You are on page 1of 21

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYA

AIL2005
SEJARAH ISLAM DI ASIA TENGGARA

SOALAN 5:

PENGARUH PAN-ISLAMISME DAN TURKI UTHMANIYAH BERJAYA


MENYEMAI KESEDARAN AWAL TERHADAP POLITIK DALAM
KALANGAN UMAT ISLAM DI ASIA TENGGARA SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA. BINCANGKAN

NAMA MUHAMMAD ALI UTHMAN BIN MOHD NAZRI


NO MATRIK AIL190020 / 17203091/1
SEMESTER 2
SESI 2020/2021
PENSYARAH DR. ARBA’IYAH BINTI MOHD NOOR
HARI & MASA KHAMIS – KUMPULAN D
TUTORIAL (4.00 PM-5.00 PM)
Pengenalan

Pan-Islamisme adalah sebuah gerakan kesatuan umat Islam yang bertujuan untuk

memperkukuhkan lagi penyatuan ummah antara orang Islam di seluruh dunia. Orang

Islam terdiri daripada pelbagai bangsa, suku, latar belakang, bahasa, dan budaya daripada

seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, pengaruh Pan-Islamisme amat penting dalam membentuk

perpaduan umat Islam dan perkara ini amat dituntut bagi menjaga kemaslahatan ummah.

Nabi Muhammad S.A.W dan para khalifah Islam yang lain turut memberikan penekanan

kepada perpaduan umat bagi membentuk sebuah Tamadun Islam yang gemilang dan

disegani oleh masyarakat agama lain. Namun, perpaduan ini dilihat semakin lama

semakin menampakkan keretakkan kerana kuasa Eropah telah mula berjaya menjajah

beberapa wilayah Empayar Islam. Oleh hal yang demikian, telah muncul idea gerakan

Pan-Islamisme yang dicetuskan oleh seorang ulama Islam iaitu Jamaluddin Al-Afghani.

Pan-Islamisme telah mula berkembang ke serata dunia sekitar abad ke-19 sehingga awal

abad ke-20. Pan-Islamisme ini turut dikenali sebagai Ittihad al-Islamiyah, Al-Wihdah al-

Islamiyah, dan Al-Jama’ah al-Islamiyyah.1 Gerakan Pan-Islamisme ini telah

diperkembangkan lagi sewaktu zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dibawah

daulah kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Beliau berusaha untuk menyebarkan pengaruh

Gerakan Pan-Islamisme dengan lebih meluas ke seluruh dunia supaya umat Islam sedar

akan konsep perpaduan ummah dan dapat memperkuatkan kembali kerajaan Islam.2 Hal

ini kerana, banyak wilayah-wilayah kekuasaan Islam telah ditekan dan dijajah oleh kuasa

1
Zulhelman Roslan & Ermy Azziaty Rozali, “Polisi Pan-Islamisme semasa Pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II
(1876-1909M)”, ISLAMIYYAT : The International Journal of Islamic Studies, Jil. 39 No. 1, August 2017, hlm. 71-
72
2
Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala
Lumpur : Univeristy of Malaya Press, 2005, hlm. 89
Eropah. Para ulama juga berperanan dalam menyebarkan pengaruh Pan-Islamisme

sehingga berjaya dibawa masuk ke kawasan Asia Tenggara.

Usaha-usaha penyebaran pengaruh Pan-Islamisme

Jamaluddin Al-Afghani

Seperti yang kita ketahui idea pencetusan kepada Gerakan Pan-Islamisme telah

dibawa oleh Jamaluddin Al-Afghani. Nama penuh beliau ialah Sayyid al-Afghani bin

Safar. Beliau lahir pada tahun 1839 di Afghanistan dan meninggal dunia pada tahun

1897 di Istanbul, Turki. Pada usia kecil, beliau telah diajar tentang ilmu tafsir, ilmu

hadis, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, dan ilmu-ilmu agama yang lain.3 Jamaluddin Al-

Afghani bukan saja mahir dalam bidang agama malah beliau juga turut mahir dalam

ilmu sains dan fasih bercakap dalam beberapa bahasa seperti Arab, Parsi, Turki, Russia,

dan Inggeris.4 Beliau mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang pentadbiran negara

dan politik. Hal ini kerana, beliau pernah dilantik menjadi sebagai penasihat kerajaan

dan Perdana Menteri di Afganistan. Selain pernah berkhidmat di dalam dunia politik di

Afghanistan, Jamaluddin Al-Afghani juga pernah turut terlibat dalam pentadbiran di

India, Iran, Mesir, dan Turki. Sebagai contoh, beliau pernah dilantik sebagai anggota

Majlis Pendidikan di Turki pada tahun 1870 dan menjadi Menteri Penerangan di Iran.5

Pada tahun 1876, telah berlakunya peningkatan campur tangan kuasa orang Inggeris di

dalam pentadbiran di Mesir menyebabkan beliau berasa terpanggil untuk turut terlibat

3
H.M Yusran Asmuni, Aliran modern dalam Islam : Mengenal Pokok-Pokok Pemikiran Para Pmukanya,
Surabaya : Al-Ikhlas, 1998, hlm. 42
4
Ibrahim Nasbi, “Jamaluddin al-Afghani (Pan-Islamisme dan Ide Lainnya)”, Jurnal Diskursus Islam, Jil. 7, No. 1,
April 2019, hlm. 71-72
5
H.M Yusran Asmuni, Aliran modern dalam Islam : Mengenal Pokok-Pokok Pemikiran Para Pmukanya, Ibid,
hlm. 41-42
di dalam dunia politik disana. Maka, pada tahun 1879 Jamaluddin Al-Afghani telah

menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai al-Hizb al-Wathani (Parti Nasional) bagi

mengekang pengaruh Inggeris untuk terus meresap di dalam politik negara Islam.6

Selain bergiat aktif di dalam bidang politik, Jamaluddin Al-Afghani juga turut

aktif menghasilkan pelbagai penulisan bagi menyebarkan lagi pengaruh idea-idea Pan-

