You are on page 1of 17

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH SAINS SOSIAL

(AT10303 ISU-ISU SEMASA SAINS SOSIAL)

No soalan 8 : Bincangkan konsep 1 Malaysia dan sejauh manakah tahap pengaplikasian nya terhadap masyarakat Malaysia dalam memupuk kesepaduan ?

Nama Pensyarah : DR. AZIZAN HJ. MORSHIDI Nama Tutor : CIK MARLIZAH Nama Pembentang : MOHD TAUFIQ BIN JUMAT (BA12110232) Kelas Tutorial : Isnin (12 Pm 1 Pm ) Tarikh : 10.12.2012

PENGENALAN

Negara Malaysia telah bebas daripada penjajah dan mendapat kemerdekaan sepenuhnya pada 31 Ogos 1957. Kalimah kemerdekaan Malaysia telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, di Stadium Negara. Beliau juga digelar sebagai Bapa Kemerdekaan kerana atas usahanya dan beberapa orang tokoh kemerdekaan negara yang lain dalam usaha untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajah melalui cara perundingan dan diplomasi. Hasil daripada kemerdekaan yang diperoleh, ia telah menjadi titik tolak bermulanya asas pembinaan sebuah negara-negara bagi Malaysia atau nama dahulunya Malaya dan bertukar nama kepada Malaysia apabila bergabung dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, sedikit demi sedikit berkembang sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 55 tahun dan ini melambangkan bahawa Malaysia sudah pastinya mempunyai perkembangan daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan negara dan pembangunan masyarakatnya. Melalui pemantapan dan gabungan dua aspek utama, iaitu negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni, ia sememangnya mempengaruhi akan kemajuan dan arus pemodenan sesebuah negara. Namun, teras utama dalam mencapai status negara bangsa yang Berjaya, perpaduan, dan integrasi kaum merupakan aspek yang penting. Semenjak peristiwa hitam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dan pendekatan untuk memperkukuhkan perpaduan antara kaum agar ia tidak mengganggu usaha pembangunan. Salah satu inisiatif yang dimaksudkan ialah 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

DEFINISI KONSEP 1MALAYSIA

Konsep 1Malaysia merupakan suatu konsep yang baru dilancarkan di Malaysia pada tahun 2009 yang lalu. Ia merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, dan seumpamanya agar sebarang konflik perkauman dapat dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang ada dalam konsep 1Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai negara yang berstatus maju tercapai dengan jayanya. Di samping itu, ia diharap mampu untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah negarabangsa yang berjaya. Selain itu, konsep ini juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua pihak saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa, dan agama. Ini selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berkenaan dengan konsep 1Malaysia, iaitu 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia . Konsep 1Malaysia boleh dikatakan menjadi suatu model untuk memperkasa perpaduan dan kesinambungan kepada pendekatan-pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan (PPM, 2009). Hasil perpaduan yang dicapai akan dapat menjamin kestabilan, seterusnya mampu membawa negara ke arah kemajuan dan pencapaian yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara. Jadi, konsep ini boleh diertikan sebagai satu strategi atau formula untuk mencapai aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020

PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang telah dinyatakan, konsep 1Malaysia memiliki kelainan. Antara kelainan tersebut ialah 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut, manakala konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan 1Malaysia yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

PRINSIP TERAS 1MALAYSIA


Terdapat tiga teras dalam 1Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan dalam negara iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip tersebut adalah penting dalam memperkukuhkan perpaduan nasional. Prinsip pertama ialah prinsip penerimaan yang bererti semua kaum rakyat Malaysia akan menerima, menghargai dan menghormati keunikan setiap kaum di Malaysia dan juga menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan oleh semua kaum walaupun keunikan setiap kaum adalah berbeza daripada yang lain. Tujuan utama prinsip ini ialah semua kaum dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormatmenghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara. Secara langsungnya, seorang yang dapat menerima agama kaum yang lain dapat menerima budaya dan cara hidup kaum yang lain kerana individu dan juga sesuatu kaum. Seterusnya ialah prinsip kenegaraan pula memupuk konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara. Prinsip ini telah diterapkan semenjak dahulu oleh pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Madan Perdana Menteri pernah mengadakan dasar-dasar untuk memupuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam tempoh pemerintahannya. Dasar-dasar diadakan ialah Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan sebagainya. Perdana menteri sekarang, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak pula memperkenalkan konsep 1 Malaysia ini yang bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan prinsip-prinsip rukun negara. Prinsip keadilan sosial pula prinsip teras yang terakhir dalam 1 Malaysia dan amat penting bagi Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Prinsip keadilan sosial menuntut bahawa semua orang di negara ini diberi hak yang sama dan keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek sosial tanpa mengira latar belakang atau agama mereka. Prinsip ini adalah disokong oleh perkara 8 dan perkara 12 perlembagaan persekutuan. Perkara 8 dengan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini dan ia dinyatakan di bawah fasal (1) perkara 8 perlembagaan persekutuan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran kerajaan supaya

melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan untuk golongan yang memerlukan. Sebenarnya, prinsip yang terkandung dalam konsep 1Malaysia telah lama dipupuk dalam undang-undang di negara kita sejak kemerdekaan. Konsep ini bukan sahaja diserap dalam undang-undang du negara ini malah juga diserap dalam budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Konsep 1malaysia bukanlah semata-mata untuk segelintir golongan sahaja tetapi ia adalah untuk semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. Melalui konsep 1malaysia, perasaan tidak berpuas hati tidak akan wujud kerana semua rakyat Malaysia adalah bangsa Malaysia yang mempunyai satu hala tuju untuk mencapai kemajuan untuk negara.

