You are on page 1of 8

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JANUARI 2023/2024

GMGM2023
HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

TUGASAN INDIVIDU:
ULASAN ARTIKEL: KESAN COVID19 KE ATAS EKONOMI

DISEDIAKAN UNTUK:
PN. NUR LAILATUL HUSNA

DISEDAIAKAN OLEH:
NURUL ATIKAH BINTI MOHAMAD SHABRI (290231)

TARIKH HANTAR:
30 APRIL 2023
ISI KANDUNGAN

Pengenalan ................................................................................................................................. 1

Perbincangan topik..................................................................................................................... 1

Metodologi dan dapatan kajian .................................................................................................. 3

Cadangan bagi memulihkan semula ekonomi negara ................................................................ 4

Kesimpulan ................................................................................................................................ 5

Rujukan ...................................................................................................................................... 6
GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

Pengenalan

“Bagaimana Covid19 memberi Kesan ke atas Ekonomi Malaysia” yang ditulis oleh Liew Kwan

Jet telah menjadi pilihan saya dalam melaksanakan tugasan mengenai ulasan artikel ini. Artikel

ini telah ditulis oleh penulis pada 30 April 2020 di mana negara masih lagi dalam usaha

berperang dengan wabak Covid19 yang melanda seluruh dunia. Rentetan daripada penularan

wabak Covid19, ianya telah menyebabkan banyak negara mendapat kesan yang tidak baik.

Begitu juga Malaysia, tidak terkecuali daripada menghadapi permasalahan yang sama seperti

negara lain. Akibat daripada penularan wabak Covid19 tersebut, ianya telah memberi kesan

yang amat mendalam dari segi ekonomi, sosial dan kesihatan negara. Oleh itu, penulis telah

mengkaji mengenai bagaimana penularan Covid19 tersebut memberi kesan ke atas ekonomi

Malaysia.

Perbincangan topik

Menurut penulis, pandemik Covid19 merupakan wabak yang paling teruk yang telah melanda

dunia. Bukan sahaja memberi kesan ke atas kesihatan rakyat, malah ia juga telah memberi

kesan yang buruk ke atas ekonomi dunia. Seperti semua sedia maklum, bagi menyekat

penularan wabak Covid19 di Malaysia, kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) sehingga ianya telah menjejaskan ekonomi kerana rakyat tidak dibenarkan

keluar daripada rumah. Ianya telah menyebabkan banyak industri tidak dapat beroperasi.

Rentetan daripada itu, ianya juga telah menyebabkan kadar pengangguran di Malaysia juga

meningkat.

Menurut penulis, rentetan daripada penularan wabak Covid19, ianya telah

menyebabkan banyak industri di Malaysia terutama industri pembuatan telah terjejas. Industri

minyak dan gas juga terjejas teruk akibat daripada PKP yang dilaksanakan. Hal ini kerana,

1
290231
GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

rakyat tidak dibenarkan keluar daripada rumah. Oleh itu, ianya telah menyebabkan tidak ramai

yang membeli minyak. Selain itu, permintaan terhadap minyak mentah daripada negara luar

juga menurun kerana PKP dilaksanakan di seluruh dunia. Rentetan daripada itu, ianya telah

menyebabkan harga minyak jatuh sangat drastik.

Selain itu, sektor pelancongan juga antara industri yang terjejas teruk akibat PKP yang

dilaksanakan. Hal ini kerana, rakyat tidak dibenarkan merentas negeri. Pintu masuk negara

telah ditutup semenjak PKP dilaksanakan. Oleh itu, ramai yang terpaksa menangguh dan

membatalkan penerbangan mereka. Ianya telah menyebabkan syarikat penerbangan seperti Air

Asia telah mengalami kerugian besar sehingga menyebabkan mereka terpaksa

memberhentikan beberapa pekerja mereka. Dalam masa yang sama, ianya telah meningkatkan

jumlah penganggur di Malaysia akibat daripada pemberhentian pekerja tersebut. Dengan

meningkatkan jumlah penganggur negara, ianya telah menyebabkan pendapatan bersih dan

KDNK negara jatuh.

