You are on page 1of 16

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

MEI / 2019

MPU 3412

KHIDMAT MASYARAKAT

NO. MATRIKULASI : 830921055421001

NO. KAD PENGNEALAN : 830921 – 05 - 5421

NO. TELEFON : 012 - 2267178

E-MEL : krishmugi@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Seremban


ISI KANDUNGAN

AKTIVITI 1 - PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT ........... 3

1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 3

2.0 LATAR BELAKANG TEMPAT AKTIVITI ................................................................... 4

3.0 NAMA PROGRAM ......................................................................................................... 4

4.0 TEMA.............................................................................................................................. 4

5.0 TARIKH DAN MASA ..................................................................................................... 4

6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA ............................................................................. 5

6.2 JAWATANKUASA KERJA ............................................................................................ 5

7.0 OBJEKTIF “MARILAH BERGOTONG ROYONG” ..................................................... 6

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSAANAN AKTIVITI .................................................... 6

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN .................................................................................... 7

10.0 PENGHARAGAAN ......................................................................................................... 7

AKTIVITI 2 - PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT ........... 8

AKTIVITI 3 - JURNAL REFLEKTIF ....................................................................................... 9

AKTIVITI 4 - TIGA CARA SESEORANG INDIVIDU DAPAT MENUNJUKKAN RASA


HORMAT KEPADA MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA APABILA
MENJALANKAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT.................................................... 12

RUJUKAN................................................................................................................................ 16
AKTIVITI 1 - PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT
1.0 PENGENALAN
Budaya bergotong-royong boleh dimaksudkan bahawa amalan kerjasama yang
berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas;
tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas,
bergotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan.

Amalan bergotong-royong sememangnya telah lama menjadi tradisi di kalangan


masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat yang tinggal di desa, lading mahupun
kampung yang kaya dengan adat bermasyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat
bandar. Kehidupan yang amat sibuk masyarakat bandar yang kerap membawa diri sendiri
dan mementingkan kerjaya dan kebendaan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa
untuk melibatkan diri dalam amalan ini.

Kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong royong telah
digolongkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan
bangsa. Gotong-royong juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam
dalam masyarakat Malaysia khususnya semasa perkahwinan, perayaan atau majlis.

Dengan melibatkan diri dalam kerja gotong-royong, dapat mendedahkan mereka kepada
cara hidup bermasyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan
lagi hubungan antara satu sama lain. Individu boleh menerapkan amalan ini dalam
kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan lain-lain. Contohnya, dalam kegiatan
persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan lebih lancar dan tanpa
gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong. Hasil kerja yang
dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.
2.0 LATAR BELAKANG TEMPAT AKTIVITI

Tempat yang dipilih untuk melakukan Gotong – Royong ini adalah Balai Raya Taman
Satelite. Balai Raya ini terletak di Taman Satelite, Bahau, Negeri Sembilan. Balai Raya
ini dibina pada tahun 1998 dengan sumbangan Ahli Parlimen Jempol pada masa itu serta
bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat tiga taman perumahan di sekitar
balai raya ini, iaitu Taman Satelite, Taman Desa Penarikan, dan Rumah Rakyat Jambu
Lapan. Pada awalnya, balai raya ini digunakan untuk aktiviti – aktiviti komuniti serta ada
juga melangsungkan perkahwinan di sini. Tetapi sejak kebelakangan ini, balai raya ini
menjadi kurang tumpuan disebabkan luas yang terhad dan kemudahannya. Sebeluam ini,
balai raya ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan telah dicuri kemudian. Sekarang
balai raya ini berfungsi untuk menjalankan aktiviti – aktivi kecil setempat serta
menjalankan kelas tuisyen amal.

3.0 NAMA PROGRAM

“ MARILAH BERGOTONG ROYONG”

4.0 TEMA

“TABURKAN JASA DAN SEMAIKAN BUDI”

5.0 TARIKH DAN MASA

Program ini di cadangkan untuk diadakan pada

Tarikh : 13 Julai 2019


Hari : Sabtu
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
6.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Munah BT. Suja