Islamisme di serata dunia. Antara karya penulisan terkenal yang dihasilkan oleh beliau

ialah sebuah majalah yang dikenali sebagai al-Urwah al-Wuthqa. Majalah ini telah

diterbitkan sebanyak 18 edisi bermula daripada bulan Mac 1884 sehingga Oktober 1884.7

Dalam penulisan ini, beliau sering kali menegaskan tentang kepentingan dan kebaikkan

perpaduan umat Islam daripada seluruh dunia. Umat Islam hendaklah bersatu bagi

membina semula kekuatan kerajaan Islam yang kini dilihat semakin lemah kerana diasak

oleh kuasa-kuasa Eropah. Jamaluddin Al-Afghani berpandangan bahawa, orang Islam

akan kembali kuat dan bertambah maju jika mereka bersatu hati serta membentuk sebuah

kerjasama yang baik antara satu sama lain. Mudah kata, beliau melihat kesatuan antara

umat Islam adalah sebuah bentuk senjata yang kuat dalam membina semula kegemilangan

kerajaan Islam.8 Beliau juga menyeru agar umat Islam kembali kepada ajaran yang

sebenar dan mempunyai pemikiran yang rasional dan maju. Beliau melihat pada waktu

itu bahawa penguasaan bidang sains telah berkembang pesat di Eropah. Oleh hal yang

demikian, orang Islam juga harus menguasai ilmu sains sesuai dengan peredaran zaman

dan menerima bentuk perubahan yang lebih moden bagi bersaing dengan kuasa-kuasa

6
Harun Nasution, Pembaharuan dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan, Jakarta : Bulan Bintang, 1975,
hlm. 52
7
Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Ibid,
hlm. 88
8
Harun Nasution, Islam Rasional : Gagasan dan Pemikiran, Bandung : Mizan, 2000, hlm. 46
Eropah.9 Dalam penulisan beliau yang berjudul “Persatuan Islam”, ada menyatakan

bahawa :

“ Umat Islam pada suatu ketika dahulu pernah bersatu dalam kesatuan umat di

bawah pemerintahan yang gilang gemilang. Pada waktu itu, umat Islam telah mencapai

kemajuan dalam pelbagai jenis bidang ilmu. Orang Islam terkemuka di dalam bidang

ilmu falsafah dan juga ilmu sains. Namun, apa yang dicapai oleh umat Islam sewaktu

zaman kegemilangan dulu kini hanya menjadi sejarah yang boleh dibanggakan saja.

Umat Islam harus sedar dan bangkit untuk membangunkan semula kekuatan kerajaan

Khilafah Islam serta mereka tidak boleh berdamai dan bekerjasama dengan pihak

penjajah iaitu kuasa Eropah.”10

Idea-idea Pan-Islamisme yang dibawa oleh Jamaluddin Al-Afghani ini telah

berjaya meraih perhatian ramai masyrakat Islam sehingga beliau dipanggil oleh Sultan

Abdul Hamid II iaitu pemerintah Daulah Uthmaniyyah untuk datang ke Istanbul pada

tahun 1892.11 Kedua-dua tokoh ini saling berbincang dan bekerjasama dalam melakukan

usaha-usaha untuk menyebarkan dan mengembangkan lagi idea-idea pengaruh Pan-

Islamisme. Maka, pengaruh Pan-Islamisme ini telah merebak dengan begitu meluas ke

serata dunia sehingga ke kawasan Asia Tenggara.

9
Ibid, hlm. 149
10
Oemar Amin Hoesin, Filsafat Islam, Jakarta : Bulan Bintang, 1975, hlm. 164
11
Abdul Sani, Lintasan Sejarah Pemikiran : Perkembangan Modern dalam Islam, Jakarta : Raja Grafindo
Persada, 1998, hlm. 43
Sultan Abdul Hamid II

Sultan Abdul Hamid II adalah pemerintah Daulah Uthmaniyyah yang ke-34 dan

beliau lahir pada tarikh 21 September 1842 di Istanbul, Turki bersamaan dengan 16

Sya’ban tahun 1258 Hijrah.12 Beliau telah memerintah kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah

selama 33 tahun bermula dari tarikh 31 Ogos 1876 sehingga 27 April 1909.13 Ketika

beliau memegang takhta pemerintahan, pelbagai isu dan masalah negara telah melanda

seperti sistem pentadbiran yang semakin lemah, kekuatan tentera yang semakin goyah,

berlakunya banyak pemberontakan di kawasan wilayah-wilayah jajahan, hutang kerajaan

yang semakin meningkat dan banyak lagi. Masalah-masalah ini telah memberi peluang

kepada kuasa-kuasa Eropah untuk mereka berusaha mengasak kerajaan Turki

Uthmaniyyah bagi menjatuhkan kerajaan Islam tersebut. Namun, perkara ini tidak

sedikitpun melemahkan semangat Sultan Abdul Hamid II untuk berusaha membina dan

membangunkan semula kekuatan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah yang dilihat semakin

lemah. Oleh hal yang demikian, Sultan Abdul Hamid II telah menggunakan unsur-unsur

pengaruh Pan-Islamisme di dalam polisi pentadbiran bagi memperkuatkan semula Daulah

Uthmaniyyah sebagai penanung kepada masyarakat Islam di seluruh dunia. Perkara ini

bertujuan juga untuk menyatukan hati orang-orang Islam yang dilihat kian pudar

semangat keIslaman di dalam diri mereka.

