You are on page 1of 26

KERTAS KERJA PROGRAM BUAL BICARA

“TRANSFORMASI USAHAWAN BSH/BPN”

PLATFORM PENYAMPAIAN
“WEBEX CISCO MEETING”

TEMA
“MANFAAT BANTUAN SARA HIDUP (BSH) DAN
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) KEPADA
PERTERNAKAN MUSIM COVID19”

ANJURAN
MAHASISWA KURSUS PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV (VKMB 2041)
KUMPULAN 2, PJJ PACE UUM KUALA LUMPUR
SEMESTER OKTOBER SESI 2020/2021

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK

1 Noradlie bin Abdul Raub 251602

2 Masrina binti Muhamad Hudri 251437

3 Melly Merisa binti Dafrial 251446

4 Siti Sarah binti Buniyami 251719

5 Noor Akmal Husna binti Mohd 251584


Sakeri
6 Ruzaipah binti Mohd Nor 251689

7 Che Johalia Asma binti Che Joha 251364

8 Nur Najwa Auni binti Mohamad 251638


Shah

TARIKH SERAHAN
22 NOVEMBER 2020
KERTAS KERJA PROGRAM BUAL BICARA
MELALUI PLATFORM MEDIA SOSIAL

“TRANSFORMASI USAHAWAN BSH/BPN”

1.0 Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kebenaran dan pertimbangan daripada
YBrs. Prof. Madya Dr. Halim Mad Lazim, Pengarah Pusat Pendidikan Profesional
dan Lanjutan, Universiti Utara Malaysia untuk mengadakan satu program dalam
talian iaitu “Bual Bicara: Transformasi Usahawan BSH/BPN” dengan temanya
“Manfaat Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)”.
Program ini difokuskan kepada golongan B40 yang terkesan semasa pandemik
Covid-19 dan golongan yang menerima BSH atau BPN dengan perkongsian
maklumat, pengetahuan dan kesedaran kepada komuniti sasaran disamping untuk
memenuhi syarat penilaian bagi kursus VKMB 2041 Pembangunan Masyarakat IV.

2.0 Pengenalan

Dunia pada masa kini dikejutkan dengan wabak pandemik Covid-19 pada awal
bulan Mac 2020 yang telah menyebabkan Malaysia melaksanakan PKP. Sehingga
kini jumlah mereka yang dijangkiti di Malaysia setakat 10 November 2020 telah
mencecah kepada 42,050 orang dan menyebabkan seramai 300 kematian.
Memandangkan tiada cara lain untuk mengurangkan jumlah jangkitan yang semakin
meruncing menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan paling
drastik jika tahap penularan paling sukar dikawal ialah Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD).
Berdasarkan kepada situasi ini, pelbagai sektor akan mengalami krisis dalam
menjalankan operasi tidak kira perkhidmatan swasta mahupun kerajaan. Lebih
memeritkan lagi apabila majikan mula menutup perniagaan dan perkhidmatan
mereka akibat daripada tanggungan kerugian. Secara tidak langsung, ramai di
kalangan rakyat Malaysia terpakasa diberhentikan kerja oleh pihak majikan yang
terpaksa mengurangkan kos pentadbiran. Oleh yang demikian ramai yang
kehilangan punca pendapatan dan sukar mendapatkan kerja yang baru. Sudah tentu
bagi mereka yang telah berkeluarga pasti akan merasa kesan kerana hilang punca
pendapatan.
Pada 28 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billion bagi
meringankan beban rakyat berikutan kesan krisis Covid-19. Antara yang menerima
manfaat ialah kakitangan kerajaan, golongan B40, M40, pengusaha Industri Kecil
dan Sederhana (IKS), sektor korporat dan swasta, bujang, mahasiswa serta pesara
kerajaan. Hampir RM128 bilion daripada jumlah itu disalurkan untuk melindungi

