You are on page 1of 14

KERTAS KERJA

BAGI MEMENUHI TUGASAN KURSUS


ILH 1102 : AQIDAH ISLAMIYAH

TAJUK :

BAHAYA ISLAM LIBERAL

DISEDIAKAN OLEH :

NOORHISYAM BIN ISMAIL (741121-03-6279)

MOHAMAD NAZIR BIN RAMLAN (771122-01-6867)

JANIRA AIN BINTI ABU BAKAR (771016-14-6024)


KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Muqaddimah 2

2. Liberal dan Liberalisme 3

3. Islam Liberal 4

4. Bahaya Golongan Berfikiran Islam Liberal 8

5. Kesimpulan 10

6. Rujukan 12

1
MUQADDIMAH

Terdapat pelbagai aliran pemikiran yang wujud sepanjang sejarah kemanusiaan. Perbezaan

ini berlaku kesan daripada kewujudan pelbagai bangsa, budaya, agama dan latar belakang yang ada

pada setiap manusia. Di sisi agama, Islam mengajar manusia menghormati perbezaan tersebut

selagi mana aliran pemikiran itu tidak menjejaskan pemikiran dan kepercayaan umat Islam pada

Allah SWT. Dalam surah al-Maidah ayat 48, Allah SWT menegaskan, jika Dia mengkehendaki,

Dia berkuasa untuk menghimpunkan semua manusia itu dalam satu umat sahaja tapi Allah SWT

sengaja mencipta kepelbagaian ini sebagai ujian kepada umat Islam yang pada mereka itu telah

diturunkan al-Quran sebagai petunjuk yang mutlak kepada kebenaran yang mesti dipegang. Allah

SWT juga menjelaskan kaedah bagaimana menghadapi perbezaan pandangan antaranya

termasuklah pada firmannya dalam surah al-An‘am ayat 108, yang bermaksud: “Dan janganlah

kamu memaki ilah-ilah yang mereka ibadahi selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah

dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap

baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Rabb merekalah kembali mereka, lalu Allah SWT

memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan”.

2
Islam mengkehendaki kita berhati-hati bila berhadapan dengan perbezaan pandangan.

Hormati perbezaan pemikiran selagi mana perbezaan tersebut tidak menjejaskan atau memberi

ancaman kepada Islam dan umatnya. Dalam hal ini, satu daripada pelbagai aliran tersebut adalah

aliran pemikiran liberal. Pemikiran ini bukan berasal daripada Islam. Ia adalah sepenuhnya acuan

Barat dan muncul reflek daripada ketidakpuasan hati golongan intelektual barat terhadap sikap dan

pegangan pembesar agama mereka (paderi) pada zaman yang digelar zaman kegelapan Barat (Dark

Age).

LIBERAL DAN LIBERALISME

Liberal berasal daripada perkataan Latin iaitu liber, liberalis atau liberal yang bermaksud

bebas, tidak terikat, progresif, reformis atau radikal . Berfikir secara liberal bermaksud berfikir

secara bebas dan terbuka, bertoleransi, berfikiran luas dan tidak jumud (tidak terkongkong kepada

sesuatu aliran pemikiran). Ia juga disebut sebagai suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir

seluruh aspek kehidupan manusia termasuk sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama

. Dari perspektif teologi, liberal bermaksud berfikir untuk bebas daripada kepercayaan tradisi, atau

berfikir bahawa ajaran bersifat tradisi perlu diubah kerana didapati tidak lagi sesuai dengan

pemikiran moden. Seseorang yang liberal adalah seorang moderat, iaitu bersedia menerima

ideologi, budaya dan peradaban Barat serta bersedia melepaskan diri dari ideologi, budaya dan

peradaban yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Barat. Terma liberal ini menjadi asas kepada

liberalisme. Namun, tidak ada satu definisi yang tepat yang boleh diberi kepada liberalisme ini

kerana pemaknaannya berbeza mengikut konteks dan kecenderungan seseorang individu atau

kumpulan. Secara umum, liberalisme boleh diertikan sebagai seorang individu yang berfahaman

liberal, atau seorang yang berpandangan bebas dan berfahaman demokrasi dalam semua aspek

termasuk agama, ekonomi, ideologi dan politik. Individu yang berfahaman liberal lazimnya percaya
3
bahawa semua manusia memiliki hak dan kesaksamaan dalam bersuara dan bertindak serta bebas

daripada kekangan agama dan ideologi.

