You are on page 1of 14

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAN PENDIDIKAN

JANUARI 2020

MPU2363

PENGAJIAN MALAYSIA

Jasroy bin Jul

PUSAT PEMBELAJARAN :
I. HURAIKAN WAWASAN 2020 YANG TELAH DIILHAMKAN OLEH TUN

DR MAHATHIR PADA TAHUN 1991.

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991, yang

bertujuan untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju

sepenuhnya menjelang tahun 2020 (Kamaruddin M.Said, 2007). Wawasan 2020 merupakan

satu idealism politik pembangunan Malaysia perlu melanjutkan satu kesinambungan

nasionalisme melayu yang lebih berkuasa dalam bidang ekonomi dan bidang-bidang lain

(Abd. Rahim, 2004). Situasi ini meliputi bidang ekonomi, bidang-bidang politik, sosial,

kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan

persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan

kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Dalam mencapai matlamat 2020, Dr

Mahathir Mohamad telah menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020.

Matlamat utama wawasan 2020 ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang

mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang

aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama

sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan

politik dan dedikasi kepada negara.

Selain itu, mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,

dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang

telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti

dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya,

tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Disamping itu, wawasan 2020 juga bermatlamat mewujudkan dan membangunkan

masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia

yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh

kepada beberapa banyak negara membangun.

Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan

warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling

tinggi. Wawasan 2020 juga mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat

Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama

mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Seterusnya wawasan 2020 juga mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh , yang bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan

teknologi masa depan. Serta mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,

iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan

kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem

keluarga yang kukuh.

Wawasan 2020 juga memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini

merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan

saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan

ekonomi. Seterusnya, mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik, giat dan kental.


Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi

urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya

keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

i. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk

menjayakan Dasar Wawasan 2020 tersebut.

Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam menangani Sembilan cabaran

wawasan 2020. Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran

pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah cabaran terpenting.

Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di

dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020.

Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya

rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kita akur dengan kata-kata seperti

“Muafakat membawa berkat”. Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka “Bulat air kerana

pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Kita juga sering melaungkan “Bersatu Teguh

Bercerai Runtuh”. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai.

Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat. Kita juga

telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita akibat dilanda sengketa dan

rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari

bencana ini. Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk

pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah kita berusaha menangani

cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa Malaysia

yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur, liberal, saintifik, progresif,

penyayang, bermoral dan beretika. Pengertian “Bangsa Malaysia yang Bersatupadu”


Apakah yang kita maksudkan dengan ungkapan “Bangsa Malaysia yang Bersatupadu”?

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada bangsa Malaysia yang bersatupadu? Atau dengan kata

lain, di dalam situasi bagaimanakah maka kita dapat menganggap yang negara telah berjaya

mengatasi cabaran yang pertama ini.

Bangsa Malaysia yang bersatupadu bererti: Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas

menerima negara Malaysia sebagai tanahair yang tunggal dengan kesetiaan yang tidak

berbelah bagi. Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna

matlamat negara telah dikongsi bersama oleh setiap rakyat. Setiap rakyat dengan rasa bangga

mengidentifikasikan diri sebagai warga Malaysia dan tidak seagai golongan sesuatu etinik, ras

atau penghuni dari sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau semuanya

mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang

menonjolkan pengenalan mereka sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa

Malaysia dan berupa Malaysia. Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan

kedaerahan yang diwarisi, mereka tidak akan membiarkannya menjadi sentimen sehingga

mencetuskan persengketaan. Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak

bercanggah di antara satu sama lain dan tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi

menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin berbeza dengan orang lain. Di sini tetap

wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama.

Sebahagian dari langkah-langkah ini dapat dirumuskan oleh petikan ucapan Dato Seri Dr

Mahathir di bawah ini,“Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah

memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain

Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk

“Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah memperkenalkan

pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi

Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan
Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara

adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kesemua dasar dan program ini

boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk,

perkongsian nilai dan persepsi, persamaan ideniti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan

yang mengekalkan warisan bangsa.” Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap di majlis

makan malam anjuran Kelab Harvard di Kuala Lumpur pada 31 Januari 1992. Petikan ini

menjelaskan bahawa Kerajaan telah melancarkan dasar-dasar yang bermatlamatkan penyatuan

dan perpaduan rakyat. Antara Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional

(DPN). DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi

meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian

kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial

dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara. DPN menggariskan

beberapa startegi yang diantaranya jelas mencerminkan cita-cita memakmur dan membina

bangsa yang bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah bagi memastikan pembangunan

yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi

lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan sumber manusia

dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran

yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui

satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula masyarakat.

DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan

ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan

secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Adalah menjadi cita-cita DPN

bagi memperkukuh integrasi nasional dnegan mengurangkan jurang yang luas dalam

pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan dengan

ini berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan dinikmati oleh
semua rakyat di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif serta menghayati

perasaan bangga dan cintakan negara.

Dasar pengkorporatan merupakan satu ciri bagi mewujudakan kegiatan ekonomi yang

berskala besar-besaran, mempunyai pengurusan yang cekap dan dapat menawarkan mutu

perkhidmatan yang baik. Konsep pensyarikatan Malaysia merupakan satu corak nasionalisme

baru untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perekonomian yang akan merealisasikan

wawasan pembangunan ekonomi kapitalisnya yang lebih berpengaruh (Abd. Rashid, 2004).

Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan ketidakseimbangan

pembangunan di antara wilayah-wilayan khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak

dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandar-

bandar juga dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan

peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar dan

desa di bangunkan dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal, peluang-peluang

untuk peniaga dan pengusaha kecil dibuka.

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusnan semula

hak milik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh

dicapai dengan perlaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera.

Matlamat penyususnan semula guna tenaga akan memastikan corak gunatenaga di berbagai

sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik

dalam negara.

Usaha seterusnya ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan

bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta

memenuhi keperluan tenaga rakyat yang lebih terlatih bagi pembangunan negara. Dengan

hasrta ini lahirlah Falsafah Pendidikan Negara yang memberi yang menekankan

keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.


ii. ANALISIS MANA-MANA DUA DARIPADA SEMBILAN CABARAN YANG

BOLEH DIANGGAP TELAH MENCAPAI MATLAMAT WAWASAN 2020.

ANALISIS JAWAPAN ANDA DENGAN TERPERINCI.

Cabaran kedua: membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

Dengan merujuk kepada cabaran kedua pula iaitu, membina masyarakat berjiwa bebas,

tenteram dan berkeyakinan. Cabaran kedua Wawasan 2020 sepenuhnya

berbunyi :’’Mewujudkan masyarakat yang berjiwabebas, tenteram dan maju dengan

keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi

pelbagai masalah.’’ Dari cabaran kedua kita dapat menyenaraikan sifat-sifat yang dikehendaki

ada pada setiap rakyat atau bangsa Malaysia supaya mereka dapat membina sebuah negara

yang maju di dalam setiap bidang. Sifat-sifat ini ialah, Berjiwa bebas, mempunyai fikiran dan

perasaan yang tenteram, sentiasa mahukan kemajuan, memiliki keyakinan terhadap

kebolehandiri sendiri, merasa bangga dengan apa yang dicapai, serta gagah atau kuat

menghadapi pelbagai masalah.

Cabaran kedua ini jelas tertumpu kepada factor pembinaan insan, faktor kejiwaan dan

pembinaan semangat rakyat sebagai syarat penting di dalam pembinaan Negara maju. Secara

ringkas ini dapat ditakrifkan, Jiwa yang bebas adalah jiwa yang tidak terkongkong dan

terbelenggu dengan sesuatu fahaman hingga menolak pembaharuan dan kemajuan

Padatahun 1982, Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang KeTimur sebagai

satu usaha mengalihkan pandangan rakyat dari terlalu membesarkan kemajuan negara Barat.

Rakyat diminta supaya beralih untuk melihat kebaikan yang terdapat di negara-negaraTimur

seperti Jepun dan Korea. Dasar Pandang keTimur ialah usaha untuk mencari kekuatan dari

nilai-nilai ketimuran termasuk nilai-nilai positif yang kita warisi dari peradaban kitasendiri.
Seterusnya, memiliki perasaan dan fikiran yang tenteram. Ketenteraman jiwa adalah

sesuatu yang amat berharga. Bahkan ketenteraman boleh dianggap sebagai

kebahagiaan.Seseorang amat memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi menghadapi

pelbagai cabaran di dalam dunia moden ini. Kita sedang menyaksikan bagaimana sesetengah

masyarakat di dunia kucar-kacir akibat pembangunan fizikal tidak disembangi dengan

pembinaan jiwa dan kekuatan rohani bagai menghadapi pelbagai cabaran.Ketenteraman jiwa

juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak

hilang pedoman hidup. Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan

pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf kehidupan manusia.

