You are on page 1of 11

KULIAH 7

EPISTEMOLOGI
&
ISU SEMASA
HASIL
PEMBELAJARAN
 Menjelaskan cabaran ideologi
relativisme pasca moden sebagai reaksi
kepada kegagalan modeniti
 Menjelaskan perkembangan fenomena
dan manifestasi relativsime
pascamoden
 Menghuraikan implikasi relativisme
pascamoden dalam menafikan
kebenaran dan hakikat kehidupan
PENGENALAN
Menelusuri sejarah perkembangan konsep modenisme
dan pascamodenisme yang telah melahirkan ideologi
pemikiran relativisme pascamoden
Aliran pemikiran ini telah memberi kesan yang besar
kepada sistem kehidupan dan peradaban manusia sejagat
Ciri pemikiran relativisme pascamoden ini telah tersebar
pada era globalisasi yang telah memberikan implikasi
serta cabaran pemikiran dalam kehidupan serta solusi
yang telah ditawarkan oleh agama dan tradisi keilmuan
untuk menangani secara tuntas
SEJARAH PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODEN & PASCAMODEN

 Merupakan lanjutan daripada pertentangann di antara golongan


cendekiawan dengan golongan teologi Kristian pada era
Renaissance
 Tokoh utama ialah Francis Bacon ( 1561-1626)
 Pemantapan falsafah moden diteruskan oleh Rene Decrates (1596-
1650)
 Di sepanjang sejarah tersebut, lahir pelbagai teori dan aliran
dalam memahami makna kebenaran dan ilmu
IDEOLOGI MODEN
 Konsep modeniti berasal daripada daripada perkataan Latin modo yang
membawa maksud terkini atau sekarang
 Beberapa bentuk yang selari dengan ideologi @ kefahaman ini seperti
modeniti (fizikal), modenisme (pemikiran)dan juga modenisasi sebagai suatu
proses
 Tunjang utama kepada ketiga-tiga konsep tersebut ialah LOGIK, RASIONAL dan
OBJEKTIVITI yang berdasarkan kepada data empirikal melalui pencerapan
pancaindera dan pengalaman manusia.
 Tokoh falsafah Eropah pada abad ke 18 ialah John Locke (1632-1704), David
Hume ( 1711-1776) dan Immanuel Kant ( 1724-1804)
IDEOLOGI PASCAMODEN

 Falsafah pascamoden mempertikaikan konsep kebenaran mutlak yang berasasaskan kepada


logocentrisme (berpusatkan akal), kaedah saintifik dan objektiviti
 Pengistilahan pascamoden dalam bidang falsafah diperkenalkan oleh Jean Francois Leotard
(1924-1998) pada dekad 1970-an. Pemikiran ini merupakan suatu pergerakan idea yang ingin
menggantikan aliran pemikiran moden di mana mereka menyemak semula malah cuba
memperbaharui kembali pradigma pemikiran moden yang dilihat gagal untuk
memartabatkan nilai kemanusiaan
 Aliran ini ini juga turut menentang semua bentuk keyakinan asas berasaskan wahyu mahupun
akal rasional. Mereka juga telah menyerap masuk dan mencabar prinsip asas yang dipegang
manusia moden bahkan keseluruhan sistem kehidupan manusia
CIRI- CIRI PEMIKIRAN PASCAMODEN

i. Dekostruktif
ii. Relativisme
iii. Pluralisme
iv. Tiada kebenaran Mutlak
v. Ketiadaan makna dalam kehidupan
vi. Kesaksamaan perwakilan
vii. Pemikiran tidak ditunjangi dogma agama adat dan prinsip moral
viii. Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan perilaku manusia
ix. Budaya konsumerisme
IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVSIME
PASCAMODEN

1. Kepercayaan dan amalan beragama


2. Krisis nilai dan etika dalam kehidupan
3. Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan kelompok
minoriti dan devian
4. Kerapuhan sistem kekeluargaan
5. Sistem ekonomi konsumerisme
6. Perubahan struktur dan masyarakat
7. Penghasilan produk hiburan yang tidak mementingkan makna dan
tujuan
AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN SEBAGAI
JALAN PENYELESAIAN
A. Manusia memerlukan kerangka berfikir yang berasaskan
epistemologi,ontologi dan aksiologi Islam sama ada dalam aspek keilmuan
dan juga amalan
B. Kesilapan dan kepalsuan serta kekeliruan aliran pemikiran pascamodenisme
perlu didedahkan berasakan kepada pandang alam Islam
C. Dalam konteks Malaysia, pembinaan identiti negara bangsa perlu kekal
berteraskan kepada budaya Melayu dan Islam serta budaya dan agama lain.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa teknologi dan hubungan antarabangsa
D. Keutuhan identiti perlu mengakar bermula daripada pihak kepimpinan
tertinggi sehingga ke akar umbi serta melibatkan setiap sistem sosial,
ekonomi dan politik
PENUTUP

• Aliran pemikiran relativisme pascamoden berakar umbi daripada


penentangan golongan intelektual Barat terhadap kekuasaan
gereja dan kelangsungan fahaman sekular moden. Ironinya aliran
pemikiran ini bertentangan pula dengan aliran pemikiran moden
dari aspek epistemologi. Dalam senario globalisasi dan rempuhan
revolusi industri 4.0, aliran pascamoden ini telah menjadi satu
ancaman kepada kesejahteraan peradaban manusia

You might also like