You are on page 1of 18

KOD KERTAS:

SKSP1043: EVOLUSI PEMIKIRAN DAN FALSAFAH

TAJUK:
SEJAUHMANAKAH PERBAHASAN TENTANG PENERIMAAN
FALSAFAH MODEN DALAM KONTEKS PEMIKIR-PEMIKIR ISLAM.

PENSYARAH:
DR. ZUBAIDAH BINTI Z.P. HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMMAD HAFIZAL AIMAN BIN ABDUL HALIM (A175788)
1.0 PENGENALAN
Falsafah merupakan salah satu bidang ilmu yang telah berkembang dengan begitu
pesat sejak dari zaman kemunculannya sekitar abad ke-5 sebelum masihi. Falsafah
secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perasaan cinta akan kebijaksanaan.
Perkataan ‘philosophy’ berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu ‘philosophia’.
‘Philosophia’ merupakan kombinasi dua perkataan Yunani kuno iaitu ‘philo’ yang
bermaksud cinta dan ‘sophia’ bermaksud ‘kebijaksanaan’ 1. Bidang falsafah dapat
dibahagikan kepada beberapa tahap pemikiran iaitu bermula dengan tahap pemikiran
mitologi, pemikiran teologikal dan pemikiran saintifik.
Bidang falsafah yang mula dipraktikkan di Greece, Eropah telah merintis
perkembangannya menerusi beberapa tahap zaman yang berbeza iaitu menerusi
zaman Yunani Kuno, zaman Yunani Klasik, zaman pertengahan dan zaman moden.
Dalam konteks pemikiran falsafah barat, terdapat tiga ciri yang diutamakan iaitu
bersifat rasional yang menggunakan akal sebagai alat utama untuk mencari kebenaran
ilmu pengetahuan,naturalistik yang bermaksud dapat menjelaskan fenomena yang
berlaku tanpa memberikan andaian-andaian dan berbentuk saintifik iaitu melihatkan
eksperimen, pemerhatiaan dan penaakulan akal.
Peranan Tamadun Islam amat signifikan terhadap peradaban falsafah barat di
Eropah ketika Eropah dilanda zaman kemunduran. Zaman Kemunduran ataupun turut
dikenali sebagai Zaman Gelap telah membawa satu titik hitam dalam sejarah tamadun
barat. Pemikiran di zaman ini adalah sangat berasaskan keagamaan dan pemikiran
berasaskan akal dan sebab-musabab tidak dilaksanakan. Golongan gereja dan paderi
Kristian telah mengawal segala-galanya sehingga menyebabkan pemikiran
masyarakat mundur akibat terlalu taksub dengan kepentingan ilmu berasaskan
agama.Tamadun Islam yang berkembang dengan pesat dalam aspek ilmu seperti ilmu
mantik, falsafah, matematik dan sains telah merintis sebuah perubahan terhadap
Eropah. Sehinggakan, eropah mulai bangkit dengan satu kesedaran iaitu kesedaran
terhadap potensi akal sebagai
Falsafah mulai berevolusi sehingga sampai ke tahap akhir iaitu Zaman Moden
dimana idea pemikiran manusia mulai menjadi lebih bebas, rasional dan matang2.
Perkembangan falsafah moden daripada barat yang jauh berbeza daripada zaman
sebelumnya menyebabkan ramai manusia yang mulai menceburkan diri dalam bidang

1
Chong Hoe Lok, 1997, Falsafah Barat Kuno: Yunani Kuno, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hlm 1-5.
2
Ibid, 7-10.

1
falsafah dan akhirnya melahirkan ramai ahli falsafah moden yang terkenal. Falsafah
era moden lahir adalah disebabkan oleh kesedaran manusia yang mulai berfikir
melampai konteks pemikiran mitologi (myth) Antara ahli falsafah moden barat yang
terkenal ialah seperti Immaneul Kant, Francis Bacon, Rene Descarates dan
sebagainya. Pemikiran di Zaman Moden memperlihatkan manusia mulai menolak
pemikiran berasaskan kepada teologikal ataupun ketuhanan kerana mereka percaya
bahawa akal yang dimiliki oleh setiap manusia mempunyai potensi yang lebih luas
untuk diperkembangkan.
Menurut Thomas Hobbes iaitu seorang ahli falsafah Eropah mengatakan bahawa
ajaran agama Kristian merupakan satu aliran agama yang karut.3 Namun begitu,
perkembangan falsafah tidak berlaku di Eropah sahaja, tetapi turut berlaku di negara-
negara lain seperti Tamadun India, Tamadun Islam dan Tamadun China.
Perkembangan falsafah daripada barat ini telah berkembang dengan meluas ke seluruh
pelusuk dunia dan ianya merupakan satu revolusi pemikiran manusia yang berlaku
dengan begitu drastik.
Tamadun Islam juga tidak terlepas daripada perkembangan dalam bidang
falsafah. Pemikiran falsafah dalam Tamadun Islam amatlah berbeza dengan Tamadun
Eropah. Pemikiran falsafah Islam tidak menolak pendekatan akal sebagai alat untuk
berfikir, tetapi pemikiran Islam lebih menekankan konsep hubungan ilmu, alam dan
tuhan (connection to god). Falsafah islam menekankan pemikiran berasaskan wahyu
iaitu Al-Quran dan hadis yang menjadi panduan kehidupan manusia. Ini bermakna,
falsafah islam menekankan pemikiran manusia yang menggunakan sumber-sumber
wahyu seperti Al-Quran dalam menjadi penggerak ataupun “mindset” pemikir-
pemikirnya4. Akibat daripada perbezaan antara falsafah barat dan falsafah islam,
timbul beberapa perbahasan terhadap penerimaan falsafah barat moden dalam
kalangan pemikir-pemikir falsafah islam.