Liberalisme daripada perspektif agama bermaksud pemikiran yang cuba membebaskan

Islam dari sebarang ikatan syarak dengan cara mentafsir, mengolah atau menafikan apa sahaja dalil

syara’ agar bersesuaian dengan pemikiran yang berteraskan falsafah Barat. Formatifnya mencakupi

segenap aspek kehidupan manusia termasuk pendidikan, agama dan sosial. Ia berpegang kepada

konsep rasional, keterbukaan dan kebebasan intelektual . Kumpulan ini berhujah menggunakan

hak-hak asasi manusia dan bukti penemuan saintifik sebagai ukuran dan

orientasi untuk menolak segala penafsiran daripada agama sekiranya ia bertentangan dengan

pemikiran mereka. Liberalisme adalah kritikan terhadap ajakan untuk mengakui syariat sebagai

dasar hukum. Kumpulan ini memiliki agenda untuk membebaskan manusia dari berbagai dominasi

yang dianggap menjerat kebebasan ekspresi dan kehendak seperti halal-haram, boleh-tidak boleh,

dianggap sebagai gangguan utama untuk kebebasan manusia. Kerana dalam liberalisme, produk

hukum sepenuhnya diserahkan pada kehendak individu.

ISLAM LIBERAL

Satu daripada label popular yang menjadi topik perbincangan pemikiran Islam di Malaysia

adalah Islam Liberal. Apakah dia Islam Liberal? Tidak ada istilah yang tepat dalam menghuraikan

terma ini. Istilah Islam Liberal ini pertama kali diperkenalkan oleh Asaf Ali Ashgar Fyzee (1959) di

dalam artikelnya “The Reinterpretation of Islam” bagi menggantikan istilah Islam Protestan. Islam

Protestan pula adalah satu istilah yang dibangkitkan oleh kumpulan berfikiran liberal yang cuba

mengaitkan apa yang terjadi dalam tradisi Kristian di Eropah dengan gerakan reformis Islam.
4
Walau bagaimanapun agak sukar untuk mencari huraian yang tepat tentang kaitan ini

memandangkan perbahasan mengenainya seperti terhenti.

Dua tokoh yang sering disandarkan dalam mana mana kajian mengenai Islam Liberal di

Malaysia adalah Leonard Binder dan Charles Kurzman. Istilah Islam Liberal telah diguna pakai di

dalam buku Leonard Binder (1988), iaitu “Islamic Liberalisme: A Critique of Development

Ideologies” yang diterbitkan oleh University of Chicago Press dan Charles Kurzman (1998) dalam

bukunya “Liberal Islam: The Source Book” yang diterbitkan oleh Oxford University Press, New

York. Leonard Binder (1988:1) menyatakan, Islam Liberal bermaksud individu atau kumpulan

umat Islam yang berpegang kepada pentafsiran tidak tekstual terhadap al-Quran, ertinya pentafsiran

al-Quran mesti berasaskan kepada pencarian inti pati maksud ayat, bukan kepada apa yang tersurat

dalam teksnya. Pencarian seperti ini dianggap dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan

zaman. Pentafsiran ini dilihat oleh sebahagian intelektual sebagai usaha beliau untuk mengaitkan

apa yang berlaku pada agama Kristian di Barat dengan agama Islam.

