You are on page 1of 15

CTU 552

TAJUK:

SOROTAN IDEOLOGI MODENISME :


SUATU SISI PANDANG PENGALAMAN DI MALAYSIA

Disediakan oleh :

Nama No Id

Muhammad Zahir Amir Bin Mohd Zabidi 2022151561

Roz Zazarina Binti Zainal Abidin 2022598507

Nik Nadia Farhana Binti Sahadan 2022384835

Disediakan untuk :

Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar


KUMPULAN 2
SOROTAN IDEOLOGI MODENISME: SUATU SISI PANDANG
PENGALAMAN DI MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

2.0 Konsep Modenisme


2.1 Definisi
2.2 Latar belakang ideologi Modenisme
2.3 Perbezaan Modenisme dengan modenisasi

3.0 Modenisme di Malaysia


(sebutkan justifikasi pembahagian era 90an)
3.1 Sebelum 1990an
3.2 1990an hingga kini

4.0 Kesan Modenisme di Malaysia


4.1 Kebaikan (Positif)
4.2 Keburukan / Ancaman (Negatif)

5.0 Modenisme menurut perspektif Islam

6.0 Kesimpulan
1.0 PENDAHULUAN

Modenisme merujuk kepada gerakan kebudayaan dalam seni, seni bina,


muzik, kesusasteraan dan seni gunaan yang berkembang 30 tahun sebelum
1914. Istilah ini merujuk kepada gerakan politik, kebudayaan dan seni yang
muncul pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, serentak dengan
perubahan dalam masyarakat Barat. Modernisme dalam pandangan Islam
merupakan salah satu tugas mata kuliah filsafat.

Modenisme ini mula muncul merupakan hasil daripada fahaman sekularisme


yang asalnya bertapak di Eropah pada abad yang ke 15 dan berterusan
sehingga abad ke 17. Fahaman modenisme ini pada mulanya bertujuan untuk
menentang fahaman tradisionalsme kitab Bible. Oleh yang demikian, kesan
daripada ini membawa terhadap pegangan, budaya, seni serta adat resam.
Modenisme ini meliputi perubahan terhadap budaya, seni pegangan.
Perubahan ini menunjukkan impak besar terhadap masyarakat dimana
perubahan ini dapat melihat bahawa Masyarakat Eropah mula membebaskan
diri mereka daripada agama. Secara jelas, teori ini dapat difahami bahawa
modenisme merupakan satu pemberontakan radikal yang melawan
kewujudan agama dan Tuhan. Pemberontakan yang berlaku telah
mencetuskan gerakan Renissance di Eropah. Ketika itu setiap bangsa yang
menyokong ideologi modenisme ini dianggap sebagai bangsa yang maju
manakala bagi mereka yang menolak pemikiran ini akan dianggap sebagai
mundur dan ketinggalan zaman. Golongan modenis menjelaskan bahawa
setiap individu yang dilahirkan memiliki kesitimewaan dan potensi yang
tersendiri yang dapat membentuk jati diri individu tersebut mengikut acuan
yang sedia ada.

Modenisme yang berkembang pesat di negara Barat ini telah dijadikan rujukan
dalam kemajuan dalam acuan Barat yang turut menjadi ikutan oleh banyak
negara lain malah negara umat islam tidak terkecuali. Ini menyaksikan
kemunculan pengaruh rasionaliti, kebendaan dan budaya popular Barat
terhadap pihak lain.Modenisme dikatakan adalah salah satu tahap dan corak
kebudayaan manusia yang dihayati dengan kepercayaan kepada sains,
perencanaan, sekularisme dan kemajuan. Medonisme ini bercita cita untuk
menakluki dunia dengan menggunakan sains dengan mengatur dan
menyusun mengikut kehendak dan keinginanya. Sekularisme dari sudut
modernisme telah membentuk satu orentasi yang mengubah sistem
kepercayaan. Tujuan modenisme adalah untuk memperkaya wawasan
keilmuan selain dapat mengetahui perkembangan sejarah modernisasi Islam
dalam mempertahankan ajaran-ajaran Islam.

