You are on page 1of 21

PENGENALAN

Menurut Eric Hobsbawm, beliau menyatakan dalam esei asalnya mengenai

sejarah lisan pada tahun 1985 bahawa disifatkan sejarah lisan ini merupakan medium

yang paling sesuai untuk memelihara fakta.1

Sumber lisan ialah sumber yang didapati daripada pertuturan atau perkhabaran

seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku.2 Lazimnya sumber lisan menjadi salah

satu rujukan asas kepada suatu cabang sejarah yang dikenali sebagai sejarah lisan.

Pendekatan sejarah lisan dalam penyelidikan bukanlah suatu pendekatan yang baharu

malah Thucydides dan Herodotus telah menggunakan pendekatan berkenaan dalam

penyelidikan yang mereka lakukan. Sejarawan khususnya pada tahun 1960-an mula

mengguna pakai semula sumber lisan ini di Britain, Eropah dan Amarika Syarikat Utara

kerana kebanyakkan kajian tentang sejarah sosial, kebudayaan, politik, ekonomi dan

ketenteraan menggunakan sejarah lisan.

Sejarah lisan ini juga merupakan satu kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah

yang masih belum dikaji dan dirakam semula, malah idea menjalankan sejarah lisan ini

dikatakan telah bermula sejak berlakunya sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. 3 Menurut

Louis Starr, beliau menyatakan sejarah lisan adalah pencetus kepada proses pengumpulan

data dan sejarah setelah hilangnya tradisi penulisan sejarah.4 Segala keterangan lisan dan

data didapati melalui wawancara sama ada pelakunya seorang saksi mata, seorang
1
Anna Green & Kathleen, The Houses Of History: A Critical Reader In Twentieth-Century History And
Theory, New York: New York University Press, 1999, hlm. 230.
2
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah, Pengertian Dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1997, hlm. 161.
3
Rozeman Abu Hassan, Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah, Selangor: Karisma
Publications, 2004, hlm. 149.
4
Ibid., hlm. 149.
1
pendengar, seorang pemegang tradisi atau seseorang yang mengetahui sesuatu peristiwa

berkenaan.5 Keterangan lisan ini termasuk dalam kategori keterangan yang masih belum

terakam, atau yang terdapat dalam rakaman atau yang telah dokumentasikan iaitu

transkrip sejarah lisan. Segala rekod temuduga yang disimpan dan disalin semula

digunakan dalam penyelidikan sejarah dan membantu pelaksanaan kajian. Hal ini

menjadikan sejarah lisan penyumbang maklumat kepada sumber sejarah sedia ada

tempatan.6

Selain itu, dalam pensejarahan sumber lisan ini terdapat dua kategori yang biasa

dirujuk iaitu Oral History dan Oral Tradition. Oral History (sejarah lisan) merujuk

kepada memori dan peristiwa yang berlaku ke atas individu atau kumpulan masyarakat

itu sendiri. Sejarawan menemu ramah sendiri pelaku yang berada dalam situasi sesuatu

peristiwa sejarah itu. Sebagai contoh, individu atau kumpulan masyarakat yang suatu

ketika dahulu hidup dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu ditemubual oleh

sejarawan. Mereka boleh mengambarkan kembali situasi dan perasaan ketika peristiwa

hitam itu berlaku dalam kehidupan mereka. Kategori seterusnya ialah Oral Traditional

(tradisi lisan) yang merupakan cerita mengenai masyarakat, peristiwa dan lain-lain

mengenai masa lalu yang disampaikan secara turun-temurun yang biasanya melibatkan

beberapa generasi atau keturunan. Sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan

individu itu pada masa lalu diceritakan dan disampaikan kepada anak-anak cucu setiap

generasi. Oleh itu, sejarawan dapat memperolehi maklumat sesuatu peristiwa daripada

sumber sejarah lisan ini.