2.0 PEMIKIRAN-PEMIKIRAN FALSAFAH MODEN BARAT


Perkembangan falsafah moden di barat telah melahirkan ramai tokoh intelektual
yang menekankan pemikiran saintifik di dalam kehidupan mereka. Kemunculan
golongan intelektual ataupun ahli falsafah moden telah menyebabkan pelbagai aliran-
aliran falsafah diperkenalkan. Antara contoh ahli falsafah moden yang
3
Sulaiman Noordin, 1993, Sains, Falsafah dan Islam, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm 135.
4
Ibid, 78-80

2
memperkenalkan pelbagai aliran ialah seperti Thomas Hobbes, Immaneul Kant dan
Karl Max. Setiap aliran falsafah tersebut ditegakkan dengan pendirian yang sangat
kuat. Aliran-aliran ataupun pemikiran falsafah moden ini amat penting kerana
menjadi satu pegangan ideologi seseorang terhadap sesuatu perkara dan kewujudan
aliran-aliran pemikiran falsafah barat yang moden menunjukkan evolusi pemikiran
dalam kalangan manusia di Eropah semakin berkembang.
2.1 SEKULARISME
Sekularisme berasal dari perkataan “saeculum” yang membawa maksud “age’
(zaman) ataupun “generation” (generasi). Definisi ini kemudiannya dikaitkan dengan
perkara-perkara keduniaan yang menjadi kata lawan bagi akhirat. Menurut Al-Qamus
al-Muhit5, sekularisme dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan hal
ehwal keduniaan bukan kerohaniaan yakni bukan keagamaan. Fahaman sekularisme
juga hanya mementingkan tentang soal dunia dan tidak mementingkan soal dosa,
pahala, agama dan akhirat.Secara ringkasnya, sekularisme dapat didefinisikan sebagai
satu aliran fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial
manusia. Meriam Webster’s Colegiate pula mendefinisikan sekularisme sebagai;
“Indiference to or rejection or exculusion of religion or religious
considerations6”
Petikan di atas menjelaskan tentang ketidakpeduliaan, penolakan ataupun
penyingkiran nilai-nilai agama tanpa sebarang pertimbangan.Menurut Syed Naquib
Al-Attas, beliau telah mengatakan bahawa proses sekularisme yang berlaku ke atas
masyarakat eropah berlaku melalui tiga tahap iaitu pertama, Disenchantment of
nature ataupun mengosongkan alam dari semua makna spiritual dimana alam
merupakan suatu perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar dan alam tidak
mempunyai sebarang perkaitan dengan kuasa spiritual dan ketuhanan. Kedua,
Desacralization of politics ataupun menghilangkan sifat suci di dalam politik dimana
pentadbiran sesebuah negara telah mengasingkan sebarang autoriti dan arahan agama
di dalam sesuatu pemerintahan. Ketiga, Deconsecration of values atau menghilangkan
nilai-nila agama di dalam kehidupan dimana tiada kebenaran yang mutlak kerana
sekularisme hanya bergantung kepada akal untuk berfikir secara rasional.
Aliran falsafah ini diperkenalkan oleh seorang tokoh falsafah di Britain iaitu
George Holyoke pada tahun 1851. Antara ciri-ciri utama dalam sekularisme ialah
5
Al-Qamus Al-Muhit, 1993, Beirut : al- Muassat al-Risalah, hlm 60.
6
Mohammad Yusoff Hussain, Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Moden, Karisma Publication, Kuala
Lumpur, hlm 23-27.

3
menolak agama dalam kehidupan, bersifat dualisme yang memisahkan agama dan
kehidupan manusia, liberal, materialistik iaitu berasaskan kepada kebendaan dan
mengutamakan rasional. Ciri-ciri yang ada di dalam aliran sekularisme ini akan
menyebabkan seseorang itu hanya menumpukan kehidupannya dengan mengenepikan
agama dan perkara ini turut meliputi aspek kehidupan yang lain seperti pendidikan,
pentadbiran dan sebagainya.
Akibat daripada aliran ini, maka muncul aliran sains moden barat yang
diperkenalkan oleh saintis-saintis barat yang beraliran sekularisme.Menurut George
Holyoke di dalam bukunya yang bertajuk “English Secularisme” pada tahun 1896,
beliau telah menggariskan tiga prinsip penting yang menjadi ikutan di dalam sains
moden barat iaitu sains ialah panduan kehidupan manusia, memperbaiki kehidupan
kita dengan kebendaan (materialistik) dan matlamat manusia yang menghalalkan
semua benda7. Prinsip-prinsip inilah yang menjadi pendorong kepada para saintis-
saintis barat untuk memperkenalkan penemuan-penemuan baharu yang berteraskan
kepada pemikiran sekularisme. Muncullah beberapa teori sains barat moden hasil
daripada pemikiran falsafah barat moden seperti mereka mengemukakan beberapa
teori alam yang mengatakan bahawa alam semesta tercipta dengan sendiri dan tiada
satu kuasa pun yang telah mencipta alam fizikal iaitu dunia8.
Para Saintis barat yang beraliran sekularisme ini juga telah membuat anggapan
bahawa kemunculan manusia di dunia inilah berlaku secara kebetulan. Mereka
mengatakan bahawa berlaku proses evolusi dari suatu sel purba dan zat yang mati
boleh menjadi zat yang hidup secara kebetulan dan manusia wujud melalui proses
perubahan haiwan yang telah dimanipulasikan oleh teori Darwinisme yang
mengatakan manusia asalnya daripada Mawas. Tujuan mereka melakukan ini adalah
kerana mereka ingin menafikan identiti tuhan sebagai pencipta alam serta menafikan
kewujudan tuhan. Mereka juga menafikan sebarang autoriti ataupun wahyu yang
merupakan panduan hidup dengan cara mereka percaya akan kebolehan dan potensi
akal yang dimiliki oleh manusia. Akal dijadikan sebagai alat utama untuk
menghasilkan sebuah pemikiran yang rasional, objektif dan idealist.
Penerimaan islam terhadap pemikiran falsafah sekularisme oleh negara-negara
barat memperlihatkan bahawa banyak tokoh-tokoh pemikir islam yang menentang

7
Haslinda Binti Hasan,2011, Sekularisme: Sejarah Kelahiran dan Kesannya Terhadap Pemikiran Islam, Kuala
Lumpur, Universiti Malaya, hlm 66-70.
8
Sulaiman Hj Noordin, 1978, Teori Evolusi : Suatu fakta atau asas ideologi sekularisme ?, Kuala
Lumpur,Akademi Sains Islam Malaysia, hlm 34-36.

