You are on page 1of 29

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN)


KEWANGAN

LAPORAN KERTAS KERJA BERKUMPULAN

TAJUK 4: CABARAN SEKULARISME TERHADAP


MASYARAKAT ISLAM MASA KINI

DISEDIAKAN OLEH

NO. NAMA NO. MATRIK


1 IZZATI HAYANI BT ISKANDAR MIRZA- KETUA 2022995685
2 NURUL ATHIRAH CHE AZIZ 2022772023
3 NUR FATIHAH BINTI AHMAD TARMIZI 2022901185
4 ADLIL FARIQ BIN MOHD FAZLI 2022907749
5 SHAHRIZMAN INDRA BIN MOHD JEFREE 2022991145
6 AMIRAH SYAHIRA BT MD SHAFIE 2022996767

Laporan Pembentangan Dihantar Kepada Dr. Nurul Badriyah Binti Ali Dalam

Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk Kursus

CTU552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 2
SESI II 2021/ 2022
ISI KANDUNGAN
No. Perkara Muka Surat
1. Pendahuluan 2
2. Objektif Kajian 4
3. Isi dan Huraian 6
3.1. Ciri – ciri ajaran sekularisme 6
3.2. Sebab-sebab kemunculan Sekularisme 8
3.3. Pandangan Islam terhadap Sekularisme 10
3.4. Serangan Sekularisme oleh musuh-musuh Islam 11
3.5. Penerapan Ideologi Sekularisme di negara Islam 12
3.6. Kesan Sekularisme terhadap keluhuran beragama 14
3.7. Perbezaan antara Sekularisme, Liberalisme Dan Pluralisme 16
3.8. Sekularisme di pengaruhi oleh Fahaman Humanisme, 18
Individualisme, dan Realisme
3.9. Cabaran Sekularisme terhadap masyarakat Islam masa kini 20
3.10. Langkah mengatasi Sekularisme pada pandangan Islam 23
4. Kesimpulan Kajian 25
5. Bibliografi/ Rujukan 26
6. Lampiran 27

1
1. PENDAHULUAN
Pada zaman globalisasi ini, masalah pemikiran sekular kian berleluasa kerana hampir semua
negara di dunia mengamalkan sistem sekularisme yang memisahkan urusan negara dengan
nilai-nilai yang ditetapkan oleh Tuhan. Tidak ketinggalan umat Islam di Malaysia yang kini dilihat
terpengaruh dengan ideologi yang dibawa oleh penjajah Barat seperti liberalisme, pluralisme dan
sekularisme yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Justeru, isu sekularisme
perlu dibendung segera agar tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat Islam hari ini dari
segi akidah, akhlak, falsafah dan sebagainya.

1.1. Definisi Sekularisme

Sekularisme adalah fahaman yang memisahkan urusan dunia seperti pentadbiran,


ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur aduk dengan urusan agama. Atau
ringkasnya, fahaman yang ingin membebaskan din daripada peraturan agama dalam kehidupan.
Manurut David Marten, perkataan sekularisme berasal daripada bahasa Latin saeculum iaitu
sekular dan mempunyai banyak makna yang luas. Dan dalam bahasa Arab, “al-‘llmaniyyah”
diambil daripada perkataan Arab untuk ilmu, tetapi menterjemah perkataan sekular sebagai “al-
‘llmaniyyah” hanyalah penipuan di sebalik slogan ilmu. Jika dilihat secara sekular maksud yang
tersirat ialah “al-Ladiniyyah” tanpa agama atau “al-La’aqidah” tanpa iman. Perkataan
“allmaniyyah” dipilih untuk mengalihkan perhatian umat Islam daripada menerimanya, kerana
sekiranya perkataan “al-Ladiniyyah” atau “al La ‘aqidah” digunakan, sudah pasti umat Islam akan
menolaknya. Bagi pendokong sistem sekular, mereka menerima dan menyokongnya kerana
mereka sememangnya diberi kepercayaan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Tetapi
bagi ulama Islam yang memahami intipati konsep Islam, mereka menentang penyebaran
fahaman ini yang jelas bertentangan dengan intipati Islam. Jadi berlaku satu pertembungan
antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan hakikat
mengenai istilah ini. Manakala Sekularisme iaitu “secularist” di dalam bahasa Inggeris bermaksud
penyokong sekularisme.

2
1.2. Sejarah Sekularisme Di Barat

Sekularisme pertama kali dicadangkan pada tahun 1851 oleh seorang penulis Inggeris
bernama George Holyoake, yang menjelaskan pandangannya bahawa kehidupan sosial adalah
berasingan daripada agama, tetapi itu adalah tidak bermakna ia merendahkan kepercayaan
agama. Istilah sekularisme bermula pada zaman pertengahan Itali pada Masihi dan mula muncul
di Eropah. Abad ini merupakan detik yang membawa banyak perubahan kepada perkembangan
tamadun Eropah, termasuk perubahan sikap terhadap nilai agama masyarakat Eropah itu sendiri.
Ia dianggap telah muncul daripada tindakan Gereja menghalang pintu pemikiran dan penemuan
saintifik. Ini berikutan tindakan paderi yang melakukan upacara keagamaan yang bercanggah
dengan nilai ideologi dan moral. Maka berlakulah konflik antara gereja dan sains, yang akhirnya
menubuhkan sekularisme, yang bermaksud memisahkan agama Kristian dari negara. Ia juga
merupakan gerakan pembebasan di Barat menentang kezaliman yang dilakukan oleh sistem
Gereja Roman Katolik di Eropah semasa Renaissance. Bagi golongan sekular, mereka
beranggapan bahawa mereka tidak akan maju di bawah kuasa gereja. Itulah sebabnya mereka
memutuskan hubungan dengan gereja dan menjadi Kristian pada nama sahaja, tetapi bukan
dalam amalan agama.

Ahli falsafah seperti Machiaveli dan Michael Mountaigne menyokong Sekularisme yang
menafikan kewujudan Tuhan atau menolak hegemoni agama dan Gereja Katolik. Mereka
mengambil jalan tengah iaitu masih mengakui agama tetapi berhujah bahawa ia tidak sepatutnya
mencampuri urusan sosial. Namun begitu, penolakan terhadap institusi agama membawa
kepada perkembangan pesat sains dan teknologi, yang diiringi oleh zaman Renaissance.
Kepercayaan itu dipercayai telah memasuki dunia Islam pada awal abad ke-20, dengan Turki
menjadi negara Islam pertama yang mengamalkannya di bawah pimpinan Kamal Artartuk.
Seterusnya fahaman ini memasuki negara Islam yang lain seperti di Mesir yang terikat di bawah
pemerintahan Perancis, manakala Indonesia dan Malaysia dibawa oleh Belanda dan British. Ia
dibawa masuk melalui penjajahan, pemodenan dan kemerdekaan. Apabila British melaksanakan
dasar pemisahan urusan kerajaan selepas Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, fahaman
sekularisme secara rasmi mula menyusup masuk ke Malaysia selepas pelaksanaan dasar
pemisahan urusan kerajaan daripada Kesultanan.

