You are on page 1of 8

PERANAN INSTITUSI MASJID TERHADAP PEMBANGUNAN UMAT ISLAM DARI ASPEK

PENDIDIKAN , PERPADUAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Nama Ahli Kumpulan :

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA

Abstrak

Masjid mampu membentuk jiwa-jiwa manusia dan menyatukannya di bawah satu aqidah yang jelas.Walaubagaimanapun, permasalahan khilafiyyah dalam ibadah harian

sering menjadi asbab kepada perpecahan dalam umat Islam. Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan peranan institusi masjid terhadap pembangunan umat islam dari

aspek pendidikan, perpaduan dan pembangunan ekonomi. Masjid bukan sahaja tempat beribadah tetapi tempat menuntut ilmu dan tempat pertemuan dikalangan

masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa masjid berperanan dalam menguruskan perbezaan pandangan fiqh yang berlaku dengan membahaskan isu-isu dalam agama bagi

memastikan tiada kecelaruan. Akhir sekali, kajian ini juga dilakukan bagi menganalisis objektif kajian, kualitatif menerusi instrument analisis dokumen dan sumber rujukan

internet.

1. PENDAHULUAN

Masjid (‫ )مسجد‬ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus buat umat islam dalam melakukan ibadah seperti solat

dan iktikaf. Masjid yang berukuran kecil disebut musholla ataupun surau. Masjid juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah islamiah serta

pusat aktiviti umat islam. Kegiatan-kegiatan seperti ceramah, aktiviti agama, dakwah dan pembelajaran Al-Quran sering dilaksanakan di masjid. Bahkan dalam sejarah

islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial yang berfaedah. Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat islam dan

menegakkan tamadun kehidupan ummah.

Selain itu, aktiviti pendidikan agama banyak dilakukan bagi menerapkan ilmu agama yang lebih mendalam kepada muslim seperti pembelajaran tentang ilmu tauhid, hadis,

tasawwur dan fardhu ain. Contohnya, ahli jawatankuasa masjid akan mengadakan kuliyyah dan menjemput ustaz yang berkaliber bagi menyampaikan perkongsian agama

yang padat. Pihak pengurusan masjid banyak menjalankan aktiviti bagi memastikan masjid menjadi pusat masyarakat. Masjid juga menjadi peranan dalam menyumbang

ekonomi kepada pembangunan umat islam. Setiap masjid pasti mempunyai balai siding, iaitu tempat mesyuarat dan aktiviti masyarakat. Balai sidang juga kebiasaanya

digunakan oleh para guru setempat untuk dijadikan tempat pembelajaran ilmu agama.

1
Seterusnya, aktiviti gotong royong juga biasanya diadakan bagi merapatkan ukhwah sesama umat islam. Aktiviti gotong-royong seperti membersihkan persekitaran

masjid,mencuci tandas dan tempat wuduk serta menyusun al-quran dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat. Pada musim perayaan islam, majlis korban seperti raya

aidil adha akan dilakukan dikawasan masjid bagi muslim yang berkemampuan,ini bertujuan untuk mengumpualkan semua sanak saudara sama ada yang kaya atau fakir

miskin dalam satu majlis. Dengan ini kita dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

Jelaslah bahawa masjid berperanan sebagai pangkalan pembangunan umat islam yang berpaksikan kepada akidah yang benar dalam membina ke arah memiliki nilai-nilai

hidup yang mulia. Justeru sistem pengajian masjid dilihat penting dalam usaha mendidik jiwa manusia menjadi insan cemerlang dan bertaqwa.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian menyenaraikan tujuan kajian dilaksanakan .

Umumnya, objektif kajian adalah menjurus kepada cadangan penyelidikan secara terperinci mengenai institusi masjid terhadap pembangunan umat islam . Justeru ,

penulisan kertas kerja adalah bertujuan untuk :

a) Menjelaskan peranan institusi masjid terhadap pembangunan umat islam dari aspek pendidikan , perpaduan dan pembangunan ekonomi.

b) Mengkaji pandangan masyarakat terhadap pengurusan aktiviti dakwah di masjid.

c) Mengenal pasti masalah yang berlaku ketika program dakwah dijalankan di masjid.

3. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan dokumen yang digunakan dari sumber rujukan elektronik yang diambil melalui laman-laman sesawang berautoriti seperti

Chrome, Google Scholar, repositori perpustakaan digital dan lain-lain.

Manakala pencarian sumber rujukan berasaskan kepada laman web seperti laman web JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri, blog Mufti dan para ilmuan Islam, majalah, e-

akhbar dan lain-lain juga dipilih sebagai sumber rujukan sekunder.

4. LITERASI KAJIAN

Masjid ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud.Masjid merupakan tempat melakukan ibadat yang khusus seperti solat dan iktikaf bagi orang

Islam.Sebagaimana tertulis di dalam al-Quran,firman Allah swt yang bermaksud;

“Bertasbihlah kepada Allah swt di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk

dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang,

orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli

atau sebarang aktiviti dan mengingat Allah,dan (dari) mendirikan solat,membayar

zakat,mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi

2
goncang”

(an-Nur :36-37)

Bangunan ini juga berfungsi sebagai pusat muamalat,kebudayaan, perkembangan dakwah Islamiah dan sebagai tempat umat Islam melakukan aktiviti.Masjid tidak

mempunyai reka bentuk yang tetap kerana ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Sirah Rasulullah Saw telah memberikan pengajaran kepada umat Islam mengenai pembentukan masyarkat yang cemerlang. Daripada kajian yang disimpulkan oleh para

ulama ,mereka menyimpulkan bahawa terdapat tujuh langkah strategik yang dilakukan oleh Rasulullah saw dalam membangunkan masyarakat Madani di

Madinah.1.Mengikat persaudaraan Islam,2.Mengikat perjanjian dengan masyarakat bukan Islam,3.Membangun sistem politik,4.Meletakkan sistem dasar

ekonomi,5.Membangun keteladanan pada elit masyarakat,6.Menjadikan ajaran Islam sebagai sistem nilai dalam masyarakat dan 7.Mendirikan masjid.

Memakmurkan masjid merupakan usaha yang harus diketengahkan.Masyarakat yang mempunyai komuniti yang berakhlak mulia,beramal soleh,rukun tetangga yang

harmoni dengan nilai-nilai keislaman yang diamalkan dalam komuniti tersebut,maka masjid ialah teras utama kepada nadi kedamaian hasil daripada memakmurkan

masjid.Firman Allah swt yang bermaksud :

“hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan

sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah,(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut )maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan

yang mendapat petunjuk”

(at-Taubah 18)

1.Pusat Ibadah

Sememangnya semua masjid pada dasarnya berperanan seabagai tempat atau pusat untuk melakukan ibadah seperti solat dan mengaji al-Quran.Sebagai contoh,masjid

Assyafaah sentiasa memastikan bilangan Jemaah yang ke masjid mestilah meningkat setiap hari agar rumah suci Allah swt sentiasa dikunjungi hamba-Nya .Anggaran

statistik bulanan Masjid Assyafaah menyatakan Jemaah yang bersolat termasuk pelajar masalah adalah lebih kurang 25-30 ribu Jemaah setiap bulan (Mohamed Ali,2007:1).

2.Pusat Kegiatan Masyarakat dan Agama

Masjid Assyafaah turut berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat setempat di kawasan estet iaitu estet perumahan Woodlands,Sembawang dan Yishun.Selain itu,pelbagai

telah dijalankan untuk menyemarakkan lagi masjid.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah merangkumi dua bahagian iaitu aktiviti agama seperti kuliah agama

harian,pengurusan jenazah,syarahan agama bulanan,Maulidur Rasul,belajar solat dan mengaji al-Quran.majlis akad nikah,marhaban serta majlis korban dan

akikah.Manakala bagi aktiviti sosial pula ialah festival Hari Keluarga tahunan dan menerima pelawat dari pelbagai institusi dan lawatan ke rumah penduduk di sekitar.

