You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN

Kemelesetan ekonomi merupakan salah satu daripada masalah ekonomi yang


sering kali dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi. Tiada sebuah negara pun
terlepas daripada menghadapi kemelesetan ekonomi. Krisis ini selalunya berkait
rapat dengan masalah utama makroekonomi iaitu pengangguran dan inflasi. Dari
segi ekonomi, kemelesetan ekonomi didefinisikan sebagai jumlah permintaan
dalam negeri adalah sangat tidak berkesan dan tingkat harga umum semakin
turun.1 Secara kasarnya, kemelesetan ekonomi ini wujud dalam suatu masa
dengan

kejatuhan

yang

berterusan

dalam

jumlah

keluaran

negara

dan

peningkatan tahap pengangguran. Jika kita melihat kepada sejarah ekonomi


dunia, kemelesetan ekonomi ini mula berlaku sejak tahun 1930-an lagi. Pada
zaman ini berlaku kemelesetan ekonomi yang terbesar akibat daripada
kekurangan

permintaan

pengangguran yang teruk.

argreget.

Ini

menyebabkan

berlakunya

masalah

Tidak terkecuali negara Malaysia dimana sebagai sebuah negara yang


sedang membangun, Malaysia telah beberapa kali mengalami kemelesetan
ekonomi antaranya adalah krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997. Tahun
ini merupakan antara krisis ekonomi yang paling ketara sejak tahun 1930-an
lagi. kemelesetan ini berlaku kesan langsung daripada serangan spekulatif
terhadap bhat, mata wang negara Thailand apabila bank pusat Thailand menarik
diri dalam usaha melindungi mata wangnya pada Julai 1997. 3 Perasaan tidak
menentu menyebabkan aliran keluar modal jangka pendek terbesar dari rantau
Asia. Larian modal besar-besaran ini telah menjejaskan nilai ringgit Malaysia dan
indeks bursa saham mengalami kejatuhan yang teruk.
Pada mulanya, krisis ini hanya disebabkan oleh larian modal dan bukannya
kekurangan permintaan luar untuk eksport negara. Akibat larian modal, pasaran
saham jatuh dan ramai pelabur saham mengalami kerugian. Oleh kerana
sebahagian penting daripada urusniaga saham dibiayai melalui pinjaman bank,
1 Ahmad Sobri Jaafar et al, Prinsip Ekonomi, Sintok: Universiti Utara Malaysia, 2007, hlm. 10.
2 Nor Aini Haji Idris et al, Kegawatan Ekonomi: Impak Terhadap Golongan Berpendapatan, Jakarta:
PTS Dawama Sdn.Bhd, 1998, hlm. 22.

3 Suresh Narayanan, Dasar Fiskal Di Malaysia: Pengalaman


Universiti Sains Malaysia, 2001, hlm. 57.

Dan Pengajaran, Pulau Pinang:

keadaan ketidakpastian menyebabkan bank menarik balik pinjaman mereka.


Penguncupan kredit secara umumnya menjejaskan permintaan, pelaburan dan
pengeluaran domestik. Keyakinan pelabur, sama ada pelabur asing mahupun
pelabur tempatan turut terjejas. Permintaan domestik turun ke tahap yang paling
rendah dan KDNK dalam nilai benar menguncup pada tahun 1998 (Laporan
Ekonomi Tahun 2000).

2.0

KESAN KRISIS EKONOMI 1997


2.1
Peningkatan Kadar Pengangguran
Kita sedia maklum bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku akan
menyebabkan

masalah

pengangguran

akan

ekonomi

meningkat.

seperti
Pada

inflasi

dan

pertengahan

kadar

1990-an,

pengangguran terbuka di Malaysia adalah sangat rendah dan terdapat


kekurangan buruh secara meluasnya dalam sektor ekonomi. Berikutan
krisis ekonomi, kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan sebanyak 2%, menangguhkan pelaksanaan projek besar
dan mengkaji semula pembelian barangan luar negara oleh agensi
awam. Tindakan ini menyebabkan ramai orang menganggur dan ini
termasuk

projek

besar

Bakun

di

Sarawak

yang

dihentikan

pelaksanaannya. Peluang pekerjaan semakin berkurang. 4


Banyak syarikat dan kilang-kilang kecil terpaksa ditutup kerana
tidak berupaya meneruskan urusniaga dan ramai pula yang hilang
pekerjaan dan mata pencarian.5 Malah, sejumlah besar pekerja-pekerja
bank tidak berupaya menampung kos upah yang dianggap sebagai
beban semasa krisis melanda. Data rasmi menunjukkan bahawa
bilangan pekerja yang diberhentikan di Malaysia sepanjang tahun 1998
mencapai angka 83,865 atau 1% daripada jumlah guna tenaga. 6
Perkembangan ini telah meningkatkan bilangan pengangguran di
Malaysia daripada 229,700 pada tahun 1997 kepada 444, 220 pada
tahun 1998, manakala kadar pengangguran meningkat daripada 2.7%
kepada 3.9% pada tempoh yang sama. Masalah kemudian bertambah
apabila pada tahun 1998, kerajaan mengumumkan bahawa masalah
kemiskinan meningkat sebagai kesan peningkatan pengangguran dan
4 Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim et al, Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd, 2015, hlm. 92

