You are on page 1of 11

FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG

ASING TANPA IZIN KE MALAYSIA

Pendatang asing terbahagi kepada pendatang asing yang datang dengan izin, iaitu dengan
menggunakan dokumen yang sah dan pendatang asing yang datang ke Negara ini tanpa izin
iaitu tanpa dokumen yang sah. Kedatangan pendatang asing semakin ketara pada tahun 1980-
an. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi
dua juta orang. Mejoriti mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti
Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Kebanjiran pendatang asing sama ada secara
sah atau pun haram memberikan impak dan telah menimbulkan kebimbangan kepada Negara.
Kedatangan pendatang asing tanpa izin disebabkan pelbagai faktor yang mendorong tarikan
mereka untuk datang ke Malaysia.

         Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan,
keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi
terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan
pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan
keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih
mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini
telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas
tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing
tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat
untuk ke negara kita.

          Di samping itu, faktor-faktor kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah
permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing
dalam negara. Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan. Menurut
kajian Persatuan Bersatu Malaysia (UPAM), sektor perladangan kelapa sawit dan getah
mengalami kerugian pendapatan sebanyak RM370juta antara tahun 1980 hingga 1985
disebabkan kekurangan pekerja. Sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang
banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara. Rakyat Malaysia yang tidak berminat
bekerja di dalam sektor pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka
peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia.

         Kestabilan ekonomi Negara juga merupakan salah satu faktor tarikan kemasukan buruh
asing dalam negara. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun
berturut-turut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian,
perladangan dan perkhidmatan. Tenaga buruh amat diperlukan di Malaysia. Hingga Mac
1993, seramai 444000 orang buruh asing telah masuk ke Malaysia. Sementara itu, seramai
886000 buruh asing telah masuk ke Malaysia secara tidak sah antara bulan Jun 1991 hingga
September 1994.      

          Faktor lain ialah dasar kerajaan terhadap pekerja asing juga merupakan faktor tarikan
kemasukan buruh asing dalam negara. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah
pekerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan
ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan buruh terpaksa dipenuhi untuk meneruskan
aktiviti perekonomian dan mengelakkan kerugian dalam sektor-sektor tertentu. Pada bulan
Mei 1984, kerajaan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Indonesia tentang
penawaran tenaga kerja dengan had tempoh bekerja selama dua tahun. Tambahan pula,
keperluan negara juga terhadap permintaan ke atas tenaga buruh mahir masih tinggi di
Malaysia akibat keperluan kepakaran dalam bidang teknologi, perubatan, teknologi
maklumat, ekonomi dan sebagainya. Keperluan mereka diperlukan untuk membolehkan
rakyat tempatan menimba pengalaman, pengetahuan dan membantu pembangunan Negara
dalam menuju era globalisasi.

         Sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan pekerja asing
dalam negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih
murah dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk
membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak
diperuntukkan di bawah Akta Buruh. Pekerja asing yang tidak berdaftar juga tidak akan
membuat aduan kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Majikan juga boleh
memberhentikan mereka pada bila-bila masa.

         Faktor yang menyebabkan mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak
pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Di Negara asal pekerja
asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih
rendah. Contohnya, di Indonesia, pekerja ladang dibayar 2000 rupiah, iaitu lebih kurang RM3
sehari. Kos hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan
seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah
yang lebih tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan
ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada
keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita
yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat
berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan
Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan.

          Kesimpulan, pelbagai faktor yang telah membawa kedatangan pekerja asing ke
Malaysia. Tidak dinafikan  ada kebaikan dan keburukannya kedatangan mereka. Namun demi
menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan peranan mereka
dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara. Untuk mencapai
yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial dan ekonomi
supaya kemasukan pekerja asing ini dapat dimanfaatkan unuk pembangunan negara. Oleh
itu,langkah yang drastic dan signifikan harus difikirkan bersama agar bilangan pendatang
asing tanpa izin ke Malaysia dapat di bending dengan jayanya.
Esei Pengajian Am : Pendatang Tanpa Izin (PATI)
Kemasukan banyak pendatang tanpa izin ini telah banyak mewujudkan keadaan yang
tidak selamat dan tenteram oleh sebab mereka telah banyak menimbulkan masalah
kepada negara dan rakyatnya.

