You are on page 1of 44

UHIT 2302/UICL 2302

PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI

1
BAB 1: MANUSIA & PEMIKIRAN

BAB 2: PERKEMBANGAN ILMU ZAMAN PERTENGAHAN

BAB 3: AGAMA, PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

BAB 4: PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTAS SEMPADAN

BAB 5: EKOSISTEM KEILMUAN ISLAM

BAB 6: PEMIKIRAN SAINTIFIK SAINTIS MUSLIM

BAB 7: PERUBAHAN PARADIGMA PEMIKIRAN SAINTIS BARAT

BAB 8: PEMODENAN SAINS & TEKNOLOGI

BAB 9: REVOLUSI INDUSTRI & KESANNYA TERHADAP


KEMANUSIAAN

BAB 10: ETIKA & NILAI DALAM PEMIKIRAN SAINS &


TEKNOLOGI 2

BAB 11: MENGINSANKAN SAINS & TEKNOLOGI


BAB 4
PEMIKIRAN SAINS: GREEK, ISLAM & BARAT

GREEK ISLAM BARAT

3
OBJEKTIF BAB

1 2 3 4 5

Membincangkan Menganalisis
Menjelaskan pelbagai kepentingan
Membandingkan ekosistem Menghuraikan
pandangan metodologi
epistemologi saintifik dalam anjakan
alam (worldview) saintifik yang
sains Greek, perkembangan paradigma
yang mendasari digunakan
Islam dan Barat. sains tamadun dalam
Sains Greek, dalam sains
Greek, Islam, pemikiran sains
Islam dan Barat Greek, Islam dan
Barat dan Barat
PENGENALAN:
PEMIKIRAN SAINTIFIK
• Pemikiran saintifik merujuk kepada dua komponen asas, iaitu
falsafah, dan Kaedah berfikir
yang digunakan dalam aktiviti saintifik
• Falsafah yang mendasari pemikiran seseorang saintis
menentukan pendekatan dan hala tuju sains yang dibina oleh
seseorang atau komuniti saintis.
• Pemikiran saintifik ialah kaedah berfikir yang diamalkan oleh
saintis dan berkait dengan tujuan sains dilaksanakan.
• Pemikiran saintifik ialah kemahiran untuk berfikir mengenai
alam dan fenomenanya mengikut metodologi tertentu.
• Kaedah berfikir yang saintifik sama ada secara induksi,
logik, analogi, kreatif perlu untuk memahami dan
memperkembangkan sains sebagai bidang ilmu yang dinamik.
BAHAGIAN 1
PEMIKIRAN SAINS GREEK

6
OBJEKTIF
Menjelaskan
pandangan alam
(worldview) yang
mendasari sains Greek
1 Menghuraikan
epistemologi sains Greek

2
4 Membincangkan pelbagai
Menganalisis kepentingan

3
metodologi saintifik yang
ekosistem saintifik dalam digunakan dalam
perkembangan sains Greek pengkajian sains Greek
PENGENALAN

• Bab ini membincangkan tentang sains Yunani (Greek) dari aspek pemikiran
khasnya pemikiran sains.
• Dalam sejarah tamadun Barat, zaman sejarah terbahagi:
a) Zaman purba (ancient)
b) Zaman moden.
• Tamadun Yunani (Greek) merupakan zaman permulaan bagi penulisan sains
yang bersistematik.
8
PENULISAN TAMADUN SEBELUM TAMADUN YUNANI

• Penulisan tamadun sebelum tamadun Yunani (seperti tamadun


Mesopotamia dan Mesir Kuno), terdapat dalam bentuk catatan tulisan
seperti pada daun lontar papyrus, kepingan tanah liat atau tulang,
namun catatan tersebut tidaklah lengkap.
• Oleh itu, pada zaman sebelum tamadun Yunani (Greek), digambarkan
dunia kelihatan seolah-olah tiada tokoh sains.

