You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Konsep sejarah di celah merupakan perintis idea baru yang telah

diperkenalkan oleh Thongchai Winichakul khususnya di Asia Tenggara. Thongchai

winichakul merupakan seorang ahli sejarawan yang berasal daripada Bangkok,

Thailand. Beliau merupakan seorang yang berketurunan Sino Thai. Thongchai

Winichakul telah menamatkan pembelajaran sarjana mudanya dalam bidang Seni di

Universiti Thammasat pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan

pelajarannya di Sydney pada tahun 1984 sehingga tahun 1988. Setelah tamat belajar,

beliau kemudianya telah dilantik menjadi penolong Profesor di University of

Wisconsin. Beliau telah menetap di Madison, setelah dinaikan pangkat menjadi

Profesor Madya pada tahun 1995 dan sebagai Professor dalam Fakulti Sejarah di

USA.

Bagaimana konsep sejarah di celah ini muncul dalam arena sejarah

terutamanya di Asia Tenggara? Hal ini berlaku kerana terdapat wujudnya sejarah

nasional di Asia Tenggara yang hanya memfokuskan tentang proses pembinaan

sesebuah negara sahaja, yang merangkumi aspek politik, ekonomi, dan andaian

intipati sesebuah negara seperti teras budaya, bangsa, tanah air dan sebagainya.

Sebagai contoh di negara Thailand di mana kedudukan Raja Cholang longkun telah

diangkat tinggi dan diagung-agungkan oleh sejarah nasional yang berpendapat

bahawa raja Cholang longkun ini telah banyak berjasa dalam perkembangan di

Thailand. Padahal terdapat banyak lagi perkara yang sebenar masih lagi tersembunyi

dan tidak dikaji oleh para sejarahwan. Kedudukan sejarah nasional ini telah diangkat

tinggi oleh pemerintah tempatan dan pemerintah kolonial dengan menjadikan

1
subtopik mata pelajaran sejarah dalam buku teks di sekolah-sekolah yang berpusat

pada sejarah nasional.1 oleh hal yang demikian, para pelajar hanya didedahkan dengan

sejarah nasional namun sejarah ini mempunyai banyak kelemahan dan kelompangan

yang tidak dapat ditutup oleh sarjana. Sejarah nasional ini hanya terumpu kepada

pihak yang menang dan yang kalah diketepikan serta dikuasai oleh golongan majoriti.

Sejarah nasional ini hanya bergantung kepada sejarah global dan tiada konsep sendiri

serta hanya tertumpu pada bidang politik sahaja. 2 Terdapat pelbagai konflik dan isu

yang timbul dalam sejarah nasional. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan sarjana

Thongchai Winichakul telah membuat keputusan untuk memperkenalkan satu konsep

baru yang diciptanya iaitu konsep sejarah di celah.3

Penulisan ini akan membincangkan mengenai konsep “sejarah di celah”

seperti mana yang di jelaskan oleh Tongchai Winichakul dalam perananya yang

menyumbang ke arah kemajuan penulisan sejarah di Asia Tenggara serta bagaimana

konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara.

2.0 KONSEP SEJARAH DI CELAH

Sejarah di celah merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional

atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir daripada naratif sejarah nasional

dan hal ini telah menukarkan cara pemikiran masyarakat tentang naratif negara

seterusya membuka peluang kepada sejarahwan tempatan untuk membuat peralihan

1
John D Legge, “Writing of Southeast Asian History”. Dalam: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1.
Disunting oleh Necholas Tarling (peny). (Universiti Cambrige, 1992), hlm.5.
2
Abu Talib, “Writing at the Interstices: Southeast Asian Historians and Postnational History in Southeast
Asian.”. Dalam: New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.
3
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 4.