1
kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan
Kecil dan Sederhana, manakala RM2 bilion diperuntukkan untuk memperkukuhkan
ekonomi negara. Pada 23 September 2020, YAB Perdana Menteri telah
mengumumkan Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin termasuklah
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion, bayaran BPN
2.0 tersebut akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan
Oktober 2020 dan keduanya pada bulan Januari 2021.
Melihat kepada perkara ni, kumpulan pelajar “The Real Journey For You”
Semester 8 yang mengambil kursus VKMB 2041 Pembangunan Masyarakat IV telah
memilih tajuk projek Bual Bicara “Transformasi Usahawan BSH/BPN” untuk
dilaksanakan memandangkan seorang ikon Encik Ahmad Ghazli bin Abu Bakar
dari Alor Gajah, Melaka telah berjaya membuat perternakan dengan
menggunakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberikan oleh Kerajaan
pada bulan Mac lepas sebanyak RM1,600.00 dan menerima pulangan
keuntungan beribu ringgit dari usaha beliau.
Oleh itu, kumpulan kami akan membawa secara eksklusif pengalaman beliau
untuk dikongsikan kepada golongan B40 yang akan menerima Bantuan Sara Hidup
Rakyat (BSH) bagi menggantikan BPN yang diberikan oleh pihak kerajaan pada
bulan Januari 2021. Oleh itu, hasil bimbingan dan pengalaman yang akan
dikongsikan nanti dapat mereka menggunakan bantuan tersebut bagi mengatasi
masalah kewangan atau kehilangan pekerjaan dengan menjadikan modal
permulaan perniagaan mereka terutama bidang perternakan.

3.0 Objektif Umum

Memberikan kesedaran kepada golongan B40 dan penerima BSH/BPN bahawa


bantuan yang diberikan oleh kerajaan jika digunakan sebaik mungkin boleh menjadi
modal perniagaan dan mendapatkan pulangan keuntungan beribu ringgit dalam
sebulan. Selain itu, dengan cara ini duit bantuan berkenaan tidak dibazirkan kepada
perkara yang tidak berfaedah. Projek ini juga akan memberi idea kepada golongan
B40 untuk terlibat dalam perniagaan dan secara automatik akan bergelar usahawan
tanpa bergantung kepada majikan. Jika selama ini mereka yang bekerja makan gaji
kini mereka boleh bergelar usahawan dan seterusnya masalah kehilangan pekerjaan
semasa pandemik Covid-19 tidak akan memberi masalah dan beban. Justeru itu,
kelangsungan hidup dapat diteruskan.

4.0 Matlamat Program

Matlamat program ini diadakan sebagai tanda usaha menyokong tindakan kerajaan
memberi bantuan kepada rakyat dan mengajak rakyat yang bersempatan menonton
bual bicara ini mengambil manfaat daripada perkongsian ini. Platform ini dipilih
sebagai alternatif baharu penggunaan teknologi yang lebih selamat daripada
bersemuka dan mengurangkan aktiviti secara pertemuan fizikal bagi mengelakkan
penularan pandemik Covid-19. Program dilaksanakan melalui platform media sosial
2
bagi memudahkan penyampaian kepada komuniti sasaran dan bersesuaian dengan
keadaan semasa negara yang dilanda pandemik Covid-19.

5.0 Objektif Program

Program ini dianjurkan bertujuan untuk mencapai objektif projek iaitu :

i. Menggalakkan penerima BSH dan BPN untuk mengunakan bantuan


kewangan tersebut ke arah yang lebih manfaat;
ii. Membantu mereka yang kehilangan kerja untuk mencuba bidang
perternakan melalui inspirasi oleh Encik Ahmad Ghazli bin Abu
Bakar;
iii. Melahirkan usahawan di musim pandemik Covid-19;

Jawatankuasa pelaksanaan telah membuat perhatian dan analisis terhadap projek


yang akan dilaksanakan untuk mengetahui faedah-faedah dan kepentingan projek
ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Kepentingan tersebut perlu dikaji dan
dihalusi merangkumi semua aspek dan keperluan projek. Setelah dihalusi dengan
teliti oleh jawatankuasa pelaksana, terdapat tiga elemen penting di dalam projek ini
perlu diberi penekanan iaitu aspek ekonomi, sosial, dan agama.

5.1 Analisa Keperluan Projek Dari Segi Ekonomi.

Memandangkan program ini tidak mengeluarkan belanja yang tinggi


dalam perlaksanaan kecuali ada kos yang diperlukan seperti poster
dan juga pembikinan video semasa Encik Ghazli sedang bertugas di
ladang perternakannya. Namun begitu, kami yakin pulangan ekonomi
adalah sebenanrnya ada pada penonton yang mendapat hasil dari bual
bicara ini yang akan memulakan praktik perternakan dan dijangka
mendapat pulangan ekoniomi yang lumayan. Tetamu undangan yang
dipilih akan diberikan saguhati sebanyak RM 250.00 dimana
sumbangan adalah dari usaha pelajar mendapatkan dana dari bidang
koprporat. Maka dengan adanya projek ini sedikit sebanyak dapat
membantu kerjaan melahirkan usahawan dan menaikan ekonomi
negara.