3
2. OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat pelbagai objektif bagi menjelaskan isu sekularisme di dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti cabaran sekularisme terhadap masyarakat
islam masa kini dari sumber yang sahih. Perkara ini dapat membantu kami membuat satu kajian
ilmiah dengan cara yang betul, jelas dan tepat. Kajian kami merangkumi objektif-objektif yang
berikut.

Antaranya ialah kita dapat mempelajari tentang maksud dan ciri-ciri sekularisme. Kita juga
dapat memberikan pendedahan terhadap serangan sekularisme oleh musuh-musuh Islam.

Perkara ini dapat memberikan teladan kepada masyarakat tentang kesan terhadap perkara
yang bercanggah dengan Islam. Sebagai contoh, terdapat serangan ideologi samada aspek
politik, sosial dan ekonomi. Hal ini juga untuk menerapkan dalam diri setiap individu bahawa
agama Islam adalah untuk mengejar kebahagiaan dan keredhaannya bukan mengejar duniawi
sahaja. Pendidikan yang baik juga penting agar masyarakat tidak terpedaya dengan tipu helah
musuh islam dan terus berpegang teguh sepenuhnya dengan ajaran islam. Oleh itu, ideologi yang
bertentangan dengan islam tidak dapat diterapkan kepada umat islam kerana kita sudah dididik
dengan ilmu yang cukup.

Selain itu, kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kami tentang penerapan ideologi
sekularisme di negara Islam dari aspek pendidikan, undang-undang dan media massa. Misalnya,
umat islam wajib berpegang teguh dengan akidah dan syariat Allah agar tidak terpesong dari
agama. Hal ini demikian dapat meninggalkan budaya barat dan stigma negatif yang telah lama
dipengaruhi oleh masyarakat secara tidak sedar yang kononnya untuk mencapai tamadun yang
moden serta berasa setaraf dengan negara-negara barat dan akhirnya menjadikan budaya barat
sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang jelas, segelintir umat islam
menolak sistem beraja di Malaysia dan menginginkan sistem presiden demi mengecapi kemajuan
yang bertaraf negara barat. Perkara ini sangat membimbangkan kerana hak-hak umat islam di
Malaysia akan terancam oleh orang bukan islam yang cuba menjatuhkan institusi negara islam.

4
Seterusnya, objektif kajian kami juga dapat mengkaji tahap kesedaran masyarakat terhadap
kesan sekularisme terhadap pemikiran dan tatacara kehidupan umat Islam. Hal ini supaya umat
Islam tidak mudah terpengaruh dengan segala bentuk ideologi barat. Kesedaran di peringkat awal
terutamanya di usia remaja memastikan akidah di dalam jiwa terjamin. Hal ini demikian kerana
kesan sekularisme sungguh dahsyat sehingga dapat memesongkan akidah masyarakat tanpa
sedar. Oleh itu, kita mestilah menerapkan ilmu tetang isu sekularisme ini agar kita tidak mudah
terjebak dari segala jenis ancaman sekularisme.

Akhir sekali, kita dapat mengenal pasti cabaran yang di hadapi oleh masyarakat Islam dalam
era teknologi moden yang penuh dengan cabaran. Hal ini kerana penyebaran maklumat pada
masa kini sangat pantas dan meluas. Pemikiran dan fahaman budaya barat dapat ditiru serta
dijadikan amalan oleh kerana negara barat yang jauh mencapai kemajuan global. Perkara ini
menjadikan stigma negatif terhadap agama islam contohnya sesetengah masyarakat yang tiada
pegangan kepada al-Quran dan al-Sunnah beranggapan bahawa agama islam itu kolot dan tidak
maju. Oleh hal yang dengan demikian diharapkan agar masyarakat bijak menilai perkara yang
baik dan yang buruk dalam mencapai kemodenan serta terus berpegang teguh kepada ajaran
dan syariat Islam agar kita bersama-sama dapat melahirkan generasi tidak mudah dipengaruhi
dan melahirkan khalifah yang penuh keimanan untuk menjalani tanggungjawab terhadap
keluarga, masyarakat, negara dan agama dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya umat islam
dapat mencapai kemajuan tanpa berteraskan budaya barat yang melalaikan umat islam.

5
3. ISI DAN HURAIAN
3.1. Ciri – Ciri Ajaran Sekularisme

Sekularisme merupakan fahaman di mana wujudnya penolakan hal berkaitan kerohanian,


penolakan tentang kewujudan akhirat, perbezaan antara nilai agama dan kehoranian dan kuasa
sebagai satu kebebasan. Ia bersifat bebas dan segala ketentuan tidak ada hubungkait dengan
Tuhan. Pengikutnya menganggap bahawa segala onak dalam kehidupan mereka sama ada
bahagia atau pun tidak ditetapkan oleh dunia.

Terdapat beberapa dasar yang menggambarkan fahaman sekularisme ini iaitu terpisah
daripada hal keagamaan. Teori yang dicetuskan oleh Martin Luther disokong oleh fahaman
sekularisme ini. Marthin Luther meminta agar paderi di gareja menguruskan kerja- kerja yang
berkaitan dengan agama dan kerja berkaitan pentadbiran dan pengurusan diberikan kepada
“Kaisar”. Daripada teori ini, aspek agama telah disisihkan daripada aspek kehidupan.
Pengasingan ini dapat dilihat pada masyarakat dunia kini yang mentafsirkan agama hanya
sebagai bentuk disiplin.

Selain itu, sekularisme juga menafikan kewujudan akhirat. Sekularisme mendidik pengikutnya
agar tidak mengendahkan hal berkaitan akhirat. Hal ini secara tidak langsung adalah supaya
mereka memburu kehidupan hanya di dunia sahaja. Bagi mereka, hal berkaitan akhirat
merupakan perkara yang tidak perlu difikir sekarang dan hanya perlu diambil tahu di Akhirat kelak.
Dengan adanya ciri – ciri sekularisme seperti ini, ia mendorong pendokongnya kepada ideologi
yang lebih menitikberatkan hal di dunia dan mengasingkan hal agama dalam kehidupan mereka.

Sekularisme turut memperjuangkan doktrinnya yang bersifat liberal. Hasil daripada


penentangan dan kongkongan gereja dalam kehidupan seorang manusia telah mewujudkan
golongan sekular. Penganut sekularisme menganggap bahawa mereka mempunyai kebebasan
dalam melakukan segala perkara sama ada baik mahupun buruk. Bagi mereka kebebasan itu
tidak ada sempadan dan tidak boleh ditegah oleh sesiapa. Maka, wujudnya golongan Barat yang
menghalalkan perkara yang sudah pastinya haram seperti perkahwinan dengan golongan
sejenis. Ideologi ini berpegang kepada teori yang dikemukakan oleh Machievelli melalui “Ends
Justify The Means”, yang memberi makna matlamat menghalalkan cara.

