You are on page 1of 17

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

SEPTEMBER 2020

BBEK 4203

PRINCIPLES OF MACROECONOMICS

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN KEPADA PAKEJ 1-5

RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN

RAKYAT

2. PETUNJUK MAKROEKONOMI DALAM 6-8

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

3. PERBINCANGAN TENTANG KESAN 8-11

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DI

MALAYSIA

4. PANDANGAN TENTANG PAKEJ 11-15

RANGSANGAN EKONOMI DI

MALAYSIA

5. KESIMPULAN 15-16

6. RUJUKAN 17
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

1.0 Pengenalan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah diumumkan


oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020. Ia susulan
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 dan
disusuli oleh beberapa siri lanjutan PKP selepas itu. Bagi mengurangkan risiko
jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19, terdapat beberapa sektor-sektor
yang diklasifikasikan sebagai non-essential telah diarahkan untuk ditutup sementara.
Sektor-sektor yang diklasifikasikan sebagai essential pula dibenarkan beroperasi
berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Sejajar
dengan penguatkuasaan PKP ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan
Sukarelawan Malaysia (RELA) telah diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta
Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi menguatkuasakan
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-
Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang telah diwartakan pada
Mac 2020.

Seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan penganalisis dan pakar ekonomi,


pelaksanaan PKP menimbulkan banyak kesan terhadap sebahagian besar kegiatan
ekonomi. Kebanyakkan aktiviti ekonomi terpaksa dikurangkan walaupun tidak
dihentikan sepenuhnya ekoran penguatkuasaan PKP. Ia telah mengakibatkan
beberapa sektor ekonomi mendapat kesan langsung disebabkan oleh kekurangan
pelanggan dan permintaan serta sekatan bagi menjalankan perniagaan. Ia sekaligus
menjejaskan pendapatan sebahagian besar individu dan syarikat khususnya yang
terlibat di bawah sektor non-essential.

Menyedari perkara ini, kerajaan telah memperkenalkan pakej PRIHATIN


dimana sebanyak RM250 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menangani
kesan-kesan daripada wabak COVID-19. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
RM128 bilion disalurkan bagi tujuan melindungi kebajikan rakyat, RM100 billion
untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan
RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Rajah 1: Pecahan Peruntukan Di Bawah PRIHATIN
(Sumber: bernama.com)

Sebagai langkah bagi menangani peningkatan kes COVID-19 di Malaysia,


kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta kepada Kementerian
Kesihatan untuk meningkatkan respons terhadap wabak tersebut. Sejumlah RM1
bilion juga diperuntukkan untuk tujuan perolehan peralatan dan perkhidmatan bagi
mengatasi COVID-19. Selain itu juga, skim perlindungan kesihatan nasional,
mySalam, juga turut diperluas kepada pesakit COVID-19. Di bawah skim ini,
individu berdaftar yang dimasukkan ke hospital kerana wabak tersebut berhak
menuntut penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari, serta
pembayaran one-off sebanyak RM8,000 untuk komplikasi kesihatan akibat daripada
COVID-19.

Di bawah pakej PRIHATIN juga, kerajaan telah merumuskan beberapa


langkah untuk mengatasi impak negatif COVID-19 terhadap aktiviti perniagaan. Ini
termasuklah pemberian moratorium enam bulan pembayaran pinjaman bank,
pengecualian pembayaran sewa untuk premis milik kerajaan dan pengecualian
pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia. Langkah-langkah lain
seperti penangguhan pembayaran cukai untuk perniagaan, pinjaman kredit mikro,
Program Subsidi Upah (PSU) dan lain-lain juga diumumkan untuk membantu
perniagaan khususnya PKS. Kerajaan juga memperuntukkan RM60 juta kepada
120,000 pemandu e-hailing melalui pembayaran one-off sebanyak RM500.