2
sejarah.4 Sejarah nasional ini merupakan sejarah yang berkaitan dengan sebuah

kelompok majoriti di sesebuah negara dimana kewujudan mereka tidak mendapat

perhatian dalam penulisan sejarah nasional. Sejarah di celah ini telah ditindas oleh

sejarah nasional yang telah merentasi identiti kebangsaan dan sejarah negara itu

sendiri dengan mengkaji sejarah tempatan berdasarkan intipati kenegaraan setiap

tingkat feudal. Selain itu kajian etnologi dan geografi yang merangkumi aspek

budaya, agama, ruang minoriti dan tempoh masa serta sensitiviti bagi perbezaan

budaya, perubahan Bahasa, ruang atau geografi, pemikiran dan agama.5 Oleh itu,

sejarah yang dipingirkan ini perlulah dikaji semula dengan lebih mendalam oleh ahli

sejarah tempatan di setiap negara di Asia Tenggara.

Menurut Abu Talib Ahmad, konsep sejarah di celah ini bermaksud “the

history of the locations and moments between being and not being a nation, becoming

and not becoming nation”.6 Konsep ini merupakan satu kaedah baru dimana ia

mengantikan sejarah kebangsaan. Sarjana Tongchai juga turut menyuarakan bahawa

Asia Tenggara perlulah menghasilkan teori yang boleh diikuti oleh masyarakat

tempatan. Hal ini kerana terdapat perbezaan yang besar dengan konsep dan budaya

antara Asia Tenggara dan barat. “aimned at the sosial Research Council, has been

that “the trump card” of regional studies their detailed linguistic and cultural

knowledge of specific regions and peoples”.7

4
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 11.
5
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 25.
6
Abu Talib Ahmad & Tan Iiok Ee (peny.) New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura. 2003.
Hlm. 11.
7
O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca. New
York. 1999. Hlm 207.

3
Konsep sejarah di celah ini diperkenalkan untuk mengantikan tempat sejarah

nasional yang sering digunakan oleh ahli sejarah dan Thongchai juga mahu ahli

sejarah membiasakan diri untuk menggunakan konsep budaya tempatan dan konsep

sains sosial dalam melakukan kajian mereka bagi mengelakkan masalah berat sebelah

dalam sesebuah sejarah.8 Selain itu, dalam sejarah di celah ini juga konsep sejarah

margin dan sejarah penyetempatan telah diketengahkan menjadi satu perkara yang

sangat penting dalam menghasilkan sesebuah sejarah.

3.0 SEJARAH MARGINS

Sejarah margins atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir atau sejarah di

sebalik tadbir atau sejarah yang telah digelapkan oleh sejarah nasional. Terdapat

pelbagai istilah yang boleh diguna pakai untuk mengambarkan sejarah margins ini.

Sejarah margins ini bertujuan untuk mengkaji bahagian sejarah yang tidak dikaji oleh

para sarjana. Hal ini kerana terdapat kebanyakan kajian sejarah yang dikaji hanya

tertumpu kepada sejarah nasional dan sejarah tempatan dipingirkan kerana dianggap

sebagai sesuatu yang tidak penting.

Konsep margins merupakan konsep yang sesuai digunakan untuk meneroka

kualiti imaginative dan pembentukan budaya tempatan atau global dengan lebih

spesifik. Hal ini kerana setiap negara di rantau ini mempunyai sejarah yang tersendiri

dan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, dengan terdapatnya kewujudan perbezaan

dalam sejarah inilah yang dikenali sebagai had-had dalam pensejarahan. 9 Menurut

8
O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca. New
York. 1999. Hlm 108.
9
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 10.

4
Anna Tshing, sejarah margins bukanlah sejarah geografi atau lokasi dekriptif. Namun

sebaliknya adalah merujuk kepada sebuah petempatan yang dianalisis untuk

menjelaskan bahawa kedua-dua pihak mengekang budaya yang telah diserap, kualiti

pengecualian menindas budaya, potensi kreatif serta menghidupkan dan mengatur

semula kategori yang mengwujudkan sesebuah kumpulan.10 Sejarah margins ini

terbahagi kepada dua jenis pengkajian iaitu sejarah tempatan dan sejarah nasional.

