You are on page 1of 6

1.01.

1 Pengertian Sejarah
1. Ahli-ahli sejarah atau sejarawan memberikan beberapa pengertian tentang istilah sejarah.
a. Herodotus;
Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka
melakukannya.
b. Ibn Khaldun;
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
c.

Muhd. Yusof Ibrahim.


Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku
pada suatu masa yang lalu.

2. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada kata Arab, iaitu syajaratun yang membawa maksud:
a. pohon atau pokok;
b. salasilah, riwayat, asal-usul, dan keturunan.
3. Sejarah merupakan penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku.
4. Rekod-rekod lalu dikaji oleh ahli-ahli sejarah dan hasil kajian itu dikeluarkan dalam bentuk
penulisan, filem, foto, dan sebagainya.
5. Antara penulis sejarah awal negara termasuklah:
a. Tun Sri Lanang menghasilkan Sejarah Melayu;
b. Abdul Hadi Hassan menulis Sejarah Alam Melayu;
c.

Raja Ali Haji menghasilkan Tuhfat al-Nafis.

1.01.2 Ciri-ciri Sejarah


1. Ciri-ciri sejarah adalah penting bagi kita merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku.
2. Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dilakukan dengan mengumpul dan menyalin
maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah.
3. Peristiwa yang bersejarah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
a. fakta yang tepat dan benar;
b. penting dan bermakna;
c.

sebab dan akibat.

Fakta yang Tepat dan Benar


1. Fakta sejarah merupakan peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat dibuktikan
kebenarannya.

2. Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.


3. Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah atau direka.
4. Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 adalah contoh fakta
yang tepat dan benar.

Penting dan Bermakna


1. Peristiwa yang bersejarah mestilah penting dan bermakna kepada individu, keluarga, masyarakat
atau negara.
2. Contoh-contoh peristiwa yang penting dan bermakna:
a. hari kelahiran dan hari mula bersekolah merupakan peristiwa yang bermakna kepada
seseorang individu;
b. tarikh perkahwinan ibu bapa merupakan peristiwa yang penting kepada keluarga;
c.

Hari Pekerja dan Hari Guru merupakan hari bersejarah untuk menghargai sumbangan
pekerja dan guru kepada masyarakat.

d. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa yang bermakna kepada negara kerana


menandakan tamatnya penjajahan British di negara kita.

Sebab dan Akibat


1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan untuk mencari kebenaran sesuatu peristiwa yang
pernah berlaku.
2. Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, kita perlu tahu apa, siapa, bila, mengapa,
bagaimana, dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.
3. Cara ini dapat membuktikan kesahihan sesuatu fakta sejarah.
4. Sebagai contoh, kemasukan buruh Cina dan India semasa penjajahan British di negara kita telah
mewujudkan masyarakat berbilang bangsa.
5. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa membolehkan kita mengetahui mengapa dan bagaimana
sesuatu peristiwa itu berlaku serta kesannya.

1.01.3 Sumber Sejarah


1. Penulisan sejarah adalah berasaskan kajian terhadap sumber sejarah.
2. Sumber sejarah dianggap penting kerana dapat memberi maklumat dan bukti yang benar
tentang sesuatu peristiwa.
3. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu:
a. sumber primer atau sumber pertama;

b. sumber sekunder atau sumber kedua.


4. Ciri-ciri sumber pertama dan kedua adalah seperti yang berikut:

Sumber Pertama

Sumber Kedua

Bahan dalam bentuk fosil, artifak,


kertas, dan keterangan lisan.
Bahan yang belum diolah dan
dicetak.
Bahan yang bersifat asli dan belum
ditafsir.
Contoh sumber pertama:
o Diari, surat peribadi, fail
rasmi jabatan, batu bersurat
dan manuskrip yang belum
dicetak.

Sumber

Bahan yang dikaji melalui


pembacaan bahan bertulis.
Bahan yang ditulis oleh sejarawan
atau pengkaji sejarah.
Bahan yang telah diolah, dicetak,
dan disebarkan kepada umum.
Contoh sumber kedua:
o Buku, majalah, jurnal,
risalah, ensiklopedia, dan
laporan tahunan jabatan.

Keterangan

Fosil

Tinggalan haiwan atau tumbuhan


yang wujud pada zaman lampau.

Artifak

Barang-barang ciptaan manusia pada


zaman lampau seperti pisau, kapak,
dan pinggan mangkuk.

Bahan tulisan tangan yang


Manuskrip disediakan untuk dicetak dan
diterbitkan.

1.01.4 Kaedah Pengkajian Sejarah


Kaedah Lisan
1. Kaedah lisan merupakan cara memperoleh maklumat daripada responden melalui ucapan,
perbualan, penceritaan, dan pengisahan.
2. Maklumat sejarah dapat diperoleh melalui temu bual dengan seseorang tokoh atau melalui
ucapan seseorang tokoh.
3. Sumber lisan mempunyai kelemahan kerana sumber ini sering ditokok tambah dan bercampur
dengan unsur dongeng, mitos, dan legenda.
4. Oleh itu, sejarawan akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta untuk mendapatkan
maklumat yang benar.
5. Kaedah mendapatkan sumber sejarah turut dipengaruhi oleh perkembangan sains dan teknologi.

