You are on page 1of 2

SUMBER SEJARAH Konsep Sumber Oxford English Dictionary : sesebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau

bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau perihal hal berkaitan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : keterangan ( bukti ) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti seperti surat beranak, surat nikah dll. Ilmu sejarah : punca pemikiran atau ilham Sumber dibahagi kepada 2 kategori iaitu sumber primer dan sekunder. Di samping itu, wujud kategori tambahan iaitu sumber lisan yang boleh dikategorikan sebagai sumber utama atau sekunder berdasarkan kepada sifatnya.

Sumber Primer Muhd yusuf Ibrahim ( 1997 ) : kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi tertentu. Cth : catatan, laporan dll Keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali merakamkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah (1994) : keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara ataupun bahan mentah dan asli yang belum sempurna lagi. Berdasarkan pandangan2x tersebut, sumber primer merupakan sumber asli dan mentah yang belum sempurna dan sifatnya yang pertama kali merakamkan sesuatu kejadian yang berlaku.

Sumber Sekunder Umumnya : hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sekumpulan individu mengenai sesuatu kejadian dengan merujuk sumber utama. Hasil tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap kejadian atau perkara yang dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Digunakan oleh penyelidik, sama ada sebagai rujukan, bandingan, ungkapan bagi mengukuhkan pandangan dan tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Cth : buku, mjalah, rencana, tesis dll Mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama kerana jika sumber utama tiada, maka sumber kedua tidak akan wujud dengan sendirinya

Sumber Lisan Maklumat yang wujud melalui percakapan atau pertuturan yang disampaikan oleh seseorang yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang telah berlaku.

Boleh menjadi sumber bertulis apabila maklumat daripada percakapan dicatatkan setelah melalui proses temu bual, perbincangan dll dengan saksi. Boleh dikategorikan sebagai sumber utama dan kedua Sumber utama : maklumat yang disampaikan secara lisan oleh saksi yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa sejarah dan maklumat2x tersebut dirakamkan dalam bentuk pita rakaman atau alat2x yg lain. Maka rakaman suara dan visual itu adalah sumber utama. Sumber kedua : maklumat daripada individu yang tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa tersebut. Kepentingan sumber lisan yang utama ialah apabila timbul situasi kekurangan sumber utama dan kedua. Cth sejarah kependudukan jepun.

Kepentingan Sumber Punca maklumat Bukan sahaja dapat mengenal bentuk kehidupan politik, sosial dll, bahkan dapat menggambarkan corak pandangan dan malam pemikiran seseorang penulis atau pengkaji terdahulu terhadap perkara dan alam persekitaran pada masa lampau. ini kerana pemikiran penulis pada masa lampau adalah juga melambangkan pemikiran masyarakat ataupun pemerintahan sezamannya. Cth : karya klasik spt sulalatus salatin (1615), hikayat Abdullah (1843) Mengukuhkan hujah dan menguatkan lagi suatu kenyataan Dapat membuktikan dan mengesahkan bahawa kenyataan dan fakta sejarah yang dikajinya adalah tepat dan benar belaka. Cth : sejarawan ingin mengkaji tentang kekuatan angkatan tentera jepun sewaktu menyerang Sabah semasa perang dunia kedua perlu mengukuhkan hujah dan kenyataan melalui penelitian sumber utama dan kedua. Memberikan keyakinan kepada ahli sejarah dan masyarakat umum Peranan dan sumbangan sumber sejarah sebagai rekod menyimpan pengetahuan tentang masa lampau Masyarakat kini sedar terhadap apa yang telah berlaku pada masa lalu haruslah diambil sebagai pengajaran dan pedoman hidup pada masa akan datang

You might also like