Masalah yang ditimbulkan oleh PATI

1. Pertambahan berlakunya jenayah

Banyak PATI terlibat dengan aktiviti jenayah seperti rompakan, rogol, pembunuhan,
pengedaran dadah, dan sebagainya.
Kebanyakan PATI tersebut melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat perlindungan setelah
mereka melakukan jenayah di negara mereka.
Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa tidak selamat dan imej Malaysia akan terjejas di
mata dunia.
Tuntasnya, kadar jenayah di negara ini akan meningkat disebabkan kemasukan PATI.

2. Penyebaran penyakit berbahaya

PATI memasuki negara ini tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan.


Keadaan sebegini menjadikan penyakit-penyakit berbahaya sukar dikesan.
Sebagai contohnya, penyakit seperti AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-lain.
PATI yang berpenyakit ini akan bergaul bebas dengan rakyat Malaysia dan secara tidak
langsung akan menyebarkan penyakit-penyakit tersebut kepada rakyat Malaysia.

3. Masalah setinggan timbul

PATI juga akan menimbulkan masalah petempatan.


Mereka akan mendirikan kawasan perumhan secara haram di kawasan tanah kerajaan dan
kawasan hutan simpan yang berhampiran dengan tempat kerja mereka.
Hal ini demikian akan memburukkan imej negara dan menimbulkan masalah lain seperti
peningkatan kadar jenayah dan pencemaran alam sekitar.

4. Hak rakyat tempatan terjejas

Kemasukan PATI akan menjejaskan peluang untuk rakyat tempatan mendapatkan kerja
kerana majikan lebih suka mengupah PATI kerana upahnya lebih murah.
Mereka bukan sahaja bekerja dalam sektor perladangan,pembinaan, dan pembantu rumah
malah juga bekerja dalam sektor perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai makan,
menjual barang kemas, lampu hiasan, batik, dan sebagainya.
Malaysia rugi kerana mereka tidak membayar cukai pendapatan dan wang yang mereka
peroleh akan dihantar ke negara masing-masing.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah PATI 

1. Peranan Masyarakat

Masyarakat harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya


terdapat majikan yang mengupah PATI.
Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding
pekerja secara sah atau pekerja tempatan.
Sebagai contohnya, terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan
mengambil PATI kerana kosnya yang rendah dan jauh dari pemantauan pihak berkuasa.
Oleh itu, masyarakat perlu peka terhadap isu PATI dengan memberi perhatian kepada
persekitaran.

2. Kerjasama dengan negara lain

Kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan negara lain hendaklah dieratkan lagi bagi
membanteras kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa.
Dengan adanya hubungan sedemikian, sekatan dan kawalan yang ketat boleh diadakan di
pintu masuk Malaysia dan negara mereka dengan berjayanya.
Hal ini demikian akan mengurangkan kemaskan PATI ke Malaysia.

3. Pelaksanaan Program 6P

Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran,


penguatkuasaan, pengusiran, pemantauan, dan pengampuan oleh kerajaan.
Program tersebut dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah
PATI yang berada di Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data
biometrik.
Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlikan oleh setiap
sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini.
Dengan itu, langkah untuk mengatasi kemasukan PATI dapat dirancang dan dilaksanakan
dengan segera.

        Kesimpulannya, pihak kerajaan pelu mengambil suatu pendekatan yang berhemah


bagi menangani masalah tersebut supaya ketenteraman negara mampu dikekal.
Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada negara  ini.