9
EMPAYAR GREEK

Sains dan falsafah Yunani/Greek Ioniodaris berbeza daripada sains dan falsafah Yunani Semenanjung dan
daripada Yunani Magna Gresia. 10
Sambungan…

1) Zaman sains dan falsafah Yunani Ioniodaris, Yunani Semenanjung, dan Magna
Gresia dikenali sebagai zaman Helen. Pada zaman itu, terdapat banyak tokoh
agung seperti Thales, Aristotle, Plato, dan Pythagoras.
2) Yunani selepas itu yang muncul pada zaman tamadun Yunani di Iskandariah
(Mesir) dikenali sebagai zaman Yunani/Greek Hellenistik. Tokoh-tokoh yang
terkenal pada ketika itu seperti Archimedes, Ptolemy, dan Galen.

11
TAMADUN YUNANI/GREEK

HELLEN GREEK HELLENISTIK


(YUNANI ASLI) (YUNANI CAMPURAN)
Thales, Aristotle, Plato & Pythagoras Archimedes, Ptolemy & Galen

12
DEFINISI HELLENISTIK
• Perkataan ‘hellenistik’ berasal daripada perkataan Greek klasik iaitu ‘hellenisme’ yang merujuk kepada
golongan yang menutur bahasa hellenic atau memiliki tingkahlaku seperti penduduk Greek. Helenistik
merujuk kepada penduduk asal Greek dan penduduk luar yang mampu bertutur dalam bahasa Greek. Ia
juga dikaitkan dengan golongan pendatang Greek yang telah menerima budaya Greek dan
menyesuaikan budaya tersebut dalam kehidupan mereka. ‘Hellenisme’ merujuk kepada budaya dan
bukan bangsa.
• Penyebaran tamadun dikenali sebagai helenization dan kawasan yang menerima peradaban Greek
disebut sebagai ‘Dunia Hellenistik’. Zaman hellenistik atau Graeco-rom adalah zaman berkembangnya
tamadun bersifat antarabangsa yang dicipta berasaskan kepada kebudayaan Greek.
• ‘Hellenizein’ pula bererti bertutur dalam bahasa Greek atau menyebelahi orang Greek. Isokrates
menyatakan bahawa istilah ‘Hellene’ harus diberikan kepada seseorang berdasarkan budaya hellenisme
yang diamalkan dan bukannya bangsa. Sir William Tarn menyatakan bahawa zaman Hellenistik
merupakan satu budaya baru yang menggabungkan elemen-elemen Greek dan Timur; kesinambungan
asas tamadun Greek yang diubahsuai mengikut keadaan baharu.
13
PANDANGAN ALAM GREEK
Didasari oleh pandangan ahli falsafah Greek, antaranya;
1) Anaxogoras (5 S.M.) – alam semesta adalah campuran pelbagai ramuan daripada unsur yang
tidak terbatas (infinite) yang tersangat kecil dan tidak seragam.
2) Leucippus (akhir abad 5 S.M.) - alam semesta berpunca daripada unsur terkecil, iaitu atom dan
tidak akan musnah.
3) Aristotle (4 S.M.) – alam semesta berpusat pada bumi (geocentric) dan dikelilingi oleh planet
bintang. Saiz alam semesta terbatas (finite) tetapi ia kekal abadi. Mengandungi 5 unsur – api,
udara, tanah, air, dan ruang.
4) Stoic (3 S.M.) – alam semesta (kosmos) adalah terbatas (finite) bersama dengan bumi dan
dikelilingi oleh ruang kosong yang tidak terbatas (infinite).
5) Nicholas Copernicus (15 M. – sarjana moden) – berbeza pandangan - alam semesta berpusat
pada matahari (heliocentric). 14
AHLI FALSAFAH GREEK

ANAXOGORAS LEUCIPPUS ARISTOTLE STOIC COPERNICUS

15
TERAS PEMIKIRAN SAINS GREEK

1. Epistemologi 2) Metodologi
a) Sumber Ilmu Yunani a) Kebebasan Berfikir
b) Sumber Perubatan Dari • Materialistik
Greek b) Mengagungkan Humanisme
c) Falsafah Tentang Alam