Akibat daripada penutupan sektor pelancongan dan penurunan harga minyak mentah

dunia telah menyebabkan permintaan terhadap mata wang Malaysia (Ringgit Malaysia) juga

menurun. Kesan daripada permintaan terhadap mata wang menurun, ianya telah menyebabkan

nilai mata wang Malaysia menurun. Menurut penulis, hasil daripada kajian daripada Bursa

Malaysia, mereka telah mendapat bahawa bursa saham negara telah jatuh sebanyak 20.52%

sejak penularan wabak Covid19 di Malaysia. Walaupun banyak sektor yang terjejas, namun

ada beberapa sektor seperti Syarikat Top Glove mendapat permintaan yang tinggi kerana ianya

mengeluarkan barangan keperluan Covid19 seperti sarung tangan.

Oleh itu, bagi memastikan ekonomi negara tidak terlalu jatuh merudum, pelbagai

rangsangan yang telah dirancang oleh kerajaan. Antaranya ialah menyediakan subsidi upah,

pengecualian cukai and pelepasan pelancong domestik dan sebagainya. Namun, bagi penulis,

2
290231
GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

beliau berpendapat bahawa ianya lebih baik sekiranya kerajaan menggunakan wang yang

diperuntukkan tersebut lebih banyak kepada sektor perubatan kerana mereka merupakan

individu yang bekerja keras bagi membantu kerajaan mengurangkan penularan wabak Covid19

di Malaysia. Secara keseluruhannya penularan wabak Covid19 telah memberikan kesan yang

teruk kepada Malaysia dengan kerosakan yang tidak dapat dijangka di peringkat global. Bagi

memulihkan semula ekonomi negara, pelbagai usaha perlu dibuat oleh kerajaan.

Metodologi dan dapatan kajian

Penulis telah menggunakan kaedah data sekunder dalam membuat kajian dengan memperolehi

maklumat daripada laman sesawang. Akibat daripada penularan wabak Covid19, ianya telah

memaksa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Rentetan daripada PKP yang

dilaksanakan, ianya telah memberi kesan yang amat mendalam ke atas ekonomi negara di mana

ianya telah menyebabkan saham bursa jatuh sebanyak 20.52 peratus berdasarkan laporan yang

dikeluarkan oleh Bursa Malaysia. Hal ini akibat daripada ramai yang telah menjual saham

mereka akibat ketidaktentuan pasaran saham akibat daripada penularan wabak Covid19.

Saham bagi sektor penerbangan seperti Air Asia dan Malaysia Airlines juga jatuh sebanyak

63% dan 39% masing-masing semenjak penularan wabak Covid19. Hal ini kesan daripada

penutupan sektor pelancongan bagi menangani penularan wabak Covid19 di Malaysia. Selain

daripada itu, sektor minyak dan gas yang merupakan pendapatan utama negara juga terjejas

teruk akibat penularan wabak Covid19 tersebut di mana ianya telah menyebabkan penurunan

harga minyak mentah dunia. Rentetan daripada hal tersebut, ianya sekaligus menyebabkan

mata wang negara jatuh kerana permintaan terhadap sektor pelancongan dan sektor minyak

dan gas berkurang.

