


meningkat saban tahun serta kegiatan ekonomi yang terjejas lantaran penularan
wabak COVID-19 sehingga ramai yang kehilangan pekerjaan. Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2018 amat
bermanfaat dalam situasi kini. Pada tahun 2019 sebanyak RM107.6 juta diagihkan
bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan yang dilaporkan dibawah SIP.
Namun, belanja faedah SIP dianggarkan berganda ukuran kegiatan ekonomi yang
terganggu akibat penularan wabak COVID-19 maka ianya akan menjejaskan
kelestarian SIP.

Jika dilihat dari sudut positif krisis COVID-19 ini sebenarnya membuka peluang
kepada sesetengah sektor perniagaan seperti e-dagang,khidmat penghantaran,
internet dan banyak lagi. Permintaan tenaga kerja dalam sektor ini meningkat
berikutan pertambahan urus niaga, seharusnya lebihan tenaga kerja perlu disalurkan
ke sektor yang mengalami kenaikan permintaan. Agensi latihan peningkatan
kemahiran, latihan semula dan kemahiran silang seperti PERKESO dan Tabung
Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) patut digerakkan semula. Bukan itu sahaja,
disebabkan penularan wabak ini kerajaan dan orang awam sedar akan kelemahan
dan kekurangan sektor penting negara yang perlu dimantapkan terutamanya sektor
kesihatan dan perubatan. Hal ini juga membuka mata kita untuk membangunkan
sektor strategik seperti teknologi hijau. Usaha mempelbagaikan sumber ekonomi
akan mengimbangi risiko ketidakstabilan dimana tenaga kerja baru dan lebihan
diserap kedalam aktiviti ekonomi baru.

Jelaslah bahawa melindungi pekerja dan mewujudkan lebih banyak peluang


pekerjaan perlu ditekankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara3

3 Pelbagaikan Ekonomi Serap Lebihan Tenaga Kerja , April 17, 2020, Berita Harian
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/678148/pelbagaikan-ekonomi-serap-lebihan-
tenaga-kerja

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

KAITAN ARTIKEL DENGAN PDP

Artikel yang dikaji ini boleh dikaitkan dengan sumber ekonomi iaitu buruh. Buruh
merupakan individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal bagi
menghasilkan sesebuah barang atau perkhidmatan. 4

Kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan meningkat apabila dunia


diserang wabak COVID-19. Hal ini menyebabkan berlakunya pembaziran sumber
manusia dan ketidakstabilan prestasi kitaran ekonomi. Pertubuhan Buruh
Antarabangsa atau International Labour Organisation (ILO) mendefinisikan kadar
pengangguran yang kurang daripada 4% dikira sebagai guna tenaga penuh.

Rajah 1 menunjukan peningkatan


kadar penganguran di Malaysia
secara mendadak dari tahun 2019
ke 2020. Kedudukan tenaga buruh
Malaysia terjejas ekoran krisis
kesihatan dan sosial. Kenaikkan
daripada 3.3 ke 4.5 menjelaskan
banyak sumber-sumber
pengeluaran yang dibazirkan.
Perkara ini boleh dikaitkan dengan
arahan Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penulara wabak COVID-19 ini
uh (full employment). 5

4 Ekonomi 1 AE015 Edisi 2022/2023

5 Pengangguran di Malaysia: kesan pandemic COVID-19 1/27/22, 9:57:22 AM


https://jpp.mohr.gov.my/files/pdf/notes/14%20PENGANGGURAN%20DI%20MALAYSIA%20KESAN
%20PANDEMIK%20COVID-19.pdf

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

Maka dengan itu campur tangan kerajaan amat penting bagi mengembalikan
kestabilan ekonomi negara. Pihak kerajaan melihat beberapa sektor perniagaan
yang berpotensi dan menyumbang sewaktu PKP seperti e-dagang atau perniagaan
atas talian. Kerajaan mula menguar-uarkan perniagaan e-dagang dan memantapkan
lagi platform e-dagang agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna dan
peniaga. Melalui sebuah artikel Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho
mengatakan “Shopee menjangkakan trend menjual dan membeli melalui penstriman
langsung akan menjadi lebih popular seperti di China.” 6 Beliau mendorong peniaga
untuk meneroka strategi baharu untuk berinteraksi dengan pengguna. Campur
tangan kerajaan dapat mengawal dan mengatai masalah ekonomi yang sedang
melanda negara. Penyataan ini membuktikan sistem ekonomi campuran yang
dilaksankan di Malaysia iaitu dimana kebajikan rakyat diutamakan.