6
Sekularisme bersifat tidak tetap dan tidak mutlak. Dari segi perundangan dan pemerintahan
dalam sesebuah negara, ia tidak mempunyai asas dan prinsip yang tersendiri. Prinsip yang sedia
ada akan sentiasa diubah suai bergantung kepada keadaan dan kepentingan. Ia tidak
mempunyai garis petunjuk yang tetap. Perkara ini boleh diberi contoh terhadap isu zina dari
pandangan golongan secular yang sentiasa berubah dari abad ke 15 masihi sehingga kini. Isu
zina di Barat tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan malah telah menjadi hak seseorang
sebagai individu.

7
3.2. Sebab-Sebab Kemunculan Sekularisme

Di negara Barat, terdapat beberapa persoalan telah timbul yang menyebabkan fahaman
sekularisme ini tersebar di seluruh dunia antaranya ialah

I. Keangkuhan Golongan Paderi dalam persoalan Hal berkaitan keagamaan.


Sebab – sebab kemunculan sekularisme terutamanya di barat berlaku akibat keangkuhan
dan kekuasaan institusi gereja secara melampau-lampau terhadap golongan mereka
sendiri. Pada sekitar abad ke-14 hingga ke-16 Masihi, Institusi Gereja pada mulanya
hanyalah sebuah Institusi keagamaan Kristian yang sangat penting kepada masyarakat
Barat sebelum kedatangan zaman Renaissance. Di samping itu, golongan Paderi Gereja
pada ketika itu telah berjaya menawan hati penganut agama mereka bahawa tuhan
mereka wujud namun kewujudan tersebut tidak terlihat oleh sesiapa sahaja kecuali para
paderi yang menjadi perantaan kepada manusia. Namun hal ini berubah, apabila institusi
gereja sendiri telah menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan
nama Tuhan mereka sehingga menyebabkan maruah gereja tercalar di mata penganut
Kristian itu sendiri. Contohnya, institusi Gereja telah memaksa masyarakat Barat untuk
tunduk dan patuh kepada suruhan gereja yang mengakibatkan masyarakat barat terpaksa
memisahkan diri dari penindasan dan kehidupan agama Kristian.

II. Penentangan terhadap institusi gereja telah menyebabkan tamadun barat berjaya
mencipta pelbagai ideologi mereka sendiri.
Selepas pemberontakkan masyarakat barat terhadap institusi gereja, Islam pula pada
waktu itu mengalami kemunduran akibat kelemahan umat Islam terhadap penguasaan
ilmu pengetahuan. Hal ini disebabkan oleh, masyarakat barat bijak dalam mengambil
kesempatan untuk menyebarkan pelbagai fahaman dan pemikiran kepada seluruh umat
manusia. Mereka berpendapatan bahawa ideologi yang dibawa oleh mereka mampu
memberikan meningkatkan taraf hidup dan ketamadunan kepada dunia. Contohnya, pada
zaman modern ini dunia Islam telah diserapkan dengan pemikiran barat kerana salah satu
matlamat masyarakat barat ialah mereka ingin menyebarkan ideologi dan pemikiran Barat
serta agama Kristian atas nama agama dan keizinan penduduk negara jajahan mereka.

8
III. Kelemahan sistem keagamaan barat yang menyebabkan tertubuhnya sebuah
Institusi Sekularisme.
Penyebaran ideologi moden telah melahirkan golongan dengan fahaman seperti
liberalisme, sekularisme, pluralisme dan juga ateisme dikalangan masyarakat. Selain itu,
bantuan dari orientalis telah menyebabkan Barat berjaya menyebarkan fahaman mereka
secara meluas ke seluruh dunia dengan harapan untuk menakluki semua agama
termasuk Islam dan menghapuskan keyakinan mereka dengan mengenengahkan aliran
sekularisme. Contohnya, golongan sekular di Barat telah menubuhkan Pertubuhan
Sekular Kebangsaan (National Secular Society) pada tahun 1866. Objektif mereka ialah
dengan menubuhkan Pertubuhan Sekular kebangsaan ini dapat memberi dorongan atau
kebahagiaan kepada manusia dengan menganggap agama sebagai sebuah halangan
dan undang-undang kepada kebebasan berfikir atau freethought.

9
3.3. Pandangan Islam Terhadap Sekularisme

Antara beberapa tokoh yang terlibat mengangkat isu sekularisme adalah Syed
Muhammad Naquib al-Attas dengan penemuan sebuah buku berjudul “Islam and Secularism”. Ia
telah menemukan bahawa sekularisme ini membebaskan manusia. Sekularisme merujuk pada
ideologi yang memusnahkan alam dan politik. Islam tidak seperti agama Kristian. Oleh kerana
itu, sekularisasi yang terjadi dalam masyarakat Kristian Barat tidak sama seperti dalam
masyarakat Muslim, Islam secara mendasar menolak semua bentuk sekularisme.

Menurut al-Attas, sejak abad ke 13 M kebangkitan faham sekular telah dimulai. Pada
masa itu, orang Barat memahami faham sekuler dengan menekankan sisi humanitas. Pandangan
sekular terus berlanjut hingga abad ke-16, dalam sejarah Barat dikenal dengan zaman
“Renaissance”. Zaman ini ditandai dengan hilangnya semangat orang Barat terhadap agama
Kristen. Mereka lebih tertarik pada pencarian ilmu pengetahuan dan mulai membangkitkan
peradaban Yunani kuno yang telah mereka lupakan. Semangat itu terus berakar hingga
meruncing sampai tahap ekstrimnya pada abad ke17 hingga ke-19 di Eropa, yang dikenal
sebagai “European Enlightenment”. Pada masa ini seluruh pandangan alam (worldview) Barat
telah bermuara hanya kepada kepentingan kemanusiaan, kebendaan dan keduniaan semata.

Dengan itu, Islam menolak apa-apa aplikasi mengenai konsep sekularisasi, sekuler dan
sekularisme, kerana mereka semua tidak tergolong dalam Islam dan bertentangan dalam semua
kes. Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap. Oleh karena itu, Islam tidak memerlukan
sekularisme.

Selain itu, Altaf Gauhar, seorang filsuf Muslim Kontemporer dari Mesir menyatakan:

“Sekularisme dan Islam tak memiliki tempat berpijak yang sama. Esensi Islam
berantitesis terhadap sekularisme.”

Altaf Gauhar juga menerapkan 6 konsep di dalam pandangannya iaitu, Penolakan ke atas
kewibawaan unsur- unsur kerohanian, Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat),
Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan dewa,
Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merancang dan menyusun dengan hidup manusia,
Melaksanakan sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubungkait dengan Tuhan, Gereja dan
institusi agama hanya terbatas kepada perkaraperkara yang bergantung dengan masalah
ketuhanan.

10
3.4. Serangan Sekularisme Oleh Musuh-Musuh Islam

Seperti yang kita pelajari, Islam dan sekularisme mempunyai pertentangan aliran yang
sangat jelas dan telah menjadi sumber kebimbangan lagi di zaman sekarang ketika kita perlu
menerima modernisasi untuk maju dan peradaban berdasarkan pembaratan, yang membawa
unsur-unsur ketidakpercayaan. Perkara ini mendatangkan lagi kebimbangan dengan kekuatan
media sosial yang membuat netizen lebih mudah mempercayai kerana pengeditan di zaman ini
semakin canggih.