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa
berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul
masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin
mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah
menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan
pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras
untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan
asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan
sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan
membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan
terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan
penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke
Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka
terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa
akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki
pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan
hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis
bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk
menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada
siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan
dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian.
Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka
kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya.
Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap
penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa
kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan
mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan
pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan
setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan
air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara
pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga
terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang
tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan
elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang
asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka
jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua
rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri
dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik
dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar
cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat
semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini
dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

FAKTOR KEDATANGAN PATI DI MALAYSIA


    Malaysia telah lama menjadi pusat sumber pendapatan kepada pendatang asing tanpa
izin ( PATI ). Isu PATI bukan lagi perkara baru dinegara kita. Kedatangan PATI ke negara
kita, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan lain-lain telah menjadi senario biasa
kepada masyarakat hari ini. Mereka datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki bagi
menyara kos hidup keluarga mereka. Pertambahan bilangan PATI yang datang ke Malaysia
telah mendatangkan kebimbangan kepada penduduk di negara kita. Hal ini demikian kerana
mereka boleh memberi kesan yang negatif kepada penduduk di Malaysia sama ada dari
segi politik, ekonomi dan sosial. PATI yang datang ke negara kita merupakan seorang yang
sangat rajin bekerja. Kedatangan mereka ke Malaysia telah didorong oleh pelbagai faktor.
  
Terdapat banyak faktor kemasukkan PATI ke negara kita. Antaranya ialah
kemakmuran negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni.
Negara Malaysia bebas daripada rusuhan kaum dan peperangan berbanding negara asing
yang selalu berlaku persengketaan di negara mereka. Malaysia mengamalkan semangat
perpaduan antara kaum. Walaupun terdapat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia tetapi
tiada sebarang konflik yang berlaku. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman sejahtera.
Keadaan ini menarik minat PATI untuk datang ke Malaysia. Tambahan pula, negara kita
tidak pernah mengalami bencana alam seperti gunung berapi dan taufan. Bencana ini telah
berlaku di negara asing yang mengancam nyawa mereka. Oleh itu, PATI akan berhijrah  ke
negara kita agar keselamatan kita terjamin.
  
     
   Faktor yang mendorong kemasukan PATI ialah pembangunan yang pesat. Malaysia
merupakan sebuah negara yang ekonominya sangat pesat. Banyak projek pembangunan
mega yang telah dibangunkan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang maju.
Projek pembangunan mega yang diwujudkan merangkumi sektor perumahan,perkilangan,
perindustrian dan pertanian. Sektor - sektor ini telah menawarkan banyak peluang pekerjaan
kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Keengganan rakyat tempatan untuk bekerja
dalam sektor tersebut telah memberi peluang kepada PATI untuk datang ke Malaysia bagi
mendapatkan pekerjaan tersebut. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan yang
ditawarkan di negara mereka sangat terhad dan gaji yang ditawarkan juga amat rendah.
    
Selain itu, faktor kemasukkan PATI ialah kestabilan ekonomi, Corak pentadbiran
negara yang efisyen telah menghasilkan sistem ekonomi yang sistematik. Perancangan
ekonomi yang sistematik ini banyak membantu negara untuk bebas daripada bebanan
hutang dan inflasi yang melampau. Malaysia tidak pernah menanggung beban hutang yang
tinggi dari negara luar dan tidak mengalami kenaikan tingkat harga barangan yang
berterusan. Kenaikan tingkat harga barangan adalah seimbang. Jadi, harga barangan di
Malaysia amat berpatutan . Tambahan pula, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam
imbangan pembayaran negara. Keadaan ini menyebabkan PATI berminat untuk datang ke
Malaysia. Nilai mata wang yang kukuh berbanding dengan negara jiran juga turut
menjadikan Malaysia sasaran kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan
Filipina,misalnya. Oleh itu, PATI akan menjadikan Malaysia lubuk rezeki kepada mereka.
     
