You are on page 1of 16

TAJUK 9 :

SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN


ISLAM DI ANDALUS (SEPANYOL) DAN
PENGALIRAN KE EROPAH :
FAKTOR DAN KESAN

DISEDIAKAN OLEH : SAFWAH BINTI BASIR


MATRIK NO : 2016605736
KUMPULAN : NBMSF2A
SUBJEK : CTU151
DISEDIAKAN UNTUK : WAN ISMAIL BIN MUHAMAD
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK MUKA
SURAT
1 PENGHARGAAN 2
2 PENDAHULUAN 3-4
3 FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI 5-10
ANDALUSIA
4 KESAN KEBANGKITAN EROPAH 11-13
5 KESIMPULAN 14
8 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 15

PEMARKAHAN
1 PENDAHULUAN /1
2 ISI DAN HURAIAN /8
3 KESIMPULAN /2
4 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI /2
5 ETIKA MORAL & PROFESIONAL /2
JUMLAH /15

1
1) PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UiTM

khasnya Encik Wan Ismail Bin Mohamad kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya

untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada rakan sekelas kerana telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk

ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga

berterima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah memberikan nasihat dan galakan

kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, Encik Basir Bin Pairin dan Puan Fatimah Binti

Mohamad, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberikan sokongan moral dan kewangan

kepada saya sepanjang masa.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu

saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

2
2) PENDAHULUAN

2.1 SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ANDALUS (SEPANYOL)

DAN PENGALIRAN KE EROPAH

Andalusia atau Andalus bermaksud kehijauan di penghujung musim panas merupakan

sebuah kerajaan islam (711M-1492M) yang terkenal dan merupakan suatu daerah yang terlalu

asing di mana tidak terfikir pada mata kasar manusia pada awal abad pertumbuhan islam di

Timur Tengah. Andalus juga kini adalah sebahagian daripada negara maju iaitu Sepanyol/Sicily

dan juga Portugal.

Islam telah melahirkan mujahid seperti Musa Bin Nusair, Tariff dan Tariq Bin Ziyad

yang menjadi tokoh-tokoh terunggul dan pemerintah Bani Umayyah di Andalus dan beberapa

kerajaan kecil selepasnya telah berjaya menghasilkan satu ketamadunan yang tidak dapat

ditandingi oleh mana-mana kuasa sebelum ataupun sezaman dengannya. Tetapi akhirnya runtuh

yang berpunca daripada kelemahan dan perpecahan di kalangan umat islam sendiri.

Andalusia telah menduduki oleh bangsa Phoenician yang menemui wilayah Cadiz, pada

abad ke 9SM. Kemudian, Grek menakluki Andalusai pada abad ke 3SM. Di bawah pemerintahan

Rumawi antara 210 hingga 206SM, Andalusia telah menjadi tempat kelahiran kerajan Trajan dan

Theodosius I. kemudian, pada abad ke 5M andalus jatuh ke tangan bangsa Yahudi dan Vandal

dan diikuti oleh pemerintahan kerajaan Visigoth pada tahun 530M.

Pada tahun 711M, kerajaan islam iaitu, kerajaan Bani Umayyah berjaya menakluki

Andalusia daripada cengkaman pemerintahan Visigoth yang bersifat kuku besi. Kemudian,

3
kerajaan-kerajaan kecil menguasai Andalusia selepas kejatuhan kerajaan Bani Umayyah bermula

dari tahun 1031M.

Secara geografinya, Andalus terletak di benua Eropah dan mempunyai keluasannya kira-

kira 504,750KM persegi. Kawasan jajahan Andalusia termasuklah Portugal, Selatan Perancis

hingga Pulau Elearic dan terkecuali daripada bahagian utara yang di bawah taklukan Kristian

Leon. Andalusia meliputi sebahagian besar semenanjung Iberia yang terletak di bahagian selatan.

4
3) FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI

ANDALUSIA
3.1 SIKAP PEMERINTAH

Amir-amir menjalankan pemerintahan dnegan tegas dan mengambil tindakan segera.