Berdasarkan rajah KKP di sebelah kiri titik u yang berada bawah KKP adalah tidak
cekap. Titik tersebut menjelaskan situasi
di mana berlakunya lebihan tenaga kerja.
Hal ini akan menyebabkan berlakunya
pembaziran sumber. Pengeluaran pada
titik u dapat dilakukan tetapi tidak
mencapai tahap maksimum.7

Barang y

6 COVID-19 lanjak penggunaan e-dagang , Berita Harian, Mei 17,2020@2:18pm


https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/05/689812/covid-19-lonjak-penggunaan-e-dagang

7 Ekonomi 1 AE015 Edisi 2022/2023

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

PUNCA ISU
Antara punca isu lebihan tenaga kerja ini berlaku ialah krisis kesihatan dan sosial
yang melanda dunia. Hal ini terjadi kerana kita terlalu leka dan tidak menjangka akan
berlakunya wabak COVID-19 sehingga tidak melakukan sebarang persediaan dan
akhirnya mengakibatkan banyak sektor perniagaan yang mengalami kerugian dan
gulung tikar. Bukan itu sahaja, kekurangan pakar dan peralatan dalam sektor penting
seperti sektor kesihatan turut mejadi punca isu ini. Sektor kesihatan seharusnya
diperluaskan dan dimantapkan dengan peralatan dan tenaga anak muda. Masih
ramai graduasi di luar sana menganggur kerana tidak diberikan peluang untuk
menyerlakan bakat dan kemahiran yang dimiliki kerana majikan zaman sekarang
yang berfikiran sempit dimana meninginkan pekerja yang mempunyai pengalaman
bekerja.
KESAN ISU
Pelbagai pihak turut terkena tempias daripada isu lebihan tenaga kerja atau
penganguran yang mendadak naik ekoran penularan wabak Covid-19 di serata
dunia termasuk Malaysia. Rakyat banyak yang kehilangan sumber pendapatan
akibat daripada banyak sektor ekonomi yang tidak dapat dijalankan sewaktu
pandemik. Bukan sahaja pekerja diberhentikan tetapi ada juga yang terpaksa
mengambil cuti tanpa gaji, dikurang jam bekerja dan dipotong gaji. 8 Hal ini
mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental pekerja kerana berasa tertekan dan
kemurungan akibat tiba-tiba kehilangan mata pencarian. Menurut aporan kajian
berkenaan diterbitkan The Centre dengan dua bahagian bertajuk ‘How the MCO
affected Income, Jobs, and Mental Well-being’, yang diterajui Aziff Azuddin bersama
Dr Idlan Zakaria dari The Centre dengan rundingan ahli psikologi dan psikiatri.39%-
54% responden yang melaporkan pengurangan gaji mengalami emosi
negatif.9Selain itu, kerajaan turut terkena impaknya iaitu perlu menanggung beban
kerugian negara kerana kemerosotan sektor ekonomi. Krisis hutang akan melanda
negara akibat pandemik ini. Dijangkakan defisit belanjawan pada tahun 2020 akan
melebihi 4.7%. selain daripada perlu menanggung beban hutang kerajaan juga perlu
mengurangkan beban rakyat dengan menyalurkan bantuan bagi rakyat yang
memerlukan seperti melalui Sistem Insurans Pekerja (SIP). Hal ini akan
menyebabkan, kerajaan tiada pilihan untuk menaikkan cukai supaya dapat
mengawal hutang dan bunga yang kian meningkat.

