You are on page 1of 12

PROFIL MASJID DARUSSALAM

PENDAHULUAN
Masjid Darussalam telah dibina di atas tapak seluas 1,295 meter persegi
yarig terietak di Kampung Pasir Baharu Puchong. Masjid ini berkeluasan
557 meter persegi dan terletak di antara Kampung Pasir Baharu dan
Perumahan Perbadadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS di Batu 13
1/2 Puchong.
Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 1,500 orang dalam satusatu masa. lanya dibina sebagai pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu
dan pusat pembangunan komuniti kepada masyarakat sekitar Kg Pasir
Baharu dan Perumahan PKNS, Puchong.
Masjid ini sering mendapat jolokan sebagai Masjid Kecil Molek
berkelengkapan penghawa dingin dalam kalangan jemaah yang
singgah.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Pada awal tahun 1970an, sejajar dengan perkembagan sosio budaya
dan politik negara pada ketika itu, penempatan Kg Pasir Baharu telah
mula dibuka sebagai penempatan/ kampung tersusun yang menjamin
penduduknya tinggal aman dan bebas daripada ancaman keselamatan
anasir subversif pada ketika itu. Kebanyakan daripada penduduk asal
kampung ini adalah terdiri daripada para pekerja lombong yang bekerja
di sekitar kawasan Puchong.

Kampung Pasir Baharu terus berkembang dengan adanya projek


perumahan PKNS yang dibina di kawasan ini. Justeru itu, pertambahan
penduduk beragama yang beragama Islam telah berkembang pesat dan
keperluan tempat ibadat / surau menjadi keperluan sangat mendesak.
Hasil pemuafakatan penduduk kampung yang diketuai oleh En Sarhadat
bin Baharuddin mereka telah bersepakat untuk membina sebuah surau
bagi memudahkan penduduk setempat menunaikan solat lima waktu
dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Beliau dan beberapa orang
penduduk kampung telah berurusan dengan Pejabat Tanah Daerah
Petaling
beberapa kali untuk memohon sebidang tanah bagi
pembinaan surau tersebut.
Berbicara tentang sejarah penubuhan surau ini nama En Sarhadat tidak
dapat dipisahkan. Beliau merupakan penggerak utama dan penyumber
idea yang sangat penting penubuhan surau ini. Beliau adalah juga
merupakan Pengetua pertama di SMK Puchong iaitu dari Tahun 19751979.
Berkat usaha bersungguh-sungguh pelbagai pihak permohonan
pembinaan Surau Kampung Pasir Baharu telah diluluskan oleh Pejabat
Tanah Petaling pada awal tahun 1970an. Setelah kelulusan diperoleh,
pembinaan surau kayu telah dimulakan pada pertengahan tahun
1970an. Pembinaan surau tersebut dilaksanakan secara gotong royong
dan kos pembinaannya hasil sumbangan penduduk setempat.
Hasil titik peluh masyarakat setempat, surau tersebut berjaya
dibangunkan dan diberi nama SURAU KAMPUNG PASIR BAHARU
PUCHONG. Kapasiti surau tersebut boleh menampung jemaah seramai
70 orang dalam satu-satu masa.
Sejajar dengan peredaran masa, surau yang asalnya kayu dan bertiang
telah diubahsuai menjadi bangunan separuh batu. Surau separuh batu
ini telah mengukir jasa menjadi pusat pembersatu masyarakat setempat
dan menjana perkembangan ilmu komuniti sekitar 70an sehingga tahun
90an.
Sejajar dengan perkembangan pesat Puchong sebagai sebagai laman
kepada Pusat Bandar Bestari Putrajaya, pada tahun 1997 Pegawai dan
ahli jawatankuasa surau yang Pengerusinya Tn Hj Zakaria bin Mat Akil
membuat keputusan untuk membina bangunan surau yang sepenuhnya
batu dan lebih moden serta luas untuk menampung pertambahan
jemaah. Walaupun cadangan tersebut mendapat halangan segelintir

