You are on page 1of 4

FAKTOR KEDATANGAN PATI DI MALAYSIA

    Malaysia telah lama menjadi pusat sumber pendapatan kepada pendatang asing tanpa
izin ( PATI ). Isu PATI bukan lagi perkara baru dinegara kita. Kedatangan PATI ke negara
kita, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan lain-lain telah menjadi senario biasa
kepada masyarakat hari ini. Mereka datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki bagi
menyara kos hidup keluarga mereka. Pertambahan bilangan PATI yang datang ke Malaysia
telah mendatangkan kebimbangan kepada penduduk di negara kita. Hal ini demikian kerana
mereka boleh memberi kesan yang negatif kepada penduduk di Malaysia sama ada dari
segi politik, ekonomi dan sosial. PATI yang datang ke negara kita merupakan seorang yang
sangat rajin bekerja. Kedatangan mereka ke Malaysia telah didorong oleh pelbagai faktor.
  
Terdapat banyak faktor kemasukkan PATI ke negara kita. Antaranya ialah
kemakmuran negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni.
Negara Malaysia bebas daripada rusuhan kaum dan peperangan berbanding negara asing
yang selalu berlaku persengketaan di negara mereka. Malaysia mengamalkan semangat
perpaduan antara kaum. Walaupun terdapat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia tetapi
tiada sebarang konflik yang berlaku. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman sejahtera.
Keadaan ini menarik minat PATI untuk datang ke Malaysia. Tambahan pula, negara kita
tidak pernah mengalami bencana alam seperti gunung berapi dan taufan. Bencana ini telah
berlaku di negara asing yang mengancam nyawa mereka. Oleh itu, PATI akan berhijrah  ke
negara kita agar keselamatan kita terjamin.
  
     
   Faktor yang mendorong kemasukan PATI ialah pembangunan yang pesat. Malaysia
merupakan sebuah negara yang ekonominya sangat pesat. Banyak projek pembangunan
mega yang telah dibangunkan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang maju.
Projek pembangunan mega yang diwujudkan merangkumi sektor perumahan,perkilangan,
perindustrian dan pertanian. Sektor - sektor ini telah menawarkan banyak peluang pekerjaan
kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Keengganan rakyat tempatan untuk bekerja
dalam sektor tersebut telah memberi peluang kepada PATI untuk datang ke Malaysia bagi
mendapatkan pekerjaan tersebut. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan yang
ditawarkan di negara mereka sangat terhad dan gaji yang ditawarkan juga amat rendah.
    
Selain itu, faktor kemasukkan PATI ialah kestabilan ekonomi, Corak pentadbiran
negara yang efisyen telah menghasilkan sistem ekonomi yang sistematik. Perancangan
ekonomi yang sistematik ini banyak membantu negara untuk bebas daripada bebanan
hutang dan inflasi yang melampau. Malaysia tidak pernah menanggung beban hutang yang
tinggi dari negara luar dan tidak mengalami kenaikan tingkat harga barangan yang
berterusan. Kenaikan tingkat harga barangan adalah seimbang. Jadi, harga barangan di
Malaysia amat berpatutan . Tambahan pula, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam
imbangan pembayaran negara. Keadaan ini menyebabkan PATI berminat untuk datang ke
Malaysia. Nilai mata wang yang kukuh berbanding dengan negara jiran juga turut
menjadikan Malaysia sasaran kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan
Filipina,misalnya. Oleh itu, PATI akan menjadikan Malaysia lubuk rezeki kepada mereka.
     
Di samping itu, faktor kemasukan PATI ialah struktur geografi negara. Malaysia
merupakan sebuah negara yang di kelilingi oleh pulau dan pantai yang panjang dan luas.
Faktor ini menjadikan sempadan negara luas dan sukar untuk dipantau secara berkesan.
Kawalan yang kurang pula akan memudahkan PATI masuk sama ada dengan usaha sendiri
ataupun melalui ejen haram. PATI yang datang akan menggunakan jalan laut dengan cara
yang mudah. PATI akan menggunakan kapal kecil atau perahu untuk menyeberangi
perairan negara. Struktur geografi yang strategik akan di jadikan tempat persembunyian
golongan PATI sebelum keluar ke kota. Oleh sebab itu, pihak berkuasa sukar untuk
mengawal kemasukkan PATI.
         