Contohnya Abdul Rahman I, telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah

yang berlaku seperti mengukuhkan pentadbiran dan benteng negara dengan menubuhkan

division tentera yang diketuai oleh hamba-hamba dari utara Pyrenees dan juga berhati-hati

memilih pemimpin selepasnya kelas.

Selain itu, Abdul Rahman II (822-852) banyak mendirikan insitusi keilmuan di setiap

Kota Andalus dan juga menggalakkan saujana-saujana dari luar Andalus datang mengajar di

institusi tersebut untuk masyarakat umum. Hisyam I terkenal kerana berjasa dalam menegakkan

hukum islam, dan Hakam I dikenali sebagai pembaharuan dalam bidang ketenteraan. Sedangkan

Abdul Rahman II dikenali sebagai pentadbir yang cintakan ilmu.

3.2 SIKAP MASYARAKAT

Masyarakat islam Andalus menaruh perhatian besar terhadap kegiatan keilmuan. Minat

mereka dalam mencari dan mendalami berbagai bidang ilmu pengetahuan amat dikagumi. Setiap

lapisan masyarakat Andalus bermula daripada para pemerintah sehingga masyarakat awam tidak

kira lelaki atau wanita, sama-sama berlumba-lumba untuk mempelajari dan mendalami pelbagai

cabang ilmu pengetahuan. Minat mereka terhadap pelajaran tidak terbatas atau cukup di dalam

5
negara mereka sahaja, tetapi mereka sanggup merantau dan mengembara semata-mata untuk

mencari dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Masyarakat Andalus juga amat berminat dalam pengumpulan buku-buku ilmiah daripada

pelbagai bidang. Minat mengumpulkan buku ini dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat di

Andalus termasuk wanita dan golongan hamba. Bagi golongan wanita yang miskin, mereka juga

tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang keilmuan dengan bekerja sebagai

penyalin kitab suci al-Quran dan buku-buku ilmiah lain.

3.3 GESAAN AL-QURAN DAN HADIS

Islam menegaskan umatnya untuk mengambil berat terhadap kemajuan ilmu

pengetahuan. Melalui al-Quran dan al-Sunnah, umat islam digesa supaya berusaha menambah

ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akala fikiran yang telah dikurniakan oleh

Allah. Umat islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan dan

kepentingan masyarakat islam. Tanpa pengusaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut

dan tidak memungkinkan umat islam mencapai kestabilan dan keselesaan dalam kehidupan

sebagai individu, masyarakat dan negara.

Kehadiran islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Ramai kalangan umat

islam yang berhijrah ke Andalaus memainkan peranan penting dalam bidang perkembangan

intelektual. Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan muncul sebagai sebuah obor

yang menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu. Sejarah mencatatkan bahawa di bawah

pemerintahan dan pentadbiran islam hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Malah

umat islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah

6
kearah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencukupi seluruh dimensi spiritual, fizikal dan

intelektual.

3.4 KESUNGGUHAN ULAMA

Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah

kesungguhan pada ulama. Semasa pembukaan Andalus pada cendikiawan dan ulama islam telah

sama-sama datang sebagai tentera. Mereka membawa bersama ilmu dan pengalaman untuk

dikembangkan dan dicurahkan kepada penduduk Andalus. Pada peringkat awal, ulama

berperanan menerangkan akidah dan menyelesaikan soal-soal asas yang dihadapi seperti ilmu

syariat dan bahasa. Kemudian mereka turut menyebarkan ilmu pengetahuan dan memberikan

glaakan kepada masyarakat untuk mendpatkan ilmu.

3.5 AKTIVITI PENTERJEMAHAN

Pusat penterjemahan yang terpenting di Andalus ialah di Toledo. Pelbagai karyaa arab

diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin. Antara penterjemah yang terbaik ialah Bathras Al-Funsi

dan Hanna Al-Eshbily. Pusat-pusat pendidikan Arab-Latin banyak disediakan di Toledo dan

Seville. Golongan yahudi juga banyak memainkan peranan memterjemahkan karya arab ke

bahasa latin. Antaranya ialah Solomon ben Gabirol dan Moses Be Maimoon yang merupakan

sarjana dan ahli falsafah terkenal. Ilmi-ilmu yang diterjemahkan adalah meliputi bidang

kejuruteraan, astronomi, kimia, perubatan, falsafah dan sebagainya.

