You are on page 1of 10

EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK 1 KONSEP ASAS FALSAFAH DAN CABANG


FALSAFAH

1.1 SINOPSIS
Tajuk ini memperkenalkan pengetahuan asas falsafah. Oleh hal yang demikian,
perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini meliputi definisi falsafah,
konsep-konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, keperluan falsafah pendidikan
serta cabang-cabang falsafah.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:


• Menghuraikan konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan.
• Mengenal pasti cabang-cabang dan mazhab-mazhab falsafah.
• Membincangkan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah
pendidikan dalam pendidikan dan latihan perguruan.

1.3. KERANGKA TAJUK


KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah Falsafah Pendidikan
• Cabang-cabang Falsafah • Konsep Falsafah
• Latar Belakang Falsafah Barat dan Timur • Konsep Pendidikan
• Konsep Falsafah Pendidikan

1.4. FALSAFAH

Usaha untuk memberikan definisi kepada falsafah adalah amat susah. Kebanyakan
ahli falsafah memulakan definisi falsafah dengan menyatakan kerumitannya. Dalam
The Oxford Companion to Philosophy menyatakan bahawa, definisi falsafah ialah
suatu kontroversi sebenarnya. Nigel Warburton dalam buku beliau Philosophy: The
Basics telah menyebut bahawa falsafah adalah 'notoriously difficult' untuk diberi erti.
Anthony Harrison-Barbet apabila menulis dalam Mastering Philosophy berkata
bahawa, "There is no straightforward definition". Walau bagaimanapun, perkataan

1
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

falsafah berasal daripada perkataan Greek yang bermakna "love of wisdom ... but it
is a wisdom that results from a pursuit of knowledge, of the most important parts of
reality". Oleh itu, falsafah ialah satu bidang yang cuba menerokai berkenaan ini.
Falsafah ialah suatu cubaan untuk mencari kebenaran dan merupakan suatu kajian
yang komprehensif, holistik dan logikal ke atas pemikiran manusia dalam bidang
agama, sastera, sains dan pendidikan.

Falsafah boleh dibezakan daripada sains empirikal dan agama. Dalam Encyclopedia
Penguin menyatakan bahawa falsafah berbeza daripada sains kerana soalan-soalan
tidak boleh dijawab secara empirikal; melalui pengamatan atau eksperimen. Begitu
juga kesnya dari sudut agama yang tujuannya adalah semata-mata intelektual.
Perbincangan dalam falsafah tidak menyediakan ruang untuk kepercayaan dan
wahyu. Sebaliknya, falsafah menggunakan sebab tanpa merujuk sebarang
pengamatan yang munasabah atau eksperimen untuk menerangkan sesuatu.

Sesungguhnya, falsafah ialah kajian tentang masalah am berkenaan hal-hal seperti


pengetahuan, kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda dan
bahasa. Semasa menggunakan falsafah untuk menangani pelbagai soalan (seperti
mistik atau mitos) ia berbeza daripada segi pendekatan yang kritik dan sistematik
yang digunakan dan pergantungan penerangan adalah kepada perbahasan yang
berasas

Falsafah boleh dibahagi kepada lima bidang utama seperti ditunjukkan dalam Jadual
1.5. Lima bidang ini boleh menjawab soalan-soalan berikut:
Metafizik Kajian tentang kewujudan What's out there?

Epistemologi Kajian tentang ilmu How do 1 know about it?

Etika Kajian tentang aksi What should 1 do?

Politik Kajian tentang daya What actions are permissible?

Estetik Kajian tentang seni What can life be like?


Terdapat perhubungan hierarki antara bidang ini yang pada dasarnya terdapat
metafizik. Metafizik ialah kajian tentang kewujudan dan sifat kewujudan itu.
Epistemologi ialah kajian tentang ilmu yang berkait rapat dengan metafizik. Dalam

2
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

epistemologi, kita ingin tahu tentang realiti dan kewujudan. Etika pula bergantung
kepada epistemologi. Etika ialah kajian tentang cara manusia harus bertindak. Etika
bergantung kepada epistemologi kerana seseorang sukar membuat pilihan tanpa
ilmu. Politik adalah sebahagian daripada etika. Politik ialah kajian tentang cara
manusia sepatutnya berinteraksi dalam masyarakat. Estetik pula bergantung kepada
metafizik, epistemologi dan etika.

1.6. Cabang-cabang Falsafah


Falsafah boleh dibahagikan kepada lima cabang seperti dalam jadual di bawah:

Kajian tentang Bagaimanakah saya akan tahu tentang


Epistemologi
pengetahuan ini?