5
Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996, hlm. 141.
6
Hand Book On Oral History, Kuala Lumpur: National Committee On Oral History, National Archives Of
Malaysia, 1991, hlm. 3.
2
Kegunaan sumber lisan adalah amat penting kepada generasi baru terutamanya

generasi yang tidak melalui zaman perang, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut

kemerdekaan. Walaupun sejarah lisan ini luas dipergunakan dan penting dalam pencarian

maklumat, namun masih terdapat kelemahan dan kekuatan yang tersendiri disebalik

penggunaan sumber sejarah lisan ini.

KEKUATAN SEJARAH LISAN

SEBAGAI SATU SUMBER ATAU KAEDAH PENULISAN SEJARAH

3
Sejarah lisan ini begitu penting dan dijadikan sebagai sumber atau kaedah

penulisan sejarah. Penulisan sejarah tidak terhad pada sumber dokumen dan bertulis

sahaja, dengan penggunaan sejarah lisan ini dapat membantu lebih banyak dalam kajian

sejarah itu sendiri. Penggunaan sejarah lisan ini membolehkan sejarawan menemuduga

tokoh-tokoh atau individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa dan hal ini boleh

mendedahkan bahan atau bukti baru yang tidak dikaji atau mungkin disimpan oleh

individu atau golongan tertentu. Tanpa sejarah lisan ini, maklumat yang disimpan oleh

tokoh-tokoh dan individu tertentu tidak dapat dikaji dan hal ini sangat merugikan dalam

pencarian sumber sejarah. Sumber lisan yang diperolehi daripada seseorang informan

akan mempunyai unsur bias, emosi dan reaksi terhadap peristiwa yang diceritakan. 7 Oleh

itu, tugas ahli sejarah yang menggunakan sumber lisan dalam bidang penyelidikan

hendaklah memastikan maklumat-maklumat lisan yang diperolehi mempunyai tahap

kebenaran yang tinggi.

Sumber lisan ini digunakan secara meluas meliputi pelbagai peringkat golongan

masyarakat seperti orang biasa, pemimpin, ahli koporat dan sebagainya. Kewujudan

teknologi canggih seperti alat perakam, kamera dan video mampu memberi hasil yang

baik dalam penulisan sejarah. Sejarah lisan dianggap mempunyai kelebihannya tersendiri

dari segi kejituan kandungannya dan kurang dipersoalkan kerana wujud sistem

temuramah (temubual), mentranskripkan rakaman dan kerja-kerja mengindeks yang

dikemaskinikan.8 Penggunaan sejarah lisan dapat membantu ahli sejarah untuk

7
Rozeman Abu Hassan, Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah, Selangor: Karisma
Publications, 2004, hlm. 151.
8
Ibid., hlm. 152.
4
menjalankan kajian dengan lebih meluas dan sebagai salah satu sumber yang penting

dalam kajian sejarah.

Sebagai contoh, dalam peristiwa serangan pengganas Komunis dalam tragedi

Bukit Kepong, individu yang boleh memberi keterangan mengenai peristiwa tersebut

adalah penduduk-penduduk tempatan yang terdiri daripada golongan-golongan tua yang

masih hidup ketika itu dan berada di tempat kejadian. Golongan ini masih mengingati

dengan jelas peristiwa yang terjadi dan merasai sendiri keperitan atas kejadian yang

dialami. Oleh itu, keterangan dan cerita mereka direkodkan dan dijadikan sebagai sumber

lisan yang juga merupakan salah satu sumber penting dalam pengkajian sejarah.

Oleh yang demikian, sejarah lisan sangat penting dalam menjadi sumber kajian

atau penyelidikan sejarah. Sejarawan mestilah berusaha mendapatkan sumber lisan yang

sahih untuk menghasilkan sesuatu karya dan memilih maklumat yang bersesuaian untuk

digunakan.