3.1 SEJARAH TEMPATAN

Sejarah tempatan merupakan sejarah yang telah dikaji dan dihasilkan oleh

sejarawan tempatan. Penghasilan kajian dari sejarawan tempatan ini adalah lebih

baik. Hal ini kerana mereka lebih memahami mengenai budaya persekitaran,

bahasa dan lokasi di kawasan sejarah tersebut. Ahli sejarah tempatan ini hanya

menceritakan tentang masyarakat tempatan tanpa ada campur tangan daripada

pihak luar kerana masyarakat yang terdiri didalam sejarah tempatan ini adalah

masyarakat yang terdiri daripada golongan minoriti dalam sesebuah negara.

3.2 SEJARAH NASIONAL

Sejarah nasional pula, ialah sejarah yang tergolong daripada mereka yang

berkuasa, menang dan elit atau lebih dikenali sebagai golongan atasan. Sejarah

nasional ini telah dikaji oleh ahli sejarah barat yang telah memasukkan unsur-

unsur pemikiran barat didalam penulisan sejarah nasional yang jauh beza daripada

luar pemikiran masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana ahli sejarah barat

telah menggunakan konsep-konsep dari luar untuk menonjolkan penulisan sejarah


10
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.

5
nasional itu seperti konsep feudalisme dan nasionalisme. Selain itu, penulisan

sejarah nasional yang dihasilkan oleh sarjana barat ini lebih bersifat bias. Hal ini

kerana mereka jelas menunjukan bahawa mereka lebih menonjolkan pihak-pihak

kolonial yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan Asia

Tenggara dengan mengagung-agungkan nama mereka dalam penulisan sejarah

nasional. Malah pemerintah-pemeritah tempatan seperti raja dan bendahara telah

dipinggirkan dengan dijadikan sebagai watak sampingan didalam penulisan

sejarah nasional. Perkara ini telah memberikan kesan kepada masyarakat tempatan

terutamanya masyarakat minoriti kerana hak mereka telah dinafikan oleh pihak

kolonial. Oleh yang demikian ini, jelaslah bahawa sejarah nasional ini hanya

mengkaji sesuatu sejarah itu secara lebih umum dan tidak mengkaji sesebuah

sejarah itu dengan secara lebih khusus. Hal ini telah menyebabkan timbulnya

pelbagai isu mengenai sejarah nasional ini, yang telah membuatkan mereka

sendiri berasa keliru dengan kajian yang mereka lakukan.

4.0 SEJARAH PENYETEMPATAN

Sejarah penyetempatan merupakan satu konsep dimana ia menempatkan sesuatu

perkara yang bukan pada kedudukannya. Contohnya seperti yang berlaku dalam kajian

sejarah Asia Tenggara dimana sarjana barat hanya membuat tafsiran sahaja tanpa

mengkaji dengan secara lebih terperinci. Selain itu juga, sejarah penyetempatan ini telah

berlakunya proses globalisasi yang boleh dilihat dimana-mana sahaja malah proses ini

dilihat sebagai satu alternatif yang sangat baik kerana telah membawa sejarah tempatan

ke arah yang lebih baik. Hal ini kerana proses globalisasi ini turut mempengaruhi keadaan

tempatan.11 selain itu, kesan daripada proses globalisasi ini telah membawa kepada variasi
11
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 13.

6
tempatan yang telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya seperti sintesis,

pengubahsuaian, sesaran dan pengantian pada sesebuah tempatan. Namun begitu, semasa

proses penyetempatan ini berlaku, budaya di sesebuah negara itu tidak akan digantung

atau dihapuskan. Hal ini demikian kerana proses penyetempatan ini telah melibatkan

aspek budaya, pengetahuan serta sains dan teknologi. Ironinya, satu pengaruh globalisasi

yang lebih awal dari india telah datang dan masuk ke dalam Asia Tenggara. Hal ini telah

menyebabkan kebanyakkan sejarawan beranggapan bahawa Asia Tenggara telah dijajah

dan dikuasai oleh pegaruh imperialisme India melalui proses indialisasi. 12 Namun begitu,

