You are on page 1of 10

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus-kursus yang dilaksanakan oleh pusat ini berdasarkan kepada modul-modul kursus yang berikut:

Modul I: Pengurusan Masjid

 • Kursus Pengurusan Jenazah


 • Kursus Pengurusan Pentadbiran Masjid
 • Kursus Pengurusan Kewangan Masjid
 • Kursus Profesionalisme Imam
 • Kursus Penyampaian Khutbah

Modul II: Pengurusan Hal Ehwal Pejabat

 • Kursus Fail dan Rekod


 • Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti
 • Kursus Pengurusan Surat Rasmi Dan Memo Berkualit

Modul III: Pengurusan Organisasi Islam

 • Kursus Kepimpinan Islam


 • Pengurusan Ibadah Pesakit
 • Kursus Pengacara Majlis Rasmi Dalam Bahasa Arab

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN MASJID


Submitted by projakim on Disember 8, 2006 - 1:32pm

Tarikh:
Jun 25, 2007
TARIKH: 5 - 8 Februari 2007<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-
com:office:office" />
JANGKA MASA KURSUS: 4 hari
OBJEKTIF
* Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah dan tatacara pengurusan kewangan
secara sistematik
* Memberi kemahiran kepada peserta tentang tentang kaedah dan atatcara pengurusan
kewangan
* Mempunyai sikap positif dan integriti yang tinggi dalam pengurusan kewangan masjid
KANDUNGAN
* Prinsip dan amalan pengurusan harta masjid
* Pengurusan harta dan kewangan masjid
* Penyediaan laporan kewangan masjid
* Penyediaan belanjawan tahunan
* Akauntabiliti terhadap harta dan kewangan masjid
* Menjana sumber kewangan masjid
* LDK
KUMPULAN SASAR
* AJK masjid negeri dan daerah
* Pegawai masjid negeri dan daerah
* Imam masjid negeri dan daerah
GRED JAWATAN: S41, S32, S27, S22, S17 dan S11
PENYELARAS: Yaakob bin Abdul Rahim
Tel: 03-89218411
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kemahiran Interpersonal Dan Komunikasi Berkesan, Kemahiran
Kaunseling, Pengurusan Organisasi Efektif, Pengurusan Perubahan dan Pengurusan Pentadbiran
Pejabat.

PENGURUSAN

 Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.


 Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.
 Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengatur mesyuarat/perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengawal selia kunci Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. .
 Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan/mesyuarat/aktiviti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengurus dan menyelaras tempahan/sewaan kemudahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan,Kebersihan,Keselamatan,Serangga dan M&E di
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin .
 Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah dan alas meja.
 Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin.
 Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.
 Mengurus Pembelian Inventori Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengurus Tugas Perolehan Keperluan Pejabat.
 Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Perintah Am
Bab C.
 Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus/latihan/bengkel.
 Menyelaras permohonan pegawai dan kakitangan untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan/jabatan.
 Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin.

KEWANGAN

 Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di dalam Buku Vot Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Elaun Perjalanan pegawai dan kakitangan Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Menyediakan baucer Tuntutan Elaun Perjalanan dan Tuntutan Elaun Lebih Masa pegawai dan
kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengurus terimaan/hasil kerajaan.
 Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Menyelaras laporan kewangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. untuk dihantar ke JAKIM.
 Memohon peruntukan tambahan.
 Memohon pindah peruntukan.
 Mengawal dan memantau Peruntukan Mengurus.
 Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berkaitan perbelanjaan
yang dikeluarkan.
 Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 Menyelaras dan melaksanakan e-Perolehan.
 Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