7
Ringkasnya, aktiviti penterjemahan ini telah mencipta sejarah untuk masyarakat Eropah

yang pada ketika itu berada dalam zaman kegelapan pada abad pertengahan telah beransur-ansur

menuju ke zaman Renaissance. Tetapi malangnya, perkembangan ilmu sains dan teknologi di

barat tidak seperti perkembangan ilmu dalam tamadun islam kerana ilmuan mereka memisahkan

ilmu dari agama yang menafikan Tuhan sehingga melahirkan fahaman Ateis dan materialism.

Oleh sebab itu, barat moden muncul dengan sikap permusuhannya terhadap agama.

3.6 KESTABILAN ANDALUSIA

Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalusia turut menjadi penyumbang kepada

perkembangan ilmu pengetahuan. Keistimewaan komuniti Andalusia yang bersiafat multi-racial

seperti islam, yahudi dan kristian mewujudkan daya saing dan budaya ilmu memberangsangkan.

Ia juga melahirkan ulama dan ahli fikir daripada pelbagai bangsa. Sikap dan corak pentadbiran

pemerintah yang tidak membezakan antara islam dan bukan islam member dorongan kepada

semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu, fenomena kepelbagaian bangsa, budaya and

tamadun telah memperkayakan dan memantapkan identiti, komuniti dan intelektual. Di samping

sikap pemerintah, kerjasama para ulama dan cendikiawan serta penyertaan masyarakat secara

kolektif meningkatkan kecemerlangan ilmu pada masa itu.

Pemerintah turut menggalakkan wanita dalam aktivi keilmuan. Mereka diberi kesempatan

untuk belajar daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Selepas itu mereka dilibatkan pula

dalam usaha-usaha mengumpul dan mengemaskini buku-buku di perpustakaan. Antara yang

terkenal ialah Maznah, penulis kepada Khalifah Nasirudindullah and Aisyah Binti Ahmad

Khadim, seorang yang mahir dan pakar dalam kesusasteraan dan seni khat.

8
3.7 PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN

Perpustakan merupakan institusi yang memainkan peranan penting bagi pertumbuhan

seterusnya perkembangan institusi pengajian ilmu. Ia merupakan tempat untuk mengumpul

bahan-bahan atau sumber-sumber ilmu pada zaman lalu dan kini yang digunakan sebagai rujukan

bagi menimba ilmu pengetahuan. Ketika institusi perpustakaan sedang giat berkembang di

wilayah islam di bahagian timur di bawah kekuasaan Bani Abbasyiah di Baghdad, Andalusia di

bawah pemerintahan Bani Umayyah juga giat membangun dan memperkembangkan institusi

tersebut.

Perpustakaan Diraja Cordova adalah perpustakaan rasmi pertama didirikan di Andalusia yang

diasaskan oleh Abdul Rahman II. Perpustakaan ini kemudiannya diperbesarkan oleh Abdul

Rahman III. Perpustakan ini memiliki ratusan ribu kitab dalam ratusan ribu judul. Al-Hakam II

mengambil inisiatif menghantar wakil-wakilnya mencari dan mengumpulkan buku-buku yang

terdapat di seluruh jajahan islam. Bukubuku tersebut disimpan dalam perpustakaan Diraja

Cordova. Beliau juga mengalakkan rakyat Andalusia belajar di Timur Tengah terutama di

Kahera, Baghdad dan Damsyik untuk mendalami ilmu perubatan, arkitektur dan sains tulen.

Mereka digalakkan membeli dan membawa buku-buku balik ke Andalusia setelah tamat

pengajian.