4
dan mengkritik aliran ini. Para pemikir islam seperti Hassan Al- Banna mengakui
bahawa sememangnya aliran sains moden yang lahir daripada pembentukan falsafah
sekularisme ini merupakan satu pencapaian ilmu yang terkenal sehingga ke seluruh
dunia.Perkembangan dalam ilmu pengetahuan yang didorong oleh sifat-sifat sekular
telah berjaya melahirkan manusia yang maju di dalam aspek sains dan teknologi.
Namun, timbul permasalahan apabila sains moden barat yang berkembang dengan
meluas ini menolak keberadaan Tuhan di dalam kehidupan manusia dan menolak
fungsi autoriti ataupun wahyu yang dimiliki oleh sesebuah agama sebagai sumber
panduan kehidupan. Tokoh pemikir Islam moden seperti Yusof Qardwi telah
mengkritik aliran sekularisme walaupun Islam pernah mencapai zaman ketamadunan
gemilang di dalam bidang sains dan teknologi, agama masih lagi diletakkan di paras
yang tinggi berbanding ilmu pengetahuan. Islam tidak meletakkan ilmu sains yang
bersifat duniawi lebih tinggi daripada pemikiran agama yang meliputi aspek
kepercayaan, keimanan dan ketaatan kepada Tuhan9. Yusof Qardwi juga turut
mengatakan bahawa manusia yang termulia di antara umat Islam adalah mereka yang
bertakwa kepada agama mereka dan mempunyai ilmu Islam yang luas.
Perkara ini jelaslah menunjukkan bahawa pengasingan agama dan kehidupan
yang menjadi teras utama kepada pemikiran falsafah moden sekularisme adalah salah.
Agama tidak dapat diasingkan daripada kehidupan manusia. Di dalam konteks
Islam,agama mendorong manusia untuk mencari kebenaran yang hakiki
menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah dan setelah memporelehi
jawapan terhadap persoalan tersebut, maka manusia perlulah kembali kepada hakiki
iaitu tuhan. Ilmu ialah milik tuhan dan manusia haruslah kembali kepada Tuhan yang
menjadi pemilik ilmu tersebut10.
Aliran sekularisme juga dikritik oleh tokoh-tokoh pemikir Islam yang lain kerana
menolak autoriti ataupun wahyu sebagai sumber panduan kehidupan manusia.
Sejumlah besar tokoh-tokoh pemikir Islam tidak menerima aliran sekularisme ini
kerana aliran ini dilihat sebagai satu ancaman ideologi terhadap pemikiran umat Islam
di dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, dalam konteks ilmu pengetahuan di
dalam islam itu sendiri menggunakan al-Quran dan al-hadis yang dijadikan sebagai
garis panduan agar manusia tidak melampaui batas. Menurut pandangan tokoh-tokoh
pemikir Islam, sains ialah Ilmu pengetahuan yang sistematik yang boleh diuji dan
9
Abdul Rahman Haji Abdullah,2000, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 108.
10
Ibid, hlm 89-91.

5
dibuktikan kebenarannya. Kaedah peninjauan dan eksperimen telah digunakan bagi
memperolehi jawapan merupakan salah satu cara memperolehi ilmu yang digalakkan
oleh al-Quran. Dalam Islam, alam semesta yang wujud secara fizikal telah diceritakan
di dalam al-Quran dengan begitu teliti. Terdapat beberapa aspek alam seperti
penciptaan alam, tumbuhan, haiwan, dan manusia telah diceritakan untuk
menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanan Allah S.W.T. Ketiadaan satu wahyu
ataupun autoriti di dalam proses mencari kebenaran akan menyebabkan manusia
melampaui batas dan tidak mampu untuk menerima kebenaran hakiki bahawa Tuhan
itu wujud dan dunia diggerakan oleh Tuhan sebagai pencipta (ultimate creator)11

2.2 RASIONALISME
Perkembangan pemikiran manusia juga turut menyebabkan rasionalisme
diperkenalkan sebagai satu reaksi terhadap kemajuan pemikiran manusia. Aliran ini
diperkenalkan oleh seorang tokoh falsafah barat moden iaitu Rene Descartes(1596-
1650)12 .Rasionalisme merupakan satu aliran falsafah yang menyatakan bahawa akal
adalah sumber utama pengetahuan manusia dan aliran ini hanya bergantung kepada
akal semata-mata. Kaedah untuk mencapai sesuatu ilmu pengetahuan adalah melalui
penaakulan akal terhadap ilmu-ilmu asas untuk diaplikasikan di dalam kehidupan
seharian. Rasionalisme juga lebih menumpukan potensi akal daripada penggunaan-
penggunaan wahyu ataupun autoriti mana-mana agama. Rasionalisme juga menafikan
pengalaman pancaindera sebagai sumber pengetahuan dan sebaliknya percaya baahwa
kemampuan akal mampu untuk menyingkap segala kebenaran dan ilmu. Kepercayaan
aliran rasionalisme dalam usaha untuk mencari kebenaran dilihat akan menyebabkan
pengikut-pengikutnya menjadi jumud dan tidak menggunakan pancaindera yang
dimiliki sebagai sumber yang menyumbang kepada pengetahuan. Mereka hanya
bergantung kepada akal semata-mata dan tidak melihat konteks yang lain dalam usaha
untuk menyingkap persoalan-persoalan kehidupan.
Menurut Rene Descrates, beliau menolak pandangan golongan aliran
emperisisme yang mengatakan bahawa ilmu dan kebenaran dapat disingkap melalui
pengalaman yang dirasai oleh pancaindera manusia. Beliau berpendapat bahawa
pancaindera yang dimiliki oleh manusia bukanlah satu alat yang tepat untuk
menemukan ilmu pengetahuan kerana pancaindera hanya menipu. Akal yang dimiliki
11
Ibid, hlm 113-115.
12
Hasan Abu Omar, 2001, Rasionalisme dan Alam Pemikiran Filsafat Islam, Yayasan Al-Muntazhar,
Jogjakarta, hlm 79-80.

