You are on page 1of 37

SOALAN TUGASAN

SENARAI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

TAJUK SOALAN

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

4
TUGASAN 1 : KESALAHAN FAKTA

4-10

TUGASAN KEDUA : KAJIAN KES


TOKOH KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

11-28

Latar Belakang
Reformasi
Perluasan Empayar

PENUTUP

29

RUJUKAN

30-31

LAMPIRAN

32

REFLEKSI INDIVIDU

33-36

PENGHARGAAN
2

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya akhirnya kerja kursus bagi subjek

ini

berjaya juga disiapkan dengan jayanya. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah
mendapat pelbagai bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak. Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek
ini, EN Ab Razak bin Amin atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan daripada
permulaan tugasan hinggalah ke saat-saat akhir penghantaran tugasan. Dengan bimbingan
dan tunjuk ajar daripadanya, tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar mengikut tajuk
soalan dan jadual penghantaran kerja kursus sepertu yang ditetapkan dalam tugasan ini.
Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan ribuan
berterima kasih kepada ibu bapa saya yang amat saya hormati dan sayangi kerana telah
memberikan sokongan dan semangat kepada kami dalam menjayakan tugasan ini.
Sesungguhnya, bimbingan dan sokongan serta semangat yang saya perolehi daripada
mereka telah banyak menyuntik semangat saya untuk meneruskan tugasan ini. Berkat
daripada sokongan dan dorongan daripada kedua ibu bapa saya juga menyebabkan saya
sentiasa bersemangat dalam menghabiskan latihan perguruan di maktab ini.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan bakal guru yang lain kerana sentiasa sudi
berkongsi ilmu, pendapat dan maklumat pada saatsaat saya memerlukan mereka. Dengan
bantuan rakan-rakan, sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dan memberikan panduan
kepada saya untuk menjayakan tugasan ini. Dengan sikap keterbukaan rakan-rakan untuk
berkongsi pendapat dan juga ilmu, kami telah mempelajari banyak pengajaran dan
pengalaman yang bernilai seterusnya dapat menjayakan dan melengkapkan kerja kursus ini
sehingga sempurna.
Terima kasih juga kepada semua senior-senior saya yang banyak membantu dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Bimbingan dan tunjuk ajar mereka amat berguna kepada
saya semasa menjalani proses pelaksanaan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada
kawan-kawan yang banyak memberikan bantuan dan sokongan moral kepada saya dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Saya berasa sangat bertuah kerana dikurniakan rakan-rakan
yang sanggup berkongsi maklumat dan pengetahuan mereka serta sanggup menolong
mencari maklumat yang diperlukan. Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu kita
dalam persiapan menjadi guru di masa hadapan.

BAHAGIAN 1 :
3

PENULISAN MENGENAI FAKTA-FAKTA YANG TIDAK BENAR DALAM SEJARAH


ISLAM

kebanyakkan kesalahan ahli-ahli sejarah barat dalam melaporkan kejadian sejarah


dan peristiwa yang berlaku, adalah disebabkan kerana terlalu bergantung kepada cerita
yang dilaporkan oleh seseorang, tanpa melihat sejauh manakah kebenaran cerita tersebut.
Mereka

tidak

membentangkan

cerita

tersebut

kepada

asas-asasnya

dan

tidak

membandingkan dengan cerita-cerita yang hampir sama dengannya. Mereka juga gagal
mengukur dengan neraca hikmah dan meninjau tabiat alam. Mereka gagal membuat
renungan dan penelitian secara terperinci terhadap cerita tersebut. Kerana itu mereka
menyeleweng dari cerita sejarah yang sebenar, malah mereka sesat di dalam lembah
keraguan dan kesalahan.

Berikut adalah merupakan kenyataan daripada Ibnu Khaldun, seorang sejarawan dunia
yang mengemukakan pandangan beliau mengenai sikap sejarawan Barat yang banyak
melakukan penyelewengan terhadap kebenaran fakta-fakta Islam. Kesalahan fakta sejarah
yang ditulis oleh sejarawan Barat merupakan satu tindakan yang mengubah pandangan
orang ramai terhadap peradaban Islam dahulu kala yang begitu gemilang di mata dunia.
Malah ramai ilmuan Barat yang mengakui kegemilangan Islam dalam pelbagai bidang
sehingga menjadi teladan kepada masyarakat dunia hingga masa kini.
Kesalahan-kesalahan fakta yang terdapat sejarah Islam ini pada umumnya banyak
dikaitkan dengan pergerakan orientalisme yang dijalanlan di Eropah sebelum abad ke-19.
Pergerakan ini telah mewujudkan beberapa kumpulan yang taasub untuk mengagungkan
agama Kristian pada ketika itu sehingga mencipta cerita-cerita dongeng dan perkara yang
tidak benar mengenai sejarah Islam. Kumpulan ini melakukan pembohongan terhadap
Islam dan mereka cerita-cerita bohong dan khayalan yang bertujuan untuk menjatuhkan
martabat sejarah Islam di mata dunia. Kumpulan ini juga langsung tidak mengambilberat
soal ilmiah dalam penulisan peristiwa sejarah. 1 Maka tidak hairanlah sehingga kini masa
terdapat beberapa fakta dalam sejarah Islam yang tidak benar namun masih kurang
mendapat perhatian masyarakat kerana kurangnya penyelidikan. Namun pada masa kini
pelbagai usaha-usaha yang dilakukan untuk menilai semula fakta-fakta dan metode yang
dibawa oleh sejarawan Barat sama ada dalam bidang sejarah, bahasa dan sebagainya
yang berkaitan dengan Sejarah Islam.
Konsep Orientalisme
1 Mudasir b. Rosder, Che Yusuf b Che Mat, 1989, Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam.
hlm. 49

Terdapat beberapa pendapat yang telah dikemukakan mengenai definisi orientalisme


mengikut pandangan bahasa Arab dan falsafah Barat. Asal usul perkataan orientalisme ini
secara umumnya berasal daripada bahasa Perancis orient yang bermaksud Timur. Jika
dilihat dari sudut geografi ianya dikaitkan dengan dunia sebelah Timur. Manakala dari sudut
etnologi pula, ianya bermaksud bangsa-bangsa yang tinggal di benua sebelah Timur.
Perkataan orient ini kemudiannya ditambah menjadi oriental yang bermaksud bersifat
ketimuran dalam bahasa Inggeris. Manakala perkataan isme (bahasa Belanda) yang
ditambah menjadi orientalisme membawa maksud tentang sesuatu fahaman atau idealogi.
Secara umumnya, orientalisme dikatakan sebagai satu pengertian yang berkaitan dengan
sesuatu fahaman atau aliran yang mengkaji hal-hal berkaitan dengan dunia ketimuran
dalam pelbagai aspek dan bentuk.
Dalam bahasa Arab, perkataan orientalisme ini adalah berasal daripada perkataan
istisyraq yang diambil daripada kalimah isyraq dan ditambah dengan tiga huruf iaitu alif, sin
dan ta. Ia bermaksud menuntut kepada cahaya atau petunjuk yang terbit dari Timur 2.
Definisi menurut bahasa Arab mengenai maksud orientalisme ini sering dikaitkan dengan
tiga agama besar di dunia iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Secara khususnya, orientalisme
boleh dikatakan sebagai satu kajian yang dilakukan oleh para orientalis Barat mengenai hal
ehwal Timur seperti agama dan budaya mereka. Penyelidikan yang cuba dilakukan oleh
orientalis Barat ini terhadap agama Islam ini pada dasarnya meliputi beberapa bidang
seperti sejarah, bidang agama, bidang kemasyarakatan, bidang politik, ekonomi dan
sebagainya.
Manakala di dunia Barat, istilah orientalisme ini telah mula muncul sejak beberapa
kurun yang lalu namun dalam keadaan yang kurang sistematik. Kesan yang ketara hanya
dapat dilihat pada abad ke-19. Sebelum itu juga, sejarawan Barat telah banyak mengkaji hal
ehwal dunia Islam. Menurut sarjana muslim seperti Dr Ahmad Abdul Hamid Ghurab,
pengajian akademik yang ditaja pleh pihak Barat di kalangan ahli kitab iaitu Yahudi dan
Kristian ini lebih tertumpu kepada kajian terhadap agama Islam dan penganutnya. 3 Namun
begitu, tujuan utama kajian mereka pada ketika itu adalah untuk memesongkan ajaran Islam
daripada penganutnya. Perkara ini jugala yang sering menimbulkan keraguan di minda
muslim terhadap ajaran Islam disebabkan beberapa fakta yang diwujudkan oleh pihak Barat.
Tuntasnya, kekuatan pengaruh ini telah mewujudkan generasi umat Islam yang begitu
terpengaruh dengan kemodenan Barat.
2 Mohd. FIkri Che Hussain, 2011, Awas Ancaman Orientalis Terhadap Kita. hlm.18
3 Ibid. hlm . 21
5

Secara keseluruhannya, dapatlah dijelaskan bahawa orientalisme ini adalah


merupakan usaha pihak Barat untuk untuk mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan dunia
Timur khususnya Islam dengan tujuan untuk mencapai matlamat mereka sendiri sama
tujuan akademik atapun bukan akademik.
..mengetahui bangsa-bangsa yang diperintah atau masyarakat Timur akan
memudahkan pemerintahan. Ilmu memberikan kekuatan, hendak melakukan sesuatu
melebihi daripada biasa mestilah lebih juga ilmu pengetahuannya kerana antara
maklumat (ilmu) dan penguasaan sentiasa bergerak serentak..