PELENGKAP BAGI KEKURANGAN SUMBER BERTULIS

5
Kepentingan sejarah lisan sangat terasa apabila kekurangannya sumber-sumber

yang bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji. Sumber lisan itu menjadi teramat

penting apabila tiada sumber lain yang boleh dirujuk dan hanya sumber lisan merupakan

satu-satunya sumber yang boleh diperoleh tentang sesuatu peristiwa itu. 9 Sumber bertulis

seperti dokumen-dokumen dan catatan adalah sangat terhad dan tertumpu hanya kepada

golongan atasan sahaja seperti pemerintah dan tokoh-tokoh tertentu. Segala peristiwa

yang ditulis hanya berkaitan dengan kehidupan golongan atasan atau golongan

pemerintah. Penulisan sejarah dahulu hanya bercorakkan peperangan, politik dan

kekuasaan sesuatu kerajaan sahaja dan hal ini telah mengehadkan skop sejarah itu sendiri

yang sebenarnya lebih luas meliputi seluruh kehidupan masyarakat.

Sumber lisan ini menjadi sumber penting kerana tidak semua sejarah bertulis

menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku secara keseluruhan tanpa melibatkan semua

pihak termasuk penduduk tempatan. Segala dokumen yang dicatatkan hanya berkisahkan

golongan atasan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Dengan adanya sejarah lisan ini,

kajian sejarah akan lebih meluas dari segala aspek seperti ekonomi, sosial, kehidupan

masyarakat dan sebagainya. Maklumat yang diambil boleh melengkapkan sesuatu

peristiwa dalam sesuatu penulisan sejarah. Hal ini demikian, kaedah sejarah lisan ini

dapat mengisi kekosongan yang terdapat di dalam sumber bertulis dan menjadi sumber

tambahan untuk melengkapkan kajian yang mendalam dan mantap.

Sumber lisan menjadi rujukan di mana kurangnya sumber bertulis dalam sesuatu

peristiwa seperti peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu yang berlaku di

9
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah, Pengertian Dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1997, hlm. 162.
6
antara tahun 1941-1945.10 Sumber bertulis hanya menganalisis serta mentafsirkan

peristiwa tersebut secara keseluruhan atau dari sesuatu sudut sahaja dan maklumatnya

sangat sedikit. Oleh itu, sumber lisan ini menjadi panduan utama, di mana cerita-cerita

mengenai pendudukan Jepun banyak didapati daripada mulut-mulut orang tua yang

mengalami sendiri pengalaman pahit itu pada zaman tersebut.11 Mereka menceritakan

kembali kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap penduduk kampung

Tanah Melayu seperti memaksa penduduk mendengar arahan mereka, memaksa untuk

minum air sabun, memijak perut dan menculik penduduk-penduduk kerana disyaki

bersubahat dengan pihak yang memusuhi Jepun. Pengalaman dan peristiwa ini kurang

dicatatkan didalam dokumen-dokumen dan tulisan pada zaman tersebut. Oleh itu, sejarah

lisan ini sangat membantu menambah dan mengukuhkan maklumat terhadap sumber

sedia ada.

Oleh itu, sejarah lisan ini sangat penting dan mempunyai peranannya tersendiri

dalam penggunaan kajian sejarah itu sendiri. Pelbagai maklumat yang kurang jelas dan

kosong dapat diisi dengan penggunaan sejarah lisan. Walaupun sejarah lisan ini terdapat

kekurangannya, tetapi sebagai ahli sejarah haruslah melakukan penyelidikan untuk

memastikan maklumat-maklumat lisan yang diperolehi tepat dan benar.

10
Ibid., hlm. 162.
11
Ibid., hlm. 162.
7
SUMBER SEJARAH BAGI MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI TRADISI

TULISAN (PRELITARATE)

Sumber lisan digunakan untuk mengkaji kehidupan masyarakat yang tidak tahu

membaca dan menulis yang digelar sebagai preliterate. Tradisi lisan ini digunakan oleh

kalangan masyarakat yang tidak mempunyai tradisi menulis dan hal ini menyebabkan

tradisi lisan memainkan peranan penting dalam masyarakat sama ada peranan dalam

sistem politik atau sistem sosialnya ataupun peranannya sebagai hiburan dan lain-lain. 12

Mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang menceritakan adat resam dan

kehidupan mereka. Oleh itu, sejarah lisan ini sangat membantu mereka untuk

menyampaikan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku.

Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh sejarawan ke atas golongan

masyarakat orang asli atau bumiputera di Afrika dan kaum Penan di Sarawak

menggunakan tradisi lisan dan hal ini kerana kumpulan masyarakat ini tidak pandai

menulis dan tidak mempunyai tradisi tulisan.13 Sumber lisan ini diperoleh melalui

temuramah ketua-ketua kaum yang akan menceritakan peristiwa, cara hidup mereka

secara turun-temurun sehingga ke generasi hari ini. Oleh itu, tradisi lisan ini sangat

penting dalam membantu ahli sejarah untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang

dijalankan, jika tajuk kajian yang dikaji itu tidak mempunyai dokumen dan tradisi tulisan.

12
Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996, hlm. 150.
13
Ibid., hlm. 146-150.
8
Oleh itu, sejarah lisan ini mempunyai kekuatan dan kepentingannya tersendiri

dalam penggunaan kajian sejarah yang dilakukan. Masyarakat yang tidak pandai menulis

berpeluang untuk menyampaikan cerita-cerita kepada ahli sejarah dengan menggunakan

kaedah tradisi lisan ini. Segala maklumat sejarah dapat disampaikan dan tidak akan

terhapus begitu sahaja.

9
MEMAHAMI DAN MENYELAMI EMOSI PELAKU DALAM PERISTIWA

YANG DI ALAMI

Penggunaan sejarah lisan juga dapat membantu pengkaji atau sejarawan

menyelami perasaan dan emosi yang dialami oleh kumpulan masyarakat dalam sesuatu

peristiwa yang berlaku. Individu akan menceritakan pengalaman yang dialami dengan

penuh emosi dan perasaan. Hal ini boleh mengambarkan keadaan sebenar semasa

peristiwa itu berlaku. Penggunaan sumber tulisan tidak boleh menggambarkan emosi dan

perasaan seseorang yang berada saat sesuatu peristiwa itu berlaku. Dokumen-dokumen

hanya mencatit sejarah dan fakta semata-mata tanpa boleh menggambarkan emosi dan

memahami perasaaan pelaku dalam peristiwa yang dialami.

Sebagai contoh, penyelidikan sejarah lisan telah dilakukan mengenai tokoh-tokoh

yang masih hidup seperti individu-individu yang terlibat dalam peristiwa pendudukan

Jepun di Tanah Melayu, peristiwa darurat, pejuang-pejuang kebangsaan, kemerdekaan

dan sehingga hari ini.14 Wan Nik Wan Ngah merupakan tokoh perjuangan kemerdekaan

Force 136 (Harimau Malaya) telah ditemuduga oleh ahli sejarah mengenai perjuangan

beliau dan rakan-rakan menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.15 Ahli sejarah

dapat menyelami kisah yang diceritakan oleh beliau dan perasaan beliau ketika peristiwa

itu berlaku. Penderitaan dan kesusahan yang dialami untuk membebaskan tanah air

ditunjukkan melalui emosi dan air muka beliau sewaktu ditemuramah. Oleh itu,

sejarawan lebih memahami dan menyelami emosi pelaku melalui peristiwa yang terjadi

dan boleh membuat pengadilan moral.


14
Rozeman Abu Hassan, Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah, Selangor: Karisma
Publications, 2004, hlm. 156.
15
Ibid., hlm. 156.
10
Sejarah lisan ini sangat penting bagi sejarawan memahami dan menyelami emosi

pelaku itu sendiri dalam peristiwa yang dialami. Hal ini juga membolehkan sejarawan

menilai emosi dan melakukan pengadilan moral dalam kajian sejarah. Kegunaan sumber

lisan dalam konteks ini amat penting kepada generasi baru terutamanya generasi yang

tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut

kemerdekaan.