   Sikap masyarakat kita juga merupakan faktor kemasukkan PATI ke Malaysia.


Terdapat segelintir majikan yang gemar menggunakan khidmat pekerja asing atas faktor gaji
yang murah. Golongan PATI tidak kisah walaupun gaji yang di tawarkan adalah murah.
Mereka bersedia untuk menerima kadar upah yang ditawarkan asalkan mereka mempunyai
pendapatan bagi menyara hidup mereka. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan kini
didominasi oleh golongan PATI. Sebaliknya,rakyat negara kita terlalu memilih pekerjaan
sehingga peluang pekerjaan mereka terjejas dan ramai yang sanggup menjadi penganggur.
Tidak dinafikan bahawa sikap segelintir majikan kita akan mendorong kemasukkan PATI ke
Malaysia oleh ejen haram bagi memenuhi permintaan majikan.
    
Faktor kemasukkan pendatang asing tanpa izin seterusnya ialah ketidakstabilan
politik di negara mereka. Pemimpin di negara asing tidak berlaku adil terhadap rakyatnya.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pergolakan politik di negara asing. Contohnya Thailand.
Masyarakat asing hidup dalam keadaan huru-hara di negara mereka kerana berlaku
peperangan,rusuhan kaum dan sebagainya. Ramai penduduk negara mereka tercedera dan
terkorban semasa peperangan berlaku. Keselamatan mereka terjamin. Lebih-lebih lagi
struktur pentadbiran di negara mereka tidak teratur dan sistematik. Keadaan ini
menyebabkan berlaku penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran sehingga membawa
persengketaan. Oleh itu, PATI akan berpindah ke tempat yang aman seperti di Malaysia.
    
Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk membangunkan
ekonomi negara. Namun begitu, kedatangan mereka secara beramai-ramai telah
menimbulkan masalah kepada negara. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil
langkah segera untuk membanteras kemasukkan PATI ke negara kita agar rakyat kita tidak
menjadi minoriti di tanah air sendiri.
   

KEDATANGAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA


Isu pekerja asing memang adalah satu topik yang lama di negara kita namun ia tetap hangat diperkatakan
sehinggakini. Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh rakyat negara
jiran yang miskin. Bilanganpekerja asing yang datang ke Malaysia kian meningkat dari sehari
ke sehari sehinggalah menyebebkan ia menjadisatu masalah kepada negara. Berdasarkan statistik
Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing di Malaysia adalahseramai 1.8juta orang. Mereka sebahagian
besarnya adalah bertumpu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur danJohor Bahru. Malh,
jumlah ini tidak termasuklah mereka yang memasuki Malaysia secara haram dan yang
ditahan dipusat tahanan imigresen. Pekerja asing ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat
Indonesia, Bangladesh, Nepal,Myanmar, India, Vietnam dan Filipina. Biasanya, masalah politik dan
dalaman negara mereka meyebabkan merekaterpaksa mencari pekerjaan di luar negara untuk
mengubah nasib mereka. Mereka berkhidmat dalam sektor pembinaan, pembuatan,
perladangan, pembantu rumah dan pertanian.