6
oleh manusia harus menjadi alat utama dalam merumuskan sesuatu kebenaran dan
akhirnya manusia akan dapat memahami sesuatu ilmu pengetahuan.Hanya
pengetahuan yang diperoleh lewat akallah yang memenuhi syarat yang dituntut oleh
semua pengetahuan yang ilmiah. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik
menolak adanya wahyu dan mukjizat atas sebab kedua-dua benda ini dilihat tidak
logik. 
Dalam memastikan ilmu pengetahuan yang terhasil daripada penaakulan akal
merupakan suatu ilmu pengetahuan yang benar, muncullah metode keraguaan yang
diperkenalkan oleh Rene Descartes. Walaupun akal digunakan sebagai medium utama
di dalam aliran rasionalisme, namun perlu ada metode keraguan dalam memastikan
ilmu pengetahuan itu mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk dikategorikan
sebagai ilmu. Hal ini berlaku kerana, Descartes berasa manusia perlu
mempertimbangkan hal-hal yang terkecil yang membentuk sesuatu ilmu pengetahuan.
Menurut beliau lagi, manusia sering kali tertipu dengan pengamatan terhadap sesuatu
perkara yang dapat dikesan melalui pancaindera. Oleh disebabkan itu, aliran
rasionalisme mementingkan elemen keraguaan untuk memastikan ilmu yang ditemui
merupakan ilmu yang benar-benar rasional dan tiada unsur penipuan. Pengikut aliran
ini menjadi pengikut yang sering kali meragukan kebenaran terhadap sesuatu perkara
dan mereka menjadi lebih obses untuk mencari jawapan dengan menggunakan akal
semata-mata.
Metode keraguan Descartes dilakukan adalah supaya manusia menyedari
kebenaran ilmu dengan lebih mendalam. Keraguan yang dimaksudkan oleh Descartes
dengan istilah "meragu-ragukan"(doubt) adalah untuk "menyedari"13. Dengan cara
menyedari bahawa seseorang manusia itu sedang berfikir maka pastilah kebenaran
yang diragukan tidak dapat disangkal. Metode keraguan yang digunakan oleh
Descrates bukanlah seperti aliran skepsitisme. Akan tetapi, keraguan yang dilakukan
ke atas sesuatu ilmu pengetahuan itu adalah untuk mencapai satu titik kepastian.
Dengan adanya kepastian di dalam pemikiran, maka kebenaran sesuatu ilmu itu tidak
akan boleh dipersoalkan lagi.Lebih menarik lagi, Descartes menjadikan keraguan dan
akal itu sebagai sebagai satu senjata untuk memperolehi ilmu yang benar.
Menurutnya, hanya dengan keraguan dan akal sajalah yang dapat membawa
seseorang ke arah kebenaran.
Apa yang dapat kita fahami daripada falsafah rasionalisme Descartes adalah
13
Ibid, hlm 99-111.

7
aliran ini berteraskan kepada pencarian suatu kebenaran yang tidak dapat disangkal
oleh siapapun.Kaedah meragukan segala sesuatu daripada proses awal lagi merupakan
satu cara untuk mendapatkan pengetahuan dengan lebih terperinci sehingga lebih jelas
dan benar. Descartes juga turut sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran yang
rasional,sistematis, dan boleh diterima akal. Kebenaran itu bukan sahaja harus
mempunyai nilai keyakinan, namun perlu dimulaikan terlebih dahulu dengan cara
meragukan segala sesuatu.
Penerimaan terhadap falsafah barat seperti rasionalisme di dalam kalangan tokoh-
tokoh pemikir Islam dilihat terbahagi kepada dua iaitu golongan yang menyokong
rasionalisme dan golongan yang menentang rasionalisme. Bagi golongan yang
menyokong, mereka mendapati bahawa pemikiran berasaskan rasionalisme ini
mampu untuk menghentikan pemikiran taqlid di dalam kalangan umat islam. Menurut
Imam Al-Ghazali, taqlid dapat didefinisikan sebagai satu proses menerima sesuatu
ilmu ataupun pendapat tanpa mengetahui alasan dan hujah 14. Menurut Ibnu Al-
Humam pula, taqlid juga dapat didefinisikan sebagai mengamalkan pendapat atau
ilmu pengetahuan orang lain tanpa meneliti sebarang hujah mahupun dalil. Metode
keraguan yang diperkenalkan menerusi aliran rasionalisme ini boleh diaplikasi oleh
masyarakat islam dalam usaha untuk menghentikan budaya taqlid terhadap sesuatu
ilmu yang belum tahu akan kebenarannya. Penekanan terhadap penaakulan akal juga
akan membantu orang Islam untuk menjadi lebih bijak dalam mencari jawapan untuk
menjawab persoalan-persoalan kehidupan.
Bagi golongan yang menentang pemikiran rasionalisme ini, mereka
mengemukakan beberapa pendapat mereka terhadap elemen yang ada di dalam
pemikiran rasionalisme. Tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Muhammad Abduh
mengatakan bahawa penggunaan akal semata-mata sebagai alat untuk memperolehi
sumber ilmu pengetahuan tidak menjamin kebenaran sesuatu ilmu 15. Ilmu perlu
diperolehi dengan beberapa kaedah yang lain selain daripada proses penaakulan akal
kerana manusia mampu untuk menggunakan akal untuk memanipulasi ilmu
pengetahuan atas dasar kepentingan diri. Manipulasi ilmu mampu untuk berlaku
melalui penciptaan ilmu melalui akal. Maka, Muhammad Abduh tidak menerima
falsafah rasionalisme yang diperkenalkan oleh barat. Akal juga mempunyai
kelemahan kerana setiap orang memiliki tahap pemahaman yang berbeza berdasarkan
14
Muhammad Faisal Ashaari, 2014, Islam dan Sekularisme, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, hlm 17-19.
15
Idris Zakaria, 1998, Kritikan terhadap Falsafah Barat ,Islamic Empire, Jakarta, hlm 78.

