You are on page 1of 18

MODUL 1

PENGENALAN & SEJARAH


PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL
OBJEKTIF MODUL
• Mengenalpasti dua cabang ilmu pengetahuan
• Membezakan ilmu pengetahuan dari kumpulan
sains dan kemanusiaan
• Menjelaskan persamaan dan perbezaan antara
ilmu sains sosial dan kemanusiaaan
• Menjelaskan perubahan yang berlaku dalam
proses pengembangan ilmu pengetahuan
manusia berdasarkan zaman-zaman tertentu
OBJEKTIF MODUL (samb…)
• Menerangkan kepentingan sains sosial
sebagai asas dalam kajian disiplin ilmu
• Mengenalpasti dua bentuk pendekatan utama
yang digunakan dalam kajian sains sosial
PENGENALAN
• Para sarjana awal telah berjaya menentukan
asas dalam pembahagian ilmu pengetahuan
manusia kepada kumpulan atau cabang-
cabang tertentu.
• Ini memudahkan penjanaan ilmu
pengetahuan manusia kepada kumpulan atau
cabang tertentu.
PEMBAHAGIAN ILMU
• SAINS - SAINS TULEN
- SAINS SOSIAL

 KEMANUSIAAN

(Sumber: Teh Yik Koon, 1998)


PERBEZAAN ILMU SAINS DAN
KEMANUSIAAN
• Ilmu Sains – merujuk kepada
pengetahuan yang dikaji atau
dikumpulkan mengikut kaedah saintifik
dan menerangkan mengapa sesuatu itu
berlaku.
• Ilmu Kemanusiaan – merujuk kepada
kajian mengenai emosi dan perasaan
manusia. Berkaitan kajian nilai-nilai
kejiwaan dan nilai estetika yang wujud
dalam diri manusia.
PERSAMAAN SAINS TULEN DAN SAINS
SOSIAL
• Sains Tulen mengkaji hal-hal berkaitan fisiologi
hidupan dan alam semulajadi, contohnya
kajian mengenai struktur dan sifat-sifat
sesuatu bahan kimia.
• Sains sosial juga turut mengkaji mengenai
manusia. Ia juga turut mementingkan
penggunaan kaedah yang sistematik dan
saintifik.
PERBEZAAN SAINS TULEN DAN SAINS
SOSIAL
• Perbezaan adalah dilihat dari aspek tumpuan
kajian.
• Sains sosial mengkaji tingkahlaku manusia dan
segala aspek kehidupan manusia di dunia
(Rohana, 1996).
• Sains tulen menumpukan kajian mereka kepada
struktur tubuh badan manusia, manakala ahli
sains sosial menumpukan kajian mereka kepada
persoalan seperti mengapa manusia inginkan
makanan dan sebagainya
PEMBAHAGIAN ILMU SAINS SOSIAL

• Disiplin – disiplin sains sosial termasuklah


psikologi, antropologi, sosiologi, sejarah,
sains politik, ekonomi dan lain-lain.
• Persoalan-persoalan mengapa wujudnya
disiplin-disiplin berbeza dalam sains sosial
adalah kerana penekanan berbeza-beza
kepada tingkahlaku manusia.
SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS
SOSIAL
1. ZAMAN YUNANI
2. ZAMAN PERTENGAHAN
3. ZAMAN RENAISSANCE
4. ZAMAN ENLIGHTENMENT
ZAMAN YUNANI
• Memperkenalkan konsep yang berasaskan rasional
dan logik untuk mengkaji peristiwa-peristiwa yang
berlaku dan bebas dari elemen keagamaan.
• Tokoh terkenal seperti Plato dan Aristotle di mana
falsafah barat bermula pada zaman ini kira-kira
2600 sebelum masihi
• Tokoh pada zaman ini mengkehendaki manusia
berfikir sehingga mencapai tahap keintelektualan
tinggi
• Telah melahirkan disiplin sains politik, ekonomi dan
psikologi
ZAMAN PERTENGAHAN
• Zaman ini bermula di Eropah dari tahun 476-
1453 SM.
• Agama adalah merupakan aspek terpenting
dalam kehidupan masyarakat.
• Penjelasan terhadap fenomena adalah
berdasarkan kepada agama iaitu berasaskan
kehendak tuhan dan takdir semata-mata.
• Wujud juga kepercayaan terhadap kuasa dari
dunia ghaib yang boleh menentukan apa yang
berlaku dalam kehidupan masyarakat.
ZAMAN RENAISSANCE
• Renaissance bermaksud kelahiran semula dan zaman
ini bermula kira-kira 1543 dan berakhir pada
penghujung abad ke-17.
• Kemunculan semula ciri-ciri ilmu pengetahuan yang
wujud sejak Zaman Yunani.
• Penjanaan ilmu pengetahuan adalah berdasarkan
kepada konsep logik dan rasional.
ZAMAN RENAISSANCE
• Perkembangan bermula apabila pelbagai bidang
ilmu lain mula mempertikaikan penerangan
pihak gereja katolik bahawa sesuatu yang
berlaku kerana takdir semata-mata tidak logik
dan sukar diterima akal.
• Penentangan dilakukan oleh golongan
rasionalis. Peranan agama dalam proses
penjanaan ilmu pengetahuan mula diambilalih
oleh mereka.
• Tokoh penting pada zaman ini adalah Galileo
Galilei (1564-1642)
ZAMAN ENLIGHTENMENT
• Berlaku semasa era Revolusi Saintifik di mana
munculnya penemuan-penemuan Newton,
Galileo, dan Copernicus pada abad ke-18
• Teras kepada pemikiran pada zaman ini adalah
tanggapan bahawa fenomena sosial dan hakikat
kewujudan alam boleh dikaji dan difahami
melalui prinsip sejagat yang mekanistik dan
saintifik.
• Pemikiran manusia mula disinari oleh penemuan
ilmu-ilmu baru.
• Kehidupan sosial mula berubah dari doktrin
keagamaan kepada pemikiran bercorak rasional
dan kepada prinsip sebab musabab.
PENDEKATAN UMUM SAINS SOSIAL
• Terdapat dua (2) pendekatan dalam kajian
sains sosial iaitu:
1. Positivisme
2. Fenomenologi
PENDEKATAN UMUM SAINS SOSIAL
1. POSITIVISME
- Dikemukakan oleh Comte yang merujuk kepada
ideologi pemikiran dan kajian berlandaskan fakta-
fakta empirikal dan hukum-hukum sejagat.
- Tujuan sesuatu kajian sains sosial adalah
membolehkan manusia meramal tingkahlaku dan
kewujudan sesebuah fenomena sosial.
PENDEKATAN UMUM SAINS SOSIAL
2. FENOMENOLOGI
- Lebih mementingkan unsur subjektiviti di dalam
pemerhatian ke atas fenomena sosial.
- Fenomena sosial dianggap unik dan mempunyai
ciri-ciri tertentu.
- Fenomena sosial dan fizikal adalah berbeza kerana
fenomena sosial melibatkan pengalaman individu yang
subjektif dan pelbagai.
- Fenomena fizikal boleh dikaji secara objektif kerana
ia jarang berubah dan kebanyakan perubahan yang
berlaku boleh diramal dengan tepat.

You might also like