You are on page 1of 1

Bincangkan pemikiran islah dan pemikiran politik berdasarkan pandangan Jamal al-Din al-Afghani (5

Markah).

Nama penuh beliau adalah Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani Bin Sayyid Shaftar. Beliau telah menguasai
semua cabang ajaran islam termasuk falsafah, sejarah, kedoktoran, sains, mistik, astronomi dan astrologi. Selain
itu, beliau turut fasih berbahasa Arab, Persia, Turki, Rushti, Perancis, Inggeris dan Rusia. Beliau juga seorang
pengembara yang hebat dan mempunyai banyak pengalaman. Perjuangan dan pengembaraan Al-Afghani
akhirnya terhenti apabila beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Mac 1897. Berikut adalah
pemikiran islah dan pemikiran politik berdasarkan pandangan beliau.

Pertama ialah pembentukan Pan-Islam membawa maksud satu ideologi yang bertujuan menumpukan usaha
kepada penyatuan seluruh masyarakat Muslim di dalam satu entiti Islam. Antara intipati idea Pan- ialah hanya
Islam yang mampu menjadi ikatan kepada kesatuan Muslim. Idea Pan-Islam berada di kemucak ketika sampai
ke Istanbul pada tahun 1890an dimana beliau berhasrat ingin berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II kerana
ingin mencuba memujuk sultan agar menerima cadangannya mengenai urusan antarabangsa. Sultan telah
tertarik lalu membenarkan beliau untuk tinggal di Istanbul. Beliau telah menerbitkan sebuah majalah yang
bertajuk Al-Urwah al-Wuthqa yang banyak berkisar mengenai masa depan politik umat Islam di seluruh dunia
dan seruan untuk menentang kolonialisme barat.

Seterusnya ialah konsep negara dimana menurut Al-Afghani, adalah negara yang baik perlu memiliki
pemerintah yang baik. Al-Afghani mengkritik pemerintah yang bersikap diktator. Al-Afghani menyatakan
pandangan bahawa kerajaan yng kuat adalah mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada
rakyatnya. Selain itu, Al-Afghani juga percaya bahawa rakyat akan terbentuk mengikut sifat pemerintah.

Seterusnya, Al-Afghani menyeru masyarakat Islam supaya menguasai Ilmu pengetahuan. Hal ini kerana
pembelajaran ilmu sains dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dan membentuk semula peradaban umat
Islam yang telah hilang. Bagi beliau agama tidak bertentangan dengan fakta-fakta sains. Seterusnya adalah ilmu
falsafah. Al-Afghani menyatakan ilmu falsafah adalah pelengkap kepada penguasaan ilmu seseorang. Al-
Afghani turut menyeru masyarakat Islam agar kembali kepada Al-Quran dan Hadis.

Beliau juga menyeru umat atau masyarakat islam membebaskan akal daripada ikatan taklid dan membuka
pintu ijtihad merupakan salah satu usaha oleh Al-Afghani. Al-Afghani menegaskan kepada masyarakat supaya
berani membuang amalan dan membebaskan akal daripada ikatan taklid yang membuta tuli. Al-Afghani
mengambil inisiatif agar mendirikan sebuah institusi untuk melahirkan para mujtahid yang dapat memajukan
umat Islam dengan membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan taklid. Al-Afghani menegaskan
supaya kembali menghayati ajaran agama Islam yang ditunjangi oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Yang terakhir ialah dasar anti-imperialisme atau anti-penjajah. Afghani menegaskan umat Islam perlu
bersatu padu dan bekerjasama sesama sendiri dalam usaha mengusir penjajah. Menurut Al-Afghani, penjajahan
Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam. Beliau turut menulis artikel dan majalah yang
menunjukkan sikapnya yang anti-penjajah. Di samping itu, seiring dengan tentangan terhadap imperialisme
ianya turut merangkumi tentangan terhadap pemikiran orientalisme dan modenisme. Tentangan terhadap
orientalisme dapat dilihat melalui peristiwa penolakan pendapat Ernest Renan ketika Al-Afghani tinggal di Paris
pada tahun 1883. Manakala penentangan Al-Afghani terhadap modenisme iaitu dilihat Syed Ahmad Khan di
India yang dianggapnya telah menjadi murtad dan kafir dengan pemikirannya

Kesimpulannya, beliau telah banyak memperjuangkan banyak pemikiran Islah yang boleh diperjuangkan
oleh umat islam. Bukan sahaja itu, Banyak pihak telah menerima idea yang dikemukan oleh Al-Afghani ini.
Antara idea beliau yang popular adalah idea mengenai Pan-islam.

You might also like