3.Pusat Pembelajaran Islam

Masjid Assyafaah bertindak sebagai pusat pengajaran ilmu-ilmu Islam dan dakwah bagi seluruh masyarakat Melayu-Islam di sekitar Sembawang.Masjid ini telah dijadikan

sebagai institusi yang berperanan sebagai pusat pembelajaran ke atas anak-anak masyarakat Melayu-Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Antara aktiviti yang

diadakan termasuklah seperti bimbingan iqra dan fardu ain.Terdapat seramai 1200 lebih pelajar yang belajar dari peringkat pra-madrasah sehingga ke peringkat bimbingan

remaja dua.

3
Tambahan pula,bagi memberikan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap Islam kepada masyarakat Melayu-Islam di sekitarnya,Pusat Pendidikan Masjid Asyafaah

mempunyai pentadbiran madrasah tersendiri.Tujuan utama bagi penubuhan madrasah masjid ini ialah untuk menerapkan budaya ilmu dalam pelbagai bidang dalam diri

pelajar ke tahap kecemerlangan dengan kegiatan yang bernas di samping menyediakan persekitaran yang baik.

Sehubungan dengan itu,madrasah masjid ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendidikan Islam yang dijalankan disana yang mana Masjid Assyafaah mula

menggunakan program aL.I.V.E semenjak diperkenalkan pada umum oleh pihak MUIS pada Julai 2004.Pusat pendidikan masjid turut mengadakan aktiviti yang

meningkatkan kecergasan fizikal dan menjana pemikiran masyarakat muslim sekitar Sembawang ini.

4.Tempat Masyarakat Melakukan Aktiviti Bermoral dan Sosial

Masjid Assyafaah telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat Melayu-Islam Sembawang dan sekitarnya setelah diiktirafkan sebagai masjid yang bergerak

aktif dan kreatif.Masjid ini berjaya menarik dan mendekatkan masyarakat kepada masjid dalam melakukan pelbagai aktiviti yang bermoral dan pembangunan sosial

masyarakat.Apabila aktiviti dijalankan seperti yang telah dirancang,hal ini menyebabkan para jemaah berkumpul tidak kira apa jua usia untuk melakukan pelbagai aktiviti

bersama-sama di samping mengimarahkan lagi masjid.Selain daripada mewujudkan sifat kerjasama,masjid juga dapat menimbulkan kasih sayang masyarakat terhadap

Islam kerana sifat ini dapat mewujudkan rasa kefahaman dan penghayatan yang betul.Dalam erti kata lain,masyarakat akan sentiasa ke masjid bukan sekadar untuk

mengerjakan ibadah tetapi untuk bersama-sama saudara yang lain melakukan aktiviti yang menjana pemikiran dan kecerdasan serta tubuh badan mereka serta meningkatkan

lagi ukhwah sesama umat Islam.

5.Pusat Pengajian Hadis

Masjid Assyafaah lebih dikenali sebagai Darul Hadis (Pusat pengajian hadis) kerana masjid ini lebih menitikberatkan pendidikan hadis dalam sukatan

pembelajarannya.Penubuhan Darul Hadis di masjid ini bertujuan untuk mengajarkan lebih banyak hadis yang tidak diketahui oleh masyarakat umum.Oleh itu,satu intensif

perlu dilakukan supaya pengajian ini dapat berkembang pesat walaupun di ajarkan di masjid.Pengajaran terhadap subjek ini lebih kepada pendekatan pengajian hadis dalam

kelas dengan diajarkan oleh guru agama mereka.Objektif Darul Hadis adalah untuk meningkatkan kefahaman,meningkatkan pembelajaran dan kefahaman terhadap

hadis,penghargaan dan kasih sayang seluruh umat Islam terhadap nabi kesayangan iaitu Nabi Muhammad saw.