5.2 Analisa Keperluan Projek Dari Segi Sosial.

Keperluan projek ini dari segi sosial pula ianya dapat mengeratkan
ukhwah di antara satu sama lain dan memahami serta dapat memberi
dorongan serta semangat kepada golongan B40 mahupun mereka
yang telah kehilangan punca pendapatan ekoran daripada kesan
3
ekonomi kerana pandemik Covid-19.

Adalah menjadi peranan kepada kita untuk bersama membantu


mereka yang dalam kepayahan mendapatkan pendapatan bagi
kelangsungan hidup. Di samping itu bantuan kerajaan BSH dapat
digunakan ke jalan yang berfaedah daripada dibazirkan ke tempat-
tempat lain.

Kita perlu sedar bahawa mereka iaitu mereka yang tidak didik dengan
betul dalam ilmu perternakan akan tersasar tanpa kawalan dan tunjuk
ajar daripada mereka yang mahir dalam mengatur pembelanjaan
sesuai dengan operasi yang dijalankan

Selain daripada itu, dengan adanya projek ini dapat melahirkan


semangat setia kawan yang tinggi di samping dapat mengeratkan
hubungan silaturahim di antara satu bangsa dengan satu bangsa yang
lain. Oleh itu, program ini tidak hanya terhad kepada bangsa Melayu
sahaja tetapi juga bangsa lain seperti India, Cina dan sebagainya. Ini
adalah kerana golongan B40 adalah daripada pelbagai bangsa.

Melalui projek yang bakal dilaksanakan ini, diharapkan dapat


melahirkan usahawan yang berjaya. Ini kerana aktiviti yang akan
dijalankan kebanyakan adalah berbentuk ilmu perniagaan dan ilmu
perternakan dengan mengunakan modal yang minima.

6.0 Tema

“MANFAAT BANTUAN SARA HIDUP (BSH) DAN BANTUAN PRIHATIN


NASIONAL (BPN) KEPADA PERTERNAKAN MUSIM COVID19”

7.0 Komuniti Sasaran – 5 Orang golongan B40 dari Alor Gajah Melaka
5 Orang golongan B40 dari Putrajaya
10 Orang golongan B40 dari Lembah Klang
Jumlah : 20 Orang B40

Golongan B40
Penerima BSH dan BPN

4
8.0 Anjuran

Mahasiswa Kursus Pembangunan Masyarakat IV (VKMB2041)


Kumpulan 3, PJJ PACE UUM Kuala Lumpur
Semester Oktober Sesi 2020/2021
Universiti Utara Malaysia

9.0 Tarikh Dan Masa

Program ini dicadangkan pada:


Tarikh : 3 Januari 2021 (Ahad)
Masa : 8.45 malam – 10.45 malam

10.0 Tempat / Platform Pelaksanaan Program

Media Sosial Pelaksanaan Program: “WEBEX CISCO MEETING”

11.0 Publisiti

Hebahan melalui poster yang dimuat naik dalam laman sosial “Facebook,
Instagram, Pelajar

Hebahan melalui poster yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp

12.0 Penglibatan Ahli-Ahli Program

Lapan (8) mahasiswa Pendidikan Jarak Jauh PACE Kuala Lumpur, Universiti
Utara Malaysia Semester Oktober Sesi 2020/2021

Bil. No. Matrik Nama Ahli


1. 251602 Noradlie bin Abdul Raub
2. 251437 Masrina binti Muhamad Hudri
3. 251446 Melly Merisa binti Dafrial
4. 251719 Siti Sarah binti Buniyami
5. 251584 Noor Akmal Husna binti Mohd Sakeri
6. 251689 Ruzaipah binti Mohd Nor
7. 251364 Che Johalia Asma binti Che Joha
8. 251638 Nur Najwa Auni binti Mohamad Shah