penduduk yang bimbangkan pembangunan surau baru terbengkalai dan


boleh menjejaskan aktiviti solat berjemaah.
Berkat komitmen kental jawatankuasa utama, cadangan pembangunan
surau baru diteruskan dengan berasaskan perancangan tersusun
mengikut progres pembangunan (carta gantt) yang tersusun. Dana
RM80.000.00 yang disumbangkan oleh seorang individu yang
meninggalkan wasiat mewakafkan tabungannya di bank
menjadi
pemangkin utama memulakan pembangunan.
Rekabentuk surau diilhamkan oleh Tn Hj Abdul Rahman bin Hj Ahmad,
mantan Imam satu surau manakala firma arkitek yang mengilustrasikan
reka bentuknya dalam plan adalah OMARSHAMAKITEK. Dana
pembangunan surau ini diperolehi daripada sumbangan derma
penduduk setempat dan orang ramai. Pembinaan surau baru dengan
rasminya telah dimulakan pada tahun 1998.
Fasa pertama pembangunan adalah membina ruang utama solat
berjemaah, diikuti dengan fasa ke dua pembinaan ruang serambi dan
seterusnya fasa ketiga pembinan ruang solat dan pusat kemudahan
tambahan dua aras.
Setelah surau fasa satu disempurnakan, Tn Hj Ikhsan bin Kayat, iaitu
salah seorang AJK surau pada ketika itu telah mencadangkan agar
nama surau ditukar kepada Surau Darus Salam. Pada masa ini surau
tersebut boleh menampung keperluan sehingga 300 orang jemaah.
Individu yang banyak mengukir jasa memantau pembinaan dan
pembangunan surau adalah Tn Haji Abdul Rahman @ Marjumin bin
Ahmad, imam Surau Darus Salam. Sekalung penghargaan wajar
diberikan kepada beliau sebagai mengenang jasa yang sangat besar
sehingga terbinanya bangunan surau yang tersergam indah.
Pada tahun 2002, Surau Darus Salam telah diberi kelulusan untuk
mengadakan Solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Mulai
tarikh tersebut Surau Darus Salam dikenali sebagai surau berjumaat.
Apabila surau ini dinaiktarafkan sebagai surau berjumaat, kedudukan
kewangan menjadi lebih stabil hasil kutipan tabung jumaat. Pelbagai
aktiviti keagamaan dapat dijalankan dan proses pembangunan surau
yang lebih lengkap dapat diusahakan.
Sebagai surau berjumaat, dalam kalangan orang Puchong Surau Darus
Salam menjadi ikon sebagai peneraju tempat berjumaat yang
berkelengkapan penghawa dingin sepenuhnya. Justeru itu, surau ini

terus menjadi perhatian para jemaah bersolat jumaat di Surau Darus


Salam.
Dalam tempoh 2002 - 2008, proses pembinaan untuk melebar dan
meluaskan surau dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pengerusi
surau pada masa tersebut adalah Tn Hj Ikhsan bin Kayat dan
setiausahanya En. Mohd Musleh Yunos menjadi penggerak utama
proses naik taraf surau menjadi masjid. Dalam tempoh tersebut pihak
surau telah berulangkali memanjangkan permohonan kelulusan kepada
pihak MAIS dan JAIS untuk menaik taraf surau kepada masjid.
Pada 24 November 2009, Mesyuarat Jawatankuasa Kariah Majlis
Agama Islam Selangor telah bersetuju meluluskan permohonan naik
taraf surau kepada masjid berkuatkuasa 1 Disember 2009. Kelulusan
tersebut menjadi titik tolak yang sangat penting kepada seluruh ahli
kariah dan para jemaah untuk membolehkan mereka membuat iktikaf
dan melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid.
Individu yang perlu dinukilkan dalam menunjangi proses kelulusan naik
taraf masjid adalah Ketua Kampung Batu 14 Puchong iaitu Tn Haji Mohd
Sharif Bin Mohd Iskandar. Sebagai penasihat beliau banyak memberi
bimbingan dan bertungkus lumus meyakinkan pihak pengurusan MAIS
dan JAIS untuk melayakkan Masjid Darussalam mendapat taraf
tersebut.
Setelah masjid ini melalui proses pembangunan tiga fasa,
kini
bangunan Masjid Darussalam mempunyai kelengkapan insfrastruktur
yang memenuhi KPI Jabatan Agama Islam Selangor. Masjid ini yang
mempunyai 2 aras memiliki kemudahan berikut;

Dewan Solat Utama


Ruang serambi
Ruang pelbagai guna aras dua
Bilik Seminar
Bilik mesyuarat
Bilik Imam dan tetamu
Bilik Azan
Dapur
Stor
Ruang Permandian dan Pengurusan jenazah
Tandas lelaki dan perempuan
Ruang Mandi

