You are on page 1of 6

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

( HNS 3192 )
NAMA : NAZRIN BIN AHMAD NAZRI

NO MATRIK : D20201092107

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA SENI


PERSEMBAHAN ( TEATER )

NAMA PENSYARAH : CIK SITI ASIYAH BINTI


MOHAMMAD ZIN
Mengapa Malaysia Memerlukan Ilmu Falsafah

Pada Tarikh 24 Mac 2021, satu majlis ilmu yang telah dianjurkan oleh Akademi
Profesor Malaysia ( APM ) yang telah membawa tajuk ‘ Mengapa Malaysia Memerlukan
Ilmu Falsafah ‘. Di dalam siri syarahan ini telah membawa seorang pemidato iaitu Profesor
Emeritus Dato Sri Osman Bakar, dua orang pengulas iaitu Profesor Dato Seri Dr Md. Salleh
Yaapar dan Profesor Dr. Mohd Hazim Shah Hj Abdul Murad. Seterusnya, moderator bagi siri
syarahan ini ialah Profesor Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan kata alu-aluan
dibawa oleh Profesor Dato Sri Ts. Dr Daing Mohd Nasir Dain Ibrahim di dalam Siri
Syarahan Felo Kehormat Akademi Profesor Malaysia. Siri syarahan ini telah berlangsung
selama dua jam ini dipertontonkan di atas platform google meet dan secara live di page
facebook Akademi Profesor Malaysia.

Di dalam siri syarahan ini telah memgemukan banyak elemen-elemen yang penting
mengenai pentingnya ilmu falsafah si setiap rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu falsafah
ini di dalam diri masing-masing. Dalam permulaan siri syarahan falsafah ini telah
mengemukakan asal usul ilmu falsafah yang telah membawa dua maksud di dalam falsafah
ini sendiri. Asal usul yang pertama ialah, asal usul falsafah ini bermula dengan risalah
samawi iaitu teori yang berdasarkab agama bermula dengan risalah samawi. Sebagai contoh,
pemikir Yunani pada abad ke-5 dan ke-4 sebelum masihi telah menerima banyak teori
bahawa falsafah berasal dari agama itu sendiri. Jika dalam islam pula, ia bermula daripada
Nabi Adam AS sendiri yang telah diajar nama-nama oleh Allah sw.t dan sama juga seperti di
tamadun Timur yang telah menganggap asal usul falsafah dikesan melalui ilmu agama.

Teori yang kedua pula adalah pendapat mengatakan falsafah ini bermula daripada
renungan awal pemikiran manusia iaitu tanpa berpandukan risalah daripada langit. Teori ini
berdasarkab teori elovusi antropologi yang telah terkait dengan teori manusia yang wujud
akibat elovusi tanpa kewujudan tuhan. Pemidato sendiripun telah memilih tepri asal usul
falsafah yang pertama sebagai perkara yang yang tidak mengabaikan pendapat yang
terkumpul di dalam teori yang kedua.

Selain itu, di dalam konteks siri syarahan ini telah menyebut mengenai makna
falsafah yang mebawa 4 bahagian yang telah dipecahkan. Yang pertama adalah berdasarkan
etimologi atau asal usul perkataan. Perkataan ‘ Falsafah ‘ berasal daripada Bahasa arab yang
diambil dari Bahasa Yunani dan perkataan asalnya dalam Bahasa Yunani iaitu ‘ Phiosopia ‘
yang membawa makna cinta kepada hikmah atau kebijaksaan. Kedua adalah bidang yang
mengkaji makna ilmu falsafah itu sendiri dianggap sebagai falsafah. Ketiga pula adalah cara
berfikir logik yang kita pakai sekarang adalah berasal daripada Yunani kerana tamadun yang
lain mempunyai cara berfikir yang logik seperti India dan China yang bukan satu sahaja cara
berfikir tetapi banyak cara yang boleh diperolehi. Seterunsya, yang terakhir adalah ilmu
falsafah meliputi ilmu fizik cara lama dan bukan seperti yang sekarang. Ia juga meliputi ilmu
metafizik dan merujuk pada hal-hal sperti limu ketuhanan.

Seterusnya, di dalam konteks ini juga menerangkan beberapa jenis ilmu falsafah yang
perlu ada di setiap sanubari rakyat Malaysia. Pertama adalag falsafah rasional yang
menggunakan logic akal selalu dikontrakkan dengan falsafah keagamaan yang menggunakan
wahyu dan akan tetapi hal hal agama dalam konteks ini bersifat rasional. Kedua, falsafah
teori dan falsafah amali membawa maksud bahawa Aristotle menekan teaoru dan amali ini
dan di bawa oleh golongan Peripatetic iaitu pengikut ajaran beliau termasuk sejumlah ilmuan
zaman islam yang terdahulu. Ketiga, Falsafah Abadi yang membawa erti Perenial yang
merujuk kepada kebenaran. Ada kebenaran yang abadi dan juga ada yang benar cuma dalam
konteks dan tempoh yang tertentu sahaja. Keempat, Falsafah Tradisional dan Falsafah Moden
bermaksud agama memainkan peranan penting dan di zaman moden ini menggunakan fungsi
akal atau analitik untuk hidup. Kelima, Falsafah Analitis yang mempunyai satu cabang tetapi
ramai ahli pemikirn menggangap sebagai falsafah yang sebenar. Terakhir sekali ialah
Prinsip-prinsip yang mendasari setiap ilmu disiplin ilmu yang memilik prinsip-prinsip
dasarnya sendiri bagi membentuk falsafah ilmu berkenaan.