sejarawan telah disedarkan bahawa Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh kuasa India

namun mereka sebenarnya telah diindianisasikan melalui budaya. Hal ini berlaku kerana

pengaruh India mahu menunjukkan bahawa budaya mereka telah lama berada dalam

budaya tempatan namun budaya ini tidak begitu ketara dan tidak memainkan peranan

dengan sebaiknya dalam proses “transcultur”. Pada hakikatnya kedatangan proses

Indialisasi ini bukanlah secara jajahan seperti yang diperkatakan oleh sejarawan tetapi

proses ini datang ke Asia Tenggara secara berperingkat-peringkat melalui budaya yang

diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara.13

Terdapat dua golongan yang bertanggugjawab terhadap proses Indialisasi ini iaitu

golongan genius tempatan dan orang yang aktif di tempatan. Golongan ini berperanan

dalam menerima pakai dan menyesuaikan unsur-unsur budaya India untuk dibawa atau

diserap masuk kedalam budaya masyarakat tempatan. Seterusnya, ahli sejarah juga turut

menyedari bahawa pengaruh budaya india dalam budaya masyarakat tempatan adalah

sangat meluas, namun India tidak pernah menjadikan Asia Tenggara seperti India dan

hegemoni penjajah atau menjalankan seperti proses pembaratan iaitu Euro-Amerika di


12
O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), Hlm 108.
13
John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 8.

7
Asia Tenggara.14 Selain itu ahli sejarah juga menyatakan bahawa proses globalisasi tidak

akan berlaku jika proses penyetempatan tidak wujud. Humi Bhaba telah menyambut

pertemuan yang telah berlaku di lokasi sebagai “di antara” atau “di luar” yang merupakan

laman web atau detik-detik transformasi budaya yang telah bergerak aktif dengan

pengaruh transnasional dalam masyarakat tempatan. Namun, laman web ini telah

dipinggirkan daripada arus perdana budaya, tetapi mereka masih lagi boleh menghantar

perubahan kepada alam budaya keseluruhan. Disamping itu, sejarah penyetempatan ini

juga merupakan sumbangan tama kepada bidang “ethnology” dan “theoretical”. Hal ini

demikian kerana global menunjukan bahawa satu fenomena yang besar menyebabkan

berlakunya tekanan sehingga global dan tempatan menjadi pasangan yang terpisah.15

5.0 SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DICELAH

Menurut Abu Talib Ahmad, “…two underlying assumptions that usually lend

authority to the home scholar: first, faith in the higher value of being a native

scholar, and second the allegedly pristine nature of indigenous knowledge”.16 perkara

ini menjelaskan bahawa sejarah di celah ini telah dipertanggungjawabkan kepada

golongan “home scholar” atau “historian of the home”. Golongan ini merupakan

golongan yang layak untuk mengkaji tentang sejarah di celah kerana mereka sangat

pakar dan mempunyai kemahiran yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa lagi dalam

bidang sejarah. Golongan ini merupakan mereka yang menetap di kawasan tersebut

tetapi tidak semestinya orang tempatan. Hal ini demikian kerana orang luar juga turut

berpeluang untuk mengkaji dan menulis tentang sejarah di celah sekiranya mereka

mampu untuk menguasai bahasa, budaya dan adat resam masyarakat tempatan.
14
John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 9.
15
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 14.
16
Abu Talib Ahmad & Tan Iiok Ee (peny.) New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura. 2003.
Hlm. 19.