8
kepada faktor-faktor yang menyumbang ke arah pembentukan akal.
Tokoh-tokoh pemikir Islam juga berpendapat bahawa manusia mempunyai akal
yang lemah dan pemikiran ilmu berasaskan akal yang lemah akan menghasilkan ilmu
yang sia-sia.Bahkan, manusia itu sendiri tidak dapat menjawab persoalan tentang
hakiki dirinya sendiri tanpa sebarang panduan. Manusia memerlukan sumber ataupun
autoriti berasaskan agama untuk menjawab persoalan-persoalan yang ingin diketahui.
Imam As-Syafie iaitu seorang tokoh ulama Islam sendiri pernah berkata bahawa
sesungguhnya akal itu mempunyai sempadan dan kelemahannya seperti mana mata
yang mempunyai sempadan dan kelemahan untuk melihat. Mereka juga beranggapan
bahawa pemikiran manusia terbatas dan hanya boleh dikembangkan dengan
menggunakan sumber-sumber lain yang dapat membantu seseorang manusia untuk
menyingkap kebenaran dan ilmu pengetahuan. Contohnya seperti pancaindera yang
dikurniakan oleh Tuhan haruslah diggunakan dengan betul untuk memperolehi
kebenaran yang dicari.
Selain itu, tokoh-tokoh Islam juga berpendapat bahawa terdapat beberapa
kelemahan yang ada pada aliran rasionalisme seperti

2.3 MATERIALISME
Kemunculan aliran materialistik sememangnya bermula di zaman Yunani Kuno
lagi. Aliran materialisme ialah satu ideologi falsafah yang berhujah bahawa satu-
satunya perkara yang benar ialah bahan yang mempunyai jirim, yakni segala
fenomena yang berlaku adalah bersifat fizikal.Namun, aliran materialisme ini terus
berkembang dengan lebih besar lagi ketika di zaman Moden dimana aliran ini
dipengaruhi oleh pemikiran sekularisme dan mempunyai perkaitan yang cukup dekat
sekali. Walaupun wujud perbezaan di dalam zaman, pemikiran mereka masih sama
iaitu mereka beranggapan bahawa setiap benda yang mempunyai bentuk fizikal dan
boleh dilihat oleh pancaindera ialah suatu benda yang wujud secara harafiahnya.Sifat
materialistik telah menyebabkan masyarakat di Eropah menilak nilai-nilai keagamaan
dan kerohanian di dalam kehidupan dan mereka lebih memberikan tumpuan
kehidupan terhadap hal-hal keduniaan.
Masyarakat Eropah yang berpegang kepada ideologi falsafah materialisme ini
berpendapat bahawa agama tidak memainkan peranan dalam sebarang kemajuan yang
dikecapi oleh manusia dan mereka turut beranggapan bahawa agama merupakan satu
penghalang yang menghalang manusia untuk mencapai kemajuan. Bagi mencapai

9
kemajuan dan matlamat yang ingin dicapai, seseorang manusia itu haruslah
mementingkan diri dan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat tersebut
seperti eksploitasi, penindasan, penipuan serta menghalalkan cara yang haram. Aliran
ini jelas menunjukkan ciri-ciri sekularisme yang menjadi asas kepada perkembangan
mendedak aliran materialisme.
Aliran ini juga percaya bahawa akal ialah sumber pengetahuan agama dan mereka
menolak agama di dalam kehidupan. Akal merupakan tempat pergantungan kepada
manusia dan manusia perlu menggunakan akalnya bagi menyelesaikan masalah-
masalah yang berlaku di dalam kehidupan tanpa mengikut mana-mana norma, adat
dan tradisi yang berkaitan dengan agama. Sesuatu perkara yang tidak dapat dijelaskan
dengan baik seperti pemahaman kuasa ghaib dan tahyul dianggap berada di luar kuasa
akal dan ditolak daripada konteks pemikiran yang rasional.Mereka juga menolak
kegunaan autoriti ataupun wahyu kerana beranggapan bahawa teks agama
mengandungi perkara-perkara yang berada di luar taakulan akal dan tidak dapat
dibuktikan secara saintifik.
Namun begitu, ciri aliran materialisme yang sebenar lebih memfokuskan kepada
kehidupan manusia itu sendiri. Aliran ini memegang teras utama dimana mereka
berpendapat bahawa manusia perlu memaksimakan kenikmatan dan mengurangkan
kesengsaraan16. Ini bermaksud, manusia perlu mementingkan diri sendiri terlebih
dahulu sebelum mementingkan nasib orang lain untuk meraih kenikmatan yang
maksimum. Aliran ini secara terang-terangan melahirkan manusia yang cinta akan
kebendaan melebihi akhirat dan mementingkan diri sendiri 17. Fahaman ini juga turut
menolak konsep alam akhirat dan mempercayai bahawa hanya kemewahan, kekayaan
dan keselesaan hidup menjadi matlamat utama 18. Justera itu, manusia perlu
menggunakan tenaga dan akalnya untuk mengecapi matlamat tersebut. Selepas
manusia itu mati, maka segala kemewahan dan kekayaannya akan berakhir tanpa
adanya kehidupan selepas mati ataupun konsep pembalasan.
Lebih parah lagi, terdapat seorang tokoh aliran materialisme iaitu Sigmund Freud
yang mengatakan bahawa terdapat tiga keperluan asas yang diperlukan oleh manusia
iaitu makanan, perlindungan ataupun tempat berlindung dan seks19. Beliau menolak
identiti agama sebagai salah satu keperluan asas berbentuk rohani yang sangat
16
Ibid, hlm 56-58.
17
Ibid, hlm 115.
18
J.O. Urmson & Jonathan Ree,1991, The Concise Encyclopedia of Western Philosophy and Philosopher,
Unwin Hyman Ltd, hlm 57-60.
19
Bertand Rusell, 2004, The History Of Western Philosophy, Bifulle Inc, New York, hlm 134.