Selain itu juga, terdapat sejumlah inisiatif yang dilancarkan untuk memberi
manfaat kepada setiap isi rumah melalui potongan harga bil elektrik dan
penangguhan pembayaran pinjaman. Pakej PRIHATIN dirangka untuk meringankan
beban kewangan isi rumah dan individu khususnya dari kategori B40 dan M40. Bagi
tujuan tersebut, insentif berbentuk tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
diperkenalkan. Ia adalah sebagai tambahan kepada program Bantuan Sara Hidup
(BSH) sedia ada. Bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan,
kadar BPN sebanyak RM1,600 akan diberikan manakala sebanyak RM1,000 akan
diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM8,000. Bagi individu
bujang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, kadar BPN adalah
sebanyak RM800 manakala individu bujang bependapatan antara RM2,000 –
RM4,000 akan menerima sebanyak RM500. Semua bantuan tunai ini berbentuk
diberikan secara one-off.

Selain itu juga, elaun bulanan khas sebanyak RM200 untuk pekerja barisan
hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia (JKDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Pertahanan
Awam (APAM) serta RELA turut diberikan. Bagi kakitangan kesihatan pula, elaun
tambahan turut dinaikkan daripada RM400 ke RM600 sebulan. Disamping itu juga,
semua penjawat awam dan pesara kerajaan juga akan menerima bayaran one-off
sebanyak RM500. Di samping itu juga, semua pelajar di institusi pengajian tinggi
juga akan menerima pembayaran one-off sebanyak RM200.

Rajah 2: Bantuan Tunai PRIHATIN


(Sumber: www.pmo.gov.my)
2.0 Makroekonomi Di Bawah PRIHATIN

Makroekonomi merupakan bidang ekonomi yang mengkaji hubungan antara


pembolehubah agregat seperti pendapatan, kuasa beli, harga dan wang. Selain itu
makroekonomi juga turut mengkaji perkara berkaitan pengangguran dan inflasi.
Makroekonomi mengkaji ekonomi daripada perspektif agregat dengan memfokus
kepada prestasi keseluruhan ekonomi dan hubung kait antara pelbagai sektor yang
terdapat dalam sesebuah ekonomi. Di bawah PRIHATIN, dapat dilihat dengan jelas
bahawa kerajaan memberikan tumpuan dan fokus terhadap isu-isu berkaitan dengan
makroeknomi. Ia bagi membolehkan kitaran ekonomi terus bergerak walaupun
berdepan dengan situasi semasa yang mencabar.

2.1 Program Subsidi Upah

Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) memainkan peranan yang kritikal dalam


memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Berdasarkan Laporan Tahunan PKS
2018/2019, PKS mewakili 98.5% daripada jumlah perniagaan di Malaysia dan
menyumbang kepada 38.7% daripada KDNK negara, serta 17.3% daripada jumlah
eksport pada tahun 2018. Dari segi pekerjaan, PKS bertanggungjawab untuk
mewujudkan pekerjaan untuk 66.2% daripada jumlah pekerjaan di Malaysia. Walau
bagaimanpun, pelaksanaan PKP telah meletakkan PKS berada dalam keadaan yang
agak goyah. Justeru kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah (PSU)
yang merupakan salah satu tunjang utama di bawah PRIHATIN.

Menerusi insentif PSU, ia telah memberikan manfaat yang besar kepada


majikan dan pekerja di sektor yang terjejas. Berdasarkan kepada kenyataan media
oleh Menteri Kewangan bertarikh 21 Oktober 2020, insentif di bawah PSU telah
memberikan manfaat kepada 2.455 juta orang pekerja dimana ia melibatkan seramai
307,518 majikan dengan kumulatif peruntukan yang diluluskan berjumlah RM7.074
bilion setakat 26 Jun 2020. Dengan erti kata lain, pendekatan PSU telah
menyelamatkan sebahagian besar pekerjaan di Malaysia dan membolehkan majikan
untuk bertahan tanpa perlu membuang pekerja. Ia secara tidak langsung
membolehkan kadar pengangguran dapat dikawal.
Tarikh Jumlah Bilangan Pekerja Bilangan
Diluluskan (RM (juta) Majikan
bilion)
26 Jun 7.074 2.455 307,518
29 Mei 4.018 2.197 286,338
24 April 1.606 1.452 207,237

Jadual 1: Pecahan PSU Sehingga Jun 2020


(Sumber: Kenyataan Media Menteri Kewangan bertarikh 21 Oktober 2020)

2.2 Moratorium

Pelaksanaan PKP telah menyebabkan sebahagian sektor ekonomi terpaksa


ditutup buat seketika. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan peniaga dan
pekerja disektor yang terlibat berdepan dengan risiko kewangan sekiranya PKP ini
diteruskan sehingga ke suatu tempoh yang panjang. Justeru, bagi meningkatkan
aliran tunai individu dan PKS, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM)
telah meminta agar bank-bank memberikan moratorium kepada peminjam selama 6
bulan bermula 1 April 2020.

