Professional Documents
Culture Documents
METAFIZIK(ONTOLOGI)
Maksud :Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti
sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.Metafizik cuba
menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan
saintifik.Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
AXIOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”.Merangkumi dua aspek
iaitu etika dan estetika.Mempersoalkan tentang baik@buruk, benar@salah,
cantik@hodoh.
ETIKA
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku
manusia.Dikategorikan kepada tiga bidang asas iaitu :Meta ethics Normative
ethicsApplied ethics
ESTETIKA
Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan
kehidupan.Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
EPISTEMOLOGI
Berasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan
logos yang bermakna “keterangan”.Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan.
Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu.
Sumber-sumber ilmu :
Wahyu
Berasaskan pengalaman pancaindera
Intuisi
Pandangan pakar
Logik
Kaedah saintifik
LOGIK
Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi
jawapan yang diberi. Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan
sebagai sah dan yang mengelirukan.
Logik,Induktif :
Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap
butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang
menjelaskannya.
Logik,Deduktif :
Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang
relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil
secara logik.
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik,
dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang
terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang
ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu
Rusyd.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan
Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang
paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang
terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa
Arab.
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik
terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah".
Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta
Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-
Jam".
Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung
adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini
disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan
otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota
tubuh badan.
IBNU RUSHD
Falsafah
Sumbangan
ESENSIALISME
PROGRESIVISME
PERENIALISM
Kaum perenialis berpandangan bahwa dalam dunia yang tidak menentu dan
penuh kekacauan serta mambahayakan tidak ada satu pun yang lebih
bermanfaat daripada kepastian tujuan pendidikan, serta kestabilan dalam
perilaku pendidik. Mohammad Noor Syam (1984) mengemukakan pandangan
perenialis, bahwa pendidikan harus lebih banyak mengarahkan pusat
perhatiannya pada kebudayaan ideal yang telah teruji dan tangguh. Perenialisme
memandang pendidikan sebagai jalan kembali atau proses mengembalikan
keadaan manusia sekarang seperti dalam kebudayaan ideal.
REKONSTRUKSIONISME