5
Moderator
Puan Melly Merisa binti Dafrial
Wakil Pelajar VKM2041

Panel Jemputan

Encik Ahmad Ghazli bin Abu Bakar


Pemanfaat BSH/BPN

Peserta atas talian (Rujuk komen di atas)


Golongan B40
Penerima BSH dan BPN

5 Orang golongan B40 dari Alor Gajah Melaka


5 Orang golongan B40 dari Putrajaya
10 Orang golongan B40 dari Lembah Klang
Jumlah : 20 Orang B40 dan Penerima BSH&BPN

13.0 Struktur Organisasi

Rujuk lampiran A

14.0 Tentatif Program

Rujuk lampiran B

15.0 Belanjawan

6
Rujuk lampiran C

16.0 Perincian Program

15.1 Sesi 1: Bual Bicara dengan Panel Jemputan Ahmad Ghazli bin Abu
Bakar dari Alor Gajah, Melaka untuk berkongsikan pengalaman dan
tips perternakan di musim Covid-19
15.2 Sesi 2: Teknik perternakan yang akan dikongsikan oleh panel dan
berdasarkan modal yang sedia ada.
15.3 Sesi Soal Jawab - Soal jawab dengan penonton secara live dengan
membacakan soalan yang diterima dalam bual bicara berkenaan
dalam ruangan komen.

17.0 Modul Pelaksanaan Program

17.1 Perancangan Program


i. Perbincangan cadangan program bersama penasihat program
dan ahli kumpulan.
ii. Perlantikan ahli jawatankuasa pelaksana program dan
pembahagian tugas.
iii. Menghantar surat permohonan kepada Panel Jemputan untuk
kebenaran menjalankan bual bicara bersama beliau.
iv. Pemilihan platform media sosial untuk pelaksanaan program -
“WEBEX CISCO MEETING”
v. Penyediaan kertas kerja program kemasyarakatan melalui
platform media sosial “Bual Bicara Transformasi Usahawan
BSH”
vi. Menyediakan poster program kesedaran isu kemasyarakatan
melalui platform media sosial “Bual Bicara Transformasi
Usahawan BSH”
vii. Perbincangan, semakan dan penambahbaikan kertas kerja
program bersama penasihat program dan ahli kumpulan
viii. Menghantar surat permohonan dan kebenaran untuk
melaksanakan program kepada Pengarah Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia

7
17.2 Pelaksanaan Program
i. Hebahan dan pelancaran poster program di media sosial
“Facebook dan “Instagram” rasmi PACE UUM dan ahli kumpulan
ii. Pemilihan dan jemputan peserta program
iii. Pengujian dan penyediaan platform pelaksanaan program –
“WEBEX CISCO MEETING”
iv. Penyediaan sijil penyertaan dan cenderahati kepada Panel
Jemputan
v. Pelaksanaan hari program “Bual Bicara Transformasi
Usahawan BSH” melalui aplikasi “WEBEX CISCO MEETING”
vi. Merekod perjalanan pelaksanaan program bagi tujuan pelaporan
vii. Merekod maklumbalas peserta tentang perkongsian bual bicara
dan bahan promosi yang dimuatnaik di media sosial

17.3 Selepas Program


i. Menyediakan portfolio laporan program
ii. Hantar laporan program

18.0 Ghantt Chart Perlaksanaan Program

 Rujuk Lampiran D

19.0 Penutup

Diharap Program Bual Bicara: Transformasi Usahawan BSH/BPN ini dapat


mencapai objektif dan matlamat dengan jayanya. Kami juga berjanji akan mengikut
prosedur-prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti
khususnya bagi mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.
Sekiranya Program Bual Bicara: Transformasi Usahawan BSH/BPN ini
berjalan dengan lancar dan dapat mencapai matlamatnya, ini akan meningkatkan
lagi kefahaman dan kesedaran kepada semua yang terlibat serta keyakinan
masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang diberikan kepada pelajar institusi
pengajian tinggi tempatan.
Sekalung jutaan terima kasih dan harapan kami agar Kertas Kerja
Pembangunan Masyarakat bagi Program Bual Bicara: Transformasi Usahawan
BSH/BPN yang kami sediakan ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif
universiti dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai semangat berpasukan,
pendedahan mengurus, merangka dan melaksanakan projek dengan sempurna dan
jayanya dengan bimbingan pensyarah serta dapat berbakti kepada masyarakat.