Pendekatan ini membolehkan individu dan PKS mempunyai lebihan tunai


yang membolehkan perbelanjaan dapat dilakukan seperti biasa. Sebagai contoh,
aktiviti jual beli barangan secara atas talian telah mencatatkan peningkatan sebanyak
28.9 peratus pada April 2020 sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi. Antara
produk yang mencatatkan jualan atas talian tertinggi adalah barangan penjagaan diri
dan kelengkapan dapur. Ini kerana, sepanjang tempoh PKP kebanyakan individu
menjalankan kerja dari rumah dan secara tidak langsung ia mendorong kepada
perkara di atas. Perkara ini turut disokong oleh kenyataan Twitter Pos Malaysia
Berhad dimana syarikat tersebut menerima secara purata 600,000 bungkusan setiap
hari sepanjang PKP.

2.3 Skim Jaminan Modal

Menerusi insentif PRIHATIN juga, kerajaan turut menyediakan kemudahan


skim jaminan berjumlah RM50 bilion bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja.
Di bawah insentif ini, ia akan didatangkan dengan jaminan sehingga 80 peratus
daripada jumlah pinjaman bagi membiayai keperluan modal. Dana tersebut akan
diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin Nasional Bhd,
bertujuan membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Skim ini
berfungsi sebagai jalan untuk syarikat yang perlu meminjam untuk modal kerja atau
pelaburan modal bagi mengekalkan perniagaan. Dengan adanya kemudahan ini,
perniagaan yang terlibat akan dapat terus bertahan disamping menyusun semula
strategi dan pendekatan yang boleh dilaksanakan tanpa perlu mengurangkan tenaga
kerja secara drastik.

Penutupan perniagaan dan pengurangan tenaga kerja secara besar-besaran


akan memberikan impak negatif terhadap ekonomi negara. Sebagai contoh, sekatan
rentas negeri dan syarat kemasukan yang ketat ke negeri seperti Sarawak, telah
menyebabkan industri penerbangan mendapat kesan langsung daripada perkara ini.
Pengurangan kekerapan penerbangan dan pembatalan penerbangan serta syarat yang
ketat telah menyebabkan permintaan terhadap industri penerbangan merudum
dengan drastik. Ia sekaligus menyebabkan berlakunya risiko pengurangan tenaga
kerja secara besar-besaran dalam industri penerbangan. Justeru, dengan adanya skim
ini ia dapat membolehkan syarikat-syarikat yang terjejas untuk berusaha menyusun
kembali operasi disamping mengekalkan tenaga kerja sedia ada.

3.0 Kesan Pelaksanaan PRIHATIN

Pelaksanaan PRIHATIN merupakan pendekatan yang strategik bagi


menangani keadaan ekonomi semasa disebabkan oleh COVID-19. Matlamat utama
PRIHATIN adalah bagi membolehkan sektor ekonomi yang terjejas mampu
bertahan, terdapat aliran tunai yang seimbang dalam pasaran dan tidak berlaku
pengurangan tenaga kerja besar-besaran di pasaran. Pendekatan ini akan
membolehkan perniagaan yang berdaya maju kekal dipasaran serta khidmat tenaga
kerja mahir akan terus dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

3.1 Menggerakkan Ekonomi

Dalam usaha untuk memastikan ekonomi terus bergerak, kerajaan dengan


kerjasama institusi kewangan seperti bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) telah bekerjasama untuk meningkatkan aliran tunai boleh guna dikalangan
rakyat. Ia dibuktikan dengan insentif tunai BPN dimana ianya memberi manfaat
kepada kira-kira 10.19 isi rumah dari kalangan B40 dan M40 yang melibatkan
peruntukan berjumlah RM7 bilion. Oleh yang demikian, ekonomi akan terus dapat
digerakkan kerana wujudnya permintaan dan penawaran disebabkan oleh terdapat
lebihan tunai ditangan pembeli.