NILAI-NILAI DALAM 1MALAYSIA

Terdapat 8 nilai dalam konsep 1Malaysia ini iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan, integriti. Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport. Nilai yang kedua pula menerangkan bahawa setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

Nilai yang ketiga dalam konsep 1Malaysia pula ialah rendah hati. Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan. Seterusnya pula ialah penerimaan iaitu nilai yang ke empat dalam konsep 1Malalaysia. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsurunsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkaraperkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1 Malaysia. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang. Nilai yang ke lima pula ialah kesetiaan. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua

kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan. Nilai yang ke enam dalam konsep 1Malaysia ialah meritokrasi iaitu satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang

menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi. Nilai pendidikan pula ialah nilai yang ke tujuh dalam konsep 1Malaysia. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia. Akhir sekali ialah integriti iaitu nilai yang ke lapan dalam konsep 1Malaysia. Integriti adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.

KESAN

Gagasan 1Malaysia ini telah memberi banyak kesan kepada negara. Kesan yang utama ialah perpaduan antara kaum di Malaysia dapat dipertahankan dan dieratkan. Disebabkan negara kita yang berbilang kaum, perpaduan adalah salah satu aspek yang amat penting untuk kemajuan dan keharmonian negara. Namun begitu, untuk mencapai perpaduan antara kaum-kaum ini, banyak halangan dan cabaran yang harus diatasi. Dengan adanya Gagasan 1Malaysia, perpaduan negara kita akan dapat dicapai. Rakyat dapat berkongsi walaupun berbeza kaum. Sebagai contoh, semasa perayaan, semua kaum akan meraikannya, walaupun ia bukan perayaan kaum tersebut. Hal ni secara langsung dapat mengeratkan lagi perpaduan di dalam negara. Dengan wujudnya Gagasan 1malaysia ini juga dapat diterapkan amalan nilai-nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa di kalangan rakyat yang bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum. Wujudnya perpaduan kaum ini, rakyat akan dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Kesan yang kedua pula ialah Gagasan 1Malaysia ini dapat mewujudkan keadilan sosial kepada semua rakyat Malaysia. Semua rakyat akan diberi kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin. Sebagai contoh, golongan miskin akan diberi bantuan sara hidup oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat. Oleh itu, rakyat pasti dapat menikmati keselesaan hidup dengan pelaksanaan gagasan 1Malaysia. Seterusnya pula ialah dapat membantu dalam kemajuan ekonomi negara. Matlamat utama Gagasan 1Malaysia juga adalah untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Sebagai contoh pewujudan dasar liberalisasi dan pemberian insentif kepada pelabur asing yang telah dibuat oleh kerajaan akan dapat menarik lagi kedatangan pelabur-pelabur asing untuk melabur ke dalam negara kita. Hal ini secara langsung akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan ekonomi rakyat dan negara. Selain daripada itu, Gagasan 1Malaysia juga dapat menerapkan nilainilai aspirasi kepada rakyat. Antara nilai-nilai aspirasi tersebut ialah nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi. Nilai-nilai tersebut adalah seiring dengan slogan `Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Penerapan nilai-nilai aspirasi tersebut adalah penting untuk menaikkan prestasi rakyat dan sekali jus memajukan negara kita. Gagasan 1Malaysia ini juga dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa. Negara Malaysia yang dikenali negara yang pesat membangun ini akan dapat di majukan lagi dengan adanya gagasan 1Malaysia. Gagasan 1Malaysia ini telah menjadikan negara kita lebih dikenali dan dijadikan contoh oleh negara-negara lain. Kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira lapisan masyarakat, harus berganding bahu untuk menjaga imej negara kita yang semakin baik ini dan seterusnya menjayakan gagasan 1malaysia ini.

