You are on page 1of 16

NAMA MUNIRAH ATIRAH BINTI MUHAMED ASLI

NO MATRIK JIC190021

NAMA KURSUS PENGURUSAN SUMBER SEJARAH DAN BUDAYA

KOD KURSUS JIC1004

TAJUK KAJIAN INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1-2

2 LATAR BELAKANG INSTITUSI 2

3 VISI, MISI & OBJEKTIF 3-4

4 STRUKTUR ORGANISASI 4
5-6
5 STRUKTUR PENTADBIRAN

6 PROGRAM/AKTIVITI INSTITUSI 7-8

7 PERBINCANGAN 8-11
7.1 Cara yang digunakan bagi berhubung dengan pihak
insitusi.
7.2 Apakah cara yang digunakan oleh IKIM untuk
mengubah kebudayaan.
7.3 Kesedaran institusi bahawa mereka mengubah
kebudayaan

8 KESIMPULAN 11

9 RUJUKAN 12
1.PENGENALAN

Menurut kamus dewan kebudayaan memberi maksud satu cara kehidupan yang

pelbagai manakala budaya didefinisikan sebagai kemajuan berfikir, akal budi, cara berfikir,

kelakuan dan sebagainya. hal menjadikan bahawa, budaya merupakan satu cara hidup yang

diamalkan oleh kumpulan-kumpulan manusia yang pelbagai dengan cara yang berbeza yang

melibatkan aspek sosial, agama, politik, adat resam, sikap, norma dan sebagainya. setiap

kebudayaan yang dimiliki oleh setiap kumpulan itu mempunyai cara dan keistimewaan

mereka yang tersendiri. Menurut Ralph L. Beals dan Harry Hoijer merupakan ahli bahasa dan

antropologi berkata didalam bukunya yang berjudul “An Introduction to Antropology”

menyatakan kebudayaan disifatkan sebagai kelakuan yang biasa pada mulanya kemudian

dipraktikkan, diperolehi melalui pemerhatian dan pembelajaran oleh setiap kumpulan

masyarakat itu. Menurut Edward B.Taylor pula, didalam penulisan beliau iaitu “Primitive

Culture” beliau mengatakan kebudayaan merupakan keseluruhan sistem yang kompleks dan

didalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang

dan adat istiadat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa setiap kebudayaan itu bersifat

dinamik mengikut kumpulan-kumpulan manusia yang mewarisinya. Namun begitu, dalam

kebudyaan juga terdapat unsur menerima dan menolak mengikut penerimaan seseorang

individu itu.

Namun begitu, setiap kebudayaan juga boleh mengalami perubahan. Perubahan yang

berlaku mungkin berlaku secara suka rela ataupun terpaksa. Ianya boleh berubah secara

terbuka tanpa disedari oleh individu yang mengamalkannya. Seperti yang diketahui,

kebudayaan itu bersifat dinamik dan boleh mengalami perubahan yang pesat kerana setiap

individu dalam sesebuah kumpulan itu hendaklah membawa kebudayaan itu serta menilai

samada ingin terima atau menolak kebudayaan tersebut. Fenomena menerima dan menolak

1
budaya ini sememangnya budaya yang biasa dan tidak asing lagi berlaku pada masa kini

ianya disebabkan

2
perkara-perkara seperti unsur budaya yang tidak sesuai, amalan-amalan yang bercanggah

dengan agama dan lain-lain lagi.

Oleh itu, perubahan dalam kebudayaan bukan sahaja boleh berlaku kepada

masyarakat malah ianya boleh berubah ekoran daripada pembawakan oleh sesuatu kumpulan

atau institusi. Kita sebagai manusia hendaklah bijak dalam menerima atau menolak

kebudayaan itu tanpa mengubah segala keistimewaan serta keunikkan sesuatu budaya

tersebut.

2. LATAR BELAKANG INSTITUSI

Pada masa kini, sesebuah institusi juga merupakan antara penyumbang kepada

berlakunya perubahan dalam kebudayaan. Perubahan yang berlaku masa kini adalah

disebabkan perkembangan pelbagai aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Hal

ini menjadikan keutuhan sesuatu bangsa tidak kira Islam ataupun buka Islam akan teruji.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih sebuah badan separa kerajaan yang dikenali sebagai

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). IKIM pada mulanya ditubuhkan pada 18

Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk memantapkan pemahaman

berkenaan Islam melalui program, aktiviti seperti seminar, bengkel, forum, latihan dan

sebagainya. Institusi ini juga telah dirasmikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

selaku bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Pada harini ini, umat Islam di serata dunia telah mengalami pelbagai dugaan ekoran

daripada kepelbagaian budaya dan ideologi yang mampu meberi cabaran kepada

pembentukkan sesuatu kefahaman baru. Hal ini secara langsung akan menyumbang kepada

kegoyahan pemikiran seseorang individu. Oleh itu, IKIM merupakan sebuah institusi yang

menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk bagi memberi kefahaman Islam yang

3
sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam serta demi menjaga maruah dan ajaran Islam

yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara sensitif dan retorik dari tujuan sebenar.