Kenyataan tersebut membuktikan bagaimana pergerakan orientalis pada zaman ini


telah menjadikan Islam sebagai satu kajian pengkhususan untuk dipelajari secara umum ini
negara Barat. Gerakan inilah yang telah melahirkan ramai pakar dalam pengajian Islam dan
bahasa Arab antaranya Valhosen, Goldziher dan Noldekeh. Mereka merupakan pakar di
dalam pengajian Timur di samping pengajian bahasa Yahudi dan Kitab Injil.5 Secara
umumnya, usaha yang dijalankan di Eropah dalam pengkajiannya terhadap Timur sehingga
terdapatnya Institut Orientalisme yang ditubuhkan sememangnya mempunyai tujuan yang
tersendiri. Antara tujuan utama yang dapat dikesan adalah tujuan agama yang serentak
dijalankan dengan tujuan lain. Menurut Mudasir B. Rosder dalam bukunya, Orientalisme
Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam, terdapat beberapa tujuan lain yang
memperkembangkan orientalisme ini. Antaranya adalah untuk memerangi Islam dan mencari
titik kelemahan serta mendakwa bahawa agama itu adalah diambil dari Kristian dan Yahudi.
Selain itu, tujuan lain adalah untuk menjaga kepentingan Kristian daripada perluasan
Islam dengan cara menutup kebenaran Islam dan mengenal pasti apa-apa kekurangan yang
boleh didakwa daripada agama itu. Mereka juga sentiasa menyebarkan bahawa agama
Islam tidak seharusnya dianuti kerana tidak memenuhi keperluan hidup. Tujuan lain
orientalisme ini juga adalah untuk mengkristiankan orang Islam melalui pemalsuan atau
fakta-fakta yang tidak benar mengenai sejarah Islam masa lampau. Perkara inilah
sebenarnya yang membawa kepada pergerakan orientalisme yang menyebarkan beberapa
fakta sejarah yang tidak benar mengenai Islam namun masih menjadi pegangan hingga kini.
Bagi mengatasi masalah orientalisme ini, beberapa buah pusat penyelidikan telah

4 Al-Bahi, al-Fikr al-Islami al-Hadis, hlm. 534


5 Mudasir b. Rosder, Che Yusuf b Che Mat, 1989, Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam.
hlm. 26

ditubuhkan. Antara pusat kajian yang ditubuhkan di serata dunia Islam bagi menjalankan
penyelidikan orientalisme ini ialah Pusat Penyelidikan Timur Tengah di Mesir dan Jordan. 6
KISAH PERKAHWINAN RASULULLAH SAW DENGAN ZAINAB BINTI JAHSYI
Satu lagi peristiwa sejarah yang dipesongkan sehingga menjatuhkan kedudukan tokoh Islam
adalah peristiwa perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Zainab binti Jahsyi iaitu sepupu
Rasulullah sendiri yang juga berketurunan Quraisy. Pada asalnya Zainab adalah merupakan
isteri kepada anak angkat Nabi Muhammad S.A.W sendiri iaitu Zaid yang merupakan bekas
hamba yang dibebaskan oleh baginda. Namun begitu perkahwinan tersebut hanyalah
mengakibatkan rasa derita kepada Zainab kerana kedudukan mereka yang tidak setaraf.
Zainab seringkali memberontak dalam hatinya kerana terpaksa mengahwini seorang hamba
sedangkan wanita Quraisy lain berkahwin dengan keturunan Quraisy yang mulia. Namun
begitu, perancangan Ilahi akhirnya mempertemukan jodoh antara Rasulullah sendiri dengan
Zainab setelah Zainab bercerai dengan Zaid. Namun perkahwinan ini telah menimbulkan
pelbagai fakta sejarah yang diwujudkan dengan motif menjatuhkan kedudukan Rasulullah
sebagai pemimpin unggul Islam.
Jika melihat semula kepada tradisi yang diamalkan oleh bangsa Arab mengenai
sistem kekeluargaan salah satunya ada mengatakan bahawa jika berlaku perkahwinan
seperti dengan mana-mana lelaki bukan berbangsa Arab Quraisy dan kemudiannya
perempuan itu diceraikan oleh semuanya yang bukan berbangsa Arab itu, kedudukannya
akan menjadi hina mengikut kehinaan yang dialami oleh bekas suaminya. Akibatnya ia tidak
akan dikahwini lagi oleh mana-mana lelaki yang mempunyai kedudukan dan pangkat dalam
masyarakat Quraisy.7 Maka apabila Zainab diceraikan oleh Zaid, Zainab telah dianggap oleh
masyarakat tergolong dalam golongan yang rendah martabatnya dan tidak mungkin
dikahwini oleh sesiapa lagi. Maka perintah Allah agar Rasulullah mengawini Zainab tidak
dapat dinafikan mempunyai hikmahnya tersendiri dan bukan seperti yang diceritakan oleh
sejarah perkahwinan tersebut berlandaskan nafsu dan sifat Rasullulah yang suka wanita.
Antara tokoh yang mengemukakan kisah ini dalam bentuk yang mengaibkan adalah
orientalis Gostav Lobon dalam bukunya Hadarah al-Arab. Beliau menjelaskan bahawa
..Muhammad telah meluaskan medan kecintaanya ini, sehingga suatu ketika beliau melihat
secara tidak sengaja isteri anak angkatnya sendiri yang ketika itu tidak berpakaian lengkap

6 Mudasir b. Rosder, Che Yusuf b Che Mat, 1989, Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam.
hlm. 46

7 Prof. Doktor Ibrahim Ali SyaWat, 2013, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman Jahiliyah
Yang Perlu Diperbetulkan Semula. hlm. 76

lantas timbulah di dalam hatinya rasa cinta kepada isteri anak angkatnya itu..

Isteri anak

angkat yang dimaksudkan tersebut adalah Zainab. Selain itu, terdapat seorang lagi orientalis
perempuan yang menulis mengenai peristiwa tersebut iaitu Madam Rekamiyier yang
menyatakan bahawa baginda telah terlihat Zainab dan pakaianya lantas jatuh hati bukan
sahaja kepada Zainab malah kepada Aisyah, Ummu Salmah, Saudah sehingga beliau
terlupa kenangan manis bersama isteri pertamanya Khadijah RA. 9 Penceritaan yang
disebarkan oleh golongan orientalis ini hakikatnya telah menjatuhkan maruah Nabi
Muhammad dan digambarkan seolah-olah beliau adalah seorang yang suka akan wanita.
Kenyataan tanpa kajian dan asas yang kukuh ini perlu ditolak sepenuhnya kerana
hakikatnya perkahwinan Rasulullah dengan Zainab merupakan perintah Allah atas hikmahhikmah tertentu begitu juga perkahwinan baginda dengan isterinya yang lain.
Antara tujuan utama perkahwinan itu sebenarnya adalah untuk membatalkan tradisi yang
diamalkan oleh orang-orang Arab Quraisy yang menyamakan anak angkat dengan anak
sendiri dengan semua perkara. Pembatalan ini selari dengan perintah Allah yang turun:
Maksudnya: Dan Ia tidak menjanjikan anak-anak angkat kamu sebagai anak kamu
sendiri. Segala yang dakwakan mengenai perkara-perkara yang tersebut itu hanyalah
perkataan kamu dengan mulut sahaja. Dan ingatlah Allah jua yang menerangkan yang
benar dan Diala jua yang memimpin kamu ke jalan yang betul. (Ahzab: 4)

Ayat tersebut menerangkan bahawa tradisi yang diamalkan oleh suku kaum Arab
Quraisy tersebut perlu ditinggalkan. Maka kecaman yang diterima oleh Nabi Muhammad
oleh setelah mengawini Zainab juga adalah tidak berasas. Selain daripada itu juga,
Rasulullah ingin menunjukkan kesediaan baginda untuk berkahwin dengan perempuan yang
telah jatuh kedudukannya kerana berkahwin dengan bekas hamba kemudiannya
ditinggalkan begitu sahaja. Persoalannya siapakah yang lebih layak mengawini Zainab
selain daripada Rasulullah sendiri yang pernah meminta agar anak angkatnya mengawini
Zainab? Maka bentuk perkahwinan antara Rasullullah dengan Zainab pada dasarnya adalah
untuik merawat luka dan menyelamatkan kedudukan Zainab yang dianggap begitu hina di
mata masyarakat dan bukanlah seperti yang diusulkan oleh orientalis barat yang
mengambarkan perkahwinan ini seolah-oleh berlandaskan kepada nafsu. Selain daripada
itu, Rasulullah SAW juga menyaksikan sendiri bagaimana Zainab membesar dari zaman
kanak-kanaknya ke zaman remaja dan ke zaman seorang gadis sunti yang cantik
menawan.10 Kalau benar Rasulullah tertarik dengan Zainab atas kecantiknya, sudah pasti
8 Ibid. 81
9 Prof. Doktor Ibrahim Ali SyaWat, 2013, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman Jahiliyah
Yang Perlu Diperbetulkan Semula. hlm. 80

baginda memperisterikan Zainan sejak awal lagi dan bukan meminta Zainab berkahwin
dengan Zaid.
Sesungguhnya fakta-fakta dan tafsiran sejarah mengenai kisah perkahwinan ini perlu
diperbetulkan kerana hakikatnya Rasulullah berkahwin dengan Zainab adalah atas dasar
melaksanakan perintah daripada Allah yang bertujuan untuk menghapuskan tradisi buruk
yang diamalkan masyarakat kaum Quraisy.
KRISIS PEMECATAN KHALID BIN AL-WALID OLEH UMAR AL-KHATTAB
Penentang-penentang Islam sentiasa berusaha untuk meletakkan martabat hhidup tokohtokoh terkemuka Islam di tahap yang rendah. Ini menyebabkan kedudukan tokoh-tokoh
Islam dipandang rendah oleh masyarakat5 dunia khususnya mereka yang menulis
mengenai sejarah riwayat hidup tokoh-tokoh ini. Antara peristiwa sejarah yang kerap kali
dibahaskan mengenai ketokohan Islam ini adalah peristiwa yang berlaku antara Umar dan
Khalid. Terdapat beberapa penulisan mengenai riwayat kedua-dua sahabat rasulullah yang
terkemuka ini dengan gambaran yang kurang elok. Secara umumnya, dari kepemimpinan
kedua-dua tokoh ini telah mencatatkan rekod yang sangat baik sepanjang tempoh
perkhidmatan mereka memperjuangkan agama Islam. Begitu juga dalam tingkah laku dan
keperibadian mereka. Kedua tokoh ini serupa dari segi keberanian dan kekuatan semangat.
Semasa kedua-duanya masih hidup, ramai yang dengki terhadap kedua tokoh ini dan sering
berusaha menandingi keduanya namun gagal. Golongan ini mendapati bahawa medan
perbahasan merupakan medan yang cukup baik untuk menyebarkan berbagai-bagai
keburukan kepada kedua-dua tokoh ini.
Antara usul yang dikemukakan adalah mengenai sebab-sebab Umar memecat
Khalid dari jawatan panglima tertinggi tentera Islam dalam perang Yarmuk adalah
disebabkan beberapa faktor pada dasarnya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk
dibahaskan. Antara sebab pertama yang dikatakan adalah dendam seperti yang dilaporkan
oleh Ibn Asakir dan Burhanudin tentang peristiwa pernah suatu hari Khalid telah
mematahkan betis Umar. Semenjak hari itu, Umar menyimpan dendam dan rasa benci
kepada Khalid sehinggalah apabila Umar menjadi Khalifah. Beliau melihat inilah peluang
membalas dendam terhadap Khalid. Beliau mengarahkan supaya Khalid dipecat dari
jawatan panglima tertinggi tentera Islam.11 Kenyataan ini sama sekali tidak dapat diterima
kerana gambaran peribadi yang diberikan mengenai Umar jauh sekali dari sifat pendendam
ini. Beliau merupakan seorang yang adil dan tidak pernah bersikap pilih kasih. Hal ini