Pensyarah OUM

Pengerusi : En. Saiful Bin Abu Bakar


Pengerusi JKK Tmn Satelite

Naib Pengerusi I : En. Jaganathan A/L Sinnah


Naib Pengerusi JKK Tmn Satelite

Setiausaha : En. Krishnan Nair A/L Balakrishnan

Penyelaras : En. Krishnan Nair A/L Balakrishnan

Bendahari : En. Kartigesu A/L Tanagaran

6.2 JAWATANKUASA KERJA

TUGAS NAMA PERINCIAN TUGAS

PENDAFTARAN Cik. Saharna Sudip  Menyambut kedatangan


tetamu
 Menyediakan borang
kehadiran
 Mencatat kedatangan
 Mengira kehadiran

PENGACARA MAJLIS En. Krishnan Nair  Mengalu-alukan kedatangan

 Mengumpul gambar
sepanjang program
JURUFOTO E. Gajenthiran Saravanan
 Membuat dokumentasi
&DOKUMENTASI
PERALATAN Mukesh A/l Saravanan  Mengumpul dan menyimpan
peralatan yang diperlukan.
Shazana bt Saberi  Memastikan peralatan
tambahan mencukupi

JAMUAN Cik. Sareena  Menguruskan makanan

7.0 OBJEKTIF “MARILAH BERGOTONG ROYONG”

Objektif program ini adalah :


i. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti taman sebagai taman yang bersih,
selamat, indah, dan ceria.

ii. Meningkatkan semangat kerjasama yang padu di antara penduduk taman dalam
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam
program kebersihan balai raya.

iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan.

iv. Mewujudkan persekitaran Balai Raya yang lebih ceria dan kondusif.

v. Memupuk sikap bertanggungjawab terhadap Balai Raya.

vi. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya Balai Raya yang bersih dan selamat.

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSAANAN AKTIVITI

MASA AKTIVITI
03.00 petang Berkumpul di Balai Raya Kampung Sungai Sendayan
03.30 petang Taklimat Gotong Royong dan pembahagian tugas
04.00 petang Gotong Royong bermula
05:30 petang Berkemas/membersihkan alatan/diri
06.00 petang Minum Petang
06.30 petang Bersurai
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH KOS


1. Plastik Sampah RM 7.50 X 2 RM 15.00
2. Tong Sampah RM 12.60 X 5 RM 63.00
3. Tin Cat RM 23.00 X 2 RM 26.00
4. Cangkul RM 6.00 X 2 RM 12.00
5. Berus cat RM 2.50 X 3 RM 7.50
6. Buku Program RM 0.50 X 10 RM 5.00
7. Makan dan Minum RM 4.00 X 20 RM 80.00
JUMLAH RM 208.50

10.0 PENGHARAGAAN

Saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat
saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang
sepenuh pengharagaan kepada PN. Munah Bt. Suja, pensyarah online OUM bagi kursus
MPU 3412, di atas kesudian beliau memberi tugasan serta tunjuk ajar bagi tugasan ini.
Saya juga merakamkan terima kasih kepada pengerusi JKK Taman Satelite serta AJK
beliau atas kebenaran dan sokongan diberi sepanjang program ini dijalankan. Tidak lupa
juga rakan – rakan serta penduduk Taman Satelite yang membantu saya untuk
menjalankan program ini seperti dirancang.
AKTIVITI 2 - PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT

https://www.youtube.com/watch?v=Jp2sgYDMX5g&t=17s
AKTIVITI 3 - JURNAL REFLEKTIF
SEBELUM PROGRAM

Setelah mendapat tugasan ini, saya amat keliru dengan aktiviti yang perlu dipilih dan
bagaimana hendak melaksanakan. Setelah mengikuti forum dengan Pensyarah Tutor, saya
mendapat gambaran yang jelas serta memahami kehendak tugasan.

Setelah itu, saya telah menyediakan satu kertas kerja untuk program ini. Saya berjumpa
dengan En. Saiful Bin Abu Bakar, Pengerusi JKK Taman Satelite dengan kertas kerja yang
telah disediakan. Saya menerangkan tentang program ini serta mendapat persetujuan daripada
beliau. Beliau telah mengambil 2 hari untuk memberi keputusan setelah berbincang dengan
AJK beliau. Beliau juga memberi serba sedikit cadangan bagi menjaya program ini. Saya
menjelaskan kepada beliau bahawa kumpulan sasaran saya ilah remaja kerana amat penting
menanam sikap tanggungjawab di dalam diri mereka.

Saya telah menyediakan satu risalah tentang program ini dan diedarkan kepada semua rumah
di Taman Satelite, Taman Desa Penarikan serta Rumah Rakyat Jambu Lapan. Saya bersama
pengerusi JKK telah mengaturkan satu masyuarat seminggu sebelum program. Penduduk
ketiga – tiga taman ini dijemput untuk bermesyuarat di balai raya pada 05.07.2019 (Jumaat)
pada pukul 5 petang. Pengerusi JKK telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau
menghujakan pandangan beliau terhadapcara memelihara balai raya ini. Beliau juga
memberitahu dan menerangkan hasrat untuk mengadakan gotong-royong balai raya ini.