3. VISI, MISI DAN OBJEKTIF INSTITUSI

Visi bagi institusi ini ialah “Untuk menjadi Institusi Utama Kefahaman Islam Bertaraf

Antarabangsa” seperti yang kita tahu, dunia kini sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan.

Dengan adanya kepelbagaian kemajuan maka wujud pelbagai ideologi yang mampu

menggoyahkan keimanan dan sebagainya. Oleh itu, visi IKIM ini sememangnya antara usaha

mereka untuk terus berkembang bagi menjadikan institusi ini terus maju dan sekaligus

mendapatkan perhatian secara global. Seterusnya, antara misi yang hendak digapai bagi

IKIM ialah:

 Menjalankan penyelidikan yang bermanfaat besar dalam disiplin ilmu terpilih dengan

menggunakan pelbagai kepakaran, sumber serta jaringan kerjasama bagi

menghasilkan produk ilmiah melalui gerak kerja sistematik.

 Memelihara, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada

masyarakat melalui penganjuran program, penyiaran dan penerbitan pelbagai hasil

ilmiah dengan memanfaatkan kepakaran, pengurusan sumber yang berkesan dan

rangkaian kerjasama strategik.

 Memberi khidmat nasihat dan perundingan yang bermutu dan berkesan kepada

pemegang taruh melalui penggemblengan kepakaran, sistem, rangkaian kerjasama dan

sumber secara optimum.

Misi-misi yang hendak dicapai oleh IKIM merupakan antara usaha mereka untuk

mencapai prestasi yang cemerlang dalam memartabatkan Islam. IKIM sentiasa terus

menghayati serta mengamalkan nilai seperti Ilmu, Hikmah, Adab, Amanah, Taqwa

4
dan Adil. Kesemua nilai ini menjadi penggerak dan panduan bagi institusi ini terus

berkembang bagi mencapai visi dan misi.

Selain itu, IKIM juga sentiasa menjaga kualiti dan standard mereka dengan

berpaksikan slogan “Memahami Islam membina Peradaban”. Slogan ini menggambarkan

matlamat mereka untuk menyebarkan kefahaman Islam yang tepat dan berkesan melalui

kaedah hadari yang sesuai. Selain itu, IKIM juga sentiasa mempertingkatkan usaha

kefahaman Islam yang berkesan melalui penggunaan sumber yang wajar serta berusaha ke

arah pencapaian mesej-mesej Islam yang menyeluruh dan syumul terhadap masyarakat.

Slogan ini sekaligus menjadi objektif yang sentiasa menjadi capaian yang hendak dicapai

oleh seluruh warga institusi tersebut.

4. STRUKTUR ORGANISASI

5
Rajah 4.1

5. STRUKTUR PENTADBIRAN

5.1 Struktur Lembaga Pengarah

6
Rajah 5.1.1

5.2 Struktur Pentadbiran Pusat Penyelidikan

7
Rajah 5.2.1

6. PROGRAM DAN AKTIVITI INSITUSI

8
IKIM sememangnya merupakan sebuah institusi yang aktif dan banyak menjalankan

aktiviti dan program yang bermanfaat. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyentuh

tentang budaya malah melibatkan isu-isu semasa yang hendak diselesaikan. Selain itu, IKIM

juga melaksanakan penyelidikan yang bermutu dengan pelbagai medium serta menganjurkan

persidangan, seminar, bengkel serta forum yang sememangnya berkualiti dan penuh manfaat.

IKIM juga menerbit serta mengedarkan penerbitan seperti di radio, media sosial, web dan

sebagainya secara berkala mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Terdapat juga

khidmat pelanggan didalam talian dan sentiasa meastikan bahawa pelanggan dilayan mesra,

baik dan secara profesional. Antara aktiviti serta program yang dianjurkan adalah seperti

berikut:

