You are on page 1of 7

ERA PEMBANGUNAN NEGARA: DASAR EKONOMI BAHARU DAN WAWASAN 2020

Pengenalan
Tahun 1970 melihatkan negara kita telah diperkenalkan dengan satu dasar baharu yang
dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini diperkenalkan selepas negara
dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan kaum berlaku kerana kejutan
sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang
sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin
terdahulu. Menerusi Dasar Ekonomi Baru, pihak kerajaan telah mengambil langkah bijak
dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum
bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri, ini
semua demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan.

Objektif
Kerajaan telah megusahakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.
Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan.

Kejayaan
Utusan Malaysia 01/2/2004
Wawasan 2020
Pengenalan
Di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dato Dr Mahathir, telah lahirnya
sebuah wawasan kerajaan iaitu Wawasan 2020. Pada ketika itu,ia bertujuan untuk
meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 bukan sahaja merangkumi bidang ekonomi, tetapi
juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan
sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik,
sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga
keyakinan.

Objektif / Matlamat
Terdapat 9 Objektif atau Matlamat Utama Wawasan 2020:
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupadan
dikongsi bersama.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan
kental.

9 Cabaran Wawasan 2020

Cabaran 1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Cabaran 2 Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.

Cabaran 3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

Cabaran 4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Cabaran 5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

Cabaran 6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Cabaran 7 Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

Cabaran 8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

Cabaran 9 Memupuk dan membina masyarakat makmur.


Pencapaian
Berita Harian 07 November 2013

Utusan Malaysia 02 September 2010


Inisiatif yang Dilakukan Dalam Pembentukan Bangsa
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Mula diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Seri Najib
Tun Abdul Razak. BR1M merupakan satu formula ekonomi untuk menstabilkan tekanan
inflasi. BR1M akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari
seluruh Malaysia. Ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah
berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas
dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Cadangan untuk memajukan inisiatif BR1M


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu ditambah baik oleh kerajaan bagi memastikan
objektif bantuan kewangan tersebut tidak digunakan ke jalan kurang berfaedah. BR1M
sering disalahgunakan untuk membeli perkara yang tidak berfaedah seperti rokok
sedangkan objektif kerajaan mahu membantu rakyat. Untuk mengelakkan perkara ini
berlaku, pihak kerajaan boleh menggunakan kad debit sebagai cara pembayaran BR1M.
Pembayaran melalui kad debit tidak menjadi masalah walaupun bagi kawasan pedalaman
kerana kerajaan boleh menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk
memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan asas.

Antara kejayaan BR1M adalah:-


Keratan Harian Metro
Harian Metro

Berita Harian 26 Jun 2014


Klinik 1Malaysia
Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Klinik 1Malaysia menawarkan perkhidmatan
kesihatan asas dan perkhidmatan pesakit luar yang lebih meluas dan cepat kepada rakyat
bandar sejajar dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat. Antara
matlamat utama Klinik 1Malaysia adalah, memberi perkhidmatan yang meluas selaras
dengan pelaksanaan pelan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada lebih 10 ribu
penduduk di kawasan bandar dan diharap dapat mengurangkan kesesakan pesakit luar di
unit kemalangan dan kecemasan di klinik dan hospital kerajaan. Sehingga kini, terdapat
sebanyak 52 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara.

Cadangan Penambaikan Inisiatif Klinik 1Malaysia


Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi rakyat sewaktu berada di klinik. Antaranya,
masalah lebihan pesakit dan kekurangan doktor, dan masalah pesakit yang terpaksa
menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Untuk menangani masalah ini, pihak kerajaan
perlu bangunkan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan
penduduk tinggi sekali gus memudahkan mereka untuk dapatkan rawatan dengan cepat.

Kejayaan
Sinar Harian 10 September 2014
Harian Metro 22 Disember 2012

You might also like