Tokoh kedua yang sering menjadi sandaran penyelidik mengenai Islam Liberal adalah

Charles Kurzman. Berbeza dengan Binder, Kurzman (1998) melihat Islam Liberal ini daripada

perspektif yang lebih luas merangkumi isu-isu politik, demokrasi, ekonomi, hak-hak asasi manusia,

kesetaraan gender, prinsip pentafsiran agama, pluralisme, kebebasan berfikir, penentangan terhadap

teokrasi, hak-hak perempuan, hak-hak non-Muslim, kebebasan berfikir, dan gagasan tentang

kemajuan.

Perbahasan mengenai liberal, liberalisme dan Islam liberal daripada pelbagai pespektif pada

awal tulisan ini membawa kita kepada pembentukan tema-tema tertentu yang boleh dikaitkan

5
sebagai parameter dalam menentukan kebarangkalian seseorang individu itu memiliki pemikiran

liberal atau sebaliknya. Antara tema-tema penting yang kita boleh senaraikan adalah seperti

berikut :

1. Pemikir liberal adalah seorang yang berfikir bahawa semua manusia memiliki hak dan

kesaksamaan dalam bersuara dan bertindak.

2. Pemikir liberal adalah seorang berfikiran bebas atau seseorang yang berfikir bahawa

pemikiran manusia tidak boleh terikat dengan satu aliran pemikiran pada semua struktur

kehidupan manusia termasuk sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama.

Daripada perspektif agama khususnya, pemikir liberal berpandangan bahawa manusia mesti

membebaskan dirinya daripada kepercayaan tradisi kerana ajaran tradisi tidak boleh

disesuaikan pada semua zaman.

3. Daripada perspektif agama, pemikir liberal adalah seorang yang boleh berkompromi dengan

syarak dengan cara mentafsir, mengolah atau menafikan bukti-bukti syarak yang tidak selari

dengan dengan pemikiran dan falsafah Barat.

4. Daripada perspektif agama pemikir liberal adalah seorang yang berfikir bahawa kebenaran

adalah bersifat relatif atau Nisbi. Kebenaran tidak boleh didakwa dimiliki secara mutlak

oleh mana-mana pihak atau dengan kata lain tidak ada keputusan yang mutlak dalam hal-hal

berkaitan moral (benar atau salah). Benar atau salah adalah bergantung kepada pengamatan

masing-masing berdasarkan budaya dan masyarakat dalam persekitaran mereka.

6
5. Daripada perspektif agama pemikir liberal menolak autoriti agama dan memberi kebebasan

kepada setiap individu untuk berijtihad dalam apa jua permasalahan berkaitan agama.

6. Pemikir liberal berpendapat pentafsiran semula al-Quran adalah perlu dan mesti dilakukan

tanpa perlu terikat mana-mana dengan disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan seperti Asbab

Nuzul, Nasikh wa al-Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan sebagainya.

7. Pendukung pemikiran liberal berpandangan sunnah Rasulullah SAW hanya relevan untuk

masyarakat Arab di zaman Baginda dan ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini.

8. Pendukung pemikiran liberal ini berpandangan Syariah perlu mengutamakan kebebasan

dan keperluan manusia kerana pelaksanaan Syariah itu akan berbeza apabila diketengahkan

ke dalam masyarakat yang berbeza dan pelbagai. Oleh kerana itu, Syariah perlu tidak

melanggar hak asasi manusia.

Bagi penganut-penganut aliran liberalisme di Malaysia, mereka berpegang dengan fahaman-

fahaman berikut :

1. Membuka pintu ijtihad tanpa batasan kepada semua dimensi syariat Islam.

2. Mengutamakan semangat etika kebebasan keagamaan terhadap pemahaman al- Quran dan

al-Sunnah. Tidak memadai hanya sekadar penafsiran literal sebuah teks.

3. Mempercayai konsep kebenaran yang bersifat relatif, terbuka dan plural.

7
4. Memihak kepada minoriti dan tertindas, berikutan ketetapan syariat Islam yang dilihat

bercanggah dengan pemahaman logik akal.