Membina bangsa yang gagah Wawasan 2020 bertujuan melahirkan satu bangsa yang kuat,

kukuh dan tahan menghadapi segala ujian.Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan

mental, serta kekuatan dari segi kerohanian dan kejiwaan. Ini menjelas kan bahawa kekuatan

jasmani dan rohani, akal dan emosi perlulah diseimbangkan. Rakyat perlu mempunyai jiwa

yang kuat dan tahan. Bagi menjamin kekuatan Negara lebih-lebih lagi ketika dunia sedang

tercabar dengan berbagai anasir yang negatif. Selain dari bermatlamatkan pembinaan bangsa

yang bersatu padu, sistem pendidikan di Negara kita juga berusaha mencipta insan yang

sempurna dari segi fizikal dan mentalnya. Kita berpegang kepada hakikat bahawa otak yang

baik berada di dalam badan yang sihat.

Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020 bukanlahsemata-mata wawasan

ekonomi yang tertumpu kepada pembangunan negara perindustriansemata-mata. Ianya tetap

mementingkan aspek kerohanian dan pembinaan sikap positif serta nilai-nilai murni bagi

mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

Cabaran ketiga:memupuk dan membina masyarakat demokratik dan matang


Selain itu, Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat Wawasan 2020 untuk memupuk dan

membina masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan sistem demokrasi Malaysia

yang berorientasikan masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah.

Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan dan pentadbiran kerana sebuah kerajaan yang

bersih dan mantap adalah amat penting di dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah

negara. Sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan

menghadapai kekacauan dan huru hara. Kita melihat bagaimana beberapa negara di dunia

menjadi kucar-kacir akibat tidak ditadbir oleh kerajaan yang kuat dan diterima oleh rakyat.

Kerajaan adalah payung yang melindungi rakyat. Kerajaan memegang teraju dan menentukan

perjalanan negara. Kestabilan kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam usaha

kita untuk menuju taraf negara maju.

Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah cita-cita kita

bersama. Dengan sistem demokratik yang matang bererti rakyat memiliki kebebasan dalam

memilih kerajaan yang akan memegang teraju pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki

kebebasan untuk melahirkan pendapat dan idea. Kematangan di sini menunjukkan bahawa

idea yang disuarakan oleh rakyat itu pula adalah idea yang matang dan bernas. Kematangan

juga bererti rakyat menyuarakan sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab, dengan fikiran

yang waras dan berlandaskan kepada kebenaran. Mereka menyuarakan sesuatu hanya setelah

berfikir dengan teliti dan rasional dan sentiasa mengutamakan kepentingan golongan

terbanyak.

Di dalam pertikan ucapan Dr. Mahathir “Sesebuah negara atau masyarakat hanya akan

selamat dan stabil jika rakyatnya mempunyai sifat-sifat kesederhanaan. Kita harus ingat

bahawa dalam mana-mana masyarakat pun tidak ada sesiapa yang akan mendapat semua

kehendak hatinya. Sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati dengan tuntutan pihak lain.

Dengan itu perselisihan faham akan berlaku. apatah lagi dalam masyarakat berbilang kaum
seperti Malaysia. Jika ada sikap yang rasional serta perasaan bertanggungjawab dan

bertimbangrasa, maka perbezaan pendapat tidak akan membawa rusuhan. Sebaliknya akan

wujud kesanggupan untuk bertolak ansur.” (Perutusan Tahun Baru 1992)

Sebarang tindakan yang diambil untuk membetulkan pemimpin tidak boleh diambil

dengan cara yang melanggar peraturan negara. Kedaulatan undang-undang perlu dipelihara.

Setiap rakyat harus menghormati hak-hak yang telah dipersetujui bersama yang termaktub di

dalam Perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan itulah tonggak yang menegakkan negara.

Sikap bertolak ansur antara kaum mesti diteruskan. Di dalam konteks ini, Perdana

Menteri, Dr. Mahathir sering menekankan bahawa demokrasi bukanlah bererti kebebasan

yang tidak terbatas. Beliau berkata “Demokrasi hanya boleh hidup, boleh mendatangkan

kemajuan, kalau kita tahu menggunakan hak kita sebagai rakyat yang berpegang kepada

demokrasi.” (Ucapan ketika melancarkan Gerakan Semarak di Lubuk Jong, Pasir Mas,

Kelantan pada 6 Mac 1988)

Kesimpulannya, walaupun pada mata kasar wawasan 2020 tidak mencapai matlamatnya

namun ada cabaran-cabaran yang masih boleh dianggap telah mencapai matlamat wawasan

2020

IV. SEJAUH MANAKAH WAWASAN 2020 DIKATAKAN TELAH TERSASAR

DARIPADA MATLAMAT ASALNYA SEHINGGA DIPERKENALKAN DASAR

KEMAKMURAN BERSAMA 2030. BINCANGKAN.