5 Khor Kok Peng, Krisis Ekonomi Asia Timur: Komentar dan Analisis, Pulau Pinang: Persatuan
Pengguna Pulau Pinang, 2008, hlm.

6 Opcit.

inflasi. Sejumlah 7.6% populasi berada di bawah garis kemiskinan


rasmi berbanding 6.8% pada tahun 1997. Jumlah isi rumah miskin
meningkat dari 346,000 pada tahun 1997 kepada 394,000 pada tahun
1998.7
2.2
Import Menurun
Krisis ekonomi 1997 telah menurunkan import Malaysia. Hal ini berlaku
kerana peningkatan kos barangan import dan harga yang tinggi akibat
kejatuhan nilai ringgit. Selain itu, kerajaan juga turut menggalakkan
kempen penggunaan barangan buatan tempatan berbanding barangan
import untuk mengurangkan kos. Keadaan ini juga didorong oleh dasar
kerajaan yang meningkatkan kadar cukai ke atas barangan mewah
nagi membantu mengurangkan jumlah import negara dimana selepas
krisis tersebut jumlah import barangan berkurang pada kadar 3.3%.
2.3
Eksport Meningkat
Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia menyebabkan nilai ringgit semakin
murah berbanding dengan nilai mata wang asing seperti dolar Amerika
Syarikat dimana nilai ringgit menurun bermula dari RM2.50 pada tahun
1997 berbanding US$1.00 terus menjunam kepada RM4.88 berbanding
US$1.00 pada tahun 1998. Secara tidak langsung, ia mengurangkan
saiz defisit dalam akaun semasa. Bagi sesetengah produk seperti
minyak

petroleum

menampakkan

satu

yang

diniagakan

peningkatan

yang

dalam

nilai

mendadak

US

dollar

dalam

hasil

pendapatan negara dalam nilai ringgit. Sebahagian besar daripada


barang industri dan ia telah menyumbang kepada 80% daripada
jumlah

eksport

negara.

Bagaimanapun,

faedah

yang

dinikmati

daripada barangan eksport ini adalah terhad walaupun nilai ringgit


adalah rendah. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan pengimport asing
menghendaki pengeluar tempatan memberikan diskaun atas barangan
yang diimport oleh mereka. Keadaan ini mengakibatkan kejatuhan
dalam nilai barangan eksport negara Malaysia. 8
2.4

Pengeluaran Sektor Utama Terjejas

7 Norani Othman dan Sumit K. Mandal, Malaysia Menangani Cabaran Globalisasi: Peserta atau
Mangsa?, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 153.

8 Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim et al, Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd, 2015, hlm. 92.

Selain import menurun, pengeluaran sektor utama ekonomi seperti


pertanian,
terjejas

pembuatan, perkilangan dan pembinaan bukan sahaja

tetapi

turut

mengalami

penurunan

nilai

pengeluaran

disebabkan oleh permintaan yang berkurangan, penawaran yang


berlebihan dan juga kekangan penawaran. Sektor pembinaan dilihat
menurun secara ketara dengan penurunan sebanyak 19.2% pada
tahun 1998. Selain itu, sektor pertanian juga telah menurun pada
tahun

1998.

Misalnya

pengeluaran

kelapa

sawit

mencatatkan

penurunan sebanyak 8.1% dibandingkan pada pada tahun 1997.


Begitu juga dengan getah yang juga menurun sebanyak 10.3% antara
tahun 1997 dan 1998. Kemerosostan ini antaranya disebabkan oleh
kekurangan tenaga buruh dan harga yang tidak lumayan dimana harga
getah telah merosot, penurunan nilai RM telah meningkatkan kos input
terutama baja sebanyak 30%. Kenaikan harga input telah menurunkan
daya saing industri ini. Seterusnya pengeluaran kayu kayan turut
merosot sebanyak 20.6% antara 1997 dan 1998. Kemerosostan adalah
disebabkan

