You are on page 1of 6

Definisi teknokrat menurut islam

Pada zaman kini, dalam melambangkan identiti sesebuah masyarakat moden adalah
pengkususan pekerjaan yang mana ianya adalah akibat daripada kehidupan masyarakat
moden yang semakin kompleks. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang lahir akibat daripada
daripada permintaan terhadap keperluan kehidupan dalam menguruskannya. Jadi telah
muncul beberapa kelas sosial kedalam masyarakat moden yang dominan iaitu golongan
aristocrat, birokrat, korporat dan juga teknokrat, dan semua golongan ini mempunyai
tanggungjawab, tugas serta sumbangan keatas masyarakat dan juga negara.

Teknokrat boleh diertikan dengan pelbagai makna yang boleh memberi maksud atau
kegunaan pelbagai tujuan. Menurut Wilton Ivie (1953) didalam penulisan Ahmad Shukri
Mohd. Nain Dan Rosman Md. Yusoff (2003) menyatakan bahawa teknokrat adalah sesiapa
sahaja yang mempercayai dan menerima pakai teknokrasi sebagai satu bentuk kawalan sosial
dalam bidang kepakarannya atau sesiapa sahaja yang mempunya latar belakang latihan dalam
bidang saintifik mahupun teknikal. Beliau merumuskan bahawa teknokrat adalah golongan
yang mempunyai satu atau pelbagai kemahiran khusus dalam bidang sains dan teknologi bagi
membolehkannya melakukan kerja secara professional.

Boleh dikelaskan bahawa teknokrat adalah seseorang individu yang penting dalam
mencapai pembangunan sesebuah negara dan ianya amat diperlukan bagi membolehkannya
dikembangkan dan dipelajari oleh masyarakat yang lain dalam erti kata lain dapat disambung
oleh generasi akan datang. Semakin tinggi matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah negara,
semakin ramai ahli teknokrat yang diperlukan bagi menampung keperluan tersebut.

Pengertian teknokrat menurut perspektif islam pula ialah seseorang intelektual harus
menguasai ajaran islam termasuklah bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan juga jujur
kepada ilmiah. Dalam islam, teknokrat ini adalah lahir dari glongan intelektual yang
kebiasaannya dikaitkan dengan sarjana dan ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam dunia
teknologi akan tetapi golongan ini juga mahir dalam ilmu agama. Dalam erti kata lain
teknokrat ini adalah golongan yang berjaya seiring dengan garis panduan yang ditetapkan
didalam Al Quran dan As Sunnah yang mana seseorang indidvidu yang berjaya dunia dan
juga akhirat, kejayaannya adalah seiring.

Menurut Shaharom TM Sulaiman (1996) dalam penulisannya, menyatakan bahawa


teknokrat adalah satu kaum intelektual yang mana ianya bukanlah hanya dari golongan
sarjama yang memperolehi kelulusan yang cemerlang atau tinggi, bukan juga dari golongan
ilmuan yang mendalami dan mengembangkan ilmu tersebut tetapi teknorat ini adalah
golongan manusia atau masyarakat yang mempunyai rasa ingin membaiki dan juga
membimbing masyarakat serta memahami kehendak dan juga menawarkan penyelaesaian
masalah masyarakat.

Berdasarkan pengertian teknokrat dari perspektif islam ini dapat disimpulkan bahawa
semua orang boleh menjadi teknorat dengan syarat mempunyai rasa dan tanggungjawab
kearah perubahan dan kebaikkan sesebuah masyarakat dan tidak semestinya golongan ini
lahir dari golongan ilmuan tetapi golongan yang boleh seimbangkan antara ilmu agama dan
juga ilmu duniawi agar setiap perubahan yang dilakukan adalah seiring dengan garis panduan
yang telah ditetapkan.

Definisi pembangunan menurut islam

Pembangunan merupakan sesuatu yang telah lama wujud dalam konteks kehidupan
manusia, ini bermakna ianya bukanlah sesuatu yang baru. Dalam setiap zaman atau
peradaban ataupun tamadun manusia yang pernah wujud mempunyai sifat sifat atau dasar
pembangunan tersendiri bagi mengukuhkan lagi keberadaan sesebuah zaman tersebut.
Didalam penulisan Suhada Shamsudin (2016) ada menyatakan beberapa definisi atau
pengertian pembangunan dari beberapa tokoh bagi mendalami maksud pembangunan dengan
lebih baik. Berdasarkan Siagian (1994), pembangunan boleh diertikan sebagai sesuatu
rangkaian usaha dalam pertumbuhan dan perubahan yang berencana dan ianya dilakukan
secara sedar oleh sesuatu bangsa, negara dan juga pemerintah bagi menuju kearah modenisasi
dalam rangka pembinaan bangsa.

Manakala menurut Ginanjar Kartasasmita (1994), menyatakan bahawa pembangunan


adalah satu proses yang membawa kepada peubahan kearah yang lebih baik melalui
perancangan yang telah dirancang. Manakala alexander menyataka bahawa pembangunan
adalah merupakan sesuatu proses yang melibatkan perubahan yang merangkumi keseluruhan
sistem sosial. Manakala Portes (1976) pula mendefinisikan bahawa pembangunan adalah
merupakan satu transformasi ekonomi , sosial dan juga budaya yang mana ianya melibatkan
satu proses perubahan yang dirancang bagi memperbaiki semua aspek kehidupan sesebuah
masyarakat.

