You are on page 1of 11

JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FALSAFAH ILMU
HNF3012
TAJUK: KRITIK MENGENAI PASCAMODEN
KUMPULAN C

NAMA & NO. MATRIK NUR HANA BINTI SYAMSUL


(NO MATRIK :D20152072024)

YASMIN AMIRA BINTI MOHAMMAD SAP


(NO MATRIK: D20152072268)

SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD SUKKRI


(NO MATRIK:D20152072039)

EMILNA SUZANNE BINTI RAPAIN


(NO MATRIK:D20152071919)

NORHANANI BINTI MD AKIP


(NO MATRIK:D20151071395)

NAMA PENSYARAH DR. MUHAMMAD ATIULLAH BIN OTHMAN

TARIKH 21 NOVEMBER 2016


1.0 PENGENALAN

Pemikiran pascamoden adalah satu idealisme alaf baru yang muncul di barat dalam arus
modenisasi. Kemunculan aliran pascamoden yang sedang berkembang kini, sering kali
ditanggapi dan dinilai sebagai suatu bentuk reaksi atau suatu bentuk cabaran terhadap pemikiran
yang wujud dalam aliran modenisme. Pascamoden ialah reaksi terhadap pemikiran moden. Oleh
kerana itu, aliran pascamoden telah banyak meresap masuk ke dalam pelbagai bidang ilmu
seperti kerohanian,agama, pendidikan, kesenian dan kebudayaan serta banyak lagi bidang-bidang
lain yang telah dipelopori oleh aliran pemikiran moden sebelumnya walaupun pascamoden
bukan pemikiran perdana. Pertembungan yang telah berlaku antara kedua-dua aliran tersebut
akhirnya telah membawa kesan perbincangan yang pelbagai dalam lapangan ilmu pengetahuan.
Ramai di kalangan golongan intelektual yang telah cuba membincangkan aliran-aliran ini
daripada pelbagai aspek perkembangan dan kemajuan dunia kini.

Apakah yang dimaksudkan dengan pascamoden? Pasca bermaksud selepas setelah atau sesudah.
Manakala moden pula ialah masa sekarang, iaitu berkaitan dengan masa kini, yang terbaru dan
mutakhir. (Kamus Dewan, 1994)

Gary Minda, (1996) telah menyatakan bahawa pascamoden ini sungguh susah didefinisikan dan
merupakan suatu idea yang tidak jelas. Selain itu, beliau juga menyatakan pascamoden bukanlah
suatu teori mahu pun konsep, ianya lebih bersifat suatu sikap atau minda yang skeptikal (ragu-
ragu) atau estetik (nilai) yang menolak segala bentuk teori yang menerangkan berkenaan
fenomena sosial.
Postmodernism is an elusive idea that is not easily defined.
Postmodernism is neither a theory nor a concept; it is rather a sceptical
attitude or aesthetic that distrusts all attempts to create large-scale,
totalizing theories in order to explain social phenomena. (Gary Minda,
1996)
Menurut Feartherstones (2001), perkara ini diertikan dalam pelbagai hal yang berbeza dalam
masing-masing bidang tertentu. Selain itu, banyak para pakar teori yang menyatakan
pascamoden bukanlah sebagai masa yang menggantikan moden tetapi lebih kepada cara berfikir
dan bertindak. (Wood,2001).

Jadi dapat dikatakan bahawa pascamoden merupakan sesuatu perbezaan cara berfikir baru atau
perbezaan sikap yang tidak baik kepada sikap yang lebih baik berbanding dengan pada masa
moden. Perkara yang terjadi pada masa moden dipandang sesuatu yang perlu diperbaharui
dengan cara berfikir yang baru pada masa pascamoden. Jadi dapat disimpulkan bahawa
pascamoden sebagai kritik kepada masa moden.