16
TERAS PEMIKIRAN SAINS GREEK
(EPISTEMOLOGI)
• Epistemologi adalah sebahagian daripada perbahasan utama dalam falsafah, iaitu suatu
teori atau kajian mengenai asal-usul, sifat tabii, metode, dan batasan bagi sesuatu ilmu
sebagaimana ditakrifkan oleh The Lexicon Webster Dictionary (1985: 331) “The theory
or study of the origin, nature, methods, and limits of knowledge.” Justeru, epistemologi
boleh difahami sebagai sains atau kajian secara falsafah yang berkaitan tentang ilmu
atau lebih ringkas disebut teori ilmu (theory of knowledge).
•  Skop perbincangan epistemologi amat luas dan merangkumi aspek yang berkaitan
dengan sifat ilmu, bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi dan mentafsir bentuk
ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu, dan batasan justifikasi yang boleh dibuat
(Ahmad Sunawari Long, 2008: 127).
17
SUMBER ILMU YUNANI
1) Pemikiran filasuf Yunani. Contoh: pandangan alam Yunani
2) Sumber atau interaksi dengan pemikiran luar Yunani.
• Tamadun Yunani juga pernah menerima sumbangan daripada tamadun lain
sebelumnya.
• Contohnya, Thales dari Miletus ketika usia mudanya pernah merantau
sambil belajar ke Mesir. Peranan Sungai Nil yang begitu besar terhadap
kehidupan orang Mesir turut mempengaruhi pemikiran Thales hingga beliau
berfalsafah bahawa kesemuanya bermula daripada air. Thales juga
memulakan matematik Yunani hasil ilham daripada tamadun Mesir.

18
Sambungan…

• Begitu juga dengan Pythagoras (murid Thales) yang pernah menuntut ilmu
daripada pendeta Mesir yang membolehkan beliau mengetahui tentang sudut tepat
berdasarkan nombor 3,4,5 dan seterusnya membentuk Teorem Pythagoras.
• Tentang ajaran tidak makan daging, ada kemungkinan ia juga berpunca daripada
pengaruh Mesir. Hal ini demikian kerana Pythagoras mengamalkan cara ini di
Kroton, iaitu selepas kembali dari Mesir.
• Pythagoras juga memuliakan angka 10, dan ia juga mungkin berakar umbi daripada
falsafah Mesir, kerana angka 10 merupakan penggenap susunan angka tiga segi.

19
Sambungan…

• Orang Yunani maju dalam bidang matematik dan mencapai kemuncak


kegemilangan perkembangannya dalam bidang geometri (ukur tanah) yang mereka
ambil daripada Mesir.
• Bidang geometri digunakan untuk mengukur tanah sawah mereka setiap tahun
selepas banjir Sungai Nil yang menghapuskan sempadan sawah yang dibuat pada
tahun sebelumnya.
• Selain Mesir, tamadun Yunani juga menerima ilmu daripada tamadun lain seperti
tulisan daripada kaum Fonesia, dan aspek astronomi seperti pengukuran sudut
secara perenampuluhan yang diterima daripada tamadun Babylon (Mesopotamia).

20
SUMBER PERUBATAN DARI GREEK

• Di Greek, karya-karya Hippocrates dan Galen telah diterjemahkan ke


dalam bahasa Arab oleh Hunayn bin Ishaq untuk tujuan rujukan
perubatan.
• Tamadun Greek berkembang kira-kira 300 tahun sebelum Masihi dan
perubatan Greek turut dipengaruhi oleh perubatan Mesir kuno dan
Babil.
• Orang-orang Arab telah mengenali perubatan Yunani dan Parsi sebelum
kedatangan Islam. 21
TERAS PEMIKIRAN SAINS GREEK
(METODOLOGI)
• Antara metodologi saintifik yang diamalkan dalam pemikiran sains Greek ialah
kebebasan berfikir yang membolehkan setiap insan bertindak bebas sesuka hati
tanpa takut akan hari pembalasan.
• Oleh itu, tiada konsep syurga dan neraka dalam ajaran agama mereka. Menurut
Burns (1963), kebebasan sedemikian merupakan faktor penting yang menjadikan
bangsa Yunani/Greek begitu maju dari segi falsafah, intelek, dan kesusasteraan.

