You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMBARA BELIA :


KEBAJIKAN DAN KHIDMAT
MASYARAKAT 2019

ANJURAN:

1. NGO – PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL IJOK KUALA


SELANGOR

DENGAN KERJASAMA :

2. PEJABAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KUALA SELANGOR

3. PEJABAT DUN IJOK

4. AHLI MAJLIS MDKS

5. PERTUBUHAN SOSIAL OKS

1
KERTAS KERJA
PROGRAM KEMBARA BELIA : KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT
2019

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan bantuan


kewangan dan sumber keperluan bagi menjayakan program ini. Ini akan dapat
memupuk semangat baru, sifat kepimpinan dan berkerjasama serta menjalinkan
hubungan mesra dan saling hormat menghormati dalam kalangan belia dan
masyarakat di samping menyediakan khidmat masyarakat kepada masyarakat
sekeliling.

2.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk menguji penglibatan belia semangat SAYANGI


MALAYSIAKU antara warga belia dengan masyarakat kurang berkemampuan
secara amnya. Program sebegini akan menonjolkan potensi seseorang belia
dalam mempamerkan kredibiliti dan usaha mereka bagi menganjurkan program
kebajikan seperti ini. Justeru itu, program ini dijangka dapat mengeratkan
silaturahim antara para belia serta masyarakat disamping memupuk semangat para
belia untuk berbakti kepada masyarakat.

Bersesuaian dengan konsep “KEMBARA KEBAJIKAN DAN KHIDMAT


MASYARAKAT”, program ini diharap dapat dijadikan suatu anjakan paradigma
buat belia untuk meneruskan perjuangan dan memperlihatkan kesungguhan dalam
usaha untuk membantu masyarakat luar bandar.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan minda belia kreatif dan inovatif seiring dengan kemajuan masyarakat di
samping memupuk semangat SAYANGI MALAYSIAKU.

4.0 TEMA

‘KEMBARA KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT’

5.0 OBJEKTIF

2
1) Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada belia mengenai suasana
dan budaya masyarakat setempat menerusi program berbentuk
kemasyarakatan.

2) Memberi peluang kepada para belia untuk berdamping dengan masyarakat


kampung yang dipilih.

3) Menjalin silaturahim yang akrab diantara masyarakat setempat dengan belia

4) Memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan semangat


Sayangi MalaysiaKu di kalangan lapisan masyarakat setempat dan belia.

5.0 SASARAN PESERTA PROGRAM

1. Pejabat Dearah dan Tanah Kuala Selangor


2. Majlis Daerah Kuala Selangor
3. Jabatan Bomba dan Penyelamat
4. IPD Kuala Selangor
5. Pejabat Belia dan Sukan Negeri Selangor
6. Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor
7. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor
8. Pejabat Rela Daerah Kuala Selangor
9. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
10. Ahli-Ahli Majlis
11. Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung

1.0 TARIKH ,MASA DAN TEMPAT

1.1 Tarikh : 27hb – 28hb April 2019 (Sabtu dan Ahad).

1.2 Tempoh : 5.30 pagi - 6.00 petang

1.3 Tempat Bermula : Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok

1.4 Destinasi : Pejabat Belia dan Sukan Negeri Melaka

1.5 Penyertaan : Anggaran 100 orang.

7.0 PENGISIAN PROGRAM

3
i. Program Gotong Royong
Kami cadang untuk mengadakan gotong royong di rumah atau balai raya
yang terpilih di sekitar Negeri Melaka.

ii. Kunjungan Kesihatan


Kami cadang untuk mengadakan kunjungan kesihatan ke klinik atau hospital
yang terpilih untuk menghulurkan sumbangan atau bantuan.

iii. Sembang Santai Ilmiah


Sembang Santai Ilmiah akan berfokus pada perbincangan ilmiah berfokus
kepada pendekatan belia di Malaysia.