8
Disediakan oleh,

__________________
(Noradlie Abdul Raub)
Pengarah
Program Bual Bicara: Transformasi Usahawan BSH/BPN
Pelajar Pendidikan Jarak Jauh, Semester Oktober Sesi 2020/2021
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
No.Hp: 011 – 3275 2275
E-mel : noradlie@prison.gov.my

Disemak Oleh:

______________________
(Cik. Nor Alwani Abd Wahab)
Pensyarah & Penasihat Program
Kursus Pembangunan Masyarakat IV
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah.
Tarikh:

9
Disokong Oleh:

_____________________
(Dr. Mawarny Md. Rejab)
Penyelaras
Kursus Pembangunan Masyarakat IV
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah.
Tarikh:

Diluluskan:

______________________________
(Prof. Madya Dr. Halim Mad Lazim)
Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah.
Tarikh:

10
LAMPIRAN A

PROGRAM BUAL BICARA:


TRANSFORMASI USAHAWAN BSH/BPN

PENASIHAT
Puan Nor Alwani Abd Wahab

PENGARAH
Noradlie bin Abdul Raub

TIMBALAN PENGARAH
Masrina binti Muhamad Hudri

SETIAUSAHA
Siti Sarah binti Buniyami

AHLI JAWATAN KUASA


Che Johalia Asma binti Che Joha
Melly Merisa binti Dafrial
Noor Akmal Husna binti Mohd Sakeri
Nur Najwa Auni binti Mohamad Shah
Ruzaipah binti Mohd Nor

11
AGIHAN TUGAS AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

TUGASAN/PORTFOLIO TUGAS NAMA

Dokumentasi Siti Sarah binti Buniyami


(Surat Dan Kad Jemputan)
Pendaftaran/ Catat nama Noor Akmal Husna binti Mohd Sakeri
kehadiran Ruzaipah binti Mohd Nor
Promosi, Poster Dan Hebahan Di Noradlie bin Abdul Raub
Media Sosial Masrina binti Muhamad Hudri
Noor Akmal Husna binti Mohd Sakeri
Melly Merisa binti Dafrial
Ruzaipah binti Mohd Nor
Siti Sarah binti Buniyami
Nur Najwa Auni binti Mohamad Shah
Che Johalia Asma binti Che Joha
Cenderahati Panel Jemputan Melly Merisa binti Dafrial

Teknikal Dan Persediaan Platform Noradlie bin Abdul Raub


“WEBEX CISCO MEETING” Masrina binti Muhamad Hudri
(Sebelum dan Selepas)

Pengambaran, Suntingan Dan Nur Najwa Auni binti Mohamad Shah


Video Che Johalia Asma binti Che Joha

Moderator Melly Merisa binti Dafrial

12
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM (4 Januari 2021)

MASA PERKARA PLATFORM TINDAKAN

WEBEX
8.45
Pendaftaran CISCO AJK / Peserta
malam
MEETING
Ucapan Alu-aluan
WEBEX
09.00 Masrina binti Muhamad Hudri Timbalan
CISCO
malam Program Bual Bicara: Transformasi Pengarah Program
MEETING
Usahawan BSH/BPN
Sesi 1

Bual Bicara dengan Panel Jemputan


untuk berkongsikan pengalaman dan tips WEBEX
9.10
perternakan di musim Covid-19 CISCO Peserta
malam
MEETING
Panel Jemputan
Tuan Ahmad Ghazli bin Abu Bakar dari
Alor Gajah, Melaka
WEBEX
9.30
Rehat CISCO AJK / Peserta
malam
MEETING
Sesi 2 WEBEX
CISCO
Teknik perternakan yang akan MEETING
dikongsikan oleh panel dan berdasarkan
9.45 modal yang sedia ada.
Peserta
malam .