CABARAN

Dalam mencapai matlamat gagasan 1 Malaysia ini, sudah tentu akan adan cabaran-cabaran atau halangan-halangan yang menghalang daripada mencapai matlamat gagasan tersebut. Cabaran yang pertama yang dapat dikenal pasti ialah terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak tahu langsung mengenai konsep yang dilancarkan ini. Pihak kerajaan dilihat berusaha untuk menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan dengan konsep 1Malaysia, seperti menubuhkan laman sesawang 1Malaysia yang mengandungi inti pati dan informasi berkaitan, laman blog Perdana Menteri, pertandingan mencipta lagu 1Malaysia, pertandingan melukis poster bagi pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), dan seumpama. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan wang Ringgit Malaysia dalam penyediaan hadiah kepada pemenang, iklan di televisyen dan surat khabar serta di papan iklan, kempen, dan juga seminar. Namun, ianya belum tentu mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya. Usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat yang lain. Di samping itu, tindakan kerajaan dalam menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan efisyen kerana walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton, melihat, dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta pemahaman mengenai konsep 1Malaysia dicapai. Implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan. Mengenai usaha untuk mendidik dan menyemai perasaan kekitaan melalui konsep 1Malaysia bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini disebabkan golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal fikiran yang berlainan, dan juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukanlah sebuah robot yang boleh diprogramkan untuk menurut sesuatu kehendak dan tujuan. Jadi, perancangan jangka pendek

dan dibuat secara tergesa-gesa akan membawa kepada hasil yang tidak akan mencapai matlamatnya, sebaliknya ia akan membawa kepada signifikan yang negatif kepada kerajaan, khususnya yang menjadi batu asas kepada penubuhan dan pelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Imej kerajaan akan tercalar jika konsep ini tidak memberi sebarang perubahan kepada masyarakat dan negara; dan kerajaan akan menerima kritikan daripada rakyatnya sendiri serta daripada negara dan masyarakat luar akibat sambutan yang kurang memuaskan dan idea yang tidak begitu baik serta banyak wang RM (Ringgit Malaysia) yang diguna-pakai bagi menjayakannya.

Terdapat segelintir golongan masyarakat yang mempunyai persepsi negatif terhadap konsep 1Malaysia. Bahkan konsep ini dianggap sebagai suatu propaganda daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menarik pengaruh rakyat supaya mendapat hasil yang positif dalam pilihanraya akan datang. Mereka yang bersikap negatif ini lazimnya terdiri daripada golongan yang menjadi pembangkang kepada kerajaan dan dengan pandangan stereotaip terhadap kerajaan, mereka sudah pasti akan menolak pendekatan kerajaan ini tanpa mengetahui inti pati dan maklumat yang ada dalam konsep 1Malaysia.

Dalam pada itu, sebahagian masyarakat Malaysia juga dilihat kurang begitu mengendahkan dan memberi perhatian kepada pelancaran dan pelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Mereka berpendapat bahawa konsep ini tidak mempunyai perkaitan dalam kehidupan masyarakat. Kehidupan mereka yang sibuk, kurang memberi perhatian kepada perkara yang dalam pandangan mereka dianggap remeh ini. Jadi, persepsi yang negatif daripada segelintir golongan dan sikap kurang ambil peduli daripada sebahagian masyarakat bila tidak diambil kira dan ditadbir dengan baik dan cekap akan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya tidak memberi perhatian dan pelaksanaan terhadap konsep 1Malaysia ini.

LANGKAH-LANGKAH

Terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia ini. Antaranya ialah dari aspek politik. gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat global bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus pemodenan dunia. Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukan Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat diperkukuh. Aspek yang kedua pula ialah ekonomi. Melalui Gagasan 1Malaysia ini, kita dapat melihat penghapusan dasar Pecah dan Perintah yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah lama negara kita merdeka, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu ditingkatkan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.

Selain daripada itu, aspek pendidikan juga memainkan peranan yang amat penting. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisi nya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingan kan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta. Akhir sekali ialah melalui aspek agama dan kepercayaan. Hal ini berlaku kerana, agama dan kepercayaan merupakan pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung mengunjungi yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah ini mampu memperjelas secara rohani nya konsep 1 Malaysia.

RUJUKAN

http://bmngaifen.blogspot.com/2011/11/gag asan-satu-malaysia.html (diakses pada 30 dis 2012) http://kumpulan09.blogspot.com (diakses pada 28 dis 2012) http://www.jomria.com/2012/09/kebaikan-gagasan-1malaysia.html (diakses pada 28 dis 2012) Bahagian Penerbitan Dasar Negara . 2009 . Booklet 1Malaysia : Jabatan Penerangan Malaysia

8 nilai dalam konsep 1 Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my (diakses pada 28 dis 2012)


AIZAT BIN KHAIRI.(2011). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah

Pemantapan Perpaduan sebuah Negara-Bangsa Cabaran Belia Dalam Merealisasikan Gagasan 1 Malaysiahttp://siputsedoot2009.blogspot.com/2009/09/cabaran-belia-dalam-merealisasikan.html (diakses pada 27 dis 2012)

Nilai Murni Yang Disemaikan- http://kumpulan09.blogspot.com/2010/08/perpaduan-kaum.html


(diakses pada 28 dis 2012)

1malaysia-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakanhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/474-apa-itu1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-diutamakan.html (diakses pada 30 dis 2012)

Peranan Semua Kaum Dalam Menyemarakkan Semangat Gagasan 1malaysiahttp://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/387-peranansemua-kaum-dalam-menyemarakkan-semangat-gagasan-1malaysia.html (diakses pada 30 dis 2012)

You might also like