10
diperlukan oleh manusia. Beliau mengatakan juga bahawa manusia bebas untuk
melakukan apa yang diinginkan termasuklah seks secara bebas. Dengan menolak
agama dari kehidupan manusia, manusia mampu untuk memenuhi nafsu mereka dan
agama tidak dapat menghalang kehidupan mereka. Beliau turut mengeluarkan hujah
bahawa faktor berlakunya tekanan mental dalam kalangan masyarakat adalah kerana
agama yang menghalang manusia untuk bebas. Pemikiran ini jelas menunjukkan
bagaimana seseorang manusia mampu untuk menjadi serakah dan sanggup untuk
melakukan sesuatu yang dilarang di dalam konteks agama.
Aliran materialisme yang berteraskan keduniaan dan kebendaan ini jelasnya
dikritik dan ditentang hebat oleh tokoh-tokoh pemikir Islam.Tokoh ulama India iaitu
Syeikh Abu Hassan Ali an-Nadwi telah menerangkan di dalam buku beliau yang
terkenal ialah Riddah La Abu Bakar Laha dan beliau mengatakan bahawa umat Islam
kini menghadapi ancaman murtad yang lebih berbahaya iaitu fahaman materialisme
(kebendaan) yang datang dari pengaruh bara20t. Menurutnya, materialisme merupakan
fahaman yang menolak agama dan mereka menafikan adanya Tuhan, alam ghaib,
wahyu dan kerasulan.Walaupun begitu, pengikut-pengikut falsafah kebendaan ini
tidak menganggap aliran materialisme sebagai satu agama yang baru, namun pada
hakikatnya falsafah ini adalah pegangan kehidupan yang realistik.

Al-Nadwi menjelaskan bahawa aliran falsafah materialisme (kebendaan)


merupakan dajjal yang membawa kerosakan ke atas dunia ini. Aliran ini meletakkan
kebendaan dan pemiliknya sebagai kompenan utama yang bersifat suci dan
mengagungkan kebendaan melebihi segala-galanya termasuklah agama. Al-Nadwi
melihat fahaman ini sebagai satu ancaman yang besar kepada umat Islam. Lebih parah
lagi apabila ramai pemimpin-pemimpin negara Islam adalah hasil daripada
pendidikan barat yang terdedah dengan ideologi-ideologi barat yang menolak agama
daripada kehidupan. Al-Nadwi sekeras-kerasnya mengatakan bahawa Islam menolak
prinsip sekularisme yang telah melahirkan konsep falsafah materialisme yang fokus
terhadap cara memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan21. Amalan fahaman
materialisme ini juga akan mengakibatkan umat Islam sibuk mengejar dunaiwi
(kebendaan) dan melupakan agama. Al Nadwi juga menggariskan firman Allah di
dalam Al-Quran yang menekankan tentang keburukan orang Islam mengikuti budaya
20
Mohd Aizam Bin Mas’od, 2012, Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam dan
Implikasinya  Kepada Iman,Kuala Lumpur, Jurnal Penyelidikan Islam 2, hlm 110.

21
Ibid, hlm 77-8

11
kafir dari aspek kehidupan dan sebagainya. Allah telah berfirman di dalam surah al-
Imran, tentang keburukan orang Islam mengikuti gaya kehidupan golongan kafir :-
          "Jangan sekali-kali Engkau (Wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang Yang kafir di Dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan
kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan Yang sedikit, (akhirnya akan
lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-
buruk tempat ketetapan." (Surah al-Imran: 196-197)

            Cara untuk memperbaiki kehidupan di dalam konteks Islam untuk mendapat
kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga akhirat. Orang yang memperolehi kejayaan
hakiki dan abadi adalah orang yang memahami hakikat yang kehidupan manusia ini
hanya sementara. Dunia hanya sebagai sebuah tempat persinggahan dan menjadi
22
sebuah tempat berjuang untuk melakukan kebaikan .Oleh itu, Islam mengajarkan
umatnya supaya meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah untuk
memperbaiki lagi diri dan kehidupan. Keimanan adalah kunci kepada kejayaan hidup
di dunia dan akhirat. Apabila kita beriman kepada Allah maka kita akan melakukan
segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Keseimbangan terhadap hal
duniawi dan akhiratlah yang ditekankan di dalam islam supaya tidak berlaku
ketaksuban manusia terhadap kehidupan di dunia melebihi kehidupan akhirat. Hidup
yang dilandasi Islam nescaya orang itu akan mendapat ketenangan serta kebahagiaan
kerana telah mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T semata- mata. Maka sesiapa
yang mengejar akhirat nescaya dunia akan mengejarnya juga.
2.4 MODERNISME
Modernisme juga merupakan aliran falsafah yang muncul retetan daripada
ideologi sekularisme yang berkongsi ciri-ciri yang sama. Modernisme mulai
diperkenalkan pada tahun 1914 yang menjadi satu titik perubahan yang merubah
perspektif budaya dan politik masyarakat di Eropah. Aliran modernisme ini
menekankan bahawa manusia perlu meninggalkan budaya, tradisi ataupun adat yang
mampu untuk menghalang seseorang manusia untuk maju ke hadapan 23. Aliran ini
juga memandang bahawa entiti agama itu sebagai satu penghalang kepada manusia
untuk mencapai kejayaan kerana agama menyekat kebebasan manusia untuk
melakukan apa-apa yang diinginkan. Dengan adanya agama di dalam kehidupan,
22
Ibid, hlm 99.
Mana Sikana, 1998,Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala
23

Lumpur, hlm 76.