Pada zaman Al-Hakam II terdapat sebanyak 70 buah perpustakaan awam tidak termasuk

perpustakaan Diraja dan 1000 buah institusi pengajian tinggi yang terdapat di semua bandar yang

mempunyai perpustakaan masing-masing. Ratusan pekerja terlibat bertugas di setipa

perpustakaan yang didirikan berhampiran setiap university. Pekerja-pekerja juga ditugaskan

9
menyalin dan menghias buku-buku baru serta mengedarkannya secara percuma kepada para

sarjana di seluruh Negara.

Terdapat juga perpustakaan persendirian yang didirikan oleh golongan bangsawan dan para

sasterawan. Perpustakaan persendirian terkenal ada zaman itu ialah Ibn Futais di Cordova.

Perpustakaan Yusuf bin Ismail, salah seorang menteri Granada mempunyai perpustakaan

terkenal di Granada. Kaum wanita juga tidak ketinggalan dalam usaha membuat koleksi buku

dan menubuhkan perpustakaan. Antara wanita termasyur yang memiliki perpustakaan peribadi

ialah Aisyah binti Ahmad Mohd. Khadim yang merupakan salah seorang wanita terpelajar pada

zaman itu. Perpustakaan beliau adalah antara yang mempunyai koleksi buku terbanyak.

10
4) KESAN KEBANGKITAN EROPAH
4.1 BIDANG PEMIKIRAN

Ahli falsafah islam Ibnu Tufyal dengan karyanya Hay Ibn Yaqzan yang

mengungkapkan bahawa manusia mengetahui Allah tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi

pemikiran orang barat. Karya ini telah diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Roger Bacon.

Begitu juga Ibn Ruysd, telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada

abad ke-16 Masihi, falsafah Ibn Ruysd telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di

Itali.

4.2 BIDANG MATEMATIK

Ramai penuntut eropah yang datang mengajar di Andalus. Penuntut-penuntut ini telah

muncul sebagai pakar dalam bidang tersebut termasuklah Adalard telah menterjemahkan karya

Al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan saintifik. Beliau telah

menggunakan nombor-nombor Arab dalam terjemahannya. Seterusnya Gelbert of Aurillic juga

salah seorang pakar yang mempelajari ilmu matematik dan astronomi yang pada ketika itu masih

dilarang di Eropah. Beliaulah yang memperkenalkan bentuk angka arab Andalus yang dikenali

dengan huruf Al-Ghubbar ke Eropah.

11
4.3 BIDANG ASTRONOMI

Terdapat beberapa karya karangan Abi Masyar dan jugaa Khawarizmi telah

diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Adalard of Bath dan John of Seville. Ini telah dibuktikan

dengan beberapa istilah yang dipinjam daripada bahasa arab untuk kajian mereka.

4.4 BIDANG SENI BINA

Seni bina islam turut mempengaruhi cirri-ciri seni bina Eropah. Antara binaan menara

dan kubah terkemuka di San Miguel De Escolada turut merupakan kubah yang terpengaruh.

Keadaan yang sama berlaku dalam binaan kubah-kubah Perancis iaitu di akhir kurun

11M seperti di hospital, Sarini-Balaise dan kubah gereja Saint-Croux De Oloron yang terdapat

persamaan dengan kubah masjid Al-Bab Al-Mardum di Tuyaltulah (Toledo)

Hiasan-hiasan berbentuk tumbuan dan geometri yang mempunyai kehalusan kesenian

arab sangat berkesan dalam kesenian Eropah dan turut dikenali dengan nama (Ara Bisque) ,

ditambah juga dnegan khat al-kufi iaitu kesenian yang berbetuk lukisan yang cantik dan halus

dan berkembang di eropah dengan pesatnya.

