You are on page 1of 1

Bahagian C [25 markah]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik,
saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan.
Namun begitu terdapat pelbagai masalah yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Jelaskan.

8. Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak besar terhadap usaha kerajaan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju dan sejahtera. Bincangkan.

No8

Pada era globalisasi ini, pandemik covid – 19 telah mendatangkan impak besar terhadap
usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan sejahtera.
Antara kesan pandemik covid – 19 terhadap usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah
negara maju dan sejahtera ialah sumber pendapatan negara terjejas. Hal ini dikatakan
demikian kerana, banyak sektor – sektor yang menjadi sumber pendapatan kepada negara
telah ditutup disebabkan oleh pandemik covid – 19 ini. Sebagai contohnya, apabila sektor
pelancongan telah ditutup menyebabkan pelancong dari negara luar tidak dapat melancong ke
dalam Malaysia menyebabkan tiada berlakunya pertukaran mata wang asing.
Selain itu, berlakunya pergaduhan politik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pandemik
covid – 19 ini telah menyebabkan menteri – menteri atasan telah berebut kuasa menyebabkan
sukar untuk kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan sejahtera.
Kesannya, kerajaan sukar untuk membuat keputusan kerana tiada kerjasama yang baik.
Seterusnya, negara menjadi kucar – kacir. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
adanya pandemik covid – 19 ini telah menyebabkan sesetengah rakyat telah mengalami
tekanan perasaan. Hal ini telah menyebabkan sesetengah rakyat telah mengambil keputusan
untuk melakukan perkara yang buruk seperti membunuh diri. Kesannya, kes bunuh diri di
negara semakin meningkat dan sukar untuk menjadikan Malaysia sebgaai negara maju dan
sejahtera.
Di samping itu, rakyat kehilangan pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan rakyat tidak
mempunyai pendapatan untuk menyara hidup disebabkan oleh pandemik covid – 19. Hal ini
dikatakan demikian kerana majikan terpaksa memberhentikan pekerja disebabkan oleh tidak
mampu untuk membayar gaji pekerja. Hal ini telah menyebabkan rakyat mengalami tekanan
hidup yang sempit. Kesannya, masalah pengangguran di Malaysia semakin meningkat.
Akhir sekali, tiada kemasukan pelabur asing. Hal ini dikatakan demikian kerana, sektor
penerbangan telah ditutup menyebabkan pelabur asing tidak dapat masuk ke Malaysia.
Kesannya, kerajaan sukar untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan sejahtera.
Kesimpulannya, pandemik covid – 19 ini telah mendatangkan kesan yang buruk kepada
usaha kerajaan menyebabkan kerajaan sukar untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju
dan sejahtera.

You might also like