Pascamoden merupakan pemikiran yang mempunyai persamaan dengan konstruktivisme dan


mengambil sedikit idea dari pendapatan kritikal. Ia adalah pemikiran yang berbeza dari teori-
teori klasik yang terdahulu sebelumnya malah fokusnya juga adalah berbeza. Bagi golongan
realism, negara adalah fokus perbicangan mereka, Marxism terhadap kelas masyarakat dan
liberalisme merujuk kepada pasaran. Pascamoden lebih kepada memberi idea dan mengkritik.
Lebih jelas lagi, ia menentukan asal peranan yang besar kepada media dan orang ramai global
dan juga idea-idea pemimpin.

Tapi bagi golongan pascamoden, mereka menegaskan bahawa konsep dunia sebenar tidak
wujud. Apa yang pasti pascamoden telah banyak memberi kesan terhadap pelbagai displin ilmu
termasuklah hubungan antarabangsa. Pemikiran ini telah mewujudkan ruangan pada para
pemikir untuk mencari tafsiran semula pada idea yang telah sedia ada. Pascamoden bukanlah
menandakan satu puncak kemajuan baru sesudah era moden melainkan sebaliknya iaitu diagnosa
tentang keruntuhan yang wujud sesudah era itu. Aliran pemikiran pascamoden berkembang pada
tahun 80an- 90an dan hingga kini disebabkan perkembangan teknologi perhubungan dan
komunikasi.

Kesimpulannya, pascamoden wujud untuk menolak anggapan-anggapan modenisme yang


membawa keyakinan bahawa falsafah melalui rasio sebagai sarananya mampu merumuskan hal-
hal yang dapat berlaku secara universal. Sebagai sebuah bentuk penolakan, maka pascamoden
pada kenyataannya merupakan bentuk pemikiran yang beragam.

2.0 LATAR BELAKANG

Dunia hari ini memasuki dunia pascamoden. Negara kita telah memasuki dunia baru iaitu projek-
projek pembangunan manuju negara maju yang program industry beratnya. Malah ada orang
yang masih belum mengenali konsep pasca modenisme itu. Di dunia baratlah tempat bermulanya
sinar cahaya fajar pascamodernisme ini. Perkataan pascamodenisme di perolehi dan digunakan
sejak berlakunya kritikan terhadap pada tahun-tahun 1950 an dan 1960 an, yang telah
menimbulkan satu gerakan baru iaitu senibina International Styl, kemudiannya tersebar luas
reaksi terhadap modenisme. Pada tahun 1970 an pascamodenisme telah mula digunakan dalam
ilmu falsafah yang begitu sinonim dengan dekonstrukri dan pasca-struktulisme.

Pascamodenisme dibahagikan kepada tiga makna iaitu, Pasca ialah sesudah,selepas atau
setelah. Manakala Moden pula ialah masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,
cara (kaedah) baru atau mutakhir. Isme pula ialah kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan
dan juga sikap serta perlakuan. Maksud keseluruhan pascamodenisme pula adalah perkembangan
dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusteraan dan budaya yang berkembang
daripada, tetapi tidak menggantikan modenisme.

Istilah post-modernisme dibuat pada akhir tahun 1940 oleh sejarawan Inggeris, Arnold
Toynbee. Akan tetapi istilah tersebut baru digunakan pada pertengahan 1970 oleh kritikus seni
dan teori asal Amerika, Charles Jenks, untuk menjelaskan gerakan anti-modernisme seperti Pop
Art, Concept Art, dan Postminimalisme. Jean-Francois Lyotard, adalah salah satu pemikir
pertama yang menulis secara lengkap mengenai postmodernisme sebagai fenomena budaya yang
lebih luas. Ia memandang postmodernisme muncul sebelum dan setelah modernism, dan
merupakan sisi yang berlawanan dari modernism. Hal ini diperkuatkan oleh pendapat Flaskas
(2002) yang mengaktakan bahwa postmodernisme adalah posisi dari premis modernism.

Kemunculan aliran pascamodenisme bermula sekitar tahun 1960an dan 1970an. Pada
ketika itu muncul pemikir-pemikir Perancis dalam bidang intelektual dan kebudayaan yang
mengarah kepada Frontier Thinkers. Pascamoden ini juga dikatakan sebagai aliran pemikiran
yang muncul ketika para ilmuwan barat mencari rasionaliti sesuatu kepastian.