Antara sumbangan beliau dalam menyebarkan ideologi-ideologi Pan-Islamisme ke

serata dunia adalah dengan mewujudkan sistem rangkaian telegraf di seluruh kawasan

taklukan Daulah Uthmaniyyah. Kerajaan Turki Islam Uthmaniyyah meliputi kawasan

yang amat luas dimana wilayah-wilayahnya terpisah oleh padang pasir, gunung-ganang,

12
Ali Muhammad Ash-Shalabi & Samson Rahman (Editor), Dawlah al-`Uthmaniyah `awamil al-nuhud wa-asbab
al-suqut: Bangkit dan runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Jakarta Timur : Pustaka Al-Kautsar, 2003, hlm. 533
13
Muhammad Harb, Al Uthmaniyyun fi al tarikh wa al hadarah, Damascus : Dar al Qalam, 1989, hlm. 34
laut, dan sungai. Perkara ini jelas sekali menunjukkan bahawa keluasan Empayar

Uthmaniyyah amatlah luas menyebabkan mereka memerlukan sistem komunikasi yang

berkesan bagi memantau keamanan dan menyampaikan sebarang arahan daripada

pentadbiran pusat kepada kawasan wilayah-wilayah taklukan.14 Sultan Abdul Hamid II

juga ada menyebut bahawa :

“Ketika aku menaiki takhta, maka aku pun segera memasukkan jaringan telegraf

di segenap penjuru negeri, sementara pada waktu itu teknologi telegraf di segenap

penjuru negeri, sementara pada waktu itu teknologi telegraf belum masuk ke banyak

negara termasuk negara Eropa sendiri. Aku menjalankan projek pemasangan instalasi

jaringan telegraf yang mencapai 30,000 kilometer hingga menjangkau ke pelosok

kampung-kampung, di bawah pengawasan ketat diriku secara langsung.”15

Penggunaan telegraf ini dilihat amat penting kerana bukan sahaja dapat menyampaikan

sesuatu pesanan dengan lebih cepat dan berkesan, malah usaha ini juga mampu untuk

menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia. Perkara ini seiring dengan cita-cita Sultan

Abdul Hamid II dalam Gerakan Pan-Islamisme iaitu menyeru seluruh umat Islam untuk

bersatu hati dan memperkukuhkan semula kekuatan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah.

Selain itu, bagi menyebarkan lagi pengaruh Pan-Islamisme Sultan Abdul Hamid

II turut mewujudkan sistem pengangkutan dan perhubungan semasa zaman pemerintahan

beliau. Projek landasan kereta api Hijaz telah diperkenalkan bagi memudahkan perjalanan

jemaah haji untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-5 iaitu tuntutan menunaikan haji.

Hal ini kerana, rancangan pembinaan landasan kereta api ini bermula daripada Turki

14
Nik Zaitun Yunsi Ali & Mohd Roslan Mohd Nor, “Ketokohan dan Sumbangan Sultan Abdul Hamid II Sebagai
Khalifah Terakhir Dawlah Uthmaniyyah Berlandaskan Prinsip al-Quran dan al-Sunnah”, Journal of Ma’alim al-
Quran wa al-Sunnah, Jil. 14, No. 1, 2018, hlm. 92
15
Muhammad Harb & Masturi Irham, Mujiburrahman (Editor), Muzakkirat Sultan Abdul Hamid II : Memoar
Sultan Abdul Hamid II : Benteng Terakhir Khilafah Utsmani Dalam Menghadapi Yahudi Freemason dan Sekular
Liberal, Jakarta : Pustaka Al-Kautsar, 2013, hlm. 205
sehinggalah ke Mekah yang melalui kawasan Damsyik (Syria), Jordan, sehingga ke

Madinah.16 Landasan ini juga akan menghubungkan perjalanan dari Istanbul (Turki) ke

Haifa (Palestin).17 Perkara ini amat jelas menunjukkan bahawa Sultan Abdul Hamid II

amat menjaga kebajikan umat Islam dalam menunaikan tuntutan ibadah haji. Hal ini

demikian kerana, sebelum terjadinya pembinaan landasan kereta api Hijaz ini jemaah

haji terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh dan memakan masa yang lama untuk

sampai ke Mekah. Dengan adanya landasan kereta api ini, perjalanan jemaah haji akan

dapat dipercepatkan dan memberi keselesaan kepada mereka.18

Terdapat juga beberapa tujuan utama diatas dasar perlaksanaan landasan kereta

api ini antaranya ialah, bagi menghubungkan wilayah-wilayah taklukan Daulah

Uthmaniyyah serta mengembangkan lagi pengaruh Pan-Islamisme. Selain itu, landasan

kereta api ini juga bertujuan untuk mengawal semua wilayah taklukan bagi memberikan

taat setia kepada Daulah Uthmaniyyah. Seterusnya, pembinaan landasan kereta api ini

adalah untuk mempermudahkan urusan penghantaran tentera dan tugas pengaman ke

wilayah-wilayah yang diserang oleh pihak musuh ataupun berlakunya pemberontakan.19

Namun, landasan kereta api ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya sehingga ke Mekah.

Hal ini demikian kerana, berlakunya pemberontakan oleh penguasa Mekah iaitu Husein

bin Ali kerana bimbang akan pengaruh Daulah Uthmaniyyah terhadap kuasanya.

Tambahan pula, pada Perang Dunia Pertama pihak Arab telah membuat pakatan dengan

pihak Inggeris bagi menghancurkan laluan kereta api Hijaz menyebabkan sistem

pengangkutan ini tidak dapat digunakan lagi.20 Secara keseluruhannya, pembinaan

16
Bukhari Malek, Inilah Laluan Kereapi Daripada Istanbul Hingga Ke Mekah Yang Telah Gagal Direalisasikan,
https://www.thevocket.com/laluan-keretapi-hijaz/ (tarikh diakses pada 22 Mei 2021)
17
Ibid
18
Ibid
19
Ali Muhammad Ash-Shalabi & Samson Rahman (Editor), Dawlah al-Uthmaniyah awamil al-nuhud wa-asbab
al-suqut : Bangkit dan runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Jakarta Timur : Pustaka Al-Kaustar, 2003, hlm. 573
20
Ibid, hlm. 575
landasan kereta api Hijaz ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan perjalanan

jemaah haji, akan tetapi untuk tujuan dalam usaha-usaha memperkuatkan semula Daulah

Uthmaniyyah dan mengembangkan lagi pengaruh Pan-Islamisme. Dengan adanya sistem

pengangkutan kereta api ini banyak majalah, jurnal, akhbar, dan kitab mengenai Pan-

Islamisme dapat disebarkan ke serata tempat sehingga memasuki kawasan Asia Tenggara.