Antara musuh Islam adalah orientalisme (Zionisme). Mereka mendakwa bahawa syariah
yang merupakan ciptaan umat Islam adalah tidak bersifat maksum, universal, fleksibel dan
bersesuaian untuk sepanjang zaman. Ia hanya sesuai dijalankan pada zaman dahulu bagi
masyarakat Timur Tengah semata-mata. Oleh sebab itu, seandainya umat Islam menginginkan
kemajuan yang sejati, secara jelas mereka perlu menerima pakai pemahaman keagamaan
mengikut sekularisme yang menganggap agama dan syariah sepatutnya dikhususkan hanya
bertujuan peribadi dan spiritual semata-mata manakala undang-undang Barat patut digunakan
untuk perkara yang selain persoalan spiritual.

Pada masa ini, penyebaran fahaman sekularisme tajaan kuasa Barat masih lagi
diteruskan yang dilihat telah dijadikan sebagai agenda utama kuasa Barat untuk mentamadunkan
Timur daripada terjerumus ke lembah kemunduran yang diakibatkan oleh kepercayaan
keagamaan. Penyebaran fahaman ini telah dirancang dengan rapi menggunakan medium sosial
media untuk menghilangkan sensitiviti ummah Islam terhadap ketinggian syariah Allah.

Seterusnya, sebarang kajian terhadap undang-undang Islam perlu dibuat menggunakan


pendekatan higher criticism. Pendekatan ini pada mulanya digunakan untuk membuktikan
kesilapan yang terdapat di dalam agama Kristian, kemudian telah dipanjangkan penggunaannya
kepada agama Islam. Berasaskan kepada pendekatan ini, orientalis cuba membuktikan kesilapan
kandungan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi pegangan masyarakat Islam selama ini. Pada
pandangan mereka, Islam adalah agama ciptaan manusia yang tidak mempunyai apa-apa
keistimewaan termasuk undang-undangnya. Bagi pihak orientalis, undang-undang Islam tidak
mempunyai ciri-ciri fleksibel mengikut kesesuaian zaman. Malah manusia telah tertipu dengan
apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW selama ini yang lebih menjurus kepada
kepentingan peribadi. Ini yang mendatangkan kebimbangan untuk umat Islam yang tidak
mempunyai iman yang kuat dan mudah mempercayai.

11
3.5. Penerapan Ideologi Sekularisme Di Negara Islam.

Agenda terbesar sekularisme di kalangan penganut agama Islam di seluruh dunia ialah
memisahkan elemen-elemen agama daripada keduniaan. Perkara yang dialami oleh masyarakat
Barat terhadap percantuman antara agama dan duniawi ini telah memberikan impak yang
mendalam kepada mereka sejak dahulu lagi. Oleh itu, melalui pengalaman yang dirasai oleh
masyarakat Barat telah membuka ruang kebebasan secara terbuka mereka untuk tidak
membenarkan apa sahaja bentuk kepercayaan agama yang dikaitkan yang keduniaan dianggap
merosakkan kehidupan seharian mereka. Sekularisme merupakan falsafah, pemikiran, ajaran
yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang memisahkan agama dan kehidupan mereka
berdasarkan perkara logik dan sains dan bukan pada kepercayaan agama. Menurut pandangan
barat, mereka membuktikan bahawa agama Islam merupakan agama semata-mata untuk akhirat
atau kehidupan selepas mati iaitu melalui ibadah dan mengabdian diri kepada Allah SWT yang
secara tidak langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian manusia. Hal ini kerana,
perkara yang dilalui oleh masyarakat Barat terhadap percantuman antara agama dan keduniaan
telah memberikan kesan kesan yang mendalam kepada mereka sejak dahulu lagi. Oleh itu,
melalui pengalaman yang dirasai oleh masyarakat Barat telah membuka ruang kebebasan secara
terbuka untuk menolak apa sahaja bentuk kepercayaan agama yang dikaitkan dengan dunia
dianggap merosakkan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, antara faktor-faktor penerapan
ideologi sekularisme ini dilakukan melalui tiga cara iaitu melalui sistem pendidikan, undang-
undang dan media massa

I. Melalui Sistem Pendidikan


Penerapan ideologi sekularisme dalam negara Islam telah memberikan impak yang tidak
memuaskan terhadap perubahan pendidikan masa kini. Hal ini kerana, perkara tersebut
dapat memberikan efek kepada masyarakat dan negara Islam pada tempoh masa yang
agak lama. Penyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi telah melahirkan sistem
pembelajaran untuk generasi muda sebagai jalan pintas untuk menyebarkan pemikiran
sekular terhadap generasi tersebut. Kebebasan sistem pendidikan Barat pada masa kini
telah memberi pendedahan terhadap nilai ekonomi yang lebih maju dalam mencorakkan
pemikiran individu yang hanya tahu mengejar kebendaan dan kemewahan namun tidak
tahu atau faham mengenai konsep kerohanian yang mempunyai ikatan yang erat dalam
pelbagai bidang yang diceburi.

12
II. Melalui Undang-undang
Selain itu, kelemahan pemerintahan Islam oleh masyarakat Islam pada masa kini telah
dicabar oleh golongan sekular yang berusaha mencapai matlamat mereka untuk
menjauhkan Islam dari hal-hal berkaitan keagamaan. Golongan Sekular ini cuba
menganggap bahawa seluruh hal berkaitan undang-undang Islam dianggap kuno dan
sudah tidak masuk akal lagi dengan keadaan yang serba moden dan berteknologi ini.
Seandainya, sesuatu agama tidak diberi tanggungjawab atau tempat langsung oleh
kerajaan atau pemerintahan. Perkara tersebut bolehlah ditakrifkan sebagai sekular.
Contohnya, cuti umum hanya diberikan sewaktu sambutan sambutan Aidilfitri, Aidiladha,
Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Manakala, sambutan seperti Israk Mikraj atau Nuzul
al-Quran juga diberikan pelepasan am bagi sesetengah negeri di Malaysia sahaja.
Tambahan pula, walaupun Malaysia dianggap sebagai negara sekular pada tahun 1984
oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Namun, beliau juga mengatakan bahawa Malaysia
juga bukan negara Islam, tetapi juga bukan negara sekular secara rasmi selepas tahun
1984 pada masa itu.