6. Peralatan seperti radio, televisyen, video, cakera padat, pita rakaman dan internet yang
digunakan dipanggil kaedah pandang dengar.
7. Perbualan dan temu ramahjuga merupakan salah satu sumber yang digunakan dalam kaedah
lisan.
8. Kaedah perbualan dan temu ramah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan
pandangan seseorang tokoh.

Kaedah Bertulis
1. Kaedah mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu,
dinding gua, logam, kulit kayu atau kertas dipanggil kaedah bertulis.
2. Sumber bertulis itu membolehkan sejarawan memperoleh maklumat tentang sesuatu peristiwa,
perkara, perundangan, adat resam, dan tokoh.

Kaedah Arkeologi
1. Kaedah mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik dipanggil kaedah arkeologi.
2. Dalam bidang arkeologi, terdapat pelbagai cabang seperti maritim, angkasa lepas, dan gali cari.
3. Ahli arkeologi memperoleh maklumat melalui proses gali cari.
4. Melalui kaedah arkeologi, bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan ketepatan usianya
menerusi kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon.
5. Hasil daripada kaedah arkeologi ini, ahli arkeokogi dapat:
a. membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya sesebuah masyarakat;
b. membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh.
6. Contoh sumber arkeologi:
a. fosil;
b. artifak;
c.

kulit siput;

d. binaan daripada batu;


e. peralatan daripada logam;
f.

tembikar.

1.01.5 Pentafsiran Sejarah


1. Tafsiran sejarah yang dibuat oleh seseorang sejarawan boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu
bermakna, berfaedah atau sebaliknya.

2. Seseorang sejarawan perlu melakukan penyelidikan untuk membuat tafsiran sejarah yang tepat
dan betul.
3. Sejarawan yang berlainan mungkin membuat tafsiran yang berbeza tentang sesuatu peristiwa
sejarah yang sama.
4. Ini adalah kerana setiap sejarawan mempunyai pandangan yang berlainan tentang sesuatu
peristiwa sejarah yang sama.
5. Contoh perbezaan pandangan sejarawan tentang sesuatu peristiwa sejarah ialah:

a.

i.
ii.

b. iii.
iv.

c.

v.
vi.

ada sejarawan berpendapat bahawa pembunuhan J.W.W. Birch di Perak disebabkan


beliau mengambil alih kuasa pembesar dan sultan Perak.
ada sejarawan mengatakan pembunuhan itu disebabkan pengenalan sistem cukai oleh
beliau.
sejarawan Barat berpendapat kedatangan British ke Tanah Melayu disebabkan faktor
kemanusiaan iaitu mereka ingin membantu raja-raja Melayu mengamankan kacau-bilau.
ada sejarawan mengatakan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk
menguasai kekayaan ekonomi di sini.
sejarawan Barat menyifatkan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela dan Tok
Janggut sebagai pemberontak kerana mereka menentang penjajah British.
sejarawan tempatan menyifatkan pejuang-pejuang ini sebagai wira atau pejuang tanah air
kerana keberanian mereka menentang penjajah British.

Tok Janggut

Dato' Maharaja Lela

Beliau menjadi Ketua Kampung Nering dan


merupakan seorang pemimpin yang berani. Nama sebenarnya Pandak Adam, seorang
pembesar di Pasir Salak. Beliau tidak
Beliau dan pengikutnya tidak mahu
membayar pelbagai cukai yang dikenakan bersetuju dengan tindakan Residen Inggeris
oleh pihak Inggeris. Pada tahun 1915, Tok pertama di Perak, iaitu J.W.W. Birch yang
Janggut menyerang Balai Polis Pasir Puteh melarang pembesar negeri memungut cukai.
tetapi gagal. Beliau terbunuh dalam serangan Birch juga tidak menghormati adat resam
orang Melayu. Dato' Maharaja Lela dan
itu.
pembesar Perak telah merancang
pembunuhan Birch. Birch telah dibunuh di
Pasir Salak pada tahun 1875. Inggeris berjaya
menangkap Dato' Maharaja Lela dan beliau
dihukum bunuh.

6. Semasa membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa sejarah, sejarawan perlu
jujur dan bertanggungjawab agar dapat memberikan maklumat yang tepat dan benar.

1.01.6 Kepentingan Sejarah


1. Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati sejarah supaya:
a. berbangga menjadi warganegara;
b. bertanggungjawab mempertahankan negara.
2. Tujuan mempelajari sejarah:
a. memperoleh banyak pengetahuan;
b. membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat, dan kepentingan sesuatu peristiwa;
c.

memahami sejarah tamadun awal bangsa kita;

d. melahirkan perasaan jati diri yang tinggi;


e. membentuk keperibadian bangsa;
f.

menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi
mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, serta memajukan negara dari segi
ekonomi dan sosial;

g. berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak diulangi lagi;


h. merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan;
i.

berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua


bidang.

3. Faedah mempelajari sejarah:


a. menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan;
b. membolehkan kita memperbetulkan sebarang kesilapan yang telah kita lakukan;
c.

menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara;

d. memupuk semangat patriotisme atau semangat cinta akan negara;


e. melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia;
f.

membantu kita menghargai dan memelihara kedaulatan negara.

You might also like