oleh

permintaan

yang

menguncup

daripada

negara

pengimport tradisional Malaysia seperti Thailand, Korea Selatan, Jepun


dan Hong Kong yang trurut mengalami masalah krisis ekonomi. 9
3.0

KESAN KRISIS EKONOMI 1997 KE ATAS POLITIK MALAYSIA


3.1
Pemecatan Anwar Ibrahim
Secara keseluruhan, pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim pada September 1998 atas sebab perlakuan seks luar tabii dan
hubungan sejenis merupakan kesan politik yang utama berikutan krisis
ekonomi 1997. Pemecatan ini telah menjadi titik tolak utama dalam
pembangunan politik di Malaysia. Keadaan ini telah membawa kepada
keadaan yang kurang stabil dalam negara sehingga membawa kepada
pemogokan dan rusuhan terutamanya di bandaraya Kuala Lumpur. Isu
ini memberi kesan yang besar kepada politik Malaysia kerana
merupakan perbalahan di antara dua orang utama dalam politik
negara.
Sudah sedia makhlum bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang
yang pro kepada IMF dan Amerika Syarikat. Semasa krisis ekonomi

9 Fatimah Mohd Arshad, Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya Ke Atas Sektor Pertanian, atas
talian http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm, diakses pada 11/12/2016.

1997 tersebut beliau telah mencadangkan agar Tun Dr. Mahathir untuk
mendapatkan bantuan daripada IMF namun ditolak. Hal ini kerana Dr.
Mahathir lebih memilih dasar pengembangan kewangan sebagai
strategi beliau dalam pemulihan ekonomi negara berbanding dasar
pasaran bebas yang telah dicadangkan oleh Anwar. Anwar yang juga
merupakan seorang menteri kewangan dianggap telah gagal kerana
usul yang dibawakan oleh Anwar iaitu mengamalkan pelan tindakan
yang dibuat oleh Bank Dunia dan IMF hanya akan menyebabkan
negara mengalami krisis kewangan yang lebih teruk. 10 Oleh itu pada 22
September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dapat dikatakan bahawa
perbezaan pendekatan dan pandangan di antara Mahathir dan Anwar
merupakan punca utama pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana
Menteri.11
3.2
Pilihan Raya Umum 1999
Pilihan raya 1999 menunjukan trend yang menarik. Latar belakang
kepada pilihan raya 1999 dan peristiwa yang signifikan kepada politik
Malaysia akhir 1990-an adalah peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim
daripada kerajaan dan UMNO. Sebagai Timbalan Perdana Menteri di
antara 1993 hingga 1998, Anwar pernah dianggap sebagai pengganti
kepada Dr. Mahathir. Malangnya, beliau dipecat pada tahun 1998 dan
pemecatannya memberikan kesan yang besar kepada politik Malaysia.
Dalam pilihan raya 1999, sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional
(BN) merosot kepada 56.63% daripada 65.16% pada pilihan raya 1995.
Sebaliknya, dua buah parti pembangkang, PAS dan DAP meningkatkan
undi mereka daripada 19.36% pada tahun 1995 kepada 27.67% pada
pilihanraya 1999.12

10 Khoo Boo Teik, Beyond Mahathir: Malaysian Politics and Its Discontents, New York: Zed Books
Ltd, 2003, hlm. 21.

11 Milne, R. S. & Mauzy, D. K, Malaysian Politics Under Mahathir, London: Routledge, 1999, hlm.
144.

12 Amer Saifude Ghazali, 2008, Sokongan Kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Parlimen
1999 dan 2004, Serta Implikasinya kepada Pilihan Raya 2008 , Jati, Vol. 13, December 2008, hlm
97.

Hal ini berlaku akibat daripada kekacauan yang berlaku dalam


politik

negara

sebelumnya

menyebabkan

UMNO

sukar

untuk

mendapatkan kepercayaan daripada orang Melayu. Keadaan ini dapat


dilihat pada pilihan raya 1999 juga di mana PAS mendapat lebih
daripada 70% daripada keseluruhan undi mereka daripada negeri
majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Manakala di
kawasan pilihan raya yang mempunyai lebih daripada 90% Melayu,
UMNO hanya mendapat sekitar 20% hingga 40% sokongan. Walau
bagaimanapun, pada ketika itu Dr. Mahathir tidak terlalu bergantung
kepada orang Melayu untuk mendapatkan kemenangan berbanding
PAS dan beliau sebaliknya meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap
kaum Cina yang tetap memberikan sokongan kepada BN kerana
kejayaannya mengatasi masalah krisis ekonomi.13
3.3
Politik kucar Kacir
Krisis ekonomi 1997 bukan sahaja memperlihatkan