III. Melalui media massa


Dalam era globalisasi, fahaman ideologi sekularisme yang dibawa oleh budaya barat telah
bergerak dengan pesat melalui media elektronik yang menjadi perkara utama difokuskan
untuk penyampaikan maklumat kepada masyarakat Islam pada masa kini. Dengan kata
lain, media sosial merupakan ejen menyebarkan maklumat tidak kira positif atau
maklumat negatif yang menjadikan manusia berfikir bahawa dunia tanpa sempadan ini
adalah kecil dan mudah dicari dengan sekali sentuh sahaja. Contohnya, pada zaman
dahulu, masyarakat pada ketika itu tidak mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai
isu-isu semasa dan menghubungi antara satu sama lain kerana berada di kawasan yang
berbeza. Hal ini mengakibatkan, masyarakat Islam pada ketika itu hanya bergantung
kepada alat atau perantara komunikasi seperti radio, akhbar, buku-buku, dan majalah
sahaja. Pendek kata, penyebaran fahaman ideologi yang dibawa oleh budaya barat agak
sukar mempengaruhi masyarakat Islam pada ketika itu.

13
3.6. Kesan Sekularisme Terhadap Keluhuran Beragama

Fahaman sekularisme mempunyai banyak implikasi negatif ke atas dunia islam sama ada dari
segi akidah mahupun pemikiran seseorang manusia. Ideologi ini bukan sahaja memberi kesan
kepada umat Islam, malah seluruh dunia juga. Karya Alan Richardson di dalam salah satu
bukunya menyatakan bahawa kesan daripada sekularisasi kaum Kristian boleh dilihat di dunia
pada masa kini.

Kesan sekularisme termasuklah menghakis keimanan dan melumpuhkan akidah seseorang.


Perkara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti timbulnya kecurigaan terhadap kewujudan
malaikat, rasul, Qadha dan Qadar. Faktor – faktor ini menyebabkan umat Islam keliru terhadap
ajaran atau aliran barat yang pelbagai. Mereka akan membuat tanggapan yang salah terhadap
ajaran Islam dan secara tidak langsung akan merapuhkan keimanan mereka. Perkara yang
berkaitan dengan isu agama seperti kewajipan berpuasa, solat, dan hal berkaitan akhirat akan
dipersoalkan oleh umat Islam.

Kesan sekularisme yang seterusnya ialah individu mengalami peralihan perwatakan dari segi
cara hidup, pemikiran dan tindakannya dalam sesuatu perkara. Oleh disebabkan sekularisme
yang mengasingkan kepentingan beragama daripada kehidupan seseorang, ia membawa
kepada jiwa yang kosong dalam diri individu. Individu tidak akan mempunyai pembangunan diri
yang stabil dan akan menyebabkan kerapuhan moral dan akhlak. Sebagai contoh, seorang
remaja yang pada asalnya tidak bersosial berubah menjadi seorang yang bergaul bebas. Perkara
ini berlaku disebabkan remaja tersebut sudah tidak mementingkan agama dalam kehiduan
seharian mereka. Tidak dinafikan bahawa pada zaman sekarang ini, masih terdapat banyak
golongan yang mengalami keruntuhan akhlak. Namun begitu, sekiranya fahaman sekularisme ini
berleluasa, gejala – gejala seperti ketagihan dadah, homoseksual, perlacuran serta pengambilan
arak akan menjadi lebih teruk.

Sekularisme turut memberi kesan dari segi ekonomi di mana wujudnya sistem yang bercorak
kapitalis dan sosialis. Kedua – dua sistem ini hanya mementingkan kemewahan semata – mata
tanpa menitikberatkan soal hukum dan hakam agama. Amalan riba’ dan rasuah semakin meluas
dalam pengurusan kewangan walaupun amalan tersebut merupakan perkara yang dilarang
dalam Islam. Seorang penjenayah yang sudah semestinya membuat kesalahan mampu diberikan
kebebasan dengan menghulurkan rasuah kepada pihak yang berkuasa. Keadilan hakim boleh
dibayar bagi mengurangkan hukuman yang ditetapkan ke atas penjenayah tersebut. Perkara ini

14
menyebabkan pemikiran umat Islam hanya dikuasai oleh kehidupan di dunia sahaja semata –
mata.

Pengalihan peraturan undang – undang yang berlaku dari segi perundangan telah menjadi
salah satu punca umat Islam mempersoalkan perundangan dan penghakiman Islam yang rapi.
Ada di antaranya yang mempersendakan mereka yang mempraktikkan perundangan Islam. Hal
ini kerana, perubahan undang – undang Islam ke sistem undang – undang barat telah mengubah
persepsi umat Islam. Umat Islam lebih menyokong sistem perundangan barat yang agak longgar
berbanding sistem perundangan Islam yang meneliti setiap hukum dan hakam agama.
Mahkamah Syariah di Mesir telah dihapuskan dan fungsinya telah dipindahkan ke dalam
mahkamah sivil. Manakala di Malaysia, mahkamah Syariah tidak dihapuskan namun hukuman
tertinggi teah ditetapkan iaitu hanya dikenakan denda sebanyak RM5 ribu atau penjara selama 3
tahun atau sebatan sebanyak 6 kali. Segala usaha yang diketengahkan untuk meninggikan
kedudukan mahkamah Syariah telah menerima banyak reaksi negatif dari pelbagai pihak.

15
3.7. Perbezaan Antara Sekularisme, Liberalisme Dan Pluralisme

I. Pluralisme
Apakah itu Pluralisme? Pluralisme merupapakan fahaman yang berasal daripada
Sekularisme. Fahaman ini menyatakan bahawa semua agama adalah sama dan benar.
Malah, ada juga yang mecampuradukkan agama lain menjadi satu agama yang baru. Dari
pandangan Islam tentang Pluralisme adalah Islam mementingkan toleransi terhadap
agama lain tetapi tidak menganggap bahawa semua agama adalah sama. Contohnya,
agama lain tidak menyembah Allah S.W.T dan mereka mempunyai tuhan yang tersendiri.
Dalam menangani ajaran Pluralisme adalah dengan mengakui perbezaan identiti agama
tersendiri. Kini, ajaran Pluralisme telah bertapak di Malaysia. Malah, mereka telah
mempunyai kuil tersendiri yang Bernama ‘Temple of the Universal Spirit’ yang mempunyai
elemen agama lain seperti perkataan Amin dalam fahaman Islam, Hindu dan Kristian.
Antara cabaran yang dihadapi umat Islam di Malaysia adalah mereka perlu berhati-hati
agar tidak terjebak dalam program-program keagamaan yang melibatkan pertubuhan
agama lain yang bercanggah dengan akidah Islam. Contohnya, terdapat program yang
bernama ‘Interfaith Dialogue’ yang mempromosikan persamaan bahawa semua agama
adalah sama dan perkara itu bercanggah dengan agama Islam.

II. Liberalisme
Apakah itu fahaman Liberalisme? Liberalisme merupakan fahaman yang berasaskan
kebasan yang berasal dari barat. Individu yang berfahaman liberal adalah individu yang
berpandangan bebas dalam aspek agama, politik, ideologi dan ekonomi. Kebabasan
individu dari nilai-nilai moral yang telah menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui
ilmuan yang rosak. Liberalisme juga adalah satu bentuk fahaman Sekularisme yang
memisahkan aspek agama dan membolehkan suatu tindakan yang bebas dari akidah
Islam. Hal ini kerana fahaman mereka yang menuntut kebebasan tanpa batasan dan
menolak kebenaran agama Islam dan salah satu cara mudah dalam beragama. Mereka
yang fahaman liberal berfikir bahawa mereka bebas dalam melakukan apa-apa sahaja
tanpa sekatan, kongkongan atau diskrimnasi yang telah dianggap sebagai kebabasan
asasi. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam telah
memutuskan bahawa fahaman Liberalisme adalah ajaran sesat dan bercanggah daripada
syariat Islam.