2.0 KONSEP MODENISME


2.1 Definisi

Dari sudut etimologi berasal dari perkataan Latin modo yang


bermaksud “recently” atau “just now”. Modenisme juga dikatakan berasal
daripada perkataan inggeris iaitu “modernism” yang bermaksud ‘modern
character, or quality ofthought, expression or techniques’. Manakala, dari segi
falsafah, modenism dalam Bahasa Arab dikenali sebagai al-‘asraniyyah. Istilah
ini merujuk kepada Gerakan politik, kebudayan dan seni yang muncul pada
akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Ia juga merupakan satu kaedah
atau gaya moden yang diambil sebagai Gerakan falsafah seiring dengan
perubahan budaya masyarakat kepada perindustrian moden dan
pertumbuhan pesat Bandar-bandar di Barat. Para intelektual
Islam mempercayai bahawa kemajuan ilmu dan budaya moden adalah
penting untuk membangunkan kembali ajaran agama tradisi.
Gerakan modenismekeagamaan ini memberi penekanan untuk berpandukan
kepada kitab suci Al-quran dan hadis dari segala aspek. Selain
itu, modenisme juga dapat memberikan kesan positif dan negatif dalam
kehidupan manusia.
Shamsul Amri (1995) mejelaskan bahawa modenisme dan modeniti
merupakan dua komponen utama yang menjadi teras kepada proses
modenisasi. Modeniti merupakanasas material yang utama kepada
modenisasi manakala modenisme pula merupakan gagasan ideologikal yang
mengiringi fenomena modenisasi.
Secara umumnya, modenisme boleh didefinisikan sebagai sebuah pemikiran
yang menganggap dan mengutamakan lojik akal manusia, fakta dan kajian
sains daripadamengutamakan perintah agama dalam nilai-nilai dan aspek
kehidupan seharian. Ia juga merupakan satu kaedah atau gaya moden yang
diambil sebagai gerakan falsafah seiring dengan perubahan budaya
masyarakat kepada perindustrian moden dan pertumbuhan pesat
Bandar-bandar di Barat.

2.2 Latar belakang ideologi Modenisme


Menurut Dr Sulaiman Noordin, modenisme dikaitkan dengan fenomena
sekularisme yang dinisbahkan kepada pemikiran yang berpendapat bahawa
segala yang baru (moden) adalah dianggap lebih baik secara umumnya
daripada yang lama atau yang tua, dan yang baru adalah merujuk kepada alat
atau kebendaan sains dan teknologi.
Sekularisme dijelaskan oleh Muhammad Al-Balhi sebagai peraturan dan
pelaksanaan untuk mengetepikan setiap bentuk keimanan
dengan kepercayaan bahawa agama dan urusan gereja atau ketuhanan tidak
boleh dicampurkan dengan tugas-tugas kerajaan.
Konsep utama dalam sekularisme terbahagi kepada tiga dimana;-
1. Pemisahan antara suci dan tidak suci
2. Pemisahan antara rohani dan kebendaan
3. Perbezaan antara wahyu dan akal
Kemunculan modenisme adalah susun atur daripada pemikiran sekularisme.
Seorang aktivis Islam, Maryam Jameelah yang lahir berbangsa Yahudi asli
dan akhirnya menemukan Islam dan memeluk Islam, dengan tegasnya
memberikan pandangan tentang ideologi modenisme merujuk di dalam
bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Modernisme’ bahawa semua
ideologi modenisme menolak nilai-nilai murni dan kebenaran. Beliau juga
menyatakan bahawa mereka menganggap bahawa nilai-nilai moral
serta kebenaran adalah suatu relatif, terbatas pada awaktunya dan ruang
serta keadaan.
Ideologi modernisme berkembang secara berterusan ke abad-18 yang dikenali
sebagai Zaman Kesedaran (Enlightment). Di zaman ini, perjuangan untuk
melakukan perubahan nilai-nilai, amalan politik, sosio ekonomi dan
agama dilakukan secara radikal dan revolusi. Gerakan ini dibawa oleh ahli-ahli
falsafah Enlightment seperti Karl Marx, Immanuel Kant, John Locke dan David
Hume.
Ahli-ahli ini memandang masyarakat yang menyandarkan kehidupannya
pada wahyu sebagai pasif dan mundur. Bagi mereka, nilai yang terbaik ini
ialah nilai yangmemandang sepi pada peranan agama dan Tuhan malah
mereka sering menganggap segala corak kehidupan dilandaskan kepada
rasional akal fikiran semata-mata.

