You are on page 1of 14

KERTAS KERJA

BAGI MEMENUHI TUGASAN KURSUS


ILH 1104 : PENGANTAR POLITIK ISLAM

TAJUK :

PENDEKATAN MUWAJAHAH SILMIYAH SEBAGAI


WASILAH SIASAH
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
DALAM SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

NOORHISYAM BIN ISMAIL (741121-03-6279)

MOHAMAD NAZIR BIN RAMLAN (771122-01-6867)

JANIRA AIN BINTI ABU BAKAR (771016-14-6024)


KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Muqaddimah 2

2. PAS, Matlamat dan Tujuan Penubuhan 3

3. Pilihanraya Sebagai Wasilah Siasah PAS 5

4. PAS dan Muwajahah Silmiyyah 7

5. Kesimpulan 11

6. Rujukan 13

1
MUQADDIMAH

Demokrasi berasal daripada perkataan Greek, ‘demokratia’, iaitu gabungan perkataan

‘demos’ yang bermaksud ‘rakyat’ dan ‘kratos’ yang bermaksud ‘kuasa’. Definisi demokrasi

ialah sistem pemerintahan melalui kuasa rakyat. Perkataan ini mula digunakan pada tahun 508

BC, sebagai panggilan bagi sistem pemerintahan di Greek waktu itu. Kini, perkataan demokrasi

digunakan dalam pelbagai pengertian mengikut tujuan dan proses perlaksanaannya bagi

menggambarkan kaedah menentukan pemimpin berasaskan suara majoriti. Prinsip penentuan

kemenangan mengikut ‘suara majoriti’ merupakan ciri utama dalam amalan demokrasi.

Dalam urusan menentukan pemerintah di negara yang mengamalkan sistem demokrasi,

proses pilihanraya merupakan kaedah dalam perundangan yang membenarkan rakyat memilih

wakil di dewan perwakilan melalui sistem yang dipanggil ‘demokrasi berpewakilan’

(representative democracy). Malaysia adalah antara 123 buah negara yang mengamalkan sistem

itu. Pilihanraya dalam sistem pemerintahan demokrasi berperwakilan adalah sebuah proses yang

mana rakyat membuat keputusan memilih wakil-wakil di dalam dewan perundangan dan

seterusnya memilih kerajaan. Melalui pilihanraya, rakyat selaku pengundi memilih pemimpin

dan parti yang diberi mandat membentuk kerajaan.

Sistem Pilihanraya di Malaysia melibatkan penyertaan rakyat dalam proses politik

negara. Dalam konteks demokrasi berperwakilan, pilihanraya merupakan satu-satunya saluran

bagi rakyat menentukan pemimpin dan kerajaan yang akan memerintah negara. Parti yang

dipilih oleh rakyat yang memenangi majoriti kerusi yang ditandingi adalah layak membentuk

kerajaan. Parti yang berjaya membentuk kerajaan ini akan berkuasa untuk menentukan dasar

dan polisi pemerintahan. Pilihanraya adalah satu-satunya jalan bagaimana sesuatu parti politik

2
itu boleh mendapat kuasa pemerintahan di Malaysia. Atas dasar ini, pelbagai parti politik telah

ditubuhkan oleh mereka yang berpengaruh bagi menyertai pilihanraya bagi mendapatkan kuasa

memerintah negara dengan pelbagai tujuan. Salah satu parti politik yang menyertai pilihanraya

di Malaysia bagi mendapatkan kuasa memerintah ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS, MATLAMAT DAN TUJUAN PENUBUHAN

PAS adalah sebuah parti politik Islam yang berjuang untuk menegakkan dan

melaksanakan syariat Islam yang bersumberkan ajaran Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW,

Ijmak Ulama dan Qiyas. Perjuangan PAS ini adalah rentetan perjuangan yang dilalui oleh para

nabi dan rasul sejak dari dulu sehingga kepada Rasul terakhir Muhammad SAW. Ia disusuli

secara terus menerus oleh para sahabat, tabi’in dan para ulamak selepasnya dari generasi ke

generasi sehingga ke hari ini dan seterusnya berpanjangan hingga ke hari kiamat.