Punca kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah disebabkan peluang pekerjaan


yang lebih baik berbanding di negara asal mereka. Pekerjaan yang terdapat di Malaysia mampu
memberi pendapatan yang tinggi sehingga ribuan ringgit sebulan. Wang tersebut boleh dikirim ke
negara asal mereka untuk menyara keluarga.
Selain itu, faktor yang menggalakkan kedatangan pekerja asing ialah permintaan yang
tinggi terhadappekerja asing oleh majikan tempatan. Hal ini kerana upah yang menggaji
pekerja asing adalah jauh lebih rendah daripada pekerja tempatan.Keadaan ini ditambah pula
dengan pekerja asing yang sanggup melakukan kerja berat dan mampu bekerja dengan jangka
masa yang panjang berbanding pekerja tempatan yang lebih gemar pekerjaan yang senang
lenang dan bergaji tinggi.
Tambahan pula, keamanan dan kemakmuran negara kita mendorong kebanjiran
pekerja asing di Malaysia.Keadaan di negara asal mereka contohnya Indonesia dan
Bangladesh huru-hara kerana kerap dilanda peperangan,bencana alam dan rusuhan kaum.
Ketidakstabilan politik negara mereka juga menyebabkan kehidupan mereka bertambah
susah.
Sememangnya kehadiran pekerja asing sama ada sah atau haram ini mampu
memenuhi keperluan pasaran tenaga buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat tetapi
jumlah mereka yang terlalu besar telah mengundang kesan yang negatif terhadap Malaysia.
Antaranya ialah kadar kes jenayah yang semakin tinggi akibat kehadiran pekerjaasing
terutamanya pekerja asing secara haram. Sesetengah pekerja asing yang tidak mempunyai
pekerjaan dan gajiyang tetap, justeru mereka sanggup melakukan jenayah seperti rompakan
untuk membiayai kehidupan diri dankeluarga. Kehidupan rakyat Malaysia menjadi tidak
aman disebabkan kes jenayah yang tinggi.
Di samping itu, wang negara yang mengalir keluar dengan banyak kerana pekerja
asing yang bekerja di sini menghantar wang balik kenegara asal setiap bulan. Wang tersebut
bukan sahaja tidak digunakan untuk menjana ekonomi negara malahdigunakan untuk
membangunkan ekonomi negara asal pekerja asing. Keadaan ini memang tidak sihat dan
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang dan semasa kemelesetan ekonomi
berlaku. Dengan bilangan pekerja asing yang ramai juga peluang pekerjaan rakyat tempatan
telah dikurangkan. Rakyat tempatan lebih susah untukmencari pekerjaan dan mungkin
akan menyebabkan pengangguran.
Walaupun membawa kesan negatif, kedatangan pekerja asing juga mempunyai
kebaikannya. Contohnya, pekerja asing dapat menampung kekurangan pekerja di sektor
tertentu yang tidak diminati oleh rakyat tempatan seperti sektor pertanian dan perladangan.
Pekerja asing yang bertumpu di Malaysia juga mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran negara dalam pelbagai sektor. Seterusnya proses pembangunan negara akan
dipercepatkan dan negara menjadi lebih maju. 
Imej negara turut ditingkatkan kerana kemasukan pekerja asing di Malaysia dilihat
sebagai sebuah negara yang ekonominya stabil dan mantap. Negara dianggap sanggup
berkongsi kekayaan dengan negara jirannya serta mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu teguh
demi mencapai matlamat negara. Imej negara yang baik dapat menarik perhatian pelabur asing

untuk melabur di Malaysia .


Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing adalah memperketatkan
pengawasan di kawasan sempadandan pintu masuk negara supaya mereka tidak menyeludup
ke negara kita. Kerajaan juga boleh menggunakan tenagaRELA untuk menjalankan rondaan
dan menangkap pekerja asing yang haram. Bgi pendatang tanpa izin yangditangkap, mereka
akan ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan dihantar pulang ke negara
asal mereka.Undang-undang negara juga harusdiperketatkan supaya mereka tanpa permit
didakwa dan dihukum dengansewajarnya. Hukuman yang berat dikenakan terhadap mereka
supaya menjadi kesedaran kepada pekerja asing agartidak mengulangi kesalahan mereka.
Kerajaan sepatutnya mengehadkan pembabitan pekerja asing dalam sektortertentu sahaja
seperti sektor pembinaan. Dengan itu, jumlah pekerja asing dan kesan buruk yang dibawaoleh
mereka dapat dikurangkan

ekonomi yang mantap.


Malaysia

You might also like