6.Penerbitan Buku Hadis

Darul hadis bukan sekadar mengajarkan subjek hadis melalui pengajaran dalam kelas tetapi mengambil inisiatif baru dengan menerbitkan buku Hadis yang berkaitan dengan

hadis Rasulullah saw.Tidak cukup hanya dengan pengajaran hadis yang diberikan secara ringkas dalam kelas, para pelajar juga perlu mencari ilmu tambahan lain agar ilmu

hadis yang diperoleh dapat dikembangkan.Idea penulis buku yang kagum dengan sejarah para ulama hadis yang terulung seperti Imam al-Bukhari,Imam Muslim,Imam al-

Nawi,Imam Ibn Abd al-Barr dan imam hadis yang lain telah menghasilkan buku kecil yang memuatkan 40 buah hadis Rasulullah saw.Hal ini kerana penulis buku ini

mendapati bahawa para ulama hadis tersebut telah menghasilkan banyak penulisan dalam bidang hadis seperti Kitab Hadis 40.

Seterusnya,penulis tersebut melihat sudah ada usaha yang dilakukan dalam mengumpulkan hadis berkaitan dengan kelebihan ilmu,amal kebajikan,modal insan dan banyak

lagi.Dengan perkembangan yang rancak ini dalam penyebaran ilmu hadis,penulis buku ini turut serta memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi penyebaran hadis

Rasulullah saw.

Buku ini pada awalnya dikhaskan untuk golongan muda Melayu-Islam Singapura tetapi tidak berarti golongan lain sebagai contoh golongan dewasa tidak boleh

membacanya.Antara kaedah yang digunakan dalam menghasilkan penulisan ini ialah dengan cara menampilkan dan selanjutnya maksudnya dijelaskan secara ringkas agar

4
mudah difahami.Selain itu,hadis yang dipilih berkait rapat dengan kehidupan remaja dan perkara yang digalakkan untuk mereka lakukan dalam kehidupan seharian.sebagai

contoh,hadis yang menggalakkan kita menghormati ibu bapa.

5. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Peranan institusi masjid terhadap pembangunan umat Islam

Masjid berperanan sebagai pusat pembangunan Islam yang sangat penting dalam mengakkan kehidupan seseorang umat Islam itu. Masjid merupakan tempat khusus bagi

umat Islam dimana umat Islam boleh melakukan aktiviti seperti menyebarkan dakwah Islamiah, mahupun aktiviti - aktiviti yang dapat merapatkan hubungan sesama umat

Islam seperti melakukan korban dan berbuka puasa bersama - sama. Dapat dilihat disini bahawa peranan masjid amatlah penting, dalam memperkukuhkan ketakwaan umat

Islam serta menjauhkan mereka daripada kemaksiatan. Secara tidak langsung, dapat meperkuatkan ikatan antara umat Islam dalam memperbaiki hidup dari terpengaruh atau

lalai dengan hal dunia.

Ketika zaman baginda Rasulullah S.A.W, masjid dijadikan sebagai pusat ibadat, pendidikan, sosial, dakwah, pemerintahan dan pentadbiran untuk berkumpul,

berbincang, serta merancang strategi dalam memajukan ekonomi perdagangan, perundangan serta penyebaran ilmu. Hal ini telah menjadi salah satu faktor kemajuan umat

dan gerakkan Islam. Selain itu, masjid merupakan tempat permulaannya umat Islam generasi awal untuk memimpin, memelihara dan mewarisi ajaran-ajaran agama agar

ilmu pengatahuan Islam tersebar secara luas dengan lebih mendalam dan terperinci. Walaubagaimanapun, perananan utama masjid bagi umat Islam adalah untuk

mengukuhkan hubungan mereka dengan Allah SWT dalam mengerjakan perintahnya dengan menunaikan ibadah solat.

Dapat dilihat dalam surah Al-jinn ayat 18, bahawa Allah SWT ada berfirman,

‫َّو َا َّن ا ْل َم ٰس ِج َد ِل ّٰل ِه َف اَل َت ْد ُع ْو ا َم َع ا ل ّٰل ِه َا َح ًد ۖا‬

Yang membawa maksud, sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama

Allah.