Saya telah membentangkan kertas kerja kepada para hadirin. Tidak lupa juga untuk minta
pandangan dan idea daripada mereka. Disini tarikh gotong-royong telah ditetapkan seperti
dirancang iaitu pada 13.07.2019 hari sabtu. Pada hari yang sama juga jawatankuasa kerja
telah dibentuk dan telah mengagihkan tugas.

SEMASA PROGRAM

Pada 13.07.2019 AJK Kerja telah berkumpul awal di balai raya dan membat pengaturan awal.
Selepas pukul 2.30pm meraka dating seorang demi seorang dan kami mengalu – alukan
mereka. Mereka juga membawa barangan keperluan gotong royong bersama mereka. Saya
selaku penyelaras telah memberi sedikit penerangan dan mengagikan kawasan serta kerja.
Sukarelawan terus memulakan kerja pembersihan kawasan balai raya dengan diketuai oleh
ketua kumpulan. Kumpulan 1 membersihkan kakilima Balai Raya, kumpulan 2 Pembersihan
Longkang, kumpulan 3 mengutip sampah dan kumpulan 4 membersihkan tandas.

SELEPAS PROGRAM

Selepas tamat membersihkan kawasan balai raya, sampah-sarap yang dikumpulkan telah
dihantar ke pusat pengumpulan barangan kitar semua Persatuan Tzu Chi. Kami
mengemaskan alat – alat yang digunakan untuk program ini. Setelah itu, sebagai penyelaras,
saya merakamkan sekalungan budi kepada mereka yang sanggup meluangkan masa dan hadir
menjayakan program ini. Seterusnya, mereka menikmati minuman petang yang disediakan.
Pada pukul 6.40 petang mereka pulang ke rumah dengan rasa bangga.
KEKUATAN PROGRAM

Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program gotong- royong
ini. Ini kerana program ini telah dijalankan seperti mana dirancang. Sokongan yang
ditunjukan oleh pengerusi JKK Taman Satelite menjadi suatu kekuatan bagi menjayakan
program ini dengan sempurna. Selepas tamat bergotong-royong kawasan balai raya kelihatan
bersih dan ceria. Semua hadirin berganding bahu dan beramah mesra antara satu sama lain
sepanjang program ini. Saya juga berbangga kerana dapat menyumbangkan serba sedikit
untuk komuniti kawasan saya dan menjadi satu insan yang berguna kepada masyarakat
setempat.

KELEMAHAN PROGRAM

Kekangan masa dan bilangan sukarelawan yang hadir menjadi satu kelemahan. Sikap tidak
menepati masa menjadi faktor utama untuk gotong-royong bermula lambat. Komunikasi dan
hubungan antara saya dan penduduk tamn ini juga menjadi satu kelemahan yang utama. Saya
berharap kelemahan ini akan dioerbaiki pada masa akan datang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Perlulah mengadakan gotong-royong pada hari ahad. Ini membolehkan ramai dapat
menghadirkan diri serta dapat menghulurkan tangan untuk menjayakan program ini kerana
mereka dapat bercuti pada hari ahad. Selain itu, program seperti ini perlu dirancang dan
dijalakan sehari penuh supaya dapat mencapai objekttif dan matlamat dengan sepenuhnya.
AKTIVITI 4 - TIGA CARA SESEORANG INDIVIDU DAPAT MENUNJUKKAN
RASA HORMAT KEPADA MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA
APABILA MENJALANKAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Setiap individu seharusnya peka dengan kewujudan budaya yang pelbagai di Malaysia dan
tidak menggunakan alasan perbezaan budaya sebagai punca yang menghalang pergaulan
antara kaum. Hal ini disebabkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ini
dituturkan oleh setiap rakyat yang membolehkan komunikasi antara mereka berlaku dengan
baiknya. Selain itu, proses akulturasi yang merujuk penyerapan unsur kebudayaan daripada
satu budaya kepada budaya yang lain dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan
rakyat.