5. Meyakini kebebasan beragama tanpa batasan atau had sempadan.

6. Memisahkan autoriti duniawi dan ukhrawi (autoriti keagamaan dan politik).

BAHAYA GOLONGAN BERFIKIRAN ISLAM LIBERAL

Apabila melihat kepada tema-tema dan fahaman yang dipegang oleh penganut-penganut

aliran liberalisme ini, golongan ini adalah golongan yang sangat merbahaya. Golongan ini tidak

menzahirkan diri mereka sebagai seorang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik

slogan-slogan yang nampak manis dan berkebajikan, tetapi hakikatnya mereka membawa racun ke

dalam fikiran manusia secara halus. Antara slogan yang dibawa oleh golongan liberalisme ini ialah

gagasan untuk mengkaji semula agama Islam, mentafsirkan semula Al-Quran, menilai semula

syariat dan hukum hakam feqah dan mereka berusaha menolak bentuk tafsiran yang dianggap lama

dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran

daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid.

Mereka juga berselindung di sebalik “menuntut hak mereka sahaja’ dan ‘tidak menganggu

orang lain”. Slogan ini kelihatan seperti membela hak seseorang itu, tetapi hakikat sebenarnya

mereka mahu bebas dan lolos daripada sebarang ikatan yang berasaskan kepada agama dan budaya.

8
Mereka hanya menerima sesuatu yang sesuai dengan logik akal kerana agama bagi mereka adalah

dogma dan dakwaan tidak berasas yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Hakikatnya mereka

tidak mahu sebarang ikatan yang berasaskan kepada agama. Mereka hanya boleh menerima alasan

yang berasaskan kepada logik dan rasional (kononnya). Sebagai contoh, mereka tidak dapat

menerima aurat dan peraturan pemisahan antara lelaki dan perempuan atas koc komuter atas dasar

larangan daripada agama. Sebaliknya mereka boleh terima peraturan itu sekiranya atas alasan

“gangguan seksual”.

“Ini hak saya untuk berjudi, saya tak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya untuk berzina, saya tak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya tidak tutup aurat, saya tidak ganggu orang lain”.

“Ini hak saya untuk tukar jantina, saya tidak ganggu orang lain”.

Kesemua ini merupakan virus liberalisme yang mahukan kebebasan daripada ikatan mana-

mana autoriti termasuk agama atas alasan hak asasi yang bersandarkan kepada logik akal dan hawa

nafsu. Sungguhpun mereka tidak menuntut kebebasan mutlak, tetapi ungkapan “Saya menuntut hak

saya, saya tak ganggu orang lain” membawa maksud saya ingin melampias kemahuan diri biarpun

bercanggah dengan perintah agama dan menyalahi adat. Perkara ini tidak salah asalkan tidak

ganggu orang lain. Demikianlah, manusia merasa itu adalah hak mereka, tetapi sebenarnya itu

adalah kemahuan nafsunya sendiri. “Tidak ganggu orang lain” yang dijadikan alasan untuk

mengabsahkan tindakan mereka merupakan alasan yang salah di dalam Islam. Sebagai muslim, ia

terikat dengan peraturan daripada Allah SWT kerana apa yang dikurniakan kepada kita ini adalah

pinjaman daripada Allah SWT.

9
Mereka juga berkata:

“Saya tak tutup aurat tapi hati saya baik, tidak mengumpat orang”.

“Saya tak solat tapi hati saya baik, tidak kacau orang”.