12
manusia terpaksa akur akan perintah dan larangan agama dan manusia tidak mampu
untuk maju dengan adanya sekatan autoriti ini. Selain itu juga, aliran ini turut
menekankan kemampuan manusia untuk mencipta, membaiki dan membentuk sebuah
persekitaran kehidupan yang lebih baik dengan bantuan ilmu yang mereka aplikasikan
terhadap teknologi dan penciptaan24. Golongan aliran modernisme beranggapan
bahawa agama tidak diperlukan dan tiada kuasa agama yang ada perkaitan dalam
kehidupan manusia dan alam. Nilai terbaik yang dilihat di dalam aliran ini ialah
mencorakkan kehidupan manusia yang maju dan membangunkan hanya dengan
berlandaskan kepada agama sahaja dan tidak melibatkan unsur-unsur keagamaan.
Ekoran daripada sikap obses terhadap sains dan sifat angkuh di dalam diri,
mereka yakin bahawa manusia tidak perlu bergantung kepada mana-mana kuasa yang
dianggap sebagai pencipta alam iaitu tuhan dan alam ghaib. Keberadaan Tuhan yang
tidak dapat dilihat secara fizikal dianggap tidak akan pernah dapat membantu manusia
untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap persoalan yang muncul di dalam
kehidupan. Akibat budaya angkuh dan obses terhadap ilmu berteraskan akal, maka
lahirlah sebuah budaya yang baharu yang dikenali sebagai budaya modeniti. Budaya
modeniti merupakan sebuah budaya yang menekankan pembaharuan dan keobsesan
ilmu yang begitu tinggi dimana agama diketepikan daripada proses penaakulan.
Keangkuhan manusia berjaya menyebabkan masyarakat di Eropah mencapai zaman
moden yang memperlihatkan kemajuan sains dan teknologi yang membangun. Akan
tetapi, mereka mundur dari aspek rohaniah kerana mereka lupa dan alpa terhadap
Tuhan. Ketaksuban mereka juga turut menyebabkan mereka mempertikaikan
kebenaran samada Tuhan itu wujud ataupun tidak. Akibatnya, manusia-manusia yang
terpengaruh dengan aliran ini menjadi terlalu obses terhadap usaha memodenisasikan
pemikiran manusia kepada pemikiran sains sehingga mampu menolak nilai-nilai
kemanusiaan. Pendekatan mendahulukan kepuasan sains melebihi kepentingan
manusia turut dilakukan di dalam aliran ini.
Akal yang digunakan untuk memperolehi kebenaran dan seterusnya memajukan
manusia telah menyebabkan ideologi-ideologi yang songsang mulai diperkenalkan.
Norma-norma kehidupan mulai dipersoalkan sehinggakan merenggangkan ikatan
kekeluargaan dan rumah tangga. Salah seorang tokoh aliran Modernisme ialah Karl
Marx yang mengatakan bahawa hanya wujud dua golongan di dalam sesebuah

24
Ibid, 89.

13
masyarakat iaitu golongan borjuis (bawahan) dan golongan proletariat (atasan) 25.
Ideologi ini jelas menjejaskan hubungan di dalam masyarakat serta hubungan
kekeluargaan. Melalui ideologi modernisme, golongan proletariat tidak boleh
dibantukan oleh golongan bourjois kerana wujud perbezaan taraf hidup sehinggakan
golongan proletariat dianggap hina di dalam masyarakat.
Perbezaan kelas masyarakat yang muncul akibat daripada modernisme juga turut
menyebabkan golongan wanita mulai mempertikaikan tradisi dan peranan wanita di
dalam keluarga. Gerakan emansipasi wanita yang memegang aliran falsafah
modernisme untuk menolak tradisi telah dilakukan oleh wanita-wanita di Eropah.
Antara tuntutan-tuntutan yang dituntut oleh wanita-wanita adalah untuk menolak
tradisi wanita sebagai ibu dan isteri di dalam keluarga dan wanita mempunyai hak
yang sama dan setaraf dengan lelaki di dalam pekerjaan. 26 Hal ini jelas menunjukkan
betapa kuatnya pengaruh aliran modernisme sehingga mampu untuk mempengaruhi
minda manusia. Akibat daripada perubahan-perubahan yang drastik ini, berlaku
banyak kepincangan di dalam keluarga seperti hilangnya rasa hormat seorang isteri
kepada suami, ibubapa lalai dan melupakan tanggungjawab mereka di dalam keluarga
serta gejala pergaulan bebas yang mendorong kepada ‘free sex’ ataupun seks bebas.
Aliran modernisme ini mendapat tumpuan yang banyak daripada pemikir-pemikir
Islam. Ada golongan yang menyokong aliran modernisme kerana menganggap
bahawa perubahan yang ingin dikecapi oleh sesuatu masyarakat adalah satu titik
pemodenan yang akan memanfaatkan masyarakat. Namun begitu, sebahagian besar
tidak menerima aliran modernisme kerana sifatnya yang sangat sekularisme dan
mengenepikan agama dari konteks kemajuan manusia. Menurut Mariam Jameelah
iaitu salah seorang tokoh pemikir Islam wanita telah mengkritik aliran modernisme
melalui bukunya yang berjudul “Islam and Modernisme 27”. Beliau mengatakan
bahawa aliran modernisme ini menolak akan kebenaran dan nilai-nilai murni di dalam
kehidupan dan mereka hidup berasaskan kepada niat mencapai kemajuan moden
berbentuk fizikal melebih kemajuan rohaniah yang melibatkan agama dan spiritual.
Beliau turut mengkritik pemikiran modernisme yang memandang golongan yang
berpegang kepada agama dan wahyu merupakan golongan yang mundur dan pasif.
Pemikiran sedemikian rupa jelas terpesong dalam memaknakan kehidupan seseorang
manusia.
25
Stumpt. S.E, 1997, Philosophy: History & Problems, Mc Graw Hill Inc, New York, hlm 113
26
Ibid, hlm 117.
27
Mariam Jameelah,1997, Islam and Modernisme, Kazi Publsiher, London, hlm 98-100.