Terlihat jelaslah dalam ayat tersebut bahawa masjid merupakan tempat beribadah umat Islam untuk mereka berdoa dan memohon pertolongngan -Nya dalam

memperkukuhkan agama Islam dalam diri seorang muslim. Pada era globalisasi ini, genarasi kini semakin kurang gemar untuk datang ke masjid dalam menunaikan fardhu

ain secara berjemaah bagi sama-sama mengimarah dan menghidupkan susana masjid. Sikap generasi kini yang tidak mahu mencampurkan diri mereka dengan kelompok-

kelompok keagamaan telah menjadi salah satu faktor mereka terpengaruh dengan jaran sesat dan terpesong daripada mengikuti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

5
Dalam surah At – Taubah ayat ke 18, Allah ada berfirman bahawa;

‫ٰۤل‬
‫ِا َّن َم ا َي ْع ُم ُر َم ٰس ِج َد ا ل ّٰل ِه َم ْن ٰا َم َن ِب ا ل ّٰل ِه َو ا ْل َي ْو ِم ا ٰاْل ِخ ِر َو َا َق ا َم ا ل َّص ٰل و َة َو ٰا َت ى ا ل َّز ٰك و َة َو َل ْم َي ْخ َش ِا اَّل ا ل ّٰل َه ۗ َف َع ٰٓس ى ُا و ِٕى َك َا ْن َّي ُك ْو ُن ْو ا ِم َن ا ْل ُم ْه َت ِد ْي َن‬

Yang bermaksud,

‘sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikkan

zakat dan tidak takut melainkan Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk’

Dengan ini, pelbagai insiatif yang dilakukan oleh masyarakat setempat dan kerajaan dalam memupuk minat generasi muda untuk sama-sama meningkatkan kesedaran

dan kefahaman tentang agama Islam. Antara aktiviti atau program yang dilakukan untuk mengajak dan memupuk minat mereka untuk mengimarahkan masjid adalah dengan

mengadakan ceramah secara terbuka tentang topik-topik menarik bersama penceramah-penceramah berkelulusan dan berkelayakkan agar ceramah yang ingin diberi

memberi impak yang berkesan serta tarikan kepada minat generasi muda. Program ceramah yang berkesan mampu meningkatkan ilmu pengatahuan, kesedaran serta

memperbaiki kehidupan sosial kalangan muda tentang agama Islam. Hal ini juga dapat membetulkan tanggapan salah mereka tentang agama Islam dan mengeratkan

hubungan mereka dengan masjid. Dengan ini, dapatlah memberi kecemerlangan dan keagungan umat terhadap agama Islam. Seterusnya, aktiviti seperti ini juga dapat

membetulkan akidah dan amalan mereka mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW.

Seterusnya, keterlibatan masyarakat dalam aktivit dakwah yang diadakan di masjid juga semakin merosot. Isu ini bukan sahaja perlu dititip beratkan pada generasi muda,

malah pada masyarakat sekitar juga. Dengan ini, aktvit-aktiviti menarik yang boleh dilakukan bagi menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan

masjid agar masjid menjadi sebuah institusi pembangunan umat Islam adalah dengan memastikan masjid melakukan aktiviti seperti membaca tahlil dan yaasin setiap malam

jumaat bagi memastikan masjid sentiasa dipenuhi ramai. Selain itu, masjid juga boleh diguna sebagai pusat keilmuan dan keagamaan. Majlis keilmuan yang diadakan di

masjid boleh membawa kepada kecemerlangan masyarakat Islam. Pelbagai aktiviti seperti, kelas mengaji, kelas-kelas keagamaan mahupun kelas berilmiah yang bersesuaian

dengan agama Islam boleh dilakukan. Ketika aktiviti tersebut dijalankan, boleh turut disertakan perbincangan, memberi pendapat berkaitan ilmu dan isu-isu semasa. Secara

tidak lansung, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan dan perbincangan tentang bagaimana ingin membuat penambahbaikkan terhadap program-program yang

diadakan agar bersifat rialistik dan bersesuaian dengan masyarakat Islam.