Kesan daripada itu, kebebasan agama mula terserlah dalam mengatur


kehidupan masyrakat Eropah pada zaman itu, Selain itu, terdapat ciri-ciri
modenisme yang berkait rapat dalam perkembangan ideologi ini. Antaranya
ialah penolakan terhadap peranan agama malahan pendewaan terhadap akal
fikiran yang dipandang sebagai satu-satunya kekuatan yang mampu
membimbing manusia menuju kebahagiaan hidup. Akibatnya, mereka
mengecilkan peranan agama dan aplikasi nilai agama dalam kehidupa
manusia. Mereka mengubah cara pemikiran kepada pemikiran yang
berpaksikan akal fikiran, bukti saintifik serta fakta semata-mata.
Seterusnya, kebenaran tunggal dimana sikap mendewakan akal fikiran
sebagai sumber pengetahuan tinggi, sehingga akal dipandang mampu
mencipatakankebenaran, ilmu pengetahuan dan teknologi juga merupakan
ciri-ciri modenism yang membawa kemajuan bangsa di dunia. Mereka
mengekploitasikan dunia inidengan teknologi yang canggih dan mendapat
keuntungan besar. Modenisme juga menggambarkan kemampuan manusia
boleh menjadi lebih jauh. Hal ini kerana, manusia memandang dirinya sebagai
ukuran norma bagi segalanya. Barat merupakan simbol kemajuan manakala
sejarah hanya dikekalkan sebagai fakta.
2.3 Perbezaan Modenisme dan Modenisasi

Modenisasi walaupun tidak diterjemahkan secara khusus, tetapi ia


disebut sebagai proses sosial yang membawa perubahan terhadap politik,
ekonomi dan ideologi.Menurut Maryam Jameela, modenisasi adalah revolusi
menentang agama dan nilai-nilai rohani. Modenisasi muncul dalm
berbagai-bagai idealism seperti komunisme, sosialisme, kapitalisme,
pragmatism, positivism, fascisme, nazisme, zionisme, kemalisme dan lain-lain
lagi. Menurut beliau lagi, setelah disemak, kesemua ideologi itu walaupun
berbeza cabangnya, namun masih dalam satu punca iaitu menentang agama.
Tambah beliau lagi, modenisasi sebenarnya menolak kepercayaan terhadap
hari akhirat disebabkan ketaksuban terhadap material, kejayaan dunia dan
kegembiraan hanyalah apabila mencapai tujuan hidup di dunia.
Dr Shamsul Amri Baharuddin menyatakan bahawa modenisasi merupakan
perubahan sosial yang menyeluruh terhadap semua aspek seperti perubahan
dari sudut ekonomi, politik dan ideologi. Proses ini mempunyai dua komponen
utama iaitu modeniti sebagai asas material kepada modenisasi dan
modenisme sebagai gagasan ideologi yang mengiringi fenomena modenisasi.
Manakala modenisme pula merupakan sebuah pemikiran yang menganggap
dan mengutamakan lojik akal manusia, fakta dan kajian sains daripada
mengutamakan perintah agama dalam nilai-nilai dan aspek kehidupan
seharian. Ia juga merupakan satu kaedah atau gaya moden yang diambil
sebagai gerakan falsafah seiring dengan perubahan budaya masyarakat
kepada perindustrian moden dan pertumbuhan pesat Bandar-bandar di
Barat.
Secara ringkasnya, modenisasi merupakan sebuah proses perubahan sosial,
ekonomi dan politik sesebuah masyarakat ke arah perindustrian moden dan
pertumbuhan pesat manakala modenisme pula merupakan
sebuah ideologi yang menolak peranan agama dan mendewakan akal fikiran
yang dipandang sebagai satu-satunya kekuatan yang mampu membimbing
manusia menuju kebahagiaan hidup.
3.0 MODERNISASI DI MALAYSIA
Malaysia mengharungi proses modenisasi yang pesat pada era 90 an dimana
negara Malaysia sedang menuju kearah pembangunan yang diterajui oleh Dr
Mahathir Mohamed,Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Terdapat beberapa aspek modernisasi yang terapkan kerajaan Malaysia


dalam sektor
pembangunan ,teknologi,infrastruktur,ekonomi,pertanian,pendidikan,perubaha
n dan pelbagai lagi.