Pekara ini diperkukuhkan lagi dengan pemberian moratorium selama 6 bulan


bermula April sehingga September 2020. Ia secara tidak langsung meringankan
beban rakyat dan dalam pada masa yang sama membolehkan rakyat meningkatkan
simpanan dan dana kecemasan. Selain itu juga, ia dapat dijadikan modal permulaan
bagi sesetengah individu untuk memulakan perniagaan baru berdasarkan kepada
keadaan dan permintaan semasa. Sebagai contoh, kerajaan Negeri Selangor telah
mengambil inisiatif menaja baucar diskaun berjumlah RM1 juta bagi PKS yang
mahu menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan mendaftar di platform e-
dagang Shopee bagi E-Bazar Raya. Sebelum program ini diperkenalkan, hanya
terdapat kira-kira 2,000 PKS yang mendaftar dengan Shopee. Selepas program
tersebut dilaksanakan angka tersebut melonjak kepada 6,400 PKS dan ianya telah
merekodkan hasil sebanyak RM11.7 juta daripada program tersebut.

Rajah 3: Tawaran Shopee Kepada Peniaga Onlie Baru


(Sumber: shopee.com.my)
3.2 Kawalan Kadar Pengangguran

Salah satu cabaran utama yang perlu dihadapi sewaktu pandemik COVID-19
ialah risiko penutupan perniagaan. Ini kerana penutupan perniagaan akan
memberikan kesan berangkai atau domino’s effect dimana ia akan menyebabkan
berlakunya pengurangan tenaga kerja secara drastik sekaligus melonjakkan kadar
pengangguran. Selain itu juga, ia akan menyebabkan berlakunya kelembapan
ekonomi disebabkan oleh kekurangan aktiviti urusniaga disamping kadar hutang
yang tinggi dan tidak terkawal. Bagi mengatasi perkara ini, kerjaan telah
memperkenalkan PSU bagi mengelakkan berlakunya penutupan perniagaan secara
mendadak dan pengurangan tenaga kerja secara besar-besaran.

Di bawah PSU, majikan akan mendapat subsidi upah antara RM600 ke


RM1,200 bagi pekerja bergaji kurang RM4,000 sebulan. Sepertimana yang
dinyatakan sebelum ini, PSU telah memberi manfaat kepada kira-kira 2.455 juta
orang pekerja dimana ia melibatkan seramai 307,518 majikan. Menerusi PSU, beban
majikan untuk membayar gaji sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dapat
dikurangkan dan pekerja tidak kehilangan pekerjaan secara mendadak. Pelaksanaan
PSU memberikan kesan yang signifikan kepada majikan dan pekerja dimana
perniagaan dapat dikekalkan dan pengurangan tenaga kerja dapat dikawal. Ia akan
memberikan petunjuk ekonomi yang baik terhadap pelabur berhubung keupayaan
kerajaan menangani impak ekonomi akibat COVID-19.

3.3 Menyumbang 2.8% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Di bawah insentif pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, sejumlah RM250


bilion diperuntukkan bagi menggerakkan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak
COVID-19. Bank Dunia menerusi penerbitannya berjudul Kemas Kini Ekonomi
Pasifik dan Asia Timur bulan April meramalkan Malaysia akan mengalami
pertumbuhan pada kadar negatif (-) 0.1 %. Ramalan tersebut mengambil kira
pertumbuhan Malaysia yang semakin perlahan sejak separuh kedua tahun 2019 dan
sedang berdepan pula dengan gangguan ekonomi berskala besar, yang dijangka
berlarutan sepanjang tahun 2020.