KESIMPULAN

8 Pelbagai ekonomi serap lebihan tenaga kerja ,Berita Harian, April 17,2020@ 11:00am

9 Pekerjaan terjejas semasa PKP alami kemurungan, kebimbangan tinggi , Sinar Harian, 15 Mei 2020
@ 2:15pm https://www.sinarharian.com.my/article/83644/berita/nasional/pekerja-terjejas-semasa-
pkp-alami-kemurungan-kebimbangan-tinggi

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

Dapat saya simpulkan bahawa artikel ini menekankan dan mencadangkan


campur tangan pihak kerajaan bagi menangani masalah sumber ekonomi iaitu
tenaga buruh yang berlebihan. Hal ini supaya dapat mengembalikan keharmonian
dan kestabilan ekonomi ekoran wabak COVID-19. Pelbagai tindakan yang boleh
dilaksanakan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan atau swasta. Namun hal
demikian bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, jika tiada sambutan atau
sokongan daripada rakyat kepada program-program dan rancang oleh pihak-pihak
berkenaan kestabilan ekonomi negara kita tidak akan pulih. Maka dengan itu, semua
pihak perlulah bertanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing agar
objektif yang dirancang dapat tercapai.

KEBAIKAN ISU

Antara kebaikan yang dapat diperoleh daripada isu ini ialah kita dapat melihat
kepincangan dan kelompongan dalam beberapa sektor penting negara dan perlu
dimantapkan dalam kadar segera. Contohnya sektor kesihatan dan perubatan
perlulah dinaik taraf agar mempunyai infrastruktur dan kapasiti yang mencukupi bagi
menghadapi wabak penyakit berskala besar seperti wabak COVID-19 pada masa
akan datang. Hal ini supaya kesejahteraan rakyat dan negara terjamin. Selain itu, isu
ini membuka mata kita kepada kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian.
Teknologi yang maju dapat mengurangkan beban serta menjadi penyelesai kepada
masalah yang kita hadapi seperti perniagaan dalam talian yang mengalami durian
runtuh sewaktu PKP.

KEBURUKAN ISU

Manakala antara keburukan isu yang dibincangkan ini ialah mengganggu


kestabilan ekonomi rakyat dan negara. Terdapat ramai individu yang terjejas ekoran
wabak COVD-19 yang menular bukan sahaja di Malaysia malahan seantero dunia.
Ramai pekerja yang kehilangan punca mata wang tidak kira pekerja baru atau yang
mempunyai bertahun-tahun pengelaman bekerja. Hal ini kerana, banyak sektor yang
tidak dapat dijalankan ketika itu seperti sektor pelancongan dan rekreasi. Penularan
wabak ini mengakibatkan aktiviti pelancongan tergendala apabila arahan sekatan
perjalanan dikeluarkan tidak kira pelancongan domestik atau antarabangsa.Dengan
itu sekali gus, dapat memberi kesan kepada ekonomi negara kerana salah satu
punca utama pendapatan negara ialah melalui sektor pelancongan. Pelbagai kos
dan belanja yang diperlukan bagi menangani wabak COVID-19 ini seperti membuka
lebih banyak pusat kuarantin, membeli vaksin daripada pembekal luar negara dan
memberikan bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas. Hal ini akan
meningkatkan hutang negara kerana perbelanjaan yang berlebihan daripada
pendapatan. Oleh itu, jelaslah isu ini membebankan dan memberikan impak buruk
kepada pelbagai pihak.