10 Ibid. hlm. 84
11 Prof. Doktor Ibrahim Ali SyaWat, 2013, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman
Jahiliyah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. hlm. 139

terbukti

semasa

pemerintahan

beliau

segala

perlaksanaan

dasar-dasar

perang

dilaksanakan dengan lunas-lunas keadilan.12


Selain itu juga, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Umar marah kepada
Khalid kerana orang-orang Islam kalah dalam pertempuran Uhud oleh kerana perancangan
Khalid yang licik. Perkara ini menyebabkan muka Rasulullah mengalami kesan-kesan luka
pada muka, pipi dan gigi hadapan baginda patah. Peristiwa ini dikatakan telah
membangkitkan kemarahan kepada Umar sehingga beliau akhirnya menyimpan dendam
kepada Khalid.
Riwayat ini sebenarnya cukup bercanggah dengan peribadi Umar sendiri. Gambaran
yang diberikan oleh penulis ini seolah-olah Umar tidak pernah menyokong sikap Rasulullah
SAW dalam memuji Khalid kerana mengenangkan kekalahan orang Islam dalam perang
Uhud. Sesungguhnya fakta ini tidak wajar diterima kerana Rasulullah begitu memuliakan
Khalid sejak hari pertama beliau memeluk Islam. Rasulullah juga menamakan Khalid
sebagai pedang Allah dan melantik beliau menjadi panglima yang mengetuai tentera Islam
dalam operasi pembukaan Mekah dan peperangan Hunain.13 Hal ini jelas bahawa
Rasulullah sendiri begitu menyanjungi dan memberikan kepercayaan tinggi kepada Khalid.
Bertentangan dengan tuduhan terhadap Umar yang dikatakan menyimpan dendam kepada
Khalid. Walhal Umar adalah merupakan seorang pengikut setia Rasulullah sehingga beliau
mendampingi Nabi Muhammad SAW sambil memberi pandangan, tenaga, buah fikiran,
harta dan kekayaan kepada perjuangan Islam.14 Maka tidak mungkinlah beliau menidakkan
kepujian yang diberikan oleh Rasulullah kepada Khalid. Selain itu Khalid juga pernah
menceritakan: Umar dan Uthman maju kehadapan sambil masing-masing membaiah
Rasulullah S.A.W 15 apabila beliau diberikan pujian oleh baginda.
Gambaran yang kurang diberikan oleh sejarah mengenai kisah pemecatan Khalid ini
menjadikan peristiwa tersebut sebagai suatu kisah yang besar dalam catatan sejarah Islam.
Para pengkaji seolah-oleh berpusu untuk mengambil kesempatan meletakkan fakta yang
tidak berasas terhadap peristiwa ini dengan niat untuk menjatuhkan ketokohan dua
pemimpin terkemuka ini. Namun jika merungkai pandangan Umar terhadap peristiwa
12 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 175
13 Prof. Doktor Ibrahim Ali SyaWat, 2013, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman
Jahiliyah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. hlm. 141

14 Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2009, Umar Bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam. hlm. 54
15 Prof. Doktor Ibrahim Ali SyaWat, 2013, Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman
Jahiliyah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. hlm. 141

10

tersebut, terdapat beberapa riwayat yang mampu menolak kesalahan fakta mengenai
dendam Umar ini. Di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh al-Thawri menjelaskan: Umar
pernah disarankan ketika saat kematianya agar melantik pengantinya. Jawab Umar:
sekiranya Khalid masih hidup, saya akan melantiknya menjadi Khalifah.. Jawapan Umar
tersebut menjelaskan tiada langsung rasa dendam terhadap Khalid malah beliau masih
mengagumi Khalid.
Selain itu, Umar juga ada menegaskan: saya tidak pernah memecat Khalid kerana
marah atau khianat, sebaliknya saya memecatnya kerana orang ramai terlalu terpesona
dengan kepakarannya..

16

Penjelasan tersebut membuktikan bahawa peristiwa pemecatan

Khalid adalah disebabkan kebimbangan Umar jika sesiapa mengambil kesempatan atau
mengapa-apakan Khalid disebabkan rasa dengki. Kesimpulannya, pemecatan Khalid
bukanlah disebabkan keraguan yang datang daripada khalifah tetapi atas sebab tertentu.

BAHAGIAN 2 : KAJIAN KES

BAB 1 : PROPOSAL
Tajuk Kajian : Kewibawaan Umar Al-Khattab Sebagai Pembina Empayar Islam Zaman
Khulafa Al-Rasyidin
Oleh : Ibna Nur Watul binti Padli
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur

Pengenalan
Sejarah perkembangan empayar Islam telah mencapai kejayaan yang cemerlang
sehingga kira-kira 10 abad iaitu bermula daripada kelahiran Islam di Kota Makkah pada
tahun 610M hingga kepada kejatuhan Empayar Abbasiyah di Baghad pada tahun 1258M
dan sehingga keruntuhan Turki Uthamniah di Contstantinople pada tahun 1912M. Dalam
tempoh 10 abad ini, sejarah perkembangan umat Islam telah mencatatkan kegemilangan
yang tiada tolok bandingnya dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Tamadun Islam dalam
tempoh ini telah menempah kegemilangan yang cukup mengagumkan mencakupi pelbagai
bidang seperti politik, ekonomi serta ilmu pengetahuan. Kelahiran Islam di Makkah dan
tertubuhnya kerajaan Islam pertama di Madinah telah mengubah sama sekali cara hidup
16 Ibid. hlm 145
11

dan pemikiran orang-orang Arab yang pada mulanya hidup dalam kejahilan berubah kepada
kehidupan yang mempunyai peradaban cukup tinggi. Salah satu faktor kegemilangan
kerajaan Islam ketika ini adalah kewibawaan pemimpin-pemimpin Islam yang terdiri dalam
kalangan khalifah-khalifah atau sahabat Nabi Muhammad yang berjaya meluaskan empayar
dan wilayah-wilayah Islam.

Perluasan ini mengandungi detik-detik penubuhan empayar

Islam seperti Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani
Abbasiyah sehingga keruntuhan kerajaan-kerajaan tersebut. Setelah kewafatan Nabi
Muhammad S.A.W, pemerintahan kerajaan Islam telah diambil alih oleh khalifah-khalifah
yang telah dilantik melalui sistem musyawarah (mesyuarat). Kepimpinan para khalifah ini
dapat dinafikan telah berjaya mengembangkan empayar Islam sebagai sebuah kerajaan
yang kukuh. Kajian ini akan membincangkan bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab, iaitu
khalifah

kedua

Islam

semasa

zaman

Kerajaan

Khulafa

Al-Rasyyidin

berjaya

memperkembangkan empayar Islam dengan penaklukan pelbagai wilayah.

Permasalahan kajian
Kepimpinan Khalifah Umar bin Al-Khattab selama 10 tahun bermula dari 13 hingga
23 Hijrah telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem pentabdiran Islam dan
meluaskan dakwah Islamiah dengan pesat. Oleh itu, kajian ini akan cuba untuk merungkai
mengenai latar belakang kehidupan Umar bin Al-Khattab untuk melihat bagaimana corak
kehidupan yang membentuk sifat kepemimpinan yang ada pada beliau.
Fokus utama kajian ini pula adalah untuk menghuraikan sejauh sumbangan dan
perubahan yang dibawah oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab berjaya mengukuhkan
empayar-empayar Islam ketika Zaman Khulafa Al-Rasyidin melalui strategi penaklukan
beliau yang bijaksana. Huraian ini merangkumi kawasan-kawasan yang berjaya ditakluki
oleh Umar sepanjang tempoh pemerintahnnya. Selain itu, kajian ini juga akan cuba
mengenalpasti beberapa wilayah yang menjadi empayar Islam semasa pemerintahan
beliau.

Objektif Kajian :
Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif.
Pertama sekali, kajian ini akan cuba untuk menghuraikan latar belakang kehidupan Saidina
Umar Al-Khattab dan corak kehidupan beliau dari kecil hingga beliau dilantik menjadi

12

Khalifah Islam yang kedua. Kedua, kajian ini juga dijalankan untuk menilai sejauh mana
corak pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab berjaya memberikan perubahan dalam bidang
politik, ekonomi, dan sosial semasa Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin. Ketiga, kajian ini turut
dijalankan untuk mengenalpasti wilayah taklukan yang membuktikan kewibawaan Saidina
Umar Al-Khattab sebagai pemerintah Kerajaan Khulafa AL-Rasyidin.
Tinjauan Kajian Lepas :
Kajian telah dilakukan dengan merujuk kepada beberapa penyelidikan atau kajiankajian lepas yang pernah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji berkaitan dengan tajuk ini sama
ada melalui penulisan tesis, buku, atau jurnal. Dalam semakan yang dibuat di Perpustakaan
Negara, terdapat buku yang ditulis oleh Tarikuddin Bin Haji Hassan (2009) yang bertajuk
Umar bin Al-khattab Pembina Empayar Islam. Buku ini mengulas secara lanjut mengenai
latar belakang kehidupan Saidina Umar serta perluasaan empayar-empayar Islam yang
telah dilakukan semasa pemerintahan beliau. Selain itu, terdapat juga buku yang ditulis oleh
Syaikh Muhammad Al-Khudhri Bik (2012) yang bertajuk Perluasaan Empayar Islam oleh
Khulafa Ar-Rasyidin yang membincangkan mengenai sumbangan-sumbangan empat
Khalifah Islam termasuk Khalifah Umar yang berjaya mengembangkan ketamadunan Islam
dengan gemilang. Kajian ini juga turut merujuk kepada buku Sejarah Perkembangan Islam
yang ditulis oleh Mohd Jamil Mukmin (1992) mengenai sejarah permulaan kerajaan Islam
mencakupi perkembangan Islam di dalam Zaman Khulafa Al-Rasyidin yang salah satunya
diketuai oleh Saidina Umar Al-Khattab.
Terdapat juga buku yang dihasilkan oleh Abdul Latip Talib (2009) yang bertajuk Umar
Al-Khattab Reformis Dunia Islam. Buku ini menjelaskan bagaimana Khalifah Umar mencipta
sejarah keemasan negara Islam dalam tempoh 10 tahun pemerintahan beliau. Buku ini juga
turut membincangkan sistem politik Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar. Selain
daripada buku, tinjauan lepas turut dilakukan terhadap jurnal yang ditulis oleh Radieah Mohd
Nor yang bertajuk Pengurusan Baitulmal Era Pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Jurnal ini meniliti secara mendalam strategi pengurusan Baitulmal oleh Khalifah Umar yang
berjaya mengukuhkan ekonomi kerajaan Islam.
Skop dan Batasan Kajian :
Perkembangan Tamadun Islam telah mengalami pelbagai fasa bermula dari
kelahiran Islam di Kota Makkah pada tahun 610M hingga kepada kejatuhan Empayar
Abbasiyah di Baghad pada tahun 1258M dan sehingga keruntuhan Turki Uthamniah di
Contstantinople pada tahun 1912M. Kajian akan memfokuskan perluasan Islam semasa
kerajaan Khulafa Al-Rasyidin di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab bermula dari
13

634M hingga 644M. Kajian ini juga akan dibataskan dengan memberikan tumpuan terhadap
perluasan kuasa yang dilakukan Saidina Umar serta sumbangan beliau terhadap Tamadun
Islam.
Metodologi Kajian :
Pengumpulan Data
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah penyelidikan seperti
kajian perpustakaan. Proses carian maklumat dan pengumpulan bahan mengenai maklumat
kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Umar ini dilakukan di Perpustakaan Negara
Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Tujuan kerja pengumpulan maklumat ini adalah
menganalisis penulisan-penulisan yang dihasilkan mengenai latar belakang kehidupan
Saidina Umar Al-Khattab, serta perluasan kuasa dan sumbangan beliau dalam sejarah
perkembangan empayar Islam. Selain itu, kajian ini juga turut menggunakan kaedah
penyelidikan menggunakan bahan-bahan elektronik melalui laman web yang dipilih.