Perlembagaan PAS dalam muqaddimahnya dengan jelas menyatakan maksud

penubuhannya :

“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan , demi untuk menyempurnakan taqwa

kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL-

AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan

bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan ‘PARTI ISLAM SE-

MALAYSIA’ ”.

3
Kelahiran PAS ini adalah sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT yang

perlu ada sebuah jamaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi

ini sesuai dengan seruan Allah SWT :

‫َو ْلتَ ُكن ِّمن ُك ْم ُأ َّم ۭةٌ يَ ْد ُعونَ ِإلَى ْٱلخَ ي ِْر َويَْأ ُمرُونَ بِ ْٱل َم ْعر ِـ‬
َ‫ُوف َويَ ْنهَوْ نَ ع َِن ْٱل ُمن َك ِر ۚ َوُأ ۟ولَ ٰـِٓئكَ هُ ُم ْٱل ُم ْفلِحُون‬

“ Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan

(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta mencegah

daripada segala yang salah (buruk dan keji)” – Aali Imran : 104.

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahyu Munkar. Ia tidak

boleh dilaksanakan dengan sempurna dan menyeluruh kecuali mempunyai kuasa politik

(kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan apatah untuk

menguatkuasakan undang-undang Allah SWT. Seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW Ketika

berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar Makruf dan Nahyu Anil Munkar

dengan baik ketika berada di Mekah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. Tidak cukup bagi

PAS sebagai sebuah Harakah Islamiyah yang hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah

sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan

dengan sempurna.

Justeru PAS bekerja untuk mencapai cita-cita menegakkan negara Islam yang tunduk

kepada undang-undang Allah SWT hukumnya adalah wajib seperti termaktub di dalam

Perlembagaan PAS. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap (syumul/

holistik) merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi dan akhlak. Dalam erti

4
kata lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa Daulah

(agama dan negara).

Tujuan penubuhan PAS adalah seperti termaktub di dalam Perlembagaan PAS – Fasal 5.

Tujuan PAS :

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan

yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju

keredaan Allah SWT.

2. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dalam fasal ini jelas bahawa PAS berusaha untuk mewujudkan pemerintahan Islam (Negara

Islam) sejak dari awal penubuhan lagi.

PILIHANRAYA SEBAGAI WASILAH SIASAH PAS

PAS adalah bukan sekadar sebuah Jemaah Islam yang bersifat syumul, bahkan ia juga

adalah sebuah Gerakan Islam yang memperjuangkan tertegaknya kalimah Allah SWT di muka

bumi ini melalui gerak kerja tarbiah, dakwah dan siasah. Walaupun kelihatan PAS lebih dilihat

kedudukan sebagai sebuah parti politik lebih menyerlah berbanding dengan Gerakan Islam,

tetapi sebenarnya ianya tidak bertentangan, bahkan perlu melihatnya sebagai satu kelebihan jika

dilaksanakan tuntutannya dengan tepat dan berkesan.

5
i. PAS lahir daripada krisis politik semasa di Malaysia di saat negara sedang berjuang

untuk kemerdekaan. Ia adalah kelangsungan gerakan dakwah dan gerakan anti

penjajah yang dipelopori oleh para ulamak sebelumnya.

ii. Dalam Gerakan Islam, tarbiyah dan dakwah di ibarat enjin yang menggerakkan

jentera daripada dalam sedangkan tayar dan steringnya adalah politik (siasah).

Justeru keaktifan PAS di dalam siasah hendaklah dilihat sebagai kekuasannya

menguasai masyarakat dan tidak menjadi sebab kepada terpinggirnya urusan tarbiah

dan dakwah.

iii. Perjuangan bagi mendapatkan kuasa bagi membolehkan Islam didaulatkan adalah

wajib. Menubuhkan negara Islam untuk melaksanakan keseluruhan ajaran Islam itu

juga adalah wajib. Dengan berdaftar sebagai sebuah parti politik, PAS mampu

bergerak dalam medan yang lebih luas berbanding sebagai pertubuhan dakwah

semata-mata. PAS boleh bertanding di dalam pilihanraya untuk mendapatkan kuasa,

boleh memerintah seterusnya mendaulatkan keseluruhan ajaran Islam.