Konsep pembangunan dari persektif islam pula seharusnya berketepatan dengan


pembangunan modal insan yang digariskan didalam Al Quran iaitu lebih kepada diri sendiri
dalam mendapatkan keredhaan Allah SWT dan berjaya didunia. Jika dilihat islam telah lama
memainkan peranannya dalam sesebuah pembangunan yang bermula dari pembangunan
insan bagi menyempurnakan tugas manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini yakni
pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal, bertaqwa dan berakhlak mulia serta
pembangunan modal insan yang baik yang merangkumi pelbagai bidang yang berpaksikan
tauhid dan menuju ke arah matlamat keredhaan Allah SWT diliputi oleh nilai murni ajaran
ilahi yang membawa kepada idealisme pembangunan negara makmur. ( Dr.MIZAN HITAM,
2000).

Manakala menurut Muhammad Yasir Yusuf (2016) konsep pembangunan menurut


islam adalah berbeza dari konsep pembangunan yang dikeluarkan oleh pemikir barat. Dari
pandangan islam, pembangunan adalah bersifat material dan spiritual yang merangkumi
pembangunan sumber daya manusia , sosial dan sebagainya. Ini bermakna pembangunan
yang dinyatakan adalah bersifat menyeluruh seperti mana yang telah disarankan didalam
islam. Didalam konsep pembangunan dalam islam ini beliau telah menggariskan 5 asas utama
iaitu pertama konsep pembangunan berlandaskan tauhid, khalifah dan tazkiyah, kedua adalah
dari segi pembangunan yang meliputi fizik dan moral, yang ketiga berdasarkan manusia
sebagai subjek dan objek bagi mencapai kesejahteraan, yang keempat fungsi dan peranan
terhadap negara dan yang terakhir adalah berdasarkan skala waktu yang meliputi dunia dan
juga akhirat.

Berdasarkan Nor Shahidah Mohamad dan Sanep Ahmad (2013) didalam artikel yang
di tulis menyatakan bahawa pembangunan menurut islam sebenarnya lebih tertumpu kepada
pembangunan manusia yang mengandungi persekitaran fizikal, rohani dan juga sosial
budaya. Oleh yang demikian, islam menganggap manusia adalah sebagai matlamat utama
bagi aktiviti pembangunan dari segi faktor fizikal modal, buruh, organisasi, pendidikan dan
kemahiran serta berdasarkan faktor faktor lain yang menuju kearah pembangunan
seseoarang.

Secara keseluruhannya, pembangunan menurut perspektif islam adalah sesebuah


masyarakat boleh menerima segala pembangunan dari pihak asing yang boleh diterima dan
dimanfaatkan oleh sesebuah masyarakat bagi mencapai tahap keselamatan serta kedamaian
hidup di dunia mahipun diakhirat kelak yang mana mengikuti garis panduan yang telah
digariskan didalam Nas Al Quran dan As Sunnah. Pembangunan yang dinyatakan bukan
sahaja pada pembangunan negara malah ianya termasuk pembangunan modal insan manusia
itu sendiri bagi memastikan ianya selari dengan pembangunan yang ingin dicapai.

Kesimpulan

Menerusi definisi ini, dapat disimpulkan bahawa pembangunan dan teknokrat adalah
berkait rapat bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dengan teliti dan baik. Ini kerana
setiap pembangunan memerlukan teknokrat untuk menjayakannya. Pembangunan ini dapat
dijalankan dengan baik jika semua yang dibuat adalah berdasarkan apa yang ingin dicapai
seiring dengan garis panduan yang telah ditetapkan bagi menyeimbangkan antara dunia dan
juga akhirat.
Rujukan

Muhammad Yasir Yusuf (2016) http://aceh.tribunnews.com/2016/11/04/pembangunan-


dalam-perspektif-islam

Dr. Mizan Hitam (2002)


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0204&pub=utusan_malaysia&sec=R
encana&pg=ot_02.htm#ixzz4gesXAZAq

https://goenable.wordpress.com/2013/12/13/konsep-pembangunan-dari-perspektif-islam/

Ahmad Shukri Mohd. Nain Dan Rosman Md. Yusoff (2003)


https://books.google.com.my/books?id=UJJK37WCyRQC&pg=PA226&lpg=PA226&dq=de
finisi+teknokrat&source=bl&ots=y_EcDiuelc&sig=Nll5eWClmM4yxN5HswfrbVFwShs&hl
=en&sa=X&ved=0ahUKEwi31dfqt-
zTAhWLgI8KHQMUDd0Q6AEIKzAB#v=onepage&q=definisi%20teknokrat&f=false

Suhada Shamsudin (2016) https://www.scribd.com/doc/304215856/Teknokrat-


Pembangunan-Lestari

Nor Shahidah Mohamad dan Sanep Ahmad (2013)


http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_2A3.pdf

You might also like