16
Antara cabaran yang dihadapi umat Islam pada harini tentang fahaman Liberalisme
adalah hak kebebasan dalam hubungan atau mudah dikenali sebagai ‘LGBT’ yang telah
di normalisasi di negara barat. Sedih, sekali apabila sudah ada rakyat Malaysia yang telah
menyuarakan hak LGBT mereka di negara Islam ini. Namun, hubungan ‘LGBT’
merupakan satu jenayah di negara ini dan semoga kita dapat membasmi perkara ini.
Seterusnya, unsur-unsur Liberalisme telah banyak di letakkan di dalam media-media
sosial terutamanya dalam filem yang ingin menyebarkan secara halus tentang fahaman
Liberalisme. Ada juga yang mengatakan bahawa diri mereka merupakan Islam yang
berfikiran Liberal atau dikenali sebagai ‘Islam Liberal’.

III. Sekularisme
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Sekularisme merupakan Ideologi yang memisahkan
agama dengan dunia seperti dalam aspek politik, pentadbiran dan lain-lain. Sekularisme
ada persamaan dengan fahaman Liberalisme dan Pluralisme iaitu fahaman terhadap
agama yang bercanggah dengan akidah umat Islam. Namun, apa yang membezakan
ketiga-tiganya adalah dari segi kefahaman. Sekularisme yang memisahkan agama dalam
kehidupan manakala Pluralisme yang menganggap semua agama adalah sama dan
benar. Manakala, Liberalisme yang menginginkan kebebasan hak individu tanpa
memikirkan syariat Islam.
Maka, terwujudnya Muslim sekular yang memisahkan agama dan negara. Contohnya
mereka yang hanya melakukan ibadah Islam secara peribadi, tetapi menolak tentang
penguatkuasaan undang-undang syariah dalam masyarakat. Antara perbezaan Islam dan
Sekularisme dari sudut politik adalah politik Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-
Sunnah. Manakala, politik sekular yang mengikut sumber barat dan logik akal. Selain itu,
politik Islam yang bermatlamatkan keredhan Allah S.W.T dan bertindak adil terhadap
semua masyarakatnya. Politik sekular yang menindas sebahagian yang lain dan akibat
memisahkan politik agama, mereka memperjuangkan golongan seperti ‘LGBT’ yang
sudah terang lagi bersuluh haram dan dilarang di dalam Agama Islam.

17
3.8. Sekularisme Dipengaruhi Oleh Fahaman Humanisme, Individualisme Dan
Realisme

Secara keseluruhannya, Sekularisme dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme


dan realisme. Hal ini kerana, fahaman tersebut telah memberikan sepenuh tumpuan kepada
fungsi dalam mencorakkan dan membentuk akal fikiran, keupayaan akal budi, dan tingkah
laku manusia dalam menyelesaikan perkara yang bersangkutan dengan keduniaan. Berikut
ialah fahaman-fahaman yang berkait rapat dengan Sekularisme antaranya ialah:

I. Humanisme
Humanisme adalah sistem pemikiran dan perspektif yang membenarkan pelbagai
tanggapan mengenai kemajuan dan kebebasan manusia. Humanisme juga menolak
sebarang unsur-unsur keagamaan dan dilihat sebagai sesuatu yang menyusahkan hidup
masyarakat. Selain itu, perkataan Humanisme yang diketahui pada hari ini adalah buah
fikiran ahli falsafah yang bernama Karl Marx yang tujuannya adalah untuk menolak
sebarang kewujudan tuhan dan memisahkan manusia daripada hal-hal yang berkaitan
dengan agama. Contohnya, daripada fahaman ini maka berlakunya golongan Barat yang
memperjuangkan Hak Asasi Manusia (HAM) di peringkat antarabangsa yang
sememangya menjadi agenda suci golongan tersebut.

II. Individualisme.
Individualisme adalah aliran yang memberikan keutamaan pada hak individu tanpa
dipengaruhi oleh pihak asing tidak kira institusi keagamaan ataupun kerajaan. Dari aspek
Individualisme ini mempunyai dua maksud iaitu mengenai sikap Ananiyah ataupun sifat
yang mementingkan diri sendiri dan kedua ialah sikap Pragmatisme yang membawa
maksud fahaman yang berpegang bahawa sesuatu perkara itu harus dilakukan secara
teori. Contohnya, pihak institusi keagamaan dilarang mencampuri urusan peribadi
seseorang sama ada mereka ingin mengamalkan keagamaannya ataupun sebaliknya.
Oleh itu, tiada sesiapapun yang berhak untuk melarang seseorang daripada melakukan
sesuatu asalkan tidak menyebabkan kesengsaraan dan kecederaan kepada orang lain.

18
III. Realisme
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Realisme bermaksud fahaman atau ajaran yang
berdasarkan kenyataan. Realisme juga bermaksud pelajaran atau fahaman mengenai
keadaan yang sebenar, cara berfikir dan kesenian yang berpegang kepada pemerhatian
pancaindera manusia. Selain itu, Fahaman Realisme juga diasaskan oleh Aristotle pada
tahun 384-322 sebelum masihi. Fahaman ini juga mempunyai dua perkara penting iaitu
Realisme Rasional dan Realisme Sains. Di barat, terdapat beberapa tokoh penting yang
mengikut fahaman Realisme antaranya ialah Robert Hutchins dan Mortimer Adler yang
secara keseluruhanya masih didapati berada dalam Realisme rational iaitu menganggap
bahawa kerohanian dan kebendaan ini diciptakan oleh Tuhan. Selepas tu, dalam
Fahaman Realisme Natural atau dikenali sebagai Realisme Sains ini telah berkembang
dengan pesat di Eropah dalam bidang sains pada kurun ke- 15 dan 16. Namun seiring
dengan perkembangan ini, Realisme Sains telah mengubah cara berfikir golongannya ke
arah pendidikan sekular iaitu pemisahan antara agama dan negara.

19
3.9. Cabaran Sekularisme Terhadap Masyarakat Islam Masa Kini

Sekularisme telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan masyarakat
Islam. Fahaman yang telah memisahkan kehidupan seseorang dengan agama telah
menyebabkan akidah umat Islam goyah dan kehidupan mereka tidak berprinsipkan Islam lagi.
Oleh disebabkan itu, masyarakat Islam perlu bersedia dalam menghadapi apa jua rintangan dari
segi mental mahupun fizikal. Hal ini bagi memastikan pemikiran kita tidak ditindas dengan ideologi
– ideologi yang semesetinya akan membuat kita terpesong dari agama.