Modernisasi dalam sains sosial merujuk kepada satu bentuk transformasi


daripada keadaan kurang maju kepada penambahbaikan yang
lebih baik selari dengan keinginan untuk mencapai kehidupan
warganegara Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Modernisasi adalah kesan daripada kemajuan sains dan teknologi yang


sempurna sehingga kini.Tahap teknologi dalam membina pemodenan
benar-benar dirasai dan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, dari
bandar metropolitan sehinggalah ke kampung terpencil.

Kita dapat melihat jurang modernisasi yang dialami oleh Malaysia sebelum
1990 dan selepas 1990 dimana kerajaan Malaysia pada sebelum 1990 banyak
memfokuskan pertanian bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menutup
jurang ekonomi antara kaum.

Manakala pada era selepas 1990,Malaysia banyak memfokuskan teknologi


dan pembangunan.Malaysia banyak membina bangunan pencakar langit dan
menambahbaik infrastruktur dan sebagainya.Peluang pekerjaan juga rancak
selari dengan ekonomi Malaysia.Malah,Malaysia dapat menarik banyak
pelaburan kerana tempat yang strategik dan kestabilan politik.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan banyak sektor yang
telah ditingkatkan dan diwujudkan pada hari ini.Tambahan pula,sektor-sektor
penting pada hari ini dipelopori oleh anak tempatan Malaysia.
3.1 Sebelum 1990an
Malaysia pada ketika itu memfokuskan kepada aspek ekonomi orang
Melayu.Oleh kerana,orang Melayu pada ketika itu hanya terdedah kepada
sektor pertanian maka usaha kerajaan pada ketika itu adalah seperti
mewujudkan Felda untuk penduduk kampung yang terpencil.Rakyat diberikan
tanah untuk diusahakanmanakala tanaman yang biasanya diusahakan adalah
seperti kelapa sawit dan pokok getah.

Kerajaan telah mengkomersialkan tanaman sawit dan pokok getah di serata


dunia dan dapat mengeksport tanaman sawit dan getah kepada
negara-negara besar.Selain memberi pendapatan kepada negara,tanaman ini
juga mampu memberi nilai komersial kepada Malaysia.Dari segi Pendidikan
pula,kerajaan telah memperkenalkan program RMT(rancangan makanan
tambahan)untuk membantu ibu bapa pelajar yang kurang berkemampuan
untuk mendapatkan diet yang bergizi.Ini juga untuk menutup jurang antara
kaya dan miskin.

Malaysia dianggap bumi bertuah kerana kaya dengan sumber alam


semulajadi seperti petroleum,bijih timah,emas dan sebagainya.Kestabilan
politik juga banyak menarik minat pelaburan asing ke
Malaysia.Seterusnya,iklim khatulistiwa dimana Malaysia ditiburi hujan dan
panas sepanjang tahun menjadikan tanah Malaysia subur dengan pelbagai
tanaman.Kedudukan Malaysia yang jauh dari lingkaran gempa bumi dan
gunung berapi juga membuatkan Malaysia tempat yang selamat untuk
diduduki.

3.2 1990 an hingga kini


Selepas 1990,Malaysia banyak memfokuskan pada sektor
pembangunan.Malaysia banyak membina bangunan pencakar langit untuk
menjadikan Malaysia lebih dikenali pada mata dunia seperti Menara Kuala
Lumpur dan KLCC.

Banyak penambahbaikan dari segi infrastruktur seperti pembinaan lebuhraya


pantai timur,lebuhraya plus dan lebuhraya utara selatan.Penambahbaikan ini
membolehkan perjalanan lebih singkat dan selamat.
Selain itu,Malaysia juga mula mengeluarkan produk-produk automotif seperti
Perodua dan Proton.Sektor ini bukan sahaja mampu menyediakan peluang
pekerjaan kepada masyarakat tetapi turut mampu mengeluarkan tenaga kerja
yang kreatif dan inovasi.Sehingga kini banyak model-model yang telah
dikeluarkan oleh Perodua dan Proton kita dapat lihat di atas jalan raya malah
produk tempatan ini telah berada diluar negara.Berharap syarikat yang berasal
dari Malaysia ini mampu berdiri sama tinggi setanding syarikat automotif yang
berkelas dunia yang lain seperti Honda,Nissan,Mercedes dan lain-lain lagi.