Walaubagaimanpun, terdapat juga ciri-ciri ilmu falsafah yang di terangkan


mempunyai cabang-cabang yang berbeza. Pertama sekali adalah kebenaran abadi yang
merujuk kepada inipati abadi iaitu benar pada setiap zaman. Ia boleh dilupai olah manusia
tetapi pada suatu masa nanti boleh juga dipulihkan semula. Seterusnya, merujuk kepada
kebenaran universal yang membawa maksud suatu kelompok manusia atau tamdun yang
banr bagi semua pihak dan menjadikan fungsi ilmu falsafah untuk mengenal apakah yang
inklusif dalam semua tamadun dan agama. Selain itu, perkara yang boleh ditambah ilah
kegunaan falsafah yang berdasarkan Utilitarianism membawa makna berguna, partikal yang
biasanya bersifat kebendaan. Dalam konsep tradisi pula boleh berguna pada jasad, jiwa dan
akal asalkan memenuhi suatu keperluan manusia untuk menjadikan seseorang itu berguna.
Di samping itu, peranan dan fungsi falsafah juga diterangkan di dalam siri syarahan
ini untuk memberi maksud yang besar di dalam fungsi ilmu falsafah perlu dititipberatkan di
dalam Malaysia. Perkara yang dujelaskan telah diterangkan adalah mengenai Ibu Ilmu yang
menjadi pencetus kepada ilmu-ilmu lain yang dahulu pada dasar agama, falsafah dan sains
tidak akan terpisah menjadi satu tunjang kesatuan dan akhirnya baru terpisah mengikut
elemen-elemen di dalam ilmu falsafah. Selain itu, peranan falsafah di dalam pembahagian
ilmu cukup penting untuk mebawa isu terrasi yang timbul daripada semasa ke semasa dan di
dalam sejarah falsafah juga memainkan peranan penting untuk mengilhamkan satu konsep
ilmu falsafah yang lain untuk mempengaruhi kajian empirikal. Bidang falsafah secara ratanya
dikatikan dengan ilmu kemanusian, ilmu kesusasteraan, ilmu kesenian, ilmu kemasyarakatan
dan ilmu sains untuk mendokong ilmu pengetahuan di dalam falsafah itu sendiri.

Sementara itu, keperluan utama Malaysia dalam ilmu falsafah ini telah ditakdirkan
menjadi agam tersebar di dalam dunia dan disetiap agama ini mempunyai tardisi falsafah
masing-masing, Kekayaan warisan falsafah daripada agama-agama ini merupakan potensi
besar untuk Malaysia mencipta suatu tradisi falsafah baru yang berasaskan nilai-nilai
inteletual . Falsafah juga bersifat sebagai tradisi falsafah yang termuda berjaya menyatukan
aliran keagamaan dan aliran rasional boleh memainkan peranan penting dalam usaha
mencipta tradisi falsafah baru. Terdapat 5 isi utama di dalam keperluan yang utama dalam
bidang ilmu falsafah adalah :

1. Mengutamakan peranan falsafah sebagai pemangkin kemajuan ilmu yang berguna


2. Mengutamakan peranan falsafah sebagai penyumbang besar kepada pembentukan
bedaya ilmu yang sihat di negara ini.
3. Ilmu falsafah yang bersifat paling universal dan inklusif. Ilmu falsafah wajat diberi
peluang untuk berperanan besar sebagai factor penyatu pemikiran rakyat Malaysia
yang berbilang agama dan kaum.
4. Ilmu falsafah berpernan sebagai pemangkin dialog antara agama dan kaun demi
menwujudkan persefahaman yang lebih luas dan kukuh di kalangan rakyat.

Tamsilannya, ilmu falsafah harus di hargai dan dipelhari di dalam setiap diri rakyat
Malaysia pada hari ini. Saya merupakan pelajar dari bidang Seni Persembahan Teater dan apa
yang saya boleh implikasikan ilmu falsafah ini di dalam bidang jurusan saya adalah
mengwujudkan satu tatacara persembahan yang membawa unsur -unsur keharmonian
masyarakat, kemajuan ilmu, estatika, etika, pendidikan, seni dan sebaginya untuk
dipertontonhkan kepada masyarakat kita bahawasanya penting memperlajari ilmu falsafah
ini.

Dalam bidang seni persembahan juga, teater ini membawa maksud ‘ Teater
Memanusiakan Manusia ‘ yang saya telah pegang prinsip teater ini untuk memberikan
kesedaran yang penting kepada penonton yang meonton sesebuah persembahan teater. Setiap
persembahan lakonan yang kami persembahan akan memberikan satu pengajaran di dalam
setiap cerita dipersembahkan. Di dalam naskah teater juga banyak mempertengahkan dan
mengwujudkan setiap bibit dialog dan cerita mengenai falsafah diri ini untuk kami
mempelajari sebelum dipentaskan dan dipersembahkan pada penonton. Oleh itu, saya
berharap agar setiap rakyat Malaysia yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar perlu
peka dan harus mengetahui serta mempelajari ilmu falsafah didalam diri supaya menjadikan
setiap langkah-langkah kehidupan akan sentiasa mencintai ilmu falsafah dan menjadi seorang
yang berilmu.
Sumber Rujukan :

1) https://www.facebook.com/akademiprofesormalaysia/videos/3785509714832142/
2) https://pts.com.my/berita/kenapa-perlu-belajar-falsafah
3) https://malaysiadateline.com/isu-falsafah-dan-isu-semasa/

You might also like