Pembahagian Struktur Esei :


1.
2.

Proposal
Pengenalan / Latar Belakang
Bahagian ini akan membincangkan mengenai latar belakang kehidupan
Saidina Umar Al-Khattab sehingga beliau dilantik menjadi khalifah kedua.

3.

Sumbangan dan Perubahan Saidina Umar Semasa Tempoh Pemerintahannya


Bab ini akan membincangkan mengenai sumbang dan perubahan yang
dibawa oleh Saidina Umar terhadap struktur kehidupan masyarakat Islam semasa
pemerintahannya dalam pelbagai aspek seperti ekonomi dan politik.

4.

Perluasaan Empayar Islam DI Bawah Pemerintahan Khalifah Umar.


Bab ini membincangkan mengenai kewibawaan dan kebijaksanaan Saidina
Umar yang telah berjaya mengembangkan empayar Islam melalui penaklukan
wilayah-wilayah taklukan

5. Penutup
Kajian ini akan merumuskan sejauh mana kewibawaan Saidina Umar telah
berjaya mengukuhkan empayar Islam sebagai satu pemerintahan yang gemilang.

Penutup :

14

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji latar belakang
kehidupan Saidina Umar serta perluasaan kuasa empayar Islam yang dilakukan oleh beliau
serta sumbangan yang diberikan oleh beliau sehingga menjadikan Islam sebagai satu
tamadun yang gemilang suatu ketika dahulu.

. BAB 2 :
LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB
Pendahuluan
Abad ke 634 Masihi merupakan tempoh permulaan pemerintahan Khalifah kedua Islam
iaitu Saidina Umar AL-Khattab dalam Kerajaan Khulafa Ar- Rasyidin yang mengantikan
khalifah Islam yang pertama iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Perkembangan Islam dalam pebagai
bidang berlaku secara meluas semasa tempoh pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab
sehingga disambung oleh khalifah seterusnya. Bab ini akan membincangkan mengenai
latar belakang dan sejarah kehidupan Saidina Umar AL-Khattab yang dijunjung sebagai
tokoh Islam yang gemilang.
Kelahiran Umar Bin Al-Khattab
Umar bin Khattab bin Nafiel bin Abdul Uzza atau lebih dikenali sebagai Sayidina
Umar bin al-Khattab merupakan seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang juga
merupakan khalifah kedua Islam pada 634 hingga 644 Masihi. Sayidina Umar bin al-Khattab
dilahirkan pada tahun 583 Masehi bersamaan dengan 13 tahun sebelum tahun gajah. Beliau
merupakan keturunan keturunan suku Bani Adi yang merupakan satu rumpun suku Quraisy
iaitu suku kaum terbesar di Kota Mekkah. Ketika beliau dilahirkan, Nabi Muhammad SAW
sudah berumur tiga belas tahun. Ini bermaksud Sayidina Umar bin al-Khattab muda tiga
belas tahun daripada Nabi Muhammad. Umar bin Al-Khattab diberikan gelaran al-Faruq oleh
Nabi Muhammad yang bermaksud pemisah antara benar dan batil. Menyentuh latar
belakang keluarga beliau, ibunya bernama Hantamah binti Hasyim, manakala ayahnya

15

bernama Khattab bin Nufail Al Shimh Al Quraisyi. Ayah beliau merupakan seorang pahlawan
Islam yang pernah memimpin Perang Fijar yang pernah meletus di Mekah.
Melihat kepada perkembangan hidup Umar bin al-Khattab, terdapat beberapa
penulis islam yang menulis mengenai sejarah pembesaran Umar bin al-Khattab. Beliau
dikatakan membesar sebagai seorang kanak-kanak miskin dan membesar dalam
kesederhanaan. Sering memakai pakaian yang tidak menentu

dan menghabisi hidup

remaja di bawah usia balighnya sebagai penjaga ternakan ayahnya di padang-padang


ternak yang dididik oleh ayahnya secara keras dan penuh disiplin. 17 Kenyataan ini
mengambarkan bahawa Umar sememangnya seorang yang sederhana dan memilik nilai
disiplin yang tinggi kesan daripada didikannya ayahnya. Selain itu,

beliau juga kurang

mendapat kebebasan kerana terpaksa menjaga ternakan ayahnya setiap hari.


Kisah pembesaran Umar sebenarnya tidak diceritakan dengan terperinci. Namun apa yang
pasti, beliau telah menghabiskan masa kecilnya hanya dengan menjadi penternak ternakan.
Kesederhanaan hidup yang diamalkan oleh Umar ini bukan sahaja ketika beliau masih kecil,
malah berlanjutan apabila beliau dilantik menjadi khalifah. Ini ditunjukkan melalui caranya
berpakaian yang tidak mengambarkan beliau sebagai seorang pembesar.18 Dari segi sudut
fizikal pula, Sayidina Umar bin al-Khattab diriwayatkan bahawa ketinggian tubuh badan
Sayidina adalah luar biasa sekali. Beliau digambarkan sangat tinggi sehinggakan orang
yang mempunyai paras ketinggian biasa hanya mencecah paras pinggangnya sahaja.
Kecuali apabila dia datang ke rumah Arqam bin Abu Arqam di kaki bukit Safa, tiba-tiba dia
menjadi rendah sedikit daripada Rasullah S.A.W. Ini adalah mujizat kepada Rasullullah
S.A.W.19 Selain daripada fizikal tubuh badannya yang tinggi, Sayidina Umar bin al-Khattab
juga dikatakan sebagai seorang yang memilik wajah kacak. Ramai dalam kalangan
sejarawan Islam yang sering menyebut mengenai kekacakan yang dimiliki oleh Umar
dimana kekacakan beliau adalah setanding dengan Sayidina Uthman bin Affan, Sayidina
Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Abu Ubaidah al-Jarrah.20
Sayidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian
ketika beliau berumur 39 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik
perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah, kuatkanla Islam dengan

17 Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2009, Umar Bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam. hlm. 12
18 Dr Yazid Abdul Manap, 2015, Jadi Pemimpin Hebat. hlm. 139
19 Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2009, Umar Bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam. hlm. 13
20 Ibid.
16

salah seorang daripada Amr bin Hisyam atau Umar bin Khattab. 21 Doa tersebut telah
dimakbulkan oleh Allah apabila Umar akhirnya memeluk Islam. Beliau juga kemudiannya
mendapat gelaran al-Faruq yang bermaksud pemisah antara hak dan batil. Sebuah hadis
daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda : Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad ,
sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.
Menurut ahli sejarah Islam, peristiwa Umar memeluk Islam adalah semasa dalam perjalanan
untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu'aim bin
'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah membetulkan adik perempuannya
dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam. Saidina Umar pergi ke rumah adiknya
serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin 'Aratt sedang membaca alQuran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul
adiknya.
Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau
akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Perasan terharu timbul apabila
mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada
hari itu juga. Sesuatu yang menyayatkan hati adalah peristiwa yang berlaku setelah Umar
al-Khattab memeluk agama Islam di rumah Arqam bin Abu Arqam di kaki bukit Safa atau di
hadapan pintu rumah Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Kesan daripada pengislaman
tersebut, beliau telah telah mendapat kritikan yang cukup hebat daripada masyarakat kaum
musyrikin Mekah. Semua pembesar musyrikin Quraisy terus menyerang, mengeronyok dan
membelasah Sayidina Umar bin al-Khattab sehingga beliau keletihan dan jatuh ke bumi. 22
Meskipun beliau adalah penentang kuat Islam sebelum memeluk Islam, namun setelah
menganuti Islam beliau seorang yang sangat setia dan sentiasa mempertahankan agama
Islam daripada ancaman masyarakat ketika itu.
SIKAP PERIBADI SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Menyentuh mengenai sikap peribadi Saidina Umar, beliau adalah seorang yang berani,
tegas dan sentiasa berterus terang dalam menjalankan tindakannya. Beliau juga amat
cintakan rakyat dan sentiasa berusaha mencari perdamaian dan kesejahteraan.23 Sikap
inilah yang menjadi kunci kesetiaan rakyat di bawah kepemimpinan Saidina Umar kerana
beliau sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya. Kepemimpinan Saidina Umar pada
21 Dr Yazid Abdul Manap, 2015, Jadi Pemimpin Hebat. hlm. 137
22 Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2009, Umar Bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam. hlm. 13
23 Mohd Jamil Bin Mukmin, 1991, Sejarah Perkembangan Islam. hlm 81
17

umumnya telah dapat dilihat sebelum beliau dilantik menjadi khalifah lagi. Buktinya apabila
beliau sering berdampingan dengan Nabi Muhammad dalam berbagai hal termasuklah
membantu baginda dalam peperangan dan pentadbiran. Sikap kepemimpinan inilah yang
mendorong Saidina Umar dilantik menjadi khalifah oleh Saidina Abu Bakar sendiri atas
dasar percaya kepada kepemimpinan beliau.
Saidina Umar juga merupakan seorang pemerintah yang yang adil dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau tidak memilih kasih
dan mengetepikan soal status diri dalam menilai sesiapa yang bersalah tetap akan dihukum.
Buktinya dapat dilihat apabila beliau pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak
pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam
perlumbaan kuda. Keadilan Saidina Umar dalam pemerintahan menyebabkan masyarakat
sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada beliau sebagai pemimpin yang
bertanggungjawab memajukan umat Islam semasa zaman Kerajaan Khulafa AL-Rasyidin.
Selain daripada itu juga, Saidina Umar juga sangat terkenal dengan sikap
keberanian beliau yang luar biasa. Ketika hijrah ke Madinah orang-orang Islam
meninggalkan kota Makkah dengan bersembunyi, tetapi Umar dengan terang-terang.24
Malah ketika peristiwa Hijrah tersebut, beliau telah menuju ke tempat orang Quraisy
berkumpul dan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah dengan tenang dan bersembahyang.
Pada ketika itu, tidak ada seorang pun berani menganggu beliau. Khalifah Umar juga telah
mencabar ketua-ketua kaum Quraisy dengan pedang beliau, namun tiada seorang pun yang
berani menyahut cabaran tersebut kerana gerun akan keberanian Saidina Umar. Hal ini
menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat disegani atas keberaniannya berhadapan
dengan penentang-penentang Islam. Jasa-jasa dan sumbangan besar Umar terhadap Islam
begitu dijanjikan kepadanya akan syurga. Bagi Umar segala kebaikan yang beliau lakukan
selepas memeluk Islam seolah-olah masih tidak membayar segala dosa dan kesalahan
beliau yang lampau itu.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang
paling mulia? Jawab baginda: Orang yang paling bertakwa. Kata mereka: Bukan
tentang ini yang kami tanyakan. Jawab Nabi: Kalau begitu, tentang siapakah orang
Arab yang paling mulia yang kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang
paling mulia di kalangan kamu pada masa jahiliah, dia jugalah yang paling mulia di
antara kamu di dalam Islam sekiranya dia tafaqquh fiddin. (riwayat Bukhari)