Walau bagaimanapun, dengan pengenalan pakej ransangan ekonomi


PRIHATIN, Menteri Kewangan Malaysia menjangkakan Malaysia mampu mencatat
petumbuhan KDNK sebanyak 2.8% namun ia tertakluk kepada faktor seperti
kebolehan Malaysia membendung wabak COVID-19. Kadar pertumbuhan tersebut
adalah jauh lebih tinggi berbanding unjuran oleh BNM yang menjangkakan KDNK
negara akan berkisar pada -2.0% sehingga 0.5%.
Keyakinan pertumbuhan 2.8% boleh dicapai berikutan pembukaan semula
beberapa sektor ekonomi. Sehingga 17 Mei, Jabatan Perangkaan mendapati lebih
kurang 10.25 juta atau 67.2 peratus pekerja (atau hampir 70 peratus pekerja) telah
mula bekerja semula, peningkatan daripada 6.64 juta atau 43.6 peratus pada 10 Mei
dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat. Ia membolehkan aktiviti
penawaran dan permintaan akan kembali rancak sekaligus mengerakkan semula
ekonomi negara. Walaupun terdapat sektor terjejas teruk akibat pandemik ini, sektor
kesihatan dan pembuatan sarung tangan getah mencatatkan lonjakan jualan ekoran
terdapat permintaan tinggi diseluruh dunia. Peningkatan mendadak ini merupakan
petunjuk positif terhadap ekonomi dan turut memberi sumbangan terhadap unjuran
KDNK negara.

Rajah 4: Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Negara-Negara Asia Timur


(Sumber: Bank Dunia)

4.0 Perspektif Pelaksanaan PRIHATIN

Inisiatif PRIHATIN merupakan tindakan pendekatan yang sangat sesuai


berdasarkan kepada situasi semasa. Di bawah PRIHATIN, setiap golongan
masyarakat di Malaysia menerima manfaat secara langsung menerusi pakej ini. Ia
sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh
majikan, pekerja dan peniaga yang terjejas akibat COVID-19. Inisiatif ini juga
membolehkan semua pihak mengambil langkah proaktif dari segi perbelanjaan,
simpanan, kos operasi, meneroka kaedah dan peluang baru di pasaran.
4.1 Pengurangan Tenaga Kerja Tetap Berlaku

Kerajaan Malaysia menyedari kesan langsung akibat penutupan sementara


sektor ekonomi tertentu dan pelaksanaan PKP. Justeru, langkah-langkah sewajarnya
diambil di bawah PRIHATIN bagi memastikan supaya banyak perniagaan dapat
bertahan dan pekerja tidak kehilangan pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat
sektor-sektor tertentu yang terjejas teruk dan menyebabkan berlakunya pengurangan
tenaga kerja sebagai usaha penstrukturan semula syarikat dan mengurangkan kos
operasi. Sepanjang pelaksanaan PKP, antara sektor yang terjejas teruk adalah sektor
penerbangan, pelancongan dan perhotelan. Ini kerana, penguatkuasaan PKP telah
menyebabkan pergerakan rentas daerah dan negeri diperketatkan dan bahkan tidak
dibenarkan bagi sesetengah tempat. Selain itu, terdapat sesetengah syarikat terpaksa
menutup operasi dan menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan.

Rajah 5: Statistik Pengangguran Di Malaysia


(Sumber: Jabatan Statistik Malaysia)
Berdasarkan jawapan bertulis di Parlimen oleh Kementerian Sumber
Manusia, seramai 1,791 orang hilang kerja pada Mac, dan angka ini meningkat lebih
dua kali ganda kepada 4,127 orang pada April. Menurut Ketua Perangkawan
Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, menerusi Survei Tenaga Buruh (STB)
Industri, kadar pengangguran di negara ini melonjak kepada 5% iaitu seramai
778,800 orang pada April tahun ini. Statistik di atas menunjukkan bahawa walaupun
kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi membantu perniagaan utuk terus
kekal beroperasi, namun pengurangan pekerja tetap berlaku terutama sekali di
sektor-sektor yang terjejas dan dikalangan PKS. Meskipun pengurangan tenaga kerja
berlaku, ianya masih lagi diparas yang terkawal berbanding negara-negara lain yang
turut menerima impak daripada COVID-19.

