You are on page 1of 9

c

AJ32103 SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA


SELEPAS MERDEKA
SEMESTER 1 2020/2021

SOALAN 7:
BINCANGKAN KRISIS EKONOMI 1997 DAN KESANNYA
TERHADAP POLITIK MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
PROF. DR.ABDUL RAHMAN TANG

NAMA NO. MATRIK


MOHD ANUAR BIN ABDUL RIPAI BA18110369
ZAWAWI BIN JUL BA18110329
1.0 PENGENALAN
Dalam tempoh di antara tahun 1997 dan tahun 1998 ekonomi negara-negara di Asia
Timur dan Asia Tenggara mengalami kemelesetan yang terburuk akibat tercetusnya
krisis matawang. Negara-negara di wilayah Asia Tenggara khususnya di Malaysia
telah menerima tempias akibat tercetusnya peristiwa kemelesetan ekonomi tersebut
sehingga menggugat kestabilan ekonomi negara dan telah memberi kesan dari segi
politik di Malaysia. Krisis kewangan atau lebih dikenali krisis ekonomi 1997 yang
melanda dunia pada bulan 1997 merupakan satu fenomena yang telah menjejaskan
aktiviti perdagangan dan hampir melumpuhkan ekonomi negara-negara di rantau
Asia. Sebelum meneroka lebih mendalam tentang isu krisis kewangan ini, adalah
wajar terlebih dahulu untuk memahami maksud krisis kewangan. Krisis bermaksud
ketegangan, kegentingan, kemelut dan sebagainya yang boleh menyebabkan
sesuatu keadaan yang menjadi buruk. Manakala kewangan pula merujuk kepada
perihal wang yang mana segala sesuatu yang berkaitan dengan wang. Manakala
frasa krisis kewangan pula bermaksud keadaan yang membimbangkan mengenai
soal-soal kewangan seperti kekurangan wang dan lain-lain. Sebenarnya ekonomi
negara Malaysia agak stabil bagi tempoh 1992-1996 dan kadar pengganguran
berkurangan dengan wujudnya pelbagai peluang pekerjaan dari pelbagi sektor awam
mahupun swasta.1 Namun, Kemelesetan ekonomi tersebut telah memberi kesan
terhadap negara. Oleh itu, Esei ini akan membincangkan kesan krisis ekonomi 1997
khususnya dari segi politik Malaysia di samping menjelaskan faktor terjadinya krisis
ekonomi ini.

2.0 BAGAIMANA KRISIS EKONOMI 1997 ASEAN BERMULA


Krisis ini sebenarnya bermula di Thailand yang mana pada tahun 1986 hingga 1996,
ekonomi negara terbabit berkembang pesat pada kadar purata melebihi 9% setiap
tahun. Kadar perkembangan yang paling pesat di dunia pada ketika itu manakala
inflasi pula rendah antara 3.4% hingga 5.7%. Mata wang Thailand iaitu Bath ‘diikat’
pada jumlah 25 Bath kepada $USD (25 Baht = $USD 1). Pada 15 Mei 1997, nilai
mata wang Thai Bath telah diserang secara besar-besaran oleh pedagang mata
wang melalui spekulasi yang dibuat mereka, namun Perdana Menteri Thailand
mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menurunkan nilai Baht yang
diikat. Walaubagaimanapun, kerajaan Thailand terpaksa mengapungkan nilai Bath
disebabkan kekurangan rizab asing bagi menyokong ikatan mata wang tersebut dan
1
Mohd Fauzi Yacoob, Malaysia: Tranformasi & Perubahan Sosial, Arah Pendidikan Sdn. Bhd. 2009, hlm.
137.

1
hal ini menyebabkan penentuan nilai Bath bergantung kepada pasaran mata wang,
yakni boleh berubah-ubah. Hal ini telah menyebabkan nilai mata wang Baht susut
dengan pantas dan kehilangan lebih daripada separuh nilai asalnya iaitu 56 Baht
bersamaan $USD1 pada Januari 1998.2 Ekoran kejadian yang berlaku di Thailand ini,
ia telah memberi tindakbalas berantai yang melumpuhkan ekonomi Asia.

3.0 FAKTOR-FAKTOR KRISIS EKONOMI 1997


Terdapat beberapa faktor-faktor terjadinya krisis ekonomi . Antaranya ialah peranan
spekulator mata wang, ekonomi yang bertumbuh melebihi potensi sebenar, ekonomi
yang meruap melebihi potensi sebenar, Produktiviti yang rendah dan pertumbuhan
dalam sektor yang tidak produktif.