8
Apabila orang luar ini sudah mahir dengan bahasa orang tempatan pasti mereka juga

mampu untuk menguasai budaya orang tempatan itu juga, namun hak orang tempatan

untuk mengkaji sejarah di celah ini turut tidak dinafikan. Hal ini demikian, wajar jika

penulisan ini dihasilkan oleh sarjana tempatan namun penulisan sarjana tempatan

tidak semestinya berperspektifkan Asia Tenggara seperti yang dihujahkan oleh Smail

bahawa perspektif tidak ditentukan oleh keturunan atau asal usul pengkaji tetapi

penulisan yang dititik beratkan adalah penulisan yang dapat diasingkan daripada

unsur-unsur bias.17 Hal ini demikian kerana penulisan yang dihasilkan itu bukan lah

sejarah yang menunjukan rasa bersimpati kepada orang Asia Tenggara yang cuba

untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh rakannya dan

mendedahkan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak lawannya. Di sini

telah menunjukkan perbezaan serta kelebihan tentang perspektif Asia Tenggara yang

terletak pada sudut penglihatan sejarah yang telah memberi tempat utama kepada

orang Asia Tenggara di atas pentas sejarah. Selain itu, terdapat juga perspektif

dalaman yang bertujuan untuk orang tempatan dapat mengikuti urutan atau naratif

sejarah yang menonjolkan kesinambungan masyarakat kini dengan masyarakat

lampau melalui unsur-unsur keunikan dalam dinamik evolusi masyarakat Asia

Tenggara.

Golongan home scholar ini juga mampu menghasilkan sejarah di celah tanpa

melakukan pengadilan moral. Hal ini demikian kerana, golongan ini mampu membuat

penilaian secara objektif terhadap penulisan masing-masing. Kateria penilaian amat

penting untuk menetukan cara pembinaan naratif sejarah seseorang pengkaji agar

17
Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 16.

9
tidak bersifat emosi ataupun subjektif tetapi boleh mempertahankannya secara

objektif.18

6.0 BAGAIMANA KONSEP INI MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN ASIA

TENGGARA

Konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara adalah

melalui mengwujudkan konsep atau teori baru dalam bidang sejarah. Sebagai contoh,

paradigma sejarah autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat sosiologi

kerana pendekatan ini lebih berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan

budaya yang dijadikan sebagai asas autonomi dan kesinambungan. Oleh itu, pengkaji

telah memindahkan pandangnya daripada faktor luaran kepada faktor dalaman

sesebuah masyarakat. Selain itu, para pengkaji juga telah menggunakan sumber-

sumber tempatan dan konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan budaya

masyarakat tempatan. Hal ini telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai

pendekatan kajian yang menekankan sifat khusus kebudayaan sesuatu masyarakat.

Sejarah autonomi ini memberi kelebihan dalam karya sejarah dalam sejarah Asia

Tenggara yang diilhamkan oleh paradigma sejarah berteraskan autonomi masyarakat

tempatan. Selain itu, konsep autonomi ini menuntut dan mempercayai bahawa sifat

autonomi ini bukan sahaja wujud dalam minda ahli sejarah malah dalam masyarakat

tempatan juga. Konsep autonomi ini telah membawa maksud bahawa setiap

masyarakat mempunyai ciri-ciri unik sosiobudayanya. Ciri-ciri ini merupakan asas

ketabahan masyarakat melibatkan interaksi berterusan antara dinamik dalaman

masyarakat dengan unsur-unsur luaran. Oleh itu, terdapat beberapa kemusykilan yang

telah dibincangkan dalam paradigma ini antaranya ialah perubahan persepktif sejarah
18
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.5.

10
Asia Tenggara, pendekatan sejarah yang menekankan sudut pandangan dalaman dan

paradigm kajian sejarah digunakan untuk mendukung, nilai-nilai sosial dan politik.19

Disamping itu, merubah prespektif sejarah Asia Tenggara dengan

menghasilkan semula sejarah Asia Tenggara yang baharu. Sarjana Bastin telah

bersetuju dengan perubahan persektif Asia Tenggara ini kerana presektif lama itu

lebih memperbesarkan kepentingan unsur-unsur barat berbanding masyarakat

tempatan sehinggakan sejarah kolonial yang mendominasi sejarah Asia Tenggara. Hal

ini demikian kerana kuasa-kuasa kolonial Eropah sedang dalam proses pengunduran

dari tanah jajahan di Asia Tenggara dan negara bangsa baru sedang dibentuk oleh itu

gelombang nasionalisme ini masih lagi kuat dalam menghanyutkan masyarakat

tempatan rantau ini. Selain itu, tulisan sejarah secara ilmiah dan iktisas ketika itu juga

masih didominasi oleh pihak barat yang dilatih dalam kaedah kajian yang

mengutamakan sumber rasmi dan bertulis daripada barat menyebabkan tulisan sejarah

ini dikongkong oleh sejarah barat. Oleh itu, seruan awal untuk pembaharuan

perspektif penulisan sejarah telah datang daripada sarjana asing seperti J. C van Leur,