KELEMAHAN SEJARAH LISAN

11
MEMPUNYAI ELEMEN “HINDSIGHT”

Elemen hindsight ini merupakan individu yang ditemuramah mungkin akan

dipengaruhi oleh keadaan semasa menceritakan peristiwa yang berlaku. Hal ini

kemungkinan tokoh atau saksi yang hendak ditemuramah tidak menceritakan

pengalamannya secara terbuka dan ini memaksa tokoh tersebut membataskan

keterangannya. Selain itu, sikap berhati-hati dan berwaspada saksi atau tokoh itu sering

terjadi apabila ingin menceritakan sesuatu peristiwa itu kerana dikhuatiri maklumat-

maklumat yang diberi disalahgunakan oleh pihak lain.16 Oleh itu, ahli sejarah haruslah

meyakinkan saksi dengan memberi jaminan supaya maklumat yang diberi tidak

disalahgunakan. Sejarawan memainkan peranannya yang penting disini dengan membuat

persediaan yang lengkap untuk menjalankan proses temuramah dan hal ini mendorong

saksi lebih bersikap kerjasama dan menghargai tujuan kajian dilakukan.

Selain itu, keterangan saksi atau tokoh ini kadang kala mempunyai tokok tambah

bertujuan menonjolkan dirinya atau peristiwa yang ingin disampaikan. Hal demikian

berlaku apabila saksi kejadian itu hanya tinggal seorang sahaja yang masih hidup. Oleh

yang demikian, maklumat dikhuatiri mempunyai tokok tambah dan hal ini akan

menyebabkan cerita yang disampaikan menjadi tidak sahih. Sejarah lisan ini bergantung

kepada keikhlasan dan kejujuran individu itu sendiri bagi memperolehi maklumat yang

tepat. Maklumat penyaksi itu boleh disahkan kebenaranya atau kepalsuannya oleh ahli

sejarah dengan membuat perbandingan maklumat lisan atau pita rakaman yang lain.

16
Ibid., hlm. 158-159.
12
Selain itu, penyelidik dan saksi yang mempunyai sifat pemalu, kekok dan

gemuruh semasa ditemubual juga akan menjejaskan proses temuramah yang dijalankan. 17

Hal ini akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan akan terbantut dan tidak

dapat dilakukan dengan sempurna. Sejarah lisan ini sememangnya terdapat kelemahan

dan kekurangannya tersendiri apabila sesuatu maklumat itu tidak disampaikan dengan

baik dan jujur.

17
Ibid., hlm. 159.
13
TESTIMONI INDIVIDU YANG DITEMURAMAH MEMPENGARUHI

MAKLUMAT YANG DISAMPAIKANNYA

Sarjana berpendapat bahawa individu yang ditemubual dipengaruhi oleh emosi,

nostalgia, media dan sebagainya tidak menghasilkan satu gambaran yang tepat mengenai

sejarah yang dikaji itu. Hal ini demikian kerana individu yang ditemubual akan

dipengaruhi oleh nostalgia dan perasaan marah terhadap sesuatu peristiwa yang telah

dialaminya. Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai persepsi yang berbeza

terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku mengikut pengalaman yang dialaminya dan

penyampaian maklumat pun akan berbeza daripada peristiwa sebenar. Hal ini akan

menyebabkan terdapatnya kesalahan dalam maklumat yang diperolehi.

Sebagai contoh, penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu telah melihatkan

perspektif masyarakat yang begitu benci dan marah terhadap pentadbiran Jepun yang

memerintah negara dengan sangat kejam. Oleh itu, segala emosi marah dan sebagainya

telah menguasai pendirian orang melayu terhadap Jepun. Orang melayu mengatakan

bahawa semua tentera Jepun tidak berperikemanusiaan. Walaubagaimanapun, masih

terdapat juga dikalangan tentera Jepun yang masih bersikap berperikemanusiaan apabila

dikaji dari pelbagai sumber. Namun, atas perasaan amarah terhadap tentera Jepun, saksi

atau informan mengatakan bahawa seluruh tentera Jepun itu kejam dan tidak mempunyai

nilai kemanusian di dalam diri mereka.

