You are on page 1of 36

HNS3192 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

KULIAH 1:
PENGENALAN KEPADA ILMU FALSAFAH
DR. MUHAMMAD RIDHWAN B SARIFIN
ridhwan.sarifin@fsk.upsi.edu.my
0127682050
4A-10 Malim Sarjana, KSAJS

1
2
3
Apakah itu Falsafah?

4
5
6
Etimologi
+ berasal daripada bahasa Yunani philos yang
bererti ‘cinta': dan sophia yang bererti ‘hikmah’

+ Oleh itu, kata majmuk philosophia yang


menerbitkan kata philosophy dalam Bahasa
Inggeris, kata falsafah dalam bahasa Arab, dan
kata falsafah atau filsafat dalam bahasa
Melayu bererti ‘cinta akan hikmah’ atau ‘cinta
akan kebijaksanaan’

7
Terminologi
+ “Pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar ilmu-ilmu lain” (Encyclopedia
Britannica)
+ Ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu, dan
ahli-ahli falsafah ialah orang yang
membahaskan tabiat sesuatu kerana ingin
mengetahui hakikatnya (Abdul Jalil Hasan)

8
Terminologi Yunani
+ Bagi kalangan ahli falsafah Yunani terawal
(500-600 SM), yang dikenali sebagai sofis
(soplist), falsafah ialah ilmu bahasa, retorik
dan ilmu yang terbit daripada sarjana-sarjana
yang ingin mengetahui hikmah kejadian
sesuatu benda atau fenomena, yang
melakukan amalan-amalan mistik khusus bagi
pembersihan diri.

9
Terminologi Yunani
+ Bagi Sokrates (469-399 SM), falsafah
ialah kajian alam tabii secara teori
untuk mengenal diri sendiri.

+ Bagi Plato (427-347 SM) dan Aristoteles


(3 84-322 SM) pula falsafah ialah kajian
perkara-perkara azali dan abadi bagi
mengharmonikan kepercayaan
mistiknya / agamanya dengan fikirannya.

10
Terminologi Yunani
+ Plato umpamanya bergiat memahami
kebenaran dan kebaikan serta tanggapan
yang lebih betul/pasti tentang Tuhannya
+ Di samping itu beliau juga giat berdialog dan
'berasional, serta melakukan amalan mistik.

11
Terminologi Yunani
+ Aristoteles mengkaji sebab-musabab dan asas
segala benda, mengkaji hal yang beliau
menamainya sebagai metafizik yang mengkaji
soal wujud (being) di samping bergiat membina
fizik, etik, estetik, psikologi dan retorik serta
taakulan intuisi.
+

12
Terminologi Yunani
+ Bagi Stoik (kurun ke-3 SM) dan
pengikut-pengikutnya serta Epikuros (341-217
SM) dan pengikut-pengikutnya pula, falsafah
ialah ilmu kemanusiaan yang berasaskan
hedonisme (yang baik itu benda yang
menyeronokkan!).

13
14
Falsafah juga selalu digunakan untuk menggambarkan tujuan atau
objektif di sebalik sesuatu kegiatan yang dilakukan oleh manusia.
Dalam konteks ini, falsafah dijadikan matlamat akhir yang ingin
dicapai dalam sesuatu kegiatan, tugas atau kerja yang dilakukan.

Umpamanya, setiap universiti mempunyai falsafah pendidikan


yang tersendiri. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
misalnya, berbunyi: “Paduan antara IMAN kepada Allah dan ILMU
yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah
dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan
masyarakat yang terpelajar dan pembangunan universiti.”

15
Zaman Tamadun Islam
+ Al-Kindi (796-873) membahagikan falsafah
kepada tiga cabang:
i. Sains fizik (tingkat terendah).
ii. Sains matematik (tingkat
pertengahan).
iii.Sains ketuhanan (tingkat tertinggi).
+ Beliau menegakkan falsafah sebagai ilmu termulia dan
terbaik yang tidak wajar ditinggalkan oleh setiap orang yang
berfikir kerana ilmu ini membicarakan tentang semua yang
berguna dan cara memperolehnya, serta cara menjauhi
perkara-perkara yang merugikan.

16
Zaman Tamadun Islam
+ Al-Farabi ·(870-950) menegaskan falsafah
ialah ilmu mengenai kewujudan, yang tidak
bercanggah dengan agama bahkan sama
sama memuja kepada kebenaran, yang
bertujuan untuk mengetahui Yang Maha Esa.
+ Berbeza dengan al-Kindi, al-Farabi
membahagikan falsafah kepada dua:
i. Teori (meliputi matematik, fizik dan
metafizik).
ii. Amali (etik/ilmu akhlak).

17
Zaman Tamadun Islam

+ Ibnu Sina (980-103 7) membahagikan


falsafah kepada teori dan amali seperti
pandangan al-Farabi dan kedua-duanya
dihubungkan dengan Islam serta kajian
tentang kewujudan (hakikat wujud).

18
Zaman Tamadun Islam
+ Al-Ghazali (1059-1111) mulanya juga seorang
ahli falsafah yang sama seperti ahli falsafah
sebelumnya tetapi kemudiannya mengecam
ahli falsafah yang tidak sealiran dengannya.

19
Zaman Tamadun Islam
+ Ibnu Rusyd (1126-1198) menegaskan
bahawa falsafah ialah penyelidikan tentang
alam wujud dan memandangnya sebagai
jalan Pencipta segala ciptaan.

+ Beliau menentang hebat pendirian al-Ghazali


dan berhujah bahawa falsafah tidak
bertentangan dengan agama, malah
memantapkan, mengukuhkan dan
menjelaskan hal-hal agama.

