You are on page 1of 15

KERTAS KERJA PERMOHONAN

BANTUAN DANA PEMBANGUNAN


SURAU AN-NUR,LURAH
BILUT,BENTONG,PAHANG

1
OBJEKTIF
 Mengumpul dana untuk menyiapkan Projek Pembesaran Surau An

Nur yang dianggarkan menelan belanja RM 61,500 yang bermula

awal tahun 2018

 Untuk kegunaan mana-mana pihak yang sudi membawa perkara

ini kepada pihak pihak yang dapat memberi bantuan kewangan

kepada pihak surau.

PENGENALAN

Surau An-Nur telah dibina pada tahun 1996. Surau An-Nur ini terletak di
No 415 A,Kg Baru, 28800 LurahBilut, Bentong,Pahang. Ianya di bina di
atas tanah yang berkeluasan ¼ ekar yang di wakafkan oleh penduduk.

Surau An-Nur mempunyai keluasan tempat solat 400 kaki persegi yang
boleh memuatkan 30 orang jemaah pada satu-satu masa. Pengurusan
dikendalikan oleh Ahli Jawatan Kuasa yang dilantik melalui mesyuarat
agong. Pimpinan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari dan lapan orang Ahli Jawatankuasa. Surau An-Nur dilengkapi
ruang solat lelaki ,ruang solat wanita, tempat wuduk, bilik mandi untuk
muslimin serta muslimat, tandas dan stor simpanan barang-barang
untuk sebarang majlis surau.

2
Sejarah Surau An-Nur

Surau ini bermula sejak lebih 30 tahun lalu di No 415 A, Kg Baru,Lurah


Bilut,Bentong,Pahang.Sebuah bangunan kecil dengan sumbangan dan kemampuan
yang terhad telah di dirikan di sini semata-mata untuk mengembangkan syiar Islam,

Surau An-Nur telah di daftarkan secara rasmi di bawahJabatan Agama Islam Daerah
Bentong pada 15 November 2013 dengan no pendaftaran S-BTG 046. Pelbagai
aktiviti dilakukan semenjak surau ini dibina,namun semenjak Surau An-Nur
didaftarkan secara rasmi ,lebih banyak aktiviti dan kegiatan agama dijalankan dan
ianya telah menjadikan Surau An-Nur pusat kegiatan ibadat dan dakwah masyarakat
Islam khususnya masyarakat Islam keturunan Malabari. Cita-cita murni dan
kejayaan surau ini turut di dokong oleh masyarakat Malabari di sekitar Felda Lurah
Bilut dan juga masyarakat Malabari di sekitar Daerah Bentong. Semoga Allah S.W.T
merestui segala amal jariah mereka. AMIN.

Arus pembangunan yang pesat telah menjadikan kawasan ini turut pesat
membangun. Pertambahan bilangan rumah dan penduduk menyebabkan surau
yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang terutamanya bagi
menunaikan solat dan semasa aktiviti keagamaan dijalankan.

Kemudahan yang sedia ada seperti bilik wudhu mempunyai ruang yang sangat kecil
dan tidak dapat diguna melebihi 3 orang pada satu masa. Bilik mandi dan tandas
pula telah uzur dan tidak selesa lagi untuk digunakan. Selain itu, stor simpanan
barang juga tidak mampu lagi menampung barang-barang milik surau kerana ruang
yang sangat terhad.

3
PENTADBIRAN

ALAMAT : Surau An-Nur


No 415 A, Kg Baru,
28800 LurahBilut,
Bentong, Pahang

Bank : Bank Simpanan Nasional


A/C 0670029870644154

AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Hj. Ali Bin Kunyu Mohammad

Pengerusi : En. Md Daud Bin Md Ali

TimbalanPengerusi : En. Abdul Aziz Bin Ali

Setiausaha : En. Hanifah Bin Hj. Veerankutty

Bendahari : En. Mustafa Bin Ummer

Ahli Jawatankuasa : En. Hamdan Bin Daud

: En. Hamzah Bin Koya


: En. Maidin Bin Kunju Mohammad
: En. Hosman Bin Md Ali
: En. Ibrahim Bin Moideen
: En. Yusof Bin Abdullah
: En. Abdul Kadir Bin Hj. Veerankutty
: En. Abu Bakar Bin Ibrahim

4
PROGRAM SEPANJANG TAHUN YANG
DIADAKAN

 MAULUD SEPANJANG BULAN RABIUL AWAL

 HAUL SHEIKH ABDUL KADIR JILANI

 ISRAQ MIKRAJ

 NISFU SYAABAN

 MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERAWIH SEPANJANG BULAN


RAMADAN

 SOLAT AIDIL ADHA DAN IBADAH KORBAN

 SOLAT AIDIL FITRI

 BACAAN YASSIN, ZIKIR DAN SELAWAT SETIAP MALAM


JUMAAT

 KELAS FARDU AIN DAN MENGAJI AL QURAN

 HARI TERBUKA

 LAWATAN SILATURAHIM

5
Anggaran Kos Perbelanjaan Pembangunan

Perkara Anggaran Kos Jumlah Kos

Kos mengubahsuai RM 32,000.00 RM 32,000.00


struktur asal surau

Kos membina bilik RM 8000.00 RM 8,000.00


air/ bilik mandi baru

Kos mengubahsuai RM 6,500.00 RM 6,500.00


bilik wudhu

Kos mengubahsuai RM 5,000.00 RM 5,000.00


longkang saliran

Kos mengubahsuai RM 10,000.00 RM 10, 000.00


stor

Jumlah RM 61,500.00

6
Permandangan Terbaru Surau
An-Nur

7
PEMBAIKPULIHAN RUANG SOLAT

8
MEMBAIK PULIH LONGKANG PECAH DI SEKITAR SURAU

PEMBAIKPULIHAN TEMPAT MENGAMBIL WUDUK

9
PEMBAIKPULIHAN TANDAS DAN BILIK MANDI

PEMBAIKPULIHAN STOR SIMPANAN BARANG

10
PEMBAIKPULIHAN DI SEKITAR KAWASAN SURAU

11
12
13
14
PROGRAM IBADAH KORBAN YANG DIJALANKAN SETIAP TAHUN

Kesimpulan

Berdasarkan maklumat-maklumat yang dibentangkan, projek pembangunan

pembesaran dan membaik pulih ini memerlukan sumber bantuan yang berskala

besar. Memandangkan tujuannya ialah untuk pembesaran ruang solat dan pelbagai

kemudahan lain maka usaha-usaha untuk mencari dana amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh dibuat ke:

Nama : SURAU AN NUR


No. Akaun: 0670029870644154 (Bank Simpanan Nasional)

Untuk pertanyaan sila hubungi (telefon/sms/whatsapp)

Pengerusi – Md Daud Bin Mat Ali ( 013 – 6332186)

Timbalan Pengerusi – Abdul Aziz Bin Ali ( 012 – 9209128)

Bendahari – Mustaffa Bin Umer ( 017 – 9830882)

15

You might also like