4.2 Menggalakkan Penglibatan Dalam Perniagaan

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 dan M40 sedikit
sebanyak mengurangkan beban kewangan golongan terbabit. Ia disokong oleh
pemberian moratorium dan kemudahan i-Lestari oleh KWSP. Insentif yang
diperkenalkan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan golongan
yang terlibat. Tinjauan Kesukaran Covid-19 oleh Asia School of Business
mendapati aliran tunai 67% responden B40 beralih dari negatif kepada positif selepas
pakej rangsangan dilaksanakan, sementara 29% lagi responden M40 melaporkan hal
yang sama. Walau bagaimanapun, bantuan ini adalah bersifat penyelesaian jangka
pendek bagi golongan B40 dan M40. Hal ini kerana situasi semasa COVID-19 belum
menunjukkan tanda-tanda akan reda sekaligus memungkinkan pelaksanaan PKP
akan dilanjutkan untuk suatu tempoh yang tidak pasti. Perkara ini kian meruncing
dengan mengambilkira pemberian moratorium akan berakhir pada September 2020.
Dalam tempoh ini, kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baru atau syarikat
kembali beroperasi pada skala yang kecil akan menjadi tempoh yang sangat kritikal.
Justeru, ia akan menjadikan perniagaan merupakan pilihan paling ideal pada masa
ini.

Statistik penutupan dan pendaftaran baharu syarikat mengikut Akta


Perniagaan 1956 dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan
pendaftaran baharu syarikat meningkat sebanyak 95 peratus berbanding yang ditutup
bagi tempoh antara tempoh 1 April hingga 19 Julai lalu. Ia jelas menunjukkan
bahawa rakyat lebih cenderung untuk menjalankan perniagaan sendiri berdasarkan
kepada kemampuan modal, kemahiran dan permintaan semasa. Ia didorong oleh
kemudahan pinjaman seperti Dana Pinjaman Mudah PKS dan Geran Khas untuk
mikro PKS. Jumlah permohonan dan pinjaman yang diluluskan di bawah pakej-pakej
tersebut sangat menggalakkan dan dijangka akan memberi kesan positif bagi
menghadapi keadaan semasa. Ia turut dirancakkan lagi dengan konsep pesanan atas
talian dimana secara tidak langsung ia akan mengurangkan kos operasi perniagaan
disamping membuka peluang kerja kepada penghantar makanan.
Bulan Bilangan Perniagaan Ditutup Bilangan Perniagaan Baharu
April 278 1,854
Mei 1,565 10,936
Jun 1,595 39,931
Julai 1,107 29,834

Jadual 2: Bilangan Perniagaan Ditutup dan Perniagaan Baharu


Sepanjang April – Julai 2020
(Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

4.3 Kerjasama Kerajaan Dan Swasta

Salah satu aspek yang mencuri perhatian di bawah inisiatif PRIHATIN


adalah kerjasama pihak kerajaan dan swasta. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui
penglibatan institiusi kewangan seperti bank-bank dan KWSP. Di bawah
PRIHATIN, bank bersetuju memberikan kemudahan moratorium manakala KWSP
pula memberikan kemudahan pengeluaran daripada akaun B tabungan pra-
persaraan. Disamping itu juga KWSP turut memperkenalkan program Khidmat
Rundingan Majikan yang bertujuan meringankan beban majikan dimana ia
merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula
sumbangan majikan. Selain itu juga, pihak kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) menambah peruntukan sejumlah RM530 juta untuk memberikan diskaun
berperingkat antara 15% sehingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan
had maksimum 600 kilowatt sebulan.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi pula berkerjasama dengan pihak


kerajaan untuk memberikan data internet percuma kepada semua pelanggan dengan
keseluruhan kos dianggarkan berjumlah RM600 juta. Contoh-contoh yang
dikemukakan merupakan petunjuk positif dimana semua pihak berganding bahu
dalam mengharungi keadaan sukar sewaktu pandemik COVID-19. Kerjasama ini
sedikit sebanyak meringankan beban pengguna disamping membantu pihak kerajaan
dalam membuat perancangan ke arah pemulihan ekonomi.
4.4 Manfaat Kewangan Untuk Syarikat