D. G. E. Hall dan K. G. Tregoning. Mereka telah mengatakan bahawa tulisan sejarah

Asia Tenggara yang bersifat “Europe-centric” dan berspektif “luaran” harus diganti

dengan penulisan dari perspektif “dalaman” dan Asia-centrik. Perubahan perspektif

ini berterusan kerana mendapat penglibatan daripada generasi pertama ahli sejarah

professional tempatan yang telah menerima pendidikan tinggi dan mula bertugas di

universiti tempatan. Sarjana Tregonning menyatakan bahawa perubahan perspektif ini

kerana orang tempatan telah dipinggirkan dalam sejarah mereka sendiri dan ini bukan

19
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.9.

11
merupakan satu kesilapan yang kecil malah ia wajar dibetulkan dengan menjadikan

orang Asia sebagai fokus utama dalam kajian bukannya orang barat.20

7.0 KESIMPULAN

Sejarah di celah ini merupakan sejarah yang telah mendapat tekanan daripada

sejarah nasionalisme yang menyebabkan sejarah itu menjadi sebuah sejarah yang

terpinggir. Namun sejarah yang dikaji tanpa memusat pada bidang politik semata-

mata sebaliknya dikaji secara menyeluruh mampu untuk meningkajatkan kemajuan

pengajian Asia Tenggara dengan memberi penekanan terhadap kajian tempatan dan

sensitivity budaya seterusnya hak sejarah tempatan tidak akan dinafikan. Malahan

pengkajian sejarah di lakukan dengan menggunakkan konsep sejarah di celah ini ia

mampu untuk mempengaruhi sejarah nasional sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Oleh itu, masyarakat tempatan seharusnya tidak hanya menjadi pengikut

orang barat semata-mata malah mereka seharusnya mengambil peluang ini untuk

mencipta teori-teori baru dan menulis semula sejarah negara mereka mengikut acuan

mereka sendiri dan tidak menjadikan negara sebagai makmal untuk orang barat

membuat uji kaji tentang teori yang baru mereka seperti teori Nasionalisme yang

dianggap telah hadir dalam masyarkat tempatan tidak tepat masanya.

Teori baru yang diperkenalkan oleh Tongchai Winichakul ini amatlah

memberi kesan serta impak yang mendalam dalam kalangan para sarjana tempatan di

mana ia memberi sinar baru dalam pengkajian sejarah di Asia Tenggara ini. Selama

ini para sarjana tempatan hanyalah bergantung kepada teori-teori yang dibawa oleh

20
Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm.4.

12
kalangan para sarjana barat kerana tiada penciptaan teori baru dalam kalangan para

sarjana tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa konsep ini memang mampu

meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara dengan kemunculan satu konsep

yang baru. Konsep ini telah memberikan satu gambaran dan pandangan yang baru

terhadap dunia pengajian Asia Tenggara dan dengan konsep ‘sejarah di celah’ inilah

yang dapat mewujudkan satu konsep yang dihasilkan mengikut acuan sendiri

bukanlah hanya menjadi pengikut kepada teori barat sahaja. Dengan terciptanya teori

oleh Tongchai Winichakul ini, secara tidak langsung ia memberi suntikan semangat

dalam kalangan sarjana tempatan untuk mengkaji dan mendalam serta mencipta teori-

teori lain dimana ia dapat meningkatan lagi kemajuan pengkajian sejarah di Asia

Tenggara.

13

You might also like