 Persidangan/ Program

 IKIM National Colloquium Series on Islamic Understanding: Maqasidic


Framework for Sustainable Development (13 Februari 2020)
 IKIM National Colloquium Series on Islamic Understanding: Failure of
Extreme Capitalism: Is Islamic Economics the Answer? (5 Februari 2020)
 IKIM National Colloquium Series on Islamic Understanding: ISLAM &
MORAL FREEDOM: Issues and Challenges (21 November 2019)
 22 November 2019: The International Day for Tolerance Celebration 2019
Youth Debate: “This House Resolves That Sustaining a Peaceful Malaysia is
Based on Tolerance” (15 November 2019)
 Artikel
 CELEBRATING RAMADAN AMID THE PANDEMIC (21 Mei 2020)
 Let Knowledge Keep Us Alive During Catastrophes (18 Mei 2020)
 Perdagangan Mata Wang Asing dalam Talian (8 Mei 2020)
 Hikmah PKP Dalam Konteks Alam Sekitar (4 Mei 2020)
 Iktibar COVID-19 untuk Ubah Pemikiran dan Gaya Hidup (22 April 2020)
 Buku Terbitan
 IKIM & Alam Sekitar
 ISLAM DAN NEUROSAINS ISU DAN CABARAN

9
 Challenging Issues for Science & Technology
 ISLAM AND NEW ERA OF ASEAN
 Kenapa Islam Menyanggah Pegangan Kaum Pluralis
 Siaran Radio

 Radion IKIM merupakan stesen radion No.1 di Malaysia dan mempunyai

anggaran kira-kira 1505,000 orang pendengar. Dengan kemajuan yang

berlaku, radio IKIM juga boleh di dengari melalui frekuansi biasa iaitu secara

dalam talian.

Diatas merupakan antara beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh IKIM, IKIM

merupakan sebuah institusi yang aktif dalam pelbagai jenis program-program ilmiah yang

sesuai disertai oleh semua lapisan masyarakat. Aktviti-aktiviti IKIM merupakan program

yang berkualiti dan bagus bagi mereka yang ingin mendekatkan diri lagi dengan ilmu.

7. PERBINCANGAN

Dalam bahagian perbincangan, pengkaji ingin membincangkan cara pengkaji

berhubung dengan pihak institusi dan cara mendapatkan maklumat bagi mendapatkan

jawapan tentang persoalan-persoalan seperti berikut:

7.1 Cara yang digunakan bagi berhubung dengan pihak insitusi.

 Antara cara yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat

tentang institusi adalah melalui aplikasi whatsapp. Pengkaji telah

mendapatkan maklumat daripada salah seorang kakitangan institusi yang

menyandang jawatan sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Pusat Kajian

Ekonomi dan Kemasyarakatan iaitu Puan Nur Syahidah Binti Abdul Jalil.

Beliau telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi mendapatkan

maklumat dijalankan.

10
7.2 Apakah cara yang digunakan oleh IKIM untuk mengubah kebudayaan.

Perubahan kebudayaan itu sememangnya berlaku dalam masyarakat masa kini.

Kebudayaan itu merangkumi perilaku, kelakuan, sikap, kepercayaam dan sebagainya.

ianya boleh berlaku dalam tempoh masa yang cepat mahupun lambat dan samada

disedari ataupun tidak disedari. Ianya juga berlaku mengikut kemahuan seseorang itu

atau pun tidak.

 IKIM sememangnya sebuah institusi yang terkenal dengan penyebaran ilmu

Islam. Namun bukan sahaja ilmu berkaitan Islam sahaja yang dibahaskan,

terdapat juga isu-isu semasa yang banyak diutarakan dan diselasaikan melalui

pelbagai cara dan platform. Antara cara yang digunakan IKIM untuk

mengubah sesuatu kebudayaan adalah dengan cara menganjurkan pelbagai

program yang bertaraf antarabangsa antaranya ialah mengadakan forum,

persidangan dan pelbagai lagi. Aktiviti-aktiviti ini telah dihadiri oleh ramai

orang-orang ternama dan mereka-mereka yang mahir dan minat akan sesuatu

perkara yang dibincangkan.

 Selain itu, kebudayaan juga mampu diubah melalui penyebaran maklumat

didalam peranti radio. Seperti yang kita tahu, IKIM juga terkenal dengan

memaparkan siaran radio. Pihak institusi menjadikan radio sebagai medium

yang sesuai untuk mengubah sesuatu kebudayaan. Radio akan menyiarkan

halwa telinga yang mampu mengubah sesuatu kebudayaan kepada masyarakat.

 Seterusnya, sesuatu kebudayaan juga boleh mengalami perubahan melalui

penemuan baru dalam sesebuah bidang ekoran daripada penyelidikan yang

dijalankan oleh IKIM sendiri. Seperti yang sedia maklum, IKIM mempunyai

pusat penyelidikannya yang tersendiri yang terdiri daripada Pusat Kajian

Ekonomi & Kemasyarakakatan (EMAS), Pusat Kajian Syariah, Undang-

11
Undang & Politik dan Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar. Pusat-pusat kajian

ini akan menjalankan kajian tentang apa-apa sahaja isu yang berkaitan dan

akan menyumbang kepada perubahan sesuatu kebudayaan.