Penyertaan PAS di dalam pilihanraya adalah bertujuan untuk mendapatkan kuasa. Pas

berkeyakinan bahawa pilihanraya merupakan sistem yang paling memberikan maslahah kepada

perjuangan Islam setakat ini. Dengan kuasa yang diperolehi, maka PAS boleh menyebarkan

lagi usaha dakwah secara meluas kepada masyarakat. Dengan kuasa juga PAS boleh

menegakkan Ad- Din (Islam) dan mentadbir negara dengannya (Iqamatuddin Wasiasatuddunya

bih). Sungguhpun begitu, PAS tidak menjadikan kuasa sebagai matlamat utama, sebaliknya

PAS menggunakan kuasa tersebut sebagai wasilah atau medium untuk mempraktikkan Islam

yang syumul. Jika boleh dipraktikkan tanpa wasilah kuasa, atau wujud wasilah lain selaian

kuasa, PAS juga akan gunakan segala saluran yang ada. Ini kerana, Nabi Muhammad Saw

6
pernah tidak merampas kuasa raja-raja Arab yang menerima Islam. Mereka kekal dengan

kedudukan mereka dengan syarat Islam mendapat tempat yang sewajarnya.

Sesungguhnya PAS adalah Gerakan Islam yang bukan hanya sekadar parti politik sahaja.

Selain wasilah siasah untuk meraih kuasa untuk mempraktikkan Islam, PAS juga mengajak dan

mendidik manusia mengenal Islam yang tulen, secara ilmu dan bermanhaj melalui beratus ribu

institusi pendidikan di bawah pimpinan PAS atau ahli-ahli PAS itu sendiri. PAS juga

merupakan Gerakan dakwah yang turun ke segenap ruang kelompok masyarakat untuk

menyampaikan risalah Islam. PAS meletakkan Islam di hadapan mengatasi kerusi kekuasaan.

Justeru PAS boleh bekerjasama dengan sesiapan sahaja, asalkan mereka sanggup menerima

prinsip PAS ke arah mempraktikkan Islam. Begitu juga PAS akan bermusuh dengan sesiapa

sahaja, selagi mereka memusuhi Islam.

PAS DAN MUWAHAJAHAH SILMIYYAH

Perjuangan PAS di Malaysia menggunakan pendekatan muwajahah silmiyyah ataupun

disebut juga sebagai pendekatan damai. Walaupun perjuangan PAS ini difahami sebagai jihad

fisabilillah, namun jihad yang dimaksudkan adalah jihad dalam konteks yang damai, bukannya

menggunakan kekerasan atau mengangkat senjata. Ini sesuai dengan Firman Allah SWT :

۟ ‫َوِإن َجنَح‬
۞ ٦١ ‫ُوا لِلس َّْل ِم فَٱجْ نَحْ لَهَا َوتَ َو َّك ْـل َعلَى ٱهَّلل ِ ۚ ِإنَّ ۥهُ هُ َو ٱل َّس ِمي ُع ْٱل َعلِي ُم‬

Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cemderung kepada perdamaian, maka engkau

juga hendaklah cenderung kepadanya, serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia

Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Anfal : 61).

7
PAS memilih untuk berjuang di jalan demokrasi ini sebagaimana dijunjung oleh undang-

undang negara walaupun mengakui ianya tidaklah 100% menepati ciri-ciri Islam, tetapi PAS

beranggapan demokrasi ini adalah jalan terbaik yang boleh digunakan untuk menegakkan Islam

di negara setakat ini. Demokrasi secara tidak langsung dapat memberikan hak untuk

berpendapat, menubuhkan persatuan, menyertai pilihanraya, berkempen dan hak untuk

berhimpun. Kuasa yang diperolehi daripada demokrasi adalah suara majoriti masyarakat. PAS

melihat secara asasnya ia tidak bercanggah dengan konsep kebebasan yang ditawarkan oleh

Islam.

PAS menolak pendekatan radikal dan pertumpahan darah dalam memperjuangkan Islam

kerana ianya tidak sesuai dengah situasi negara kita. Kita tidak boleh menyamakan keadaan di

Malaysia dengan zaman perjuangan Rasulullah yang berhadapan dengan pemerintah Quraysh

yang zalim dan memerangi Islam. Kebenaran mengangkat senjata terhadap musuh terikat

dengan syarat-syarat yang amat ketat. Buka semua yang dianggap musuh sekalipun musuh

kepada perjuangan Islam. Keamanan adalah lebih utama dan lebih membawa maslahah kepada

semua pihak dan negara. Manakala peperangan pula perkara yang perlu dielakkan semampu

mungkin kerana mudharatnya besar.