Perkara inilah yang menyebabkan pengaruh Pan-Islamisme semakin dikenali dan diambil

perhatian oleh masyarakat Islam di Asia Tenggara.21

Syed Mohamed al-Sagoff

Syed Mohamed al-Sagoff adalah salah seorang tokoh Islam yang menyebarkan

pengaruh Pan-Islamisme di Asia Tenggara khususnya di Singapura, Kepulauan Indonesia

dan Tanah Melayu. Beliau lahir pada tahun 1836 di Singapura dan merupakan seorang

saudagar yang terkenal pada waktu itu yang berketurunan Arab dari Hadramaut, Yaman.22

Mengikut salasilah keluarganya, atuknya iaitu Syed Abdul Rahman al-Sagoff telah mula

datang berdagang di Singapura pada tahun 1824.23 Syed Abdul Rahman telah

menubuhkan sebuah firma perniagaan yang bernama Alsagoff and Company pada tahun

1848 bagi menguruskan perniagaan barangan eksport Negeri-negeri Selat seperti kayu

balak, getah, sagu, kelapa, koko, dan kopi ke negara Arab dan Eropah.24 Alsagoff and

Company juga mempunyai kapal dagangan persendirian, kawasan perladangan, syarikat

21
Eeman Mohamed Abbas, Sultan Abd al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah : Peranan Gerakan
Nasionalis & Golongan Minoriti, Kuala Lumpur : Pustaka Salam, 2007, hlm. 224
22
Siti Noorasikin Tumiran, Ezad Azraai Jamsari, Kaseh Abu Bakar, Personaliti Termasyhur Singapura : Syed
Mohamed bin Ahmed Alsagoff, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV : Ulama Pemacu Transformasi
Negara, 2011, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor, hlm. 433
23
Ermy Azziaty Rozali, “Sayid Muhammad Al-Sagoff In Johore-Ottoman Sovereign Relations”, Advances in
Natural and Applied Sciences, Jil. 6, No. 6, 2012, hlm. 893
24
Ibid
permotoran, kilang kayu, dan bermacam lagi jenis perniagaan menyebabkannya menjadi

salah satu syarikat yang terkenal dan kaya pada waktu itu di Singapura.25 Setelah

kematitan Syed Abdul Rahman, syarikat ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Syed

Ahmed dan kemudian diwariskan pula kepada cucunya, Syed Mohamed al-Sagoff. Syed

Mohamed al-Sagoff merupakan seorang yang terkenal dan dihormati kerana mempunyai

sebuah syarikat perdagangan yang besar. Malah, beliau juga turut mempunyai hubungan

persahabatan yang baik dengan pemerintah-pemerintah tempatan di kawasan Asia

Tenggara seperti Sultan Johor, Sultan Siak, Sultan Langkat, dan Sultan Pontiak. Syed

Mohamed al-Sagoff juga mempunyai hubungan yang baik dengan gabenor Negeri-negeri

Selat kerana telah bekerjasama dalam urusan mengeksport barangan ke negara-negara

Eropah.26 Beliau merupakan seorang yang sangat pemurah hati kerana banyak membantu

masyarakat Islam dengan memberi bantuan kewangan dan mendirikan sekolah (madrasah).

Keperibadian dan pencapaian beliau ini telah menyebabkan perkembangan pengaruh Pan-

Islamisme di Asia Tenggara menjadi semakin berleluasa.

Syed Mohamed al-Sagoff merupakan seorang tokoh Islam yang telah berjaya

mewujudkan hubungan diplomatik antara Kerajaan Johor dengan Daulah Uthmaniyyah.

Hal ini demikian kerana, beliau bersahabat baik dengan Sultan Johor iaitu Sultan Abu

Bakar dan telah menjadi pengiring peribadi Sultan Johor jika mempunyai urusan di luar

negeri. Sewaktu Sultan Abu Bakar mengadakan lawatan ke negara-negara Eropah, Syed

Mohamed al-Sagoff telah membawa Sutan Abu Bakar berjumpa dengan pemerintah

Daulah Uthmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II. Maka, wujudlah hubungan diplomatik

antara kerajaan Johor dengan Daulah Uthmaniyyah menyebabkan pengaruh Pan-Islamisme

semakin tersebar di Asia Tenggara khususnya di Johor dan Negeri-negeri Melayu yang

25
Saadiah Said, Penglibatan Keluarga Alsagoff Dalam Ekonomi Johor, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 49-50
26
Ibid
lain. Hubungan diplomatik ini dibuktikan melalui perkahwinan Sultan Abu Bakar dengan

seorang wanita Turki iaitu Hatice Hanim ataupun dikenali sebagai Che Khatijah Hanum.

Hatice Hanim merupakan seorang wanita yang disayangi bagi kerabat diraja Daulah

Uthmaniyyah. Beliau merupakan seorang pengelola di istana Khilafah Uthmaniyyah.

