You are on page 1of 11

UNIT EKONOMI

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

AE015

_______________________________________

ULASAN ARTICLE

NAMA :

NO. MATRIK :

NO. KAD :

PENGENALAN

KELAS TUTORAN : T12

NAMA PENSAYARAH :

ARTIKEL : KENAIKAN HARGA BARANG


PENGENALAN

Harga dalam konsep ekonomi adalah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan
dengan kiraan wang. Harga merupakan satu pemboleh ubah penting dalam teori
pembahagian sumber (juga dipanggil teori harga). Ia juga penting dalam pemasaran
di mana harga merupakan satu daripada empat pemboleh ubah yang digunakan untuk
merangka pelan pemasaran. Secara umum harga terhasil daripada suatu pertukaran
atau transaksi yang terjadi antara dua pihak dan ia merujuk kepada apa yang sanggup
diberikan oleh suatu pihak iaitu pembeli untuk memperoleh sesuatu yang ditawarkan
oleh pihak lain iaitu penjual.

Dalam ekonomi, kenaikan bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga


umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke
semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat
membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada
sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang
iaitu satu kehilangan nilai besar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun
dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi
bagi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum
(biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari semasa ke semasa.

Dalam ekonomi, barang, barangan atau produk ialah mana-mana objek atau
perkhidmatan yang meningkatkan utility (kepuasan pengguna) . Selain itu, barang
teridiri daripada tujuh pengkelasan jenis barangan iaitu barang barang percuma,
barang ekonomi, barang modal, barang perantaraan, barang akhir, barang awam dan
barang persendirian.

____________________________

1 Definisi harga

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Harga

2 Definisi kenaikan

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Inflasi

3 Definisi barang

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Barang
2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN DALAM ARTIKEL

i) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan inisiatif yang dijalankan oleh


pihak kerajaan Malaysia bagi menghentikan penularan wabak Covid-19 yang semakin
membingbangkan. Langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan
memperincikan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan
negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara
agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) agar perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar
Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas
tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini
berkuatkuasa, hanya perkhidmatan tertentu sahaja yang dibenarkan beroperasi
seperti kesihatan dan pasaraya yang menyediakan keperluan khas dan sebagainya.

_____________________________

1) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, 18
Mac 2020

https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/
ii) Sektor Perkilangan

Kilang merupakan sebuah bangunan industri besar di mana para pekerja


memproses benda atau mengawasi pemprosesan mesin dari satu produk menjadi
produk lain, sehingga mendapatkan nilai tambah. Kebanyakan kilang moden
mempunyai Gudang atau kemudahan yang serupa yang besar yang mengandungi
peralatan berat yang digunakan untuk lini perakitan. Kilang mengumpul dan
menumpukan sumber daya ; pekerja , modal , dan mesin industri.Pengalisis ekonomi
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School , Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi
Abdul Rashid berkata , dari segi pengilang , untuk menangani kenaikan kos
pengeluaran dan operasinya , harus difahami sekiranya 60 peratus sahaja pekerja
dibenarkan beroperasi setiap hari , majikan masih perlu membayar gaji kepada semua
pekerja dan juga caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Seterusnya beliau berkata, sudah pasti dengan hanya 60% tenaga kerja , pengeluaran
lebih rendah dan memberi kesan kewangan kepada pengilang.

___________________________

1) Definisi kilang :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kilang

2) Sektor perkilangan terpaksa tutup disebabkan PKP diperoleh daripada (3 OGOS 2021) Diambil
daripada : ;

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/08/738007/barang-makin-mahal
iii) Aktiviti import dalam negara Malaysia

Menurut penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business


School , Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata , kos produksi lebih tinggi
disebabkan pematuhan SOP dan juga pengeluaran yang tidak boleh lagi ke tahap
optimum kerana kawalan jumlah tenaga kerja ataupun gangguan dari jangkitan Covid-
19 kepada pekerja , turut memeningkan kepala pembekal untuk mencapai breakeven.