Panel Jemputan
Tuan Ahmad Ghazli bin Abu Bakar dari
Alor Gajah, Melaka
Sesi Soal Jawab WEBEX
Soal jawab dengan penonton secara live CISCO
10.15 dengan membacakan soalan yang MEETING AJK / Peserta
malam diterima dalam bual bicara berkenaan
dalam ruangan komen

WEBEX
10.45
Penilaian Program CISCO AJK / Peserta
malam
MEETING

13
LAMPIRAN C

BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN
PERBELANJAAN
BIL. SENARAI BARANGAN GUNAAN
(RM)
1. Bayaran Panel Jemputan
250.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 250.00

14
LAMPIRAN

OVERVIEW MODUL “TRANSFORMASI USAHAWAN BSH”

15
Bermula En Ahmad Ghazli membeli anak ayam dan itik daripada duit
Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600. Di sinilah bermulanya
kisah En Ahmad Ghazli memperkembangkan perniagaan ternakan
selepas terperangkap dikampung selama lima bulan sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri
dimana ia telah menjejaskan perniagaan kereta yang dijalankan
sebelum ini oleh beliau.

16
17
Hasil ternakan En Ahmad Ghazli apabila anak ayam tersebut telah
membesar dan akan dijual kepada pembeli ayam. En Ahmad Ghazli
telah memperkembangkan perniagaan ayam dengan menternak
pelbagai jenis ayam seperti ayam gajah, ayam kampung ori, ayam
kampung kacuk, ayam belanda, dan ayam mutiara.

18
Jenis itik yang dibela oleh En Ahmad Ghazli ialah itik nila
dan itik telur yang mendapat permintaan tinggi daripada
orang ramai.

19
Eh Ahmad Ghazli juga memperkembangkan perniagaan dengan
menternak ikan keli, talapia dan ikan patin. Gambar di atas adalah
pembinaan kolam ikan.

20
21
Itik dan ayam salai mendapat permintaan yang tinggi semasa perayaan Hari
Raya Haji. Disebabkan juga permintaan yang tinggi, En Ahmad Ghazli
membeli itik dan ayam dari penternak lain untuk dijadikan baka. Itik dan
ayam salai ini dibakar menggunakan kayu api. Sehingga kini masih
mendapat permintaan daripada pelanggan tetap yang ini membuat
masakan dengan itik dan ayam salai.

22
Ghantt Chart Perlaksanaan Program

BIL November Disember Januari 2021


BULAN
8 - 27 28 - 30 1-6 7 - 18 19 - 20 21 - 27 28 – 31 2–8 9 - 10 11 - 17

PERKARA/PERANCANGAN/PERLAKSANAAN

1 Pertemuan Ke - 1

Perbincangan cadangan program bersama penasihat


2 program dan ahli kumpulan.

Penyediaan kertas kerja program melalui platform


media sosial “Bual Bicara: Transformasi Usahawan
3
BSH/BPN”

Perlantikan ahli jawatankuasa pelaksana program


4 dan pembahagian tugas.

Menghantar surat permohonan kepada Panel


Jemputan untuk kebenaran menjalankan bual bicara
5
bersama beliau.

Pemilihan platform media sosial untuk pelaksanaan


6 program - “WEBEX CISCO MEETING”

7 Menyediakan poster program kesedaran isu


kemasyarakatan melalui platform media sosial “Bual
BIL November Disember Januari 2021
BULAN
8 - 27 28 - 30 1-6 7 - 18 19 - 20 21 - 27 28 – 31 2–8 9 - 10 11 - 17

Bicara: Transformasi Usahawan BSH/BPN”

Perbincangan, semakan dan penambahbaikan


kertas kerja program bersama penasihat program
8
dan ahli kumpulan

Menghantar surat permohonan dan kebenaran untuk


melaksanakan program kepada Pengarah Pusat
9 Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia

Hebahan dan pelancaran poster program di media


sosial “Facebook dan “Instagram” rasmi ahli
10 kumpulan

Pemilihan dan jemputan peserta program


11

Pengujian dan penyediaan platform pelaksanaan


12 program – “WEBEX CISCO MEETING”

Penyediaan sijil penyertaan dan cenderahati kepada


Panel Jemputan
13

1
BIL November Disember Januari 2021
BULAN
8 - 27 28 - 30 1-6 7 - 18 19 - 20 21 - 27 28 – 31 2–8 9 - 10 11 - 17

Pelaksanaan hari program “Bual Bicara:


Transformasi Usahawan BSH/BPN” melalui aplikasi
14 “WEBEX CISCO MEETING”

Merekod perjalanan pelaksanaan program bagi


15 tujuan pelaporan

Merekod maklumbalas peserta tentang perkongsian


bual bicara dan bahan promosi yang dimuatnaik di
16 media sosial

Menyediakan portfolio laporan program


17

Hantar laporan program


18

You might also like