Selain itu, Ungku Majid iaitu adik bongsu kepada Sultan Abu Bakar turut mengahwini

wanita Turki iaitu Rukiye Hanim ataupun namanya juga disebut sebagai Ruqayyah

Hanim dan Ruqayyah Hanum. Setelah Ungku Majid mangkat, Rukiye Hanim berkahwin

pula dengan Syed Abdullah Syed Mohsin al-Attas iaitu seorang ahli perniagaan Arab

Hadrami. Namun, mereka telah bercerai dan Rukiye Hanim berkahwin pula dengan

Dato’ Jaafar Haji Mohamad iaitu seorang tokoh politik Johor. Hasil perkahwinan

Ruqayyah Hanim ini telah melahirkan beberapa tokoh-tokoh yang terkenal antaranya

ialah Ungku Abdul Aziz, Syed Naquib al-Attas, dan Dato’ Onn. Maka, jelaslah dapat

dilihat bahawa melalui perkahwinan ini telah wujudnya hubungan yang erat antara

Kerajaan Johor dan Daulah Uthmaniyyah.27

Syed Mohamed al-Sagoff juga telah dilantik sebagai wakil konsul untuk Daulah

Uthmaniyyah di Singapura. Hal ini kerana, beliau mempunyai pengaruh yang besar di

Singapura, Indonesia dan Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, Sultan Abdul Hamid

II telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai usaha penyebaran

pengaruh Pan-Islamisme di Singapura dan beberapa kawasan di sekitar Tanah Melayu.

Hasil daripada perlantikan tersebut, Syed Mohamed al-Sagoff telah dikurniakan pingat

Osmaniah Order daripada Sultan Abdul Hamid II sebagai darjah penghormatan beliau

27
Mohamad Shauki Mohd Radzi, Mohd Sohaimi Esa, Zaini Othman, “ELEMEN PAN-ISLAMISME DALAM
HUBUNGAN EMPAYAR UTHMANIYYAH DENGAN KERAJAAN KESULTANAN JOHOR DARI ABAD KE-18 MASIHI
HINGGA PERANG DUNIA PERTAMA”, Jurnal Kinabalu, Jil.26, No.2, Disember 2020, hlm. 44-45
dalam usaha menyebarkan Pan-Islamisme di Asia Tenggara. Perkara ini dapat dibuktikan

melalui catatan rekod British yang menyatakan:

“Based on British records, he had visited Europe and gone to Istanbul to meet

Sultan Abdul Hamid II to lobby for candidacy and support as Consul in Singapore”.28

Perkara ini jelas sekali membuktikan bahawa Syed Mohamed al-Sagoff mempunyai

semangat dan cita-cita yang tinggi bagi menyebarkan pengaruh Pan-Islamisme di serata

Asia Tenggara.

Syed Sheikh Al-Hadi

Syed Sheikh Al-Hadi merupakan seorang ulama Islam yang terkenal di Asia

Tenggara. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang dikenali di dalam sejarah

perkembangan agama Islam di Tanah Melayu, Singapura, dan Riau. Nama panjangnya

ialah Syed Sheikh bin Ahmad bin Hasan bin Saqaf al-Hadi. Beliau telah dilahirkan

pada tarikh 22 November 1867 di Kampung Hulu, Melaka. Beliau merupakan anak

kacukan Melayu-Arab dimana, ayahnya merupakan seorang berketurunan Arab dari

Hadhramaut manakala ibunya berketurunan Melayu Melaka.29 Pada usia tujuh tahun,

beliau sekeluarga telah berpindah ke Pulau Penyengat, Riau dan Syed Sheikh Al-Hadi

telah dijadikan anak angkat kepada Raja Ali Kelana iaitu Yang di-pertuan Besar Riau-

Lingga. Semasa di Riau, Syed Sheikh Al-Hadi telah didedahkan dengan pengajian

Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan pelbagai bidang ilmu agama. Setelah meningkat usia,

28
Ermy Azziaty Rozali, “Sayid Muhammad Al-Sagoff In Johore-Ottoman Sovereign Relations”,Ibid, hlm. 895
29
Noval Maliki, Nalar Pembaharuan dalam Pemikiran Pendidikan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi,
https://www.researchgate.net/publication/336304782_Nalar_Pembaharuan_dalam_Pemikiran_Sayyid_Syekh
_Ahmad_Al-Hadi (tarikh diakses pada 23 Mei 2021)
beliau telah dihantar ke Terengganu bagi meneruskan pengajian di institusi pondok.30

Syed Sheikh Al-Hadi gemar membuat pembacaan yang lebih luas daripada buku-buku

Arab dan Melayu, jurnal-jurnal dan surat khabar. Malah, beliau turut melibatkan diri di

dalam kelab Persekutuan Rasyidiyyah bagi mengembangkan lagi ilmu pengetahuannya.

Kelab ini terdiri daripada golongan ulama, penulis, golongan pelajar graduan daripada

negara Arab seperti Makkah dan Mesir, serta golongan bangsawan Islam Riau.31 Maka,

perkara ini telah memberikan pendedahan yang amat luas dan banyak kepada diri Syed

Sheikh Al-Hadi mengenai perkembangan dunia Islam sehingga beliau berasa terpanggil

untuk menyebarkan pengaruh Pan-Islamisme dengan lebih meluas di Asia Tenggara

khususnya di Tanah Melayu, Riau, dan Singapura.

Bagi menyebarkan lagi pengaruh Pan-Islamisme, Sheikh Al-Hadi bersama dengan

rakan-rakan seperjuangannya iaitu Abbas bin Mohd Taha, Sheikh Muhammad Tahir

Jalaluddin al-Azhari, dan Sheikh Muhammad Salim al-Kalali telah membuat penerbitan

Majalah al-Imam dan penubuhan sebuah sekolah iaitu Madrasah al-Iqbal pada tarikh 4

Februari 1908.32 Namun, perkara ini tidak bertahan lama kerana Madrasah al-Iqbal telah

ditutup kerana tidak mendapat sambutan yang ramai dan penerbitan Majalah al-Imam

juga turut diberhentikan. Akan tetapi, perkara ini tidak sedikitpun mengurangkan

semangat Sheikh Al-Hadi dalam menyampaikan dakwah dan pengaruh Pan-Islamisme.