Dalam sektor Pendidikan, cabaran sekularisme boleh dilihat apabila berlakunya perubahan
dalam sistem Pendidikan yang berbentuk sekular. Fahaman sekularisme ini telah disebarkan
dalam sektor Pendidikan dari zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Perubahan sistem
Pendidikan itu sendiri telah diperkenalkan oleh pihak British. Pendidikan berbentuk sekular
bermaksud isi pembelajaran adalah lebih kepada hal ehwal di dunia semata – mata berbanding
agama. Ilmu agama masih lagi menjadi isi pembelajaran namun ianya dihadkan. Penyaluran
ideologi sekularisme dalam konteks Pendidikan amat mencabar kerana pemikiran minda anak
muda mudah dikawal dan dikuasai dari peringkat sekolah ke peringkat universiti. Di Malaysia,
sejarah penjajahan negara lebih diutamakan berbanding sejarah tentang Islam. Di negara Turki
pula, Pendidikan berbentuk sekular menjadi asas yang amat penting di semua peringkat
Pendidikan sama ada sekolah mahupun pengajian tinggi. Perkara ini menyebabkan masyarakat
Islam lebih berkecimpung dengan sejarah pemerintahan negara masing-masing berbanding
sejarah kerajaan Islam.

Bukan sahaja berlakunya perubahan Pendidikan berbentuk sekular malah subjek pengajian
agama turut dilonggarkan dalam sistem persekolahan bagi mencapai akademik yang
memuaskan. Seperti yang diketahui, subjek Pendidikan Islam tidak menjadi subjek yang teras
dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Para pelajar tidak akan berusaha bersungguh-sungguh
dalam mendapatkan gred yang bagus bagi subjek ini kerana mereka mengambil ringan dan
menganggap bahawa subjek ini tidak penting seperti subjek teras yang lain. Kebanyakan pelajar
pada masa kini juga telah memilih untuk ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat
antarabangsa. Masyarakat mepercayai bahawa menyambung pengajian di luar negara akan
melahirkan insan yang lebih berkualiti. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dikuasai seratus
peratus kerana pelajar antarabangsa ini mungkin akan dipengaruhi dengan budaya dan fahaman

20
luar negara yang menyebabkan iman mereka semakin pudar dan identiti mereka sebagai umat
Islam semakin pupus.

Dari segi sosial pula, berlakunya perubahan sosial di kalangan masyarakat Islam. Perubahan
ini boleh dikaitkan dengan fahaman hedonism yang meletakkan keseronokan dan kesenangan
sebagai asas dalam kehidupan. Fahaman ini menafsirkan bahawa perkara yang mendatangkan
keseronokan dalam diri sesorang adalah benar walaupun ianya bertentangan dengan hukum
agama. Ideologi hedonism ini mudah dipengaruhi oleh golongan remaja disebabkan sikap
mudanya yang menyukai keseronokan. Ideologi ini sedikit sebanyak memberi impak dalam
perubahan sosial yang berlaku iaitu perubahan dalam sikap dan personaliti seseorang itu.
Sebagai contoh, jika sebelum ini seorang individu mampu mengawal hawa nafsunya telah
berubah menjadi seorang yang menurut hawa nafsunya. Hal ini kerana, kehidupan seseorang itu
tidak lagi mementingkan agama dan tidak memikirkan perkara yang baik dan buruk. Perubahan
sosial yang berlaku ini tidak dapat dinafikan pada zaman kini kerana telah ramai masyarakat
remaja Islam yang menyertai konsert serta kelab hiburan yang penuh dengan pergaulan bebas.
Perkara yang lebih membimbangkan ialah apabila masyarakat Islam sudah tidak mengambil
peduli hal yang bertentangan dengan Islam disebabkan mereka telah hanyut dan taksub dengan
dunia keseronokannya.

Sekularisme turut memberi cabaran dalam bidang sains dan teknologi di mana unsur
pemikiran rasionalisme dikaitkan dengan ilmu sains dan teknologi. Rasionalisme membawa
maksud teori yang menyatakan akal menjadi elemen utama dalam memperoleh ilmu
pengetahuan. Mereka bergantung dengan fikiran akal bagi memahami sesuatu perkara tanpa
menggunakan pengalaman sebagai cara untuk berfikir. Rene Descartes, G.W. von Leibniz dan
Baruch Sipnoza merupakan ahli falsafah yang medokong pemikiran rasionalisme ini.
Rasionalisme sedikit sebanyak telah membantu membuktikan bahawa manusia juga mempunyai
kompetensi dalam memahami dan menguasai aturan dunia. Namun begitu, agama Islam tidak
menyokong teori – teori yang diutarakan oleh sains moden kerana segala teori perlu diselidik
terlebih dahulu sebelum keputusan untuk menerima atau menolak teori tersebut dibuat. Umat
Islam dihalang untuk mengakui segala teori baru yang dikemukakakan oleh sains moden tanpa
memeriksa terlebih dahulu sama ada teori tersebut sahih ataupun tidak. Umat Islam perlu
memastikan bahawa setiap teori yang diterima tidak melanggar prinsip Islam atau segala fakta

21
yang telah dicatit dalam al-Quran. Teori sains beranggapan bahawa sekiranya mereka ingin
mencapai sesuatu matlamat, segala cara yang dilakukan adalah benar. Dengan kata lain, bagi
mereka matlamat menghalalkan cara manakala bagi agama Islam adalah sebaliknya. Dalam
Islam, sekiranya kaedah yang dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut adalah salah maka
ianya tetap tidak dibenarkan. Sebagai contoh, fahaman dari Barat menyatakan bahawa
penggunaan makhluk hidup bagi tujuan uji kaji dan penyelidikan adalah sah dan boleh diterima.
Namun di dalam Islam penggunaan makhluk hidup dengan tujuan uji kaji adalah haram. Segala
matlamat dan cara pelaksanaan perlulah halal dan tidak melanggar hukum hakam agama.

22
3.10. Langkah Mengatasi Sekularisme Pada Pandangan Islam

Allah SWT telah pun memerintahkan supaya umatnya menerima dan melaksanakan peraturan
Islam itu secara menyeluruh dan lengkap tanpa menerima sebahagian atau menolak sebahagian
sebagaimana yang pernah dibuat oleh golongan Yahudi dan Nasrani terhadap ajaran-ajaran
Taurat yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada mereka. Keimanan kepada Allah SWT Yang
Maha Esa menuntut setiap Muslim mentaati segala perintah-perintah yang diwajibkan oleh Allah
SWT.

َ ‫شي ْٰط ِۗ ِن اِ َّنهٗ لَ ُك ْم‬


‫عد ٌُّو ُّم ِبيْن‬ َّ ‫ت ال‬ ُ ‫ٌ ٰ ٰٓيا َ ُّي َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُوا ا ْد ُخلُ ْوا فِى الس ِْل ِم ك َۤافَّةً َّۖو ََل تَتَّ ِبعُ ْوا ُخ‬
ِ ‫ط ٰو‬

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata
bagimu. (Surah al-Baqarah, ayat 208).