Beberapa di antaranya adalah gerakan perpindahan dari fondasionalisme menuju anti-


fondasionalisme, dari teori besar (grand theory) menuju teori yang spesifik, dari sesuatu yang
universal menuju ke sesuatu yang sebagian dan lokal, dari kebenaran yang tunggal menuju ke
kebenaran yang beragam. Semua gerakan tersebut mencerminkan tantangan postmodernist
kepada modernist.
Pendapat lain pascamoden adalah lanjutan daripada era moden. Selain ada juga yang
beranggapan era pasca perubahan-perubahan besar ekonomi dan masyarakat pada zaman
pascaperang menjadi syarat objektif kelahiran pascamodenisme dengan mood zaman
menyediakan syarat subjektifnya. Mood zaman pada waktu ini ialah ‘ketidakpercayaan’ dengan
janji-janji modenisme. Cetusan pemikiran pascamodenisme telah melahirkan satu gaya hidup
yang dikenali sebagai pascamodeniti. Secara perlahan-perlahan budaya tersebut sedang
mengambil alih dunia yang kita diami. Ia merangkumi segala bentuk pemikiran, pengetahuan,
buadaya, cara hidup, pekerjaan, pertuturan, dan segala elemen yang bersangkutan dengan
kehidupan oleh sekularisme.

Dr. Akbar S. Ahamed dalam bukunya Postmodernisme and Islam membariskan lapan elemen
yang boleh dikenalpasti sebagai pascamodenisme iaitu:

1) Ia dihidupkan oleh ruh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-
asas tardisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam (menghancurkan
vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme).

2) Media menjadi nadi dan pusat dinamiknya.

3) Ia berpasangan dengan fundamentalis agama-etnik, iaitu mempunyai sikap


fundamentalisme (istilah fundamentalisme yang diberikan awal dahulu terhadap gerakan
fanatik Kristian Protesten), dan gusar kepada sesuatu yang di luar perkiraannya.

4) Ia terikat dengan masalalu, walau bersikap memprotes terhadap masalalu tersebut.

5) Mempunyai prasangka terhadap demokrasi, tetapi dalam masa yang sama dirinya
sendiri mempunyai elemen kelas seperti yang terdapat dalam kapitalisme (kapitalis-
liberal adalah teras demokrasi). Di mana golongan yuppies bandar (kelas baru dari
produk kapitalisme) adalah teras yang menjadi agen katalisnya.

6) Ia berpusat di metropolis.

7) Ia berkembang biak di atas jukstoposisi perbincangan/perdebatan (sintesis), subur


dengan eklektisisme (bauran falsafah) dan bauran imej dan media.

8) Ia tidak memberikan satu bahasa/komunikasi yang mudah dan licin.


3.0 PANDANGAN DAN PERBINCANGAN

Pandangan dan perbincangan pascamoden ditumpukan kepada kesan pemikiran pascamoden dan
pascamoden dan reliti islam.

3.1 kesan pemikiran pascamoden

Sebagaimana yang diketahui, sifat pemikiran pascamoden ialah bantahan secara kritis terhadap
modenisme. Hal ini demikian, pemikiran pascamoden ini berperanan untuk memudarkan
kepercayaan kepada agama dimana bersifat mengatasi segalanya serta pandangan sehingga
pluralisme dan relativisme kebenaran pula yang semakin diterima. Pluralisme menurut M.
Syaiful Rahman (2014):

Pluralisme berasal dari kata pluralis yang berarti jamak, lebih dari satu, atau pluralizzing
sama dengan jumlah yang menunjukkan lebih dari satu, atau lebih dari dua yang
mempunyai dualis, sedangkan pluralisme sama dengan keadaan atau paham dalam
masyarakat yang majemuk bersangkutan dengan system social politiknya sebagai budaya
yang berbeda-beda dalam satu masyarakat. Dalam istilah lain plualisme adalah sama
dengan doktrin yang menyatakan bahwa kekuasaan, pemerintahan di suatu Negara harus
dibagi bagikan antara berbagai gelombang karyawan dan tidak dibenarkan adanya
monopoli suatu golongan (hlm.405).