Beliau telah berpindah ke Melaka dan juga mendirikan sebuah sekolah disana iaitu

Madrasah al-Hadi pada tahun 1915. Perkara ini adalah sebagai usaha untuk meneruskan

kesinambungan pembukaan madrasah dimana, pada peringkat awal Madrasah al-Iqbal

tidak dapat dibuka dalam tempoh yang lama di Singapura. Madrasah al-Hadi telah

30
Talib Samat, Syed Syeikh al-Hadi : Sasterawan Progresif Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1992, hlm. 9
31
Mohd Azrani Asran & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, “Reformasi Pendidikan al-Hadi dan al-Faruqi”,
ISLAMIYYAT : The International Journal of Islamic Studies, Jil. 37, No. 1, Dis. 2015, hlm. 41
32
Ibid
mendapat bantuan tajaan daripada Haji Abu Bakar bin Ahmad ataupun lebih dikenali

sebagai Haji Bachik. Malang sekali, sekolah ini juga turut tidak dapat bertahan lama

disebabkan oleh beberapa masalah. Perkara ini tidak melemahkan semangat Syed Sheikh

Al-Hadi, malah beliau telah berpindah ke Pulau Pinang bagi meneruskan lagi penyebaran

pengaruh Pan-Islamisme. Semasa di Pulau Pinang, beliau juga telah menubuhkan sebuah

sekolah iaitu Madrasah al-Masyhur pada tahun 1916. Sekolah ini masih berdiri dengan

kukuh sehingga ke zaman kini dan telah banyak melahirkan ramai intelektual Islam

yang lebih maju dan moden.33 Jelas sekali, beliau bukan sahaja menubuhkan sebuah

sekolah yang berasaskan pendidikan agama sahaja, malah mata pelajaran moden seperti

Matematik, Sains, Geografi, dan Bahasa Inggeris turut didedahkan kepada para pelajar

agar dapat membentuk sebuah masyarakat Islam yang lebih intelek dan berdaya saing.

Dari segi penulisan pula, Syed Shiekh Al-Hadi telah mengarang pelbagai jenis

buku bagi mengembangkan aliran Islam yang lebih moden dan pengaruh Pan-Islamisme

itu sendiri. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau ialah kitab al-Tarikh al-Islami

(1922), Alam Perempuan (1930), Tafsir Juz Amma (1927), Tafsir al-Fatihah (1928),

Hikayat Setia dan banyak lagi.34 Perkara ini jelas sekali menunjukkan bahawa, beliau

merupakan seorang tokoh Islam yang bersemangat dan bercita-cita tinggi dalam

menyebarkan aliran Pan-Islamisme agar masyarakat Islam menjadi lebih moden dan

maju. Perjuangan beliau ini telah memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam di

Asia Tenggara untuk bangkit memajukan diri disamping dapat memperkukuhkan lagi

nilai-nilai Islam di dalam diri mereka.

33
Ibid, hlm. 41-42
34
Noval Maliki, Nalar Pembaharuan dalam Pemikiran Pendidikan Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi,
https://www.researchgate.net/publication/336304782_Nalar_Pembaharuan_dalam_Pemikiran_Sayyid_Syekh
_Ahmad_Al-Hadi (tarikh diakses pada 25 Mei 2021)
Sheikh Ahmad al-Fatani

Sheikh Ahmad al-Fatani merupakan seorang tokoh Islam yang terkenal di

Nusantara. Beliau merupakan ulama pertama dari Alam Melayu yang menyusun dan

mengarang kitab-kitab berkaitan dengan ilmu Bahasa Arab dan aktif menyebarkan

pengaruh Pan-Islamisme di rantau Asia Tenggara. Nama penuh beliau ialah Wan Ahmad

bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa al-Fathani.35 Beliau telah lahir di Kampung

Jambu, Jerim Patani pada tarikh 10 April 1856 bersamaan dengan 5 Sya’aban 1272

Hijrah. Beliau telah dibesarkan dalam lingkukan para ulama menyebabkan dirinya berasa

amat tertarik dan berminat terhadap ilmu pengetahuan. Beliau telah banyak menimba

ilmu pengetahuan di negara-negara Islam seperti Makkah, Baitul Maqdis (Palestin), dan

Universiti al-Azhar di Mesir. Beliau merupakan antara pelajar yang pertama dari Alam

Melayu yang mendapatkan pendidikan di Univerisiti al-Azhar.36 Atas faktor itulah, beliau

akhirnya membesar menjadi seorang ulama dan ahli intelektual yang terkenal di dalam

sejarah peradaban Islam.37 Sepanjang kehidupan beliau, banyak sumbangan yang telah

dibuat bagi mengembangkan lagi pengaruh Pan-Islamisme dan ilmu-ilmu pengetahuan

yang lain khususnya di dalam bidang pengajian Bahasa Arab.

Pada tahun 1884, Sheikh Ahmad al-Fatani telah dilantik oleh Sultan Abdul Hamid

II sebagai penyelia untuk kilang percetakan Al-Amiriyyah di Mekah bagi menerbitkan

buku-buku pengajian Islam dalam pelbagai bahasa untuk disebarkan ke seluruh negara.38

35
Diyak Ulrahman bin Mat Saad & Muhammad Faiz Mukmin bin Abdul Mutalib, Sumbangan Syaykh Ahmad Al-
Fathani (1856-1908M) Terhadap Ilmu Nahu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
http://conference.kuis.edu.my/pantumn2017/images/prosiding/Diyak.pdf (tarikh diaskes pada 26 Mei 2021)
36
Zulhelman Roslan & Ermy Azziaty Rozali, “Polisi Pan-Islamisme semasa Pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II
(1876-1909M)”, Ibid, hlm. 75
37
Mohd Alwee Yusoff & Mohamad Azrien Mohamed Adnan, “Shaykh Ahmad al-Fatani (1856-1908M) dan
Sumbangannya Terhadap Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan”, Jurnal Al-Basirah, Jil. 1, No. 1, 2011,
hlm. 162
38
Zulhelman Roslan & Ermy Azziaty Rozali, “Polisi Pan-Islamisme semasa Pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II
(1876-1909M)”, Ibid, hlm. 75
Malah, beliau juga turut membangunkan syarikat percetakan kitab jawi di Alam Melayu

dibawah kendalian anak-anak muridnya. Sebagai contoh, syarikat percetakan Matba’ah

al-Miriyyah al-Kelantaniyyah di Kelantan dibawah kendalian Syeikh Daud Ismail al-