MODEL PENGURUSAN MASJID CEMERLANG


Filed under: Berita Baru — Leave a comment

July 21, 2009

1 Votes

MODEL PENGURUSAN MASJID CEMERLANG


Oleh :
Tuan Haji Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan
1. MUQADIMAH
Masjid adalah sebuah institusi masyarakat yang sangat penting dalam Islam. Ia merupakan pusat
untuk kepimpinan Islam merancang, melaksana dan menggembeleng kesemua tenaga umat Islam
setempat supaya berpatisipasi dan berprestasi untuk memajukan umat Islam dalam kesemua
aspek kehidupan termasuk aspek pembinaan rohani, akhlak dan pembangunan kehidupan
masyarakat.
Untuk institusi masjid mampu berperanan secara cemerlang, institusi ini perlu dipimpin, diurus
dan ditadbir dengan baik semoga di mana ia berada, kesemua penduduk dapat digembeleng agar
tiada seorang pun terkecuali dalam usaha kita membangun kekuatan ummah.
Kertas ringkas ini pada permulaannya akan membicarakan tentang konsep masjid dan
peranannya dalam membangun ummah. Bahagian kedua akan membincangkan tentang
bagaimana pengurusan dan pentadbiran masjid sepatutnya beroperasi agar peranan institusi
masjid akan tercapai.
2. KONSEP MASJID DAN PERANANNYA
Usaha membina masjid adalah tindakan awalan dan utama yang diambil oleh Nabi (s.a.w.) dalam
membangun tamadun masyarakat pertama Islam di Madinah. Di tempat untanya berhenti dalam
perjalanan hijrah yang jauh dari Makkah ke Madinah iaitu di perkarangan rumah Sahl dan Suh’ayl,
tanah mereka dibeli dan masjid pertama dibina.
Bagi Islam masjid adalah rumah Allah tempat umat Islam beribadat, khususnya bersolat jemaah
harian dan bersolat Juma’at pada setiap minggu. Di samping itu masjid hendaklah turut diguna
untuk umat Islam bertemu dalam menganjurkan segala urusan kehidupan bermasyarakat dalam
sesebuah tempat.
Pemahaman Islam terhadap konsep ibadah adalah luas. Ia termasuk segala urusan kehidupan
bermasyarakat. Islam menganjur kepada kesepaduan di antara segala urusan kehidupan dengan
ajaran agama. MengIslamkan segala urusan duniawi adalah tuntutan kepada umat Islam.
Allah berfirman dengan maksud, “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.
(Az-Zalzalah: 7-8)
Justeru, adalah tepat jika umat Islam pada masa kini menghidupkan peranan masjid agar relevan
dengan segala urusan kemasyarakatan kerana bagi Islam kesemuanya menjadi ibadah jika ia
dirancang dan dilaksana mengikut tuntutan agama. Sebagai contoh, cadangan berikut boleh
disyorkan semoga masjid dijadikan tempat kesedaran dan peningkatan kekuatan ekonomi
ummah.
Antara cadangan tersebut adalah berikut:
i. Memberi kesedaran tentang kepentingan umat Islam berusaha meningkat kekuatan ekonomi
melalui pendekatan Islam dalam program ilmiah di masjid.
ii. Menganjur kursus-kursus perniagaan yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid.
Dengan usaha ini ramai ahli peniaga dapat didekatkan kepada masjid.
iii. Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara. Oleh itu bangunan masjid
perlu juga dibangun di pusat kegiatan ekonomi. Ini sekali gus meyakinkan bahawa Islam tidak
menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan melaksana hidup harian yang mesti disandarkan
kepada Islam.
Allah berfirman dengan maksud, “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung”.
(Al-Jumaah: 10)
iv. Menyedia kemudahan perkhidmatan perbankan, insuran danperkhidmatan penting
berhampiran dan jika mampu dalam perkarangan masjid. Usaha ini akan mendekatkan institusi
kewangan ekonomi kepada masjid.
v. Menyedia dan menjual keperluan asas masyarakat setempat di perkarangan masjid. Usaha ini
mampu menarik ahli masyarakat mendekati masjid. Untuk memboleh institusi masjid berperanan
seperti yang di atas kemantapan pengurusan dan pentadbiran masjid perlu dipertingkat dan
dikemaskini.
3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID DENGAN BERKESAN
Pengurusan dan pentadbiran adalah satu proses yang dirancang dengan mengatur segala
kegiatan bagi mencapai matlamat tertentu sesebuah organisasi. Dalam konteks perbincangan
kertas ini ia menjurus kepada bagaimana kepimpinan dan warga petugas sesebuah masjid
menyedia kemudahan dan mengatur aktiviti masjid semoga peranan institusi masjid seperti yang
dibincang dalam Bahagian 2 dapat direalisasi. Oleh kerana institusi masjid merupakan tempat
yang mencetus aktiviti kehidupan masyarakat setempat, usaha untuk mendapat seberapa
kerjasama dan sokongan ahli masyarakat sangatlah penting. Mereka secara sukarela perlu
digembeleng untuk turut sama menyumbang kepada kejayaan aktiviti masjid. Kepimpinan masjid
perlu memiliki wawasan yang jelas tentang peranan masjid dan sekali gus juga mampu
memahami tuntutan keperluan masyarakat setempat. Dengan memiliki wawasan yang relevan
dengan keadaan setempat
dan semasa, kepimpinan masjid perlu merancang dan melaksana aktiviti untuk tujuan jangka
masa pendek dan jangka masa panjang. Pada jangka panjang kesemua aktiviti masjid tersebut
hendaklah berjaya menjana kepada penglibatan umat Islam setempat untuk membangun
kekuatan masyarakat Islam dalam kesemua aspek termasuk rohani, ekonomi, budaya, pendidikan
dan sebagainya.
Proses pengurusan tersebut justeru itu perlu melibatkan beberapa unsur seperti berikut:
iii. Menggaris matlamat jangka pendek dan panjang masjid dengan jelas.
iv. Menentu bidang usaha dan jenis kegiatan masjid.
v. Menyusun struktur pengurusan masjid untuk mencapai
matlamatnya. Dengan memiliki kepimpinan yang beramanah, jujur, berwawasan dan
berkemampuan serta sokongan yang jitu oleh kesemua ahli jawatankuasa terbabit, perancangan
yang dilaksana untuk mencapai objektif masjid terbabit akan berjaya.
Semangat syura perlu dibudayakan dalam membuat keputusan untuk kepentingan aktiviti masjid.
Dengan amalan tersebut ia akan memantapkan kerjasama yang intim oleh kesemua ahli
jawatankuasa masjid dan sekali gus menarik minat lebih ramai untuk memberi sumbangan. Di
samping itu, jawatankuasa yang hendak dibentuk perlu mengarah kepada pencapaian matlamat
masjid. Bukan jumlah jawatankuasa yang menentu kepada kejayaan aktiviti masjid tetapi yang
lebih penting ialah peranan setiap jawatan yang mampu menjurus kepada pelaksanaan aktiviti
masjid secara berkesan dan berkualiti.
Aspek yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik termasuk:
vi. Bangunan dan kemudahan fasiliti kepada pengguna masjid seperti ruang solat, bilik
perpustakaan, ruang seminar, bilik air, kawasan persekitaran masjid dan sebagainya.
vii. Tabung masjid. Segala bentuk sumbangan wang dan harta untuk masjid perlu diurus dengan
telus dengan sistem pelaporan yang professional.
viii.Aktiviti program masjid. Kesemua program masjid perlu dihalusi semoga ia menyumbang
kepada peningkatan penghayatan Islam dalam masyarakat.
4. PENUTUP
Jelas daripada perbincangan di atas masjid adalah sebuah institusi yang sangat penting dalam
membangun kekuatan ummah. Oleh kerana masjid dibina di merata kawasan, melalui institusi
tersebut kesemua ahli masyarakat Islam perlu digembeleng untuk menjaya agenda masyarakat
setempat demi untuk memaju masyarakat Islam keseluruhannya.
Untuk menjayakan peranan masjid, kualiti kepimpinan dan pengurusan
masjid perlu sentiasa berfungsi dengan berkesan.