Relativisme menurut J. Sudarminta (2003):

Relativisme secara umum adalah suatu paham pemikiran yang mengingkari adanya
kebenaran objektif-universal. Yang ada hanyalah kebenaran relatif. Relatif terhadap cara
pandang subjek yang membuat pernyataan (relativisme subjektif), atau pun relatif
terhadap cara pandang dan sistem nilai dalam kebudayaan tempat subjek atau kelompok
subjek yang membuat pernyataan (relativisme budaya) lahir dan dibersarkan (hlm.100).

Pengaruh pemikiran ini meningkat dengan meledaknya industri media massa sehingga arus
pemikiran dianggap sebagai kesinambungan dari sistem pancaindera, organ dan saraf manusia.
Kekuatan media massa menjadikannya seolah-olah agama dan tuhan baru yang dapat
menentukan kebenaran dan kesalahan perilaku manusia sejagat. Wujud juga masyarakat yang
semakin meragukan kebenaran ilmu. Pascamoden memberi peluang dan ruang bagi pelbagai
kelas sosial atau kolompok minoriti untuk mengemukakan pendapat dengan lebih bebas dan
terbuka. Fenomena yang lebih jelas adalah hiperrrealiti. Hiperrealiti bermaksud ketidakupayaan
kesedaran untuk membezakan realiti dari simulasi realiti, terutamanya dalam masyarakat
pascamoden berteknologi maju. Dunia hiperrealiti menurut Aminuddin Ruskam al-Dawamy
(2004), “perkembangan ilmu dan teknologi mampu mereproduksi realiti masa lalu dengan
menciptakan realiti baru dengan imaginasi buatan dan menyinari fantasi dan ilusi menjadi
kenyataan”(hlm.1). Hiperrealiti mewujudkan model-model sebagai sebuah metamofora atau
simulasi yang sama dengan yang asli. Oleh itu, terciptalah simulacra yang bermaksud imej atau
gambaran seseorang atau sesuatu. Hiperrealiti membuat orang akhirnya terjebak pada simulacra,
dan bukan pada sesuatu yang nyata.

3.2 Pascamoden dan Reliti Islam.

Pascamoden adalah satu pemikiran yang skeptikal dan meragui kebenaran.Tegasnya seperti yang
dinyatakan sebelum ini sifat pemikiran pascamoden ialah bantahan secara kritis terhadap projek
modernism. Pemikiran ini mampu memudarkan kepercayaan kepada agama. Pascamoden juga
akan membawa seseorang individu itu ke arah berpandangan pluralisme dan relativisme
kebenaran. Fenomena pascamoden ini turut dicelarukan oleh beberapa orang ahli falsafah Barat
yang mempopularkan idea-idea hiperrealiti yang bergantung kepada reality-realiti buatan.

Apa yang dapat dikatakan, seperti kebanyakan agama di dunia, Islam juga sering memandang
pascamoden ini sebagai musuh. Mengapa pascamoden tidak dipersetujui dalam Islam? Salah satu
sebabnya adalah ia telah mempersoalkan mengenai wahyu yang telah diturunkan oleh Allah.
Contohnya mengenai keutamaan Al-Quran sebagai garis panduan hidup buat manusia. Persoalan
ini dapat menjajah dan meliberalkan pemikiran umat Islam dengan falsafah dan logik dari Barat.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan fenomena pascamoden merupakan salah satu sebab
ilmu pengetahuan di dunia ini dapat diperkembangkan lagi.

Konsep kebenaran dan realiti menduduki tempat yang sangat penting dalam sistem ilmu
pengetahuan dalam Islam. Andainya konsep kebenaran tiada daripada teori dan sistem ilmu, ia
akan menimbulkan banyak masalah kepada manusia untuk memahami ilmu secara keseluruhan.
Malah, kepesongan kebenaran juga dapat meranapkan terus kewibawaan ilmu pengetahuan.
Kesan buruknya tidak akan terhenti dalam pemikiran manusia sahaja, malah kehidupan
kemasyarakatan manusia juga akan menjadi porak peranda.
Menurut Islam, ilmu adalah merujuk kepada hubungan di antara dua perkara. Pertama manusia
yang telah dibekalkan dengan berbagai-bagai deria zahir dan batin serta pengetahuan kognitif
yang membolehkannya mengetahui dan menyedari tentang kewujudan objek sama ada yang
dekat mahupun jauh.