Tepat sekali jika yang dimaksudkan oleh baginda itu antaranya Umar al Khattab. Ini
kerana sebelum memeluk Islam, Saidina Umar pernah melalui zaman kejahiliah dan tegas
menentang Islam. Namun setelah menganuti Islam, beliau telah diangkat sebagai tokoh
24 Mohd Jamil Bin Mukmin, 1991, Sejarah Perkembangan Islam. hlm 81
18

pemimpin yang sangat mulia kerana sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan
maruah agama Islam.
GELARAN AL-FARUQ
Saidina Umar juga lebih dikenali sebagai Umar Al-Faruq iaitu seorang yang tahu
membezakan antara hak dan batil atau antara benar dan palsu. Gelaran tersebut diberikan
oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah peristiwa tindakan beliau secara terang-terangan
menunaikan sembahyang di masjid meskipun baru memeluk Islam dan diancam ramai.
Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Abbas pernah bertanya kepada Saidina Umar bin al-Khattab
tentang bagaimanakah beliau mendapat gelaran Al-Faruq?25 Saidina Umar telah
menerangkan mengenai peristiwa di mana beliau pernah bertanya kepada Rasullullah
mengenai Islam. Rasulullah telah menjawab bahawa semua yang berada di atas kebenaran
ketika hidup mahupun setelah mati. Mendengar jawapan tersebut, Saidina Umar telah
menyatakan tiada sebab untuk mereka bersembunyi. Maka mereka pun keluar secara
terang-terangan menunaikan ibadah Islam. Kesan daripada tindakan berani Saidina Umar
itu juga telah menyebabkan orang-orang Islam semakin berani mengerjakan ibadat dan
menyeru agama Islam sehingga Nabi Muhammad akhirnya memberikan gelaran Al-Faruq
kepada beliau.
SEJARAH PERJUANGAN SAIDINA UMAR BERSAMA RASULULLAH S.A.W
Salah satu sejarah peristiwa perjuangan Saidina Umar bersama Rasulullah adalah
ketika penghijrahan baginda ke Madinah. Saidina Umar turut serta dalam penghijrahan
tersebut namun cara beliau adalah berbeza dengan penganut Islam yang lain yang berhijrah
pada waktu malam dan secara sembunyi-sembunyi. Namun sebaliknya oleh Saidina Umar
apabila beliau secara terang-terangan berhijrah pada waktu siang. Keyakinan beliau pada
ketika itu telah membuka mata orang Islam yang lain agar terus berani memperjuangkan
Islam dengan terbuka. Selain itu, Saidina Umar juga merupakan orang kanan Rasulullah
yang paling kuat. Kepercayaan Nabi Muhammad S.A.W terhadap Saidina Umar cukup
mendalam sehingga baginda sentiasa menerima pandangan dan buah fikiran yang
dikongsikan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Selain daripada itu, perjuangan Saidina Umar
bersama Rasullulah juga dapat dilihat melalui semangatnya yang bersama-sama dengan
Nabi Muhammad semasa perang Badar al-Kubra yang berlaku pada ke-2 Hijrah 26. Beliau
telah menyatakan kesetiaannya yang sanggup mati demi memperjuangkan Islam bersama
25 Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2009, Umar Bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam. hlm. 48
26 Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2009, Umar Bin Al-Khattab Pembina Empayar Islam. hlm. 64
19

Rasullullah. Selain daripada itu juga, Saidina Umar turut bersama-sama dengan Rasullulah
semasa perang Uhud yang berlaku pada tahun ke-3 Hijrah. Ketekalan beliau dalam
memperjuangkan Islam di jalan Allah bersama Nabi Muhammad telah menjadi teladan
kepada umat Islam kepada itu untuk terus bangkit mempertahankan Islam meskipun
menerima pelbagai ancaman dan halangan daripada penentang Islam ketika itu.

BAB 3:
REFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB SEMASA
PEMERINTAHAN DI ZAMAN KHULAFAAR-RASYIDIN

PENDAHULUAN
Kepemimpinan Saidina Umar Al-Khattab bukan sahaja berjaya meluaskan empayar Islam di
pelbagai kawasan malah beliau juga telah berjaya membawa perubahan dalam pentadbiran
Islam dan mengukuhkan kuasa Islam sebagai sebuah kuasa yang gemilang di mata dunia.
Perubahan yang diperkenalkan oleh Saidina Umar telah berjaya memajukan umat Islam
serta menjadi pedoman untuk kehidupan pada masa kini. Bab ini akan membincangkan
mengenai sumbangan yang diberikan oleh Saidina Umar AL-Khattab sepanjang tempoh
pemerintahan beliau semasa Zaman Khulafa Al-Rasyiddin.
BIDANG POLITIK
Langkah pertama yang dilakukan oleh Umar sebagai khalifah dalam bidang politik
adalah meneruskan usaha yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dalam perluasan wilayah
Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam secara
besar-besaran sehingga zaman ini digelar Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam).
Pasukan Islam secara berturut-turut telah berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin
dan Parsi. Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.

20

Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan
Ansar. Beliau juga telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan
melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima
tentera. Kawasan pentadbiran semasa Umar terbahagi kepada lapan bahagian iaitu
Makkah, Madinah, Syiria, al-Jazirah (Mesopotemia), Basra, Kufah, Mesir dan Palestine. 27
Usaha untuk membahagikan wilayah-wilayah ini adalah bertujuan untuk menghadapi
masalah dalam bidang politik, dan sosioekonomi wilayah-wilayah tersebut. Perluasaan
kawasan takluk ini sememangnya membukitkan bahawa Saidina Umar merupakan seorang
pemerintahan yang mempunyai kemahiran mengurus hal kenegaraan dengan sistematik
dan bijak.
Selain daripada itu, Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting
seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan
Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atau setiausaha. Jabatan Kehakiman pula
telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka
telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham. Saidina Umar juga turut
melantik pegawai yang bertugas bagi membuat laporan mereka ke Makkah pada setiap
tahun kepada beliau bagi membuat penambahbaikan yang diperlukan. Idea penubuhan
jabatan-jabatan ini bukan sahaja berjaya memajukan ketamadunan Islam pada zaman
pemerintahan beliau, malah turut menjadi rujukan kepada Tamadun lain seperti Tamadun
Eropah yang mengaplikasikan idea-idea ini untuk membentuk satu bentuk pemerintahan
yang berupaya memajukan negara. Malah sehingga masa kini, kita juga mempunyai
jabatan-jabatan ini yang berperanan untuk melancarkan pengurusan negara.
Selain itu, dalam bidang pentadbiran pemerintahan juga, Saidina Umar berjasa
membentuk Majlis Permusyawaratan ataupun dikenali sebagai Majlis Syura, Anggota
Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Majlis Syura ini merupakan lembaga atau
majlis perundangan negara yang tertinggi yang telah ditubuhkan oleh Khalifah Umar dan
berjaya memajukan empayar yang diperintah oleh beliau ketika zaman itu. Peranan utama
Majlis Syura ini adalah untuk menentukan polisi negara yang berkaitan dengan hubungan
luar dan dalam negara. Majlis Syura juga berfungsi untuk membincangkan mengenai
masalah politik, sosial dan keselamatan yang berlaku dalam negara.

Badan ini turut

dianggotai oleh para sahabat Rasulullah yang masing-masing terdiri daripada lima orang
anggota puak Ansar dan Muhajirin. Melalui penubuhan majlis ini, pada anggotanya
berpeluang untuk mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dalam sistem
pentabdiran dengan adil.
27 Mohd Jamil Bin Mukmin, 1991, Sejarah Perkembangan Islam. hlm 81

21

Selain itu, Saidina Umar juga turut menyusun dan memperkemaskan sistem
ketenteraan di mana beliau. Beliau telah membahagikan tentera kepada dua bahagian iaitu
tentera simpanan dan tentera sukarelawan. Sistem ketenteraan ketika zaman pemerintahan
Umar sangat dititikberatkan kerana Saidina Umar menganggap bahawa sistem ketenteraan
merupakan kunci kepada perluasan empayar Islam. Gaji yang diberi adalah berbeza-beza
mengikut tugas-tugas yang dilaksanakan. Khalifah Umar juga mendirikan pos-pos tentera di
tempat-tempat yang strategi di beberapa bandar utama seperti Madinah, kufah, Basrah dan
sebagainya sebagai langkah menjaga kebajikan tentera-tenteranya. Perluasan kuasa Islam
menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah.
Di Mesir, Syam dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan
tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga.
Jika dibandingkan dengan dengan zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bilangan
tentera Islam yang terlibat dalam peperangan tidaklah begitu ramai. Akan tetapi pada zaman
khalifah Umar, bilangan tentera Islam semakin bertambah ramai disebabkan perubahan
dasar yang dilakukan oleh beliau.28 Tindakan beliau yang mengambil golongan murtad
menjadi tentera baharu untuk menyertai peperangan pada dasarnya merupakan salah satu
tindakan yang cukup bijak. Hal ini menyebabkan golongan murtad ini semakin setia kepada
islam. Jelas bahawa Saidina Umar bukanlah seseorang yang memilih kasih dalam membuat
keputusan. Motif utama beliau hanyalah untuk menyebarkan agama islam yang suci dan
memajukan masyarakat islam ketika itu. Maka tidak hairanlah ramai bekas kaum murtad
yang membarisi tentera Islam dalam peperangan semasa zaman umar termasuklah Qais
bin Maksyuh dan Tulaihah bin Khuwailid.