3.1 PERANAN SPEKULATOR MATA WANG


Pada amnya, semua orang bersetuju bahawa krisis ekonomi di rantau ini adalah
disebabkan oleh mainan spekulator mata wang yang mana George Soros dikaitkan
dengan faktor ini. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Dr. Mahathir telah
menyatakan bahawa Soros adalah antara penyangak mata wang dunia yang berniat
jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan yang sedang
membangun khsusnya ASEAN. Beliau dan orang-orangnya menguasai pengurusan
dana asing yang besar telah berpakat menyerang pasaran ASEAN bagi menyekat
perkembangan ekonomi yang bakal mengaum di pasaran antarabangsa yang mana
mereka juga telah menyerang Hong Kong untuk menyekat kemaraan China sebagai
gergasi ekonomi di rantau Pasifik.3

Cara Para Spekulator ini menjatuhkan nilai mata wang sesebuah negara ialah
dengan menjual mata wang yang akan diramalkan turun. Apabila nilai mata wang
tersebut benar-benar turun, maka mata wang tersebut akan dibeli kembali pada
kadar yang murah dan ini menyebabkan perbezaan jualan dengan belian adalah
keuntungan yang akan diperolehi oleh spekulator. Namun sekiranya sesuatu mata
wang akan dinaikkan nilainya, para spekulator akan membeli mata wang tersebut di
pasaran semerta dan pasaran ke hadapan. Apabila nilai mata wang tersebut benar-
benar meningkat, maka spekulator akan menjual untuk memperoleh keuntungan

2
MJ. Suhaimi, Rahsia Kejayaan Malaysia Mengahdapi Krisis Ekonomi Asia 1997/1998 , 2018, dipetik dari
https://iluminasi.com/bm/rahsia-kejayaan-malaysia-menghadapi-krisis-ekonomi-asia-1997-1998.html
pada 1 november 2020.
3
A. Nazri Abdullah, Komentar: Startegi Baru Anarkis Kapitalis Baru, Berita Minggu 27 Julai 1997, hlm.
10.

2
daripada urusniaga tersebut.4 Jelaslah bahawa spekulator mata wang ini adalah
faktor tercetusnya krisis ekonomi 1997.

3.2 EKONOMI YANG MERUAP MELEBIHI POTENSI SEBENAR


Pada penghujung tahun 1996, Kementerian Kewangan Thailand begitu Pasif
terhadap masa depan ekonomi negaranya dengan meramalkan pertumbuhan kekal
pada purata 7 hingga 7.5 peratus setahun serta mengekalkan inflasi lima hingga tiga
peratus. Thailand juga meramalkan defisit akaun semasa berada pada kadar antara
7.5 hingga 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Manakala
eksport pula dijangka meningkat dan keadaan ini melekakan kerajaan Thailand
daripada membuat sebarang langkah untuk menghadapi sebarang musibah yang
tidak dijangka. Begitu juga malaysia, KDNK sebenar telah mencatat pertumbuhan
pada kadar 8.5 peratus bagi tempoh 1991 hingga 1997. Manakala, pendapatan
pendapatan perkapitaula telah meningkat dua kali kanda dalam nilai dolar AS pada
tahun 1997. Di samping itu, kadar kemiskinan berjaya dikurangkan kepada 6.1%
dari 16.5% dan hal ini telah menjadi asas ekonomi yang kukuh. Namun demikian,
pertumbuhan yang pesat ini tanpa disedari telah mengundang musibah. Hal ini
demikian, kerana kadar ekonomi Malaysia sejak 1987 hingga 1997 dikatakan telah
melebihi potensinya iaitu melebihi kadar sumber yang dimiliki. Dengan erti lain,
kadar pertumbuhan sebenar Malaysia melebihi kadar potensi pertumbuhan
berdasarkan sumber yang ada.5 Hal ini sudah tentu akan menimbulkan tekanan
kepada negara.

3.3 PRODUKTIF YANG RENDAH DAN PERTUMBUHAN KREDIT DALAM YANG


TIDAK PRODUKTIF
Sebelum tahun 1997, perkembangan dalam sektor hartanah adalah melampau.
Hartnah ini termasuklah juga tanah untuk tapak rumah , padang golf, bangunan dan
sebagainya. Namun, sektor inilah yang paling tidak produktif kerana ia tidak
mendatangkan apa-apa sumbangan kepada ekonomi. 6
Di Thailand, terdapat
400,000 buah rumah bernilai USD 2 bilion dikatakan tidak mampu dijual dan
menyebabkan para pemaju tidak mampu menjelaskan pinjaman bank masing-
masing. Hal ini demikian, akan menyebabkan berlakunya inflasi harga aset iaitu
4
Wan Mansor Wan Mahmood, Urus Niada Pertukaran Mata Wang Asing, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1993, hlm. 71-72.
5
Ibid, hlm. 73-74
6
Ramlan Abd. Wahab, Serangan Mata Wang: Menjatuhkan Negara Membangun, Dewan Masyarakat,
1997, hlm. 21

3
apabila pembeli-pembeli tidak dapat membayar harga rumah dan pemaju tidak
mendapat pulangan daripada pelaburan mereka.