Inisiatif di bawah PRIHATIN turut memberikan manfaat kepada syarikat


yang terjejas akibat COVID-19. Ia merupakan pendekatan yang tepat pada masanya
bagi membolehkan syarikat terutama sekali syarikat yang berpotensi untuk kekal
dipasaran. Bantuan seperti PSU, Khidmat Rundingan Majikan dan skim jaminan
berjumlah RM50 bilion mampu memberikan manfaat kepada syarikat. Ia turut
memberikan manfaat kepada syarikat-syarikat kecil melalui peruntukan RM110 juta
untuk kontraktor perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak. Selain
itu juga, peruntukan RM2 bilion untuk projek-projek kecil kontraktor Kelas G1
hingga G4 di Sabah dan Sarawak turut diperkenalkan.

Selain daripada memastikan kontraktor-kontraktor kecil dapat mengharungi


situasi semasa, ia turut bertujuan memastikan perancangan dan projek yang
memberikan manfaat kepada masyarakat dapat diteruskan. Menerusi PRIHATIN,
inisiatif yang diberikan kepada syarikat akan memberikan kesan berangkai yang
positif. Sebagai contoh, apabila sesebuah syarikat berupaya mengekalkan kedudukan
dipasaran, ia akan dapat mengurangkan risiko penutupan operasi dan pengurangan
tenaga kerja. Perkara ini akan mendorong syarikat untuk terus menjalankan operasi
seperti biasa dan secara tidak langsung ia akan memberikan sumbangan ke arah
pertumbuhan ekonomi.

5.0 Kesimpulan

Langkah kerajaan memperkenalkan PRIHATIN merupakan suatu langkah


yang tepat bagi menangani situasi semasa akibat pandemik COVID-19. Langkah-
langkah yang diambil ternyata memberi manfaat kepada semua golongan sama ada
pekerja, majikan mahupun peniaga kecil-kecilan. Pendekatan ini juga bertujuan
memastikan perniagaan akan dapat terus kekal dipasaran dengan menawarkan
kemudahan-kemudahan yang sewajarnya. Bagi golongan B40 dan M40, bantuan
yang diberikan akan meringankan beban kewangan semasa disamping membolehkan
olongan ini menyediakan dana kecemasan dan meningkat simpanan semasa.
Pandemik COVID-19 juga berjaya mewujudkan kerjasama erat dikalangan sektor
awam dan swasta bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas.
Justeru, inisiatif yang dirangka di bawah PRIHATIN ternyata memberikan manfaat
kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

(3101 patah perkataan)


Rujukan

1. Dr. Sam Flanders, Dr. Melati Nungsari & Chuah Hui Yin, 2020, The Covid-
19 Hardship Survey: An Evaluation of the Prihatin Rakyat Stimulus Package, ASIA
School Of Business

2. World Bank Group, 2020, World Bank East Asia And Pasific Economic
Update April 2020, Part 1: COVID-19: Impact And Response, 18-19

3. YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of Finance, 2020,
26th LAKSANA Report, Implementation of The Prihatin Rakyat Stimulus Package
(PRIHATIN) and National Economic Recovery Plan (PENJANA)

4. Majlis Keselamatan Negara (2020), Kenyataan Media MKN: Perintah


Kawalan Pergerakan, dicapai dari https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-
media-mkn-18-mac-2020/

5. Nor Ain Mohamed Radhi (2020), Prihatin Rakyat Economic Stimulus


Package to contribute 2.8 percent to GDP di capai dari
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/581321/prihatin-rakyat-economic-
stimulus-package-contribute-28-cent-gdp

6. Focus M(2020), Analysts mixed on Prihatin, but warn of rising risk of


recession, dicapai dari https://focusmalaysia.my/mainstream/analysts-mixed-on-
prihatin-but-warn-of-rising-risk-of-recession/

7. Idham Razak (2020), 8 impak pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi


Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dicapai dari
https://www.iproperty.com.my/guides/impak-pelaksanaan-pakej-rangsangan-
ekonomi-prihatin-rakyat-prihatin-ms/

You might also like