Fatani dan di Riau yang dikenali sebagai syarikat percetakan Matba’ah al-Miriyyah

Ahmadiyyah yang dikendalikan oleh Raja Ali Kelana.39 Perkara ini jelas sekali

menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang sangat penting dalam menyebarkan

pengaruh Pan-Islamisme kepada seluruh umat Islam di Asia Tenggara. Sheikh Ahmad

al-Fatani telah menyeru seluruh umat Islam untuk bangkit bersatu di bawah kepimpinan

Khilafah Islamiyyah bagi menentang penjajah iaitu kuasa-kuasa Barat. Seruan ini telah

ditekan khususnya di Alam Melayu kerana pada waktu itu kerajaan-kerajaan Islam di

Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat seperti British dan Belanda.40 Bagi

meningkatkan lagi semangat umat Islam terhadap Gerakan Pan-Islamisme, Sheikh Ahmad

al-Fatani telah membuat penulisan berjudul Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin yang

menceritakan mengenai keagungan pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah dalam memimpin

masyarakat Islam.41 Selain itu, beliau telah membentangkan hasil penulisan kitabnya

iaitu Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqquh fi Amr al-Din sewaktu persidangan para ulama

yang diadakan di Istanbul. Penulisan karya tersebut telah menimbulkan rasa kekaguman

Sultan Abdul Hamid II menyebabkan karya itu diarah untuk dicetak semula dengan

jumlah yang banyak dan disebarkan secara meluas kepada masyarakat Islam di Asia

Tenggara.42

39
Dr Mat Rofa Ismail, Syeikh Ahmad Al-Fatani Sebagai Duta Khalifah Uthmaniyyah,
http://konvensyentamadun.com/v2/wp-content/uploads/2018/11/Dr-Mat-Rofa-2018.pdf (diakses pada 26
Mei 2021)
40
Zulhelman Roslan & Ermy Azziaty Rozali, “Polisi Pan-Islamisme semasa Pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II
(1876-1909M)”, Ibid, hlm. 75
41
Ibid, hlm. 76
42
Ibid
Tambahan lagi, Sheikh Ahmad al-Fatani merupakan guru kepada ramai pemerintah

di Asia Tenggara. Misalnya, pemerintah Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III antara

raja Melayu yang alim dan menjadi murid kesayangan. Hasil didikan yang telah

diberikan, Sultan Zainal Abidin III menjadi seorang pemerintah yang sangat cintakan

ilmu pengetahuan dan baginda amat memandang tinggi kepada golongan intelektual.

Oleh hal yang demikian, perkembangan pengaruh Pan-Islamisme semakin berleluasa di

Terengganu sehingga membuatkan pihak British berasa terancam. Pemerintah lain yang

mendapat didikan daripada Sheikh Ahmad al-Fatani ialah Raja Ali Kelana yang

merupakan pemerintah di Riau. Atas didikan yang telah diberikan, Raja Ali Kelana

menjadi seorang pemerintah yang bercita-cita tinggi dalam menyebarkan pengaruh Pan-

Islamisme serta berusaha untuk mengusir kuasa penjajahan Belanda di Riau. Bagi

memperkukuhkan lagi perkembangan Gerakan Pan-Islamisme, baginda telah menubuhkan

sebuah persatuan iaitu Jam’iyyat al-Khairiyyah di Riau dan persatuan Jam’iyyat al-

Rusydiyyah di Singapura.43 Persatuan ini telah Berjaya melahirkan ramai tokoh dan

intelektual Islam seperti Sheikh Al-Hadi. Tuntasnya, pelbagai usaha telah dibuat oleh

Sheikh Ahmad al-Fatani dalam menyebarkan pengaruh Pan-Islamisme di Asia Tenggara

bagi menyedarkan umat Islam disana untuk bangkit menentang kuasa penjajah.

43
Dr Mat Rofa Ismail, Syeikh Ahmad Al-Fatani Sebagai Duta Khalifah Uthmaniyyah,
http://konvensyentamadun.com/v2/wp-content/uploads/2018/11/Dr-Mat-Rofa-2018.pdf (diakses pada 26
Mei 2021)
Kesimpulan

Kesimpulannya, penyebaran pengaruh Pan-Islamisme telah berjaya disebarkan

di sekitar kawasan Asia Tenggara. Perkara ini tercetus setelah terdapatnya ramai golongan

para ulama dan para pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu dan kawasan-

kawasan di sekitarnya. Mereka telah menyebarkan dakwah berkaitan Pan-Islamisme bagi

memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam. Peranan yang dimainkan oleh

pemerintah Turki Uthmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II turut memberikan kesan

dan pengaruh yang besar dalam menyebarkan Pan-Islamisme di Asia Tenggara. Hal ini

demikian kerana, baginda merupakan pemerintah yang diagungkan dan dihormati oleh

para umat Islam pada waktu itu. Malah, ramai pemimpin kerajaan Islam yang lain

pernah datang ke Istanbul untuk berjumpa dengan baginda bagi membincangkan

mengenai masalah yang dihadapi. Perkara ini jelas sekali membuktikan bahawa Daulah

Uthmaniyyah telah menjadi penaung kepada Gerakan Pan-Islamisme di seluruh dunia.