Mereka menggangap melanggar perintah Allah SWT itu bukan suatu kesalahan dan dosa

sedangkan ia merupakan suatu kesalahan yang akan dihisab oleh Allah SWT nanti. Seruan untuk

tidak mengikuti perintah agama ini bukanlah suatu perasaan dalaman yang ada pada jiwa manusia,

tetapi ia adalah usaha yang terancang daripada musuh Islam yang mahukan manusia bebas daripada

ikatan agama. Pelbagai kumpulan seperti Sister in Islam (SIS), G25, Islamic Renaisance Front

(IRF), Interfaith Commmision (IFC), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), All Women’s

Action Society (AWAS) dan The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) adalah antara

contoh kumpulan yang mahukan kebebasan. Ini tidak termasuk lagi dengan serangan yang datang

daripada pelbagai pihak menerusi media baru. Selain itu, pelbagai istilah berkaitan dengan Islam

digunakan oleh golongan sebagai propaganda liberalisasi ‘Islam’ di Malaysia seperti Islam Liberal,

Sosialis Islam, Islam Progresif, Islam Madani, Islam Tanwiri, Islam Hadhari dan yang terkini Islam

Rahmatan Lil A’lamin.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Tuntasnya, ideologi liberalisme muncul atas asas kebebasan individu sebagai tindak balas

terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit

masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun. Fahaman ini memberi penekanan yang

mendalam terhadap kebebasan individu, sikap keterbukaan, meraikan kepelbagaian dan dalam

masa yang sama menekankan konsep kesetaraan dan kesaksamaan. Gerakan Islam Liberal yang
10
terinspirasi daripada ideologi liberalisme pula diwujudkan atas asas untuk membebaskan umat

Islam daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan oleh fahaman

konservatisme dan fundamentalisme agama, melalui penghargaan terhadap kepelbagaian

pandangan, pembukaan pintu ijtihad, perjuangan hak asasi manusia serta mempertahankan

kebebasan.

Fahaman kebebasan dan hak asasi yang diperjuangkan oleh golongan Islam Liberal ini pula

nampaknya hanya mencedok daripada teori-teori Barat. Sementara Islam mengiktiraf hikmah dan

mengambil manfaat produk yang baik daripada mana-mana tamadun, Islam juga mengajar agar kita

menyaring terlebih dahulu pemikiran-pemikiran Barat dan memastikan ia benar-benar selari dengan

pandangan alam (worldview) Islam. Telah sekian ramai pemikir-pemikir Islam yang menghasilkan

buah fikiran yang tuntas dalam isu kebebasan dan hak asasi manusia, antaranya Syeikh Muhammad

al-Ghazali, Syeikh Rachid Ghannouchi, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ahmad al-Raisouni dan Prof

Muhammad ‘Immarah yang pastinya perlu ditelaah dalam memformulasi teori kebebasan yang

selaras dengan ajaran Islam.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu memperkukuhkan akidah untuk berhadapan dengan

serangan pemikiran dan ideologi secara dalaman dan luaran yang boleh menyesatkan manusia

dalam kehidupan. Menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim untuk berhati-hati daripada terjebak

dengan pemikiran Islam liberal ini, lebih-lebih lagi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-74 pada 25-27

Julai 2006 telah memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada

syariat Islam, antaranya berdasarkan aspek-aspek berikut:

• Mempersoalkan metodologi pentafsiran al-Quran dan al-Hadith.


11
• Kesilapan pada menempatkan peranan akal bukan pada tempatnya.

• Menilai semula konsep hukum-hakam Feqah yang telah disepakati para ulama.

RUJUKAN

Ahmad Munawar Ismail & Zakaria Stapa, Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di

Malaysia, Islamiyyat 41(2), 2019.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dari Liberalisme ke Islam Liberal: Satu Sorotan, Al-Bayan Siri ke

12, 2020.

Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Manhaj Usrah PAS Peringkat Taarif 1, Kuala

Lumpur, 2019.

12
Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Manhaj Usrah PAS Peringkat Taarif 2, Kuala

Lumpur, 2019.

Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS), Modul Aqidah 2, Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Kuala

Lumpur, 2019.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Islam Memimpin, Pustaka Permata Ummah, Kuala Lumpur, 2020.

13

You might also like