peristiwa

pemecatan terhadap Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri


dan Menteri Kewangan tetapi mengakibatkan berlakunya kekacauan
dalam

politik

negara

di

mana

pemimpin

masing-masing

ingin

menegakkan kuasa mereka. Misalnya pertelagahan antara Dr. Mahathir


dan Anwar dalam usaha menyelamatkan ekonomi negara. Keadaan ini
telah memperlihatkan bagaimana hubungan antara Perdana Menteri
Malaysia Dr. Mahathir dan Timbalannya Anwar Ibrahim semakin keruh
dari hari ke hari. Hal ini kerana keduanya mempunyai pendapat yang
berbeza dalam mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia ketika
itu. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar
favoured an austerity drive to slow down the already overheated
economy

tetapi Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri cenderung

kepada a massive fiscal injection that would kick-start the economy by


raising the level of domestic consumption. Perbezaan pendapat ini
menyebabkan krisis di antara mereka lebih serius. 14 Keadaan ini juga
telah menyebabkan pemisahan kepada dua kumpulan dalam politik
negara iaitu golongan Dr. Mahathir atau Mahathirists dan golongan
Anwar atau Anwaristas. Pemisahan ini juga mendorong kepada
berlakunya komplot dalam usaha mengambilalih kuasa negara secara
13 Ibid, hlm. 100.
14 Ibid, hlm.98.

paksaan. Jelas bahawa krisis ekonomi 1997 juga telah menyebabkan


politik negara berada dalam keadaan kucar kacir.
3.4
Kemunculan Fenomena Baru dalam Politik
Politik baru ini berdasarkan kepada kepelbagaian parti politik yang
mempunyai perbezaan ideologi. Selepas pemecatan Anwar Ibrahim,
sekitar akhir tahun 1998 dahulu semua parti pembangkang dan
pelbagai badan NGO telah bergabung dalam GERAK (Gerakan Keadilan
Rakyat Malaysia) untuk memperjuangkan keadilan. Perpaduan yang
muncul

secara

spontan

tersebut

dikatakan

berpunca

daripada

ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir


terhadap

Anwar.

Keadaan

ini

juga

telah

mendorong

kepada

pembentukan Barisan Altenatif (BA). BA merupakan gabungan parti


politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di
Malaysia demi mengurangkan majority kerajaan BN. BA ditubuhkan
pada tahun 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia
1999, 2004 dan 2008. Ianya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia
(PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional
(KeADILAN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). 15

15 Ibid.

4.0

KESIMPULAN

Sesungguhnya krisis ekonomi 1997 yang berlaku ini telah memberikan impak
yang besar kepada Malaysia dari pelbagai aspek khususnya ekonomi dan politik
negara. Keadaan tersebut telah mengundang kepada perbezaan pendapat dan
konflik dalam menyelesaikan krisis ekonomi yang berlaku. Oleh itu, pelbagai
langkah penyelesaian dilakukan kerajaan bagi mencapai kestabilan politik dan
memulihkan kembali ekonomi negara walaupun terpaksa menghadapi banyak
tentangan dan cabaran. Melalui usaha dan kebijaksanaan pemimpin negara kita
dalam menangani masalah ini telah berjaya memulihkan ekonomi Malaysia
tanpa perlu meminjam dan berhutang kepada IMF seperti negara-negara Asia
yang lain.

RUJUKAN
Ahmad Sobri Jaafar et al. 2007.

Prinsip Ekonomi. Sintok: Universiti Utara

Malaysia.
Amer Saifude Ghazali. 2008. Sokongan Kepada UMNO dan PAS dalam Pilihan
Raya Parlimen 1999 dan 2004, Serta Implikasinya kepada Pilihan Raya 2008. Jati,
Vol. 13,

December 2008.

Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim et al,. 2015. Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Fatimah Mohd Arshad. Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya Ke Atas Sektor
Pertanian.

Aatas talian http://econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm. Diakses

pada 11/12/2016.
Khoo Boo Teik. 2003. Beyond Mahathir: Malaysian Politics and Its Discontents.
New York:

Zed Books Ltd.

Khor Kok Peng. 2008. Krisis Ekonomi Asia Timur: Komentar dan Analisis. Pulau
Pinang:

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Milne, R. S. & Mauzy, D. K. 1999. Malaysian Politics Under Mahathir. London:


Routledge.

Norani Othman dan Sumit K. Mandal. 2000. Malaysia Menangani Cabaran


Globalisasi: Peserta atau Mangsa?. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Aini Haji Idris et al. 1998. Kegawatan Ekonomi: Impak Terhadap Golongan
Berpendapatan. Jakarta: PTS Dawama Sdn.Bhd.
Suresh

Narayanan.

2001.

Dasar

Fiskal

Di

Malaysia:

Pengajaran. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Pengalaman

Dan

You might also like