Manakala di Malaysia, industri yang berkembang pesat pada pertengahan 90-an


bukanlah industri yang bedaya saing di peringkat antarabangsa, tetapi industri yang
dilindungi seperti Proton dan juga projek-projek pembinaan pembinaan seperti
pembinaan KLCC, Empangan Bakun, lain-lain lagi projek mega. Malangnya, projek-
projek seperti ini tidak meningkatkan daya saing di antarabangsa, sebaliknya ia
menjadi beban kepada ekonomi negara kita. Pembangunan sektor hartanah telah
menggunakan lima puluh peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan dan ini
menunjukkan arah pertumbuhan ekonomi yang tidak efisyen. Tambahan lagi,
produktiviti sektor perkilangan adalah amat rendah. Walaupun Malaysia adalah
pengeksport penghawa dingin yang terbesar di dunia dan pengekport semiconductor
kedua terbesar di dunia pada masa itu,namun ia hanyamember nilai tambah yang
sangat kecil. Misalnya dalam pengeluaran televisyen, pengilang mendapat kurang
daripada RM100 untuk upah pemasangan. Manakala vacum cleaner yang harganya
mencecah RM300 hingga RM400, pengilang hanya mendapat keuntungan sebanyak
RM5 bagi setiap satu yang dipasangnya. Walaupun dikatakan pertumbuhan sektor
perkilangan dikatakan berkembang dengan sangat pesat, namun nilai tambah bagi
sektor ini adalah sangat rendah dan ia lebih rendah daripada sektor pertanian. 7

4.0 KESAN KRISIS TERHADAP POLITIK MALAYSIA


Selaku Pm dan juga Menteri Kewangan, Mahathir dan Anwar melihat bahawa krisis
kewangan yang berlaku ini disebabkan faktor luaran, manakala bagi Anwar pula
punca krisis ini adalah sebaliknya.8 Anwar Ibrahim telah mengambil dua langkah bagi
mengatasi krisis ekonomi di Malaysia pada waktu itu. Pertama, beliau telah
melaksanakan pakej ekonomi pada 5 Disember 1997 dengan mengambil tindakan
seperti menyemak kembali angka pertumbuhan tahun 1998 dari 7 peratus kepada 4-
5 peratus per tahun, beliau juga telah kurangkan angka defisit anggaran daripada 5
peratus kepada 3 peratus daripada KDNK. Menurut Funston, tindakan yang diambil
Anwar ini telah menyebabkan hubungan Mahathir dengan Anwar menjadi semakin
tidak baik kerana dilihat menganggu aktivit-aktiviti Mahathir. Sebagai contohnya,

7
Ramlan Abd. Wahab, Op. Cit. Hlm. 22-23.
8
Siti Nazurah Duhim, Krisis Ekonomi Asia Tahun 1997- Tahun 1988, Universiti Malaysa: Jabatan
Pengajian Asia Timur, 2013, hlm. 7.

4
Anwar mengambil tindakan untuk tidak menyelamatkan syarikat konglomerat yang
dikuasai Halim Saad yang tengah mengalami masalah kewangan.

Selain itu, Anwar juga telah merancang untuk mendedahkan segala gejala
rasuah dalam kerajaan yang beliau rasakan adalah punca kepada kemelesetan
ekonomi tahun 1997.9 Tambahan pula, Anwar mempersoalkan dasar politik dan juga
ekonomi di bawah pentadbiran Mahathir di dalam akhbar-akhbar yang disiarkan.
Namun begitu, Mahathir melihat langkah yang diambil Anwar ini merupakan langkah
yang begitu mencabar kedudukannya sebagai PM dan ketua kepada beliau. Rentetan
daripada itu, Mahathir mengambil langkah dengan menubuhkan Majlis Tindakan
Ekonomi Negara yang berfungsi dalam menangani krisis ekonomi yang diketuai oleh
Daim Zainuddin. Mahathir bertindak melantik Daim mengetuai institusi tersebut atas
kegagalan kedua-dua pakej rancangan Anwar. Penubuhan MTEN ini bertujuan untuk
menamatkan ketidakstabilan nilai tukar ringgit terhadap dolar AS serta memulihkan
ekonomi Malaysia.