Etika Kajian tentang aksi Apa patut saya buat?

Politik Kajian tentang kuasa Apakah aksi yang dibenarkan?

Estetik Kajian tentang seni Apakah rupa kehidupan?

Metafizik Kajian tentang kewujudan Apa di luar sana?

Metafizik
Metafizik ialah cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian tentang
kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas. Metafizik melibatkan segala
benda yang wujud. la membincangkan sama ada dunia ini adalah benar atau suatu
ilusi.
Kita boleh membuat kesimpulan bahawa metafizik ialah asas kepada falsafah.Tanpa
keterangan atau interpretasi tentang dunia di sekeliling kita, kita tidak akan dapat
menangani realiti. Kita tidak akan dapat memelihara diri kita sendiri atau
mengekalkan kehidupan kita. Metafizik mempersoal tentang:
• Adakah terdapat suatu badan pengetahuan sejagat untuk dipelajari?
• Siapakah yang sepatutnya membuat keputusan tentang apa yang hendak
dipelajari?
• Adakah pelajar pada asasnya baik dan boleh dipercayai?

Aksiologi

3
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud nilai atau
dalam bahasa Inggeris value/worth; manakala perkataan logia merupakan suatu
kajian tentang kualiti atau nilai. Aksiologi termasuk etika dan estetik, iaitu bidang
falsafah yang bergantung kepada nilai dan ada kalanya dikaitkan dengan teori, nilai
dan meta-nilai. Topik-topik yang patut dibincangkan di sini adalah yang berkenaan
dengan soal moral, etika dan estetik. Soalan-soalan yang berkaitan dengan aksiologi
adalah:
• Apakah itu moral dan bukan moral?
• Apakah itu kecantikan?
• Adakah kehidupan mempunyai makna?
• Bagaimanakah seseorang berkelakuan?
• Apakah tingkah laku bermoral?
Aksiologi pertama kalinya digunakan pada awal abad ke-20 oleh Paul Lapie dan
E.Von Hartmann.

Epistemologi
Epistemologi ialah kajian berkenaan cara kita mendapatkan ilmu dan sifat
pengetahuan itu sendiri. Epistemologi memberikan jawapan kepada soalan,
bagaimanakah kita tahu? la merangkumi sifat konsep, pembentukan konsep,
kesahihan deria, penaakulan logikal serta pemikiran, idea, ingatan, emosi dan
segala yang berkaitan dengan mental dan pemikiran. la melibatkan cara minda kita
berhubung dengan realiti dan sama ada perhubungan ini sah atau sebaliknya.
Epistemologi ialah penerangan tentang cara kita berfikir yang menjadi satu
keperluan untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada
kesalahan. Epistemologi diperlukan untuk mendapatkan ilmu di sekeliling kita. Kita
tidak boleh mengasingkan kebenaran daripada kesalahan dengan berbekalkan
epistemologi yang salah. Setakat mana epistemologi kita betul adalah bergantung
kepada tahap kefahaman realiti kita serta tahap kita boleh menggunakan ilmu itu
untuk merealisasikan kehidupan dan matlamat hidup kita. Jawapan kepada soalan
epistemologi membekalkan rasional untuk pemilihan bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran dan mencadangkan cara maklumat harus diajar atau disampaikan
kepada pelajar. Oleh itu, dua persoalan epistemologi asas seperti yang berikut.
• Apakah merangkumi pengetahuan?
• Adakah pengetahuan itu tetap atau berubah?
4
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Logik
Logik ialah perkataan Creek, iaitu logos yang bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan
atau prinsip. Logik ialah satu pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu
sama ada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung)
dan demonstrasi (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian).
Logik merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan
beberapa andaian kukuh, In juga merujuk kepada sains tentang pemikiran tepat.
Logik membantu seseorang berkomunikasi secara lebih berkesan dengan
menggalakkan pemikiran yang dilakukan dengan berhati-hati dan sistematik.
Terdapat dua jenis logik yang asas, iaitu logik deduktit* dan logik induktif.

1.7. SUMBER ILMU DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN


TIMUR
1.7.1.Pengenalan Mazhab Falsafah Barat
Falsafah Barat terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu falsafah aliran tradisional
dan falsafah aliran moden. Namun, tumpuan perbincangan di sini adalah tentang
empat falsafah, iaitu pragmatisme, progresivisme, rekonstruksionisme dan
eksistensialisme yang lahir daripada penentangan terhadap aliran pemikiran
tradisional.