Testimoni individu ini juga akan mempengaruhi maklumat yang disampaikan di

mana kadang kala maklumat mempunyai unsur prejudis iaitu individu tersebut akan

menambah fakta dalam keterangannya untuk kepentingan diri sendiri, menunjukkan sikap
14
tidak puas hati dan untuk menjatuhkan air muka seseorang. Perasaan yang tidak puas hati

penyampai maklumat terhadap sesuatu peristiwa atau individu akan mempengaruhi

maklumat yang disampaikan dan akan mengubah sesuatu peristiwa atau fakta. Oleh

itu,sejarah lisan ini sememangnya terdapat banyak kelemahannya tersendiri terutamanya

dalam maklumat-maklumat yang diperolehi.

15
BATASAN DAYA INGATAN SESEORANG SAKSI SEJARAH DAN KAEDAH

TEMURAMAH YANG MEMPENGARUHI INDIVIDU YANG DITEMURAMAH

Kebanyakkan keterangan individu ini tidak boleh digunakan secara terus sebagai

sumber sejarah kerana ianya perlu diteliti dahulu dengan menggunakan sumber yang lain.

Hal ini kerana kemungkinan individu yang ditemuramah mempunyai ingatan yang

kurang tepat jika peristiwa yang diceritakan telah berlaku puluhan tahun dahulu. Individu

mungkin tidak menyampaikna maklumat dengan begitu tepat akibat kurang daya

ingatannya tentang peristiwa yang berlaku kerana kebanyakkan individu yang

ditemuramah sudah tua dan uzur. Selain itu, bukan semua saksi yang ditemui sesuai

untuk proses rakaman temuramah dijalankan. Seseorang individu atau saksi yang didapati

tidak sesuai untuk ditemuramah adalah seperti lemah daya ingatan, kurang fasih, masalah

kesihatan dan hanya sekadar bercerita tentang pengalaman-pengalaman lepas tanpa

mengetahui peristiwa sejarah.18 Hal ini menyebabkan sebahagian maklumat mengenai

sesuatu peristiwa itu tidak dapat disampaikan dengan jelas dan bercanggah daripada

maklumat yang hendak diketahui.

Saksi yang sudah berusia mempunyai masalah kelemahan memori dan sukar bagi

mereka untuk mengingati secara terperinci dan tepat berkaitan peristiwa lalu yang

berlaku semasa mereka masih muda. Contohnya, satu rakaman yang pernah dijalankan

oleh pihak Arkib Negara Malaysia terhadap pegawai British yang berkhidmat di Tanah

Melayu iaitu A.V. Aston yang berusia hamper 90 tahun hanya memakan masa setengah

jam kerana informan menghadapi masalah lemah ingatan dan keuzuran.19

18
Ibid., hlm. 155.
19
Ibid., hlm. 159.
16
Di samping itu, kaedah dan cara ahli sejarah itu menyoal dan menemuramah saksi

juga mempengaruhi maklumat yang disampaikan. Hal ini kerana, kadang kala maklumat

yang hendak disampaikan oleh individu tersebut tidak lengkap kerana situasi dan cara

temubual yang menyebabkan saksi tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada

temubual tersebut atau disebabkan penemubual tidak bersiap sedia. Saksi mungkin tidak

berasa selesa dengan kaedah yang digunakan semasa temubual dijalankan

Sesetengah individu tidak selesa dengan cara temubual yang terpaksa dirakam

bagi memudahkan ahli sejarah untuk mendapatkan keterangan daripada individu tersebut.

Keadaan ini akan menggangu emosi individu tersebut dan membuatkan saksi kekok

untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan. Oleh itu, ahli sejarah harus memainkan

peranan penting dengan mengadakan temubual yang lebih santai dan menarik minat

individu yang ditemubual.