4.5 HUBUNGAN DIPLOMATIK

Perkembangan intelektual yang pesat di Andalus telah menarik perharian raja-raja di

Eropah seperti pemerintah Jerman, Perancis, Britain dan Itali. Contohnya Raja Philips telah

menghantar dutanya menemui Khalifah Hisham I, semata-mata untuk membuat penyelidikan

terhdap undang-undang yang diamalkan di Andalus. Begitu juga dengan raja Jerman yang

12
menghantar satu misi akademik yang diketuai oleh Weelmin. Raja George II dari England pula

telah menghantar anak saudaranya Putera Dubani mengetuai 8 rombongan yang terdiri daripada

8 orang ke Andalus pada awal abad ke 15H dengan tujuan untuk menimba ilmu pengetahuan di

andalus.

4.6 PEPERANGAN SALIB

Tidak dapat dinafikan bahawa cara hidup umat islam yang telah mengalami zaman

kegemilangan tamadun berjaya memikat hati tentera Salibiyyah. Contohnya, mereka mula

mengenali manisan gula di mana sebelum ini orang Eropah lebih mengenali manisan madu

lebah. Perkataan sugar (inggeris) di pinjam daripada perkataan sakkar (arab) oleh orang Eropah

semasa perang salib. Mereka juga mengambil berat mengenai kebersihan islam sewaktu perang

salib pada masa itu. Perkataan sabun atau soap (inggeris) berasal daripada bahasa Arab iaitu

sobun.

Mereka telah meniru banyak hal ehwal berkaitan dengan teknologi dan seni peperangan

daripada tentera-tentera islam. Contohnya, cara membuat senjata manjanik, menggunkan perisai

dan cara komunikasi menerusi burung merpati.

4.7 AKTIVITI PERDAGANGAN

Pedagang-pedagang dari negara-negara islam telah mempunyai hubungan yang rapat

dengan para pedagang islam dari Andalus. Pelbagai sistem nilai dan keilmuan islam berjaya

dikuasai oleh masyarakat Kristian melalui pada pedagang ini.

13
5) KESIMPULAN
Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan orang Islam kepada orang Eropah adalah

sangat berharga. Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Eropah pada hari ini adalah

sumbangan daripada orang Islam. Orang Eropah banyak berhutang budi kepada orang Islam.

Tetapi akibat perpecahan umat lslam dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan lslam,

tamadun ini tidak dapat dikekalkan malah digantikan dengan kebangkitan Eropah ataupun

dikenali sebagai Zaman Renaissance. Zaman kegemilangan dan keunggulan umat lslam hanya

ada di Andalus suatu masa dahulu.

Umat lslam di era globalisasi ini pula amat sukar untuk berdiri megah seperti tamadun

lslam di Andalus. Namun sumbangan tamadun lslam di Andalus dapat menarik minat orang

Barat untuk mengubah hidup mereka yang berada di zaman kegelapan pada masa itu

terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mesti bersatu-

padu dalam mempertahankan Islam dari ancaman musuh sama ada melalui fizikal atau mentaliti.

Umat lslam di era globalisasi ini pula amat sukar untuk berdiri megah seperti tamadun

lslam di Andalus. Namun sumbangan tamadun lslam di Andalus dapat menarik minat orang

Barat untuk mengubah hidup mereka yang berada di zaman kegelapan pada masa itu

terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mesti bersatu-

padu dalam mempertahankan Islam dari ancaman musuh sama ada melalui fizikal atau mentaliti.

14
6) RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
6.1 - http://kekeringan.blogspot.my/sejarah-peradaban-islam-di-andalusia

6.2 - http://www.tarbawi.my/2013/06/kisah-jatuh-bangun-pemerintahan-islam.html

6.3 - Merduati, Runtuhnya Kekuasaan Islam di Spanyol dan Implikasinya Terhadap Umat Islam

di Eropa, Banda Aceh: Ar-Raniry Press, 2007

6.4 - Journey to Andalusia, Marfuah Parji Astutu, Penerbit : Bhuana ilmu popular, cetakan ke-1,

2016

6.5 - Bangkit dan runtuhnya Andalusia, DR. Raghib As-Sirjani, penerbit : Pustaka AL-Kautsar,

2004

6.6 - Pengantar Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam, Ramawan bin Ab. Rahman, Penerbitan

Alambaca Sbn Bhd,Cetakan kedua 2012

15

You might also like