Kemunculan golongan-golongan terpelajar masyarakat Asia Tenggara yang melanjutkan

pengajian di negara-negara Arab, turut memberi impak yang positif terhadap penyebaran

pengaruh Pan-Islamisme. Perkara ini dapat dibuktikan apabila telah terbinanya banyak

madrasah di sekitar kawasan Asia Tenggara. Pendidikan di madrasah bukan sahaja

menekankan aspek ilmu agama, malah ilmu-ilmu sains dan bahasa turut diajar kepada

masyarakat Islam supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang lebih moden dan

maju. Akhirnya, dari semasa ke semasa pengaruh Pan-Islamisme ini telah berjaya

membuka mata masyarakat Islam di Asia Tenggara untuk bangkit menentang kuasa

penjajahan Barat serta menerima perubahan kearah yang lebih moden.


Bibliografi

1. Rozali, Z. R. E. A. (August 2017). Polisi Pan-Islamisme semasa Pemerintahan Sultan


‘Abd al-Hamid II (1876-1909M). ISLAMIYYAT : The International Journal of Islamic
Studies, 39(1).

2. Othman, M. R. (2005). Islam dan Masyarakat Melayu Peranan dan Pengaruh Timur
Tengah. Kuala Lumpur Univeristy of Malaya Press.

3. Asmuni, H. M. Y. (1998). Aliran modern dalam Islam : Mengenal Pokok-Pokok


Pemikiran Para Pmukanya. Surabaya: Al-Ikhlas.

4. Nasution, H. (1975). Pembaharuan dalam Islam : Sejarah Pemikiran dan Gerakan.


Jakarta: Bulan Bintang.

5. Nasbi, I. (April 2019). Jamaluddin al-Afghani (Pan-Islamisme dan Ide Lainnya). Jurnal
Diskursus Islam, 7(1).

6. Nasution, H. (2000). Islam Rasional : Gagasan dan Pemikiran. Bandung: Mizan.

7. Hoesin, O. A. (1975). Filsafat Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

8. Sani, A. (1998). Lintasan Sejarah Pemikiran : Perkembangan Modern dalam Islam.


Jakarta: Raja Grafindo Persada.

9. Ash-Shalabi, A. M. (2003). Dawlah al-`Uthmaniyah `awamil al-nuhud wa-asbab al-


suqut: Bangkit dan runtuhnya Khilafah Utsmaniyah (S. Rahman Ed.). Jakarta Timur
Pustaka Al-Kautsar.

10. Harb, M. (1989). Al Uthmaniyyun fi al tarikh wa al hadarah. Damascus: Dar al Qalam.

11. Nor, N. Z. Y. A. M. R. M. (2018). Ketokohan dan Sumbangan Sultan Abdul Hamid II


Sebagai Khalifah Terakhir Dawlah Uthmaniyyah Berlandaskan Prinsip al-Quran dan al-
Sunnah. Journal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah, 14(1).
12. Harb, M. (2013). Muzakkirat Sultan Abdul Hamid II : Memoar Sultan Abdul Hamid II :
Benteng Terakhir Khilafah Utsmani Dalam Menghadapi Yahudi Freemason dan Sekular
Liberal (M. Masturi Irham Ed.). Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.

13. Malek, B. (2016). Inilah Laluan Kereapi Daripada Istanbul Hingga Ke Mekah Yang
Telah Gagal Direalisasikan. Retrieved from https://www.thevocket.com/laluan-keretapi-
hijaz/

14. Ash-Shalabi, A. M. (2003). Dawlah al-Uthmaniyah awamil al-nuhud wa-asbab al-suqut :


Bangkit dan runtuhnya Khilafah Utsmaniyah (S. Rahman Ed.). Jakarta Timur Pustaka Al-
Kaustar.
15. Abbas, E. M. (2007). Sultan Abd al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah : Peranan
Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti. Kuala Lumpur Pustaka Salam.

16. Siti Noorasikin Tumiran, E. A. J., Kaseh Abu Bakar. (2011). Personaliti Termasyhur
Singapura : Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff. Paper presented at the Prosiding
Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV : Ulama Pemacu Transformasi Negara, Bangi,
Selangor.

17. Rozali, E. A. (2012). Sayid Muhammad Al-Sagoff In Johore-Ottoman Sovereign


Relations. Advances in Natural and Applied Sciences, 6(6).

18. Said, S. Penglibatan Keluarga Alsagoff Dalam Ekonomi Johor. (Latihan Ilmiah).
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

19. Mohamad Shauki Mohd Radzi, M. S. E., Zaini Othman. (Disember 2020). ELEMEN
PAN-ISLAMISME DALAM HUBUNGAN EMPAYAR UTHMANIYYAH DENGAN
KERAJAAN KESULTANAN JOHOR DARI ABAD KE-18 MASIHI HINGGA
PERANG DUNIA PERTAMA. Jurnal Kinabalu, 26(2).

20. Maliki, N. (2019). Nalar Pembaharuan dalam Pemikiran Pendidikan Syed Sheikh Ahmad
Al-Hadi. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/336304782_Nalar_Pembaharuan_dalam_Pemik
iran_Sayyid_Syekh_Ahmad_Al-Hadi

21. Samat, T. (1992). Syed Syeikh al-Hadi : Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka.

22. Zakaria, M. A. A. W. F. A. W. (Disember 2015). Reformasi Pendidikan al-Hadi dan al-


Faruq. ISLAMIYYAT : The International Journal of Islamic Studies, 37(1).
23. Mutalib, D. U. b. M. S. M. F. M. b. A. Sumbangan Syaykh Ahmad Al-Fathani (1856-
1908M) Retrieved from
http://conference.kuis.edu.my/pantumn2017/images/prosiding/Diyak.pdf

24. Adnan, M. A. Y. M. A. M. (2011). Shaykh Ahmad al-Fatani (1856-1908M) dan


Sumbangannya Terhadap Ilmu Nahu di Institusi Pondok Negeri Kelantan. Jurnal Al-
Basirah, 1(1).

25. Ismail, D. M. R. Syeikh Ahmad Al-Fatani Sebagai Duta Khalifah Uthmaniyyah.


Retrieved from http://konvensyentamadun.com/v2/wp-content/uploads/2018/11/Dr-Mat-
Rofa-2018.pdf

You might also like