3
290231
GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

Cadangan bagi memulihkan semula ekonomi negara

Pada pendapat saya, bagi membantu dalam memulihkan semula ekonomi negara akibat

daripada penularan wabak Covid19, kerajaan hendaklah memberi kelonggaran kepada sektor

yang mendapat permintaan tinggi di peringkat domestik mahupun peringkat global seperti

sektor yang mengeluarkan barangan keperluan khas Covid19 seperti sarung tangan, penutup

muka dan barangan pelindung diri (Personal Protective Equipment) untuk beroperasi kerana

sektor ini mampu untuk menjana pendapatan kepada negara. Kerajaan boleh memberi surat

kebenaran untuk merentas bagi tujuan ke tempat kerja bagi sektor tersebut seperti mana

kebenaran diberikan kepada sektor perubatan. Selain itu, kerajaan juga boleh memberi

kelonggran untuk mengeksport barangan tersebut kerana ianya mendapat permintaan yang

tinggi terutamanya barangan yang dikeluarkan oleh Syarikat Top Glove. Syarikat Top Glove

juga boleh mengambil pekerja yang ramai bagi membolehkan pengeluaran barangan yang lebih

banyak. Sekali gus, ianya boleh membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran

di Malaysia.

Selain itu, pada pendapat saya rakyat Malaysia juga hendaklah memanfaatkan

kelebihan teknologi digital kini di mana mereka boleh menjana pendapatan melalui kemajuan

teknologi seperti menjadi content creator. Hal ini kerana melalui langkah tersebut, mereka

dapat menjana semula pendapatan mereka. Contohnya, salah seorang pekerja Air Asia yang

telah diberhentikan kerja akibat daripada penularan wabak Covid19 yang dikenali sebagai

Ryan Bakery telah menjadi salah seorang content creator yang berjaya sehingga kini di mana

dia mampu menjana semula pendapatan melalui aplikasi Tiktok. Selain itu, mereka juga boleh

menjalankan perniagaan secara atas talian menggunakan platform yang ada terutamanya

aplikasi Tiktok kerana ianya mendapat permintaan yang tinggi pada masa kini. Melalui langkah

tersebut, ianya sedikit sebanyak dapat membantu negara dalam menjana semula ekonomi

negara.

4
290231
GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

Kesimpulan

Kesimpulannya, melalui penulisan yang ditulis oleh Liew Kwan Jet, tidak dapat dinafikan

bahawa akibat daripada penularan wabak Covid19, ianya telah memberikan kesan yang amat

mendalam ke atas ekonomi negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pada masa tersebut

terdapat banyak industri yang terpaksa menutup operasi mereka akibat daripada Perintah

Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Terdapat juga banyak industri yang terpaksa

menghentikan operasi mereka selamanya akibat daripada tidak dapat menampung kos operasi

mereka kerana tidak mendapat permintaan pada masa tersebut. Sektor pelancongan dan

perhotelan merupakan sektor yang paling terjejas kerana tidak dapat merentas negeri. Rentetan

daripada itu, ianya telah menyebabkan kejatuhan ekonomi yang teruk kepada negara kerana

sektor tersebut merupakan sektor utama bagi menjana pendapatan negara. Oleh itu, bagi

mengatasi permasalahan tersebut, kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang pantas bagi

memulihkan semula ekonomi negara.

5
290231
GMGM2023 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT IN PUBLIC SECTOR

Rujukan

Husaini, D. H. (n.d.). Chapter 4: The Impact of the COVID-19 Pandemic on Malaysia’s

Economy. The World Scientific. Retrieved April 13, 2023, from

https://worldscientific.com/doi/10.1142/9789811228476_0004

Jet, L. K. (2020, April 30). How COVID-19 Affects the Malaysian Economy. Taylor's

College. Retrieved April 12, 2023, from https://college.taylors.edu.my/en/life-at-

taylors/news-events/news/how-covid-19-affects-the-malaysian-economy.html

Mohamed, M. (2020, June 3). Pelan Pemulihan Pasca COVID19 Perkukuh Ekonomi.

Keratan Akhbar. Retrieved April 12, 2023, from

https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2020-06/3%20JUN%202020.pdf

Saari, M. Y. (2020, March 31). COVID-19: Malaysia sedang alami perubahan ekonomi total,

ini 8 langkah persediaan. Astro Awani. Retrieved April 13, 2023, from

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-malaysia-sedang-alami-

perubahan-ekonomi-total-ini-8-langkah-persediaan-236161

6
290231

You might also like