Latar Belakang Falsafah Pragmatisme


Pragmatisme telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya Amerika dari
lewat abad ke-19 hingga kini. Falsafah ini telah dipengaruhi teori evolusi oleh
Charles Darwin dan teori relativiti oleh Albert Eistein. Falsafah ini cenderung kepada
falsafah epistemologi dan aksiologi dan sedikit perhatian terhadap metafizik.
Falsafah ini merupakan falsafah antara idea tradisional mengenai realiti dengan idea
moden mengenai nihilsme dan irrationalisme. Idea tradisional telah mengatakan
bumi ini tetap dan manusia mengetahui hakiki mengenai bumi serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan nilai murni, sementara nihilisme dan irrationalisme pula
menolak semua dugaan dan ketentuan.

5
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perkataan pragmatisme berasal daripada perkataan Greek, iaitu pragma yang


bermaksud kerja. Istilah ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan
mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang. Dari sudut falsafahnya, ia
boleh dikaitkan dengan pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan.
Sebenarnya, pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori
dan makna (theory and meaning). Ahli-ahli pragmatisme menganggap idea manusia
mengenai alam adalah neutral. Hal ini bermaksud realiti ialah interaksi antara
manusia dengan alam sekeliling.

Terdapat tiga orang tokoh utama dalam falsafah pragmatisme, iaitu Charles Sanders
Pierce, Williams James dan John Dewey. Charles Sanders Pierce berminat terhadap
kaedah saintifik dan matematik. Beliau juga ingin memasukkan pemikiran saintifik ke
dalam falsafah dan masyarakat. Beliau mengatakan peningkatan ilmu bertujuan
mewujudkan tabiat rohani yangboleh menguji idea melalui pemerhatian, pengujian
dan persoalan.

Williams James pula merupakan seorang ahli psikologi dan teologi. Beliau berminat
dengan sistem nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan. Beliau mengatakan bahawa
perasaan dan logik sangat penting sebagai asas kepada rasional sesuatu. Hal ini
boleh membawa isu-isu besar terhadap kehidupan, nilai-nilai dan kepercayaan
agama. Jika sesuatu perkara berlaku seperti mana yang difikirkan, maka ia adalah
benar.

Di sebaliknya pula, John Dewey merupakan seorang ahli sains, ahli teknologi, ahli
falsafah dan juga pendidik. Beliau mengatakan bahawa pengalaman, kepintaran dan
masyarakat ialah alat untuk perkembangan minda. Dengan kepintaran dan
pengalaman, manusia bolah menyelesaikan masalah. Beliau juga berpendapat
bahawa idea-idea tradisional hendaklah dimasukkan atau dikaji semula. Proses
pertanyaan ialah satu transaksi dua hala yang melibatkan manusia dalam keadaan
realiti. Manusia melakukan sesuatu terhadap alam sekeliling. Manusia bertindak
balas ke atas alam sekeliling dan begitulah sebaliknya.

6
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Latar Belakang Falsafah Progresivisme


Falsafah progresivisme dikatakan wujud pada abad ke-20, tetapi sebenarnya idea
berkaitannya sudah bermula pada akhir abad ke-19. Falsafah ini berkembang
daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh
John Dewey. Pada tahun 191 5, buku pertama yang telah diterbitkan berjudul School
of Tomorrow seterusnya pertubuhan pendidikan progresivisme dibentuk empat
tahun kemudian. Falsafah ini telah menumpukan perhatian kepada perubahan
sosial. Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada
zaman moden.
Progresivisme bertujuan memberikan kemahiran dan alat yang diperlukan kepada
individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara tetap
(constant). Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana individu
boleh menggunakannya untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan
masalah dalam mata pelajaran yang dipelajari seperti mata pelajaran Matematik
Moden.

Latar Belakang Falsafah Rekonstruksionisme


Kemunculan falsafah rekonstruksionisme bermula pada tahun 1920-an oleh John
Dewey apabila beliau mencadangkan istilah rekonstruktivisme di dalam bukunya
Reconstruction in Philosophy. Pada tahun 1930-an, pergerakan pendidikan progresif
berada di kemuncak dalam masyarakat Amerika. Ahli-ahli rekonstruktivisme
mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula
masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas,
1979).

Secara amnya, rekonstruksionisme memberikan penekanan terhadap melahirkan


masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis dalam membangunkan masyarakat
tersebut. Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat
menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi.