Wawasan 2020 dikatakan telah tersasar daripada matlamat asalnya sehingga

diperkenalkan dasar kemakmuran bersama. Keadaan ini kita dapat lihat melalui cabaran

kelapan iaitu menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Mantan Perdana

menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perbezaan jurang pendapatan ekonomi cetus

keadaan yang tidak harmoni. Menurut beliau lagi, masalah begini telah membelenggu Negara

kita sejak merdeka lagi. Meneyedari hakikat ini, kerajaan telah melancarkan program
pembangunan 20 tahun tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini

bertujuan untuk mewujudkan perpaduan nasional melalui penyususnan semula masyarakat

dan pembasmian kemiskinan. Namun demikian, DEB dan wawasan 2020 gagal dicapai

berikutan masih terdapat lagi jurang ekonomi yang Nampak dianatara golongan

berpendapatan rendah dan tinggi.

Dalam mengejar matlamat wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara

maju, kerajaan Malaydia tetap tidak dapat mengjangkakan beberapa perkara yang timbul

sehingga memberikan kesan pada kita sehingga kehari ini.

Walaupun berhasrat unruk menjadi sebuah Negara maju, belanjawan Negara kita masih

lagi dipengaruhi oleh keperluan dalam membasmi kemiskinan. Ini menyebabkan sebahagian

besar peruntukan yang diperoleh kerajaan, perlu disalurkan hanya untuk tujuan itu sehingga

mengabaikan pembangunan yang perlu dilakukan. Kerajaan Malaysia memilih untguk

terusmenjalankan hasrat untuk menjadi Negara maju tetapi dalam masa yang

samameneruskan intipati Dasar Ekonomi Baru, dengan peruntukan besar kedalam segmen

social, pembangunan luar Bandar dan pembangunan pertanian. Ini sebenarnya menjadi salah

satu faktor kenapa wawasan 2020 gagal mencapai matlamatnya.

TUGASAN 2: JURNAL REFLEKTIF

V. BERDASARKAN PERNYATAAN DI ATAS (SOALAN IV), JELASKAN

SEBAB-SEBAB TUN DR. MAHATHIR MEMPERKENALKAN DASAR

KEMAKMURAN BERSAMA 2030.

Selepas mengilhamkan Wawasan 2020 sewaktu kali pertama menerajui pentadbiran

Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akui sasaran itu gagal dicapai sepenuhnya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri yakin menerusi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran

Bersama 2030, ia mampu dicapai seiring hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berstatus

maju. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) ialah rangka tindakan kerajaan

yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk tempoh 2021 hingga 2030 untuk

meningkatkan pendapatan semua kumpulan etnik, terutamanya Bumiputera yang terdiri

daripada golongan B40 (golongan berpendapatan rendah), miskin tegar, miskin ekonomi,

mereka yang berada dalam peralihan ekonomi, Bumiputera Orang Asli, Sabah dan Sarawak,

orang kurang upaya, belia, wanita, kanak-kanak dan warga emas

Rancangan untuk wawasan kemakmuran bersama telah dibentangkan pada Mei 2019.

Ia dilancarkan secara rasminya pada 5 Oktober 2019 oleh mantan Perdana Menteri Mahathir

Mohamad berikutan jurang ekonomi besar yang tidak dapat diselesaikan di kalangan

Bumiputera dengan kegagalan pembangunan adil dan pengagihan ke arah demografi Negara.

Rangka tindakan itu juga diwujudkan untuk meningkatkan kemakmuran rakyat Malaysia

Bumiputera dalam pelbagai sektor di negara ini dengan Perdana Menteri memastikan bahawa

sebarang pembangunan yang diambil di bawah pelan tindakan di kedua-dua Sabah dan

Sarawak tidak akan melanggar tanah hak adat asli (NCR) di wilayah masing-masing. Selain

itu, WKB 2030 berhasrat melahirkan generasi Bumiputera yang baharu yang berpegang teguh

kepada nilai moral integriti, bersikap rajin berusaha dan bermaruah.

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd. Rashid (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamaruddin M.Said (2007). 500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran. Selangor: Kris
Publications Sdn. Bhd.

Ramlah Bt Adam.,et al. (2010). Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020

https://www.sinarharian.com.my/article/64754/BERITA/Nasional/Banyak-perkara-dalam-
Wawasan-2020-dicapai-Dr-Mahathir

https://selangorkini.my/2020/01/wawasan-2020-malaysia-capai-banyak-kemajuan/

https://www.airtimes.my https://selangorkini.my/2020/01/wawasan-2020-malaysia-capai-

banyak-kemajuan/

https://www.airtimes.my

You might also like