Kedua, sebarang objek boleh diketahui dan ditafsirkan oleh manusia dengan menggunakan alat
kognitifnya. Manusia dikatakan mempunyai ilmu tentang sesuatu objek apabila hakikat dan
kedudukan yang sebenar objek tersebut diketahuinya. Hakikatnya dan kedudukan yang sebenar
sesuatu objek itulah yang dimaksudkan dengan kebenaan atau realiti. Jelaslah bahawa ilmu itu
semestinya membabitkan kerangka dan struktur realiti dalam Islam.
Sekiranya pengetahuan tentang sesuatu tidak menepati kedudukan dan hakikat yang sebenar,
maka pengetahuan itu tidak layak untuk diiktiraf sebagai ilmu dan tidak boleh digelar ilmu,
kerana Islam menekankan bahawa ilmu adalah pengetahuan yang benar sahaja. Lagipun tidak
wajar untuk manusia menggunakan ungkapan ‘ilmu yang benar’ atau ‘ilmu yang palsu’ kerana
sesuatu yang bertaraf ilmu semestinya benar dan mustahil ianya adalah palsu. Sebaliknya pula,
yang palsu tidak boleh diangkat ke martabat ilmu, sama ada yang palsu itu bergelah kepercayaan
atau pendapat, kesedaran atau persepsi, pengetahuan atau sangkaan, andaian atau dugaan. Ilmu
adalah satu kebenaran dan memerlukan dalil atau bukti untuk membenarkannya.

Wahyu ialah pemberitahuan Allah S.W.T. kepada seorang hambaNya yang dipilih tentang semua
ajaranNya dengan cara sulit dan rahsia berlainan daripada apa yang biasa dialami makluk
manusia. Wahyu ialah realiti kebenaran yang disampaikan oleh Allah kepada manusia yang
disalurkan melalui para Nabi. Wahyu ini merupakan pengetahuan mengenai agama Islam.
Pengetahuan ini bukan sahaja berkaitan dengan kehidupan oleh pengalaman, namun juga
merangkul masalah yang bersifat mengatasi segalanya, ghaib seperti latar belakang penciptaan
manusia dan hari akhirat.

Penyusunan pengetahuan ini adalah berdasarkan kepercayaan kepada Allah yang merupakan
sumber utama pengetahuan, kepercayaan kepada Nabi sebagai perantara, kepercayaan terhadap
wahyu sebagai cara penyampaian, kepercayaan akan adanya para malaikat sebagai pembawa
wahyu, keyakina terhadap pembalasan akhirat serta Qada’ dan Qadar.

Masyarakat yang beragama menerima wahyu sebagai tunggak kepercayaan dan keutamaan.
Namun wahyu juga dikaji baik secara rasional atau dengan pendekatan empirical terutamanya
dalam masalah berkaitan dengan pengalaman masyarakat manusia di alam nyata. Umat islam
percaya bahawa Al-Quran merupakan wahyu Allah mengandungi semua ajaran yang benar yang
mesti diyakini dan diamalkan oleh umat Islam. Maka dalam aktiviti akademik, tidak syak lagi
Al-Quran adalah sumber pengetahuan utama yang menjadi asas, ukuran dan rujukan atas setiap
kebenaran pengetahuan yang rasional, empirical ataupun intuisi. Walaubagaimanapun, pengamal
pascamoden ini mencurigai dan mempersoalkan setiap ayat yang diturunkan dalam Al-Quran
adakah ia mengikut norma kehidupan manusia mengikut arus masa.