Perkongsian amalan tradisi dan adat resam, terutama bagi kaum yang serumpun, dapat
mengurangkan jurang perbezaan kaum jika hal ini dihayati. Sebagai contoh, pengantin
Melayu dan India mempraktikkan amalan memakai inai di jari dalam majlis perkahwinannya
dan mengunyah sirih pada waktu senggang. Kaum Baba Nyonya dan masyarakat Melayu
juga mempunyai persamaan budaya yang banyak hasil daripada proses asimilasi dan
akulturasi yang seharsunya dihargai serta dijadikan medium yang merapatkan perhubungan
antara dua kaum ini.

“BIAR mati anak, jangan mati adat” merupakan peribahasa Melayu yang menunjukkan
betapa adat resam dan amalan tradisi sangat dititiberatkan dalam masyarakat. Adat resam
merupakan sebahagian daripada budaya bangsa atau etnik yang melambangkan identiti
komuniti tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah “budaya” merujuk
tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan indikator penting
yang mencerminkan jati diri seseorang individu itu sebagai sebahagian daripada anggota
sesuatu kelompok masyarakat tertentu, selain sebagai faktor kepada rakyat berbilang laum
untuk saling berkenalan dan bergaul. Jelaslah di sini bahawa budaya memiliki peranan yang
banyak dan mampu dijadikan medium untuk merapatkan hubungan antara rakyat. Walau
bagaimanapun, apakah langkah yang perlu diambil untuk menghargai dan menghormati
kepelbagaian budaya pelbagai kaum semasa manjalankan aktiviti khidmat masyarakat?
MENGAMALKAN SIKAP PERPADUAN DALAM PERHUBUNGAN

Perpaduan adalah isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Ia berperananan merangkumi
sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor
agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam
kehidupan masyarakat.

Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun
India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam.Dalam kata erti lain iaitu agama
Islam, agama Hindu, agama Buddha, agama Kristian dan lain-lain. Kesemua tamadun dan
agama ini bergerak dan membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang
mendokonginya. Hal ini bukan sahaja membentuk struktur pemikiran dan kebudayaan
pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan kepercayaan mereka.

Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi
sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh
dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang
manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu
mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang
ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan
kemanusiaan, dan kemesraan.

Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek


nilai yang wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika
hubungan sesama manusia yang menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk
semua manusia. Malah sifat ini akan melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan
amal kebajikan dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan
masyarakat.
Hubungan sesama manusia perlu dilihat sebagai sebahagian daripada ibadat. Dasar
perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan persaudaraan, bekerjasama dan
sikap saling bantu-membantu. Permusuhan, konflik dan persaingan yang tidak adil perlu
dibendung untuk mengelakkan pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian dalam hubungan
antara manusia.

Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum merupakan dasar
pemupukan perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai kebebasan beragama, hak untuk
menikmati keselamatan, keadilan, dan perundingan. Persamaan nilai ini merupakan prinsip
yang universal dan semua kaum menerimanya serta mampu dijadikan asas untuk memupuk
perpaduan.

MENGAMALKAN TOLERANSI DALAM PERGAULAN.

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup
bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti
setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan
melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua
penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.

Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang menginginkan
kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik
dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk
masyarakat yang harmonis.

Masyarakat di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan


Perlembagaan 1957. Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk
sebuah Negara yang bersatu padu dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga
bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu mengikut perlembagaan sejajar dengan
hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dan kelonggaran kerakyatan
merupakan keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu
telah diterima sebagai warganegara.

Sikap toleransi di kalangan masyarakat Malaysia terus diamalkan apabila Orang melayu dan
orang bukan Melayu juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan
ekonomi Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan antara kaum dan mewujudkan
kesamarataan sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta mengurangkan
diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu
berpegang teguh kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-
memahami dan hormat-menghormati. Oleh yang demikian, kita perlulah mengamalkan sikap
toleransi semasa aktiviti khidmat komuniti.

MENYEMAI PERGAUALAN DENGAN PERSEFAHAMAN DAN SIFAT HORMAT-


MENGHORMATI

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri.
Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama
ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan
keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni
dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini
adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap
agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama
masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh
dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang
tertentu.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat
iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan
pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara
ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur. Maka, dengan menyemai pergaulan dengan persefahaman dan sifat
hormat – menghormati dapat mewujudkan perpaduan semasa aktiviti khidmat komuniti.

RUJUKAN

1. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/contoh-kertas-kerja-program-gotong.html
2. https://ifolio.ukm.my/Scripts/tinymce/plugins/filemanager/files/27298/KERTAS_KERJ
A.pdf
3. https://www.youtube.com/watch?v=BaSBKAji4uY
4. https://www.youtube.com/watch?v=0CuZbsTt57Y

You might also like