BIDANG EKONOMI
Selain daripada bidang politik, Saidina Umar juga telah banyak melakukan pembaharuan
dalam bidang ekonomi. Sumbangan terbesar Saidina Umar dalam bidang ekonomi adalah
penubuhan institut Bait al-Mal iaitu Perbendaharaan Negara. Institut ini menjadi pusat
penyimpanan semua barang atau harta negara. Pada ketika ini, beliau juga telah mula
menyediakan buku kira-kira yang mencatat keluar masuk kewangan pendapatan negara.
Beliau telah membentuk jabatan cukai yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu kharaj

28 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 175
22

(cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat dan usyr (cukai perniagaan). 29 Kharaj
adalah merupakan cukai tanah yang dikenakan kepada semua pemilik tanah di wilayahwilayah yang ditakluki dengan kadar 10%. Kharaj pada zaman Saidina Umar dipanggil
Kharaj al-Muqasama yang diuruskan oleh kerajaan.30 Manakala cukai usyr pula adalah
cukai yang dikenakan kepada semua peniaga tidak kira Islam atau bukan Islam, namun
kadar cukainya berbeza-beza. Sistem percukaian yang disusun secara sistematik oleh
Saidina Umar ini merupakan salah satu penyumbang kepada pembentukan negara yang
begitu teratur ketika pemerintahan beliau. Kebijaksanaan beliau dalam mengurus sistem
kewangan negara telah dijadikan contoh oleh dunia masa kini. Selain daripada, sistem
percukaian yang diperkenalkan oleh beliau juga didasari oleh sikap adil yang cukup tinggi
dan tidak membebankan rakyatnya. Malah sistem ini juga berjaya meningkatkan sumber
ekonomi negara menjadi lebih kukuh.
Selain itu, syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil juga turut
dihapuskan oleh Saidina Umar. Tindakan ini sememangnya membuktikan bahawa beliau
sangat perihatin terhadap kebajikan rakyatnya. Beliau juga sering bertanyakan kepada
golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengenal pasti sama ada cukai yang
dikenakan membebankan mereka. Kebijaksanaan Saidina umar ini menyebabkan sistem
pungutan cukai menjadi lebih cekap, adil dan hasil perbendaharan negara bertambah
dengan pesat. Malah, satu usaha untuk mengadakan mata wang sendiri daripada logam
juga dibuat. Mata wang tersebut diukirkan dengan perkataan Alhamdulilah pada muka
kepingan tersebut dan Muhammadarasulullah pada sebelah lagi. 31 Dalam masa yang sama,
beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan
mewujudkan projek pengairan (sistem perairan). Projek ini telah dilaksanakan di Mesir dan
Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
Dalam projek pengairan ini. Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi
memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin
yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat.
32

Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai

Dajlah (Tigris) dengan bandar Basrah. Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan
29 Mohd Jamil Bin Mukmin, 1991, Sejarah Perkembangan Islam. hlm 83
30 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 174

31 Mohd Jamil Bin Mukmin, 1991, Sejarah Perkembangan Islam. hlm 83


32 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 175
23

tananam-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru
bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik
sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Tidak dapat dinafikan lagi, idea-idea
dan strategi Saidina Umar dalam memajukan sistem ekonomi negara sememangnya sangat
kreatif pada ketika itu. Meskipun Islam masih agak baharu pada ketika itu, namun di bawah
pemerintahan Saidina Umar, telah banyak kemajuan yang berlaku dalam kalangan umat
Islam.
BIDANG SOSIAL
Selain itu, salah satu sumbangan terbesar khalifah Umar Al-Khattab dalam peradaban dunia
Islam juga adalah beliau merupakan orang pertama yang mengadakan takwim Islam
berdasarkan tahun Hijrah yang bermula pada 1 Muharam. Penubuhan takwim Islam ini
dibuat pada tahun 17 H, tujuannya ialah bagi memudahkan urusan pentadbiran negara.
Pengunaan takwim ini masih kekal digunakan sehingga masa kini oleh penganut Islam.
Perubahan yang dibawa oleh Saidina Umar juga adalah meliputi sistem pendidikan dan
struktur prasarana negara yang cuba untuk dimajukan ketika beliau memerintah beberapa
wilayah takluknya.
Dalam bidang pendidikan pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk
mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau telah menyediakan khidmat latihan untuk guruguru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan agama khususnya.
Guru-guru yang dilatih tersebut kemudiannya dihantar ke serata tempat di wilayah takluk
beliau serta diberi gaji yang lumayan. Selain itu, Saidina Umar juga turut menubuhkan
sekolah dan masjid-masjid bagi dijadikan pusat pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam.
Pendidikan Islam dan kelas-kelas membaca al-Quran diadakan di seluruh wilayah Islam.
Sesuatu yang istimewa semasa pemerintahan beliau adalah umat Islam diwajibkan
menghafal surah-surah tertentu di dalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama
ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini
akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal
kandungan al-Quran. Hal ini menunjukkan bahawa Saidina Umar sentiasa mengutamakan
agama Islam dalam kehidupan beliau serta menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama
pemerintahnya. Saidina Umar juga telah menyambung aktiviti pengumpulan al-Quran yang
dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar sebelumnya.
Manakala dalam aspek pembangunan prasarana juga, Saidina Umar telah membina
bandar-bandar tentera (masalih) seperti bandar Kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat. 33
33 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 175
24

Pembinaan bandar-bandar ini adalah bertujuan untuk dijadikan pusat perhentian tentera
apabila mereka selesai daripada ekspedisi yang jauh dan tidak perlu pulang ke Madinah.
Pemilihan tempat-tempat pembukaan bandar-bandar ini juga sangat strategi kerana
memudahkan pihak tentera membuat kawalan terhadap bandar-bandar wilayah yang
ditakluki. Di samping itu, Saidina Umar juga telah meminta agar pembinaan masjid-masjid
didirikan di bandar-bandar tersebut sebagai pusat penyatuan Islam yang berbilang bangsa
Binaan-binaan masjid yang terdapat dalam bandar-bandar tersebut akhirnya dijadikan pusat
seni bina Islam yang begitu unik. Jelaslah di sini bahawa, Saidina Umar merupakan tokoh
pemimpin Islam yang banyak menyumbangkan jasa dan mempunyai pemikiran bijak dalam
melaksanakan strategi pemerintahan untuk memperluaskan Islam pada zaman beliau.

Penutup
Secara keseluruhannya, pemerintahan Saidina Umar telah meninggalkan banyak
impak positif kepada corak pemikiran dan budaya hidup masyarakat Islam apabila
masyarakat pada zaman ini mencatatkan kemajuan dalam pelbagai bidang termasuklah
politik, ekonomi dan sosial. Sumbangan beliau juga pada dasarnya telah menjadi rujukan
kepada kehidupan kita masa kini.
. BAB 3 :
PERLUASAAN EMPAYAR ISLAM OLEH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KETIKA
ZAMAN KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN
PENGENALAN
Agama Islam semasa Zamna Khulafa Al-Rasyidin iaitu ketika di bawah pemerintahan
Saidina Umar telah mencapai tahap perkembangan yang cukup luar biasa dalam hanya
tempoh beberapa tahun. Pada ketika ini, Islam bukan sahaja telah berkembang di kawasan
empayar Parsi dan Byzantine, malah turut tersebar hingga ke negeri China di sebelah Timur
dan di Eropah sebelah Barat. Dengan kekalahan Parsi dan Byzantine di tangan Saidina
Umar, pemerintahan Islam menjadi semakin kuat sehingga terbentuknya satu empayar yang
cukup besar dan melalui perubahan di mana kedudukan politik dan ekonomi Islam menjadi
lebih kukuh. Bab ini akan membincangkan mengenai perluasaan empayar yang dilakukan
oleh Saidina Umar Al-Khattab yang membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang
pemimpin yang bijaksana serta perkasa.

PENAKLUKAN NEGERI-NEGERI OLEH TENTERA ISLAM DI BAWAH PEMERINTAHAN


KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

25

Penaklukan Kota Iskandariah


Sebelum ditakluki oleh tentera Islam, Kota Iskandariah pada mulanya terletak di
bawah jajahan Byzantine dan ianya merupakan pusat perdagangan yang terkenal dan maju.
Di bawah pemerintahan dan kebijaksanaan Umar Al-Khattab, wilayah ini telah berjaya di
takluki dan dijadikan sebagai salah satu empayar Islam yang gemilang oleh Saidina Umar.
Penaklukan Kota Iskandariah ini adalah diketuai oleh Amru bin al-As yang telah dilantik oleh
Saidina Umar untuk mengetuai angkatan tenteranya. Dalam perjalanan menuju ke Kota
Iskandar, angkatan tentera yang diketuai oleh Amru telah menerima tentang daripada
tentera Byzantine sepanjang dari Kota Babylon hingga ke Kota Iskandariah. Sebelum
berlakunya perang, Amru telah memberikan pilihan sama ada mahu berdamai atau
berperang namun tentera Byzantine memilih untuk berperang. Pada ketika itu, Amru telah
menyerahkan kepemimpinan tenteranya kepada sahabatnya iaitu Ubadah bin Samit untuk
berlawan dengan pihak Byzantine. Kemahiran dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Ubadah
akhirnya berjaya menawan Kota Iskandariah. Setelah peristiwa penaklukan tersebut, suatu
perjanjian damai telah diadakan antara penduduk Iskandariah dengan pemerintah Islam.
Penaklukan Syria Utara
Selain daripada kota Iskandariah, Empayar Islam di bawah pemerintahan Khalifah
Umar Al-Khattab juga semakin meluas apabila berjaya menakluki Syiria Utara. Penaklukan
ini telah diketuai oleh, Abu Ubaidah dan Khalid yang dilantik sendiri oleh Khalifah Umar AlKhattab. Peristiwa penaklukan ini bermula dengan perjalanan Abu Ubaidah dan Khalid mara
menuju Qinasrin yang pada masa itu merupakan kubu Byzantine yang paling penting dari
segi strategi. Byzantine dapat mengawal Anatolia, Armenia, tanah air Heraclius, dan ibu
negara wilayah Asia Byzantine, Antakya dari Qinasrin. Abu Ubaidah kemudiannya
menghantar Khalid dan pasukan berkudanya ke Qinasrin untuk menyerang kawasan
tersebut. Kota tersebut dikawal tentera Romawi di bawah pemerintahan Menas, seorang
jeneral yang sangat dihormati dan digeruni atas kekuatannya. Dalam perlawanan
menentang tentera Islam ini, Menas telah mengambil keputusan untuk berhadapan dan
berlawan sendiri dengan Khalid dan memusnahkan pasukan hadapan Muslim sebelum
angkatan utama Muslim dapat menyertai pertarungan di satu tempat bernama Hazir yang
terletak di Timur Qinasrin. Pertempuran yang berlaku antara kedua-dua pasukan ini disebut
sebagai Pertempuran Hazir yang berakhir dengan kemenangan daripada tentera Muslim
dan kemusnahan tentera Romawi. Peristiwa tersebut telah berjaya menonjolkan lagi
kepahlawanan Khalid sebagai panglima perang Islam yang gagah dan bijak. Malah Khalifah
Umar sendiri ada menyatakan dan memuji Khalid : ..Khalid betul-betul seorang panglima.
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya terhadap Abu Bakar. Beliau lebih pandai menilai
26