Seterusnya dari segi pendidikan,banyak universiti telah dibina selari untuk


menampung keperluan pendidikan hari ini.Universiti ini bukan sahaja
melahirkan insan yang berkemampuan dari segi pendidikan,malah kerohanian
dan jasmani.Universiti untuk anak tempatan iaitu UITM telah melahirkan
banyak mahasiswa yang kompeten dan bijak dari segi akademik.Selain
itu,banyak sekolah-sekolah kluster yang terdapat pada hari ini berbanding
sebelum 1990.Ibu bapa yakin dengan akademik mampu menjadikan anak
mereka insan yang cemerlang.Banyak biasiswa-biasiswa diwujudkan pada
hari ini seperti MARA,PETRONAS,TENAGA,SHELL dan lain-lain lagi kepada
pelajar yang cemerlang dari segi akademik.Berbeza dengan sebelum 1990
dimana ibu bapa terpaksa menjual tanah,lembu dan sebagainya untuk
menampung perbelanjaan anak disekolah.Sama juga untuk umat Islam di
Malaysia,sebelum 1990 orang-orang tua dahulu,penduduk luar
banda khususnya mestilah menjual ‘harta’ mereka seperti tanah,lembu untuk
mengerjakan ibadah haji,tetapi pada harini dengan hanya menyimpan di
Tabung Haji,masyarakat Islam di Malaysia sudah dapat menyempurnakan
rukun Islam yang ke 5.
4.0 KESAN MODENISME DI MALAYSIA
4.1 Kebaikan (Positif)
Antara kesan positif modenisme ialah pengenalan kepada sistem demokarasi
dan pilihan raya. Pilihan raya adalah satu proses demokrasi dimana undian
digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di perlimen.
Ia merupakan satu mekanisme demokrasi untuk memilih pemerintah yang
sesuai untuk memimpin Negara. Peranan pemikiran sangat penting dalam
kehidupan seharian untuk membuat keputusan yang rasional dan lojik. Sesuai
dengan keadaan di Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum
dan agama, ssitem demokrasi merupakan sebuah sistem perundangan yang
adil serta dapat diterima pakai oleh semua orang tanpa mengira pegangan
agama masing-masing. Dengan mengamalkan sistem demokrasi, rakyat
mampu memilih pemimpin mereka yang dianggap berkaliber, berpengetahuan,
berpengalaman dan sesuai.

Seterusnya, kesan positif ideologi modenisme ialah wujudnya sistem teknologi


yang semakin canggih dapat memudahkan masyarakat untuk berkomunikasi.
Perubahan tersebut telah memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan
peranan komunikasi kapitalis dan empayar malah menekankan kelebihan
dalam bidang sains. Malahan, teknologi memberikan banyak kebaikan kepada
masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta informasi
dengan pantas. Dengan ini, segala kerja harian dapat diselesaikan dengan
pantas dan cepat. Selanjutnya, teknologi seperti internet, sistem penerbangan
dan lain-lain dapat memastikan masyarakat dapat berhubungan walaupun
sedang berjauhan.
Di samping itu, modenisme telah menyumbang kepada keharmonian hidup
bermasyarakat antara kaum di Malaysia. Walaupun berlainan agama dan
kepercayaan, semua rakyat di Malaysia dapat hidup dengan aman dan
menyantuni antara satu sama lain. Ini merupakan kesan daripada modenisme
dimana manusia lebih berfikiran terbuka dan dapat menerima kelebihan dan
kekurangan agama lain selain menghormati agama dan kepercayaan orang
lain. Namun demikian, ini adalah selari dengan tuntutan kebanyakan agama di
Malaysia termasuk Islam, Kristian, Hindu dan Budha.
4.2 Keburukan / Ancaman (Negatif)
Kesan negatif utama modenisme ialah kemunculan golongan yang mendesak
untuk Malaysia mengamalkan negara sekular. Peruntukan mengenai sekular
boleh dilihat dalam Perlembagaan Amerika Syarikat dan India yang secara
rasmi mengaku negara sekular. Mahkamah Agung India mengisytiharkan
bahawa ciri itu adalah ciri penting perlembagaannya yang tidak boleh dipinda.
Mengenai perbahasan sesebuah negara itu sekular atau tidak, persoalan ini
boleh dijawab dengan melihat kedudukan agama dalam sesebuah negara.
Jika sesuatu agama itu tidak diberikan peranan atau tempat langsung oleh
kerajaan, bolehlah negara itu dianggap sekular dalam erti kata sebenar.
Disebabkan pemikiran modenisme ini, terdapat sesetengah golongan yang
mendesak Malaysia untuk mengamalkan cara pemerintahan sekular dimana
agama Islam dan pemerintahan dipisahkan. Walaupun desakan-desakan ini
tidak medapat persetujuan daripada sistem kepimpinan Malaysia, hakikat
bahawa wujudnya golongan-golongan ini adalah cukup untuk menimbulkan
kebimbangan. Kewujudan golongan-golongan ini sekiranya tidak dikawal dari
sekarang, akan menyebabkan masalah yang lebih besar, malah akan
mengancam kedudukan dan kesucian agama.