Dalam kontek Malaysia, perjuangan menegakkan Islam tidak berhadapan dengan

golongan kuffar yang mengangkat senjata. Tetapi lebih berhadapan dengan sesama orang Islam

dan pemimpin yang zalim. Islam membezakan pendekatan dalam berhadapan dengan orang

kafir yang mengangkat senjata. Inilah yang dipratikkan oleh alim ulama dalam sejarah Islam.

Mereka turut berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim, tetapi mereka tidak mengambil

pendekatan bersenjata dalam menentang pemerintah walau ada yang terpaksa menerima

8
hukuman bunuh. Kesilapan memahami perkara ini menyebabkan negara umat Islam telah porak

peranda.

Dalam konteks pilihanraya, pendekatan muwajahah silmiyah ini diamalkan oleh PAS

dengan kaedah menerang berbanding menyerang pihak lawan. PAS mengutamakan pendekatan

menerangkan tawaran-tawaran yang ada di dalam manifesto kepada rakyat. PAS juga membuat

penerangan berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku atau yang dibangkitkan oleh pihak

lawan. PAS mengelak dari menyerang pihak lawan dengan kata-kata kasar dan kesat, caci maki,

fitnah memfitnah, memburukkan lawan dan menyerang individu yang bertanding. Pendekatan

menyerang ini adalah bercanggah dengan tuntutan agama dan sudah tentu akan memberikan

kesan dan reputasi yang tidak baik kepada imej PAS.

Melalui pendekatan damai ini, dalam usaha ke arah mencapai maksud tubuh PAS ini,

maka PAS melaksanakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan beberapa

pendekatan:

i. Tahalluf Siyasi

ii. Ta’awun Siyasi

Firman Allah SWT:

‫ َواَل تَ ْست َِوى‬٣٣ َ‫ص ٰـلِ ۭ ًحا َوقَا َل ِإنَّنِى ِمنَ ْٱل ُم ْسلِ ِمين‬
َ ‫َو َم ْن َأحْ َس ُن قَوْ اًۭل ِّم َّمن َدعَٓا ِإلَى ٱهَّلل ِ َو َع ِم َل‬

‫ َو َما‬٣٤ ‫ْٱل َح َسنَةُ َواَل ٱل َّسيَِّئةُ ۚ ٱ ْدفَ ْع بِٱلَّتِى ِه َى َأحْ َس ُن فَِإ َذا ٱلَّ ِذى بَ ْينَكَ َوبَ ْينَهۥُ َع ٰ َد َو ۭةٌ َكَأنَّهۥُ َولِ ٌّى َح ِمي ۭ ٌم‬

‫غ فَٱ ْست َِع ْذ‬


ٌ ۭ ‫ك ِمنَ ٱل َّش ْيطَ ٰـ ِن ن َْز‬
َ َّ‫ َوِإ َّما يَن َز َغن‬٣٥ ‫َظ ۢ ٍيم‬ ۟ ‫صبَر‬
ٍّ ‫ُوا َو َما يُلَقَّ ٰىهَٓا ِإاَّل ُذو َح‬
ِ ‫ظع‬ َ َ‫يُلَقَّ ٰىهَٓا ِإاَّل ٱلَّ ِذين‬

٣٦ ‫بِٱهَّلل ِ ۖ ِإنَّ ۥهُ هُ َو ٱل َّس ِمي ُع ْٱل َعلِي ُم‬

Maksudnya :

9
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada

(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,

sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat

kepada Allah)!" . Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan

perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih

baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,

dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini

tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak

juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar

dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,

maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang

Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Allah SWT telah memberi petunjuk kepada umat Islam sejak generasi pertama yang

ditugaskan untuk menyelamatkan manusia seramai-ramainya bersama Islam. Di antaranya

melalui pendekatan Ta’awun (bertolong-menolong) dalam perkara baik dan taqwa (mentaati

Allah). Serta terus beristiqamah di atas dasar Islam dengan matlamatnya menegakkan Islam.