22
Sambungan…

• Walaupun bangsa Yunani beragama, tetapi pada hakikatnya mereka bersifat


materialistik/kebendaan.
• Mereka mengagungkan humanisme yang mendokong doktrin kebebasan berfikir dan
keupayaan manusia.
• Tamadun Eropah bermula dengan gerakan kembali kepada ajaran Falsafah Yunani
pada Zaman Renaissance dengan mengagungkan humanisme.
• Orang Yunani mengangkat manusia sebagai makhluk teragung di bumi.
• Mereka tidak tunduk kepada mana-mana kepercayaan atau ajaran berupa agama.
Sikap mereka memang sekular, rasional, dan kebendaan, iaitu mengagungkan akal
fikiran rasional yang bebas dan menafikan kewujudan alam lain selain alam benda.
23
METODOLOGI SAINS YUNANI/GREEK
TENTANG ALAM

• FALSAFAH PYTHAGORAS TENTANG ALAM


• Makhluk di dunia dijadikan berpasangan.
• Bentuk sfera adalah yang paling sempurna. Berdasarkan hujah
bahawa bentuk sfera itu bulat, maka bumi juga berbentuk sfera
kerana ia adalah bentuk yang paling sempurna.

24
FALSAFAH PLATO TENTANG ALAM

• Alam ini dikawal dengan satu tujuan yang amat bijak.


• Alam roh itu wujud dan kekal abadi.
• Bumi merupakan pusat alam (geocentric) manakala matahari, bulan,
dan planet yang lain beredar mengelilingi bumi.
• Alam semesta hanya satu, bukan gandaan seperti yang dipercayai
oleh golongan atomis.

25
Sambungan…

• Planet pula terbentuk daripada empat unsur, iaitu air, api, angin, dan
tanah (four elements).
• Ajaran Plato ini diserap ke dalam doktrin Kristian melalui St.
Augustine pada Zaman Pertengahan (Middle Ages).
• Ia menjadi asas kepada pengajian ilmu klasik di universiti Eropah
hingga ke hari ini.

26
FALSAFAH ARISTOTLE TENTANG ALAM

• Jirim bersifat selanjar.


• Bahan di dunia terdiri daripada empat unsur utama, iaitu air, api, angin, dan tanah
(four elements) sama seperti pandangan gurunya Plato. Kesemua unsur tersebut
pula mempunyai empat nilai asas, iaitu panas, sejuk, kering, dan basah.
Pandangan ini sebenarnya pendapat Empedocles dari Agregentum (500-430 SM).
• Alam semesta terhad ruangnya (bermaksud alam semesta tamat selepas langit
lapisan ketujuh).
• Bintang dan planet berada pada sfera habluran, iaitu terlekap pada dinding langit
dan bergerak dengan kelajuan sekata pada lintasan berbentuk bulat.

27
PEMIKIRAN SAINS GREEK
(EKOSISTEM ILMU)

• Ekosistem yang menjadi faktor pendorong kemajuan sains &


teknologi dalam tamadun Yunani/Greek merangkumi;
1) Agama
2) Bangsa
3) Kestabilan politik
4) Peranan pemerintah
28
(1) AGAMA

• Orang Yunani adalah polities, iaitu mempunyai banyak tuhan.


• Tuhan bagi orang Yunani bersifat seperti manusia, iaitu mereka makan, minum,
hidup berpasangan dan sering bertengkar sesama mereka.
• Yang berbeza daripada manusia ialah makanan tuhan mereka terdiri daripada
ambrosia (sajian dewa yang dipercayai menyumbang kepada panjang umur atau
kekal hidup) dan tempat tinggal mereka di suatu perkampungan khas di puncak
Gunung Olympus.
• Ketua tuhan mereka ialah Zeus yang menjaga portfolio langit, iaitu menjaga
keadaan angin, ribut, guruh, dan petir.
29
Sambungan…

• Agama Yunani tidak percaya terhadap alam ghaib, hukum-hakam, larangan atau
suruhan, dosa atau pahala, hari pembalasan atau persembahan ritual.
• Setiap insan boleh bertindak bebas sesuka hati tanpa takut akan hari pembalasan,
kerana tiada konsep syurga dan neraka dalam ajaran mereka. Menurut Burns (1963),
kebebasan sedemikianlah yang merupakan faktor penting yang menjadikan bangsa
Yunani/Greek begitu maju dari segi falsafah, intelek, dan kesusasteraan.
• Orang Yunani/Greek tidak percaya wujudnya makhluk ghaib, seperti syaitan atau
hantu.
• Mereka juga percaya bahawa tiada nilai akhlak yang jahat atau buruk.