Van Jenazah
Projektor LCD dan layar pemancar

Masjid Darussalam terus memacu pembangunan dan menyemarakkan


pelbagai aktiviti hasil komitmen dan kerjasama kental Pegawai dan
Jawatankuasa Masjid di bawah kepimpinan En Mohd Musleh Bin Yunos
yang merupakan Nazir Masjid ini semenjak 2010 sehingga kini.
Kini
Masjid
Darussalam
melangkah
setapak
lagi
dengan
membangunkan Kompleks Serbaguna Masjid Darussalam. Projek yang
diunjurkan menelan belanja RM300,000 kini telah mencapai progres
pembangunan sebanyak 80%. Kompleks baru ini akan menyediakan
kemudahan berikut;

Dewan Serbaguna
Dapur Moden
3 unit homestay / ruang inapan pelbagai guna
Bilik PPN, kaunseling dan mualaf centre
Pondok mengaji / balai ilmu
Koperasi / Pusat makanan halal
Anjung tinjau
Stor
Tandas

Masjid Darussalam mendokong moto Pusat Pembangunan Ummah dan


menjadi pembersatu menyemarakkan semangat Muafakat Membawa
Berkat. Usaha terbaru menggerakkan remaja dan generasi muda,
Masjid Darussalam menubuhkan secara rasmi Angkatan Remaja
Masjid Darussalam pada 1 Julai 2016.

Lampiran
1. Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Darussalam
2. Pelan Lokasi
3. Pelan Persempadanan ahli Kariah

2016 - 2018

PEGAWAI DAN JAWATANKUASA MASJID DARUSSALAM


NAZIR
EN MOHD MUSLEH BIN YUNOS
Pengerusi Biro Pembangunan
TIMBALAN NAZIR
DR LATIP BIN MUHAMMAD
Pengerusi Biro Pendidikan & Dakwah
SETIAUSAHA
MAZLAN BIN MOHAMMAD
Setiausaha Biro Pembangunan
PENOLONG SETIAUSAHA
EN MOHD KHAIRI BIN HAMZAH
Setiausaha Biro Tugas-Tugas Khas
BENDAHARI
MOHAMMAD NAJIB BIN HJ NORAWI
Pengerusi Biro Hal Ehwal Pengurusan Jenazah
IMAM 1
TN HAJI HURAIMI BIN HAMZAH
Penolong Pendaftar Nikah
IMAM 2
EN MOHD AZRUL FITRI BIN ABU BAKAR

Setiausaha Biro Pendidikan Dan Dakwah


BILAL 1
EN AMIRUL SULBAH BIN MOHD MUSLEH
BILAL 2
EN KHAIRUL AZHARI BIN SULEIMAN
Setiausaha Biro Keraian & Jamuan
SIAK 1
EN AZIZ BIN MAT LODIN
Setiausaha Biro keceriaan & Kebersihan
SIAK 2
EN ABDULLAH BIN ATAN
Setiausaha Biro Teknikal
AHLI JAWATANKUASA
EN ROSABADI BIN ABD RAHMAN
Setiausaha Biro Hal Ehwal Pengurusan Jenazah
EN MOHAMAD GHAZI BIN JOHAR
Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas
EN MOHD FAUZI BIN IBRAHIM
Setiausaha Biro Kebajikan & Keselamatan
EN ABD AZIZ BIN OTHMAN
Pengerusi Biro Biro Kebajikan & Keselamatan
EN RAMLY BIN ABU BAKAR
Pengerusi Biro Teknikal
PN NORFAIZAH BT MOHD SALIM
Pengerusi Biro Keraian & Jamuan
AHLI JAWATANKUASA WAKIL PEMUDA
EN MOHD YUSOF BIN KASSIM
Pengerusi Biro Hal Ehwal Belia
AHLI JAWATANKUASA WAKIL WANITA
PN ZAINI BT ALIAS
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
EN BAHARUDDIN BIN ABDUL KUDUS
Pengerusi Biro Keceriaan & Kebersihan
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
PN NURIZZAH KHANANI BT MOHD MUSLEH
Setiausaha Biro Hal Ehwal Wanita

PELAN LOKASI

Koordinat: N3 0 21.4848

E101 37 9.966

Bangunan Surau Kampung Pasir Baharu Separuh Batu (Jun 1983)

Ba

Bangunan Masjid Darussalam terkini

Aktiviti & Program Masjid Darussalam

Program Dapur Masjid

Program Gotong Royong Kg Pasir Baharu / Perumahan PKNS

Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 2016

Angkatan Belia Masjid Darussalam

Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 2016


Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 2016
Kejohanan Badminton Masjid Darussalam

Rewang Kenduri Masjid

You might also like