PAS mengadakan Ta’awun Siyasi dengan parti-parti politik yang lain dalam pilihanraya yang

mempunyai matlamat yang sama atau hampir sama. Ta’awun siayasi adalah kerjasama politik

dengan mana-mana pihak yang boleh memberikan kelebihan kepada perjuangan Islam dalam

usaha dakwah dan politik. Pada asasnya, kerjasama dalam perkara yang baik adalah sejajar

dengan tuntutan Islam. Kini, PAS telah berjaya mencetuskan penubuhan Muafakat Nasional

(MN) melalui pendekatan Ta’awun Siyasi ini bersama dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO) atas nama penyatuan ummah bagi mencapai matlamat politik bersama.

10
Rasulullah SAW menerima konsep Tahalluf dengan pihak lain dalam menentang

kezaliman, tanpa meninggalkan prinsip aqidah dan syariat Islam. Tahalluf terbatal sekiranya ada

pihak yang tidak lagi menghormati perkara asas tersebut, melakukan maksiat atau mencetuskan

permusuhan atau mengundang apa sahaja keburukan. Tahalluf bermaksud pakatan atau

perjanjian antara dua pihak atau lebih untuk saling mendampingi, saling bantu membantu dan

tidak mengkhianati antara satu sama lain untuk mencapai matlamat tertentu. Manakala

perkataan siyasi (berasal daripada perkataan siyasah) pula bermaksud urusan politik dan

pemerintahan. PAS pernah melalui pelbagai variasi Tahalluf siyasi dengan beberapa parti

politik tanah air dalam kerangka mengadakan pakatan politik ke arah mencapai cita-cita politik

pemerintahan negara.

Berpandukan ijtihad semasa dalam hal ini, PAS konsisten untuk memilih BPMS dengan

semua pihak, iaitu dengan :

i. Bersikap damai terhadap Kerajaan Persekutuan yang memegang tampuk

pemerintahan negara.

ii. Kesediaan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan semua pihak bagi

memastikan Islam memimpin perubahan.

KESIMPULAN

Dalam mendepani arus politik Malaysia pada hari ini, PAS perlu mengambil

manfaat daripada ruang dan peluang yang ada untuk kepentingan politiknya. Tahalluf

Siyasi boleh dilakukan dalam keadaan PAS mendapat keuntungan yang maksimum ke
11
arah usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Konsep Ta’awun Siyasi pula

mendekatkan PAS dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara Muwajahah

Silmiyah yang menjadi konsep demokrasi. Maka PAS tetap berterus terang bersama

Islamnya. PAS tidak terikut dengan langkah-langkah mereka yang malu menyebut

Islamnya, dan PAS juga menolak pendekatan keras tanpa kebijaksanaan.

PAS tetap mengambil pendekatan Politik Damai dengan semua pihak termasuk

musuh dan lawan, kerana inilah caranya meramaikan ahli dan penyokong, serta menjadi

ketahanan PAS selama ini. Cara ini lebih menampakkan budaya matang dan sejahtera di

dalam berpolitik dan akhirnya PAS dihormati dan disegani oleh rakan-rakan parti politik

yang lain serta pihak musuh mahupun lawan.

12
RUJUKAN

Perlembagaan PAS – pindaan 2020

Ust. Azhar Yahya al-Batawi, Saya Ahli PAS, Lajnah Tarbiyyah PAS Wilayah Persekutuan,

Kuala Lumpur, 2017.

YB Haji Haron Taib, Model Kerajaan Islam, Dewan Ulama’ PAS Pusat, Kuala Lumpur, 2000.

Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat, Manhaj Usrah PAS Peringkat Takwin 2, Kuala

Lumpur, 2019.

Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat, Manhaj Usrah PAS Peringkat Tanfiz 2, Kuala

Lumpur, 2019.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Islam Memimpin, Pustaka Permata Ummah, Kuala

Lumpur, 2020.

Wan Ahmad Wan Omar, Saya, SPR & Pilihanraya, Grup Buku Karangkraf, Shah Alam, 2014.

13

You might also like