Perkembangan pascamodenism pada era globalisasi mewujudkan gerakan kebebasan semakin


berkembang. Globalisasi mencipta dunia yang berasaskan kepada kepenggunaan, atau
konsumerism. Pertumbuhan budaya kepenggunaan ini merupakan latar belakang fahaman pasca-
modenisme. Akibat sistem kapitalis, manusia menjadi rakus dan gelojoh yang tidak terbatas,
menyalahgunakan kebendaan dan kekayaan kurniaan Allah. Sifat kepenggunaan dan kebendaan
ini kemudian menggantikan nilai-nilai moral dan akhlak manusia serta melupakan nilai-nilai
keagamaan dan kekeluargaan.

Penyerapan idea pascamoden ini ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam berlaku dalam
keadaan yang halus dan tersusun sama ada secara disedari atau tanpa disedari oleh umat Islam.
Masyarakat Malaysia tidak terlepas daripada menerima kesan dan impak daripada idea pasca-
modeni yang berlaku di seluruh dunia.
Golongan wanita juga tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini. Impak
daripada kemunculan pascamoden ini menyaksikan kemunculan gerakan gerakan feminis atau
hak asasi persamaan gender. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang
berpendidikan tinggi. Mereka memperjuangkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak
kemanusiaan, liberalisasi kaum wanita dan pelbagai pendekatan yang berpusat dan menyebelahi
kaum wanita. Mereka terpengaruh dengan pemikiran pasca-modenisme apabila beranggapan
kawalan agama hanya mengekalkan wanita dalam dunia kolot. Fahaman feminis bertentangan
fakta sebenar tentang kedudukan kaum wanita dalam agama Islam yang mengangkat darjat kaum
hawa daripada lembah perhambaan. Wanita merupakan aset yang sangat bernilai serta sumber
pembinaan masyarakat penyayang. Nasihat Rasulullah SAW ketika Haji Wida' antaranya, "Aku
berpesan agar kamu melayan kaum wanita dengan baik". (Zain)

Era pascamoden juga menyaksikan institusi kekeluargaan semakin rapuh serta tidak mampu lagi
membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi. Ia merupakan kesan
daripada arus globalisasi yang menjanjikan dunia tanpa sempadan. Institusi keluarga yang rapuh
agamanya akan menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial tanpa sebarang sempadan
agama dan akhlak. Mereka mengejar kebebasan, kemewahan serta berbuat sesuka hati tanpa
batasan. Contoh yang telah diberikan oleh Prof. Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal
bin Hassan, Satu contoh gerakan yang benar-benar merbahaya dan mencabar budaya manusia
bertamadun dan nilai-nilai agama tradisional dan moral yang suci ialah perjuangan masyarakat
liberal Barat untuk menjayakan konsepsi keluarga yang tidak lagi terdiri dari lelaki dan
perempuan, suami isteri dan anak-anak yang sah.

Konsep ini diperjuangkan pertama kali dalam persidangan United Nations Conference on
Population and Development di Cairo pada 1994 dan kemudian di Beijing pada tahun 1995.
Seiring dengan itu diperjuangkan juga supaya dihalalkan hubungan seks sebelum nikah kerana
hal ini sudah menjadi lumrah di negara-negara maju teknologi.

Didapati pada era pascamoden struktur kehidupan sosial masyarakat juga telah berubah. Budaya
hidup moden menjadikan masyarakat bersikap individualistik serta tidak mengambil peduli
terhadap gejala sosial yang berlaku di sekeliling. Jiran tetangga sudah tidak mengenal di antara
satu sama lain.

Masalah-masalah yang dicetuskan era pascamodenism tidak mungkin dapat diatasi dalam jangka
masa yang cepat. Namun perlu ada permulaan dalam usaha-usaha untuk menanganinya.
Metodologi pendidikan agama di negara ini harus mengambil kira dan disesuaikan dengan
pascamoden. Ianya perlu kepada soal pemikiran serta falsafah sesuatu hukum itu dari sudut Barat
dan juga agama Islam. Setakat mengajar ilmu fardhu ain di sekolah-sekolah agama sudah tidak
mencukupi bagi menangkis hujah-hujah pascamoden. (Harris, 2012)
Kerja-kerja dakwah juga harus berterusan. Cara berdakwah pula biarlah ada peningkatan agar
masyarakat sentiasa tertarik dan tidak akan jemu. Dialog perlu diadakan dari semasa ke semasa
agar isu-isu berkaitan umat Islam dapat dibincangkan. Pembentukan peribadi dan penyediaan
individu yang mengambil kira objektif cita-cita Islam jangka panjang akan melahirkan
persekitaran yang boleh menjayakan globalisasi Islam. Pergerakan muslim ke serata dunia
menerusi hubungan diplomatik, penghijrana sukan dan rekreasi boleh berfungsi sebagai order
baru untuk penyebaran ilmu Islam dan pemasaran komoditi hala. Suatu yang merugikan
seandainya jutaan masyarakt Islam di Eropah, Jepun Korea dan Amerika Syarikat berperanan
hanya sebagai pemerhati dan bukannya petanda membawa dakwah dan risalah Islam.