Di samping itu, faktor kemasukan PATI ialah struktur geografi negara. Malaysia
merupakan sebuah negara yang di kelilingi oleh pulau dan pantai yang panjang dan luas.
Faktor ini menjadikan sempadan negara luas dan sukar untuk dipantau secara berkesan.
Kawalan yang kurang pula akan memudahkan PATI masuk sama ada dengan usaha sendiri
ataupun melalui ejen haram. PATI yang datang akan menggunakan jalan laut dengan cara
yang mudah. PATI akan menggunakan kapal kecil atau perahu untuk menyeberangi
perairan negara. Struktur geografi yang strategik akan di jadikan tempat persembunyian
golongan PATI sebelum keluar ke kota. Oleh sebab itu, pihak berkuasa sukar untuk
mengawal kemasukkan PATI.
         

   Sikap masyarakat kita juga merupakan faktor kemasukkan PATI ke Malaysia.


Terdapat segelintir majikan yang gemar menggunakan khidmat pekerja asing atas faktor gaji
yang murah. Golongan PATI tidak kisah walaupun gaji yang di tawarkan adalah murah.
Mereka bersedia untuk menerima kadar upah yang ditawarkan asalkan mereka mempunyai
pendapatan bagi menyara hidup mereka. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan kini
didominasi oleh golongan PATI. Sebaliknya,rakyat negara kita terlalu memilih pekerjaan
sehingga peluang pekerjaan mereka terjejas dan ramai yang sanggup menjadi penganggur.
Tidak dinafikan bahawa sikap segelintir majikan kita akan mendorong kemasukkan PATI ke
Malaysia oleh ejen haram bagi memenuhi permintaan majikan.
    
Faktor kemasukkan pendatang asing tanpa izin seterusnya ialah ketidakstabilan
politik di negara mereka. Pemimpin di negara asing tidak berlaku adil terhadap rakyatnya.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pergolakan politik di negara asing. Contohnya Thailand.
Masyarakat asing hidup dalam keadaan huru-hara di negara mereka kerana berlaku
peperangan,rusuhan kaum dan sebagainya. Ramai penduduk negara mereka tercedera dan
terkorban semasa peperangan berlaku. Keselamatan mereka terjamin. Lebih-lebih lagi
struktur pentadbiran di negara mereka tidak teratur dan sistematik. Keadaan ini
menyebabkan berlaku penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran sehingga membawa
persengketaan. Oleh itu, PATI akan berpindah ke tempat yang aman seperti di Malaysia.
    
Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk membangunkan
ekonomi negara. Namun begitu, kedatangan mereka secara beramai-ramai telah
menimbulkan masalah kepada negara. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil
langkah segera untuk membanteras kemasukkan PATI ke negara kita agar rakyat kita tidak
menjadi minoriti di tanah air sendiri.
   
KEDATANGAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA
Isu pekerja asing memang adalah satu topik yang lama di negara kita namun ia tetap hangat diperkatakan
sehinggakini. Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh rakyat negara
jiran yang miskin. Bilanganpekerja asing yang datang ke Malaysia kian meningkat dari sehari
ke sehari sehinggalah menyebebkan ia menjadisatu masalah kepada negara. Berdasarkan statistik
Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing di Malaysia adalahseramai 1.8juta orang. Mereka sebahagian
besarnya adalah bertumpu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur danJohor Bahru. Malh,
jumlah ini tidak termasuklah mereka yang memasuki Malaysia secara haram dan yang
ditahan dipusat tahanan imigresen. Pekerja asing ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat
Indonesia, Bangladesh, Nepal,Myanmar, India, Vietnam dan Filipina. Biasanya, masalah politik dan
dalaman negara mereka meyebabkan merekaterpaksa mencari pekerjaan di luar negara untuk
mengubah nasib mereka. Mereka berkhidmat dalam sektor pembinaan, pembuatan,
perladangan, pembantu rumah dan pertanian.