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated


in/home/masjvmy1/public_html/v1/plugins/content/rssfeed.php on line 59

Pentadbiran
FUNGSI - FUNGSI CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bertanggungjawab dalam menyediakan segala perkhidmatan kepada masyarakat


dengan mesra, cekap dan berkesan disamping memantau serta menjaga keperluan semasa Masjid Wilayah
Persekutuan.

Aktiviti-aktiviti Unit Pentadbiran :

> Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.

> Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.

> Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran dan
Unit Pengimarahan Masjid Wilayah.

> Mengatur mesyuarat / perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Wilayah.

> Mengawal selia kunci bilik-bilik di Masjid Wilayah.

> Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan / mesyuarat / aktiviti Masjid Wilayah.

> Mengurus dan menyelaras tempahan / sewaan dewan-dewan serta bilk dan asrama, kemudahan di Masjid
Wilayah.

> Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan Masjid Wilayah.

> Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah,
telekung, alas meja dan langsir serta cadar (Asrama dan bilik inapan).

> Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Wilayah.

> Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.


> Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah berdasarkan Perintah Am Bab C.

> Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus / latihan / bengkel.

> Menyelaras permohonan pegawai dan kakitangan untuk menduduki peperiksaan


perkhidmatan / jabatan.

> Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah.

Kewangan

> Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di Masjid Wilayah.

> Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Elaun Perjalanan pegawai dan kakitangan Masjid
Wilayah.

> Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Wilayah.

> Menyelaras laporan kewangan Masjid Wilayah untuk dihantar ke JAKIM.

> Memohon peruntukan tambahan.

> Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Wilayah.

> Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di Masjid Wilayah berkaitan perbelanjaan yang dikeluarkan.

> Membantu menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Wilayah.

> Mengurus terimaan / hasil kerajaan.