Selain itu, modenisme juga menyebabkan keruntuhan akhlak dikalangan


rakyat Malaysia. Banyak aktiviti terlarang yang muncul akibat daripada
pemikiran modenisme. Selain kadar gejala sosial yang semakin meningkat,
maksiat juga semakin berleluasa. Mereka seolah-olah mengenepikan perintah
dan larangan agama dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti hiburan tanpa
kawalan dan melampaui batas, zina, mabuk, penyalahgunaan dadah serta
banyak lagi maksiat dan masalah gejala sosial timbul akibat daripada ideologi
modenisme ini. Hal ini berpunca daripada nafsu dan amalan yang dipengaruhi
oleh budaya-budaya barat dan kurangnya pegangan agama dalam diri.

Ideologi modenisme juga menyebabkan banyak berlakunya keruntuhan


institusi kekeluargaan. Demi mengejar kejayaan dan kekayaan di dunia,
banyak ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab kepada diri dan keluarga
dan seterusnya menyebabkan hubungan kekeluargaan rapuh. Institusi
keluarga memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Ia
merupakan asas kepada corak pemikiran dan kelakuan sesebuah masyarakat.
Oleh itu, apabila terlalu banyak masalah rumah tangga yang berlaku,
kesannya kepada masyarakat. setempat adalah sangat membimbangkan.

5.0 MODERNISASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Islam tidak menghalang umatnya dalam membentuk negara moden.Oleh
itu,Islam tidak menentang modernisasi yang dibawa oleh umatnya selagi
perkara tersebut tidak menghalang ajaran Islam.Tambahan pula,Islam
merupakan agama universal yang tidak menolak umatnya untuk maju
kedepan selagi mana tidak melanggar batas yang digariskan dalam Islam.

Fenomena kebangkitan Islam sejagat telah melanda dunia Islam dan umatnya
sekitar lebih dari dua abad yang lalu. Bertepatan dengan semangat itu juga
lahirlah, bermacam-macam seruan dan slogan seumpama al-usuliyyah
al-Islamiyyah (Islamic fundamentalism) al-sahwah al-Islamiyyah (Islamic
revivalism), al-ihya’ al-Islam (Islamic resurgence), al-tajdid dan al-islah (reform,
renewal dan reassertion), al-tayyar al-Islami (Islamic current), al-ittijah
al-Islami (Islamic tendency), al-ba`th al-Islami (Islamic resurrection),
renaissance, regenaration, revitalization, reemergence, resurrection, rebirth,
reconstruction, revolution, upsurge, awakening, neo-fundamentalism dan
akhirnya Islamism, merupakan terma popular digunakan oleh pembangkit
gelombang kesedaran, mengajakmasyarakat menyokong arus baru ini.
Manakala pada akhir kurun ke 20 dan awal abad 21 kini perkembangan
mengarah kepada pemikiran neo-modenisme, liberalisme, post-modenisme,
pluralisme dan seumpamanya.

Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya telah lama bermula di


tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Rashid
Rida dan banyak lagi nama besar yang lain, iaitu sejak abad ke 18 dan 19 lagi.
Gerakan modenisasi ini dikenali dengan nama gerakan Islah dan ianya
bertujuan untuk kembali sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah
dalam semua aspek pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial,
politik, pendidikan dan sebagainya.
Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya telah juga bermula di
kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada abad ke 20. Ianya
dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani, Tok Kenali,
Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan penerbitan dan
media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya kembali kepada Al-Quran
dan Sunnah, serta meninggalkan segala adat usang dan khurafat yang
diwarisi daripada ajaran yang asing daripada Islam. Gerakan Islah dan
reformasi ini lahir dalam bentuk yang menyeluruh dan merangkumi konsep
modenisasi berdasarkan tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai
serta akhlak yang pada dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran
Barat yang mengenepikan agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada
nilai agama. Ketidakhadiran nilai ketuhanan dan akhlak yang berasaskan
agama inilah yang mendorong orang Islam menolak proses modenisasi
umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat sebagai dunia sekular dan
segala sesuatu yang diambil dari Barat adalah terpisah jauh daripada agama
termasuk kehidupan moden dan proses memodenkan masyarakat dan
negara.

Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden ini dikaitkan dengan


fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat, maka generasi
baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan lebih komited kepada
ajaran Islam, terutamanya di tengah arus kebangkitan semula Islam yang
melihat Islam sebagai sistem hidup yang lengkap akan segera menolak cara
hidup moden yang di import dari Barat.

Antara modenisasi yang telah disesuaikan dengan perspektif Islam di


Malaysa adalah seperti pemakaian anak-anak melayu Islam disekolah dimana
pada zaman dahulu pelajar lelaki mestilah berseluar pendek tetapi pada hari
ini kita dapat melihat semua pelajar lelaki berseluar panjang ke
sekolah.Fesyen perempuan Melayu Islam harini lebih kepada fesyen yang
menutup aurat.Selain itu,stesen tv di Malaysia mestilah mengumandangkan
azan setiap kali masuk waktu azan.Seterusnya,banyak program-program
berlandaskan Islam disiar melalui televisyen seperti Tanyalah
ustaz,Alkuliyyah,Forum Perdana dan sebagainya malah telah wujud siaran tv
khas untuk program berteraskan Islam seperti Astro oasis.
Seterusnya kita dapat melihat perkembangan modenisasi dan diterapkan
dengan garis panduan Islam seperti telah wujud sekolah-sekolah
agama.Terdapat juga sekolah pondok dinaiktarafkan kepada sekolah
agama.Tambahan pula,jikalau kita melihat dari segi konteks pelaburan telah
wujudnya panel patuh syariah dimana segala jual beli mestilah melalui sistem
muamalat yang dibenarkan syariat.
Kesimpulannya,Islam tidak pernah menghalang segala bentuk modenisasi
pada hari ini,tetapi modenisasi yang wujud pada hari ini mestilah diIslamkan
secara keseluruhannya.

6.0 KESIMPULAN

Masyarakat dan negara Malaysia telah menjadi negara contoh kepada


sebahagian negara-negara membangun hampir di seluruh dunia. Dari kaca
mata global, Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara yang harus
dicontohi. Pandangan ini kerap diulangi dan diwar-warkan oleh pelbagai
negara, pertubuhan negara-negara dan badan-badan antarabangsa.
Menghuraikan kejayaan Malaysia pada hari ini merupakan satu tugas yang
amat rumit kerana tidak ada satu faktor yang boleh dianggap faktor penentu
kepada kejayaan ini. Pastinya banyak faktor yang terlibat yang menonjolkan
Malaysia sebagai sebuah negara contoh. Yang paling mendapat perhatian
mengenai Malaysia ialah kemampuannya mewujudkan keseimbangan antara
kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. Punca kejayaan ini adalah
berdasarkan kepada hubungan etnik yang positif dan saling bersifat sinergi.
Pembangunan dan kemajuan yang dikecapi kini banyak ditentukan oleh
bentuk hubungan kaum yang telah terbentuk sebelum merdeka hingga kini.

You might also like