manusia daripada ku...Dengan kemenangan yang besar ini, seluruh wilayah Byzantine
yang terletak di utara Qinasrin akhirnya berjaya ditakluki oleh pemerintahan Islam di bawah
Khalifah Umar Al-Khattab.
Penaklukan Baitulmuqaddis
Dengan kemusnahan tentera Byzantine juga, orang Islam dengan pantasnya dapat
menawan semula wilayah-wilayah yang terjatuh balik ke tangan Byzantine sebelum
terjadinya perang Yarmuk. Pada ketika itu, Khalifah Umar Al-Khattab telah melantik untuk
mengetuai angkatan tentera bagi misi untuk menakluk wilayah Baitulmuqaddis. Abu Ubaidah
kemudiannya telah bermesyuarat bersama panglima-panglimanya dan membuat keputusan
untuk menawan Baitulmuqaddis dengan strategi yang dibina mereka. Penaklukan
Baitulmuqaddis telah bermula apabila Baitulmuqaddis dikepung selama empat bulan oleh
tentera Islam sebelum kota itu akhirnya bersetuju untuk menyerah kalah. Namun begitu,
mereka juga telah mengemukakan syarat bahawa kekalahan hanya akan diumumkan
kepada Khalifah Umar sendiri. Pada ketika itu, Amr bin al-As telah mencadangkan agar
agar Khalid menyamar sebagai Khalifah Umarn memandangkan rupa Khalid agak mirip
Khalifah Umar. Namun begitu, teknik ini tidak berjaya apabila tentera Baitulmuqaddis
mengetahui penipuan tersebut. Akhirnya Khalifah Umar sendiri terpaksa ke kota itu bulan
April 637 M untuk mengumumkan penaklukan Baitulmuqaddis.
Penaklukan Negeri Mesir
Menurut Muhammad bin Ishaq penaklukan Mesir telah terjadi pada tahun 6 H, tepat
pada bulan Rabiul Awwal.34 Namun terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa Mesir
telah ditakluki oleh Islam pada 16 H, bulan Rabiul Awwal. Pendapat ini diutarakan oleh Saif
bin Umar. Pada ketika itu, Khalifah Umar masih berada di Baitul Maqdis ketika tahun 18 H/
639 M, Amru bin al-As telah meminta keizinan beliau untuk meneruskan penjelajahan kuasa
ke Mesir. Pada waktu itu, tentera Islam baru sahaja kehilangan pemimpin perang mereka
iaitu Abu Ubaidah bin Jarrah. Khalifah Umar telah meletakkan tanggungjawab memimpin
angkatan tentera ini kepada Amru sendiri. Melihat kepada catatan sejarah mengenai
kehidupan rakyat Mesir sebelum ketibaab Islam, masyarakat pada ketika itu sedang
mengalami berbagai-bagai penindasan yang dilakukan oleh pemerintahan Byzantine.
Mereka telah dikenakan dengan cukai yang berat serta membebankan mereka. Maka
perjuangan tentera Islam untuk memerangi Mesir pada ketika itu adalah untuk
membebaskan rakyat Mesir daripada cengkaman dan kekejaman Byzantine.35 Setelah
mendapat persetujuan daripada Khalifah Umar, Amru bin al-As telah memperlengkapkan
34 Syaikh Muhamad Al-Khudhri Bik, Perluasan Empayar Islam Oleh Khulafa Ar-Rasyidin. hlm. 146
27

tenteranya dengan kekuatan seramai 400 orang. Mereka meninggalkan Syam dan
meneruskan perjalanan menuju ke Semenanjung Sinai sehingga tiba ke al-Farma iaitu pintu
masuk ke negeri Mesir.
Pada ketika itu, Kota al-Farma telah dijadikan benteng pertahanan oleh tentera
Byantine dengan bilangan anggota tentera yang cukup ramai. Oleh itu, tentera Islam telah
meminta bantuan daripada orang-orang Qibiti. Bantuan ini telah berjaya membantu tentera
Islam menakluli Kota al-Farma dan seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebagai
kawasan takluk. Namun begitu, serangan balas telah dijalankan oleh Artibun iaitu panglima
perang Byzantine sehingga mencetuskan pertempuran yang mengambil tempoh berbulanbulan.

Pada ketika itu, Amru telah mengambil tindakan pantas untuk meminta bantua

ketenteraan daripada Khalifah Umar dan termasuklah perkhidmatan empat pejuang Islam
yang perkasa iaitu al-Zubair bin Awwam, Ubadah bin Samit dan Miqdad bin Aswai
dianggotai oleh 4000 orang tentera. Gabungan yang mantap ini telah mencetuskan
serangan yang cukup mantap daripada tentera Islam melalui teknik serangan 3 penjuru
secara bertubi-tubi. Kemenangan ini akhirnya berjaya meletakkan negeri Mesir di bawah
pemerintahan Khalifah Umar semasa Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin.

RAHSIA KEJAYAAN TENTERA ISLAM KHALIFAH UMAR


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa semasa Kerajaan Khulafa Al-Rasyifin di bawah
pemerintahan Khalifah Umar, empayar Islam telah berkembang dengan begitu luas sekali
dan mencapai kemajuan yang cukup memberangsangkan. Terdapat beberapa sebab yang
menjadi kunci kepada kejayaan tentera Islam menakluki wilayah-wilayah taklukannya.
Perkara yang penting sekali adalah kekuatan jiwa dan keyakinan serta keteguhan iman
setiap anggota tentera Islam. Mereka telah meletakkan perjuangan mereka berdasarkan
keimanan kepada Allah dan yakin akan ketentuan Allah sama ada ditakdirkan hidup atau
mati syahid di medan perang. Meskipun mereka tidak mempunyai kehebatan alatan perang
seperti musuh, namun keyakinan terhadap Allah ini telah meningkatkan semangat tentera
Islam untuk berjuang habis-habisan di jalan Allah. Selain daripada itu juga, tentera Islam
telah mendapat didikan daripada sifat-sifat mulia pemimpinnya bermula dari Nabi
Muhammad S.A.W yang sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam perjuangan mereka.
Perkara ini telah banyak menarik perhatian mereka yang bukan Islam dan melembutkan hati
mereka untuk menerima pemerintahan Islam yang berlandaskan kepada kesejahteraan dan
keadilan hidup masyarakat. Begitu juga semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab.
Beliau sendiri berlaku adil dan mengingatkan pengikutnya agar sentiasa ikhlas melakukan
35 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 168
28

sesuatu perkara dengan berniatkan kerana Allah. Segala perlaksanaan dasar peperangan
dilakukan mengikut lunas-lunas keadilan. Sebagai contoh orang tua, kanak-kanak dan kaum
perempuan serta rumah ibadat tidak perlu diganggu. Malah pemerintah Islam juga tidak
pernah memungkiri janji dan melakukan pengkhianatan. 36 Inilah yang menjadi kunci
perluasan Islam ketika Zaman Pemerintahan Khalifah Umar.
Penutup
Penaklukan wilayah-wilayah semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bukan
sahaja terhadap wilayah-wilayah yang telah dibincangkan di atas, malah empayar Islam juga
berkembang luas melalui penaklukan negeri-negeri dan wilayah-wilayah seperti Hulwan,
Mosul, Hamadzan, Al-Bab, Khurasan, Mukran, Syam dan sebagainya. Perluasan kuasa ini
memperlihatkan bagaimana Islam berkembang ke perbatasan sempadan negeri India di
sebelah Timur dan Afrika Utara dam Laut Mediterranean. Kewibawaan pemerintahan
Khalifah Umar dengan dibantu oleh panglima perang yang pakar telah berjaya meluaskan
empayar Islam dan menjadikan Islam sebagai sebuah kuasa yang kukuh ketika Zaman
Khulafa Al-Rasyidin. Rahsia kejayaan tentera Khalifah Umar ini pada dasarnya terletak
kepada prinsip-prinsip yang dijadikan pegangan oleh tentera Islam. Yang pasti niat mereka
adalah untuk berjuang di jalan Allah untuk mengembangkan agama Islam .
BAB 5 : PENUTUP

Secara keseluruhnnya, dapatlah disimpulkan bahawa sumbangan serta perubahan


yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab semasa beliau memerintah zaman
Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin, umat Islam sememangnya telah banyak mencapai kemajuan
dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah politik, ekonomi, sosial pendidikan dan
sebagainya. Kebijaksanaan dan kewibawaan Khalifah Umar Al-Khattab sebagai pemerintah
telah berjaya meluaskan empayar Islam ke serata dunia. Sifat-sifat peribadi beliau sebagai
ketua Negara juga telah banyak menarik perhatian golongan bukan Islam untuk memeluk
agama Islam serta menyebarkan agama ini dengan meluas. Sumbangan dan perubahan
yang dibawa oleh Khalifah Umar ini juga telah mencipta satu sejarah keemasan buat negara
Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan bermula dari zaman dahulu hingga
masa kini. Melalui perubahan-perubahan yang diperkenalkan Khalifah Umar dalam
pemerintahnya, beliau dianggap sebagai seorang pemimpin Islam yang bijaksana dan
sentiasa berusaha untuk memajukan negara Islam.

36 Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, hlm. 172
29

Meskipun hanya dalam tempoh 10 tahun 6 bulan memerintah, Khalifah Umar alKhattab telah berjaya menundukkan kuasa besar seperti empayar Rom dan Parsi yang
akhirnya menjadi kuasa pemerintahan Islam. Sebagai ketua negara juga, Khalifah Umar
telah berjaya menyusun pentabdiran dengan baik dan sistematik meskipun memegang
wilayah pemerintahan yang begitu banyak. Sumbangan beliau bukan sahaja sebagai
pengasas sistem politik Islam, malah sebagai pelaksana undang-undang Syariah yang telah
memberikan wajah baharu kepada corak pemerintahan Islam sehingga masa kini. Khalifah
Umar juga turut melakukan peraturan keadilan Islam. Beliaulah yang mula-mula meletakkan
prnsip-prinsip keadilan dengan menyusun sebuah risalah yang disebut Dustur Umar atau
Risalah al-Qada. Secara kesimpulannya, kajian ini telah menjawap persoalan-persoalan
yang timbul mengenai kewibawaan dan sumbangan Khalifah Umar Al-Khattab yang telah
membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Islam. Malah Islam juga telah berjaya
meluaskan empayarnya melalui penaklukan pelbagai wilayah di Eropah mahupun di sekitar
Timur. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin telah mencapai
zaman Kegemilanganya sendiri semasa berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar AlKhattab.

Rujukan

Ab.Alim Abdul Rahim, Syed Idrus Syed Mat Zin. (1995). Tamadun Islam. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Dr Yazid. (2015). Jadi Pemimpin Hebat. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Dr Musthafa Murah. (2007). Kisah Hidup Umar Ibn Khattab. Jakarta: Penerbit Zaman
Khairuddin Hj Muhammad. (1979). Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

30

Mahayudin Hj. Yahaya, Ahmad Jelani Halimi. (1993). Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohd Jamil Mukmin. (1992). Sejarah Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Mudasir. (1989). Orientalisme

Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Mohd. FIkri Che Hussain. (2011). Awas Ancaman Orientalis Terhadap Kita. Selangor: Grup
Buku Karangkraf
Prof. Doktor Ibrahim Ali Syawat. (2013). Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta
Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. Johor: Perniagaan Jahabersa
Prof Dr. Amin Qudah. (2009). Sejarah Khalifah Rasulullah. Selangor: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Syaikh Muhammad Al-Khudri Bik. (2012). Perluasan Empayar Islam Khulafa Al-Rasyidin.
Johor: Perniagaan Jahabersa
Taha Husain. (1990). Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad Husain Haekal. (2015). Biografi Umar Bin Khattab. Cardova: Pustaka Cardova
Radieah Mohd Nor. (2013). Pengurusan Baitulmal Era Pemerintaham Khalifah Umar. No:
81-88
Budi Santoso. (2008). Metode Dakwah Khalifah Umar Bin Khattab. No : 42-51
Arifatul Husna. (2008). Kepemimpinan Khalifah Umar bin Khattab dan Umar bin Abdul Aziz.
No : 21-63
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=69:bibliografi-danlatar-belakang-saiyidina-umar-al-khattab-ra&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=19.
Laman web ini diakses pada 30/8/2015.