Latar Belakang Falsafah Eksistensialisme


Eksistensialisme ialah salah satu falsafah baharu yang muncul di Eropah selepas
Perang Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, iaitu Soren Kierkegaard
telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai
7
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan kehidupannya. Falsafah ini tidak


begitu popular pada awalnya tetapi mula mendapat perhatian umum selepas Perang
Dunia Kedua. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas (1979), falsafah ini bersifat
individualistik dan terlalu bergantung ke atas faktor-faktor yang subjektif seperti
intuisi, renungan ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan.

Secara amnya, eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang


memberikan tumpuan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan cara seseorang
individu itu dilahirkan dan seterusnya membentuk diri sendiri. Seseorang individu
juga harus bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dan bebas untuk menentukan
arah kehidupannya.

1.7.2. Pengenalan Mazhab Falsafah Timur dan Islam


Falsafah Timur termasuk beberapa falsafah dari Asia, iaitu Falsafah India, Falsafah
China, Falsafah Iran, Falsafah Jepun dan Falsafah Korea. Falsafah Islam juga
termasuk dalam Falsafah Timur.

Latar Belakang Falsafah Islam


Falsafah Islam ialah suatu cabang pengajian Islam yang juga merupakan suatu
percubaan yang berterusan untuk mencipta keharmonian antara falsafah (alasan)
dengan ajaran Islam (kepercayaan).

Falsafah Pendidikan Islam pula bermaksud menyediakan manusia dengan ilmu


pengetahuan yang cukup agar seseorang itu kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah. Perkara-perkara yang penting
yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:

1 Pendidikan akidah
2 Pendidikan ibadah
3 Pendidikan akhlak
4 Pendidikan akal
8
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

5 Pendidikan jasmani
6 Pendidikan rohani
7 Pendidikan keterampilan
8 Pendidikan keibubapaan
9 Pendidikan kemasyarakatan
10 Pendidikan kepimpinan

Latar Belakang Falsafah Konfusianisme


Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk
mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Falsafah ini diasaskan
Confucius atau lebih dikenali sebagai Kong Fu Tze. Beliau lahir di negara China
pada tahun 551 S.M. Kong Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi
dan beliau mula terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baharu ketika berumur 32
tahun. Kong Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

Salah satu ajaran Konfusianisme yang penting mungkin merupakan kekuatan


kesempurnaan peribadi yang dianggap lebih mustahak dibandingkan dengan
peraturan eksplisit tingkah laku. Oleh sebab ajaran moral beliau mementingkan self-
cultivation, emulation of moral exemplars, and the attainment of skilled judgment
rather than knowledge of rules, etika yang diketengahkan oleh Confucius mungkin
boleh dianggap sebagai sejenis virtue ethics. Ajaran Konfusianisme
mengetengahkan pendekatan:

1 Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara


manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
2 Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh
mereka hadir di dunia ini.
3 Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaim;iP a manusia
bertingkah laku.

Falsafah Nasionalisme dan Internasionalisme


Falsafah ini diperkenalkan oleh Rabindranath Tagore (1861-1941) atau lebih dikenali
sebagai Curudev. Beliau lahir di Kalkuta, India dan berasal daripada keluarga
Bengali. R. Tagore mempunyai hubungan persahabatan dengan tokoh India yang
9
EDUP 2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

terkenal, iaitu Mahatma Gandhi. Beliau ialah tokoh penyair, penulis, ahli seni,
sasterawan dan ahli falsafah.
R. Tagore mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bermatlamat menghasilkan
individu dengan penaakulan yang sempurna bagi mengupayakan pencapaian bagi
aspek fizikal, intelek, moral dan rohani serta segala yang berkaitan dengan
pengalaman hidup amali.
Menurut falsafah yang diketengahkan oleh R. Tagore ini, "Orang yang berpendidikan
bukan sahaja perlu berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas tetapi perlu
mendukung sifat nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan sikap internasionalisme
yang positif."

1.8. RUMUSAN
Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Ini dapat dilihat
dalam topik ini yang membincangkan tentang pendidikan sebelum merdeka, selepas
merdeka dan sistem pendidikan kini. Namun apa yang penting adalah demi
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk membentuk sebuah
negara yang mempunyai individu seimbang dan harmoni.

AKTIVITI 1
Membuat Nota

Cuba ringkaskan sistem pendidikan ketika ini dengan menggunakan pengurusan


grafik yang sesuai.

10

You might also like