Punca kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah disebabkan peluang pekerjaan


yang lebih baik berbanding di negara asal mereka. Pekerjaan yang terdapat di Malaysia mampu
memberi pendapatan yang tinggi sehingga ribuan ringgit sebulan. Wang tersebut boleh dikirim ke
negara asal mereka untuk menyara keluarga.
Selain itu, faktor yang menggalakkan kedatangan pekerja asing ialah permintaan yang
tinggi terhadappekerja asing oleh majikan tempatan. Hal ini kerana upah yang menggaji
pekerja asing adalah jauh lebih rendah daripada pekerja tempatan.Keadaan ini ditambah pula
dengan pekerja asing yang sanggup melakukan kerja berat dan mampu bekerja dengan jangka
masa yang panjang berbanding pekerja tempatan yang lebih gemar pekerjaan yang senang
lenang dan bergaji tinggi.
Tambahan pula, keamanan dan kemakmuran negara kita mendorong kebanjiran
pekerja asing di Malaysia.Keadaan di negara asal mereka contohnya Indonesia dan
Bangladesh huru-hara kerana kerap dilanda peperangan,bencana alam dan rusuhan kaum.
Ketidakstabilan politik negara mereka juga menyebabkan kehidupan mereka bertambah
susah.
Sememangnya kehadiran pekerja asing sama ada sah atau haram ini mampu
memenuhi keperluan pasaran tenaga buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat tetapi
jumlah mereka yang terlalu besar telah mengundang kesan yang negatif terhadap Malaysia.
Antaranya ialah kadar kes jenayah yang semakin tinggi akibat kehadiran pekerjaasing
terutamanya pekerja asing secara haram. Sesetengah pekerja asing yang tidak mempunyai
pekerjaan dan gajiyang tetap, justeru mereka sanggup melakukan jenayah seperti rompakan
untuk membiayai kehidupan diri dankeluarga. Kehidupan rakyat Malaysia menjadi tidak
aman disebabkan kes jenayah yang tinggi.
Di samping itu, wang negara yang mengalir keluar dengan banyak kerana pekerja
asing yang bekerja di sini menghantar wang balik kenegara asal setiap bulan. Wang tersebut
bukan sahaja tidak digunakan untuk menjana ekonomi negara malahdigunakan untuk
membangunkan ekonomi negara asal pekerja asing. Keadaan ini memang tidak sihat dan
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang dan semasa kemelesetan ekonomi
berlaku. Dengan bilangan pekerja asing yang ramai juga peluang pekerjaan rakyat tempatan
telah dikurangkan. Rakyat tempatan lebih susah untukmencari pekerjaan dan mungkin
akan menyebabkan pengangguran.
Walaupun membawa kesan negatif, kedatangan pekerja asing juga mempunyai
kebaikannya. Contohnya, pekerja asing dapat menampung kekurangan pekerja di sektor
tertentu yang tidak diminati oleh rakyat tempatan seperti sektor pertanian dan perladangan.
Pekerja asing yang bertumpu di Malaysia juga mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran negara dalam pelbagai sektor. Seterusnya proses pembangunan negara akan
dipercepatkan dan negara menjadi lebih maju. 
Imej negara turut ditingkatkan kerana kemasukan pekerja asing di Malaysia dilihat
sebagai sebuah negara yang ekonominya stabil dan mantap. Negara dianggap sanggup
berkongsi kekayaan dengan negara jirannya serta mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu teguh
demi mencapai matlamat negara. Imej negara yang baik dapat menarik perhatian pelabur asing

untuk melabur di Malaysia .


Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing adalah memperketatkan
pengawasan di kawasan sempadandan pintu masuk negara supaya mereka tidak menyeludup
ke negara kita. Kerajaan juga boleh menggunakan tenagaRELA untuk menjalankan rondaan
dan menangkap pekerja asing yang haram. Bgi pendatang tanpa izin yangditangkap, mereka
akan ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan dihantar pulang ke negara
asal mereka.Undang-undang negara juga harusdiperketatkan supaya mereka tanpa permit
didakwa dan dihukum dengansewajarnya. Hukuman yang berat dikenakan terhadap mereka
supaya menjadi kesedaran kepada pekerja asing agartidak mengulangi kesalahan mereka.
Kerajaan sepatutnya mengehadkan pembabitan pekerja asing dalam sektortertentu sahaja
seperti sektor pembinaan. Dengan itu, jumlah pekerja asing dan kesan buruk yang dibawaoleh
mereka dapat dikurangkan
ekonomi yang mantap.
Malaysia

You might also like