LANGKAH MENGATASI ISU

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

Pada pendapat saya, bagi menangani masalah isu lebihan tenaga kerja ini
adalah dengan menyerapkan sumber-sumber tersebut ke sektor-sektor yang
permintaannya mendadak naik berikutan pertambahan uris niaga seperti
perkhidmatan pembasmi kuman dan hantaran makanan. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan kadar pengangguran akibat pandemik malahan mampu membuka
peluang kepada peniaga yang turut terjesas. Bagi menyokong tindakan meyalurkan
lebihan tenaga kerja ini ke sektor-sektor tinggi permintaan, pihak swasta boleh
melancarkan dasar buruh aktif supaya dapat mengatasi ketidaksepadanan
kemahiran pekerja di sektor asal ke sektor baharu serta menggerakkan semula
latihan peningkatan kemahiran, latihan semula dan kemahiran silang. Antara agensi
yang menawarkan perkhidmatan ini ialah PERKESO, SMECorp dan Tabung
Pembangunan Sumber Manusia(HRDF).
Selain itu, pada era globalisasi ini dimana internet melangkaui segalanya, kita
seharusnya memanfaatkan penggunaan internet bukan sahaja sebagai medium
komunikasi tetapi juga sebagai medium urus niaga. Kajian menyatakan jualan di
atas talian semakin disambut hangat oleh pengguna lebih-lebih lagi sewaktu arahan
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikeluarkan. Hal ini kerana urusan ini boleh
dilalukan dimana-mana sahaja tanpa perlu keluar daripada rumah. Platform media
sosial boleh dijadikan sebagai medium promosi barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Perniagaan atas talian memberikan keuntungan atau pulangan yang
lebih besar kerana pengguna atau pembeli sesuatu produk itu tidak hanya tertumpu
di sesebuah kawasan sahaja namun boleh ditawarkan kepada pengguna di seantero
dunia. Oleh itu, pihak kerajaan patut mengambil tindakan dengan memperbaiki dan
menaiktarafkan jaringan internet di negara kita kearah 5G/6G terutamanya di
kawasan pedalaman yang sering kali mengalami masalah internet agar urusan niaga
ini dapat dimajukan dan diiktiraf di seluruh pelosok negara.
Akhir sekali, rakyat diluar sana terutamanya graduan baharu hendaklah
membuang sifat memilih pekerjaan lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia dilanda
wabak virus COVID-19. Sifat ini merupakan salah satu penyebab terbesar ramai
orang di luar sana masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah. Tidak
salah mencuba pekerjaan diluar kemahiran kita kerana ianya turut memberikan
peluang untuk kita menimba pengalaman. Kita sebagai rakyat wajar berfikiran
dengan lebih terbuka dan merebut peluang yang berada di depan mata supaya tidak
berputih mata kelak. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran.
Jelaslah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
menangani isu lebihan tenaga kerja ini. Kita perlulah membuka mata dan fikiran
serta menyokong program berkaitan demi memajukan ekonomi negara ekoran
wabak ini.

SUMBER RUJUKAN

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

Ekonomi 1 AE015 | Edisi 2022/2023 | Kolej Matrikulasi Labuan


Hawati Abdul Hamis | 2020 |
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/678148/pelbagaikan-
ekonomi-serap-lebihan-tenaga-kerja
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_campuran | 6 November 2013
Pekerjaan terjejas semasa PKP alami kemurungan, kebimbangan tinggi | Sinar
Harian | 15 Mei 2020 @ 2:15pm
https://www.sinarharian.com.my/article/83644/berita/nasional/pekerja-terjejas-
semasa-pkp-alami-kemurungan-kebimbangan-tinggi
Pengangguran di Malaysia: kesan pandemic COVID-19 1/27/22, 9:57:22 AM
https://jpp.mohr.gov.my/files/pdf/notes/14%20PENGANGGURAN%20DI
%20MALAYSIA%20KESAN%20PANDEMIK%20COVID-19.pdf
COVID-19 lanjak penggunaan e-dagang, Berita Harian, Mei 17,2020@2:18pm
https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/05/689812/covid-19-lonjak-
penggunaan-e-dagang

dalam memantapkan jaringan


perlindungan sosial pekerja Malaysia,
PELBAGAIKAN EKONOMI lebih-lebih lagi dengan prospek
SERAP LEBIHAN TENAGA pasaran buruh yang dijangka lemah
KERJA lantaran penularan wabak COVID-
19.Institut Penyelidikan Ekonomi
Malaysia (MIER) menganggarkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
akan menjejaskan 2.4 juta pekerjaan
atau 15.7 peratus jumlah pekerjaan.
Bank Negara Malaysia (BNM) pula
meramalkan kenaikan kadar
pengangguran kepada 4.0 peratus
tahun ini, berbanding 3.3 peratus pada
2019.
Hawati Abdul Hamis - April 17, 2020 @
11:00am
Kajian Khas Kesan COVID-19
PELBAGAI tekanan dihadapi kerajaan Terhadap Individu dan Ekonomi
sebelum Sistem Insurans Pekerjaan diterbitkan Jabatan Perangkaan
(SIP) dilancarkan pada awal 2018. Malaysia (DOSM) pada 9 April lalu,
Namun hari ini, ramai bersetuju ia mendapati hampir separuh 168,182
antara langkah berpandangan jauh