4.0 Penutup

Pascamoden boleh dianggap sebagai budaya moden. Oleh itu, pascamoden adalah budaya
kemodenan. Fahaman ini boleh dianggap sebagai penolakan terhadap pandangan dunia sebagai
keseluruhan sejagat. Pemikiran pascamoden merupakan bantahan dan pemberontakan secara
kritis terhadap projek modenisme, memudarkan kepercayaan kepada agama yang bersifat
mengatasi segalanya dan pandangan pluralisme-relativisme kebenaran semakin diterima. Sifat
pascamode adalah berbentuk wacana kesedaran yang cuba membincangkan kembali batas,
implikasi dan realisasi, anggapan modenisme; keghairahan untuk memperluas cakerawala
estetika, tanda dan kod seni moden; wacana kebudayaan yang ditandai dengan kejayaan
kapitalisme, penyebaran informasi dan teknologi secara pukal, meledaknya konsumerisme,
lahirnya realiti palsu dan pura-pura, hiperrealiti dan simulasi serta tumbangnya nilai tanda dan
nilai simbol.

Pascamoden turut ditandai dengan pelbagai terma yang kabur tetapi memiliki agenda yang
tersembunyi. Antara tema tersebut ialah kematian subjek, idea ketiadaan makna, idea penafian
reliti , krisi legitimasi, proses dekonstruksi serta etika dan gaya hidup.

Tegasnya, dalam agama Islam, Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia. Manusia
sepatutnya dapat membezakan antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Tidak salah
jika kita menerima pemikiran barat jikalau penerimaan itu bermanfaat untuk diri
keluarga,masyarakat, negara dan agama. Mengambil perkara yang baik bermanfaat dan
berfaedah bukan mencontohi atau menerima perkara yang sebaliknya. Penerimaan idea dan nilai
yang diperolehi dari Barat harus disertai dengan proses saringan. Hal ini menentukan apa yang
dibawa dari Barat tidak bertentangan dengan prinsip agama dan adat kesopanan.
Rujukan

1. M. Syaiful Rahman. (2014). Islam dan pluralisme. Fikrah, 2 (1), 401- 418.
2. J. Sudarminta. (2003). Relativisme konseptual L. Wittgenstein dan implikasi
epistomologisnya. Studia Philosophica et Theologica, 3 (2), 100-107.
3. Aminuddin Ruskam al-Dawamy. (2004). Hiperrealiti: Isu pembinaan nilai dalam
pemikiran pasca moden. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca
Modenisme (SIVIC 2004). ( hlm. 1-10). Dimuat turun daripada
http://repo.uum.edu.my/1823/.
4. Harris, K. M. (2012). Pandangan Islam Terhadap Tradisi Dan Kemodenan. Jurnal
Hadhari 4, 23-48.
5. Zain, M. B. (n.d.). Cabaran Era Pasca-Modenism kepada Umat Islam. Retrieved from
Official Portal Institute of Islamic Understanding Malaysia:
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8357-cabaran-era-pasca-
modenisme-kepada-umat-islam
6. A. Rahim Abdullah. 2006. Pascamoden bawa kebejatan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0122&pub=utusan_malaysia&s
ec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hive
7. Aminuddin Ruskam al- Dawamy (2004). Pascamoden: Perbincangan isu sosial. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia. (m/s 1)

You might also like