Seterusnya , kenaikan harga bahan mentah di peringkat global seperti besi


turut mempengaruhi kos pengeluaran. Selain itu , nilai ringgit Malaysia (RM) yang
lemah pada RM4.22 berbanding AS$1 turut memberi kesan berganda kepada barang
diimport dari luar negara , terutama bahan makanan seperti beras , bawang dan cili .
Dianggarkan Malaysia mengimport barangan makanan tidak kurang dari RM60 billion
setahun. Tambah beliau lagi , kos pengangkutan dari luar negara pengimport turut
meningkat kesan pandemik Covid-19 seperti India dan Indonesia. Ini menunjukkan
bahawa , aktiviti import dalam negara Malaysia juga semakin berkurangan dan
menjejaskan barangan keperluan harian import untuk penduduk negara Malaysia dan
memberi impak besar terhadap anggaran kenaikan harga barang.

Akhir sekali, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald
Kiandee berkata, nilai import makanan menunjukkan peningkatan 22.3 peratus. Beliau
berkata, import makanan yang masih tinggi membabitkan kopi, koko, teh, rempah,
bijirin dan sediaan bijirin serta bahan makanan untuk ternakan. "Kebergantungan
terhadap import adalah untuk beberapa makanan antaranya makanan ternakan,
sayur-sayuran dan buah-buahan. "Malaysia masih perlu mengimport komoditi
makanan seperti makanan haiwan, baja dan sayur-sayuran beriklim sederhana
seperti gandum, bawang dan ubi kentang."Ini kerana komoditi ini tidak ekonomik untuk
dihasilkan di Malaysia kerana harganya akan menjadi lebih tinggi daripada import
selain faktor cuaca negara yang tidak sesuai," katanya. Ronald berkata, peningkatan
import makanan juga trend yang tidak dapat dielak jika diambil kira permintaan
pasaran tempatan, import bahan mentah untuk tujuan aktiviti pemprosesan dan nilai
tambah.Sebagai contoh, katanya, keratan ayam diimport untuk pemprosesan nilai
tambah, walaupun pengeluaran Tahap Sara Diri untuk daging ayam sudah melebihi
100 peratus. "Selain itu, pengimportan buah-buahan seperti oren, epal dan anggur
dipengaruhi permintaan pasaran tempatan," katanya. Menurutnya, bagi menangani
perkara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan terus
melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran
makanan domestik.

__________________________________

1) Aktiviti import semakin bekurangan dalam negara & kenaikan harga barangan mentah.

(3 OGOS 2021) Dimuat turun daripada :

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/08/738007/barang-makin-mahal

2) Sebab aktiviti import diperlukan di Malaysia & kebergantungan penduduk terhadap barangan import.

( 2 MEI 2021) Diambil daripada

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/701393/bil-import-kita-rm554-bilion
iv) Inflasi luar bandar dan bandar

Kenaikan harga barang di luar bandar mengatasi kadar inflasi di bandar dan
nasional untuk tempoh dua bulan berturut-turut bermula April lalu berdasarkan data
keluaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut Sorotan Statistik Ekonomi
Malaysia – Siri 7/2021 oleh DOSM yang diterbitkan baru-baru ini menjelaskan , inflasi
Malaysia berada di bawah paras sifar pada Mac 2020 sehingga Januari 2021
berikutan kesan pandemic Covid-19. Inflasi di bandar sentiasa melebihi inflasi di luar
bandar kecuali pada April dan Mei 2021 , apabila inflasi luar bandar mula mengatasi
inflasi di bandar. Dr Aimi Zulhazmi berkata , kekurangan aktiviti atau permintaan
daripada sektor perniagaan kecil dan sederhana , menyebabkan peniaga beralih
kepada membuat recovery keuntungan kepada sektor pengguna , ini juga sebab
kenaikan harga.