CENDERUNG UNTUK BIAS DAN BERAT SEBELAH

Penggunaan sejarah lisan ini sangat penting dan banyak memberikan pelbagai

maklumat dalam sumber kajian sejarah. Namun sejarah lisan ini perlu dilakukan secara

17
kritikal dan berhati-hati agar maklumat yang diperolehi itu tepat dan sahih.

Kecenderungan untuk bias dan berat sebelah dalam sumber sejarah lisan ini sangat tinggi

di mana segala maklumat mengenai sesuatu peristiwa hanya diketahui oleh individu-

individu tertentu sahaja. Kemungkinan individu-individu ini akan bersikap bias terhadap

peristiwa atau kejadian yang berlaku terutamanya yang melibtakan tokoh lain atau

peranan sesebuah pihak.

Jika maklumat yang diberikan oleh individu-individu yang ditemuramah terdapat

bias dan berat sebelah, fakta kemungkinan akan salah dan menyebabkan kajian

cenderung untuk bersikap berat sebelah. Lazimnya sumber lisan yang diperolehi daripada

seseorang saksi akan mempunyai bias, emosi dan reaksi terhadap peristiwa yang

diceritakan. Oleh itu, sebagai sejarawan harus memastikan maklumat yang diperolehi

benar dan sahih.

KESIMPULAN

Sejarah lisan ini sering kali dipersoalkan dari segi ketepatan dan kebenaran

maklumat lisan yang diperolehi untuk dijadikan sebagai sumber sejarah.

18
Walaubagaimanapun, sejarah lisan kini menjadi salah satu sumber yang penting dalam

pengkajian sejarah apabila sumber-sumber lain seperti tulisan dan dokumen tidak

mempunyai maklumat yang secukupnya. Keterangan lisan ini melalui tahap

perkembangan tersendiri dalam penyelidikan sejarah. Namun, tidak semua jenis

keterangan lisan itu mempunyai peranan yang tersendiri dalam penyelidikan sejarah.

Sumber lisan ini memainkan peranannya tersendiri dalam bidang penulisan

sejarah. Sumber ini boleh digunakan kerana terdapat kelebihan dan kekuatannya

tersendiri. Sumber sejarah lisan amat berfungsi apabila sesuatu maklumat yang diperoleh

daripada sumber bertulis dan dokumen sangat sedikit. Oleh itu, sejarawan mengambil

pendekatan untuk menggunakan sejarah lisan dalam bidang kajian mereka. Segala

kelebihan sejarah lisan ini digunakan sepenuhnya ahli sejarah bagi mendapatkan

maklumat terperinci sesuatu peristiwa itu. Walaubagaimanapun, sejarah lisan ini tetap

mempunyai kekurangan dan kelemahannya yang membantutkan pencarian maklumat

melalui kaedah ini. Kelemahan yang terdapat dalam sejarah lisan ini harus ditapis oleh

ahli sejarawan dengan melakukan kajian yang lebih mendalam dan merujuk sumber-

sumber rujukan yang lain. Jika maklumat yang diperolehi mempunyai persamaan, maka

penulisan kajian dapat dilakukan dengan menggunakan sejarah lisan ini.

Kesimpulannya, sejarah lisan ini membawa kepentingan kepada rujukan sumber

bagi ahli sejarah untuk mendapatkan maklumat yang lebih meluas. Namun, disebalik

kekuatan dalam penggunaan sejarah lisan ini, terdapat juga keburukan dan kelemahannya

19
sejarah lisan itu sendiri. Oleh itu, sumber lisan hendaklah dikaji dan dianalisis dahulu

sebelum digunakan sebagai eviden atau bukti bertulis dalam penulisan sejarah.

BIBLIOGRAFI

20
Anna Green & Kathleen, The Houses Of History: A Critical Reader In Twentieth-Century

History And Theory, New York: New York University Press, 1999.

Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996.

Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah, Pengertian Dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka, 1997.

Rozeman Abu Hassan, Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah, Selangor:

Karisma Publications, 2004.

Hand Book On Oral History, Kuala Lumpur: National Committee On Oral History,

National Archives Of Malaysia, 1991.

21

You might also like