Malaysia diserang oleh penyangak mata wang yang membawa jualan


menyeluruh di pasaran saham dan juga pasaran tukaran wang. Rentetan daripada
itu, indeks KLSE telah menjunam dari 1,200 mata kepada paras di bawah 600 mata.
Nilai ringgit mengalami kemerosotan sebanyak 50% daripada RM 2.50 kepada
RM4.10 untuk setiap dollar. Ratusan kilang dan juga perusahaan yang dimiliki
pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional berpotensi untuk diisitiyharkan
muflis. Pada 2 September 1998, Perdana Menteri telah mengambil keputusan untuk
mengadakan kawalan modal serta menetapkan nilai ringgit pada RM3.80 untuk
setiap dollar Amerika Syarikat. Mahathir untuk pertama kalinya melakukan serangan
secara terbuka kepada penyangak-penyangak mata wang asing berlarutan sehingga
berlakunya pertemuan tahunan IMF dan Bank Dunia di Hong Kong pada akhir bulan
September 1997. Mahathir menolak bantuan daripada IMF yang menyebabkan
tercetus pergolakan politik dalam kerajaan, kerana Anwar Ibrahim inginkan campur
tangan IMF dalam pemulihan ekonomi Malaysia.10

9
Mukhriz Mahathir, Dasar Ekonomi Baru: Itntipati, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd,2004, hlm. 26
10
Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia: Transformasi & Perubahan Sosial, Selangor: Arah Pndidikan Sdn. Bhd,
2009. hlm 136.

5
Perbezaan pandangan antara Mahathir dan juga Anwar Ibrahim merupakan
punca yang utama pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perdana
Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir ketika berucap di Tokyo ada
megatakan bahawa krisis kewangan di Asia ini merupakan satu jenis penjajahan cara
baru yang bertujuan untuk menguasai negara melalui globalisasi ekonomi. 11 Beliau
telah memberi pandangan tentang suatu senario yang sangat menakutkan di mana
berlaku kemungkinan sebuah dunia tanpa sempadan serta tanpa peraturan yang
bakal menanggung kesan penaklukan mutlak dari golongan kapitalis serta kolonialis
baru terhadap negara-negara yang membangun. Hal ini merupakan satu langkah
yang sangat berisiko serta menerima kritikan dari pemimpin-pemimpin dunia.
Pendekatan Mahathir dipilih menjadi model utama oleh negara membangun yang
lain seperti Thailand, Uzbekistan, Ghana, Myanmar, Nigeria, Libyra, dan Afrika
Selatan untuk membangunkan ekonomi mereka.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, krisis ekonomi 1997 sememangnya memberikan impak


yang begitu besar kepada politik Malaysia. Krisis ekonomi 1997 dikatakan berlaku
kerana faktor luaran dan juga faktor dalaman. Pengkajian terhadap faktor apa yang
menyebabkan krisis ekonomi 1997 di Malaysia telah membawa kepada isu di dalam
politik Malaysia kerana adanya perbezaan pendapat antara kedua-dua belah pihak
iaitu Mahathir dan juga Anwar. Bukan itu sahaja, ratusan kilang dan juga perusahaan
yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO serta Barisan Nasional dikatakan
sangat berpotensi untuk diisitiyharkan muflis. Rentetan daripada itu, pelbagai
alternatif dan langkah diambil bagi menyelesaikan masalah ini dengan sesegara
mungkin. Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir mengambil langkah
yang bijak dengan menyingkirkan Anwar Ibrahim kerana mengganggu beliau untuk
menyelamatkan ekonomi Malaysia yang kian merosot. Kemampuan Datuk Seri Dr.
Mahathir dalam menyelesaikan masalah krisis ekonomi 1997 ini menyebabkan beliau
dijadikan “Role Model” oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Mohd Akbal bin Hj. Abdullah, Globalisasi Ekonomi dan Strategi Malaysia, The University of Michigan:
11

Penerbit Kuittho, 2009, hlm. 40.

6
7
RUJUKAN
A. Nazri Abdullah. 2017. Komentar: Startegi Baru Anarkis Kapitalis Baru. Berita
Minggu 27 Julai.

MJ. Suhaimi. 2018. Rahsia Kejayaan Malaysia Mengahdapi Krisis Ekonomi Asia
1997/1998. Diakses dari https://iluminasi.com/bm/rahsia-kejayaan-malaysia-
menghadapi-krisis-ekonomi-asia-1997-1998.html pada 1 november 2020.

Mohd Akbal bin Hj. Abdullah. 2009. Globalisasi Ekonomi dan Strategi Malaysia. The
University of Michigan: Penerbit Kuittho.

Mohd Fauzi Yacoob. 2009. Malaysia: Tranformasi & Perubahan Sosial. Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.

Mukhriz Mahathir. 2004. Dasar Ekonomi Baru: Itntipati. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ramlan Abd. Wahab.1997. Serangan Mata Wang: Menjatuhkan Negara Membangun.


Dewan Masyarakat.

Siti Nazurah Duhim. 2013. Krisis Ekonomi Asia Tahun 1997- Tahun 1988. Universit
Malaysa: Jabatan Pengajian Asia Timur.

Wan Mansor Wan Mahmood. 1993. Urus Niada Pertukaran Mata Wang Asing, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like