STRUKTUR ORGANISASI

PENGARAH PROGRAM
ENCIK MOHD HELMI BIN MOKHTAR
NGO

TIMBALAN PENGARAH
ENCIK SAIFUL NAZRINN BIN RAHMAT
NGO

SETIAUSAHA
ENCIK MOHD AZHAR BIN ZAINOL
NGO

PENOLONG SETIAUSAHA
PUAN JUNAINI BINTI MOHD ROMELI
NGO

BENDAHARI
ENCIK ZAKIUDDIN BIN MOHAMMAD SALLEH
NGO

KETUA PENYELARAS AKTIVITI


ENCIK SAIFUL NAZRINN BIN RAHMAT
NGO

UNIT PENDAFTARAN & SEKRETARIAT


PUAN NOOR ASIKIN BINTI ISMAIL
NGO

UNIT HADIAH & CENDERAHATI


PUAN ZAINAH

4
NGO

UNIT MAKANAN DAN KERBERSIHAN


ENCIK AZMAN BIN MUSTAFFA
NGO

UNIT PENGINAPAN & PENGANGKUTAN


ENCIK ZAKIUDDIN BIN SALLEH
NGO

UNIT KESELAMATAN & TUGAS-TUGAS KHAS


ENCIK MAZNI BIN MUKSIN
NGO

UNIT PROTOKOL , PERASMIAN & JEMPUTAN


ENCIK MOKTAR DAHARI BIN DAWE
NGO

UNIT PENAJAAN & PERHUBUNGAN LUAR


ENCIK ABD AZIZ BIN BISROO
NGO

UNIT TEKNIKAL & PERALATAN


ENCIK NAHIZAN
NGO

5
ATURCARA KEMBARA

TARIKH : 27hb April 2019 (Sabtu)

MASA PERKARA

5.30 pagi Berkumpul di Masjid Nurul Iman dan Pendaftaran peserta

6.00 pagi Taklimat Pergerakan oleh Pengarah program

6.15 pagi Solat Subuh Berjemaah

6.30 pagi Kata Aluan Pengacara Majlis

Bacaan Doa

6.40 pagi Ucapan Pengarah Program

6.50 pagi Perasmian dan pelepasan peserta kovoi ke Melaka


TETAMU JEMPUTAN VVIP

Penyampaian Cenderahati

10.00 pagi Minum Pagi di RnR Dengkil

1.30 petang Solat Zohor Berjemaah

2.30 petang Check In di Tempat Penginapan

4.00 petang Beriadah sambil mengelilingi kampung

7.00 petang Persiapan Diri

7.30 malam Solat Maghrib Berjemaah

8.00 malam Jamuan Makan Malam dan BBQ

8.30 malam Sembang Santai Ilmiah

11.30 malam Rehat

6
TARIKH : 28hb April 2019 (Ahad)

MASA PERKARA

5.30 pagi Persiapan Diri

6.15 pagi Solat Subuh Berjemaah

7.00 pagi Sarapan Pagi

7.45 pagi Berkumpul serta taklimat daripada Pengarah Program

Khidmat Masyarakat

11.00 pagi Majlis Penutup serta majlis penyampaian hadiah


-sesi bergambar

12.00 pagi Jamuan Tengahari

1.00 petang Persiapan Diri dan Check Out

1.30 petang Solat Zohor Berjemaah

2.30 petang Bergerak Ke Ijok

4.00 petang Minum petang di RnR Dengkil

5.30 petang Selamat Tiba dan Bersurai

7
ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Pendapatan
Bil Perkara Amaun
. (RM)
1. Sumbangan daripada Penaja 15,000.00

JUMLAH 15,000.00

Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara Amaun
(RM)
1 27 April 2019 – Makanan dan Minuman
Sarapan – 100 org x RM3.00 = RM300.00 4,300.00
Minum pagi - 100 org x RM5.00 = RM500.00
Jamuan Tengahari – 100 org x RM10.00 = RM1,000.00
Minum Petang – 100 org x RM3.00 = RM300.00
Jamuan Malam & BBQ – 100 org x RM20.00 = RM2,000.00

28 April 2019 – Makanan dan Minuman


Sarapan – 100 org x RM3.00 = RM300.00
Minum pagi - 100 org x RM5.00 = RM500.00
Jamuan Tengahari – 100 org x RM10.00 = RM1,000.00
Minum Petang – 100 org x RM3.00 = RM300.00

2. Cabutan Bertuah 1,000.00

3. Minyak Petrol

70 buah motosikal – RM50 x 70 – RM3,500 4,250.00

5 buah Kereta – RM150 x 5 (termasuk tol) – RM750

4. Sumbangan Gotong Royong 1,000.00

5. T-Shirt Urusetia dan Peserta 1,500.00


100 x RM15

6. Banner dan publisiti - 2 x RM150.00 300.00

7. Dokumentasi, Sijil dan Cenderamata 1,000.00

8. Perbelanjaan luar jangka 1,650.00

JUMLAH 15,000.00

8
PENUTUP

Oleh itu pihak kami berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan
yang sewajarnya daripada pihak YB Datuk Seri. Selain itu, kami juga berharap agar
pihak YB Datuk Seri dapat meluluskan peruntukan bantuan kewangan yang
dipohon agar pihak kami dapat menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Kami
dengan sebesar-besar harapan, berharap agar program yang kami rancang dapat
berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih juga kepada pihak YB Datuk Seri
kerana dapat meluangkan masa untuk menilai kertas kerja kami.

Disediakan oleh,

t.t
………………………………..
(MOHD AZHAR BIN ZAINOL)
Setiausaha Program

Disahkan oleh,

t.t..
…………………………………
(MOHD HELMI BIN MOKHTAR)
Pengarah Program

You might also like