10

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

responden mengakui kehilangan Justeru, pasaran buruh akan terus


pekerjaan kesan wabak itu. terkesan dengan lebihan pekerja di
sesetengah sektor akibat aktiviti
Dalam situasi ekonomi mencabar
ekonomi yang terjejas. Bukan sahaja
dengan jangkaan lebih banyak syarikat
pekerja diberhentikan dan
bakal gulung tikar, SIP pasti memberi
menganggur, tetapi juga yang terpaksa
manfaat kepada yang kehilangan
mengambil cuti tanpa gaji,
pekerjaan.
dikurangkan jam bekerja dan dipotong
Pada 2019, sejumlah 40,084 kes gaji serta golongan bekerja sendiri
kehilangan pekerjaan dilaporkan di yang tiba-tiba hilang mata pencarian.
bawah SIP dan 35,140 daripadanya
Di sebalik itu, COVID-19 memberi
layak mendapat elaun tunai sehingga
durian runtuh kepada sesetengah
enam bulan. Ini membabitkan
perniagaan seperti makanan, e-
pengagihan bantuan berjumlah
dagang, khidmat logistik dan
RM107.6 juta.Belanja untuk faedah
penghantaran, khidmat pembersihan
SIP dijangka berganda pada 2020
dan pembasmian kuman, teknologi
apabila pemberhentian pekerja dilihat
digital, internet dan komunikasi.
akan lebih tinggi akibat kelembapan
Permintaan tenaga kerja dalam sektor
ekonomi dibawa COVID-19.
ini meningkat berikutan pertambahan
Pada 2018, rizab terkumpul SIP urus niaga perniagaan. Apa yang
berjumlah RM658.2 juta, manakala penting difikirkan sekarang adalah
hasil daripada caruman pula berjumlah strategi tuntas bagi mengatasi
RM560.8 juta. Jumlah ini bukan besar. ketidakseimbangan tenaga kerja
Jika kadar pembuangan kerja antara sektor ekonomi negara.
meningkat secara tidak terkawal dan
Pertama, lebihan tenaga kerja perlu
tiada langkah proaktif segera diambil,
disalurkan ke sektor yang mengalami
ia pasti memberi tekanan kepada
kenaikan permintaan pekerja secara
kelestarian dana SIP.
mendadak. Dasar pasaran buruh aktif
Ketika tempoh PKP, kerajaan juga perlu dilancarkan bagi mengatasi
memperkenalkan dua inisiatif ketidaksepadanan kemahiran pekerja
tambahan selain SIP iaitu Program di sektor asal ke sektor baharu.
Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Latihan peningkatan kemahiran,
Program Subsidi Upah (WSP) bagi latihan semula dan kemahiran silang
meredakan tekanan kewangan ditawarkan pelbagai agensi seperti
dihadapi majikan dan pekerja. Tabung Pembangunan Sumber
Manusia (HRDF), PERKESO,
SMECorp, MARA dan Protégé boleh
Namun, ramai meramalkan kesan
digerakkan bagi memenuhi keperluan
COVID-19 akan lebih berpanjangan
ini. Sekiranya peralihan pekerja ini ke
dan tidak terhad ketika tempoh PKP
sektor baharu bersifat sementara,
akibat gangguan teruk dalam rantaian
jalan tengah boleh difikirkan agar
ekonomi.
terma kontrak pekerjaan disertakan
dengan ‘klausa panggilan semula’

11

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)


lOMoARcPSD|29076788

supaya majikan asal dapat


mendapatkan semula tenaga kerja
mereka apabila perniagaan semakin
pulih.
Kedua, krisis COVID-19 mendedahkan
kelompongan dalam beberapa sektor
penting negara, perlu dimantapkan.
Antaranya menjamin sektor kesihatan
dan perubatan mempunyai kapasiti
mencukupi dalam menghadapi wabak
penyakit berskala besar pada masa
hadapan dan memperkemas rantaian
bekalan bagi sektor pertanian dan
makanan. Sektor pendidikan pula
perlu lebih bersedia menjalankan
pengajaran dan pembelajaran melalui
secara maya. Lebihan tenaga kerja
boleh disalurkan ke sektor penting ini.
Ketiga, kejutan COVID-19 memberi
kesan negatif kepada beberapa sektor
seperti pelancongan, perhotelan,
penerbangan dan perhotelan yang
hampir lumpuh.

(2600 patah perkataan)

12

Downloaded by Fernanda Wanda (fernandawanda49@gmail.com)

You might also like