Ini merupakan antara usaha – usaha masyarakat dan kerajaan dalam mengintergasikan ilmu dan memperkasakan lagi peranan masjid. Konsep – konsep keilmuan yang

menerapakan pelabagai aspek yang merangkumi aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi. Dengan cara ini, kita dapat bersama-sama mengajak umat Islam untuk

meperbanyakkan lagi amalan baik dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Akhir sekali, fungsi masjid bukan sahaja dihadkan kepada urusa ibadat semata-mata,

sebaliknya ia mempunyai skop yang lebih luas. Sebagai contoh, dengan adanya jemaah masjid yang menderma bagi tabung kecemasan ini sedikit sebanyak dapat membantu

golongan yang memerlukan. Secara umumnya, Islam amat menggalakkan sebarang usaha, saling bantu-membantu dalam meringankan beban sesama umat. Jelaslah seperti

yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ma’idah:

6
‫َو َتَع اَو ُنوا َع َلى اْلِبِّر َو الَّتْقَو ى‬

yang bermaksud,

Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.

Maka dengan itu, pihak pengurusan masjid memainkan peranan yang amat penting dalam hal ini bagi membantu masyarakat dengan memastikan ia digunakan untuk

kemaslahatan dan kebajikan umat Islam setempat khususnya.

Konklusinya, institusi masjid merupakan institusi yang amat penting dalam membangunkan masyarakat yang berakhlak dan cemerlang. Bukan sahaja masjid berperanan

sebagai tempat umat islam beribadat malah menjadi agen dalam menyatu padukan serta membantu menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat setempat dari segi ekonomi

dan sosial. Impaknya, masjid memberi pelbagai faedah dan manfaat kepada umat Islam dalam aspek pembentukan kerohanian, keilmuan, ekonomi dan juga banyak lagi.

Oleh itu, kita perlulah memastikan peranan masjid sentiasa diperkukuhkan dan diperluaskan seperti zaman-zaman kegemilangan Islam agar ia menjadi nadi penggerak yang

dapat meningkatkan kesejahteraan, perpaduan dan taraf kehidupan umat Islam.

6. RUMUSAN

Kesimpulannya, masjid boleh dikatakan satu institusi yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada umat islam. Antara aktiviti-

aktiviti masjid ialah tempat beribadah, tempat penyebaran ilmu terutama pada zaman rasullah dan sebagainya. Peranan masjid ialah sebagai pusat pembangunan islam, pusat

tamadun islam, pusat percambahan pernilaian, pusat santapan rohani, pusat penjagaan ayat-ayat suci, pusat penyelesaian masalah dan pusat kebajikan islam.

Cabaran utama bagi institusi masjid ialah datang dari umat islam itu sendiri. Masjid pada masa kini hanya digunakan untuk beberapa aktiviti sahaja. Contohnya solat jumaat,

solat hari raya aidilfitri dan aidiladha sahaja berbeza dengan zaman rasullah. Pembinaan sebuah masjid adalah asas penting dalam membangunkan masyarakat Islam

khususnya di zaman yang kian mencabar. Hubungan antara masyarakat Islam dan masjid tidak dapat dipisahkan kerana masjid adalah tunggak dan nadi pusat kegiatan umat

Islam. Begitu juga dengan institusi masjid yang memerlukan masyarakat Islam untuk mengimarahkannnya.

Justeru cadangan-cadangan ke arah pemerkasaan masjid dilihat penting agar masyarakat dapat mengembangkan ajaran Islam dan membangunkan masyarakat kontemporari

di Malaysia. Akhir sekali, peranan masjid perlu diperkasakan seiring dengan modenisasi yang berlaku agar institusi masjid tidak hanya ditelan zaman dandilihat benar-benar

berfungsi dalam membangunkan masyarakat yang sejahtera.

7
7. RUJUKAN

[1] http://masjid.kuis.edu.my/profil/peranan/sebagai-pusat-ibadah
[2] https://www.scribd.com/doc/259911574/Peranan-Masjid-Pada-Zaman-Rasulullah-s
[3] https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/02/386380/usaha-pikat-golongan-muda-
imarahkan-masjid
[4] https://majoriti.com.my/mukmin/2022/08/11/kurang-ke-masjid-faktor-mudah-terpengaruh-
ajaran-sesat-seperti-hadi-minallah

[5] https://m.brilio.net/wow/15-contoh-teks-ceramah-untuk-muslim-singkat-dan-mudah-
dimengerti-211208u.html

You might also like