Katanya, ini disebabkan cuaca yang tidak menentu dan kekurangan bekalan
susulan kenaikan permintaan barangan makanan menjelang bulan puasa dan
sambutan Aidilfitri. "Namun, tidak seperti bulan sebelumnya, kadar inflasi 2 peratus
bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol di luar bandar pada April 2021
melepasi inflasi di bandar pada 1.9 peratus. "Ini dipacu oleh subkumpulan beras, roti
dan bijirin lain (0.7 peratus) serta ikan dan makanan laut (4 peratus)," katanya. DOSM
menambah, trend inflasi pengangkutan dilihat hampir sama dengan inflasi
keseluruhan. Ia berkata, terdapat jurang inflasi di antara bandar dan luar bandar bagi
tempoh Mei 2020 sehingga Mei 2021. Namun, katanya, bermula November 2020,
jurang itu semakin mengecil sehingga ke Mac 2021 dan kembali melebar pada April
2021. "Pada Mac 2021, inflasi pengangkutan di luar bandar melepasi inflasi di bandar
yang mana keadaan ini adalah berbeza berbanding bulan-bulan sebelumnya dan
berlarutan sehingga Mei 2021

_____________________________

1) Inflasi luar bandar mengatasi inflasi bandar (3 OGOS 2021) diperoleh daripada
:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/08/738007/barang-makin-mahal

2) Jurang inflasi antara luar bandar dan bandar (1 OGOS 2021)


:https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/08/845833/harga-barang-di-luar-bandar-lebih-
mahal
3.0 ) HUBUNGKAIT ARTIKEL DENGAN BAB MIKROEKONOMI

Ekonomi merupakan sains sosialyang mengkaji tentang gelagat/pelaku


ekonomi (isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar) menggunakan sumber
ekonomi/factor-faktor pengeluaran yang terhad untuk memaksimumkan kehendak
manusia yang tidak terbatas. Mikroekonomi menjelaskan tentang bagaimana unit-unit
ekonomi di dalam pasaran menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Terdapat tiga teori
yang dikaji dalam mikroekonomi iaitu teori harga, teori pengeluaran & kos dan teori
pengagihan. Teori harga menjelaskan bagaimana gelagat para pembeli dan penjual
dalam menentukan tingkat harga dan kuantiti barang dan perkhidmatan. Teori
pengeluaran & kos menerangkan bagaimana seorang pengeluar yang rasional
menentukan jumlah pengeluaran yang memberikan keuntungan yang maksimum
kepadanya serta gabungan faktor pengeluaran yang akan meminimumkan kos
pengeluarannya. Teori pengagihan menjelaskan bagaimana harga dan kuantiti faktor-
faktor pengeluaran ditentukan.

Dalam sumber ekonomi ataupun dikenali sebagai faktor pengeluaran


merupakan input yang secara relatif bersifat kekurangan yang diperluka dalam proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan yang terdiri daripada tanah, buruh modal dan
usahawan. Tanah merupakan sumber alam semula jadi yang merangkumi sumber di
daratan, lautan dan di dalam perut bumi. Ganjaran ke atas tanah adalah sewa. Buruh
merupakan individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal bagi
mengjasilkan barang dan perkhidmatan. Ganjaran ke atas buruh adalah upah/gaji.
Modal merupakan benda yang dicipta oleh manusia untuk menghasilkan barangan
lain seperti mesin, jentera dan lain-lain. Ganjaran ke atas modal adalah bunga/faedah.
Usahawan merupakan individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan
menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap untuk menghasilkan barang
dan perkhidmatan. Usahawan perlu menanggung risiko. Ganjaran kepada usahawan
adalah untung.

Dalam ekonomi terdapat teori permintaan yang didefinasikan sebagai


kehendak manusia untuk memiliki suatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat
harga dan masa tertentu untuk suatu tujuan dan disokong oleh kuasa beli wang. Keluk
permintaan merupakan suatu keluk yang terhasil daripada gabungan titik-titik yang
menggambarkan hubungan antara kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga.
Ciri-ciri keluk permintaan menyatakan bahawa harga meningkat, kuantiti diminta
berkurang dan apabila harga menurun kuantiti harga barang meningkat.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, punca kenaikan harga berlaku apabila
aktiviti import semakin berkurangan disebabkan oleh bilangan kes Covid-19 maka
kuantiti barangan yang dibekalkan semakin berkurangan, dan harga semakin
meningkat. Permintaan yang tinggi daripada pengguna iaitu isi rumah tidak dapat
menawarkan faktor pengeluaran dan menggunakan barang dan perkhidmatan
dikeluarkan dalam ekonomi. Seterusnya, aktiviti perkilangan yang tidak dapat
menggunakan bilangan buruh yang optimum menyebabkan kuantiti barang yang
terhasil adalah rendah.