14
Tokoh Islam yang lain seperti Muhammad Asad turut mengkritik pemikiran
Modernisme dengan tegas. Beliau mengatakan bahawa pemodenan yang dikecapi
oleh masyarakat di Eropah yang berteraskan kepada idelogi modernisme hanya satu
langkah mengakui pencapaian pembaharuan di dalam ekonomi, sosial, dan
kebangsaan. Sebaliknya, mereka gagal untuk memajukan diri dengan mempercayai
keberadaan Tuhan yang ada di dalam kehidupan walau sejauhmana pun mereka
berjaya memajukan diri. Masyarakat Eropah yang berpegang kepada idelogi
modernisme juga beranggapan bahawa tuhan bukanlah satu bentuk kebahagiaan di
dalam kehidupan melainkan kenikmatan dan kemewahan duniawi yang hanya mampu
untuk dikecapi melalui modenisasi28. Kemajuan yang ingin dikecapi di dalam aliran
modernisme ini sebenarnya hanyalah kemajuan yang berbentuk fizikal. Golongan
pemikir-pemikir Islam enggan untuk menerima aliran falsafah modernisme kerana
terdapatkan sifat sekularisme yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat Islam.
Kemajuan yang ingin dikecapi sepatutnya bersifat seimbang dimana manusia taksub
terhadap dunia dan akhirat.

3.0 KESIMPULAN
Aliran-aliran yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh falsafah barat didirikan
kepada konsep sekularisme yang mengasingkan agama daripada kehidupan. Asas
konsep sekularisme ini dapat dilihat muncul di dalam setiap aliran-aliran falsafah
seperti rasionalisme, materialisme serta pelbagai lagi. Hal ini berlaku disebabkan
aliran sekularisme ini menjadi teras kepada pemikiran falsafah yang lain dan unsur-
unsur sekularisme tidak dapat lari daripada sesuatu falsafah. Penerimaan falsafah
barat yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh barat yang terkenal seperti John Locke,
Karl Marx dan Rene Descrates dilihat memberikan dampak yang besar terhadap dunia
terutamanya di dalam aspek pemikiran manusia.
Tokoh-tokoh pemikir Islam dilihat majoritinya tidak menerima falsafah-falsafah
barat moden kerana terdapat beberapa unsur sekularisme yang dilihat mampu untuk
menggugat keimanan dan akidah umat islam. Pengasingan agama daripada kehidupan
dianggap sebagai satu tindakan yang sangat bertentangan dengan kehidupan Islam.
Masyarakat Barat beranggapan bahawa nilai ketamadunan mereka tinggal hasil
daripada aplikasi falsafah barat di dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, tokoh-
tokoh pemikir Islam berpendapat bahawa dengan mengasingkan agama daripada
28
Ibid, hlm 88.

15
kehidupan, keperluan manusia tidak dipenuhi dalam aspek rohani. Manusia perlu
hidup dengan berteraskan kepada Tuhan dan mempunyai agama agar ada satu garis
halus yang akan menyedarkan kebatasan yang dimiliki oleh manusia di dunia.

16
RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah,2000, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat


dan Timur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Al-Qamus Al-Muhit, 1993, Beirut : al- Muassat al-Risalah, Malaysia.
Bertand Rusell, 2004, The History Of Western Philosophy, Bifulle Inc, New
York.
Chong Hoe Lok, 1997, Falsafah Barat Kuno: Yunani Kuno, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Hasan Abu Omar, 2001, Rasionalisme dan Alam Pemikiran Filsafat Islam,
Yayasan Al-Muntazhar, Jogjakarta.
Haslinda Binti Hasan,2011, Sekularisme: Sejarah Kelahiran dan Kesannya
Terhadap Pemikiran Islam, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.
Idris Zakaria, 1998, Kritikan terhadap Falsafah Barat ,Islamic Empire, Jakarta.
J.O. Urmson & Jonathan Ree,1991, The Concise Encyclopedia of Western
Philosophy and Philosopher, Unwin Hyman Ltd.
Mariam Jameelah,1997, Islam and Modernisme, Kazi Publsiher, London.
Mana Sikana, 1998,Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.
Mohd Aizam Bin Mas’od, 2012, Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran
Umat Islam dan Implikasinya  Kepada Iman,Kuala Lumpur, Jurnal Penyelidikan
Islam 2.
Mohammad Yusoff Hussain, Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Moden,
Karisma Publication, Kuala Lumpur.
Muhammad Faisal Ashaari, 2014, Islam dan Sekularisme, Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.
Sulaiman Noordin, 1978, Teori Evolusi : Suatu fakta atau asas ideologi
sekularisme ?, Kuala Lumpur,Akademi Sains Islam Malaysia.
Sulaiman Noordin, 1993, Sains, Falsafah dan Islam, Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Stumpt. S.E, 1997, Philosophy: History & Problems, Mc Graw Hill Inc, New
York.

You might also like