 Selain itu, penggunaan bahasa. Melalui peranti radio dan tvIKIM kadangkala

terdapat penggunaan bahasa inggeris dan arab, hal ini akan menyumbang

kepada perubahan terhadap masyarakat tentang budaya penggunaan bahasa

selain Bahasa Melayu.

 Seterusnya, IKIM juga terkenal dengan siaran tvIKIM yang juga menyiarkan

program dan tontonan-tontonan yang menarik buat semua masyarakat. Melalui

penyiaran ini, penonton akan didedahkan dengan pelbagai perubahan dalam

budaya seperti budaya pemakaian yang ditonjolkan oleh pengacara. Seperti

yang diketahui, IKIM terkenal dengan pembawakan imej Islam. Oleh itu, lama

kelamaan unsur pemakaian yang menutup aurat akan meresap masuk kedalam

budaya masyarakat.

Jelas menunjukkan diatas merupakan antara contoh dan cara yang digunakan oleh

IKIM untuk mengubah sesuatu kebudayaan. Terdapat sesetengah cara yang digunakan

mengambil masa yang lama bagi membuktikan bahawa sesuatu budaya itu boleh berubah.

Kebanyakkan perubahan budaya yang dibawa merupakan budaya yang baik dan berguna bagi

masyarakat.

7.3 Kesedaran institusi bahawa mereka mengubah kebudayaan

Perubahan dalam kebudayaan juga telah dibawa oleh sesebuah institusi sepanjang

penubuhannya. Terdapat juga kebudayaan yang diubah secara paksa dan sukarela. Hal ini

kerana, terdapat sesetengah kebudayaan itu sesuai untuk berubah mengikut peredaran zaman.

12
Menurut Puan Syahidah, tidak semua perubahan kebudayaan yang berubah telah

disedari oleh pihak institusi. Terdapat juga sesetengah kebudayaan itu diamalkan oleh

masyarakat diikut secara sukarela oleh mereka tanpa paksaan dan terdapat juga kebudayaan

yang dipaksa untuk berubah demi kebaikkan dan kemaslahatan masyarakat.

Sebagai contoh, budaya yang diubah secara paksa ialah budaya negatif dalam kalangan

masyarakat seperti melepak. Budaya ini juga ada dibahaskan oleh IKIM dalam beberapa

program tentang keburukkan dan akibat yang akan ditanggung oleh keluarga, negara dan

individu di masa akan datang. Budaya-budaya seperti ini telah ditentang keras oleh IKIM dan

digesa agar ditinggalkan oleh golongan-golongan muda. Jelas ditunjukkan bahawa terdapat

juga perubahan sosial yang dibawa oleh IKIM.

Selain itu, terdapat juga contoh dalam membuktikan bahawa terdapat juga budaya yang

diubah secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Sebagai contoh, budaya pemakaian,

pertuturan bahasa selain bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini berlaku ekoran daripada

pembawakkan institusi kepada masyarakat. Lama kelamaan budaya-budaya ini diterima oleh

masyarakat dan diserap masuk tanpa disedar. Oleh itu, hal ini berlaku secara sukarela tanpa

paksaan dari pihak institusi.

Jelaslah, seebuah kebudayaan boleh berubah samada dipaksa oleh institusi atau berubah

secara sukarela oleh masyarakat. Hal ini memerlukan kebijaksanaan dari masyarkat dan pihak

institusi untuk menilai tentang sesuatu kebudayaan yang ingin diubah atau berubah.

8. Kesimpulan

Kesimpulannya, IKIM merupakan sebuah institusi yang penuh dengan kebudayaan

Islam yang unik. Budaya-budaya Islam telah diperkenalkan oleh pelbagai program dan

aktiviti yang telah dijalankan. IKIM juga telah banyak menyumbang kepada budaya-budaya

baharu yang baik buat semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan budaya. Oleh itu,

13
perjuangan institusi ini hendaklah disambut dan diteruskan agar pembawakkan ilmu dan

budaya yang baik dari instutusi dapat diteruskan sehingga membawa kebaikkan kepada

seluruh manusia di dunia.

Rujukan

Alam, & Bachtiar. (2014). Globalisasi dan perubahan budaya: perspektif teori kebudayaan.
Antropologi Indonesia.

Definisi kebudayaan (2014). Retrieved from


https://www.slideshare.net/nurulhawaniarifin/definisi-kebudayaan

Institut Kefahaman Islam Malaysia. (2020). Retrieved from http://www.ikim.gov.my/

Sifatu, & Wa Ode. (2014). Perubahan, Kebudayaan, dan Agama: Perspektif Antropologi
Kekuasaan. Jurnal Kajian Budaya, 10(20).

14

You might also like