Kesannya sangat ketara kepada pengguna yang berpendapatan rendah.


Apabila kuasa beli mereka didominasi oleh pengguna yang berpendapatan tinggi.
Kehidupan isi rumah berpendapatan rendah semakin sempit dan kekurangan
keperluan asas disebabkan kenaikan harga lebih-lebih lagi apabila Coivid-19 yang
melanda seluruh negara. Tambahan pula dengan aktiviti perkilangan yang terpaksa
ditutup menyebabkan mereka tiada sumber pendapatan yang kekal.
4.0 ) PENUTUP

Kesimpulannya, kenaikan harga barang adalah berpunca daripada masalah-


masalah ekonomi dan persekitaraan seperti aktiviti import yang semakin berkurangan,
punca perbezaan inflasi luar bandar dan bandar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
dan beberapa sektor perkilangan yang terpaksa ditutup sementara waktu. Oleh itu,
pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ekonomi
yang sedang melanda negara dan mengembalikan keadaan seperti sedia kali.

Antara keburukan yang diperoleh daripada Perintah Kawalan Pergerakan


(PKP) adalah banyak sektor ekonomi yang terpaksa ditutup sementara waktu bagi
mengekang penularan Covid-19. Perkara ini memberi impak besar khususnya kepada
peniaga-peniaga kecil yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Selain itu,
sektor perkilangan yang terpaksa ditutup menyebabkan banyak rakyat terjejas
pendapatan dan hidup dalam kesempatan hidupm, serta kuantiti pengeluaran barang
yang kurang di pasaran. Seterusnya, aktiviti import yang berkurangan menyebabkan
kurang pilihan barangan di pasaraya dan tidak dapat mencapai maksimum kepuasan
pengguna.

Cadangan bagi mengatasi masalah ekonomi yang timbul adalah pihak


kerajaan perlu menyediakan subsidi kepada pengeluar dan pengguna agar kenaikan
harga dapat diatasi serta dapat menghalang sebarang pihak mengambil kesempatan
khususnya dalam pasaran yang melibatkan penjualan barangan keperluan khas
seperti beras, garam dan gula. Pemberian subsidi kepada pengeluar dapat
menurunkan harga barangan kepada harga asal serta pemberian subsidi kepada
pengguna dapat meningkatkan permintaan pasaran. Selain itu, kerajaan perlu
mengambil inisiatif yang lebih berkesan dalam menangani kes Covid-19 seperti
mengetatkan SOP (Standard Operating Procedure) agar ekonomi dapat kembali pulih
dan dibenarkan beroperasi semula serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan
negara.
5.0 ) SUMBER RUJUKAN

1) Kenaikan harga barang, 3 OGOS 2021 Sri Ayu Kartika Amri

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/08/738007/barang-makin-mahal

2) Nota Kuliah AE015 Unit Ekonomi 1, Kolej Matrikulasi Labuan, Sesi 2020/2021

3) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Keselamatan Negara, Jabatan


Perdana Menteri, 18 Mac 2020

https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/

4) Definisi kilang :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kilang

5) Sektor perkilangan terpaksa tutup disebabkan PKP diperoleh daripada (3 OGOS


2021) Diambil daripada : ;

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/08/738007/barang-makin-mahal

6) Sebab aktiviti import diperlukan di Malaysia & kebergantungan penduduk terhadap


barangan import.( 2 MEI 2021) Diambil daripada :

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/701393/bil-import-kita-rm554-bilion

8) Jurang inflasi antara luar bandar dan bandar (1 OGOS 2021)


:https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/08/845833/harga-barang-di-luar-
bandar-lebih-mahal

9) Langkah mengatasi inflasi oleh Akhi Muhammad Aiyas


:https://www.scribd.com/document/83307183/langkah-mengatasi-inflasi

10) Rajah keluk permintaan diperoleh daripada


:https://www.google.com/search?q=rajah+keluk+permintaan&rlz=1C1GCEA_enMY9
63MY963&oq=rajah+keluk+permintaan&aqs=chrome..69i57.6513j0j4&sourceid=chr
ome&ie=UTF-8

You might also like