You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SOOK

PETI SURAT 2264,89007


KENINGAU SABAH

KERTAS KERJA
AKTIVITI MEMASAK ALA HUTAN
(BACKWOODSMAN)

ANJURAN
PERSATUAN PENGAKAP KANAK -KANAK

TEMPAT : PERKARANGAN SK. SOOK

TARIKH : 11 MAC 2017


MENGADAKAN AKTIVITI MASAKAN ALA HUTAN (BACKWOODSMAN)
ANJURAN PERSATUAN PERSATUAN PENGAKAP KANAK-KANAK
SEKOLAH KEBANGSAAN SOOK, KENINGAU, SABAH

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Kanak-kanak ,
Sekolah Kebangsaan Sook Keningau, Sabah. Program ini disertai oleh murid tahun 4,5 dan 6 yang menjadi ahli
Persatuan Pengakap Kanak-kanak Sk.Sook. Ia akan diadakan di perkaragan kawasan S.K Sook pada 11 MAC
2017. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam bidang kokurikulum.

Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada
dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana berikhtiar ketika berada di dalam hutan
3.2 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan.
3.3 Mencungkil kreativiti peserta ketika menghidang hasil masakan ala hutan.
3.4 Memberi pendedahan bahan hutan yang boleh dijadikan peralatan memasak.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh yang dirancang ialah 11 MAC 2017 iaitu pada hari sabtu.
4.2 Dilaksanakan selama 1 hari sahaja.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang jam 8.00 a.m - 13.00 p.m
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)


Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana perkarangan kawasan S.K Sook ialah;
5.1 Kawasan aktiviti dengan bentuk muka bumi berdekatan dengan sumber air dan dalam kawasan
sekolah.
5.2 Kawasan untuk aktiviti yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.
5.4 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam
aktiviti mereka.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


6.1 Jumlah peserta : 70 orang (Ahli Unit Pengakap Kanak-kanak Tahun 4,5 dan 6 )
6.2 Jumlah fasilitator: 9 orang

7.0 MENU
7.1 Masak nasi dalam buluh
7.2 Telur dalam tanah
7.3. Ikan masin bakar
7.4 Ubi manis @ Ubi kayu bakar
7.5 Lauk dalam buluh

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : Pejabat Pelajaran Daerah Keningau
Penasihat : En. Sakim Brahim (Guru Besar)
En. Herman Alin (Penolong Kanan Kokurikulum)

Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi : En. Fazri Usidi
Naib pengerusi : En. Rudy Kilip
Setiausaha : Pn. Nancy Gatijin
Bendahari : En. Alywin Alfred

AHLI JAWATANKUASA
Fasilitator : En. Wiliam Girin
Pengurus Pendaftaran : Pn. Samini Bianus
Pengurus Kecemasan : En. Razlee Hassan
Pengurus Sijil : En. Alfred Ginjit
Pengurus Bekalan : Pn. Heliza Majid
Pengurus Peralatan : En. Aylwin Alfred
Pengurus Publisiti : En. Fazri Usidi

9.0 PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
Sumbangan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM1.00 bagi sijil
penyertaan.

BIL BUTIRAN HARGA


01 SIJIL RM1.00 X 79 ORANG RM 79.00
JUMLAH RM 79.00

Semua peralatan masakan dan bahan-bahan masakan ala hutan ini disediakan oleh murid sendiri.

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu
dan pengalaman yang kami sampaikan di dalam aktiviti ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka
demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada
pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ..................................................
( Pn. Nancy Gatijin ) ( En. Herman Alin )
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum,
Aktiviti Masakan Ala Hutan Sek.Keb. Sook Keningau
Persatuan Pengakap Kanak-kanak
LAMPIRAN 1

JADUAL AKTIVITI MEMASAK ALA HUTAN (BACKWOODSMAN)


ANJURAN PERSATUAN PERSATUAN PENGAKAP KANAK-KANAK
SEKOLAH KEBANGSAAN SOOK KENINGAU. SABAH

8.00 am 8.15 am 8.20 am 12.00 thr 13.00 pm


Masa

PENDAFTARAN
TAKLIMAT MENGHIDUPKAN API
HARI PESERTA / HIDANGAN HASIL
RINGKAS/BERTOLAK KE DAN MENYEDIAKAN BERSURAI
6 Julai 2011 PEMBAHAGIAN MASAKAN ALA HUTAN
TAPAK AKTIVITI MASAKAN DAN MULA
KUMPULAN
MASAK

You might also like