Teknologi Maklumat

> Membangunkan Laman Web Rasmi Masjid Wilayah serta menaiktaraf


perisian-perisian terkini untuk kakitangan di Masjid Wilayah

> Membaikpulih dan menyelenggara peralatan ICT dan Multimedia

> Menganjurkan kursus-kursus ICT untuk kakitangan JAWI dan orang awam.

> Membantu menyediakan peralatan-peralatan ICT di Masjid Wilayah.

> Membantu membuat penghebahan berita serta aktiviti Masjid Wialyah


kepada umum melalui Laman Web.

Kejuruteraan Sivil

> Melaksanakan kerja-kerja selenggara dan menaik taraf bangunan di Masjid Wilayah.
> Menyediakan kemudahan fasiliti dan keselesaan kepada Jemaah atau
pengguna di Masjid Wilayah.

Antara tajuk yang diketengahkan adalah Ceramah 1 : Konsep Imam Menurut Perspektif Islam. Oleh : Us.Mohd Sodri
bin Abdullah(ILTIM).Ceramah 2 : Etika Seorang Imam.Oleh : Us.Abd Razak (Pondok Moden Bachok). Ceramah 3
: Hukum Hakam Mengenai Solat Jamaah. Oleh : Us.Mohd Rosman (Imam 1, MAIK). Ceramah 4 dan Ceramah 5 :
Tahsin Qiraat . oleh: Us.Ismail Bin Saman (PAD Besut).

Dalam kursus ini, para peserta telah diberikan penerangan serta tunjuk ajar bagaimana
mengurus kewangan dan tatacara merekodkan aliran masuk dan perbelanjaan menerusi tiga
sesi pembentangan.

Pembentangan pertama
bertajuk Kewangan Sistematik disampaikan oleh Pn Muna Mohamad, Juru Audit Wajlis Agama
Islam WP ( MAIWP ). Ini diikuti dengan Pengendalian Simpan Kira-Kira, Buku Tunai & Penyata
Kewangan yang disampaikan oleh En Badrul Shah bin Badri, juga Juru Audit MAIWP.

Manakala selepas rehat


tengahari, Cik Nadiah Soonan dari Hijrah Wealth Management menyampaikan ceramah dengan
tajuk Pengurusan Perbelanjaan Surau.

Kursus Pengurusan Masjid

JANGKAMASA : 4 hari, 3 malam


KURSUS

OBJEKTIF : Meningkatkan pengetahuan tentang fungsi dan peranan masjid


KURSUS  Meningkatkan permuafakatan pelbagai pihak ke arah menjadikan masjid
sebagai pusat pembangunan masyarakat
 Meningkatkan kesedaran mengimarahkan masjid merupakan satu aspek
utama dalam pembentukan masyarakat cemerlang
 Membantu menyediakan satu kaedah merangka agenda masjid ke arah
menjadikannya institusi komuniti yang berkesan
 Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam aspek pengurusan
masjid

KANDUNGAN : Konsep pengimarahan masjid di zaman Rasulullah s.a.w.


KURSUS  Peranan dan tanggungjawab pegawai/jawatankuasa masjid/surau
sebagai agen perubahan
 Pengendalian mesyuarat secara berkesan
 Perancangan program masjid
 Pengurusan akaun masjid yang sistematik

KUMPULAN : Ahli Jawatankuasa Masjid


SASAR  Pegawai masjid

METODOLOGI : Ceramah
 Percambahan minda
 Latihan dalam kumpulan
 Latihan amali
 Lawatan
 Dialog

Kursus Pentadbiran Masjid


Submitted by projakim on Disember 20, 2006 - 10:15am

Tarikh:
Jan 23, 2007
TARIKH: 23 – 26 Januari 2007<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-
com:office:office" />
JANGKA MASA KURSUS: 4 hari
OBJEKTIF
* Boleh memahami prinsip kepimpinan dalam mengendalikan urusan kariah masjid
* Mahir berkomunikasi dan berintraksi dengan ahli kariah khususnya dalam urusan
pentadbiran masjid
* Mempunyai sikap positif apabila berhadapan dengan permasalahan di kariah
KANDUNGAN
* Pengenalan kepada prinsip pentadbiran dan kepimpinan
* Memahami kaedah komunikasi berkesan
* Memahami prinsip hubungan interpersonal
* Memahami asas kaunseling keluarga
* Membentuk program dan aktiviti luaran masjid
* Memahami kaedah penceriaan persekitaran masjid
* LDK
KUMPULAN SASAR
* AJK masjid negeri dan daerah
* Pegawai masjid negeri dan daerah
GRED JAWATAN: S32, S27, S22, S17 dan S11
PENYELARAS: Yaakob bin Abdul Rahim
Tel: 03-89218411

You might also like