20
Manakala takrif falsafah yang dipermudahkan oleh Ikhwan
al-Safa’ (1928, I: 23) didapati cukup menarik untuk dicatatkan:

Falsafah bermula dengan (perasaan) cinta kepada ilmu;


pertengahan falsafah pula adalah dengan menguasai ilmu
tentang hakikat kewujudan setakat yang mampu digarap oleh
manusia; manakala kesudahan falsafah berlaku apabila
semua percakapan dan tindakan seseorang bertepatan
dengan ilmu yang dipelajari.

21
Zaman Awal Kristian
+ Ahli falsafah zaman Zaman Awal Kristian juga
banyak memaparkan perbahasan soal
teologi-falsafah sehingga melahirkan banyak
mazhab Kristian:
+ Mazhab Montanisme (130), iaitu mazhab yang menentang
pensekularan Kristian.
+ Modalis (::: 220) dan variasinya Athanasian yang
kedua-duanya menegakkan konsep 'Triniti': Tuhan atau Bapa,
Anak atau Logos atau Isa, dan Roh Kudus (Holy Spirit) atau
Yang Ghaib Kudus (Holy Ghost) sebagai tiga ragam
kemunculan Tuhan Yang Satu.
+ Patri-pasionisme sekitar awal kurun ke-3 yang menegakkan
doktrin Bapa merana kerana Salib menerusi identiti-Nya
dengan AnakNya.

22
Tokoh Falsafah dan ideologi

23
24
Makna Falsafah dalam
Separuh Pertama Abad Ke-19
+ Pada separuh pertama abad ke-19, falsafah
terbit daripada isu yang berkisar pada persoalan
matematik, masalah sosial, dan penggantian
agama Kristian dengan Deisisme (agama
taakulan atau agama tabii: percaya pada Tuhan
(Devine Being) tetapi tidak percaya kepada wahyu
dan Sinkretikisme (agama wahyu yang bercampur
aduk dengan adat resam atau agama lain.).

25
Makna Falsafah dalam
Separuh Pertama Abad Ke-19
+ Hegel (1770-1831) menegaskan fungsi falsafah
ialah untuk memahami taakulan kenyataan
kehidupan, memahami proses evolusi semua
benda dan menentukan matlamat akhir semua
pembangunan.

+ Beneke (1798-1854) berpendapat psikologi menjadi


asas falsafah. Cousin ( 1792-1867) mengutarakan
empat jenis falsafah, iaitu deriaisme (sensisme),
ideaisme (idealisme), skeptikisme, dan mistikisme.

26
Makna Falsafah dalam
Separuh Pertama Abad Ke-19
+ Hamilton ( 1788-1856) berpendapat setiap sains
ialah cabang falsafah.
+ Falsafah ialah ilmu kesan-kesan menerusi
sebab-sebabnya.
+ Tugas utama ahli falsafah ialah memeriksa
keadaan ilmu, iaitu mengkaji sifat minda, dan
metafizik yang dianggap intipati psikologi dan
prihatin kepada fenomenon minda,
hukum-hukum dan hasil-hasil daripada fenomena
itu.

27
Makna Falsafah dalam
Separuh Kedua Abad Ke-19
+ Falsafah pada zaman separuh kedua abad ke-19 terbit
daripada teori teori sejarah dan masyarakat,
matematik, sains tabii, teori evolusi, kaedah sains,

+ Spencer (1820-1903) berpendapat falsafah ialah asas


ilmu yang terakhir yang disusun selengkapnya kepada
satu sistem yang meluas, mengatasi aras deria sepunya
(yang tidak tersusun) dan sains (yang tersusun)

28
Makna Falsafah dalam
Separuh Kedua Abad Ke-19
+

+ Janet (1832-1899) berkata falsafah ialah 'kerohanian


yang mengambil kira fakta-fakta sains tabii, dan pada
masa yang sama, mengiktiraf keesahan sebab-sebab
akhir dalam kehidupan dan minda'.

29
Makna Falsafah dalam
Separuh Kedua Abad Ke-19

+ Bagi Lewes (1817-1878) falsafah ialah 'sains kehidupan


jasad dalam tindakan dengan mengambil kira
sains-sains lain, dengan mengungkapkannya dalam
idealisme dinamik, yang lebih besar dan lebih bebas
dalam kaedahnya berbanding dengan ilmu lain, tetapi
tidak kurang sifat sainsnya.'

30
Makna Falsafah pada Abad
ke-20
+ Peirce (1839-1914) berpendapat asas falsafah ialah mantik.
+ Wundt (1832-1920) berpendapat keinsafan menjadi asas falsafah;
+ Bagi Windelbard (1848-1895), falsafah berbicara tentang nilai dan
mantik; di samping sementara etik dan estetik.
+ Lipps ( 1851-1914) menganggap falsafah sebagai sains pengalaman
dalaman dan oleh itu menjadi asas psikologi, mantik, etik, estetik
dan metafizik.
+ Creighton (1861-1924) menganggap falsafah sebagai sejarah
pemikiran, bukan bersifat sains tabii tetapi kemanusiaan,
kerohanian dan kepuisian
+ Russell (1872-1970) yang terkenal dengan agnosisnya dan
sumbangannya dalam landasan matematik, berpendapat
falsafah berada di antara sains dengan teologi.

31
BAYANGKAN DAN
SENARAIKAN JIKA
HIDUP TANPA
FALSAFAH

32
FUNGSI FALSAFAH

33
Manfaat Falsafah

34
Philosophy is about:
+ “Finding answers to serious questions about ourselves and
about the world we live in”
+ What is morally right and wrong? and why?
+ What is a good life?
+ Does God exist?
+ What is the mind?
+ What is art?
+ Is the world really as it appears to us?
+ What can we know? …and much, much more
+ “Questioning existing knowledge and intuitions to get closer
to the truth”

35
Skop Falsafah

36

You might also like