30
(2) BANGSA

• Bangsa Yunani (Greek) dipercayai berasal daripada bangsa Indo-Eropah


atau dikenali sebagai bangsa Aryan yang telah datang menduduki
sebelah timur Laut Mediterranean pada sekitar 3000 SM.
• Bangsa inilah juga yang telah berhijrah ke benua India, membina
tamadun di situ selepas kejatuhan tamadun Harappa.
• Mereka mara menuju Kepulauan Laut Aegea, dan ada juga yang menetap
di daratan tebing timur Laut Mediterranean.

31
Sambungan…

• Seterusnya, mereka berkahwin dengan orang tempatan, dan mengasaskan tamadun


Yunani/Greek peringkat pertama yang dikenali sebagai Yunani Ioniodaris atau
Yunani Aegea.
• Antara puak Yunani yang timbul pada tahap tamadun Aegea ialah puak Hitit, Firigia,
Lidia, dan Fonesia.
• Puak Hitit menduduki suatu kawasan di Syria berhampiran kota Hamma.
Kemuncak perkembangan tamadun Hitit dicapai sekitar 2000-1200 SM.
• Puak Hitit dipercayai kaum terawal mengetahui rahsia membuat logam besi.
Mungkin daripada mereka bangsa Syria mempelajari teknologi membuat besi waja
yang tiada tanding ketinggian mutunya.
32
Sambungan…

• Bangsa Yunani/Greek yang terdapat di Semenanjung Yunani


dipercayai berasal daripada Lembah Danube, dan bukannya daripada
kaum Aryan.
• Mereka berhijrah ke selatan, dan berkahwin dengan orang tempatan
pada sekitar 2000 SM.
• Sekumpulan orang Yunani telah berhijrah ke barat dan menetap serta
membangun tamadun di selatan Italy dan Pulau Sicily. Tamadun ini
dikenali sebagai Magna Gresia atau Yunani/Greek Barat.
33
ARYAN
(TIMUR
LAUT)
NON-ARYAN
(SELATAN)

MAGNA
GRESIA
(BARAT,
SELATAN
ITALY &
PULAU
SICILY)

YUNANI/GREEK 34
(3) KESTABILAN POLITIK
• Pada abad ke-5 SM, pusat tamadun Yunani berpindah ke Semenanjung Yunani, iaitu
Athens dan Macedonia.
• Di bawah pemerintahan Iskandar Zulqarnain (meninggal dunia pada 323 SM),
kerajaan Yunani berkembang luas melalui penaklukan negara-negara berhampiran
hingga ke Parsi dan India.
• Kerajaan Yunani sebelum kematian Iskandar dikenali sebagai Yunani Hellen
kerana pemerintahnya terdiri daripada orang-orang Yunani asli.
• Kerajaan Yunani selepas kematian Iskandar dikenali sebagai Yunani/Greek
Hellenistik kerana pemerintahnya bukan lagi terdiri daripada orang-orang Yunani tulen,
tetapi merupakan campuran antara bangsa Yunani dengan bangsa lain seperti
bangsa Mesir dan Syria. 35
Sambungan…
• Kesan daripada kestabilan politik dan aktiviti perluasan wilayah khasnya zaman
pemerintahan Alexander The Great dan selepasnya membolehkan pemikiran sains
berkembang di ceruk rantau yang berbeza dan alam pemikiran saintis mereka dipengaruhi
oleh keadaan sekeliling.
• Sains dan falsafah Yunani/Greek Ioniodaris berbeza daripada sains dan falsafah Yunani
Semenanjung dan daripada Yunani Magna Gresia.
• Zaman tokoh-tokoh sains dan falsafah Yunani Ioniodaris, Yunani Semenanjung, dan
Magna Gresia dikenali sebagai zaman Helen. Pada zaman itu, terdapat banyak tokoh
agung seperti Thales, Aristotle, Plato, dan Pythagoras.
• Sains Yunani selepas itu yang muncul di Iskandariah dikenali sebagai Yunani/Greek
Hellenistik mengemukakan tokoh yang tidak kurang hebatnya seperti Archimedes, 36

Ptolemy, dan Galen.