Kefahaman Islam yang jelas menurut kehendak Al Quran, Sunnah dan kefahaman para muslimin
yang awal telah disaksikan oleh Rasulullah SAW di atas keimanan mereka, serta berasakan fiqh
dan ilmu yang bersifat meliputi sebagaimana yang telah disusun oleh para ulama Islam. Mereka
hendaklah mendalami semula ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh agar mereka dapat
memahami kembali seluruh kewajiban mereka sebagai hamba Allah SWT. Ia kerana pada zaman
kini yang dipenuhi oleh pelbagai seruan kepada berbagai-bagai ajaran dan fahaman yang
meragukan ketinggian agama dan petunjuk Islam. Mereka juga perlu mengetahui kewajiban
mereka sebagai seorang muslim yang tengah berjihad mempertahankan agama Islam di zaman
ini. Hanya dengan ilmu pengetahuan mampu membuat agama Islam boleh bebas daripada
kesilapan, menanamkan rasa takut dan kesedaran kepada Allah dalam diri umat Islam hari ini
untuk memusnahkan sepenuhnya pengaruh fahaman pemujaan terhadap masyarakat Islam hari
ini.

Selain usaha dari para ulama, pihak berkuasa juga perlu mengharamkan segala media
yang boleh merosakkan nilai murni Islam dengan menghapuskan video mahupun gambar yang
membawa kepada perkara negatif ataupun menukarkan kepada aplikasi yang bermanfaat agar
dapat mendidik dan melahirkan umat Islam yang berpekerti mulia, bertamadun tinggi, berilmu
dan membuka minda masyarakat agar dapat membawa negara menjadi lebih maju dengan
syariat Islam. Dengan ini dapat memperluaskan agama Islam ke seluruh dunia.

Malah, umat Islam mestilah meninggalkan sikap mengagung-agungkan ketamadunan barat yang
kononnya membawa kemajuan dan kemodenan. Sebaliknya umat Islam mestilah menyanjungi

23
kegemilangan tamadun Islam agar dapat mengembalikan kegemilangan Islam. Umat Islam
mestilah bergabung dan bersedia mengorbankan harta, wang ringgit, tenaga dan segalanya
untuk kemaslahatan Islam serta menanam keazaman yang jitu untuk mengembalikan kedaulatan
Islam di Malaysia yang tercinta agar ia menjadi suatu kenyataan.

24
4. KESIMPULAN KAJIAN

Secara kesimpulannya, di akhir zaman ini pelbagai agama dan fahaman yang telah wujud
dan telah mensasarkan dari akidah agama Islam yang sebenar seperti kefahaman Sekularisme,
Pluralisme dan banyak lagi yang telah minumbalkan Islam liberal dan Muslim sekular. Fahaman
Sekularisme merupakan salah satu rencana barat untuk menghancurkan kekuatan umat Islam.
Apakan lagi dunia yang kian moden dengan teknologi, lebih mudah untuk mereka menyebarkan
kefahaman mereka. Tambahan pula, media sosial yang kini hampir semua umat Malaysia
menggunakannya lebih-lebih lagi masyarakat yang berumur muda, yang tidak dapat menentukan
baik dan buruk. Pihak-pihak bertanggungjawab perlulah mengambil tindakan awal supaya dapat
menyelamatkan generasi yang akan datang. Semoga segala tindakan yang diambil dapat
memberi impak yang positif dalam memperjuangkan agam Islam di negara Malaysia mahupun di
serata dunia. Janganlah kita biarkan umat Islam mudah terpedaya dengan kefahaman mereka
untuk kesenangan di dunia yang hanya sementara. Sesungguhnya, kesenangan yang hakiki
adalah di syurga kelak. Semoga negara Malaysia dapat menangani dan bebas dari pada fahaman
yang merosakkan akidah Islam. Kembalilah umat Islam dengan dua pegangan yang utama iaitu
Al-Quran dan Al-Sunnah sehingga hari kiamat.

Hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia!
Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepadanya kamu
tidak akan sesat selamnya; kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”. (Riwayat al-Hakim)

25
5. BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN
• Al Hakim, Luqman. (2020). Sejarah Jaringan Sekularisme Dalam Tubuh Kekhilafahan
Turki Utsmani Pada Masa Sultan Abdul Hamid II Pada Tahun 1876-1909 M. Skripsi. IAIN
Jember.
• Muhammad Rashidi Wahab. (2018). Ateisme satu penelitian awal. Risalah isu semasa.
Putrajaya: JAKIM.
• Azmi Aziz. (2016). Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia.
Malaysia Journal of Society and Space, 12(14), 64-69.
• Latifah Arifin & Sabrina Suhaimi. (2019, Mac 30). Didik ummah tolak sekularisme. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/547012/didik-ummah-
tolak-sekularisme.
• Amnan Hibrahim. (2021, Mei 28). Malaysia bukan negara sekular mahupun negara Islam.
Berita
Harian.https://www.sinarharian.com.my/article/141068/BERITA/Nasional/Malaysia-
bukan-negara-sekular-mahupun-negara-Islam.
• Prof Nazri Muslim. (2018, Jun 18). Isu negara Islam, sekular kembali dibahaskan. Berita
Harian.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2018/06/438842/isu
-negara-islam-sekular-kembali-dibahaskan.
• Ibrahim, M. Y. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari
Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy and Language,
2(8), 202-216.
• Assnurien Najma Ahmad, Kesan Penekanan Terhadap Pendidikan Sekular, Jabatan
Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka, (50-51)
• Ahmad Yumni Abu Bakar & Mohd Fairuz Jamaluddin (2014), Menjawab Islam Liberal.
Batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd, (172)
• Zulkiple Abdul Ghani, "Teknologi Maklumat: Hubungannya Dengan Perkembangan
Hukum Islam Semasa," dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang
Membangun, Kuala Lumpur, 1999, (145-152)
• Mohd Nor Mamat. (1999). Pemikiran Islam & dunia hari ini: Senario dunia Islam dan
strategi menghadapi cabaran ummah. Univision Press.
• National Secular Society (Limited by Guarantee). (n.d.). Our story: 150 years of the
National Secular Society. Secular Portal. https://www.secularism.org.uk/history.html

26
6. LAMPIRAN

6.1. Humanisme yang diketahui pada hari ini adalah buah


fikiran ahli falsafah yang bernama Karl Marx yang
tujuannya adalah untuk menolak sebarang kewujudan
tuhan.

6.2. George Jacob Holyoake ialah seorang sekular


Inggeris, kooperator dan editor akhbar. Beliau mencipta
istilah sekularisme pada tahun 1851 dan "jingoisme"
pada tahun 1878.

6.3. Kewujudan Pertubuhan Sekular Kebangsaan (National Secular Society) di laman


web https://www.secularism.org.uk

27
6.4. Teks Perjanjian Pangkor merupakan
satu perjanjian yang ditandatangani
pada 20 Januari 1874.

28

You might also like