31

________________________________________________________

BAHAGIAN LAMPIRAN
32

_______________________________________________________

REFLEKSI INDIVIDU
NAMA : IBNA NUR WATUL BINTI PADLI
Syukur Alhamdulilah yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek Sejarah Islam
Sehingga Daulah Abbasiyyah bagi semester ini. Meskipun pada mulanya saya mengalami
sedikit kesukaran dalam memahami kehendak soalan, namun setelah mengadakan sesi
perbincangan bersama rakan di dalam kelas tugasan ini dapat saya siapkan dengan lancar.
Sepanjang saya menyiapkan

tugasan ini saya menimba banyak pengalaman dan

pengetahuan baharu khususnya dalam mengenali sejarah awal Tamadun Islam serta
perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman ini. Hasil pencarian maklumat bersama
rakan-rakan saya, kami dapat bertukar-tukar maklumat. serta

meningkatkan semangat

kerjasama dan daya interaksi saya dalam melakukan kerja secara kolaborasi.
Tugasan kerja kursus mengenai Sejarah Islam ini memerlukan saya menyiapkan dua
tugasan yang diberikan. Tugasan yang pertama ialah membuktikan fakta-fakta yang tidak
benar yang terkandung dalam sejarah Islam. Ibnu Khaldun sendiri ada mengatakan
mengenai kesalahan-kesalahan ahli sejarah Barat dalam menulis fakta-fakta sejarah Islam.
Melalui tugasan ini, saya secara langsung telah mempelajari tentang beberapa fakta yang
membicarakan mengenai zaman kemunculan Islam khususnya bermula dari Zaman
33

Jahiliyah, namun fakta ini ditulis mengikut persepsi sendiri oleh sejarawan Barat. Kesalahan
fakta ini menyebabkan timbulnya pandangan serong masyarakat Islam sendiri terhadap
bangsa Arab Jahiliyah meskipun hakikatnya zaman ini merupakan zaman kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W. Melalui pembacaan dan analisis yang dilakukan terhadap fakta-fakta ini,
saya sendiri dapat mendalami kebenaran fakta sejarah Islam yang seharusnya
diperbetulkan untuk tatapan generasi akan datang.
Sejarah peradaban Islam merupakan satu peristiwa yang tidak dapat dipisahkan
daripada kehidupan kaum Muslim pada masa kini. Oleh itu, adalah menjadi tuntutan kepada
kita untuk memahami sejarah Islam dengan bagi mendalam bagi memartabatkan sejarah
peradaban yang meninggalkan kesan cukup besar dalam pelbagai aspek kehidupan kita
masa kini. Melalui tugasan ini, saya bukan sahaja dapat mengenalpasti beberapa kesalahan
fakta mengenai sejarah Islam, malah saya juga dapat memahami bagaimana peradaban
Islam pada zaman Nabi Muhammad telah diangkat sebagai sebuah peradaban yang paling
sempurna dan dijadikan petunjuk kepada kita bagi memajukan diri melalui pembacaan yang
saya lakukan dalam pelbagai sumber. Tugasan ini juga menyedarkan saya tentang
keisitimewaan sejarah Islam dengan kemajuan-kemajuan yang dicapai sebelum wujudknya
Tamadun Eropah. Malahan Tamadun Eropah sendiri telah menjadikan Sejarah Islam
sebagai contoh yang wajar diikuti bagi mentamadunkan masyarakat sendiri.
Selain itu, terdapat juga tugasan yang meminta guru pelatih untuk menjalankan kajian
kes mengenai tokoh khalifah Ar-Rasyidin hingga zaman Bani Abbasyiah. Saya telah memilih
untuk melakukan kajian terhadap Khalifah Umar al-Khattab iaitu khalifah Islam yang kedua.
Pemilihan ini adalah kerana saya mendapati beliau mempunyai latar belakang yang cukup
menarik iaitu bermula daripada seorang penentang tegar ajaran Islam sehingga menjadi
khalifah yang sanggup mati memperjuangkan Islam. Apa yang mengagumkan saya adalah
kebijaksanaan Khalifah Umar ini serta kesungguhan beliau dalam usaha memajukan
masyarakat dan negara Islam dalam pelbagai bidang merangkumi aspek politik, ekonomi
dan sosial. Sesungguhnya, sikap tanggungjawab dalam diri tokoh ini seharusnya dijadikan
teladan khususnya kepada diri saya sendiri untuk terus memajukan bangsa melalui didikan
kepada murid-murid di sekolah kelak.
Selain itu, dalam menjalankan kajian kes mengenai mengenai Khalifah Umar ini, saya
telah menjalankan pembacaan mengenai pemerintahan kerajaan Khulafa Al-Rasyidin
bermula dari Khalifah Abu Bakar sehingga kepada Khalifah Umar Abdul Aziz. Hal ini
bertujuan untuk melihat sendiri perbezaan dan perubahan yang berlaku apabila setiap tokoh
ini memperkenalkan corak pemerintahan yang berbeza untuk memajukan masyarakat Islam
ketika ini. Pembacaan ini telah banyak meningkatkan pengetahuan saya tentang struktur
masyarakat Islam bermula dari Kerajaan Khalifah Al-Rasyidin sehingga memasuki Bani
Abbasiyyah. Perkara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana usaha-usaha yang
34

dilakukan oleh golongan tokoh ini zaman ini akhirnya berjaya menjadikan Kerajaan Khulafa
Al-Rasyidin zaman kemajuan masyarakatnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
Tugasan kerja kursus pada kali ini juga telah berjaya meningkatkan kemahiran saya
dalam mengaplikasikan kaedah penulisan sejarah kerana tugasan ini mengkehendaki agar
guru pelatih menghasilkan kajian kes mengenai tokoh sejarah Islam berdasarkan prosedur
penulisan yang ditetapkan. Meskipun telah mempunyai pengalaman dan menghasilkan
penulisan sejarah, namun tugasan ini mempunyai perbezaan kerana fokus utama kajian ini
adalah tokoh Islam. Oleh itu, semasa menghasilkan penulisan ini, saya juga turut belajar
untuk membuat penilaian terhadap faktafakta dan peristiwa sejarah yang berlaku semasa
Tamadun Islam. Proses penilaian ini berupaya meningkatkan kemahiran saya untuk
mentafsirkan fakta sejarah yang diperolehi dan menghubungkan peristiwa tersebut menjadi
kesatuan yang masuk akal. Sebagai contoh apabila saya membuat hubungkait pemikiran
dan sumbangan tokoh yang dipilih dengan kesannya kepada masyarakat tempatan ketika
itu. Sesungguhnya sebagai seorang yang mengambil kursus Sejarah, kemahiran penulisan
seperti ini amat penting untuk dikuasai. Pada pendapat saya, tugasan kerja kursus ini
sememangnya mempunyai kelebihan sendiri dan berupaya membantu saya meningatkan
kemahiran diri dalam memproses maklumat berasaskan disiplin Sejarah.
Melalui tugasan ini, saya belajar cara untuk menganalis dengan terperinci dan analitis
bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Dalam melaksanakan
tugasan ini juga, saya banyak menggunakan rujukan footnote bagi memantapkan lagi hujah
yang dikemukakan dalam setiap penulisan esei. Saya sedar sebagai seorang yang
mengambil kursus dalam bidang Sejarah, pengunaan sumber Sejarah yang sahih dalam
penulisan ilmiah sangat penting agar tidak berlaku sebarang kesangsian terhadap sumber
Sejarah. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat meningkatkan kemahiran berfikir
untuk menganalisis dan mentafsir sesuatu fakta dan hujah yang difahami dengan jelas
seperti segala fakta yang terdapat dalam peristiwa sejarah Islam yang dikaji.
Dengan menjalankan tugasan ini, saya memahami lebih mendalam berkenaan
dengan asal usul sejarah Islam serta kesinambungnya hingga kini. Saya merasakan
pengetahuan tentang sejarah Islam ini bukanlah berkisar kepada peristiwa sejarah sematamata tetapi intipati yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan kita. Dengan
memahami sendiri sejarah ketamadunan Islam ini, tidak hairanlah bagaimana mereka boleh
menjadi sebuah kuasa yang besar dan mampu menakluki negara-negara luar. Hal ini adalah
kerana kepemimpinan dan ketakwaan yang wujud dalam kalangan masyarakat Islam ketika
itu. Secara keseluruhanya, tugasan ini telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman
baru kepada saya. Saya merasakan tugasan pada kali ini telah membuka minda saya
bahawa tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah membentuk
sahsiah peribadi mereka agar berupaya mencapat matlamat hidup yang diinginkan. Malah
35

perkara yang membolehkan segala kompenan dalam masyarakat berfungsi dengan efisien
dan harmonis adalah nilai disiplin yang tinggi. Sesungguhnya segala pengetahuan dan
pengalaman yang saya perolehi semasa menjalankan tugasan ini membantu sebagai
persediaan untuk menjadi seorang guru yang efektif serta bijak melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid dan bukan sekadar menimba
ilmu, malah menerapkan nilai-nilai norma kehidupan dalam diri murid agar mampu
mencapai kesejahteraan diri, bangsa, agama dan negara seperti yang menjadi tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada pendapat saya juga, tugasan kerja kursus seperti ini harus di teruskan bagi
pelajar-pelajar yang mengambil major sejarah khususnya.Ini kerana tugasan kerja kursus
dapat meningkatkan kefahaman tentang sejarah Islam yang mampu memberi pengajaran
kepada kita. Selain itu, ilmu sejarah ini sangat penting sebagai persediaan untuk menjadi
guru masa akan datang agar sentiasa berusaha untuk menjelaskan kepada anak-anak didik
tentang sejarah tamadun dunia yang mengagumkan. Secara keseluruhannya, kerja kursus
yang diberi pada kali ini banyak memberi pengajaran serta kesedaran kepada kami sebagai
pelajar yang mengambil major sejarah untuk diajar kepada generasi masa hadapan.
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
NAMA

: IBNA NUR WATUL BINTI PADLI

KELAS

: PISMP 6G (SEJARAH)

MATA PELAJARAN

: SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYYAH

Tarikh
26/7/2015

Perkara

Tanda tangan pelajar

Menerima tajuk tugasan

Taklimat mengenai tugasan

Berbincang mengenai teknik kajian kes


bersama rakan dan pensyarah

Mencari maklumat

Mencari maklumat di perpustakaan


negara berkaitan sejarah Islam

36

Membuat analisis tajuk tugasan yang


dipilih.

28/7/201527/8//2015

Menyediakan maklumat-maklumat
berkenaan latar belakang tokoh

Berbincang dengan rakan sekelas


mengenai Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin

Mengenalpasti wilayah taklukan Khalifah


umar

Menganalisis maklumat

Membuat rujukan dari pelbagai jenis


sumber

Melakukan semakan bersama pensyarah

Melakukan penambahbaikan terhadap


kesalahan dari segi teknikal dan kualiti
soalan

29-31/3/2015

3/9/2015

Semakan terakhir

Penambahbaikan

Menyiapkan tugasan

Menghantar tugasan kerja kursus

37

You might also like