TOKOH SAINS GREEK

HELLEN GREEK HELLENISTIK


(YUNANI ASLI) (YUNANI CAMPURAN)

THALES ARCHIMEDES

ARISTOTLE PTOLEMY

PLATO GALEN

PYTHAGORAS

37
38
(4) PERANAN PEMERINTAH
• Peranan pemerintah Greek yang menaungi kegiatan sains (dikenali sebagai
Roman Patronage) adalah satu ekosistem yang menjadi faktor pendorong
kemajuan sains dalam tamadun Yunani/Greek.
• Istilah patronage merujuk kepada amalan yang meluas di dunia kuno di mana
lelaki kaya atau berkuasa, yang dikenali sebagai pelindung, memberikan
sokongan dan peluang kewangan kepada lelaki yang mempunyai kedudukan
sosial yang lebih rendah atau kepada pelanggan, yang pada gilirannya berhutang
layanan dan kesetiaan kepada pelindung.
• Sistem ini, yang dikembangkan sepenuhnya di Rom, mengambil beberapa
bentuk, termasuk perlindungan sosial, politik, dan seni.
39
sambungan…
• Dalam konteks pemikiran sains, aspek perlindungan sosial adalah amat relevan
kerana ia biasanya melibatkan hubungan ekonomi, seperti pengaturan pertanian
penyewa yang wujud antara banyak pemilik tanah Rom yang kaya dan mereka
yang mengusahakan ladang besar mereka.
• Seorang petani mungkin diberi sebidang tanah di mana dia dan keluarganya
diizinkan tinggal, menanam tanaman, dan memelihara ternakan. Sebagai
balasannya, petani tersebut mestilah memberikan kepada pelindungnya salah
satu bahagian hasil daripada plotnya atau jangka waktu kerja yang ditentukan
setiap tahun. Sebilangan besar petani di Rom kuno adalah terikat dengan jenis
pengaturan ini.

40
sambungan…
• Amalan memberi naungan atau perlindungan juga wujud antara bekas hamba,
atau orang bebas merdeka, dan pemilik sebelumnya, yang dikenal sebagai
penaung atau pelindung.
• Undang-undang Rom dengan teliti mendefinisikan hubungan kebergantungan
antara orang bebas, yang harus dihormati pelindungnya serta sokongan
kewangan dan politik. Sebagai balasannya, penaung akan mempertahankan
kepentingan orang bebas - contohnya, dalam kes-kes undang-undang. Orang
bebas itu juga harus berjanji untuk memberikan pelindungnya dengan jumlah
hari yang dinyatakan setiap tahun ketika dia akan bekerja atau melakukan
layanan untuknya atau keluarganya — misalnya, sebagai pendandan rambut,
tukang, atau guru kepada anak-anaknya.
41
AMALAN MEMBERI NAUNGAN ATAU
PERLINDUNGAN

42
PENUTUP

 Yunani/Greek sebagai sebuah tamadun telah berjaya melahirkan ramai pemikir


agung yang membuahkan pendapat baharu yang menjadi ikutan.
 Interaksi antara tamadun Greek dengan tamadun luar khasnya Mesir kuno dan
Mesopotamia telah menyumbang kepada perkembangan pemikiran sains Greek.
 Teras pemikiran sains Greek ditunjangi oleh metodologi saintifik yang mendokong
humanisme, iaitu doktrin kebebasan berfikir dan keupayaan manusia.
 Pemikiran sains Greek didokong oleh ekosistem ilmu yang merangkumi faktor
agama, bangsa, kestabilan politik, dan peranan pemerintah.

43
AKTIVITI

BINCANGKAN DALAM KUMPULAN MASING-MASING DAN CATATKAN DI RUANGAN


YANG TELAH DISEDIAKAN.
1) SENARAIKAN METODOLOGI PEMIKIRAN TAMADUN GREEK
2) BINCANGKAN TAMADUN-TAMADUN SEBELUM GREEK YANG MENYUMBANG
KEPADA PEMIKIRAN TAMADUN GREEK
3) TERDAPAT BANYAK FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN
EKOSISTEM KEILMUAN TAMADUN GREEK. BINCANGKAN DALAM KONTEKS
PENGARUH PEMIKIRAN TAMADUN DI MALAYSIA.

44

You might also like